BAB 34

Romance Series 107602

AZIZAN mengerling Harris yang sudah menguap beberapa kali dari tadi. Tidak pernah pula dia melihat Harris begitu. Selalunya Harris sangat bertenaga setiap kali datang bekerja. Boleh kata ini adalah kali pertama Harris begini. Semasa Afiqah melahirkan anak dulu pun Harris biasa sahaja.

" Dah tahu Iqa baru keluar hospital yang kau datang pejabat juga kenapa? Jagalah bini kau kat rumah biar sihat dulu", Azizan menegur menyangka Harris tidak cukup tidur kerana menjaga Afiqah yang baru keluar hospital.

" Nak sign cek ni. Untuk pembayaran anak pokok sawit baru tu. Lagipun mak aku ada kat rumah tu tolong tengok-tengokkan Iqa", tangannya membelek dokumen di atas meja.

" Aku boleh tolong signkan", terentang sengih di bibir Azizan sengaja bercanda seperti syarikat pengangkutan itu milik dia.

" Lucu? Kau rasa aku ada masa nak layan lawak tak cukup perasa kau tu?", Harris yang sedang meneliti dokumen dan cek tadi mengalih pandang ke arah Azizan.

" Hambar ke? Hahaha. Aku gelak sendiri je lah. Iqa macam mana?" soal Azizan kerana dia masih belum berkesempatan melawat isteri temannya itu kerana baru pulang dari Kalumpang menguruskan tanah yang dibeli di kampung isterinya. Perancangannya mahu dibina homestay.

" Alhamdulillah. Lia meroyan!", keras suara Harris teringatkan kejadian malam tadi. Lelaki! Bila berbual sesama mereka boleh tahan sebenarnya bicara mereka.

" Aku dengar mak aku bercerita. Boleh pula Lia yang tengah sakit-sakit tu buat hal",

" Lagi gila malam tadi, dia bawa kereta datang rumah aku tengah-tengah malam. Nenek pun tak dan nak halang sebab dia keluar senyap-senyap. Ada tenaga pula tu bawa kereta. Tak faham aku", keluh Harris dengan karenah Zahlia yang membuatkan dia hilang sabar.

" Ya ke Abang Rris?", Rohaya yang awalnya hanya diam dan memasang telinga langsung menyampuk.

" Sibuklah kau. Buat kerja kau tu", marah Azizan menepuk meja menyergah Rohaya.

" Ala..Aya pun nak dengar juga", Rohaya memuncung.

" Lia buat aku stress. Sibuk nak aku teman dia lah. Itulah inilah. Nak suruh aku dengan dia selalulah. Kau ada tak lelaki boleh dinikahkan dengan Lia", tiba-tiba idea itu datang.

Azizan ketawa lepas. " Mana ada. Dia lulusan doktor. Pekerja kau setakat belajar SPM adalah yang bujang. Oh..Saif ada. Pegawai Felda tu. Bagus budak tu. Imam masjid lagi", serius pula ujaran Azizan buat Harris ketawa.

" Kau ni kadang lurus juga", tawa Harris dengan bicara Azizan.

" Lah. Aku ingat betul-betul kau nak carikan suami untuk janda kau tu. Daripada biar dia kacau rumah tangga kau. Baik juga kau bagi dia suami. Jangan kau pula jadi suami dia", keras suara Azizan.

" Aku masih waras. Melainkan dia guna cara kotor nakkan aku", matanya tetap pada helaian kertas di hadapannya cuba meneliti dengan cermat setiap maklumat yang terhidang.

" Penangan janda ni jangan buat main Rris. Iman kau tu kuat ke nak menangkis? Zahlia tu boleh tahan. Bukan sebarangan janda. Kalau asyik dicari digoda diayatkan kau boleh tahan ke?",

Harris ketawa besar mendengar nada kebimbangan temannya. " Aya dengar tu!", tegur Harris. Jika mereka berdua tentu sahaja dilayankan omongan Azizan tadi biar melalut cerita mereka hingga hilang punca.

" Aya. Bayaran untuk gaji pekerja bulan depan awalkan seminggu. Mak ayah nak beli barang keperluan anak-anak buka sekolah ni ", terus Harris menukar topik bualan.

" Baik. Abang Rris", Rohaya akur sahaja. Senang dengan keputusan Harris yang sangat menjaga kepentingan pekerjanya. Sebab itulah dia senang bekerja di sini. Setiap kali dia melahirkan anak dia akan mendapat sagu hati sehingga Azizan memberitahu supaya dia berhenti mengandung kerana beratus sudah duit sagu hati diterima Rohaya. Manakan tidak. Bila melahirkan anak Harris akan memberi saguhati sebanyak RM500. Kalah insentif dari kerajaan negeri. Kerajaan patut beri RM1000 setiap kelahiran baru. Barulah kelahiran penduduk bertambah untuk capai Dasar Kependudukan Negara 70juta orang tahun 2100 nanti. Susah nanti kalau negara tak cukup penduduk. Tapi sekarang kalau kelahiran kurang pun rakyat asing bertambah pula. Senang lenang hidup dalam bumi Malaysiaku ini. Ya Allah. Selamatkanlah negara aku dari anasir musuh yang semakin menunjuk belang ini. Anak cucu aku nak hidup aman damai makmur dan sentosa serta bahagia.

" Lepas tu kau buat apa?", suara Azizan mematikan lamunan Rohaya. Lelaki itu turut bangun apabila Harris juga bangun meninggalkan pejabat usai selesai kerjanya tadi.

" Buat apa?",

" Lia lah. Dah dia datang cari kau tengah malam. Tapi daya pula dia bawa kereta tu" Azizan masih mahu mendengar cerita Harris.

" Aku ingat dah habis cerita Lia. Bila dah angau dan gilakan duda dia sanggup buat apa sahaja", kaki Harris menuju ke arah kereta di tepi pejabat.

Azizan ketawa besar. " Kau ingat kau laku keras. Duda hot?"

" Tak laku keras lagi ke macam tu? Aku tak fikir Lia akan cari aku macam ni. Memanglah dulu aku nak balik semula pada Lia lepas kahwin dengan Iqa. Tapi masa tu aku tak jatuh cinta pada Iqa lagi. Aku dah janji nak jaga Iqa..",

Azizan terdiam mendengar bait bicara Harris. Langkahnya terhenti dan matanya merenung wajah Harris. " Hoi! Rris Kau dah ingat semula ke?", kuat bagai terjerit teruja suara Azzian sambil tangannya menolak kasar bahu Harrris.

" Hmm..", acuh tak acuh sahaja jawapan Harris. Sedangkan bukan main berbunga hatinya malam tadi apabila mendapat pelukan dan ciuman daripada Afiqah saat mengetahui keadaan terkini dirinya.

" Woo..", balas Azizan kali ini tangannya menampar bahu Harris pula.

" Alhamdulillah. Ucap syukur. Ke kau tak bersyukur aku ingat semula?",

Azizan ketawa lepas. " Aku baru adjust harta kau nak pindah milik nama aku. Kenapa sekejap sangat kau hilang ingatan", keadaan Harris yang hilang ingatan itu bagai tiada beza dengan sebelumnya. Lelaki itu cepat beradaptasi dengan keadaan semasa.

" Kalau nak apa semua aku bagi. Apa lagi aku tak bagi pada kau",

" Aku tahulah hutang aku tak habis bayar lagi", hutang 50 ribu yang dipinjam Azizan untuk membeli tanah yang ditawarkan penduduk orang asli dibeli Azizan tahun lepas masih sedang dilunaskan secara bulanan.

Harris ketawa besar. " Bukan ke kau memang bayar hutang aku kan. Kalau kau buat tak ingat tak bayar sepanjang aku hilang ingatan. Bila ingatan aku pulih aku minta. 50 ribu tu buka. 50 ringgit",

" Aku pun tahu. Hutang ni kena bayar. Tak bayar tak tenang kalau mati pun",

" Faham agama. Bagus! Jangan faham je. Tak buat tak guna",

" Aku ni masih ada iman", Azizan tidak mahu kalah. Ya. Lelaki beriman itu perlu dalam melayari nakhoda hidup berkeluarga. Berapa ramai manusia hilang pedoman kerana tidak meletakkan iman di tangga teratas. Tanyalah siapa pun. Mahu hidup bahagia dunia akhirat iman dan takwalah paling utama. Orang yang menegakkan iman kepada Allah yang satu tentu sahaja tidak akan menjadi manusia yang rugi.

" Apa jadi malam tadi?", Azizan masih mahu tahu kerana cerita Harris asyik diselangi dan diganggu dengan hal lain. Harris tepuk dahi dengan soalan Azizan. Haih! Kalah mami jarum!

WAJAH pucat dan muram Zahlia ditatap Harris. Berang dengan kelakuan melampau Zahlia semalam tidak dapat ditahan lagi. Terus dihambur kemarahan kepada wanita tidak tahu malu itu.

" Lia ni memang dah gila ke? Tak tahu malam siang buat gila macam ni", tengking Harris kerana tiada daya mahu mengawal marahnya.

" Ya. Gilakan Rris. Kita berbaik semula ya abang..",

" Astaghfirullahaladzhim. Mengucap Lia. Lia sedar tak apa Lia buat ni. Hah? Balik! Rris nak Lia balik sekarang!",

Langsung tidak peduli dengan suruhan Harris Zahlia meluru memeluk tubuh Harris begitu erat menggunakan seluruh tenaga yang dia ada. Salmiah yang melihat terkaku tidak tahu mahu membuat apa. Harris tidak menunggu lama menolak keras sehingga Zahlia yang sememangnya masih lemah terdampar di lantai.

" Sampai hati Rris buat Lia macam ni", tangisan Zahlia sudah mengogoi.

Harris menggeleng melihat karenah wanita yang dikatakan berpendidikan tinggi itu. Kecewa sangat dia rasa dengan sikap Zahlia. Ya. Dia harus akui tidak semua manusia berpendidikan tinggi ini memiliki akhlak yang terpuji. Kadangkala ilmu yang ada hanya hiasan dunia kerana mahu mendapatkan nama dan pangkat namun tidak pula menjadikan ilmu itu sebagai satu jalan menjadi manusia yang baik.

Tidak pelik. Berapa ramai manusia cerdik pandai kini menjadi manusia kosong. Mungkin salah seorangnya Zahlia.

Afiqah terus keluar apabila terdengar tangisan Zahlia di luar bilik. Matanya terpaku pada Zahlia yang sedang menangis dibantu untuk bangun oleh Salmiah. Harris pula hanya berdiri merenung tajam wajah Zahlia. Tubuh Zahlia Salmiah bawa ke sofa. Bukan tidak marah dengan kelakuan bekas menantunya itu tetapi dia tidak mahu keadaan menjadi semakin tegang. Apatahlagi waktu begini sepatutnya menjadi waktu mereka semua berehat.

" Abang..",

Harris berpaling saat suara Afiqah menyapa pendengarannya. " Abang suruh Iqa tunggu dalam bilik kan. Kenapa tak faham juga cakap abang", keras suara Harris merenung Afiqah. Kerana marahkan Zahlia tanpa sedar isterinya juga menjadi mangsa amarahnya. Namun Afiqah malas ambil peduli tindakan suaminya tadi.

" Kak Lia nak apa sebenarnya ni?", tidak kasar namun ada riak kebosanan terentang di wajah Afiqah dengan tingkah Zahlia.

" Sebab kau Harris lupakan aku!', pekik Zahlia.

" Harris suami Iqa. Kak Lia tak berhak pun nak cakap macam tu. Tolonglah jaga maruah Kak Lia. Malulah Kak Lia buat perangai macam ni. Ingat Allah",

" Aku tak perlukan nasihat kau lah!",

Keluhan dilepas berat. Kenapalah Kak Lia jadi macam ni?

" Kak Lia tak sihat. Kena jaga diri. Kena jaga kesihatan. Jaga emosi. Iqa hantar Kak Iqa balik ya. Tentu nenek bimbang Kak Lia keluar seorang macam ni",

" Aku tak perlukan kau", tubuhnya yang sememangnya lemah mula hilang daya. Zahlia pitam di situ.

" Kak Lia!", Berlari Afiqah meluru ke arah Zahlia yang terkulai di sofa. Walaupun tidak suka dengan kelakuan Zahlia, Salmiah tetap membantu membaringkan bekas menantunya itu.

" Ambil air sapu muka Lia", Salmiah meminta Afiqah mengambil air.

" Abang ambil. Iqa tu baru keluar hospital nak bergerak ke sana sini pula", dalam marah Harris berlalu ke dapur.

Sementara itu Salmiah dan Afiqah cuba menyedarkan Zahlia. Apabila Harris datang dan menghulurkan sebekas air Afiqah tidak menunggu lama menyapu air ke wajah kakaknya. Tidak lama Zahlia tersedar. Matanya terus tertunak pada Harris yang berdiri tidak jauh dari situ.

" Bawa Lia masuk bilik bawah. Abang call nenek. Beritahu Lia ada di sini", perlahan mengawal marah dan terus berlalu. Tidak berniat membantu Zahlia yang terbaring di situ.

" GERAM sungguh nenek dengan budak Lia ni!", suara Hasnah agak kuat saat melihat Zahlia sedang ketiduran di katil. Hasnah yang tersedar bunyi enjin kereta tidak sempat menahan kepergian Zahlia tadi.

" Sabarlah nek", pujuk Afiqah membawa Hasnah duduk di ruang tamu. Tidak mahu Hasnah bimbang Harris mengambil Hasnah dan Atiya lalu dbawa ke rumahnya.

" Satu kerja pula kamu berdua melayan Zahlia malam ni. Tak tahulah nenek dengan Lia ni. Makin menjadi-jadi pula perangai dia. Bukan nenek tak tegur. Tegur sangat. Lepas dia baling cawan pada kamu tu jenuh juga nenek bahasakan dia. Senyap je masa nenek bercakap tu. Tapi diam-diam buat hal pula. Si Tiya tu duk menangis sedih tengok perangai ibu dia. Kasihan Tiya tu", Atiya juga sudah ketiduran.

" Malam dah ni nek. Masuk tidur lah. Nenek pun penat juga tu", ujar Harris.

" Nak tidur pun tak lena mikirkan Lia ni. Nak kena bawa ustazah agaknya berubat biar tenang sikit jiwa dia tu", itu yang difikirkan Hasnah apabila Zahlia dilihat makin lain tingkahnya.

" Tak apalah nek. Nanti Rris nasihatkan dia. Malam ni nenek tidur je lah di sini dulu. Esok kita buat kira-kira macam mana", Harris juga sudah penat dan mengantuk. Kepalanya sudah tidak boleh berfikir lagi. Dia juga perlu tidur. Sekilas jam di dinding dikerling. Sudah jam 2 pagi. Kerana onar Zahlia semua orang berjaga malam ini.

" Tidurlah Kak Hasnah. Esok pula kita fikir. Lia pun dah tidur tu", Salmiah juga cuba menenangkan Hasnah.

Afiqah mencapai jemari Hasnah membawa Hasnah ke bilik. Rumah baru ini ada 5 bilik tidur. Jadi tiada masalah jika Hasnah juga bermalam di sini. Atiya sudah ketiduran bersama ibunya.

BAU enak masakan membawa Harris ke ruang dapur. Melihat Afiqah sendirian Harris terus meluru mendakap tubuh isterinya yang sedang menyiapkan sarapan.

" Kalau kita berdua je sekarang. Abang kurung Iqa dalam bilik ", bisik Harris menghidu haruman rambut isterinya yang diikat satu.

" Tapi dalam rumah ni sekarang bukan kita berdua je", ujar Afiqah apabila Harris mengucup pula lehernya yang terdedah.

" Peduli apa abang", sekali lagi lehernya isterinya dikucup. Kali ini bersama gigitan manja.

" Abang..", rengek Afiqah. Marah- marah manja.

" Sayang kan tak sihat lagi. Kenapa tak minta tolong mak",

" Hmm..Biarlah. Mak dengan nenek tengah tengok rancangan ceramah kat tv tu", lincah tangan Afiqah mencapai jag mahu membancuh air pula. Mee goreng dan kuih pau kukus sudah disiapkan.

" Nak buat air apa. Abang tolong",

" Terima kasih abang sayang. Kopi o please", manja Afiqah mengundang tawa Harris.

" Terima kasih je? Tak cukup. Abang nak lebih",

" Nak lebih apa?",

" Abang dah rugi berbulan tahu since abang tak ingat Iqa. Sekarang dah ingat abang nak minta ganti lah",

Afiqah ketawa manja kerana faham sangat dengan maksud bicara suaminya. "Jangan nak minta ganti sangatlah. Abang lupa Iqa pun abang tak pernah lupa kerja buat seorang suami tu. Jangan nak over sangat", bekas kopi dan gula dihulur kepada Harris.

" Kerja buat seorang suami? Kerja apa eh?", sengaja buat-buat lupa. Tangannya mula menyudu kopi dan gula ke dalam jag. Kaki dihala ke penapis air.

" Buat- buat lupa?", Afiqah mengambil cawan dan pinggan. Harris masih ketawa. Seronok setiap kali bergurau senda bersama isterinya. Bahagia itu yang dia rasa.

Siap membancuh air Harris mendekati lagi isterinya. Anak rambut isterinya yang terjuntai diseka dan diselit ke telinga. " I love you sayang", ucapnya menguntum senyum manis.

" I love you too abang", jemari Afiqah dicapai apabila isterinya itu seperti mahu meninggalkan ruang dapur. " Iqa nak panggil semua orang sarapanlah", menjawab soalan yang tidak diluah Harris namun dapat difahami Afiqah.

Harris menggeleng. " Biarlah. Kita berdua je dulu kat sini", kali ini pinggang Afiqah diraih. " Dating sekejap",

" Dating?", Afiqah ketawa manja melayan karenah suaminya. Bohong jika dia tidak bahagia saat mengetahui suaminya sudah pulih. Hanya dua kali lelaki itu menerima rawatan di hospital selepas itu dia mengambil keputusan mahu pulih secara semula jadi dan dia berjaya!

Bicara Harris malam tadi benar-benar membahagiakannya.

PINTU bilik ditutup. " I love you sayang", pinggang Afiqah diraih lalu bibirnya mencari bibir nipis isterinya.

Afiqah tidak segera membalas malah merenung wajah suaminya. " Tadi bukan main lagi marah Iqa", rajuknya cuba melepaskan diri dakapan suami. Kasar suara Harris tadi terngiang di telinga.

" Marah Lia. Bukan marah sayang", tubuh Afiqah dibawa ke katil. Berbaring bersebelahan dengan kepala Afiqah dibawa rapat ke dadanya. " Dengar jantung abang?",

" Hmm..", Afiqah mengangguk perlahan.

" Jantung ni rasa macam nak berhenti masa nampak Iqa jatuh dan berdarah malam tu", perlahan dan hati-hati. Dia mahu berita ini dikongsi malam ini juga. Dia tidak peduli perihal Zahlia yang mengusutkan fikirannya tadi.

Jantung Afiqah berdegup laju. " A..abang dah ingat?", tubuhnya menegak dan matanya tertunak pada wajah di hadapannya yang sedang tersenyum.

Harris hanya mengangguk dan menarik Afiqah ke dalam dakapannya.

Namun tubuh Harris ditolak. " Betul?", masih tidak percaya.

" Ya sayangku",

Mata Afiqah berkaca dan tidak lama air mata yang bergenang mula jatuh di pipinya. Tubuh Harris terus dipeluk. Wajahnya dibenam rapat ke dada sasa Harris. Tersenyum lelaki itu dengan tingkah comel isterinya.

" Hey..sayang..Kenapa menangis pula", belakang tubuh Afiqah diusap perlahan.

" Iqa nangis sebab Iqa happy lah", dalam esak dia menjawab.

" Okay. Nangislah. Nangislah", ubun-ubun Afiqah dikucup penuh kasih.

" Nak nangislah ni..Huhuhu.." tangisnya makin menjadi. Harris ketawa lucu dengan tingkah isterinya. Haih. Sayang.

" Iqa rindu abang.." masih dalam tangis bibir Harris dicari. " Alhamdulillah. Abang dah ingat. Abang ingat semuanya?",

" Hmm..Semuanya. Iqa cari abang malam tu. Abang hanyut dan tenggelam dalam lautan cinta Iqa yang mengasyikkan itu",

" Hish!", Afiqah mengawal tangis yang bersisa. " Kita buat majlis kesyukuran nanti?",

" Hmm..boleh. Ajak Lia tu bersyukur sama. Jangan ikut perasaan gila dia tu sangat",

" Kak Lia gilakan abang..",

" Abang gilakan Iqa..",

" Oh ya?",

" Ke abang pun gilakan Lia?",

Mulut Harris ditampar. " Beranilah kalau tak nak Iqa buat gila. Abang tentu dah ingatkan perangai Iqa",

" Tak romantik langsung! Patut dapatlah belaian ciuman kucupan sebab abang beritahu abang pulih. Tapi..",

" Iqa sayang abang", bibir Harris dikucup bertalu.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience