LANGKAH kaki Harris terkaku apabila matanya tertunak pada batang tubuh di hadapannya. Begitu juga Zahlia. Keduanya saling terpaku. Kelu seribu bahasa. Langsung tidak menyangka akan terjumpa di sini.
" Kenapa ayah?", soal si kecil berusia 10 tahun itu apabila ayahnya tiba-tiba berhenti. Mata Atiya juga mula tertumpu pada sosok di hadapannya.
" Ibu?", suara anak itu juga jelas agak terkejut. Namun serta merta pautan jemari tangan Harris ditarik supaya terlepas dan dia berlari laju menuju ke arah Zahlia.
" Ibu..Ibu pergi mana? Kenapa ibu tinggal Tiya. Tiya rindu ibu", Atiya sudah menangis.
Harris bagai baru tersedar apabila melihat tubuh Atiya dan Zahlia sudah saling berpelukan sambil menangis. Dia berjalan mendekati dua beranak itu.
" Bila balik?", soal Harris beku sahaja nada suaranya.
" Semalam", Zahlia cuma tersenyum dan mula menegakkan tubuhnya sementara Atiya masih erat dalam pelukannya.
" Jom Tiya kita balik", ajak Harris. Entah mengapa dia tidak mahu berlama-lama di situ. Dadanya terasa sesak. Rindu? Masih bersisa.
" Ayah. Tiya baru je jumpa ibu", rengek Atiya meminta belas. Pelukannya pada Zahlia langsung tidak dilepaskan malah makin erat. Dia rindukan ibunya. Sungguh. Biarpun sudah 3 tahun wanita itu pergi meninggalkannnya langsung tiada dendam dalam hati anak itu. Dia tahu ibunya terpaksa. Terpaksa meninggalkannya 3 tahun dulu.
" Kalau Lia pinjam Atiya sekejap boleh?", lembut suara Zahlia meminta kebenaran.
" Tak boleh. Tiya demam tu", cepat Harris menolak permintaan bekas isterinya.
" Ala..Tiya dah sihatlah ayah. Rasa dahi Tiya ni. Tak panas dah pun", Atiya mencapai tangan Harris dan diletakkan di dahinya. " Tiya dah lama tak jumpa ibu. Boleh ayah?",
" Umi tengah tunggu kita di rumah tu", sengaja Harris menyebut umi gelaran Atiya pada Afiqah.
Zahlia sedikit tersentak. Dia tahu Harris baru bernikah semula. Dan dia tahu dan sangat kenal dengan wanita itu. " Tak apalah. Lain kali kita jumpa lagi. Okay?", pujuk Zahlia sambil menekap lembut pipi mulus anaknya.
" Hmm..Okay", Atiya hanya menurut walaupun hatinya sangat berharap yang Harris akan membenarkan dia bersama Zahlia tika ini. Zahlia terus memandang ketika Harris membawa pergi anaknya.
" KENAPA ibu pergi tinggalkan kita ayah?", soal Atiya saat mereka sudah di dalam kereta.
" Ibu tak sayang kita", selamba sahaja Harris menjawab begitu.
" Taklah. Ibu sayang kita. Tiya ingat. Ibu nangis masa tinggalkan Tiya. Ibu peluk Tiya kuat-kuat tak nak tinggalkan Tiya. Takkanlah ibu tak sayang Tiya kalau macam tu?", anak kecil itu masih bersoal jawab. Atiya sudah 10 tahun sekarang dan fikirannya sudah mula berkembang matang.
" Kalau Tiya banyak tanya lagi. Ayah tak benarkan Tiya jumpa ibu lagi lepas ni", ugut Harris.
" Okay. Okay. Tiya tak tanya dah. Tiya nak jumpa ibu lagi lepas ni",
Mereka sama-sama diam. Sama-sama sedang memikirkan Zahlia sehingga tiba di rumah. Atiya terus berlari masuk ke rumah. Hilang sudah demamnya tadi.
" Eh. Dah sihat ke ni?", Afiqah menegur Atiya yang nampak begitu cergas.
" Dah umi. Tiya jumpa ibu tadi", ceria suara Atiya namun begitu mengejutkan Afiqah. Matanya terus memandang Harris yang sedang mendekat.
" Jumpa ibu kat mana?", berani juga dia bertanya di hadapan Harris.
" Depan klinik tadi umi. Ibu dah balik Malaysia", tergambar wajah gembira anak kecil itu.
" Oh ya. Tiya seronok dapat jumpa ibu?",
" Seronok. Seronok sangat", begitu ceria wajah dan suara Atiya.
" Ya..Patutlah demam pun dah baik. Masuk mandi. Kejap lagi kita makan. Tiya nak makan bihun sup kan. Umi dah siap masak",
" Yahoo..Terima kasih umi", Atiya terus sahaja masuk ke dalam rumah.
Pandangan Afiqah terus tertumpu pada wajah suaminya. Harris berjalan melalui depan Afiqah tanpa menegur langsung. Wajah Harris langsung tidak ceria seperti wajah Atiya tadi.
" Kenapa bang? Tiya dah okay tu. Atau doktor ada cakap apa-apa yang serius ke fasal Tiya?", soal Afiqah.
" Okay je. Saya pun nak masuk mandi", langsung tiada kemesraan pada suara itu. Afiqah melepaskan keluhan. Sudah enam bulan mereka. bernikah namun Harris tetap sahaja masih seperti awal pernikahan. Tetap dingin.
" Iqa dah siap makan tengah hari. Lepas abang solat Zohor kita makan ya",
" Hmm..", Harris terus sahaja berlalu menuju ke bilik tidur mereka. Afiqah pula terus ke dapur mahu menyiapkan apa lagi yang perlu.
SUDAH dua kali Atiya menambah makan. Sejak semalam anak itu langsung tidak selera untuk makan namun hari ini mungkin juga kerana sudah hampir baik demam barulah Atiya berselera semula.
" Sedap bihun sup umi", puji Atiya dan terus menyuap makan.
" Umi nak berniagalah. Boleh jual tak?",
" Boleh. Boleh. Kawan-kawan Tiya selalu puji umi masak sedap. Ayam masak merah umi sedap, mee goreng umi sedap. Telur goreng kicap pun sedap", Atiya terkekeh sendiri teringat pujian Maisarah yang selalu berkongsi bekal dengannya.
" Telur goreng kicap pun sedap?",
" Ya..",
" Tengah makan jangan banyak bersembang", tegur Harris dan bangun dari kerusi.
" Abang dah siap?", soal Afiqah.
" Hmm..", terus sahaja dia menuju ke sinki membasuh pinggan yang digunakannya.
" Rugi ayah makan sikit. Punyalah sedap umi masak",
Afiqah tersengih mendengar pujian anak kecil itu. Sungguh Atiya langsung tidak lokek dengan pujian. Harapkan Harris! Masakannya langsung tidak pernah dipuji. Sedap ke. Tak sedap ke. Terlebih manis ke. Terlebih masin ke. Tawar ke. Suaminya itu makan sahaja tanpa banyak soal.
" Tapi tak apa. Tiya boleh makan banyak kalau papa makan sikit",
" Makan sebelum lapar. Berhenti sebelum kenyang Atiya", tegur Harris dan berlalu.
" Eh..Abang tak minum air?",
Harris langsung tidak peduli dan terus juga keluar dari ruang dapur.
" Ayah tu memang sombong kan dengan umi", kutukan Atiya buat Afiqah tertawa kecil. Lucu pula bila Atiya membuat kesimpulan begitu.
" Ayah kan memang pendiam orangnya. Umi faham", balas Afiqah tidak mahu Atiya buruk sangka dengan kelakuan ayahnya kepada Afiqah.
JAM sudah menunjukkan pukul 12:30 malam. Selalunya waktu begini Harris sudah masuh tidur. Penat di kebun membuatkan Harris tidur awal. Tetapi sekarang tiada langsung bayang suaminya itu akan masuk ke bilik. Afiqah bangkit dari katil dan mula keluar dari bilik.
Keluar sahaja dari bilik matanya terus diterpa bunyi suara dari televisyen. Langkah diatur ke ruang menonton dan matanya terus tertunak pada tubuh Harris yang sudah lena di atas sofa panjang.
Afiqah tidak berniat mahu mengejutkan lelaki itu kerana dia masih ingat lagi ketika kali pertama dia mengejutkan Harris yang ketiduran di sofa dia ditempelak kerana mengganggu tidur lelaki itu. Sejak itu jika Harris ketiduran di sofa dia hanya akan membiarkan. Televisyen yang terbuka dimatikan dan langkahnya terus diatur ke bilik. Afiqah keluar semula dengan membawa selimut dan menyelimuti tubuh suaminya yang mengerekot kesejukan dari suhu pendingin hawa.
Afiqah tidak jadi masuk ke bilik tidur mula duduk di birai sofa. Matanya merenung wajah lelaki berusia 35 tahun itu. Terus kepalanya terlayar wajah Zahlia. Teringat bicara Atiya tengah hari tadi.
Tiya jumpa ibu tadi.
Bila Kak Lia balik? Dia langsung tidak tahu akan kepulangan kakak sulungnya itu. Mungkin nenek juga tidak tahu kerana nenek langsung tidak menghubunginya menyampaikan khabar.
Afiqah diserbu rasa sedih tiba-tiba. Dia tahu bagaimana kasih sayang dan cintanya Harris pada Zahlia. Dia juga tahu bagaimana kasih sayang dan cintanya Zahlia pada Harris. Tapi dia sendiri tidak tahu kenapa Zahlia sanggup pergi tinggalkan Harris dan anaknya. Dia mengeluh perlahan. Kenapa saat aku sudah mula sayangkan Harris, Kak Lia pulang semula? Tanpa sedar air mata Afiqah mengalir dan tanpa sedar esakannya berlagu perlahan.
" Kenapa menangis?", soalan Harris mengejutkan Afiqah. Terus terbangun wanita itu. Tegak sahaja Afiqah berdiri.
" Hmm. Taklah. Mana ada Iqa menangis", cepat dia menyeka air matanya. Afiqah ingin berlalu tetapi pergelangan tangannya cepat disambar Harris.
" Iqa. Kita berpisah", suara Harris buat Afiqah rasa seperti sedang dihempap batu besar. Sakit. Sakit sangat. Harris minta berpisah? Maksudnya Harris mahu bercerai dengannya?
" Tapi kenapa?", getar suara Afiqah kerana cuba menahan dari menangis semula.
" Iqa tahu Kak Lia dah balik semula kan? Iqa tahu saya masih sayangkan Kak Lia kan? Iqa tahu saya tak ada perasaan langsung pada Iqa kan?", terpaan bernada soalan itu buat Afiqah terdiam. Kelu tidak mampu mengiakan semua soalan Harris itu.
" Abang nak balik semula pada Kak Lia?",
" Hmm..", balas Harris tanpa ragu.
Afiqah terduduk. Dia cuba menahan air matanya dari luruh semula.
" Kalau kita terus bersama pun abang takkan bahagia kan? Kalau kita terus bersama pun abang tetap akan ingatkan Kak Lia kan? Baik. Iqa terima permintaan abang. Iqa setuju abang lepaskan Iqa", Afiqah cuba berlagak tenang sedangkan Tuhan sahaja yang tahu bertapa robek hatinya. Dadanya terasa sesak kerana menahan tangis. Terus dia berlari meluru ke bilik menutup dan mengunci. Tubuhnya dihempas ke katil. Wajahnya ditekup di bantal. Dia menangis semahunya!
Kenapa abang langsung tak boleh nak beri peluang pada Iqa sedangkan selama Zahlia tiada 3 tahun ni siapa yang jagakan Atiya. Iqa bang! Iqa! Ah! Mungkin kau langsung tak ikhlas dengan apa yang kau buat selama ni Iqa sebab tu kau merungut begini.
Baiklah. Kalau ini yang abang nak Iqa takkan sesekali ganggu abang lagi!
Hai readers semua..Jumpa lagi..Kali ini author belanja readers semua dengan karya baru..Happy reading..
Share this novel
sad ending???
nak lagii