TANGAN Firman menggenggam kejap stereng kereta. Matanya tidak lepas dari memandang gadis berbaju sekolah yang sedang berjalan menghampiri Toyota Camry. Melihat lelaki yang keluar dari kereta itu buat Firman mengetap gigi kuat sehingga rahangnya bergerak.
" Kamu takkan ku lepaskan Harris. Nyawa mesti dibayar dengan nyawa", suara Firman penuh dendam.
Kereta dipandu meninggalkan perkarangan sekolah yang agak sibuk. Namun matanya sempat melirik Harris yang sedang memegang tangan anaknya.
" Masih hidup kau Harris!", pedal minyak ditekan lebih rapat. Menderum bunyi enjin kereta berona hitam itu sehingga kebanyakkan murid dan penjaga memandang dan mengutuk.
" Apalah. Kat depan sekolah pun nak laju", rungut Harris apabila masuk ke dalam perut kereta.
" Nak tunjuk kereta dia mahal kot ayah", Atiya menarik tali pinggang kaledar.
" Mahal ke? Kereta ayah lagi mahal", jawapan bersahaja Harris buat Atiya ketawa.
Mahu sahaja Atiya menjawab kereta sport tu ayah mestilah mahal. Namun dia mahu biar ayahnya dengan jiwa bangganya.
Harris memulakan pemanduan keluar dari kesibukan jalan.
" Tadi ayah datang Akid buat apa yah?",
" Ayah dari office tadi",
" Rindunya dekat Akid. Tangan dengan peha dia gebu macam kuih pau. Tiya geram je nak gigit ", jawab Atiya tidak sabar mahu balik.
" Nantilah ayah belikan kuih pau", Atiya mengekek ketawa geli hati dengan jawapan Harris.
" Tiya nak gigit tangan Akid. Bukan nak makan pau",
" Makan pau baru kenyang", balas Harris.
" Yalah. Yalah. Nanti ayah beli buah pau. Tiya makan kuih pau",
" Yalah. Ada hati nak gigit anak ayah. Sakit tahu umi lahirkan Akid. Dahlah umi lahirkan Akid ayah tak ada. Masa ibu lahirkan Tiya ayah ada tahu",
" Ayah ingat?",
" Mestilah ayah ingat", kerut terentang di dahi Harris.
Atiya mengangguk dengan senyuman. Ya. Ayah kan ingat hal tu. Ayah lupa hal umi je. Kasihan umi. Sebulan sudah Atiya tinggal bersama Harris di rumah Hasnah. Marahnya pada Afiqah mula hilang apabila Harris mula sedar dulu. Soal ayahnya hilang ingatan dia tidak peduli kerana ayahnya tetap mengingati siapa dia.
" Ayah..", manja suara Atiya.
" Hmm..",
" Semalam umi cakap nak ajak ayah pergi honeymoon",
" Honeymoon?",
" Hmm..", Atiya mengangguk laju.
" Ke mana?",
" Alamak. Umi cakap suprise", Atiya terus menekup mulutnya.
" Surprise yang dah tak surprise?", Harris ketawa dengan tingkah anaknya.
" Ala..Tiya tak sengaja terberitahu ayah. Mesti umi marah nanti", hatinya terus dihurung rasa bersalah kerana keterujaannya mahu berkongsi menyebabkan dia memungkiri janjinya pada Afiqah.
" Jangan beritahu umi",
" Tak baik lah ayah tipu umi. Umi baik",
" Ya. Ayah tahu umi baik",
" Dulu..Tiya marah umi masa mula-mula ayah sakit",
" Marah umi? Kenapa?", Harris membelok masuk simpang ke rumah Hasnah.
" Tiya marah umi sebab ayah nak selamatkan umilah ayat kena hentak dengan kerusi kayu tu",
Atiya nampak. Dia nampak semuanya yang berlaku malam itu. Dia nampak apa lelaki bertopeng itu lakukan pada ayahnya. Kakinya kaku dan mulutnya bisu. Langsung tidak menjerit dan dia hanya tersedar apabila terdengar Hasnah meraung kuat. Lelaki bertopeng itu sampai sekarang masih belum ditangkap. Hebat benar mereka berselindung sedangkan kecekapan polis di Malaysia diperakui antarabangsa.
" Tiya takut. Tiya takut sangat ayah", sungguh dia trauma melihat tubuh Harris yang terkujur kaku dengan darah pekat yang mengalir dari kepala ayahnya.
Harris memegang tangan Atiya. " Kasihan anak ayah kena lalui semua tu. Ayah minta maaf",
" Ayah tak salah. Umi pun tak salah. Nenek cakap semua jadi sebab ketentuan Allah. Tentu ada hikmahnya",
" Anak ayah dah besar. Bercakap pun dah macam orang besar", Harris ketawa kecil sambil tangannya mengusap kepala Atiya beberapa kali sehingga tudung Atiya melorot ke depan.
" Ayah..Tak on pointlah tudung Tiya" , rengek Atiya memuncung wajahnya sambil menurunkan cermin di atas kepala dan membetulkan semula tudungnya.
" Ala..Dah nak balik pun. Tak on point pun anak dara ayah ni cantik ", Harris ketawa senang. Teringatkan Afiqah bikin hatinya tidak sabar mahu sampai ke rumah. Ah! Iqa nak ajak honeymoon? Harris senyum lagi. Namun teringatkan janjinya dengan seseorang buat dia melepaskan keluh pula.
SAAT masuk ke dalam rumah Atiya lihat Akid sedang bermain sendirian ditemani Afiqah yang sedang menyiapkan tempahan sulaman.
" Umi.. Tiya lapar", rengek Atiya manja sambil mendekati Akid yang leka bermain.
" Mandi dulu nanti kita makan sama-sama. Ayah mana?", soal Afiqah apabila tiada Harris bersama Atiya. Selalunya apabila balik mengambil Atiya lelaki itu akan berehat sekejap di rumah. Usai makan, solat Zohor dan menghantar Atiya ke sekolah agama barulah dia akan ke pejabat atau keluar untuk urusan kerja di ladang.
" Ayah suruh beritahu umi ayah nak kena jumpa orang sekejap", tadi sebelum dia turun Harris meminta disampaikan perkara itu kepada Afiqah. Tidak bertanya lanjut berjumpa siapa kerana dia tahu ayahnya memang selalu berjumpa dengan orang atas urusan kerja.
" Akid ada bau busuk masam tak Kid. Siapa ya?",
Sendaan Afiqah dibalas dengan wajah memuncung dari Atiya. Atiya menjeling Afiqah di sebelahnya kerana tahu Afiqah memaksudkannya. " Kak Tiya mandi sekejap. Tunggulah Kak Tiya mandi dulu. Kak Tiya gomol Akid sampai Akid jadi kurus. Tunggu ya", Atiya bangun dan berlalu.
Afiqah hanya memandang dengan senyuman. Atiya. Mudah benar anak itu menerimanya semula. Bersungguh anak itu menangis saat meminta maaf kepadanya sebulan lepas. Bicara Atiya yang memberitahu perihal dia dan Zahlia serta tentang apa yang berlaku pada Harris juga.
" Tiya tak nak benci umi. Tapi ibu suruh Tiya benci umi. Tiya sayang ibu. Tapi Tiya sayang umi juga walaupun umi bukan ibu kandung Tiya. Umi baik. Umi jaga Tiya masa ibu tak ada kat sini. Umi buat macam-macam untuk Tiya. Umi maafkan ibu Tiya boleh?", redup wajah serta suara penuh mengharap Atiya bikin Afiqah jadi hilang kata. Ah! Anak ini hatinya terlalu suci untuk biar dicemari. Kasihan anak umi. Kenapalah Kak Lia buat begini pada anak sendiri.
" Tiya..", panggil Afiqah saat Atiya sudah bangun.
" Ya umi",
" I love you", ucap Afiqah dengan senyuman.
Atiya gelak besar. " I love you too. Umi cakaplah pada ayah juga",
" Pada ayah umi dah cakap. Ayah buat tak dengar je",
Atiya gelak lagi. " Umi lupa? Sebelum ayah hilang ingatan pun ayah sombong", Atiya teringat hal lama dulu saat hubungan Afiqah dan Harris masih nampak canggung dan kekok. Ayahnya langsung tidak mahu bercakap banyak dengan Afiqah.
Afiqah ketawa kecil mendengar Atiya mengelar Harris begitu. " Pergilah mandi cepat. Kita makan sama",
" Okay umiku sayang",
Afiqah cuma tersenyum dipanggil begitu. Dia senang dengan kemesraan hubungannya bersama Atiya.
AFIQAH meneliti sulaman tangan dan jahitan manik yang baru disiapkan. Sulaman bertemakan bunga ros putih yang hanya menggunakan benang putih dan perak mengikut permintaan pelanggannya walaupun ringkas namun nampak begitu ekslusif. Puas hati dengan hasil kerjanya Afiqah melipat dengan kemas dan dimasukkan ke dalam kotak hitam yang juga nampak eksklusif. Dibalut kemas dan ditulis alamat untuk diposkan esok hari. Baju itu mesti sampai sebelum majlis pertunangan pelanggan yang dijadualkan lagi dua minggu.
Mesej dihantar kepada pelanggan.
Baju Sis Ina Kak Iqa dah siapkan. Esok Kak Iqa pos. Apa-apa masalah boleh dimaklumkan. Terima kasih Ina tempah sulaman dengan Kak Iqa.
Seketika mesejnya dibalas.
Wah..Tak sabar nak tengok. Tapi lagi tak sabar nak bertunang..Hahaha
Afiqah ketawa kecil membaca mesej pelanggannya. Mesra nadanya.
Sabar..Baru bertunang ya.
Hahaha. Terima kasih Kak Iqa.
Sama-sama. Mesej bergambar bergerak dengan taburan love dihantar.
" Mesej siapa?", suara garau lelaki itu mengejutkan Afiqah apabila melihat Afiqah ketawa riang begitu. Hatinya diserbu cemburu tiba-tiba.
" Pelanggan Iqa..", Afiqah berpaling memandang Harris yang sudah berbaring di katil. " Afiqah bangun dan mendekati Harris. " Hmm..Abang free tak hujung minggu ni?",
" Kenapa?",
Afiqah tersenyum nakal.
" Apa?", soal Harris.
Afiqah tergelak melihat wajah cuak Harris.
" Kita pergi bercuti nak?",
Harris menyimpan senyum. Benarlah kata Atiya siang tadi yang Afiqah mahu mengajaknya berbulan madu.
" Saya sibuk",
" Ala..Dua hari je. Kalau abang tak nak pergi berdua je kita bawa Atiya dan Akid. Jomlah..", pujuknya. Tangan Harris dipegang dan digoyangkan perlahan. Harris mengalih pandang ke arah Afiqah.
" Untuk apa?",
" Bulan madu", bisik Afiqah perlahan sempat mengucup sekilas telinga Harris.
Harris ketawa. " Tak perlu pergi bercuti. Dalam bilik pun boleh nak berbulan madu",
Ujaran Harris buat Afiqah juga mencebik. Mencuka juga wajahnya. " Ala..Kita pergi tempat kita pergi dulu. Bukit Fraser. Mana tahu abang dapat ingat memori masa kat situ. Iqa booking bilik. Hmm?", mereka sempat ke Bukit Fraser ketika kandungan Afiqah berusia 6 bulan. Hanya percutian singkat iaitu dua hari satu malam sahaja. Dan tentulah Harris tidak ingat akan percutian mereka itu.
" Perlu ke?",
" Perlu. Iqa takut abang terus tak ingat Iqa. Iqa takut abang balik semula pada Kak Lia. Iqa takut kalau abang pilih untuk tinggalkan Iqa",
Harris berdebar. Afiqah tahu sesuatu?
" Walaupun saya hilang ingatan saya memilih tinggal di sini dengan awak. Saya layan awak dengan baik. Saya jalankan tanggungjawab saya sebagai suami dan ayah. Saya buat yang terbaik untuk awak dan Akid. Tak cukup?", soal Harris.
" Cukup",
" Habis?",
" Iqa cuma nak bantu abang pulih semula. Abang tak nak ingat semula? Abang tak nak ingat macam mana abang bersunggguh-sungguh pujuk Iqa untuk kembali pada abang dulu? Abang tak nak ingat tentang kisah cinta kita",
" Awak bimbang saya balik dengan Kak Lia?",
" Hmm..", jawab Afiqah mula meletakkkan kepalanya di dada Harris yang sedang bersandar.
" Sekarang pun saya setia dengan awak. Mana ada lelaki lain dalam dunia ni yang hilang ingatan semudah ini terima perempuan yang dia tak cinta sebagai isteri dia. Tengok drama Melayu tu. Suami dia hilang ingatan mana ada dia bagi isteri dia peluk-peluk macam ni. Apa dia buat. Sakitkan hati isteri dia. Berkasar dengan isteri dia. Tapi..saya. Saya je yang bagi awak peluk-peluk saya macam ni Afiqah", dalam masa yang sama tangan Harris juga turut memeluk tubuh isterinya itu. Entah dia tidak tahu mengapa begitu mudah dia menerima. Cuma ada sebahagian dari hatinya yang tidak mahu melihat Afiqah sedih dan terluka.
" Sebab abang bukan macam lelaki kat luar sana tu. Iqa tahu abang orang yang memilih untuk menggunakan akal bukan emosi",
" Iqa..",
" Hmm..",
" Awak bahagia ke dengan saya sebelum ni?",
" Hmm",
" Lia ada pernah ganggu hubungan kita sebelum ni?",
Afiqah diam.
" Jujur dengan saya",
" Tak..",
" Betul?",
" Hmm.. Kenapa abang tanya?", wajahnya didongak menanti jawapan suaminya.
Afiqah tidak mahu bercerita perkara yang tidak baik tentang Zahlia. Tak guna pun jika dia bercerita kerana hati Harris masih ada Zahlia. Manakan begitu mudah untuk Harris percayakan kata-katanya
" Just asking", dalam kepala Harris sudah berfikir macam-macam apabila teringatkan perjumpaannya bersama Zahlia petang tadi. Rris dah mula cintakan Iqa?
LANGKAH kaki Harris perlahan menuju masuk ke dalam ruang restoran. Entah apa mahu Zahlia apabila bekas isterinya itu mahu berjumpa dengannya. Hal kecemasan katanya sedangkan sepatutnya waktu dan ketika ini dia bersama isteri dan anaknya di rumah. Makan bersama dan menunggu waktu menghantar Atiya ke sekolah agama.
Melihat Zahlia yang sudah ada di dalam ruang restoran Secret Recipe itu Harris menuju menghampiri kerusi yang diduduki Zahlia. Cepat pula bekas isterinya itu sampai. Oh. Dia terlupa tempat kerja Zahlia dekat sahaja dengan restoran ini. Mungkin dia tiada kuliah waktu ini.
" Ada apa Lia nak jumpa?", soalnya sambil duduk.
" Kita order makan dulu dan kita berbincang",
" Saya nak minum je",
" Okay. Coffee latte?", soal Zahlia tahu minuman kegemaran bekas suaminya itu.
" Hmm..", Harris bersetuju sahaja kerana tidak mahu soal minuman dipanjangkan.
" Iqa tahu Rris jumpa Lia?",
" Saya beritahu jumpa kawan", tiba-tiba hatinya diterpa serba salah pula kepada isterinya kerana pertemuan dengan Zahlia ini. Apatahlagi dia hanya memberitahu kepada Atiya sahaja tadi.
Zahlia tergelak. " Janganlah ada yang ambil.gambar kita berdua dan hantar pada Iqa",
" Kita bukan artis atau vvip ada paparazi nak ambil gambar",
" Ya", Zahlia tergelak lagi.
" Ada apa sebenarnya ni?", Harris cuba berlagak tenang. Masih ada cinta dalam hatinya untuk Zahlia tika ini tapi setelah dia dibohongi Zahlia tentang status hubungan mereka di awal dia mula sedar dulu buat Harris mula berhati-hati dengan bekas isterinya ini. Apatahlagi apabila adiknya Haliasarah memberitahu Zahlia yang mahu mereka semua menyembunyikan dahulu status Harris dan Afiqah dulu. Katanya tidak mahu dia tertekan mendengar berita itu.
" Lia nak minta tolong Rris?",
" Tolong apa tu?",
" Temankan Lia jalani rawatan kimoterapi",
" Hah?", Harris terkejut bercampur bingung. Rawatan kimoterapi? Setahunya rawatan itu adalah rawatan untuk kanser. Zahlia ada kanser?
" Apa maksud Lia?",
" Doktor diagnos Lia ada kanser",
" Ya Allah..", Harris hilang kata.
" Rris. Kita nikah semula", permintaan Zahlia buat Harris kelu. Zahlia mahu mereka nikah semula? Habis Iqa?
" Lia tak kuat nak hadapi semua ni sendiri. Kita nikah semula Rris", wajah penuh mengharap Zahlia buat Harris makin tidak keruan. Masih ada cinta dalam hatinya kepada wanita di hadapannya ini. Tetapi setakat ini dia langsung tidak terlintas untuk bersama Zahlia semula. Dia tidak tahu kenapa. Bukan kerana cintanya sudah ada untuk Afiqah. Cuma. Apabila setiap kali bersama Afiqah dan Akid jiwanya terasa sesuatu. Tenang dan bahagia.
" Tak boleh Lia", cepat dia memberi keputusan.
" Kenapa tak boleh sedangkan Rris sendiri tahu Rris masih cintakan Lia", perlahan sahaja suaranya.
" Rris suami Iqa. Adik Lia. Rris takkan tinggalkan Iqa. Lia kan faham agama. Haram hukumnya kalau Rris nikah mengumpulkan adik beradik dan tak mungkin Rris lepaskan Iqa", Afiqah sudah bercerita yang dia pernah menceraikan Afiqah dulu dan dia tak mungkin dia lakukannya untuk kali kedua. Harris cuba untuk bertenang walaupun hatinya kalut mendengar permintaan Zahlia.
" Rris tak kasihan Lia?", wajah Zahlia memohon simpati. Air matanya mula bergenang dan hampir sahaja menitis.
" Lia..jangan macam ni",
" Lia ni cuma menyusahkan Rris je kan? Lia tahu", Zahlia bangun namun cepat ditahan Harris.
" Duduk..Kita bincang",
Zahlia tidak jadi mahu berlalu dan dia duduk semula. Sungguh kali ini dia benar-benar ingin bersama Harris semula. Dia takut. Takut menghadapi sakit ini sendiri. Dia takut mati keseorangan tanpa orang tersayang. Ah! Kenapa aku diuji begini?
" Rris boleh temankan Lia. Tapi..untuk nikah semula Rris tak boleh tunaikan. Rris tak boleh tinggal Iqa dan Akid",
Zahlia diam. Harris tak boleh tinggalkan Afiqah. Apakah lelaki ini sudah jatuh cinta semula kepada Afiqah. Lelaki ini sudah tak kisahkan cinta yang masih ada dalam hati lelaki itu?
" Rris dah mula cintakan Iqa?", kesat liur menanti jawapan Harris.
Happy reading..
Share this novel