4 TAHUN berlalu.
Bulat pipi Amna digomol Atiya. Amna yang rimas cuba menggeliat dan menjerit mahu melarikan diri. Namun dengan cepat ditangkap Atiya.
Zahlia yang melihat hanya tersenyum melihat tingkah anaknya itu. Melihat Atiya yang semakin membesar, cantik dan dia nampak anak itu semakin matang sejak menjadi kakak kepada dua orang adik. Walaupun masih manja namun anak itu pandai membawa diri.
" Kak Ya balik dari asrama nanti Kak Ya gomol Amna sampai kurus. Tahulah dia ya", melepaskan juga apabila Amna terus meronta-ronta melepaskan diri dengan jeritan agak kuat. Berdesing telinganya!
" Tiya dah siap kemas beg ke?", soal Zahlia yang baru muncul di ruang tamu.
" Dah bu. Tapi..Umi cakap tadi ayah balik lewat sikit. Janganlah ayah lambat sangat nanti kena denda lambat sampai asrama", omelnya.
" Kerepek pisang nak tak?", soal Hasnah yang datang dari dapur.
" Nak Oyang. Mardiha kawan Tiya tu suka kerepek pisang",
" Ni bekal makanan. Sambal bilis crispy homemade by umi ni tolong buat promosi ya", menunjukkan balang lalu dimasukkan ke dalam beg.
" Haha. Okay. Tapi Tiya nak komisen mi",
" Bolehlah 20 sen sebalang",
" Ala..20 sen zaman sekarang mana boleh beli apa-apa. Masuk tandas pun rm1 mi",
" Kumpul-kumpul dapatlah rm1 tu..",
" Hmm..ayah dah banyak duit. Tiya minta dengan ayah je lah",
Sapaan salam dari luar mematikan bualan mereka. Harris masuk dengan menjinjing beg plastik di tangannya.
" Dah bersiap ke semua?",
" Dah..tunggu ayah je", balas Afiqah masih mengemas barang makanan ke dalam beg.
" Okay. Ayah mandi sekejap", Harris terus berlalu ke biliknya.
Jika hujung minggu Harris dan Afiqah akan tinggal di rumah Hasnah. Kata Akid mahu balik kampung rumah Oyang. Jadi Sabtu Ahad mengangkutlah kain baju seperti balik ke kampung sedangkan jarak masa ke rumah Hasnah dengan rumah barunya hanyalah 30 minit perjalanan.
Tengah hari itu sebelum menghantar Atiya ke asrama sempat juga dibawa anak itu makan-makan di luar dan membeli barang keperluan anaknya. Anak dara entah apa-apalah yang diminta. Itu ini. Tetapi dilayankan juga kehendak anaknya.
Bila anak perempuan sudah membesar itulah. Segala jenis produk untuk mencantikkan diri mahu diguna. Dari kepala sampaikan ke hujung kaki. Belum lagi bila balik mengadu barang hilang. Itu hilang ini hilang. Namun Harris faham sahaja kerana dia juga dulu pernah ada pengalaman tinggal di asrama. Tetapi dia mudah sahaja. Sabun hilang, mandi tak payah sabun. Bukan susah! Bila dicerita kepada Atiya teruk dikutuk. Habatlah ayah ni!
USAI menidurkan Amna, Afiqah terus melabuhkan tubuhnya ke katil. Penat. Seharian di luar kerana menghantar Atiya ke asrama. Matanya dipejam. Melayan karenah anak-anak bikin tenaganya kehabisan.
Harris yang baru masuk ke bilik sedang mendukung Akid di belakangnya. Lalu terus dilempar manja tubuh anaknya ke atas tilam. Melantun tubuh Afiqah kerana kejadian tadi. Besar ketawa Harris dan Akid melihat kejadian itu.
" Abang..", marahnya merenung tajam wajah Harris.
Tidak mahu ibunya kemarahan Akid terus datang memeluk tubuh ibunya. " Umi..Akid tidur dengan umi malam ni boleh?", sekali sekala dia meminta juga tidur dengan ibunya.
" Tak boleh. Akid dah besar. Dah 6 tahun pun! Tak boleh tidur dengan umi dan ayah lagi ", balas Harris.
Namun tidak peduli dengan jawapan si suami Afiqah terus menarik Akid dalam pelukannya. Selimut ditarik menutupi tubuh mereka berdua. " Dah gosok gigi belum?", soal Afiqah walaupun hidungnya dapat menghidu bau ubat gigi dari mulut anaknya.
" Dah..", tubuh Afiqah dipeluk rapat. Namun apabila terasa ada pergerakan pada perut ibunya dia berteriak. " Baby geraklah umi", terus dia menyusup masuk ke dalam selimut mengucup perut ibunya. Afiqah juga mula menarik selimut hingga menutupi kepalanya. Selamba Akid mengangkat baju Afiqah lalu memeluk perut ibunya yang membulat.
Tak boleh jadi ni! Dia buat apa la tu! Kacau daun betul budak Akid ni! Harris yang melihat sudah hilang sabar apabila mendengar Afiqah dan Akid ketawa ceria. Dia juga turut masuk ke dalam selimut. Afiqah yang tersedar terus mencari wajah suaminya.
" Sayang hak abang tahu!", bisiknya menahan geram. Namun dibalas dengan ketawa dibuat-buat Afiqah.
" Umi..", panggil Akid manja.
" Hmm..",
" Dulu Akid pun macam ni bila dalam perut umi?",
" Ya.. Umi gembira sangat masa mengandungkan Akid. Walaupun masa tu ayah..",
" Masa tu ayah sayang sangat kat umi..", cepat Harris menyambung kata.
" Akid pun sayang umi. Ustazah cakap sayang umi..umi..umi..lepas tu ayah. Sebab umi yang mengandungkan Akid, umi yang melahirkan Akid. Umi yang susukan Akid", kali ini menaikkan tubuhnya dan menciumi wajah Afiqah.
" Umi pun sayang Akid juga",
Lama mereka tiga beranak itu berbual. Sekejap Afiqah marah-marah manja. Sekejapan Harris merajuk. Sekejap mereka ketawa bersama sehinggalah Akid mula ketiduran.
Harris mengangkat tubuh anak itu dan dihantar ke bilik anak lelakinya. Tubuhnya terus dilabuhkan di belakang tubuh Afiqah yang juga sudah lena.
Tangannya menjalar mengusap lembut perut Afiqah. Kepalanya terlayar terus peristiwa 4 tahun lalu. Bimbang. Itulah yang dia rasakan walaupun kandungan isterinya baru 7 bulan namun hatinya tidak lari dari memikirkan hal itu.
" Senyum..senyum. Kenapa?", tegur Harris apabila balik dari kerja petang itu Afiqah merapatinya.
" Adalah..", manja suara wanita itu buat Harris juga tersenyum.
" Apa yang happy sangat ni..", Harris tidak puas hati apabila Afiqah sengaja menyembunyikan daripadanya.
" Iqa pregnant", bisik Afiqah.
" Hah? Macam mana boleh..", mata Harris merenung wajah isterinya.
" Tanya pula. Kalau abang tak suntik Iqa cukup-cukup takkannya Allah nak bagi Iqa pregnant", cemberut wajah Afiqah apabila Harris seperti tidak gembira dengan berita kehamilannya.
" Iqa kan ambil pil..", masih merenung wajah isterinya.
" Hmm...masa nak makan habis ubatnya sebab Iqa lupa nak beli. Lepas tu lupa terus nak beli. Lepas tu terus tak makan",
Itulah suami. Bukan cakna pun! Percaya sangat isterinya!
" Panjangnya alasan. Ke memang saja lupa",
Afiqah tidak menjawab namun hanya tersengih.
" Patutlah. Dah tahu kan abang ni subur. Kalau tak ada pencegahan jadilah", seperti menyalahkan isterinya pula.
" Dah tu abang ni tak sukalah Iqa mengandung?", marah pula nadanya.
" Tentulah abang suka. Anak abang. Anak Harris Ismail. Pewaris legasi syarikat angkut sawit ni", diusap perut Afiqah. " Cuma..abang masih tak lupa apa jadi pada Iqa..", bimbang suaranya.
" InsyaAllah abang. Kita serah semuanya pada Allah Taala. Okay..",
Sedang melamun, tanpa sedar pelukannya makin kejap. Afiqah mula terjaga.
" Abang..",
" Hmm..",
" Kenapa?", tubuhnya berpaling.
" Tak ada apa. Tidurlah..",
CUKUP hari Afiqah melahirkan anak lelaki yang sihat. Setiap hari Harris menjaga Afiqah dengan terlalu teliti dan berhati-hati.
" Perlahan sayang..", ujar Harris apabila langkah Afiqah dia nampak bergerak laju.
" Abang..Iqa dah hari ke 38 abang..",
" 38 belum 44. Maknanya belum lagi habis waktu pantang",
" Ya..ya..Kalau ikutkan Iqa dah boleh berlari dah ni",
" Menjawab. Menjawab" ,
Afiqah tergelak manja. " Maaf..abang. Sayang Iqa eh?",
" Siapa tak sayang bini sayang. Iqa macam mak lampir pun abang sayang..",
" Bagi la contoh baik sikit. Ni mak lampir. Jadi mak lampir betul baru tahu!",
Harris tergelak. " Dah. Abang nak keluar dah ni. Petang sikit abang balik",
" Hmm..jangan sampai Maghrib atau malam-malam. Nanti menangis mengamuk lagi Akwa tu", Afiqah memberi ingatan. Pernah sekali Harris balik pada waktu Maghrib. Malam itu jenuh memujuk Akwa yang asyik menangis seperti disampuk sesuatu. Selepas diazankan dan diusap dengan air yang dibacakan Al Fatihah dan Selawat Nabi barulah anak itu bertenang.
" Okay. Hari tu abang tak sengaja balik lewat", kepala Afiqah dipaut perlahan dan dikucup sisi dahi isterinya. " Ingat..jangan nak buat kerja. Mak report kat abang Iqa buat itu ini. Jangan harap nak buat helah mengandung lagi",
Terhambur ketawa Afiqah kerana tahu yang kehamilan anaknya kali ini kerana rezeki Allah dari helahnya sendiri.
Keluar sahaja Harris dari rumah Afiqah mencari Salmiah di dapur. Mengajak berbual itu ini. Hubungannya dengan Salmiah seperti ibu dan anak sendiri sudah. Kalau ada yang Salmiah tidak berkenan tentang Afiqah pun bersahaja ditegur kerana Afiqah mudah positif. Baginya teguran orang tua jangan diambil enteng kerana mereka lebih banyak ilmu dan pengalamannya.
" Nak buat apa daun pisang mak?",
" Lia ada call mak malam tadi. Minta mak buatkan lepat pisang. Teringin katanya nak makan lepat pisang mak buat. Ni nak buatlah ni",
" Terima kasih mak. Layan Iqa dan Kak Lia macam anak sendiri",
" Dah yang tu bekas menantu. Yang ni menantu. Menantu ni dah macam anak sendiri juga. Lainlah kalau dapat menantu hantu. Mana mak mentua rajin nak melayan. Nak bergaduh lagi ada", Salmiah berlucu teringatkan Juriah yang bercerita tentang menantunya yang rajin cari gaduh dengannya.
Afiqah ketawa pula. Tidak lama tangisan Akwa dari dalam bilik mematikan bualan mereka berdua. Afiqah berlalu ke bilik mahu melihat apa pula kemahuan anaknya itu.
RALIT Rabiatun membuat kira-kira akaun jual beli bulan ini. Kaunter ditinggalkan kepada Habibah pekerja ayahnya yang sedang cuti semester. Bualan di luar menarik minat Rabiatun untuk keluar. Dia kenal suara lelaki itu. Sudah bertahun dia diganggu lelaki ini. Kebal sungguh telinga lelaki ini bagai langsung tiada perasaan walaupun dimarahi.
Iqa dah beranak pinak dah dia masih sibuk nak ganggu aku! Gila punya orang!
" Kau tak kerja ke?", sapa Rabiatun melihat Ibrahim sedang berbual dengan Habibah. Langsung tiada salam.
" Kan saya dah cakap saya nak jumpa bapak Atun hari ni?",
" Gilalah kau. Aku tak suruh datang pun!",
" Memanglah Atun tak suruh datang. Tapi saya yang nak datang. Bapak Atun ada ke?",
" Tak ada. Keluar. Suka hati je datang tempat orang tanpa diundang", rungut gadis itu.
" Kalau tunggu Atun undang sampai saya tua pun tak diundang. Dah berapa tahun dah. Iqa pun dah beranak pinak", terikut pula rentak bersahaja wanita di hadapannya walaupun asalnya dia sangat bersopan bila bercakap.
" Nak buat apa jumpa bapak?", berdiri di hadapan Ibrahim dengan mesin kira di tangan kiri, pen di tangan kanannya.
" Tengah kira duit hantaran nak minta berapa ke?", sengaja berlucu.
" Coi! Jangan nak buat hal ya", marah nya. Namun hanya disambut dengan ketawa Ibrahim dan Habibah yang dari tadi hanya mendengar bualan dua orang itu.
" Kau Bibah buat kerja kau. Jangan sibuk nak dengar bualan orang tua. Aku potong gaji kau nanti", ugutnya serius.
" Okay..", duduk di kerusi lalu mencapai telefon.
" Bapak aku bayar gaji suruh jaga kedai bukan suruh main telefon. Kalau nak main telefon balik rumah. Bukan kat sini",
" Okay..", telefon dimasukkan ke bawah meja kaunter. Bosan! Diktator! Eh..Lupa waktu kerja kan.
Serba tak kena. Macam manalah doktor kacak ni suka kat Kak Atun. Nak kata lawa..Eh..Memanglah lawa. Lelaki kan memang suka perempuan lawa. Untunglah jadi perempuan lawa. Aku ni. Muka tak siap! Gerutunya dalam hati sambil melihat Rabiatun dan Ibrahim keluar dari ruang kedai dan duduk di kerusi simen di tepi kedai.
" RAMAI lagi perempuan elok dalam Malaysia ni Ibrahim. Yang kau berkenankan aku apa hal? Bukan taste kau dulu Iqa ke? Tak dapat Iqa kau nak aku?",
" Iqa isteri orang. Bukan cara saya kejarkan isteri orang. Yang bujang ada. Nak kejar bini orang anak 3 tu nak buat apa",
" Masalahnya aku tak suka kau. Kau faham tak",
" Faham..",
" Habis tu kalau dah faham. Kau ingat ini dunia televisyen ke doktor. Ini dunia realiti. Dunia hidup sebenar. Kau doktor. Ada duit banyak. Pergilah cari perempuan lain",
" Saya nak awak. Apa. Awak ingat doktor ni mesti kahwin dengan doktor juga ke? Kena kahwin dengan perempuan bekerjaya. Glamour macam tu? Itu orang lain. Bukan saya. Saya nak awak sebab awak ada kedai runcit sendiri. Senang kalau minyak habis, gula habis. Nak-nak musim beras mahal, gula mahal, minyak mahal ni",
" Bendalah kau mengarut ni doktor",
" Saya tak mengarut. Saya suka gadis kampung. Saya tak suka gadis bandar. Itu sebab saya nak awak. Saya tahu awak wanita yang baik. Boleh jadi isteri yang baik untuk saya. Boleh jadi ibu yang baik untuk anak-anak kita",
" Yakin je kau kan. Suka hati kau je nak aku beranak kan anak kau",
Terhambur ketawa Ibrahim mendengar bicara bersahaja Rabiatun. Itulah yang dia suka tentang wanita ini.
Teringat pertemuan pertamanya semasa di hospital dulu. Tidak semena-mena dia dihambur Rabiatun gara-gara mahu membantu Afiqah yang hampir pitam. Macamlah dia tu dah peluk cium Afiqah sampai dia dimarahi begitu. Kalut sungguh!
Terus diminta Afiqah menjadi orang tengah. Namun langsung tidak menjadi. Sudahnya dia berusaha sendiri.
MAJLIS pernikahan Rabiatun dan Ibrahim berlangsung meriah. Manakan tidak sudah lama mak dan bapak Rabiatun menunggu anaknya itu bernikah. Apatahlagi apabila bermenantukan doktor. Huh! Lagi meriah majlisnya.
" Kahwin juga si Atun tu. Abang ingat tak laku dah. Tapi bagus. Abang sokong 200 peratus. Budak doktor tu kahwin",
" Hmm..nak perli Iqa lah tu. Dah jodoh dia dengan Atun. Bukan dengan Iqa",
" Ada hati ya. Nak berjodoh dengan doktor tu. Sedar sikit Iqa tu isteri abang. Umi anak-anak abang yang mewarisi syarikat angkut sawit",
" Tak habis nak sebut syarikat sawit dia tu..",
" Yalah..Akid. Cakap sikit dekat umi ni. Ayah ni bukan biasa-biasa. CEO syarikat", matanya memandang cermin pandang belakang mencari wajah Akid yang duduk di kerusi penumpang belakang.
" CEO tu boss kan ayah?",
" Ya..", bangga jawapannya.
" Hmm..Jom singgah kedai ABC Pak Johan",
" Sayang..", menekan suara Harris.
" Apa..",
" Jangan cakap sayang..",
" Habis kalau teringin sesuatu tu mengandung? Akwa baru 6 bulan abang. Jangan nak buat fasal",
" Masalahnya baru 6 bulan nak minum ais",
" Please..teringin..",
" No..mohon berpantang. Iqa muda lagi tahu. Nanti belum 40 dah sakit uratlah..Sakit lututlah. Sakit itulah. Inilah. Tengok nenek dengan mak. Sihat walafiat",
" Tak boleh ke?",
" Tak..", serentak suara Harris, Akid dan Amna menjawab. Itulah bercakap lagi depan anak-anak hal orang dewasa! Agaknya kalau Akwa sudah boleh bercakap pun anak kecil itu akan membalas begitu.
" Kita tak payah makan ABC. Kita balik packing barang kita pergi tidur hotel",
" Yeay...", berteriak Akid dan Amna di belakang.
" Hotel?", berkerut wajah Afiqah.
" Hmm..", matanya sengaja dikecilkan lalu dikerdipkab mata kirinya. " Honeymoon", bisiknya perlahan.
" Ya..lah abang..", Afiqah malas menegah. Jika disebut hotel manakan budak berdua itu akan menolak apabila terbayang kolam mandi yang ada pelbagai jenis gelongsor itu. Dapat berendam sepanjang hari dalam kolam tu pun tak apa.
SUASANA tengah malam itu begitu sunyi. Akid dan Amna sudah ketiduran. Cuma tinggal Akwa yang sudah tidur tadi berjaga semula dan bermain bersama Harris. Afiqah yang baru keluar dari bilik mandi mengenakan pakaian.
" Talib call abang lepas kita balik kenduri Atun",
" Kenapa?",
" Tanya fasal Mira..",
" Maksudnya",
" Dia cakap dengan abang dia nak balik semula pada Mira. Tapi Mira macam dah tolak dia sungguh-sungguh",
" Hati perempuan bila dah tawar tak boleh nak tambah perisa. Tambahlah gula ke, garam ke, kicap ke, sos ke tetaplah macam tu juga",
" Bila pula abang minta resepi masakan ni",
Bantal kecil di sofa dibaling ke arah Harris. Namun tidak sempat ditangkap terkena kaki Akwa.
" Ya Allah. Anak umi. Maaf sayang anak umi", terus diangkat tubuh anak itu dan mengusap kaki anaknya itu. Bukan menangis malah mempamerkan berwajah bersahaja tanpa perasaan sedangkan kuat juga balingan Afiqah tadi. Haih! Memang sesuai betul dengan makna nama Akwa yang perkasa dan kuat.
" Hmm..kalau kena ayah tu tak adalah umi nak kalut macam tu kan. Makin tambah lagi ada",
Pantas diletakkan Akwa di tilam dan terus naik di ribaan suaminya. " Mana ada macam tu. Kalau kena abang tadi. Iqa cium macam ni", dahi Harris dikucup. " Iqa cium macam ni", hidung Harris dikucup. " Iqa cium macam ni", bibir Harris pula dikucup. " Iqa cium macam ni", telinga Harris dikucup. " Iqa..", tidak sempat menghabiskan ayatnya tubuh Afiqah direbahkan di dada katil. Terus ditindih tubuh isterinya.
" Abang sayang isteri abang ni. Abang cintakan isteri abang ni. Terima kasih selalu bersama abang", wajah Afiqah direnung penuh kasih.
" Iqa pun sayang abang. Iqa pun cinta abang", kuat tolakan Afiqah sehingga Harris pula ditindihnya. " Jom solat. Kita belum solat ya abang sayang. Nak anak jadi soleh dan solehah umi dan ayah mesti jaga hubungan dengan Allah. Barulah anak-anak akan selalu dalam rahmat dan kasih sayang Allah",
" Kan kita dah Isyak tadi?",
" Tengok jam. Dah 4 pagi. Kejut Iqa layan dia. Lepas tu tahajjud malas",
Harris ketawa dengan sindiran bersahaja isterinya. " Cepatnya masa. Rasa baru je solat Isyak tadi..", dia bangkit juga.
" Dah kata tak nak tinggal tahajjud. Abang juga yang cakap banyak kebaikan tahajjud. Jadi, dah bangun ni. Buatlah. Kalau selalu buat nanti jadi biasa kita nak tinggal pun sayang..",
" Ya..sayang isteri abang. Abang mandi kejap..Tunggu abang",
" Cepatlah. Wuduk Iqa pun dah batal dah cium abang tadi",
" Siapa suruh cium..Tak suruh pun",
" Amboi. Ada yang..",
" Nak solat sayang. Baik sayang banyakkan zikir", mencapai tuala dan berlalu.
PEMANDANGAN matahari terbit pagi ini sangat indah. Ombak kecil menampar perlahan gigi pantai. Kerana Afiqah yang mahu menanti matahari terbit di tepi pantai dibawa turun juga Akwa yang masih tidur. Akid dan Amna memang jenis bangun awal pagi. Jam 6 sudah bangun sendiri.
"Hubungan kita seperti pantai ini. Ada pasang surutnya. Semoga cinta kita sentiasa bersinar dan bercahaya indah seperti matahari yang menerangi alam ini. Walaupun malamnya terbenam dia juga yang menerangi bulan. Walaupun bulan tiada..
" Kita pasang lampu..",
" Iqa..",
" Haha..", tangannya mencapai jemari kiri Harris kerana tangan kanannya sedang mendukung Akwa yang ketiduran di bahunya.
" Tengok..Iqa nak tunggu matahari punya fasal Akwa pun jadi mangsa tahu",
" Tak apa. Akwa team umi..",
" Yalah..",
Kepalanya disendengkan di lengan Harris namun cepat Harris merangkul bahu Afiqah supaya berada dalam dakapannya. Berjalan perlahan sambil mata tidak lepas dari memandang Akid dan Amna yang berlari-lari di gigi air.
" Sayang bahagia dengan abang?",
" Hmm..Bahagia. Sejak ada Akid, Amna dan Akwa jadi triple happiness"
" Kalau ada 16 orang anak macam Cik Milah?",
" Baik abang cakap anak 1 billion macam rakyat India dengan China tu",
Harris ketawa bahagia. Ya. Dia bahagia. Siapa sangka isteri yang tidak didambakan dulu adalah satu kebahagian untuknya.
" Rindu..",
" Iqa ada depan mata abang. Rindu siapa pula", pelukan dilepaskan.
" Rindu Cintamu sayang. Sampai bila-bila pun abang akan rindu cinta Iqa biarpun Iqa ada depan abang..",
" Hmm. jawapan yang bijak", dirangkul lengan Harris dan sempat mencium sekilas pipi suaminya.
Rindu Cintamu melabuhkan tirainya. Terima kasih atas sokongan semua. Semoga ada pengajjaran yang boleh diambil dalam cerita ini. Happy reading semua..Muah!
Share this novel
Alhamdulillah dapat baca Sampai tamat ,cerita yg bagus dan menarik tq author selamat berkarya sis tunggu cerita baru...
dah tamat ke