MINGGU ini sekali lagi Zahlia perlu menjalani rawatan kemoterapi untuk kali kedua. Jika ikutkan perancangan yang diatur doktor pakar Zahlia perlu menjalani beberapa kali sesi rawatan untuk mematikan sel kanser. Jika ada perubahan dan perancangan seterusnya menjalani pembedahan pula. Semua itu akan mengambil masa yang panjang juga.
Zahlia telah mendapat cuti untuk menjalani rawatan. Semua kerjanya diambil oleh rakan setugas sementara dia kembali pulih untuk bekerja semula.
Setelah bersiap Zahlia menunggu kedatangan Harris untuk menghantarnya ke hospital. Namun wajahnya terus cemberut saat melihat kereta yang sampai bukanlah kereta Harris.
" Mana Rris nek?",
" Rris ada kerja", balas Hasnah mula mengangkat barang dan menuju ke kereta Azam kenalan Harris.
" Kalau Rris tak pergi Lia tak nak pergi", Zahlia mula berjalan masuk semula ke dalam biliknya.
" Harris ada kerja. Lagipun nenek yang tak beri Harris teman kamu ke hospital lagi. Jangan diganggu lagi Rris tu", suara Hasnah sedikit menjerit kerana Zahlia semakin menjauh.
" Kenapa nenek pandai-pandai buat keputusan sendiri. Dulu Rris sendiri yang janji dengan Lia nak temankan Lia ke hospital. Sekarang ni nenek pula masuk campur", suara Zahlia juga meninggi.
" Nenek masuk campur sebab kamu tu dah semakin menjadi-jadi Lia. Tak tahu suami orang. Biarpun Harris tu pernah jadi suami kamu tapi tu dulu. Dah Jom. Azam tunggu lama dah tu",
Atiya yang juga berdri di situ hanya diam menjadi pemerhati dan pendengar setia.
" Lia tak nak pergi!", pintu bilik dihempas kasar sejurus masuk.
Atiya berpaling memandang Hasnah. " Kalau ibu tak pergi macam mana ibu nak sihat nek",
" Atiya pujuk ibu dulu. Nenek minta tolong Pak Cik Azam tunggu sekejap", Hasnah turun menuju ke kereta. Sedang dia mendekati Azam matanya terpaku pada kereta Toyota Velfire milik Harris yang baru masuk ke halaman rumah. Afiqah turun dari ruang pemandu lalu mengambil Akid di kerusi kanak-kanak di bahagian penumpang belakang.
" Nasib sempat dengan Iqa", Akid dibawa dalam dukungan.
" Lia tak nak pergi", terus Hasnah memberitahu cucunya.
" Kenapa? Kak Lia tak sihat ke?",
" Tak nak Azam hantar",
" Lepas tu?",
" Buat onar dia tu lah. Nak suami kamu yang hantar",
" Lah. Dah pujuk ke?",
" Malas nenek",
" Abang Rris tak ada ni nek. Ke Kuantan. Kalau macam tu biar je Iqa lah hantarkan. Iqa call Abang Rris sekejap tanya boleh ke Iqa hantarkan",
" Tak payah! Nak suruh ikut kepala dia je. Ingat kepala otak doktor dia tu tu je yang betul yang bagus. Kepala otak orang yang tak doktor ni tak betul tak bagus", Hasnah mula naik angin.
" Abang Azam tunggu tu nek", Afiqah memandang Azam yang sedang bersandar di pintu kereta
Hasnah berjalan menghampiri lelaki itu. Berbual meminta Azam menunggu seketika sementara dia memujuk Zahlia. Hasnah dan Afiqah masuk semula ke rumah. Atiya berdiri di pintu bilik yang berkunci masih memujuk ibunya keluar untuk bergerak ke hospital.
" Ibu tak nak keluarlah nek",
Hasnah berlalu mengambil kunci pendua dan segera membuka pintu bilik cucunya itu.
" Jom..Azam dah tunggu tu", Hasnah berdiri memandang Zahlia yang sedang berbaring dengan matanya dipejam.
Diam.
" Kak Lia", mendengar sahaja suara Afiqah Zahlia terus membuka matanya. Tubuhnya tegak dengan kaki yang berlunjur memandang tepat wajah Afiqah.
" Call Rris beritahu aku suruh dia hantar. Kalau Rris tak hantar aku tak nak pergi hospital. Dia dah janji dengan aku dulu nak teman aku buat rawatan", sebenarnya sudah berkali kali dia menghubungi Harris sejak masuk bilik tadi. Tetapi panggilan nya langsung tidak dihiraukan lelaki itu.
" Abang Rris tak ada. Ke Kuantan ada kerja. Kalau Kak Lia tak nak Azam hantar biar Iqa hantarkan",
" Kau? Lagi aku tak nak",
" Ibu..kalau ibu tak nak umi hantar kita naik je lah dengan Uncle Azam. Lagipun ayah tak boleh hantar ibu ayah dah minta tolong kawan ayah. Ayah sibuk banyak kerja",
" Orang tua bercakap jangan menyampuk", merenung tajam wajah Atiya.
" Kamu nak pergi ke tak nak ni?", Hasnah mula jemu dengan karenah Zahlia yang sengaja membangkitkan kemarahannya.
" Tak nak",
" Nenek suruh Azam balik", Hasnah berlalu.
Atiya dan Afiqah saling berpandangan. Akid di dukungan sudah meronta-ronta mahu turun untuk bermain. Langsung tidak faham dengan kemelut yang sedang berlaku. Malas panjang bicara Atiya dan Afiqah berlalu keluar dari bilik Zahlia.
Hasnah pula berjalan mendekati Azam yang setia menunggu di pangkin. " Azam. Nenek minta maaflah. Lia tu buat hal pula tak nak pergi. Kamu baliklah",
" Hah? Tak apa ke nek kalau tak pergi? Tak menjejaskan kesihatan ke? Nanti Abang Rris marahkan saya pula nek tak bawa Kak Lia ke hospital", Azam bangun dari duduknya dan berdiri di hadapan Hasnah.
" Bukan salah kamu. Lia tu yang tak nak pergi",
" Kalau macam tu saya baliklah nek",
" Hmm..maaf ye Azam. Susahkan kamu pula", Hasnah menghulurkan not RM50 sebagai tanda minta maaf.
" Tak payahlah nek. Abang Rris dah siap bagi duit minyak dan upah nek. Azam kena pulangkan semulalah pada dia nanti ni sebab dah jadi pergi", jujur Azam mengulum senyum menampak barisan giginya yang tersusun cantik.
" Oh ye ke. Kasihan pula kamu Azam", Hasnah pula yang serba salah kerana Azam yang menjadi bekerja sebagai pemandu e hailing tidak mengambil penumpang hari ini kerana mahu menghantarnya ke hospital.
" Tak ada rezeki saya nek. Tak apa. Saya boleh ke bandarlah lepas ni cari penumpang", Azam membuka pintu kereta. Langsung tidak marah. Sabar benar orangnya.
Melihat kereta Azam meninggalkan halaman rumah Hasnah naik semula ke rumah.
" Iqa tolong telefon hospital minta temujanji lainlah nek. Tak boleh biar macam tu je. Kak Lia kena jalani rawatan lengkap kalau nak sihat",
" Dia sendiri tak sayang diri sendiri. Nak sangat ikut kepala dia je",
" Ibu akan mati ke kalau tak buat rawatan tu umi?", Atiya mencelah bimbang.
" Kita pujuk ibu nanti. Umi call hospital dapatkan tarikh baru. Harap dapat masuk slot minggu ni",
" Kalau ayah tak hantar ibu tak nak pergi umi",
" Kali ini kita pergi semua. Ayah, umi, nenek, Tiya, Akid. Umi minta ayah tempah bilik dekat dengan hospital senang kita nak ulang alik tengok ibu",
" Ayah nak ke umi?",
" Nanti umi pujuk ayah. Tiya jangan bimbang okay", Afiqah memandang wajah anak itu. Timbul rasa kasihan dan simpati pada anak saudaranya itu. Kenapalah Kak Lia buat Tiya bimbang.
HARRIS yang baru tiba di rumah terus mendukung Akid. Dikucup wajah anaknya. Akid ketawa riang begitu gembira dengan kepulangan ayahnya. Awal pagi tadi Harris keluar ketika Akid masih lagi sedang tidur.
" Bangun tidur tadi mencari ayah",
" Anak ayah mana boleh hilang ayah kan", tubuh Akid dibawa naik ke bahunya. Sengaja Harris menghenjutkan tubuhnya bergerak seperti kuda. Akid terusan ketawa riang.
" Azam call abang beritahu tak jadi pergi hospital. Kenapa Lia tak nak pergi hospital?",
" Nak abang hantar. Iqa nak hantarkan Kak Lia tak nak",
" Tak habis-habis. Tak payah layan. Lepas ni dia tak nak pergi biar je lah dia. Dia tak sayang diri sendiri",
" Tapi Iqa sayang Kak Lia",
Terhenti gerakan Harris dan bediri betul-betul di hadapan. " Iqa sayang tapi dia tak sayang diri sendiri. Nasihat orang tak nak dengar. Nak ikut kepala sendiri je. Habis tu bila lagi rawatan?",
" Iqa dah call hospital. Alhamdulilla ada slot kosong rabu minggu depan. Kita pergi ya tolong hantarkan Kak Lia",
" Kalau asyik nak kena ikut kata dia. Makin menjadilah dia. Abang sibuk"
" Hari tu abang juga yang berjanji dengan Kak Lia nak temankan dia. Sekarang dia menuntut janji abang. Abang juga yang pandai berjanji kan. Abang lupa? Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya. Terlajak janji sendiri mahu ingat",
Harris duduk di sebelah isterinya dan melepaskan Akid ke lantai. Matanya merenung wajah Afiqah. " Perli abang ke apa ni? Ya. Betul memang abang janji. Tapi dia buat hal. Cederakan Iqa. Minta bukan-bukan. Abang rasa abang tak patut ikut cakap dia. Dia dah melampaui batas. Abang nak tolong tapi dia. Buat kita macam ni",
Afiqah diam. Ya. Dia tahu Zahlia salah tapi takkanlah dia nak biarkan sahaja Zahlia tidak menjalani rawatan.
" Abang akan carikan dia suami. Biar suami dia uruskan dia",
Afiqah ketawa pula. Lucu dengan cadangan suaminya.
" Abang tak buat kelakar Iqa", serius suara Harris.
" Okay..Okay. Yang penting lelaki tu bukan abang",
" Kita hantar dia kita balik. Minta tolong nenek temankan. Abang tak izinkan Iqa stay sana. Sementara Tiya cuti sekolah ni Tiya stay sana. Habis rawatan keluar wad kita pergi ambil semula. Lagipun abang memang sibuk minggu depan. Nak uruskan hantar balik pekerja yang dah habis permit tu. Abang nak kurangkan pekerja asing. Nak tolong negara. Rugilah banyak duit kita keluar. Tapi itulah. Anak muda kita tak nak pula kerja ladang. Busuk, kotor, penat. Mana ada kerja tak penat. Sayang tak kerja pun penat kan",
" Eh..pagi-pagi Iqa dah bangun siapkan sarapan abang, siapkan Akid wangi-wangi, basuh pinggan, basuh kain, sapu sampah. Apa pula tak kerja. Apa ingat suri rumah ni kerja menyandar goyang kaki je kat rumah? ",
" Ala..kasihan isteri abang. Kasar dah tangan ni", jemari Afiqah dicapai dan diusap perlahan dengan matanya terus memaku pada wajah cantik isterinya. " Terima kasih sayang abang..", jemari Afiqah dikucup.
" Selasa depan kita ke KL ye hantar Kak Lia",
" Kalau abang tak nak pun Iqa paksa abang juga. Buat muka kasihan supaya hati abang luluh dengan permintaan Iqa kan",
Afiqah tersenyum manis.
" Lia tu tak tahu bersyukur langsung! Kena kahwin dengan lelaki nama Syukur ni. Ada kawan abang. Tapi bini dah tiga. Nak suruh Lia jadi nombor empat ke ya",
Afiqah mendengus. " Janganlah. Iqa tak nak Kak Lia jadi bini no 4. Kasihan Kak Lia",
" Okay apa", mata Harris memandang Akid yang leka dengan mainan di tangannya. " Rawatan lepas ni pun kita hantar kita balik. Biar nenek atau kalau cuti Tiya stay. Iqa dengan abang",
" Okay. Terima kasih abang",
" Abang buat sebab Iqa, nenek dan Tiya. Bukan sebab Lia",
" Ya Allah sayangnya Iqa pada suami Iqa yang handsome ni", tubuhnya dirapatkan dan diletokkan kepala di dada sasa suaminya. Harris terus menarik tubuh Afiqah ke ribaannya. Akid yang melihat laju merangkak mendekati ibunya. Anaknya sudah boleh berjalan perlahan-lahan. Namun lebih suka merangkak kerana lebih cepat sampai.
" Hmm..hmm", ujar Akid mahu naik ke ribaan Afiqah.
" Hmm..Langsung tak boleh ayah nak bermanja depan dia kan. Laju je nak umi dia. Umi ni mak we ayah bukan mak we Akid",
Tidak peduli bicara Harris dengan penuh bertenaga Akid memanjat tubuh ibunya.
" Ah..Akid pak we umi yang handsome", tubuh Akid dibawa dalam dakapannya. Dikucup wajah anaknya bertalu. Akid mengerling wajah ayahnya seakan mengejek kemenangan.
Huh!Pandai kau ejek ayah eh! Gerutu Harris dalam hati.
Bagai mendengar bicara hati Harris. Wajah Afiqah dikucup Akid. Harris yang melihat hanya menggeleng dengan tingkah anaknya.
TOYOTA Velfire milik Harris menunggu di hadapan halaman rumah Hasnah. Sengaja tidak turun dari kereta dan matanya langsung tidak memandang apa yang berlaku. Fokusnya pada skrin telefon di hadapannya. Video pernikahan sahabatnya yang baru berkahwin Ahad lepas dilihat. Matanya terpaku pada susuk Firman yang sedang berbual bersama Afiqah. Jantungnya berdebar. Ya. Selepas mereka keluar dari dewan dia meminta Afiqah menunggu di pintu hadapan dewan kerana dia mahu ke tandas.
Tidak pelik akan kehadiran Firman di majlis itu kerana pengantin perempuan bersaudara dengan Firman. Itu dia tahu selepas berbual dengan Izatul isteri Halimi sebelum ini.
Mahu sahaja Harris bertanya dengan Afiqah apa bualannya bersama lelaki itu. Apakah Firman ada memberitahu dia mengenali Harris. Tapi jika ada tentu sahaja Afiqah akan membuka cerita selepas pertemuan itu.
Firman. Firman. Memang kau sengaja datang kan. Sengaja cari aku kan. Kau salah kau buat macam aku salah. Manusia ini memang langsung tak sedar diri!
" Abang..Jomlah", lama Harris mengelamun apabila dia langsung tidak sedar semua orang sudah masuk ke dalam kereta dan bersedia untuk bergerak. Hasnah duduk di hadapan. Afiqah di bahagian tengah kerana Akid diletakkan di kerusi kanak-kanak. Atiya dan Zahlia di belakang.
Bualan mengisi perjalanan. Namun Zahlia hanya diam dan memejamkan mata sepanjang perjalanan. Langsung tidak peduli akan topik bualan yang berpindah dari satu topik ke topik lain walaupun telinganya dipasang.
" Ayah..Tiya nak pergi tandaslah",
" Kejap lagi ayah singgah Genting Sempah. Dekat dah ni",
" Okay",
Tidak lama Harris mencari parkir yang paling hampir dengan tandas kerana Zahlia dan Hasnah juga mahu turun. Hanya singgah untuk ke tandas kerana sebelum turun tadi mereka semua sudah bersarapan dan masih kenyang.
Beberapa lama berbual Harris menyoal sekali lagi " Sayang betul tak nak turun?",
" Hmm. Akid nak tambah bateri", kata kiasan menunjukkan Akid mahu menyusu.
" Tak nak turunlah ni?",
" Hmm..",
" Sayang berbual apa dengan lelaki masa abang ke tandas lepas kita keluar dewan majlis kahwin Halimi hari tu?",
" Lelaki? Muda ke tua?",
" Ada dua lelaki ke? Dalam video ni ada seorang je..", Harris berpaling ke belakang dan menghulurkan telefonnya kepada Afiqah.
" Oh..Lelaki ni. Tak ada apa. Dia tanya Iqa orang sini ke sebab dia dari KL. Dia tanya tempat best kat area sini. Iqa cakaplah Gunung Senyum. Gua Kota Gelangi",
" Lagi?",
" Itu je lah. Dia tanya Iqa datang seorang ke. Iqa cakaplah Iqa dengan suami. Dah abang tinggal sangat Iqa seorang. Nasiblah kalau Iqa kena ngorat", Afiqah ketawa.
" Seorang apanya. Akid ada kan. Tak nampak Iqa dukung anak. Buta?",
" Dia cakap Iqa muda macam bukan mak dengan anak. Macam adik dengan kakak", terusan membuat suaminya cemburu.
" Dasar lelaki hidung belang. Perut Iqa buncit baru tahu Iqa ada suami agaknya. Agak-agaklah nak masuk line pun!",
Afiqah ketawa mendengar nada cemburu suaminya. " Dahlah. Orang tu sengaja je berbual sambil tunggu kawan dia keluar. Itu pun nak cemburu",
" Tentulah",
" Hmm..Dahlah nenek dah nak sampai sini tu",
" Aduhai..sengaja pula mak cik tu buat lemah gemalai dia. Jangan suruh abang pergi dukung sudah", Harris melihat Zahlia yang berjalan perlahan.
" Nak ke? Pergilah",
" Abang dukung masuk bilik hotel terus",
" Abang!",
" Dah suruh sangat", balas Harris.
" Gurau je. Gurau. Tak faham?",
" Lelaki tak bergurau bab macam tu? Nasib Lia. Kalau anak dara cun macam anak raja tu abang pergi dukung dah tu. Bawa jumpa Tok Kadi",
" Abang ingat anak raja nak dengan abang? Patutnya abang bersyukurlah sebab Iqa ni nakkan abang",
" Main kasar eh",
" Apa pula main kasar", Afiqah ketawa.
" Hmm..Tua dah nenek ni. Jalan sikit pun dah tak daya", ujar Hasnah apabila masuk ke dalam perut kereta. Atiya dan Zahlia juga bergerak masuk ke ruang belakang. Sempat Atiya mencuit pipi gebu adiknya.
" Asyik susu je mana tak debab", ujar Atiya.
" Tiya kecil dulu pun debab macam tu juga", sampuk Harris.
" Tiya dah cun lah ayah. Boleh jadi model dah", balasnya menilik skrin telefon di tangan.
" Jangan nak berangan. Tak ada keturunan ayah jadi model. Nak tunjuk baju tapi lebih tunjuk badan sana tunjuk badan sini. Buat tambah dosa ayah je", Harris mula memandu meninggalkan ruang rehat dan rawat itu. Pemanduannya perlahan menuju masuk semula ke Lebuh Raya Karak. Tiada kesesakan lalu lintas namun bilangan kereta serta trafik meningkat berbanding awal perjalanan masuk ke highway tadi.
Sampai dan selesai urusan kemasukan wad Zahlia yang dari tadi diam mula bersuara.
" Rris nak balik ke?"
" Ya. Rris ada urusan kerja dengan jabatan imigresen", sengaja dia menjawab begitu. Alasan berurusan dengan pejabat kerajaan satu alasan yang agak logik.
" Tiya ada teman ibu. Nenek pun ada kat sini. Gilir-gilir dengan Tiya",
Zahlia diam. Tubuhnya dipaling membelakangi semua orang.
" Kami balik dulu nek. Nanti kawan Rris akan ambil hantar nenek dari hotel yang Rris tempah tu.Tiya call je nombor ayah bagi tadi. Nanti boleh balik mandi rehat kat hotel tu. Dekat sini je. Tiya okay kan?",
" Okay ayah. Jangan risau. Tiya jaga ibu jaga nenek",
Usai bersalaman Harris dan Afiqah keluar dari bilik wad.
" Sayang tunggu depan ni. Abang ambil kereta", ujar Harris apabila mereka di lobi hopital.
Lama menunggu apabila telinganya menangkap bicara seseorang yang sedang bercakap telefon lalu di sebelahnya.
" Ada lelaki kena langgar lari kat parking tadi. Teruk juga. Ni aku dah nak naik ni?", tergesa-gesa lelaki itu berjalan.
Jantung Afiqah berdebar laju. Siapa? Mahu menyoal namun lelaki itu sudah lolos ke dalam perut lif.
Happy reading..
Share this novel