PERBUALAN Harris yang sedang mencari kerani bagi menggantikan Rohaya sampai ke telinga Afiqah. Lagi sebulan Rohaya akan bercuti bersalin. Tadi dengarnya anak Kak Teratai, Juliana yang habis tamat SPM tu datang temuduga. Mungkin sementara menunggu panggilan universiti dia mahu bekerja mencari wang saku. Tapi dia kurang berkenan dengan Juliana yang agak lepas laku itu. Mahu masuk campur urusan kerja suaminya bukan caranya namun dia perlu bertanya bagi pihak Kak Shelly.
" Awak cari pengganti Aya?", soal Afiqah apabila Harris datang ke rumah malam itu. Atiya menyertai pertandingan bola jaring di peringkat negeri di Kuantan dua hari. Jadi dua hari ini di akan bermalam di rumah Hasnah.
" Ya. Tapi dah dapat dah", Harris berpaling memandang tepat wajah Afiqah.
" Oh ingat belum dapat lagi nak rekomenkan Farhana anak Kak Shelly tu",
" Dah. Anak Kak Teratai. Juliana. Sempatlah sementara menunggu dia sambung belajar Aya masuk. Aya cuti dua bulan je",
" Bukan ke budak masuk uni bulan depan",
" Ye ke?",
" Rasanyalah. Kalau dia dapat tawaran awak kena cari pengganti lain pula"
" Hmm..tapi abang dah setuju sebab dia kata pengambilan uni lambat lagi. Bertuah betul si Juliana ni",
" Tak apalah",
" Atau..Iqa nak kerja dengan abang?", Harris tersengih pula.
" Malaslah nanti asyik tengok muka awak je",
" Tak suka tengok muka abang? Punya kacak suami Iqa ni",
Afiqah mencebik. Harris mendekat dan Afiqah mula berundur ke belakang. Saat belakang tubuhnya sudah berlaga dengan dinding dia kaku di situ. Makin seronok Harris mengusik apabila melihat wajah gelabah isterinya. Kedua lengan Afiqah digenggam perlahan sambil dia berdiri begitu dekat dengan Afiqah sehingga tubuhnya bersentuhan dengan tubuh isterinya.
" Awak nak pergi jumpa orang kan",
" Orang tu boleh tunggu",
" Tak baiklah buat orang tertunggu", Afiqah cuba melepaskan diri. Makin dia cuba meronta makin rapat pula tubuhnya dengan Harris.
" Iqa pun buat abang tertunggu Iqa",
" Itu lain", cepat Afiqah menjawab
" Apa yang lainnya. Tunggu juga", bibir Harris mula menciumi perlahan pelipis telinga Afiqah buat jantung Afiqah mula berdebar. Dia bimbang dia akan tewas sekali lagi dengan lelaki ini jika asyik diuji begini.
" Awak..pergilah. Orang dah tunggu awak kat sana tu", Afiqah mengerling jam di dinding. Jam 8 malam.
Harris tidak peduli pada penolakan Afiqah apabila tubuh Afiqah dicempung dan dibawa ke katil. Terjerit Afiqah dengan tindakan suaminya.
" Temujanji abang jam 9. Sekarang baru jam 8. Masih sempat sayang", Harris mula memainkan peranannya mengelus lembut pipi Afiqah. Sengaja mahu mengusik. Mahu ada drama sebelum dia keluar sekejap lagi. Namun Afiqah terus memalingkan wajahnya apabila Harris mahu menciumi pipinya. Langsung perbuatan Harris terhenti.
" Rris. Telefon kamu ni dari tadi berbunyi", jeritan Hasnah dari luar bilik menghentikan perbuatan Harris. Dia mengeluh menzahirkan rasa kecewa.
" Hmm..Kacau betullah. Masa ni lah si Azizan ni nak telefon", dia bingkas bangun dan keluar dari bilik. Afiqah masih diam di situ. Walaupun hatinya mahu menolak keinginan Harris namun dia juga tidak dapat menafikan keinginan dirinya sendiri. Afiqah duduk di birai katil apabila Harris masuk semula ke dalam bilik.
" Abang pergi dulu. Kalau abang balik lambat sayang tidur dulu okay. Selesai kerja abang. Abang terus balik", dia perlu berjumpa dengan seorang pembekal baja sawit. Rakan-rakannya juga jadi tidak kisah jika berjumpa waktu malam.
Belakang kepala Afiqah dipaut lembut dan kening Afiqah dikucup. Menjadi kebiasaannya melakukan begitu sebelum keluar rumah sejak hubungannya dan Afiqah semakin baik. Sementelah tiada penolakan daripada isterinya.
LENA Afiqah langsung tidak terganggu walaupun bunyi pintu bilik dibuka memecah suasana sepi dalam bilik. Harris menukar baju dan berlalu ke bilik air. Keluar sahaja daripada bilik terus dia berbaring di sebelah isterinya. Tubuh Afiqah yang lena dalam keadaan mengiring diteliti. Satu kucupan lembut di bibir itu buat Afiqah terjaga.
" Awak dah balik?", serak suara Afiqah membuatkan Harris tersenyum.
" Hmm..Tidurlah", pipi Afiqah dielus.
Tanpa kata lagi Afiqah terus memejamkan mata kerana dia masih lagi mengantuk. Harris terdiam. Ah. Iqa. Tidur betul ke ni? Hmm..
Namun apabila Afiqah menarik lengan Harris dan meletakkan kepalanya di lengan lelaki itu makin lebar senyum Harris. Tidak menyangka Afiqah akan berbuat begitu.
" Sayang sedar ke tak sebenarnya ni. Hmm? Jangan uji abang macam ni sayang..",
Sepi. Tandanya Afiqah memang sedang lena. Bibir Harris mengucup lembut dahi isterinya dan ibu jarinya mula bermain di alis mata, pipi dan bibir mungil isterinya. Harris akui Afiqah juga memiliki wajah yang cantik seperti Zahlia. Namun wajah Afiqah lebih lembut dan manis apatahlagi apabila Afiqah tersenyum terhias lesung pipit di kedua pipinya. Bibirnya mula mencari bibir merah milik Afiqah. Kalau ikutkan gelora asmaranya tentu sahaja dipaksa Afiqah melayaninya. Namun dia tidak mahu isterinya rasa terpaksa. Dia mahu Afiqah sendiri sudi melayaniny tanpa paksaan.
Dalam pada dia terus merenung wajah Afiqah dalam samar cahaya lampu di dinding terasa pipinya dielus lembut. Redup pandangan mata dan senyum manis yang terukir di bibir Afiqah buat Harris terpukau dan terpana.
" Sayang..",
Afiqah senyum lagi.
" I miss you", bibirnya terus bertaut dengan bibir lembut isterinya. Namun belum sempat menikmati sepenuhnya terasa tubuhnya ditolak.
" Apa ni awak?", kuat tolakan Afiqah.
Harris termangu. Ah! Aku berkhayal ke? Harris baru tersedar yang tadi hanya khayalannya sahaja. Parah sungguh!
" Maaf. Abang..", tiada kata yang keluar buat Afiqah serba salah. Harris terus menarik Afiqah dalam pelukannya. Membiarkan kepala Afiqah di bawah dagunya dan sempat dicium dahi Afiqah. Afiqah cuma diam.
" Abang mahukan Iqa?", soal Afiqah dengan debar sambil kepalanya didongak mencari wajah Harris. Gelaran panggilan abang dan Iqa itu buat Harris tersenyum lebar.
" Tidurlah..Abang tak nak paksa Iqa",
Bibir Afiqah mengucup dagu Harris buat Harris terkejut. Mereka saling berpandangan. Ibu jari Afiqah mula mengelus lembut pipi dan bibir Harris. Seketika bibir Harris dipaut sekilas. Harris terpana.
" Abang tak paksa Iqa kan?", soal Harris mahukan kepastian.
Afiqah menggeleng dan berbisik di telinga Harris. " I'm yours", romantis buat jantung Harris mengepam laju. Dia mahu menerima lelaki ini sepenuh hatinya. Harris mengukir senyum. Sayang..
TEMPAT timbangan agak sibuk hari ini kerana rata-rata ladang dan kebun sawit mengeluarkan hasil yang banyak bulan ini. Pagi ini sahaja timbangan sebelum dihantar ke kilang sudah lebih dari hari sebelumnya. Nak pula harga sawit juga masih lagi tinggi seminggu dua ini. Inilah cabaran orang yang bekerja sektor perladangan. Turun naik harga itu biasa. Jika harga tinggi dan hasil banyak banyaklah dapat. Tapi jika musim buah sawit kurang dan harga pula rendah terimalah rezeki yang ada.
" Aya. Aku dah dapat pengganti kau",
" Oh ya. Okaylah macam tu",
" Kau tak tanya pun siapa?",
Rohaya tergelak. " Abang Rris mestilah cari orang yang bagus kan",
" Juliana anak Kak Teratai",
" Oh. Budak Juliana tu?", Rohaya seakan terkejut.
" Kenapa?",
" Tak ada apa",
" Muka kau macam terkejut je?", Harris tidak suka dengan reaksi yang diberi oleh Rohaya. " Kenapa dengan budak tu?",
" Aya dengar budak tu lepas laku sikit Abang Rris",
" Lepas laku macam mana tu?",
" Hmm..",
" Hmm apa?",
" Dengar cerita jenis bermalam rumah lelaki?", lambat-lambat Rohaya membuka cerita. Ah. Tak fasal aku mengumpat oranglah Abang Rris ni!
" Hah? Apa kena mengena dengan suka bermalam dengan lelaki dengan aku ambil kerja?", Harris memang jenis tak ambil peduli hal peribadi orang. Tapj jika ada yang datang meminta bantuan dia tidak lokek untuk menolong.
" Nanti dia datang lambat buat hal ke tak fasal Abang Rris nak kena cover kerja dia pula",
" Hmm..Tengoklah. Kalau kerja tak bagus aku pecat je. Kau tu lepas ni jarakkan anak. Ni tak tiap dua tahun sekali nak beranak",
" Nasib tak setahun sekali", balas Rohaya bersahaja. Sibuk je! Silap-silap dia dengan Kak Iqa tu nanti yang beranak setahun sekali!
RIAK kelat masih terlakar pada wajah Atiya. Afiqah hanya memandang Atiya yang menyiapkan kerja sekolah di meja ruang tamu. Dia mahu berbicara dari hati ke hati dengan anak itu. Tunggulah Atiya menyiapkan kerja sekolahnya dahulu kerana tidak mahu mengganggu emosi anak itu.
Lama menunggu sehinggalah dia melihat Atiya mengemaskan buku-bukunya ke dalam beg.
" Dah siap kerja sekolah Tiya?",
" Dah..", ujarnya memasukkan bekas pensel ke dalam beg dan menarik zip beg. Dia menghempaskan punggung di sofa dan buat endah tak endah sahaja dengan Afiqah di sebelahnya.
" Umi seronok Tiya tinggal rumah umi dua hari ni. Macam sebelum ni kita selalu togather. Tapi umi tengok Tiya tak macam dulu. Macam tak happy je tinggal di sini. Atiya marah umi ke?", soal Afiqah perlahan dan cukup berhati-hati.
Diam.
Afiqah makin mendekat sehingga peha mereka bertemu. Mujur juga Atiya tidak mengelak sepertinya ketika dipujuk Harris.
" Kalau umi ada buat salah dengan Tiya umi minta maaf. Umi tak senang hati bila tengok Tiya datang sini tapi Tiya tak happy dengan umi",
Diam lagi.
" Okaylah. Apa kata kalau Tiya cakap dengan umi apa yang buat Tiya tak suka datang sini. Tiya tak suka tinggal dengan umi? Atau apa-apalah yang buat Tiya tak happy?",
" Sebab umi. Ibu tak boleh tinggal dengan Tiya dan ayah", tanpa berselindung dia menyatakan apa dalam hatinya.
Afiqah terdiam seketika.
" Hmm..maksudnya Tiya tak suka umi baik semula dengan ayah?",
" Bukan macam tu?",
" Kalau bukan macam tu. Macam mana? Cakap je dengan umi. Umi takkan marah",
" Tiya nak ibu tinggal dengan Tiya dengan ayah. Tapi ayah cakap tak boleh sebab ayah dah kahwin dengan umi tak boleh dah kahwin dengan ibu sebab umi dengan ibu adik beradik tak boleh ada suami yang sama", elok sahaja susunan ayat anak usia 10 tahun itu. Ya. Atiya anak yang bijak. Genetik kebijakan Harris dan Zahlia.
" Jadi Tiya nak ayah kahwin semula dengan ibu?",
" Sayang!", jeritan Harris buat Afiqah dan Atiya sama-sama berdiri kerana terkejut. Bila Harris balik? Mencerlung tajam pandangan Harris kepada kedua perempuan yang disayanginya.
" Atiya cakap apa dengan umi?", Harris hanya sempat mendengar ayat terakhir Afiqah tadi sahaja.
" Tiya cakap Tiya nak duduk dengan ibu dengan ayah", berani dia menjawab.
" Berapa kali ayah cakap. Ayah dan ibu dah berpisah. Tak boleh bersama lagi", perlahan sahaja suaranya cuba menahan kemarahan.
" Tapi Tiya sayang ibu. Tiya nak duduk dengan ibu dengan ayah. Tiya tak nak duduk dengan umi lagi", Atiya mula menangis. Harris dan Afiqah saling memandang terkejut dengan bicara anak kecil itu.
Harris terus menarik Atiya dalam pelukannya sambil mengusap kepala Atiya yang menempel rapat di perutnya. Afiqah yang melihat situasi itu mahu berlalu namun sempat pergelangan lengannya dipaut Harris buat langkahnya terhenti. Afiqah tersenyum.
" Tak apa. Pujuk anak abang tu dulu", genggaman pergelangan tangannya dilonggarkan dan dia berlalu. Biarlah Harris memujuk hati anaknya itu dahulu. Dia faham rasa hati seorang anak yang pernah berjauhan dengan ibu kandungnya.
Atiya masih lagi teresak menangis dalam pelukan ayahnya. Anak perempuan seorang begitulah. Ketika Afiqah berlalu ke dapur tidak lama Harris masuk ke dapur juga. Matanya tertunak pada Afiqah yang sedang membasuh di sinki. Pinggang Afiqah dirangkul perlahan dan tangannya mendarat di perut isterinya. Dagunya diletakkan di bahu kiri Afiqah sambil bibirnya sempat mengucup batang leher isterinya yang terdedah. Tiada penolakan dari Afiqah kerana isterinya itu sudah mula menerimanya semula. Dari hati. Bukan lagi dari paksaan.
" Dah pujuk anak abang?",
" Hmm..sekarang nak pujuk isteri abang pula",
Afiqah ketawa kecil. " Iqa tak merajuk pun",
Tangan dialih ke bahu Afiqah dan perlahan tubuh Afiqah diputar mengadapanya. Dagu Afiqah dipaut lembut. " Maafkan anak abang",
Afiqah membalas dengan senyum. " Anak abang anak Iqa juga. Atiya cuma menzahirkan perasaan dia. Anak seusia itu tak boleh simpan apa yang dia rasa. Dia sayangkan ibu dia. Dia sayangkan ayah dia. Itu lumrah anak sayangkan ibu dan ayahnya dan nak bersama dengan ibu dan ayahnya",
Harris diam mendengar dengan tenang dan cuba memahami bicara Afiqah
" Abang akan turutkan permintaan Tiya?", wajah Afiqah mendongak mencari wajah suaminya.
" Maksud Iqa?",
" Tinggal dengan ibu dan ayah dia?", soal Afiqah tenang. Dia perlu tahu.
Harris menggeleng. " Iqa isteri abang. Lia dan abang hanya sejarah. Jangan fikir lagi soal tu. Abang dah janji dengan Iqa. Abang takkan sia-siakan Iqa. Abang takkan buat Iqa seperti sebelum ni",
Afiqah tersenyum. Melihat senyum Afiqah sempat Harris mengucup bibir itu.
" Ish..Buatnya Tiya dengan nenek tengok. Malu je", Afiqah menolak perlahan dada Harris supaya menjauh.
" Selalu tak malu pun",
" Malulah. Bila pula Iqa jadi tak malu. Abang tu yalah", wajah Afiqah mencuka dan meletus tawa Harris. Dikucup dahi Afiqah sekali lagi. " I love you sayang", bisiknya perlahan.
Afiqah hanya senyum. Mahu membalas belum yakin dengan perasaan di hatinya walaupun dia mula senang dengan setiap perlakuan dan layanan Harris padanya.
Happy reading..
Share this novel
Gahhhh!!! Harris, you make my toe curl! >o<