BAB 43

Romance Series 107602

TEMUJANJI bersama doktor pakar berjalan lancar. Kata doktor kandungan dan keadaan ibu berada dalam keadaan yang baik. Hanya menunggu masa sahaja Afiqah akan melahirkan. Balik dari temujanji, Afiqah meminta dibawa makan pizza sebelum bersalin. Namun pelbagai alasan diberi Harris untuk menolak kemahuan isterinya.

Fast food! Banyak garam! Masin! Banyak bahan perasa! Tak segar! Makanan tak sihat tak berkhasiat. Entah apa-apa lagi. Itulah jawapan Harris setiap kali apabila Afiqah meminta makanan itu ketika mengandung.

" Kedai tu tahap kebersihan dia kan A abang. Lagipun ni baru kali kedua Iqa nak makan pizza sejak mengandung tahu", rnenunjukkan wajah comel cuba memujuk sang suami.

" Ti..pu. sa..ngat dia kan. Ni dah ka..li ke..li..ma sa..yang", Harris membalas.

" Eh? Ye ke", wajahnya mendongak sambil mengetuk jari ke bawah dagu mempamer riak cuba berkira-kira. " Kenapa Iqa ingat dua kali je ya. Abang salah kira tu",

" Sa..yang yang sa..lah ki..ra..", pemanduannya menuju juga ke kedai pizza Melayu yang digemari Afiqah walaupun belum memberi persetujuan.

" Ala..Bolehlah abang. Abang sayang Iqa kan. Kalau Iqa mati tak sempat makan pizza macam mana?", ayat minta belas kasihan dan simpati. Tentu sahaja suaminya itu tidak akan menolak jika dia berkata begitu. Drama sungguh!

" Ja..ngan ca..kap ma..cam tu sa..yang",

" Ha..Tahu pun. Iqa bukan nak makan banyak pun. Sekeping pun jadilah. Lagipun kedai tu kan kedai orang Melayu. Kita nak membantu ekonomi golongan bumiputera. Siapa lagi nak sokong perniagaan orang kita kalau bukan kita sendiri. Takkan nak suruh Orang Itali pula. Orang Itali pun tak sanggup makan pizza Melayu. Betul tak Iqa cakap", Afiqah beralasan.

" Hmm..Ya..lah. Be tul", malas mahu terus bersoal jawab dia mengiakan sahaja.

Walaupun kurang setuju Harris mengikut juga walaupun makanan itu yang dipilih Afiqah. Kenapalah tak minta makanan yang berkhasiat dan sihat. Buah anggur ke delima ke kurma ke. Kan sihat tu. Gumamnya hanya dalam hati. Dia bukan menolak kemahuan isterinya kerana sepanjang mengandung macam-macam diminta Afiqah. Apa sahaja diminta Afiqah diturutkan.

Masih ingat kata Rohaya. Selagi Kak Iqa tu tak minta makan ubat nyamuk ke, ubat lipas ke, minum minyak petrol ke. Ikut je lah selera dia. Orang mengandung ni emosi sensitif!

TERSENGIH sahaja Afiqah saat Harris berhenti di hadapan kedai makanan yang diidamkannya.

" Love you abang. You are my man abang. My baby boo", manis sahaja ayatnya mengundang tawa Harris. Sempat juga dikucup bibir suaminya sekilas.

" Love you too. Dah. Jom", Harris keluar dari kereta dan membantu membuka pintu sebelah penumpang.

Masuk sahaja ke dalam ruang kedai mereka membuat tempahan. Tempahan mengikut keinginan Afiqah tentunya. Saat tempahan dihantar dan pelayan berlalu, tangan Harris di bawah meja dicapai. Matanya meliar memandang sekeliling. Pasti tiada yang memandang mereka tangan Harris diangkat dan dikucup lalu sahaja dilepaskan. Harris langsung ketawa dengan tingkah keanakan isterinya. Memang tak ada skrip betul isterinya ini.

" Sa..yang me..mang se..nga..ja me..ngun..dang kan", nakal suara Harris.

" Taklah..Bukan mengundang. Mengandung..",jawapan Afiqah lagi-lagi membuat Harris ketawa.

" Dah..Ma..kan..lah", doa dibaca dan memula makan. Sengaja dia menjilat hujung bibir yang comot dengan sos sambil memandang nakal kepada Harris. Bikin Harris menggeleng dan tertawa.

Kepingan kedua masuk ke mulut Afiqah buat Harris hanya mampu melihat. Mahu menegur tidak sampai hati pula mahu membantutkan selera isterinya.

" Kenapa abang makan sekeping je?", soal Afiqah apabila Harris sudah berhenti makan dan hanya melihat sahaja dia meneruskan aktiviti makannya.

" Ta..kut I..qa tak cu..kup",

Afiqah ketawa kecil. " Tak cukup kita order lagi. Abang kan tauke angkut sawit. Banyak duit. Setakat pizza ni apalah sangat. Tak luak pun duit abang tu", senyum terlakar di bibirnya.

" Hmm..", Harris juga hanya tersenyum.

" Ini yang order untuk nenek dengan anak-anak ada. Kita buka yang ni. Lepas tu untuk mereka kita order yang lain. Baby ni nak sangat makan pizza. Nak buat macam mana..", Afiqah meneruskan makan kepingan pizza yang berbaki di tangannya.

" Ya..lah. Ba..by nak ma..kan piz..za kan. Bu..kan u..mi", meleret suara Harris menerima ujaran isterinya.

" Hmm..kasihan baby. Nanti dia keluar tak ada gigi lagi nak makan pizza. Dah dua tahun baru boleh makan. Itu pun kalau ayah kasi. Ayah bukan kasi makan fast food ni kalau bukan sebab mengidam baby tahu", ada sahaja jawapan lucu daripada isterinya bikin Harris ketawa.

Sebenarnya dia seronok melihat isterinya itu berselera makan.

" Cu..kup..lah tu. Ma..kan ma..ka..nan si..hat pu..la", tegur Harris apabila Afiqah mahu mencapai kepingan ketiga.

" Ala..", memuncung mulutnya apabila dihalang Harris.

" Ya..lah. Ya..lah. Last. Ta..pi yang ni ki..ta kong..si", Harris tidak mahu isterinya itu berlebihan makan pula.

" Okay..Love you abang. Muah", sempat bereaksi seakan mahu menciumi wajah suamimya. Kepingan pizza di tangan dibahagi. Namun kepingan yang dihulurkan kepada Harris hanya suku sahaja bukan separuh.

" Abang kata kongsi kan. Abang tak cakap pun kongsi seorang separuh. So ni dikira kongsi juga. Abang ambil 1/4. Iqa ambil 3/4", terkekeh ketawanya melihat wajah berkerut Harris.

" Nak ke tak nak ni? Tak nak Iqa ambil semua", kepingan yang suku tadi dihulurkan kepada Harris.

Harris menyambut huluran tadi lalu terus masuk ke mulutnya. Afiqah ketawa sahaja melihat wajah tidak puas hati suaminya. Dia tahu bukan Harris berasa tidak cukup diberi sebanyak itu tetapi tahu suaminya tidak mahu dia makan terlalu banyak.

PULANG dari makan tadi mereka singgah di rumah Hasnah. Mahu mengambil Akid yang ditinggalkan di situ. Seperti selalu jika ke rumah Hasnah jenuhlah mahu memujuk anak itu balik. Seronok duduk bersama oyang yang rajin melayan.

" Biar je lah dia tak nak balik. Nanti ambil Tiya KAFA petang nanti singgah sini", ujar Hasnah.

" Akid betul nak duduk dengan oyang? Umi nak balik..",

" Hmm..", dia yang duduk di ribaan Hasnah laju sahaja mengangguk menjawab soalan Afiqah.

" Okay. Nanti petang ayah ambil",

" Hmm..", mengangguk lagi.

Afiqah masuk semula ke bilik Zahlia mahu memberitahu yang dia mahu pulang. Zahlia yang leka membaca ditegur.

" Kak Lia. Iqa dah nak balik",

" Hmm..", langsung tidak.
mengangkat wahahnya.

" Iqa tunggu hari je nak bersalin ni. Kak Lia doakan dipermudahkan urusan Iqa bersalin ya. Maafkan salah silap Iqa pada Kak Lia", matanya tetap merenung Zahlia yang bersikap acuh tak acuh sahaja.

" Hmm..", masih seperti tadi.

Dia perasan Zahlia semakin kurang mahu bercakap dengannya. Tidak tahu apa yang sedang bermain di fikiran kakak kandungnya itu. Setiap kali mengadu kepada Harris ayat yang selalu meniti di bibir Harris adalah orang sakit memang begitu. Ah! Tapi dengan orang lain elok sahaja Zahlia melayan bual. Mahu menyedapkan hati sendiri Afiqah cuba menerima alasan yang diberi Harris walaupun di hati sangat tidak setuju.

Usai bersalaman Afiqah berjalan keluar menuju ke beranda rumah. Harris sudah menanti dengan pintu sebelah penumpang yang terbuka. Wajah Akid dicium dan tubuh itu dipeluk.

" Jangan nakal-nakal okay..", sempat menitip pesan.

" Okay", pipi Afiqah dikucup.

" Nanti Akid nak balik dengan Kak Ya ke", masih cuba menggaya jika Akid mahu ikut balik bersama.

" Ya..", meleret jawpan Akid. Walaupun anak itu ada masa beronar tidak mahu berenggang dengan Afiqah, jika ke rumah Hasnah begitulah keadaannya.

TINGGAL berdua buat Harris mahu melekat sahaja dengan isterinya. Namun kedatangan tetamu tanpa diundang buat Harris mengeluh kasar.

" Si..buk je bu..dak A..tun ni", rungutan Harris buat Afiqah ketawa.

" Atun hantar barang yang Iqa kirimlah", kakinya melangkah mahu membukakan pintu.

" Masuklah", pelawa Afiqah namun cepat ditolak Rabiatun kerana dia ada urusan yang perlu diuruskan.

" Tak ma..suk?", soal Harris apabila Afiqah hanya sendirian sahaja.

" Atun nak cepat", barang yang dibawa Rabiatun dibuka. Senyum terus terukir di bibirnya. " Comel kan?", set tilam kekabu untuk bayi yang ditempah dengan rakan Rabiatun ditunjukkan pada Harris.

" Co..mel. Be..lum a..pa a..pa u..mi dah a..jar a da ba..nyak ba..rang kan",

" Hey..Perempuan memang macam tu. Mana cukup satu je. Nanti basuh takkan nak tidur atas lantai pula. Ini boleh tukar-tukar abang",

" Ta..pi dah a..da 4 set ti..lam tu",

Afiqah ketawa. " Eleh. Cakap orang. Abang pun sama. Masuk kedai baby itu comel ini comel lepas tu ambil. Baju baby tu bukan boleh pakai lama pun nak beli banyak- banyak. Baby cepar besar", Afiqah tidak mahu kalah. Dia tahu Harris juga teruja dengan kelahiran ini. Apatahlagi anak perempuan yang memang diinginkan suaminya. Kata Harris. Selang bunga. Anak lelaki selepas itu anak perempuan. Pandai dia buat kerja. Marah Afiqah apabila lelaki itu berkata begitu. Sedangkan semua itu kuasa Allah Yang Menghendaki dan Maha Berkuasa.

Senyum sahaja. " Un..tuk a..nak a..bang..",

" Untung jadi anak abang kan. Tapi lagi untung jadi isteri abang. Dapat habiskan duit abang",

Harris tidak kedekut. Apatahlagi jika untuk isteri dan anak-anak. Bab makan lagilah. Cuma dia memang tak berkenan dengan makanan segera. Kalau boleh nak catu setahun sekali sahaja makanan itu masuk ke rumah mereka sehingga Atiya sendiri malas mahu mengajak Harris jika mahu masuk ke kedai itu. Penat memujuk!

Afiqah bangun mahu berlalu meninggalkan ruang itu. Baru sahaja melangkah Harris menegur.

" Nak ke ma..na",

" Basuh ni lah. Kena basuh dulu baru boleh guna",

" Nan..ti a..bang to..long ba..suh kan",

" Hehe. Itu yang Iqa nak dengar sebenarnya. Nah. Basuh sekarang", barang tadi dihulur tepat ke wajah Harris.

" Se..ka..rang ke?", tidak senang kerana dia mahu berehat sbeenarnya sementara menanti untuk keluar mengambil Atiya dari sekolah.

" Ya lah. Kalau Iqa bersalin esok sempatlah kering dan guna",

" Kan a..da yang la..in",

" Tak nak. Nak guna yang ni juga",

" Hmm..Ya lah..", mengalah dan berlalu menuju ke bilik air.

" Terima kasih suamiku sayang" , jerit Afiqah dengan tawa.

Usai kerjanya Harris berlalu ke ruang tamu. Senyum terukir melihat isterinya yang sudah ketiduran.

" Dah ke. nyang. Ti..dur", tubuh dihala mendekati isterinya yang begitu nyenyak.

" Sa. yang", pipi Afiqah dielus perlahan. Bukan buat Afiqah tersedar kalau begitu. Makin buat Afiqah makin lena adalah.

" Sa..yang.." kali ini bahu Afiqah digoyang pula.

" Ya..", mata masih dipejam..

" A..bang nak ke..lu. ar. Am..bil Ti..ya",

" Hmm..Okay..", malas sungguh rasanya mahu membuka mata.

" Bu..ka..lah ma..ta tu",

" Ya..", rengeknya kerana dipaksa Harris.
Dahi Afiqah dikucup. " A..pa - a..pa call a..bang",

" Okay..", seperti selalu rutinnya bersalaman dengan suaminya walaupun Harris akan keluar sekejap sahaja. Itu semua atas permintaannya setelah apa yang berlaku kepada Harris sebelum ini buat Afiqah mahu melakukan begitu.

" Abang..",

" Hmm", langkah Harris terhenti.

" Kirim ABC kedai Pak Johan boleh", manja dengan senyum manis sengaja dibuat-buat.

" O..kay.. mak bu..yung",

" Te..ri..ma ka..sih", mengusik manja.

Harris hanya membalas dengan renungan tajam. Meletus terus ketawa Afiqah seronok dapat mengusik lelaki itu.

TANGISAN bayi bergema di ruang bilik bersalin. Wajah lemah Afiqah dikucup penuh kasih. Sungguh. Dia tidak mampu menahan rasa terharu, gembira, bahagia. Semuanya bersatu. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaanya waktu itu. Hanya seorang suami yang tahu betapa berdebar dan bimbangnya melihat isterinya dalam keadaan begitu tadi.

Kali ini rezekinya dapat menemani Afiqah. Biarpun mahu pitam rasanya melihat keadaan isterinya berjuang menanggung kesakitan dia tetap berada di sisi isterinya. Walaupun dia pernah menemani Zahlia dulu namun perasaan gemuruh itu tetap ada.

" Cukuplah 2 orang sayang", bisiknya selepas melihat anaknya dibawa ke tubuh Afiqah.

Afiqah yang masih lemah hanya mampu senyum namun sempat juga berbisik. " Dah mengalah ke?",

Cepat Harris mengangguk macam dia pula yang sakit bersalin.

Selepas dua hari Afiqah dibenarkan pulang apabila keadaannya dan bayi baik- baik sahaja. Namun pada hari keempat selepas bersalin Afiqah mula megalami pendarahan lebih banyak. Awalnya disangka darah nifas biasa selepas bersalin namun petang itu Afiqah mengalami pendarahan yang semakin banyak. Tidak tunggu lama terus dibawa isterinya ke hospital. Makin dia hilang arah apabila isterinya itu pengsan dalam perjalanan ke hospital.

Bagai mahu pitam lelaki itu apabila diberitahu isterinya mengalami tumpah darah akibat jangkitan kuman. Ada cebisan uri yang tertinggal semasa proses bersalin menyebabkan bakteria membiak dan menyebabkan radang kepada rahim sehingga Afiqah mengalami pendarahan yang banyak.

Harris tidak boleh berfikir selain menyalahkan pihak hospital yang tidak melakukan tugas mereka dengan sempurna. Jika semuanya dilakukan dengan sempurna bagaimana masih ada cebisan uri yang melekat sedangkan mereka semuanya adalah doktor dan jururawat yang terlatih dan ada kepakaran. Apa guna dia menghabiskan wang kepada pihak hospital jika pihak hospital tidak boleh memberi rawatan yang terbaik untuk isterinya. Ini soal nyawa isterinya.

Bukan dia tidak tahu risiko tumpah darah boleh menyebabkan kematian. Dia tahu itu biarpun hal itu bukan bidang kepakarannya. Dia bukan terlalu buta tentang ilmu perubatan.

" Apa yang saya tahu saya nak isteri saya selamat. Doktor buatlah apa pun rawatan asalkan isteri saya selamat. Kalau berlalu apa-apa pada isteri saya. Saya akan saman sebab kecuaian pihak hospital dan doktor perlu bertanggungjawab", serius wajah Harris memandang wajah doktor yang merawat. Tidak peduli langsung ayat cuba menenangkannya dari doktor wanita itu tuturkan kepadanya. Mungkin kerana rasa marah, bimbang atau takut tanpa dia sedar hilang terus bicara tidak sempurnanya selama ini.

USAI urusan tanda tangan persetujuan proses rawatan Harris berlalu ke surau. Sunyi sahaja ruang solat itu kerana hanya ada 2 orang lelaki yang sedang solat. Tidak terus menuju ke tempat wuduk dia duduk dan bersandar di tiang.

Kepalanya hanya memikirkan keadaan isterinya. Afiqah sihat sahaja ketika mengandung. Malah dikatakan bukanlah kandungan yang berisiko. Tetapi. Semuanya berlaku tiba-tiba sedangkan isterinya itu nampak begitu sihat selepas melahirkan dan pulang ke rumah.

Harris tersentak apabila tiba-tiba teringatkan bicara Afiqah.

Sempat tak Iqa rasa ciku yang abang tanam ni..

Tak nak..Jomlah sembang. Nanti tentu abang akan rindu sembang dengan Iqa..

Dengar degup jantung Iqa ni puas- puas..

Ya Allah. Sayang. Jangan buat macam ni sayang. Jangan tinggalkan abang. Tolong..sayang..

Ya Allah. Selamatkanlah isteriku Ya Allah. Tolonglah Ya Allah. Selamatkan dia Ya Allah. Angkatlah penderitaannya. Sembuhkanlah dia Ya Allah. Hanya kau Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Hanya kau tempat aku meminta pertolongan. Ya Allah. Kasihanilah dia Ya Allah. Dia ibu yang sangat baik untuk anak-anak kami Ya Allah. Kasihanilah anak kecil kami Ya Allah. Masih belum puas anak kecil kami menerima kasih sayang dia Ya Allah. Aku belum puas bersama dengannya Ya Allah. Aku tahu aku tamak. Tapi..Aku masih mahukannya Ya Allah. Kasihanilah hambaMu yang berdosa ini Ya Allah. Hanya kau tempat aku bergantung harap Ya Allah. Tiada yang lain hanya kau Ya Allah. Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Tanpa sedar Harris teresak perlahan. Kepalanya mula membayangkan jika Afiqah pergi selamanya dari hidupnya. Kepalanya mula membayangkan yang bukan-bukan. Jika Afiqah tidak mengandungkan anaknya tentu sahaja isterinya itu tidak akan menanggung sakit ini. Dia mula menyalahkan diri.

Sedang dia larut dalam perasaan panggilan telefon mengejutkannya. Panggilan daripada Hasnah yang bertanya khabar Afqah. Hampir 2 jam juga di sini menguruskan segalanya. Tentu sahaja membimbangkan Hasnah yabg menunggu tanpa khabar berita. Dia hanya sendirian bersama Afiqah ke hospital tadi.

Bicara Hasnah mula menenangkan sedikit hatinya. Ya. Betul kata Hasnah yang dia terlalu mengikut perasaan apabila menyalahkan diri Afiqah jadi begitu. Mengambil semangat yang diberi Hasnah dia bangun. Mahu bersujud kepada Sang Pencipta. Hanya Dia. Hanya Dia tempat dia meminta pertolongan.

Dia tidak mahu jadi manusia lemah. Dia mahu kuat untuk isterinya!

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience