SENYUM indah terukir di bibir Harris saat melihat Afiqah yang sedang bersiap. Tudung bawal pink lembut yang dipadankan dengan sepasang suit hitam buat isterinya nampak sopan dan ayu sahaja. Ini kali pertama Harris menemani Afiqah menjalani pemeriksaan. Lima bulan sebelum ini siapa lagi yang dikerahkan Afiqah selain Rabiatun. Punyalah Afiqah tidak mahu lelaki itu ikut serta. Mujurlah Rabiatun itu bekerja dengan bapa sendiri mudahlah mahu minta cuti.
" Selalu doktor yang Iqa jumpa lelaki ke perempuan?", tiba- tiba soalan itu dilontar Harris.
Berkerut dahi Afiqah dengan soalan suaminya. " Apa masalah kalau lelaki atau perempuan?", Afiqah mencapai beg tangan dan mahu berlalu keluar dari bilik.
" Yalah. Kalau perempuan okaylah. Kalau lelaki mestilah abang tak suka",
" Perempuan", jawab Afiqah jujur kerana malas mahu memanjangkan bualan mereka.
" Okay", Harris bangun dari duduknya dan berjalan di belakang Afiqah.
Masuk ke dalam kereta Harris tersengih sengih memandang Afiqah di sebelahnya.
" Yang awak dari tadi tersengih sengih ni kenapa?',
" Happy. Pertama kali dapat teman isteri abang pergi check up", Harris menghidupkan enjin dan memulakan pemanduan.
" Itu pun happy", nada Afiqah seakan memperkecilkan perasaan suaminya.
" Mestilah. Bayangkan kalau Iqa betul-betul lari dan abang tak tahu Iqa mengandungkan anak abang. Sedar- sedar anak jumpa abang anak dah besar tidak ke itu satu kerugian di pihak abang", lurus jawapan Harris kerana itulah yang dirasakannya.
" Apa yang nak ruginya",
" Rugilah. Tak dapat tengok perut Iqa makin bulat. Pipi Iqa makin bam bam", tangan kiri Harris sengaja menguis sekilas pipi isterinya.
" Hish. Tangan tu kan ", belum sempat ditepis Harris sudah melarikan tangannya. " Nak kata saya gemuklah",
" Gemuk pun abang sayang",
" Lelaki! Mulut manis", bidas Afiqah namun tidak kasar.
" Sayang curi-curi rasa mulut abang eh masa abang tidur malam tadi", Harris menjeling sekilas Afiqah di sebelah.
" Tak ingin", Afiqah terus memalingkan wajahnya ke luar tingkap.
" Ya ke tak ingin. Bukan Iqa ke yang tarik tangan abang nak abang peluk malam tadi",
" Awak banyak bunyi saya tak bagi tidur rumah nenek lepas ni", ugutan terus beri.
Harris tergelak kecil. " Okay. Okay. Isteri abang behave sangat bila tidur. Ayu. Sopan je. Sejuk mata abang memandang", usik Harris sedangkan malam tadi dia yang menarik tubuh isterinya itu dalam dakapannya. Sudah ada peluang tak mungkin dia biarkan sahaja peluang terlepas begitu sahaja. Rugilah jika disia- siakan. Mujur juga tidur isterinya itu begitu lena. Kalau tidak mungkin sudah ditendang Afiqah jika cuba mengambil kesempatan.
PERJALANAN untuk ke hospital mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Kereta Harris
mulai masuk ke kawasan bandar. Afiqah tersenyum melihat matahari yang mula naik memancarkan cahaya jingga yang begitu indah. Apatahlagi dengan awan nipis beraltitud tinggi menghiasi langit biru. Sekawan burung yang melintasi benar-benar membuatkan Afiqah terpesona. Ah. Dia memang sukakan kedamaian begini.
" Cantiknya awan pagi ni", tanpa sedar bibirnya meluah rasa.
" Secantik wajah isteri abang",
" Tak habis habis nak mengayat kan?", sekilas dia memandang Harris di sebelah sebelum kembali memandang ke luar tingkap.
Harris ketawa dengan sindiran Afiqah. Entahlah. Sindiran Afiqah langsung tidak buat hatinya jadi benci malah sindiran isterinya itu bagai satu perasaan suci yang dizahirkan untuknya.
" Abang akan mengayat sampai Iqa rebah di pangkuan abang",
" Tolonglah. Baik rebah di pangkuan nenek',
" Nenek? Tapi nasib nenek. Kalau lelaki lain tadi..",
" Saya tak ada lelaki lain selain awak", kendur suara Afiqah buat Harris terpana.
" Hmm..Abang tahu",
Seketika keduanya mula diam. Mungkin masing-masing sedang menaakul dan muhasabah diri sendiri. Cuba untuk memahami situasi dan keadaan yang mereka sedang hadapi.
" Lia nekad nak ambil Atiya dari abang", seketika Harris bersuara. Semalam Zahlia ada datang berjumpa dengan Harris di pejabat. Ugutan Zahlia mahu membawa lari Atiya buat Harris jadi bingung.
" Awak bagi?",
" Atiya anak abang. Masa Lia tinggalkan abang dia sendiri yang tinggalkan Atiya pada abang",
" Hati seorang ibu. Jauh mana pun dia pergi. Lama mana pun dia pergi tak mungkin dia dapat lupakan anak dia", ujar Afiqah bagai berada di tempat Zahlia.
" Masa dia tinggalkan abang dulu dia tak fikir fasal Atiya. Lia cakap Iqa yang dia suruh dia jumpa abang?", Harris memandang sekilas Afiqah di sebelah.
" Hmm..sebab saya tak nak masuk campur hal awak dengan Kak Lia. Saya tak ada hak nak campur urusan Atiya ",
" Iqa kan umi Atiya", celah Harris laju.
" Saya cuma mak saudara dan mak tiri je Harris",
" Sayang..Berapa kali abang sebut. Jangan panggil abang dengan nama macam tu",
" Maaf",
" Abang maksudkan apa abang cakap. Abang tak suka Iqa panggil abang macam tu",
" Okay..", cepat Afiqah membalas kerana tidak mahu Harris mengungkitkan hal itu lagi.
USAI menjalani pemeriksaan Afiqah meminta untuk dibawa ke restoran. Perutnya terasa begitu lapar kerana lama menunggu giliran untuk berjumpa doktor.
Sedang menjamu selera Afiqah ditegur seseorang. Hampir tercekik makanan yang sedang ditelannya saat matanya bersatu dengan wajah itu. Lebih 10 tahun juga mereka tidak berjumpa. Kali terakhir sewaktu mereka mengambil keputusan SPM dulu. Itu pun tidak sampai 5 minit.
" Fi ",
Afiqah tersenyum juga. " Ib", sapa Afiqah.
" Tak sangka dapat jumpa hari ni", Ibrahim cuba tersenyum. Mengawal rasa bersalahnya bertahun dulu pada wanita ini.
" Ya. Ib kerja di hospital kawasan ni?",
" Ya. Hospital Jengka ni",
" Hmm..Kenalkan suami Fi. Harris. Awak kenalkan kawan saya. Ibrahim", ujar Afiqah dan keduanya saling bersalaman. Beberapa ketika berbual Ibrahim meminta izin pergi.
Harris seakan tersedar sesuatu apabila memandang riak wajah isterinya sejak kehadiran Ibrahim tadi. Ada sesuatu? Bekas teman lelaki Iqa ke?
" Siapa?", tanpa sedar mulutnya meluncur laju bertanya.
" Kawan masa saya tingkatan 5 dulu",
" Hmm..Doktor?", teka Harris apabila Afiqah menyoal tempat kerja lelaki itu tadi.
" Hmm.." Afiqah terus menyuapkan mee hailam yang dipesannya tadi.
" Lepas ni Iqa ada nak ke mana- mana?",
" Tak ada ",
" Hmm. Abang ingat nak bawa Iqa masuk Mydin",
" Buat apa?",
" Saja. Jalan-jalan",
" Tapi saya penat"
" Hmm..kalau penat kita balik je lah", walaupun kecewa dengan keputusan isterinya itu Harris turutkan juga. Faham. Lama menunggu di hospital tadi tentulah penat.
" Okay", Afiqah terus menyambung makan.
CUACA panas buat Harris tidak boleh tidur walaupun penghawa dingin sudah dihidupkan. Sekejap dia berpaling ke kiri. Sekejap dia berpaling ke kanan. Seketika dia bangun dan duduk bersandar di kepala katil. Jam di dinding dikerling. 1.14 pagi.
" Haish..Kalau Atiya tak ada ni ada aku pergi cari Iqa", Harris berbicara sendiri
Fikiran Harris tidak lepas dari terfikiran lelaki siang tadi. Bukan Harris tidak nampak perbezaan tingkah isterinya saat lelaki itu menegur. Malah makin sesak dadanya apabila melihat lelaki itu berlalu tetapi masih sempat menoleh ke arah isterinya sekali lagi. Makin berdebar jantung Harris saat dia berpaling Afiqah juga masih memandang kepergian lelaki itu.
Yang kau sibuk fikir lelaki tadi kenapa Harris? Cemburu? Harris bermonolog sendiri. Nak cemburu apa. Iqa hak kau pun Harris.
Harris mencapai telefon dan terus menghubungi Afiqah. Hanya pada panggilan kedua barulah Afiqah menjawab telefon.
" Kenapa?", tiada salam serak suara Afiqah menampar lembut pendengaran Harris.
" Iqa dah tidur?",
" Dah pukul 1 pagi. Nak buat apa lagi", Afiqah sempat mengerling jam di dinding.
" Abang tak boleh tidur Iqa tak ada sebelah abang", bukan main manja suara Harris meminta simpati.
" Ambil bantal letak sebelah", bersahaja idea dilontarkan Afiqah.
" Tak sama. Abang pergi sana ya",
" Jangan nak mengarut. Awak nak tinggal Atiya seorang", hilang kantuk Afiqah apabila mendapat panggilan Harris awal pagi begini.
Harris diam.
" Tak boleh tidur. Pergi ambil wuduk. Solat ke mengaji ke lagi baik daripada kacau orang tidur pagi-pagi ni",
Harris ketawa. Terasa lucu apabila Afiqah menyindirnya.
" Ibrahim tu siapa dengan Iqa?", dia sudah tidak boleh menyimpan rasa lagi. Dia perlu tahu sekarang juga. Parah sungguh!
" Bekas kekasih saya masa zaman sekolah dulu. Puas hati?",
Tekaan Harris mengena. Tentu ada sesuatu ada antara mereka itu. " Iqa masih sayang dia?", soal Harris dengan debar di dada.
" Tak. Saya dah ada suami",
Jawapan Afiqah buat senyum Harris melebar. Terus hilang kusut di kepalanya sejak petang tadi. Mahu bertanya lebih dia tidak sampai hati apabila isterinya itu mengadu penat dan tidur sahaja dalam perjalanan pulang ke rumah Hasnah siang tadi.
" Awak call awal pagi ni semata-mata nak tanya soalan ni?", Afiqah mula bersandar di kepala katil.
" Abang tak boleh tidur bila ingat pandangan budak tu pada Iqa tadi. Lagi abang tak boleh tidur bila Iqa lain lepas jumpa budak tu tadi",
" Awak cemburu?", soal Afiqah bersahaja.
" Ya", lurus jawapan Harris mengundang rasa lucu di hati Afiqah. Mulutnya ditekup kemas tidak mahu Harris menangkap bunyi tawanya.
" Dahlah. Saya mengantuk. Awak pun dah tahu saya tak sayangkan budak tu. Tak payahlah awak berjaga semata-mata fikirkan hal ni. Pergilah tidur", ujar Afiqah. Tak tahu dia mahu gembira atau apa apabila Harris mengaku dia cemburukan Ibrahim. Haih. Harris.
" Okay. Malam esok abang nak tidur rumah nenek. Abang bawa Atiya sekali. Selamat malam sayang", pandai sahaja Harris membuat keputusan tanpa menunggu jawapan Afiqah.
" Hmm..", Afiqah malas bercakap banyak walaupun rasa mengantuknya sudah hilang tiba-tiba.
" Hmm je?", Harris tidak puas hati.
" Kalau tak boleh tidur lagi. Baca Yassin. Selamat malam. Assalamualaikum",
" Waalaikumussalam. Hmm. Dah boleh tidur. Selamat malam isteri abang. Pagi esok lepas hantar Atiya abang singgah rumah. Kita breakfast sama. Selamat malam sayang", berat hati pula dia mahu mematikan panggilan. Namun Harris terpana apabila talian dimatikan Afiqah.
" Macam tu je", bebelnya namun seketika dia tersenyum. " Aku cakap aku cemburu tadi? Biar. Biar Iqa tahu aku cemburu", tubuhnya direbahkan di dada katil lalu matanya dipejamkan dengan senyum masih tersisa di bibirnya.
Happy reading..
Share this novel