BAB 31

Romance Series 107602

WAJAH pucat Zahlia direnung Afiqah. Proses menjalani rawatan kemoterapi untuk kali pertama ini berjalan dengan baik. Selepas beberapa lama ubat itu dimasukkan Zahlia mula mengadu keletihan dan mula muntah-muntah. Riak wajah Zahlia terpamer rasa kurang selesa dengan keadaannya.

" Kak Lia rehatlah. Nak apa-apa panggil Iqa. Iqa tunggu kat sini",

" Harris?",

Afiqah terkedu. Harris?

" Abang Harris ada di luar. Kenapa Kak Lia?", lembut sahaja suara Afiqah walaupun hatinya kurang senang dengan soalan Zahlia.

" Panggilkan Harris masuk", arah Zahlia memandang wajah Afiqah di hadapannya.

" Kak Lia nak apa? Iqa tolong",

" Aku nak Harris", perlahan namun menekan.

" Sekejap Iqa panggilkan", Afiqah menghubungi Harris supaya naik ke wad. Tidak beberapa lama Harris masuk ke bilik yang menempatkan Zahlia.

" Kenapa?", soal Harris apabila masuk ke dalam bilik wad.

" Kak Lia cari abang",

" Kenapa?",

Afiqah hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Ya. Kerana Zahlia seperti sengaja tidak mahu Afiqah tahu apa kehendaknya. Harris melangkah mendekati katil Zahlia. Melihat Harris yang menghampiri Zahlia cuba untuk bangun. Namun segera ditahan Harris.

" Tak payah bangun. Rehat je", ujarnya berdiri di tepi katil Zahlia.

" Temankan Lia", suaranya perlahan seakan merayu pula.

Harris hanya merenung dengan kerutan di dahi. " Iqa ada teman Lia kan",

" Tapi Lia nak Rris temankan Lia..", suara yang berbaur kesedihan mengundang rasa yang berbelah bagi di hati Harris. Kasihan dan simpati tetapi dalam masa yang sama rasa kurang senang dengan permintaan bekas isterinya itu.

Afiqah mula mendekat. " Iqa boleh temankan Kak Lia",

" Aku tak nak kau. Aku nak Harris!", bentak Zahlia walaupun tubuhnya lemah kerana keletihan kesan rawatan yang diterimanya.

" Lia..", keras namun perlahan Harris menegur.

" Tak apalah. Abang tunggu Kak Lia. Iqa tunggu di luar", Afiqah malas mahu berbalah dengan Zahlia. Dia tahu emosi orang sakit sangat sensitif. Daripada berbalah baik dia sahaja yang beralah. Harris pula langsung tidak menghalang dan hanya membiarkan Afiqah keluar dari bilik wad.

" Kenapa ni?", lembut suara Harris. Dia bukan mahu melayan Zahlia begitu tetapi sebenarnya dia cuba untuk menenangkan dirinya sendiri.

" Rris. Lia sakit..", adu Zahlia mula mengalirkan air mata.

" Ya. Rris. Tahu. Lia kena bertahan",

" Lia boleh bertahan kalau Rris ada dengan Lia",

" Semua ada dengan Lia. Iqa, nenek, Tiya semua akan sentiasa akan ada dengan Lia",

" Tapi Lia nak Rris. Lia tak nak orang lain", terus memberitahu keinginan hatinya tanpa segan.

Harris mengeluh kasar. " Rehatlah. Pejam mata. Tidur",

" Rris temankan Lia tidur",

" Hmm..", Harris hanya mengangguk dan duduk di kerusi yang tersedia di sebelah katil. Zahlia mahu mengajak berbual namun Harris mengugut jika Zahlia terus bercakap dan tidak mahu berehat dia akan keluar dan meninggalkan wanita itu sendiri di situ. Zahlia menurut juga walaupun sedikit terasa dengan layanan dungin Harris. Dia mula memejamkan mata. Laju tangan Harris meleret skrin kerana mahu menghantar mesej kepada Afiqah.

Sayang. Abang temankan Lia rehat sampai dia tidur. Jangan balik hotel sendiri. Tunggu abang.

Dah balik dah pun.

Terus terbangun Harris saat membaca mesej yang baru diterima. Dia menjauh sedikit daripada katil Zahlia dan terus menghubungi Afiqah.

" Sayang di mana?",

" Dalam grab",

" Jangan main- main sayang", marah Harris apabila mengesan suara Afiqah sedang menahan tawa.

" Kat lobi ni. Cuci mata tengok doktor dan jururawat lelaki handsome lalu lalang depan mata Iqa ni",

" Abang turun sekarang!",

" Eh. Gurau je lah. Temankanlah Kak Lia tu dulu sekejap. Dia tak nak Iqa temankan. Dia nak abang", lembut suara Afiqah. Tiada langsung baur cemburu atau curiga pada suara itu.

" Sekejap. Dan hari ni je. Lepas ni tak ada lagi abang teman Lia macam ni. Hari ini hanya kerana ini adalah rawatan pertama Lia. Faham!",

Harris hanya keluar setelah Zahlia benar-benar lena.

LANGKAH Harris dihala menuju ke kawasan Afiqah menunggu. Dia menghubungi Afiqah menyoal kedudukan isterinya tadi. Kakinya melangkah lebih laju saat matanya melihat Afiqah sedang berbual dengan seseorang. Nampak mesra dan ceria. Seperti dia pernah kenal tetapi puas cuba untuk mengingat kembali tetapi wajah itu langsung tidak bernama.

" Siapa?", soal Harris memandang belakang tubuh lelaki itu yang sedang berlalu pergi.

" Ibrahim. Abang ingat tak? Kawan Iqa yang kerja di Hospital Jengka dulu. Tapi dia baru berpindah ke sini beberapa minggu lepas",

" Tak..", cepat Harris menjawab. Berbohong. Dia teringat yang dia pernah bertemu dengan lelaki itu sebelum ini semasa membawa Akid demam beberapa bulan lepas. Kebetulan juga Ibrahim sedang bertugas di wad kecemasan pada waktu itu.

Seketika Afiqah ketawa. " Oh ya. Iqa lupa abang hilang ingatan. Masa jumpa dia dulu kita baru nak berbaik semula. Mestilah abang tak ingat kan. Abang kan masih belum ingat hidup abang lepas nikah dengan Iqa", lurus sahaja ujaran Afiqah. " Eh. Pernah la abang jumpa dia. Masa Akid demam dulu. Ingat tak?",

" Tak..", jawabnya malas mahu memanjang cerita tentang lelaki itu apabila mendengar teruja dan ceria suara Afiqah kerana tanpa sengaja terjumpa lelaki itu di sini.

" Jom. Pergi makan. Abang lapar. Lia tengah tidur tu",

" Kak Lia cakap apa pada abang",

" Tak ada apa. Dia cuma nak abang teman je",

" Yalah..Teman je..", ajuk Afiqah dan bangun dari kerusi.

" Siapa suruh Iqa keluar. Lia tak suruh. Abang lagi tak suruh", Harris mula mencapai jemari Afiqah supaya berjalan beriringan dengannya menuju ke kafe hospital.

" Memanglah Kak Lia tak suruh dan abang pun tak suruh Iqa keluar. Tapi Iqa fahamlah maksud Kak Lia tu dia nak ruang bersama dengan abang",

" Iqa yang buka ruang tu. Patut Iqa cakap tadi. Harris suami Iqa. Iqa takkan sesekali benarkan Kak Lia berdua-duaan dengan suami Iqa walaupun dalam bilik wad yang besar ni. Ni tak. Boleh pula dia keluar macam tu je kan..",

" Dah. Abang pun satu. Tak halang pun Iqa. Sukalah berdua-duaan dengan janda abang kan",

Harris ketawa dengan sindiran yang terbit dari bibir isterinya.

" Tengok. Belum apa-apa kita dah mula nak bergaduh fasal Lia. Baru sehari. Belum lagi kita tinggal serumah dengan Lia. Iqa nak ke kita bergaduh hari-hari sebab Lia. Hmm?",

" Tak nak..", meleret suaranya.

" Nak makan apa ni? Banyak juga makanan kat sini", ketika mereka masuk ke ruang kafe Harris memperlahankan langkah sambil meninjau menu yang disediakan.

" Hmm..Nasi ayam kukus tu je lah. Okay?", jawab Afiqah memaling wajah memandang Harris di sebelah.

" Okay.. Sayang tunggu di meja tu abang belikan. Iqa nak air apa?", soal Harris kerana apabila keluar makan di luar Afiqah tidak meminta jenis air yang sama. Jadi dia tidak dapat meneka jenis air yang digemari isterinya itu kerana Afiqah seorang yang tidak memilih makanan.

" Iqa nak teh o ais je lah",

" Okay..",

Harris menuju ke arah kiosk nasi ayam dan Afiqah pula mencari meja kosong.

Lebih kurang 5 minit kemudian Harris datang membawa 2 pinggan nasi ayam. " Abang ambil air sekejap",

Harris berlalu semula. Tidak berapa lama Harris datang semula. Mereka berdua mula menjamu selera sambil berbual.

" Kita balik hantar Lia rumah nenek. Lepas tu balik rumah kita",

" Hmm..Tak boleh ke kalau kita tak pindah rumah abang. Iqa berat hati nak tinggalkan nenek jaga Kak Lia", dia masih mahu memujuk Harris supaya lelaki itu membatalkan niatnya walaupun mereka telah siap mengemas rumah yang baru dibeli Harris. Rumah yang lama telah dijual kerana dia mahu membeli rumah yang lebih selesa. Lot banglo yang mempunyai laman untuk anak-anaknya bermain dengan selesa.

" Baru beberapa hari di sini pun Iqa dah jauhkan diri dari abang lepas tu biar abang temankan Lia. Kalau kita tinggal sama apa agaknya Iqa akan buat. Biar abang tidur sebilik dengan Lia pula?",

" Hish Abang ni kan. Tidaklah sampai macam tu. Atau memang abang ada niat macam tu?", mencuka wajah Afiqah dengan gurauan kasar lelaki itu.

" Dah orang bagi peluang. Kenapa nak tolak?", usiknya lagi.

" Oh..nak sangat gayanya kan. Pergilah",

Harris ketawa dengan reaksi Afiqah apatah lagi sudu di tangan tadi diletakkan ke pinggan dan terus menolak pinggan yang masih berbaki nasi ayam yang belum dihabiskan.

" Nak abang habiskan ke apa ni?",

Terus ditarik semula pinggan nasi tadi. Disuap dan dikunyah dengan matanya terus menjeling tajam wajah Harris di hadapannya.

" Jangan buat muka comel macam tu. Nanti abang geram mahu abang bawa balik hotel kejap lagi",

Makin tajam jelingan mata Afiqah dengan usikan nakal lelaki di hadapannya. " Kita akan teruskan dengan rancangan asal abang. Lia balik tinggal dengan nenek. Kita balik rumah abang",

" Tak ada belas ehsan dan kasihan ke untuk nenek",

" Abang ehsan dan kasihan pada nenek. Tapi ada masa kita kena pentingkan diri kita juga untuk kebaikan semua orang sayang isteri abang",

" Hmm..",

" Hmm je?",

" Hmm je lah..",

Harris ketawa lagi. " Abang tahu isteri abang seorang isteri yang baik dan solehah yang akan taat pada suami. Abang dah janji kan abang izinkan Iqa balik rumah nenek untuk lawat Kak Lia lawat nenek. Bila-bila masa. Tapi jangan pula bila abang ajak 'dating' atas katil masa tu lah dia sibuk nak balik rumah nenek",

" Hish! Tak senonoh!",

" Apa pula tak senonoh. Iqa yang fikir tak senonoh sedangkan abang fikir yang baik-baik je",

" Hmm..Yalah tu. Macamlah baru sehari dua Iqa kenal abang", bola matanya diputar ke atas.

" Lagipun kita ada privasi sikit bila duduk rumah sendiri", sengih tersungging di bibir Harris. Afiqah menjuih bibir. Faham sangat dengan maksud privasi yang dimaksudkan Harris.

" Eleh. Tak suka konon. Senang nanti abang nak kelek Iqa ke sana ke sini. Ke sana ke sini. Suka hati abang. Dapur ke ruang tamu. Ruang tamu ke bilik. Bilik ke balkoni. Balkoni ke stor", masih seronok mengusik isterinya.

" Kenapa tak sebut je ke tengah jalan depan rumah kita. Ha..Biar terbeliak biji mata jiran abang tengok",

Harris ketawa lagi kerana Afiqah menyambut guarauannya. " Tengah jalan. Okay juga kan. Free show. Tak payah bayar. Ke nak minta bayaran? Cepat sikit kita kaya",

" Minta bayaran. 1 minit satu ringgit",

" Eh! Abang tak semurah tu!", keras suara Harris. Mujur juga waktu ini tidak ramai orang di kafe kerana sudah habis waktu makan tengah hari. Pekerja hospital sudah lama habis waktu rehat. Yang ada kebanyakannya adalah pelawat.

" Rosak akhlak dan akal Iqa sejak jadi isteri abang", ujaran Afiqah bikin tawa Harris meledak lebih kuat bagai terlupa mereka di mana. Mujur juga mereka berada di ruang paling hujung dan berhampiran meja mereka meja sudah kosong.

SELESAI makan Afiqah dan Harris naik semula ke wad pada waktu melawat sesi petang. Ketika masuk ke bilik wad ada dua orang wanita sedang berbual bersama Zahlia. Afiqah bersalaman dan memperkenalkan diri. Ketika seorang perempuan memandang Harris wanita itu sedikit terkejut kerana dia pernah mengenali Harris sebelum ini sebagai bekas suami Zahlia dan sekarang suami Afiqah adik Zahlia.

Tidak lama dua wanita itu di situ kerana mahu memberi ruang untuk Zahlia berehat. Afiqah mula mendekati Zahlia dan duduk di kerusi.

" Kak Lia nak makan sekarang?",

" Rris tolong suapkan boleh?", soal Zahlia memandang Harris yang berdiri di belakang Afiqah.

" Iqa ada kan..",

" Kalau Rris tak suapkan Lia tak nak makan..",

Harris mengawal rasa. Jika ikutkan hatinya mahu sahaja dia menghamburkan kemarahannya namun dia cuba untuk bertenang.

" Maaf Lia. Setakat ni je Rris boleh tolong Lia. Nak makan bersuap bagai Rris tak boleh nak penuhi permintaan tu. Iqa suapkan. Kalau tak nak Iqa suapkan makan sendiri", tegas suara Harris.

" Abang..", Afiqah mencapai tangan Harris cuba menenangkan perasaan lelaki itu.

" Dahlah Iqa. Jangan memandai nak suruh abang buat perkara yang abang tak suka buat", pegangan tangan Afiqah ditarik dan berlalu keluar dari bilik wad.

Afiqah dan Zahlia sama- sama terdiam dengan tingkah Harris.

" Abang Rris tak marah Kak Lia pun. Dia penat tu", pujuk Afiqah apabila Zahlia mula menangis. " Dahlah. Jangan menangis lagi. Iqa ada boleh tolong suapkan Kak Lia",

" Tak payah. Aku pandai makan sendiri", dalam sedu dia masih mampu bersuara.

Afiqah bangun lalu menarik meja. Makanan yang tersedia di meja makan dibuka penutupnya.

" Keluar Iqa. Hilang selera aku kau ada",

" Oh.. Okay. Kak Lia nak apa-apa boleh panggil Iqa. Iqa ada je di luar", dia berlalu keluar selepas makanan dan minuman disediakan di hadapan Zahlia. Dia tahu dia perlu lebih bersabar melayan karenah Zahlia selepas ini.

" MAKAN ke tak?", soal Harris apabila Afiqah duduk di sebelahnya.

" Iqa keluar sebelum Kak Lia makan. Dia tak nak Iqa ada kat dalam", kecewa suaranya.

" Biar je lah. Dia lapar tentu dia makan. Takkan nak biar perut berlapar pulak",

Tangan Harris dicapai Afiqah dan mengusap lembut jemari lelaki itu.

" Iqa nak minta tolong dengan abang. Jangan cakap kasar dengan Kak Lia boleh. Orang sakit ni sensitif dan mudah terasa hati. Kasihan Kak Lia. Boleh tak. Iqa minta tolong abang ni",

" Orang lain sakit juga. Tapi tahu bersabar. Tahu bersyukur. Ni mengada-ngada",

" Kalau Iqa sakit lepas tu mengada-ngada dengan abang macam tu juga ke layanan abang pada Iqa?", sengaja mengendurkan panas hati suaminya.

" Iqa isteri abang. Lia bekas isteri abang. Tentulah ada batasan antara abang dengan dia. Dia ingat abang suka dia buat macam tu. Tentulah tidak. Lagipun abang kena jaga air muka abang air muka isteri abang ",

" Okay. Iqa faham. Tapi lepas ni janganlah cakap marah-marah macam tadi. Abang diam je kalau abang tak suka. Lepas tu nanti abang boleh luahkan pada Iqa apa yang abang tak puas hati. Boleh macam tu?",

" Untuk isteri abang semua boleh. Abang tahu Iqa sayang kakak Iqa tu. Tapi jangan sampai Lia ambil kesempatan atas perasaan Iqa pada Lia. Faham!",

" Hmm..Iqa kasihankan Kak Lia. Kak Lia je Iqa ada..",

" Hmm..Tak faham lagi rupanya.", Harris menggeleng. " Jangan lepas ni Iqa sakit hati sendiri sebab nak abang layan dia ikut cara Iqa. Nanti diri sendiri menangis bucu katil", Harris bangun dan berlalu.

" Abang..", panggilnya perlahan.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience