BAB 5

Romance Series 107602

TANGAN Harris yang mengusap perut Afiqah ditepis kasar walaupun sebentar tadi dia hanya membiarkan Harris mencempung tubuhnya ke sofa. Tadi dia betul-betul tak mampu nak menghalang! Afiqah memejamkan matanya saat mendengar bicara Harris di sisinya. Dia malas mahu memberi reaksi. Biarlah Harris bercakap sendirian. Ada aku kisah!

" Abang takkan abaikan perasaan Iqa lagi. Abang akan bawa balik Iqa ke rumah kita esok. Ya sayang", Harris terus memujuk. Mata Afiqah terus terbuka saat mendengar panggilan sayang dari bibir lelaki itu.

Tanpa sedar bibirnya mencebik. " Sayang! Cukuplah Harris. Pergilah balik", halau Afiqah dan mula bangun dan menyandar di kepala sofa.

" Abang akan buat Iqa balik pada abang!", tegas dan keras suara Harris. Pantas lelaki itu berdiri dan berlalu. Afiqah pula yang terpinga-pinga dengan reaksi tiba-tiba lelaki itu. Dia nak buat apa? Nak paksa aku balik rumah dia? Tak boleh jadi ni. Kena keluar dari sini juga ni! Sedang Afiqah mengelamun memikirkan perihal lelaki itu, Salmiah keluar dari ruang dapur.

" Harris dah balik ke?", soal Salmiah apabila melihat tiada anak lelakinya di situ.

" Hmm..Dah balik mak. Abang Harris kata ada hal", bersahaja dia mencipta alasan. " Mak duduk je la sini dulu. Nanti petang-petang abang datang ambil mak", cadang Afiqah memandang wajah tua yang masih bersisa aura kecantikannya walaupun ibu mertuanya itu seorang perempuan yang bekerja kampung.

" Mak dah janji dengan Mak Yam nak ke rumah Mak Nah. Iqa tolong telefonkan Harris suruh dia patah balik ambil mak", ujar Salmiah.

Afiqah terkedu. Mahu menelefon Harris? Sudah berhari-hari mereka tidak berhubung di telefon.

" Mak tak bawa telefon", ujar Salmiah apabila melihat Afiqah seperti berat hati dengan permintaannya.

" Telefonlah. Takkan nak suruh mak mertua kamu balik jalan kaki Iqa", Hasnah yang baru tiba di ruang tamu itu mencelah. Akhirnya Afiqah menurut jua.

SENYUMAN Harris terus terukir di saat skrin telefonnya tertera nama Iqa.

" Ya sayang",

" Jangan nak bersayang sangatlah", perlahan sahaja namun tegas dan keras nada suara Afiqah kerana Salmiah dan Hasnah sedang memandangnya. " Mak nak balik ni",

" Oh ya Allah. Abang lupa datang bawa mak tadi", Harris menepuk dahi. Dia benar-benar terlupa yang dia menghantar Salmiah tadi. Asalnya dia tidak mahu naik ke rumah. Namun dia mahu mendengar apa kata Afiqah pada ibunya itu. Dek kerana mahu mengawal diri dari terus bergaduh dengan Afiqah tadi dia meluru keluar untuk balik. Lupa langsung ibunya di dapur tadi. " Sekejap abang patah balik. Kalau sayang nak ikut abang balik boleh juga. Sangat dialu-alukan", senyum terukir di bibir Harris. Entah kenapa sejak mengetahui Afiqah mengandung hatinya jadi sejuk sangat kepada wanita itu.

" Kirim salam', terus Afiqah mematikan talian.

Tidak sampai 20 minit kereta Toyota Camry milik lelaki itu terjegul di laman rumah Hasnah. Salmiah yang menunggu di beranda terus bergerak ke kereta.

" Iqa tak nak ikut balik ke mak?", soal Harris apabila Salmiah sudah masuk ke dalam rumah.

" Kau buat hal. Kau nak Iqa lembut hati macam tu je. Kalau mak jadi Iqa mak pun tak ingin nak ikut balik", selamba Salmiah menyindir sambil menarik tali pinggang kaledar. Bising dengan bunyi amaran supaya tali pinggang dipasangkan.

" Mak ni janganlah Perli Rris macam tu", tangan dilambai pada Hasnah dan dia mula mengerakkan keretanya.

" Dah. Kalau tak perli tak faham. Elok Iqa tu jaga kau. Jaga Atiya. Bekas janda kau balik. Kau lepas Iqa macam tu je", masih berbaki marahnya pada Harris dengan keputusan melulu anaknya ini.

" Rris dah rujuk Iqa mak. Iqa je tak nak ikut Rris pergi mahkamah",

" Baru padan muka kau",

Harris diam akhirnya. Makin dia bercakap makin banyak kata sinis dari ibunya itu. Ya. Dia tahu Salmiah sayangkan Iqa seperti sayangkan Zahlia dulu. Tapi dulu Zahlia lebih memilih untuk hidup sendiri tanpa komitmen. Entah bagaimana Zahlia berfikir Harris sendiri tidak faham. Akhirnya mereka memilih hidup masing-masing.

USAI menghantar Salmiah ke rumah Harris terus menuju semula ke pejabatnya. Kertas kerja untuk memohon tender mengangkut buah dari Agensi Felda masih belum disiapkan. Siapa sangka lulusan kejuruteraan sepertinya boleh terjebak dengan perniagaan dalam sektor pertanian ini. Oh. Bukan terjebak. Dia terpaksa dek kerana tiada siapa yang mahu menguruskan perniagaan peninggalan arwah ayahnya. Adik beradiknya yang lain semuanya perempuan dan semua bekerja makan gaji.

Hana dan Hanim berkerja sebagai doktor. Haliasarah pula seorang guru. Jadi siapa lagi yang mahu bertanggungjawab memikul perniagaan ini melainkan dia. Oleh kerana inilah Zahlia mahu bercerai. Tak mahu suaminya bekerja dengan pekerjaan yang tidak popular begini.

" Tadi Kak Lia datang sini", ujar Rohaya.

" Dia cari apa?", bersahaja wajah Harris.

" Cari Abang Rris lah. Takkan cari Azizan pula. Kak Lia tinggalkan pesan. Kalau Abang Rris balik office call dia",

" Hmm..", Harris menggumam sahaja.

Dia terus duduk dan mencapai laptop. Langsung tidak berniat menghubungi wanita itu. Dia sememangnya sibuk. Bukan buat-buat sibuk. Dia tidak mahu terlepas peluang mendapatkan tender mengangkut hasil sawit dan getah ini. Alang-alang dia sudah terjebak dalam sektor ini biarlah dia melakukannya betul-betul. Bukan wang semata-mata yang dikejarkan. Tetapi peluang ini dapat membuka pekerjaan kepada anak kampungnya juga. Pemandu lori semuanya datang dari orang kampung dan kampung sebelah. Cuma pekerja ladang sahaja diambil dari Indonesia. Anak muda tempatan mana mahunya kerja mengecop buah sawit atau menoreh getah sekarang. Ada pun tak ramai dan ada pula yang jenis bekerja sesuka hati langsung tiada disiplin. Manalah dia boleh tahan dengan pekerja begitu. Bukan membanggakan pekerja asing kerana dia juga tidak suka dengan keadaan negara yang terlalu mengutamakan pekerja asing. Semua itu boleh menggangu ekonomi negara jika lambakan pekerja asing tidak dikawal.

Ah! Kalaulah dia ada kuasa sudah dihantar semua pekerja tanpa permit tu balik ke negara mereka. Tapi apakan daya. Dia tiada kuasa. Dia cuma berlaku jujur sebagai majikan mengupah pekerja asing yang mempunyai permit.

" Rris", sapaan seseorang mengejutkan Harris. Matanya terpaku pada susuk tubuh itu. Baru beberapa hari lepas mereka bertemu kerana menghantar Atiya ke rumah Zahlia.

" Ya", wajahnya mencari suara yang memanggil.

" Boleh Lia masuk?",

" Hmm..",

Zahlia berjalan menghampiri meja kerja Harris. Ketika datang tadi dia tidak masuk ke pejabat lelaki ini. Hanya berdiri di luar pejabat sahaja.

" Cantik office Rris", puji Zahlia saat melihat pejabat Harris yang berkonsep industrial dengan tema hitam coklat. Nampak mewah walaupun kecil sahaja saiz pejabat lelaki itu. Ini adalah kerana pertama kali dia masuk ke pejabat Harris. Sebelum dia bercerai dengan Harris dahulu hanya ada pejaba yang mula usang.

" Hmm..", lagi Harris menggumam.

" Tak nak pelawa Lia duduk?",

" Duduklah",

" Saya nak ambil Atiya tinggal dengan saya. Saya nak tebus masa yang tak dapat luangkan dengan Tiya",

Berkerut dahi Harris mendengar permintaan wanita di hadapannya ini.

" Saya izinkan awak ambil Tiya hujung minggu kan",

" Tak cukup. Saya nak ambil dan jaga Tiya",

" Tak boleh Zahlia. Awak tahu kan saya tak boleh tak ada Tiya",

" Awak kan akan ada anak dengan Iqa", Zahlia sudah mengetahui yang adiknya itu sedang mengandung setelah diberitahu oleh Atiya.

Harris ketawa kecil. Sinis bunyinya. " Ada anak dengan Iqa tak bermakna saya akan lepaskan Atiya",

" Bukan ke awak lepaskan Iqa sebab saya Harris? ", Zahlia tidak mahu terus bertanda tanya.

Harris terus mengawal riak wajahnya saat tebakan Zahlia mengena.

SENYUMAN Atiya terus mati saat mengetahui Afiqah akan kembali semula kepada ayahnya. Serta merta hatinya rasa tidak gembira tiba-tiba. Mungkin kerana bicara Zahlia petang tadi.

Umi takkan sayang Atiya macam sebelum ni sebab dia akan ada anak sendiri!

" Ayah cakap nak bawa balik ibu ke sini. Tapi kenapa ayah nak bawa balik umi pula?", soal Atiya memandang Harris usai mereka solat Isyak malam itu.

" Bukan ke Tiya nak umi balik sini",

" Tak nak. Tiya tak nak",

Harris tersentak. Apa kena pula dengan Si Atiya. Jika sebelum ini sibuk mahu Afiqah kembali ke rumah ini tapi sekarang lain pula.

" Tiya tak nak ibu balik sini", ujarnya lagi.

" Atiya", bercantum kening Harris dengan permintaan anaknya. " Atiya tak suka umi balik sini?", soal Harris. Sudahlah dia masih sedang memujuk Afiqah balik ke sini. Sekarang Atiya pula buat hal tidak mahu wanita itu ke sini.

" Bukan tak suka. Tapi..Tiya nak ibu yang balik sini",

Harris terus merenung wajah Atiya. Sepertinya ada sesuatu yang disembunyikan Atiya. Manakan tidak. Jika sebelum ini bersungguh benar anaknya itu mahukan Afiqah kembali semula kepada mereka tapi sekarang?

" Cuba cakap dengan ayah. Apa hal sebenarnya ni", pujuk Harris mengelus rambut anaknya. Kemudian dibawakan wajah Atiya memandang wajahnya. Terus Atiya menunduk.

" Tiya sayang ibu. Tiya nak ibu tinggal sini dengan kita. Bolehlah ayah", rayu Atiya.

" Tiya tahu kan ayah tengah pujuk umi balik ke sini",

" Tahu..",

" Dalam perut umi ada adik Tiya. Tiya kan dari dulu nak adik. Sekarang ni Allah dah beri Atiya adik. Nanti Tiya boleh tolong umi jagakan adik",

" Tapi..Tiya nak ibu tinggal dengan kita",

Lamunan Harris terhenti saat telefonnya berlagu. Perihal Atiya, Zahlia dan Afiqah semua melayang terbang.

Afiqah!

" Saya boleh kembali pada awak kalau awak setuju syarat saya", tiada sapaan salam Afiqah terus menerjah.

" Apa syaratnya", Harris tidak sabar.

" Saya tak nak tinggal rumah awak. Saya nak tinggal di sini dengan nenek. Kalau awak setuju. Kita uruskan proses rujuk di mahkamah",

Berkerut wajah Harris dengan permintaan Afiqah.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience