BAB 19

Romance Series 107602

BALIK dari kerja Zahlia bersiap untuk menghantar Atiya ke rumah Hasnah kerana esok dia perlu ke Shah Alam atas urusan kerja. Esok biarlah Harris menghantar anaknya ke sekolah. Sejak Harris dimasukkan ke hospital tugas menghantar dan mengambil Atiya menggunakan khidmat bas sekolah kerana Atiya tinggal bersama ibunya. Kecuali jika pemandu bas sekolah ada kecemasan dialah yang terpaksa keluar mengambil Atiya walaupun jauh. Mahu ditukarkan Atiya ke sekolah berhampiran dengan tempat kerjanya bimbang Harris tidak setuju pula.

" Betul ke Atiya nak tidur rumah Oyang. Tak nak tidur rumah Nenek Miah?", soal Zahlia entah untuk ke berapa kali.

" Tiya nak tidur dengan ayah. Boleh kan ibu?",

" Hmm..boleh", Zahlia hanya mengikut sahaja.

" Ibu dah beritahu tak Uncle Sufian Tiya pergi sekolah dengan ayah esok?",

Sejak tinggal di rumah Hasnah, minggu lepas Harris sudah boleh memandu sendiri. Dia juga sudah bekerja semula seperti biasa. Mujur juga ada Azizan. Banyak perkara diuruskan oleh Azizan. Cuma bila berkaitan kewangan terpaksa dia berjumpa dengan Salmiah sebagai salah seorang ahli dalam syarikat itu. Bukan biasa- biasa perniagaan Harris sebenarnya walaupun bila dilihat dari dari mata kasar nampak biasa sahaja.

" Dah..",

" Okay. Tiya dah siap. Jom bu", beg pakaian digalas di sebelah kiri. Beg sekolah pula ditarik dengan tangan kanan.

Zahlia melihat sahaja Atiya yang mula bergerak mahu keluar dari bilik. Sejak semalam anak itu seperti tidak sabar mahu berjumpa dengan ayahnya. Ya dia tahu betapa rapatnya hubungan Atiya dan Harris. Seketika kesal bertandang lagi. Kesal dengan keputusan yang dibuat dulu. Kerana terlalu mengejar cita-cita dia tidak mahu terikat dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Sekarang apa boleh buat? Bersama Harris semula? Tak mungkin kerana Harris kini suami Afiqah. Adik kandungnya. Langsung tiada harapan. Kecuali Harris dan Iqa berpisah!

" Jomlah ibu. Nanti lewat ibu balik rumah bahaya", panggil Atiya apabila melihat sempat pula ibunya mengelamun.

" Ya. Ya. Jom", Zahlia bingkas bangun.

SAMPAI di rumah Hasnah kelihatan Harris sudah menunggu di beranda. Bergegas Atiya keluar dari perut kereta setelah Zahlia berhenti memarkir. Tubuh Harris dipeluk erat.

" Malam ni Tiya tidur dengan ayah ya", wajahnya mendongak mencari wajah Harris.

" Okay",

" Jom naik dulu Lia", pelawa Harris apabila Zahlia keluar dari kereta.

" Lia nak cepat. Beg tak kemas lagi", cepat dia menolak berharap Harris terus mempelawa.

" Nenek ajak naik makan malam sama",

Zahlia tersenyum dan bersetuju. Itulah tujuan dia sebenarnya. Mahu Harris bersungguh. Biarlah atas nama Hasnah pun. Entah. Semakin lama dia rasa dia mahu memiliki Harris walaupun dia tahu perkara itu mustahil. Dah gila agaknya aku ni! Cemburukan Afiqah? Ya! Dia cemburukan adiknya itu.

AFIQAH masuk ke ruang dapur setelah menidurkan Akid ketika yang lain sedang enak menjamu selera. Awal malam begini masa Akid melenakan diri dan tengah malam nanti anak itu akan berjaga untuk diajak bermain.

Melihat Zahlia menyendukkan kuah sup ke pinggan Harris Afiqah hanya tersenyum sedangkan hatinya sudah diamuk rasa cemburu. Ya tentulah dia cemburu kerana hati Harris sekarang ada nama Zahlia bukan dirinya. Dilayan begitu oleh Zahlia tentu sekali akan membahagiakan Harris.

Afiqah duduk di sebelah Hasnah kerana di sebelah kiri Harris ada Atiya dan di sebelah kanan ada Zahlia.

" Kamu tak boleh makan bihun lagi. Nanti angin. Makan nasi", Hasnah menyendukkan nasi ke dalam pinggan Afiqah.

" Sikit je nek tak boleh ke? Rasa",

" Tak boleh",

" Kan dah habis pantang nek", Afiqah masih mahu bersoal jawab. Sengaja. Mahu menarik perhatian Harris yang sedang menadah pinggan untuk diisikan sayur tauge oleh Zahlia ke pinggannya.

" Eh budak ini. Cubalah ikut cakap orang tua ni. Pantang ni penting Iqa oi", Hasnah jadi geram pula.
" Ya nek. Iqa makan nasi dengan sup je", usai membaca doa kuah sup dicedok ke dalam pinggan sambil matanya melirik memandang Zahlia menambahkan isi ayam dan kuah sup ke dalam mangkuk Harris. Huh! Menyampah! Tak nampak ke aku ada depan mata ni. Sibuk menggatal dengan suami orang. Kahwinlah. Lepas tu gatallah dengan suami sendiri. Harris pun sama gatal. Biar je janda dia tu melayan! Hish! Aku selam kepala dua -dua dalam kuah sup baru tahu. Dia mula merapu yang bukan-bukan. Namun di luaran dia cuba berlagak tenang dan bersahaja.

Mereka berlima menikmati makan malam itu dengan penuh selera. Masakan Hasnah memang tidak pernah mengecewakan. Cara masak orang lama tak perlu bahan penyedap pun sudah sedap.

Ketika Zahlia mahu balik Hasnah, Atiya dan Harris menghantar ke pintu. Afiqah? Dia terus meluru ke bilik. Entah. Dia cemburu dengan adegan selamba Zahlia melayan Harris ketika di dapur tadi. Menyampah pun ya!

HARRIS masuk ke dalam bilik yang selalu menjadi bilik tidur Atiya sebelum ini.

" Ayah tidur sini ya"

" Mana boleh. Tiya dah besar kan. Ayah teman sehingga Tiya tidur je", rambut Atiya yang terjuntai di dahi diselit ke belakang telinga.

" Tiya happy hari ni", ujar Atiya.

" Happy?",

" Hmm..ibu makan dengan kita. Ibu layan ayah makan tadi kan. Macam dulu. Masa kita sama-sama dekat rumah ayah dulu. Tapi..", Atiya diam. Dia nampak cemburu di wajah Afiqah tadi kerana ibu saudara merangkap ibu tirinya itu duduk di hadapannya tadi sesekali menjeling ke arah Harris dan Zahlia.

" Tapi apa?",

" Tiya nampak umi macam cemburu?",

Berkerut dahi Harris mendengar ujaran Atiya.

" Nak cemburu apa pula",

" Cemburu lah. Ayah kan suami umi. Tapi ibu pula yang layan ayah makan tadi",

Harris terdiam. Ah. Dia langsung tak terfikirkan apa yang Afiqah fikir tadi. Cemburu ke isterinya itu?

" Ayah sayang umi?", soal Atiya merenung wajah Harris. Dia tahu ayahnya sayang sayangkan Afiqah sebelum lelaki itu cedera dan hilang ingatan dulu. Tapi sebulan ini dia nampak Harris tidak mesra dengan Afiqah.

Tidak menjawab soalan Atiya tadi Harris berbicara memandang wajah anaknya. " Ayah tak nak Tiya fikirkan hal orang dewasa. Ayah tak nak Tiya keliru. Walaupun ayah tak ingat siapa umi. Kenyataanya umi isteri ayah", berat mahu mengakui tetapi dia itulah kenyataannya.

" Okay.", Atiya menarik selimut menutupi tububnya hingga ke dada.

" Baca doa tidur. Tidur. Esok ayah hantar Tiya ke sekolah",

" Okay ayah. Ayah tunggu sampai Tiya tidur baru ayah balik bilik umi. Boleh?",

" Boleh",

" Assalamualaikum ayah. Selamat malam", matanya dipejamkan.

Hampir 30 minit barulah Harris keluar apabila Atiya benar-benar lena.

MELIHAT Afiqah yang sedang menyusukan Akid buat langkah kaki Harris bergerak keluar semula dari bilik. Dua bulan ini dia memberi privasi kepada Afiqah setiap kali isterinya itu menyusukan Akid. Dia bimbang hati lelakinya yang memang tidak kuat iman ini akan akan tewas. Dia sendiri pun tak percayakan dirinya. Kaki dihala menuju ke sofa ruang tamu lalu dia berbaring di sofa.

Tiya nampak umi macam cemburu.

Ayat itu mula bermain di kepalanya. Iqa cemburu ke? Nampak biasa je tadi. Lama mengelamun akhirnya dia terlena juga. Selalunya Afiqah akan mengejutkannya untuk masuk ke bilik usai menidurkan semula Akid. Namun, kerana cuaca panas buat dia terjaga. Berpeluh tubuhnya walaupun kipas sudah dihidupkan ke tahap maksimum. Tangan mengagau mencari telefon. Skrin dileret. 12.17 tengah malam.

Afiqah tak kejutkan aku ke? Dia yang masih mamai memisat matanya. Tidak fikir lama dia bangun dan bergerak ke bilik.

Melihat Afiqah yang lena terus dia berbaring mengiring membelakangi Afiqah. Baru mahu memejamkan mata terasa tubuhnya dipeluk buat tubuhnya jadi kaku seketika.

Diam.

Tubuhnya dipalingkan perlahan-lahan apabila Afiqah terus memeluknya. Direnung wajah lena isterinya dalam samar cahaya lampu dinding yang terbuka. Harris senyum. Tiba-tiba hatinya nakal mahu mengucup bibir Afiqah yang sedikit terbuka. Dikucup sekilas tanpa ragu. Dia senyum lagi. Tangannya mula naik mengelus lembut bibir Afiqah.

" Awak cantik Iqa", bisiknya perlahan tidak mahu Afiqah terjaga. Namun tanpa diduga mata Afiqah yang tiba-tiba terbuka membuatkan Harris terus mengundur ke belakang. Terkejut dengan reaksi tiba-tiba Afiqah. Meledak tawa Afiqah kerana lucu melihat riak wajah Harris yang begitu terkejut.

" Abang cakap apa tadi. Hmm? Iqa cantik? Kalau luar cantik yang tersembunyi lagi cantik. Aummm", nakal ayat dan tingkahnya kerana cuba menggoda lelaki itu.

Malu. Harris malu. Apakah Afiqah sedar perbuatannya mengucup bibir isterinya itu tadi. Huh! Tak sangka begini mainan Afiqah. Pura-pura tidur!

Harris mahu bangun namun cepat ditahan Afiqah. " Janganlah tidur luar. Iqa sakit telinga dengar nenek membebel biar abang tidur luar",

Harris terus berbaring semula dengan membelakangi tubuh isterinya.

" Hmm..awak cantik Iqa", Afiqah yang berbaring di belakang Harris berbisik rapat ke telinga Harris mengulang ayat lelaki itu tadi.

" Iqa..", suara Harris kedengaran menekan menunjukkan dia tidak suka perbuatan Afiqah mempersendakannya begitu.

Seketika Afiqah mengucup pula telinga Harris. Sungguh dia memang sengaja mahu menggoda lelaki itu. Geram dengan gurauan isterinya tanpa pamitan ditarik tubuh Aifqah lalu ditindih tubuh itu. Saat Harris di atas tubuhnya dan mata mereka saling memandang Afiqah hanya tersenyum dan menunggu sahaja tindakan lanjut suaminya.

" Jangan salahkan saya kalau saya..", bibir Afiqah dikucup. Dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada. Bukan salah dirinya yang meminta dilunaskan haknya tetapi Afiqah yang sengaja menggoda. Mana mungkin dia mampu bertahan dengan godaan seorang wanita yang terbukti berstatus isterinya. Dia hanya hilang ingatan bukan hilang nafsu seorang lelaki!

TANGISAN Akid di atas katil bayi membangunkan Afiqah. Ini memang masanya Akid bangun untuk menyusu. Walaupun masih rasa mengantuk dia bangun juga apabila tangisan Akid mula memenuhi ruang dalam bilik. Namun langkah Afiqah terhenti apabila pinggangnya draih perlahan.

" Biar saya ambil Akid", suara serak Harris membuatkan Afiqah terus bersandar di katil. Matanya melihat sahaja Harris bangun dan mendukung Akid dan diserahkan kepadanya. Harris terus berbaring semula. Namun Afiqah hanya tersenyum apabila Harris sengaja membenamkan wajahnya di sisi perut Afiqah. Seketika wajah lelaki itu didongakkan memandang Afiqah yang sedang menyusukan Akid

" Jangan salahkan saya dengan apa yang saya dah buat pada awak tadi", suara Harris perlahan namun jelas di telinga Afiqah.

" Iqa isteri abang. Iqa hak abang. Abang tak salah pun",

Harris diam dan memejamkan matanya. Seketika terbit rasa kesal dengan apa yang berlaku tadi. Dia tak cintakan Iqa tapi kenapa dia langsung tak boleh menahan diri. Ah! Kau ni Harris. Kata tak cinta. Baru digoda sedikit kau sudah hanyut.

" Jangan salahkan diri abang. Abang suami Iqa dan abang berhak ke atas Iqa seperti sebelum abang hilang ingatan dulu. Abang tak ingat siapa Iqa tak buat abang hilang hak ke atas Iqa", perlahan cuba menenangkan suaminya.

Hati Afiqah diterpa rasa sesuatu. Harris menyesal dan kecewa dengan apa yang telah berlaku antara mereka tadi? Apa yang berlaku adalah kehendak dan kerelaan mereka berdua. Tiada siapa yang harus dipersalahkan.

" Kenapa saya langsung tak boleh ingat awak isteri saya Iqa?", soalan Harris buat Afiqah terdiam.

" InsyaAllah. Iqa yakin suatu hari nanti Allah akan kembalikan semula ingatan abang",

" Kalau sampai bila-bila saya tak ingat awak dan hati saya masih ada Zahlia?",

Afiqah tersentak. Ah! Selepas mereka bermesra Harris membangkitkan nama Zahlia? Harris ni tak boleh ke jaga hati dan perasaan aku? Afiqah diam tidak memberi jawapan. Sungguh dia kelu. Suaranya tersekat. Dadanya bagai terhimpit batu besar. Sangat menyesakkan.

" Iqa..", panggil Harris apabila Afiqah membisu.

" Maksud abang. Kalau abang tetap tak ingat Iqa abang nak kembali semula pada Kak Lia. Macam tu?",

Kali ini Harris pula yang terdiam. Tinggal bersama dengan Afiqah selama dua bulan ini sangat menyenangkan kerana Afiqah langsung tidak pernah memaksa dia untuk cuba mengingati wanita itu.

" Iqa tahu hubungan abang dengan Kak Lia bertahun lamanya. Dari sekolah menengah, universiti sampailah abang dengan Kak Lia nikah. Kalau dikira mungkin dah berbelas tahun. Tapi cinta kita.. Abang nikahi Iqa kerana permintaan mak, nenek dan Atiya. Tiada cinta antara kita masa kita nikah. Selepas enam bulan kita nikah Kak Lia balik. Abang tahu apa yang buat lepas Kak Lia balik sini?",

" Saya tak ingat..", Harris mula bangun dan bersandar di kepala katil.

Afiqah tersenyum sambil mengusap pipi gebu Akid di pangkuannya " Abang lepaskan Iqa kerana abang nak kembali semua pada Kak Lia", perlahan dan teratur tuturnya.

" Saya buat macam tu?", jelas ada nada terkejut dalam suara Harris.

" Hmm..sebab..abang tak sayang Iqa. Abang masih sayangkan Kak Lia. Tapi..bila abang tahu Iqa mengandung abang pujuk Iqa untuk kita rujuk semula dan Iqa setuju",

" Saya langsung tak ingat..",

" Iqa faham. Jangan paksa diri abang. Iqa tetap setia tunggu abang. Iqa akan bagi masa lama mana abang perlu untuk abang ingat Iqa semula. Tapi..",

" Tapi..", Harris yang masih tenang menunggu jawapan Afiqah.

Afiqah menarik nafas panjang dan membuang resah yang membungkam di dada. Patut ke dia menyebutnya sekarang? Saat dia sangat mengharapkan lelaki itu menjadi miliknya selamanya.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience