BAB 10

Romance Series 107602

ESOK merupakan hari pelaporan Atiya di sekolah. Sudah beberapa hari dia mengingatkan Harris supaya menghadiri hari pelaporan pertengahan tahun untuk sesi akademik kali ini. Namun malam ini ayahnya memberitahu dia ada urusan kerja di Kuala Lumpur pula.

" Call ibulah. Biar ibu yang pergi kali ni. Okay?",

" Ibu pun tak ada. Ibu kan pergi Pulau Pinang", wajah Atiya sudah mencuka. Selalunya ayahnya sangat peka dengan perkembangan pembelajarannya. Ini macam acuh tak acuh pula.

" Ayah call umi minta umi pergi wakilkan ayah dengan ibu ya",

" Tak nak. Umi bukan ibu Atiya", jeritan kuat Atiya buat Harris terkaku. Mencenlung tajam matanya memandang anaknya itu.

" Tak baik cakap macam tu Tiya. Biarpun umi bukan ibu Atiya. Selama ibu tak ada umi yang pergi sekolah Tiya kan kalau ayah ada kerja", Harris masih cuba berlembut.

" Itu sebelum ibu balik. Sekarang ibu dah balik",

" Ayah call umi. Minta tolong umi pergi. Kalau tak nak umi pergi beritahu cikgu ibu dengan ayah kerja di luar hari ni", tegas suara Harris.

Dia memang perlu hadir sesi perbincangan hari ini di Kuala Lumpur tu. Nak dapatkan tender di bawah badan bukan kerajaan bukan mudah jika tidak betul-betul bersungguh. Biarlah zaman sekarang orang kata mudah 'guna kabel' dia bukan orang begitu. Tak fasal nak hidup senang tapi merana yang sampai hanya kerana rasuah. Segelintir manusia sekarang mana kira dosa pahala. Asal kaya sudah. Manalah generasi sekarang sukar nak dilentur sukar nak jadi manusia elok akhlaknya kalau hidup sudah disuap dengan wang haram!

" Umi boleh ke nak pergi. Umi kan ada baby",

" Ayah tanya dulu. Kalau umi tak boleh tak apalah", sebenarnya Harris juga mahu melihat jika Afiqah mahu membantunya. Jika Afiqah menolak dia takkan memaksa kerana dia tahu keadaan isteri.

Atiya yang sedang menyiapkan kerja sekolah hanya diam. Seketika Harris menghubungi Afiqah.

" Iqa demam?", soal Harris apabila mendengar sengau suara Afiqah.

" Hmm..", Afiqah hanya menggumam.

" Abang datang sekarang",

" Tak payahlah. Demam sikit je. Esok okaylah ni", Afiqah menghalang.

" Abang datang sekarang", Harris menamatkan panggilan dan meminta Atiya untuk berkemas. " Kemas baju. Bawa barang sekolah. Baju sekolah. Kita tidur rumah umi malam ni",

" Tiya tak nak ikut",

" Umi demam. Ayah kena pergi tengok umi",

" Ayah baliklah semula sini. Tiya tak nak tidur rumah umi",

Harris merenung wajah Atiya. Apa masalah Atiya sebenarnya? Tiba-tiba Afiqah dibuat seperti musuh!

" Sebelum ni Tiya tak ada masalah pun tidur rumah umi. Sebelum ni bukan main merayu dengan ayah nak tidur dengan umi Apa masalahnya sekarang?",

" Sebab umi. Ibu tak boleh tinggal dekat sini dengan kita", tanpa berselidung Atiya memberitahu.

Harris melepaskan keluhan kasar. Apalah obrolan Zahlia pada Atiya? Harris mendekati anaknya. Wajah Atiya dipaut perlahan dengan kedua tangannya supaya memandang wajahnya.

" Umi isteri ayah. Ayah ada tanggungjawab pada umi macam ayah ada tanggungjawab pada Tiya. Tapi tak sama hubungan ayah dengan ibu. Ayah dah berpisah dengan ibu. Sebab tu lah ibu tak boleh tinggal dengan kita. Orang yang berkahwin sahaja boleh tinggal bersama. Tapi kalau tak berkahwin tak boleh", dalam kelembutan masih ada tegasnya.

" Ayah kahwinlah dengan ibu",

" Tak boleh. Sebab ayah dah kahwin dengan umi",

" Ayah kahwin dua lah", ujaran Atiya buat Harris terkedu. Haih. Ke situ pula akal si Atiya.

" Tak boleh",

" Kenapa tak boleh. Ayah Farhana tu boleh",

Harris mula mati akal. Serius bicara mereka berdua malam ini.

" Nanti ayah jelaskan. Tapi sekarang kita kena pergi tengok umi",

" Hmm..", dalam keadaan terpaksa dia bangun juga.

Harris yang melihat langkah Atiya menggaru kepala. Haih. Budak sekarang punya soalan. Lain macam. High level sungguh. Aku pula kena berfikir aras tinggi ni!

HARRIS terus bergegas ke bilik Afiqah setelah masuk ke dalam rumah. Atiya disuruh masuk ke bilik tidur apabila melihat wajah cemberut anaknya itu yang mengikut dalam keterpaksaan.

Punggung terus dilabuhkan ke birai katil sambil matanya mencerun melihat wajah Afiqah yang lena. Belakang tangan didemah di dahi. Masih terasa pijar.

Afiqah yang baru terlena cepat tersedar. Matanya hanya memandang wajah Harris bagai tanpa perasaan.

" Sayang okay. Demam lagi?", soal Harris mengusap lembut pipi Afiqah. Gelengan yang dibalas Afiqah buat Harris kebimbangan. " Kita pergi hospital?",

" Saya selesema je. Sakit kepala. Demam sikit. Tak kuat pun", lemah suara Afiqah. Maksud gelengannya tadi sudah tak demam bukanlah tak okay. " Atiya ikut?",

" Ada. Abang dah suruh masuk tidur. Tak sihat pun fikirkan Tiya ", rambut Afiqah yang serabut dan terjuntai di wajahnya diselit ke belakang telinga. Afiqah hanya membiarkan pelakuan Harris kerana dia tiada daya mahu menahan. Dia cuma mahu berehat sahaja sekarang. Afiqah memejamkan semula matanya. Harris naik ke tengah katil duduk mengadap tubuh Afiqah yang mengiring. Kepala Afiqah mula diurut perlahan. Dia faham perasaan orang sakit yang perlukan perhatian.

" Terima kasih", ucap Afiqah merelakan sahaja perbuatan Harris kepadanya. Selesa itu yang dia rasakan sekarang. Terasa kurang sedikit rasa sakit dan denyut di kepalanya.

" Tidurlah", Harris tersenyum melihat raut wajah Afiqah yang nampak tenang. Terus sahaja matanya dipejamkan. Membiarkan sahaja Harris memanjakannya.

" AYAH tak jadi pergi KL jadi ayah datang kan hari pelaporan PBD Tiya tengah hari nanti?", sedang bersarapan Atiya menyoal.

" Ya", jawab Harris menuang kopi ke dalam cawan.

" Kenapa ayah tak jadi pergi KL. Sebab umi demam ke?", soal Atiya. Entah kenapa hatinya cemburu. Ayahnya sanggup tinggalkan kerja kerana Afiqah tidak sihat.

" Hmm..", jawab Harris bersahaja.

" Saya dah sihat. Pergilah buat kerja awak", Afiqah yang baru masuk ke ruang dapur duduk di kerusi sebelah Atiya.

" Mesyuarat abang tangguh", Harris mencedok nasi lemak ke dalam pinggan dan dihulurkan kepada Afiqah. Afiqah hanya memandang kerana dia masih belum ada selera untuk makan sebenarnya.

" Tiya nak bawa bekal? Umi isikan",

Cepat Atiya menggeleng tanpa memandang Afiqah di sebelahnya.

" Selalu kan Tiya bawa bekal kalau Oyang buat nasi lemak",

" Hari ni nak makan kat kantin je", cepat dia mwnjawab. Harris memerhati sahaja perlakuan anaknya. Dia perasan yang Atiya seperti sengaja berlagak dingin dengan Afiqah.

" Okay", Afiqah menurut sahaja.

" Makan dulu sayang", Harris memandang wajah Afiqah penuh kasih.

Atiya mengerling melihat layanan Harris kepada Afiqah. Sebelum ini dia tidak suka apabila Harris bersikap dingin dengan Afiqah. Tetapi sekarang entah kenapa dia tidak suka pula layanan mesra ayahnya kepada Afiqah.

" Saya tak selera lagi. Kejap-kejap lagi lah. Awak makanlah. Nanti nak hantar Tiya. Nak pergi kerja lagi",

" Abang cuti hari ni. Tengah hari ni nak pergi sekolah Tiya",

" Ada apa?",

" Pelaporan PBD", Atiya yang sudah siap makan menyedut susu coklat dalam kotak.

" Oh. Boleh balik awallah hari ni. Balik sini ya lepas sekolah. Kita makan tengah hari sama. Tiya nak makan apa? Umi masak",

" Sayang kan tak sihat. Nanti abang balik abang singgah je kedai Kak Baiti belikan lauk dah siap masak",

" Eloklah tu. Nenek pun nak cuti masak tengah hari ni", seloroh Hasnah yang sedari tadi diam dan mendengar.

" Tengah hari nanti abang beli je lauk. Iqa rehat. Nenek pun rehat", Harris sengaja menyuakan sudu berisi nasi lemak ke mulut Afiqah.

Berkerut dahi Afiqah dengan perlakuan bersahaja Harris. " Sebelum abang hantar Tiya. Abang nak Iqa makan walaupun sesudu dua",

Afiqah diam memandang wajah Harris. Memberitahu yang dia tidak suka apa yang lelaki itu sedang lakukan. Namun Harris dengan lagak tak ada perasaanya terus menghulurkan sesudu nasi lemak ke arah Afiqah.

" Makan je lah", tegur Hasnah. Mendengar teguran Hasnah Afiqah membuka mulut dan terus Harris suakan makanan itu ke dalam mulut isterinya. Perlahan-lahan Afiqah mengunyah sambil matanya merenung tajam wajah Harris. Namun Harris hanya tersenyum melihat wajah tidak puas hati isterinya.

WAJAH Atiya masam sahaja ketika masuk ke dalam kereta. Wajahnya dipalingkan ke luar tingkap dengan tangannya memeluk tubuh. Perempuan! Tak puas hati sama je lagaknya.

" Merajuk dengan ayah ke apa ni? Hmm? Tengah hari ni ayah datang kan jumpa cikgu Tiya",

" Yalah. Sebab umi demam ayah tak jadi pergi KL. Kalau tak ayah tak kisah pun fasal hari pelaporan Tiya",

" Sejak bila anak ayah pandai buruk sangka dengan orang ni. Hmm? Tak baik tahu. Ayah tak ajar macam tu. Ayah ajar kena berbaik sangka dengan orang", ujar Harris. Bukankah dia juga pernah berburuk sangka pada Zahlia kerana meninggalkan mereka dulu.

Atiya tersentak. Entah dia cuma rasa ayahnya seperti melebihkan Afiqah. Nak pula sejak Afiqah mengandung ni. Lagi dia rasa tidak senang hati apabila teringat bicara ibunya. Ayah akan sayang baby dari Tiya nanti!

" Betul ke. Nanti bila baby lahir ayah akan sayang baby dari sayang Tiya?",

Harris berpaling sekilas. " Ayah sayang sama je. Tak ada lebih tak ada kurang. Tiya ayah sayang. Baby pun ayah sayang. Dua-dua anak ayah. Dua-dua ayah sayang",

" Tapi ibu cakap..", bicaranya terhenti.

" Ibu cakap apa?", suara Harris sedikit keras. Namun Atiya terus diam.

" Cakap dengan ayah. Ibu cakap apa?", gesa Harris dengan wajahnya sudah berubah serius.

" Ibu cakap. Tiya kena tinggal dengan ibu sebab nanti ayah cuma sayang umi dan baby",

" Ya Allah..", Harris cuba menahan marahnya.

Apa masalah Zahlia? Bentak Harris dalam hati. Anak kecil ini diracuni akal dan pemikirannya? Langsung tak bertanggungjawab! Giginya diketap. Stereng kereta pula digenggam kuat.

" Ayah sayang Tiya sampai mati sebab Tiya anak ayah. Ayah tak nak Tiya fikir macam tu lagi. Tiada siapa sayang siapa lebih. Ayah sayang anak ayah. Tak kiralah ramai mana pun anak ayah nanti. Ayah sayang semuanya. Sama je. Tak ada lebih. Tak ada kurang ",

Atiya diam. Sehinggalah ketika dia bersalaman untuk keluar dari kereta Harris memaut dagu Atiya.

" Ayah sayang Tiya lebih dari apa ayah ada di dunia ni" ,

" Ayah sayang Tiya lebih dari sayang umi?",

Harris mengeluh. Kenapa Atiya masih mahu membuat perbandingan setelah apa yang dia ujarkan dari tadi. Apakah Atiya mahu aku sayangkan dia seorang?

" Ayah sayang Tiya. Sayang umi. Sayang baby",

" Okay", Atiya berlalu keluar. Harris hanya memandang sehinggalah Atiya masuk ke pintu pagar sekolah. Tangannya mencapai telefon dan nombor Zahlia dihubungi. Dia perlu bercakap dengan Zahlia!

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience