" NAK APA", ketus suara Harris menyoal si pemanggil.
" Lia nak bawa Tiya ke Langkawi lusa",
" Hmm..Okay",
" Okay?", Zahlia bagai tidak percaya begitu mudah Harris memberi kebenaran. Tidak seperti sebelum ini jika mahu membawa Atiya ke mana-mana ada sahaja soalan dan alasannya sebelum memberi kebenaran anak itu keluar.
" Hmm..Okay",
" Terima ka..", belum sempat Zahlia mengucapkan terima kasih Harris mematikan talian.
" Tak sempat habis cakap lagi! Sombong Rris dengan Lia ya?", nadanya seperti menyimpan dendam. Tapi seketika dia senang hati pula apabila Harris tidak banyak soal. Tidak pula Harris bertanya berapa lama kepergian mereka. Dengan apa? Ah! Harris benar-benar sudah tidak pedulikannya! Tak apalah buat masa ini. Asalkan aku boleh bawa Tiya.
" KAK LIA nak apa?", Afiqah tidak sabar menyoal usai Harris mematikan talian.
" Nak bawa Tiya ke Langkawi. Agaknya Tiya beritahu belum dapat kebenaran abang jadi dia tanya sendiri. Biasa bila abang tak beri baru dia call tanya abang", Harris malas berbicara panjang soal itu. Matanya dipejamkan kembali.
" Tak tahu agaknya masa macam ni abang tengah peluk Iqa. Sibuk nak call sekarang juga. Tak boleh tunggu
esok agaknya",
Terus celik semula mata Harris mendengar rungutan Afiqah. " Hahaha. Sebab dia tahu abang tengah peluk Iqa lah dia call abang", balas Harris.
Lengan Harris dicubit kuat melampias rasa sebal kepada lelaki itu. Nasiblah!
" Aduh..Sakitlah sayang. Kenapa pula abang yang kena ni", lengannya digosok menghilangkan rasa perit.
" Dah kalau abang tak buat-buat tidur tadi. Atiya dapat minta izin abang. Beritahu ibu dia abang izinkan. Tak adalah Kak Lia nak call abang malam-malam ni. Abang tu pencetus sebab Kak Lia call",
"Cemburu isteri abang ni lain macam sekarang kan", Harris ketawa kecil.
" Bukan cemburu. Tapi prihatin pada suami sendiri",
" Eleh..Cakap je lah sayang cemburu. Abang okay je sayang cemburu", pelukan dieratkan. Dahi isterinya dikucup. " Dahlah. Tak payahlah fikir hal Lia",
" Mestilah fikir",
" Fikirlah nak fikir", Harris malas melayan. Dia sebenarnya sudah mengantuk. Mesyuarat siang tadi buat kepalanya bekerja keras. Sekarang masanya untuk dia berehat. Namun satu lagi cubitan hinggap di perut pula.
" Aduh..Duh..Duh.. Nasiblah sayang bendera merah sekarang. Kalau tak memang..", sengaja tidak dihabiskan ayatnya.
" Sini telefon abang tu!",
" Nak buat apa?",
" Sinilah",
" Yalah. Ambillah. Letak dalam seluar dalam sayang tu!", dihulur telefon kepada Afiqah. Haish. Lain macam isterinya malam ini.
ATIYA sibuk mengemas pakaian ke dalam beg ketika Afiqah menjengah masuk ke dalam bilik anak dara itu. Melihat teliti susunan pakaian Atiya buat Afiqah tersenyum. Cerewet Atiya boleh tahan.
" Akid nak ikut Kak Tiya pergi jalan-jalan Langkawi tak?", Akid yang cuba mengeluarkan baju yang sudah siap dikemas ke dalam beg dipeluk erat. Berteriak anak itu mahu dilepaskan apabila kehendaknya cuba ditahan. Saat dilepaskan sengaja di masuk ke bahagian penutup beg.
" Eh. Nak ikut duduk dalam beg ya. Jimat duit tak payah Kak Tiya bayarkan tiket", gurauan Atiya disambut dengan sengihan dari Akid dengan tubuhnya dihayun tanda suka.
" Kalau dua hari cukuplah baju ni kan umi?",
" Hmm..Cukup",
" Umi nak apa dari Langkawi?",
" Apa ada di Langkawi?",
" Macam-macam ada. Selalu orang beli coklat. Umi pernah pergi Langkawi?",
" Tak..",
" Tak?", terkejut dengan jawapan Afiqah.
" Hmm..",
" Okay nanti kita ajak ayah pergi. Bawa umi, Akid, oyang, nenek", Atiya menghitung orang yang akan mengikuti percutian mereka. " Tak pun umi ajak ayah honeymoon kat sana. Tiya dengan oyang boleh jagakan Akid kat sini", tersengih sahaja wajahnya saat memberi cadangan itu.
" Pandai sangat dia ya",
" Atiya memang pandai", dia tergelak dengan pujian sendiri.
" Ya. Anak En Harris dan Zahlia ni bijak pandai orangnya", kepala Atiya diusap perlahan.
HARRIS melambai tangan saat kereta milik Zahlia mula meninggalkan kawasan rumah. Harris sempat meninggalkan pesan ketika Atiya sedang menunggu kedatangan Zahlia tadi.
" Hati-hati. Dengar cakap ibu. Jangan nakal. Ingat pesan umi tadi", banyak sudah pesanan Afiqah tadi.
" Okay ayah. Jangan risau. Ibu ada jaga Tiya",
" Jaga ibu juga", pesan Afiqah. Walaupun ada ketika marahkan Zahlia namun dia tidak boleh menyembunyikan perasaan kasih dan sayangnya kepada Zahlia.
" Okay umi",
" So?", langkah kaki diatur ke pangkin.
" Apa yang so?", Afiqah juga mengikut langkah Harris di belakang lelaki itu.
" Kita nak ke mana?",
" Ke mana abang? Abang ke ladang Iqa ke dapur",
" Bukan tu maksud abang. Kita pun perlu ke sesuatu tempat juga. KL nak?",
" Buat apa?",
" Jalan-jalanlah sayang",
" Iqa tak sukalah tempat sibuk. Iqa suka tempat tenang-tenang",
" Kalau tempat tenang-tenang tanah perkuburanlah",
" Mana abang tahu tenang-tenang kat situ. Kita je kata tenang. Orang dalam kubur tu berharap nak hidup semula sebab nak buat amal ibadah tak nak diseksa",
" Hmm..sayang..",
" Betullah Iqa cakap",
" Ya..Abang tak cakap pun Iqa cakap tak betul", punggung dilabuh ke pangkin. " Meh duduk sini", Akid di dukungan dilepaskan di atas pangkin yang dibina penghadang kelilingnya.
Afiqah terus melabuhkan punggung di ribaan suaminya.
" Ya Allah. Beratnya! Hilang nyawa abang sayang", Harris membetul duduk lebih selesa kerana menampung berat isterinya. Namun Afiqah tetap bersahaja langsung tidak peduli dengan rungutan Harris.
" Kita nak pergi mana?",
" Kita pergi TC je la. Tak pun Pantai Sepat nak? Sempat lagi ni. Baru jam 8 pagi" cadang Harris .
" Seriuslah", Afiqah mencari wajah Harris.
" Ya. Ajak nenek sekali. Pergi siap", jawab Harris.
" Okay", laju dia bangun dari ribaan Harris. " Tidur sana ke balik hari?",
" Tidur sanalah. Abang booking bilik kejap",
" Okay. Iqa berkemas jap. Nanti abang bawa naik Akid eh", senyum manis terukir di bibir Afiqah. Lama sudah dia tidak keluar kerana kesibukan Harris. Orang kata bekerja sendiri senang cuti rupanya tidak. Banyak hal perlu diuruskan untuk memastikan perniagaannya berjalan dengan baik.
PEMANDUAN Harris sedikit perlahan kerana mencari lokasi sesuai untuk mereka berteduh. Banyak juga kenderaan di sekitar celahan pokok rhu memandangkan hari ini hari Sabtu.
" Depan tu bang. Dekat orang jual air kelapa tu", Afiqah menunjukkan lokasi yang nampak redup kerana dipayungi poko rhu elok teguh berdiri.
" Ramai juga orang hari ni", Hasnah juga meliar mata memandang sekeliling.
" Hari minggu nek. Semua orang pun nak berlibur macam kita" , ujar Harris sambil memarkir keretanya di bawah pokok.
" Abang tolong bawa keluar tikar dan makanan ya",
" Baik permaisuriku",
Afiqah ketawa senang. Dia pula mengangkat Akid dari kerusi kanak-kanak dan membawa Akid keluar.
" Inilah Pantai Sepat. Akid nak mandi?", soalnya memandang Akid. Anak itu mula bersuara gaya dialah melayan bual ibunya.
" Makan dulu. Lepas tu baru mandi", Harris membentangkan tikar dan membuka kerusi lipat. " Duk nek. Nanti duduk bersila kat bawah susah pula nenek nak bangun",
" Hmm..mujur bawa kerusi", Hasnah terus duduk tanpa banyak soal.
Afiqah pula melepaskan Akid di atas tikar dan membantu Harris mengeluarkan makanan yang dibeli tadi. Jika Harris memberitahu awal bolehlah dia memasak untuk bekal. Tetapi cadangan suaminya itu tiba-tiba sahaja.
Mereka menjamu selera. Mujur juga masakan yang dibeli ini agak enak dan memenuhi selera mereka.
" Sedap juga makanan kedai ni", ujar Hasnah.
" Hmm.. Tukang masak ni masak dengan penuh kasih sayang", tangannya menyuap makan makanan untuk Akid. Makanan Akid memang siap-siap dimasak lebih tadi.
Usai Afiqah menyuap makan Akid, Harris mencapai tubuh anaknya. " Sayang makan. Abang bawa Akid turun ",
" Hmm..",
Harris berlari anak meninggalkan Hasnah dan Afiqah di situ. Mata Afiqah terus memerhati tingkah Harris yang mula menurunkan Akid dari dukungan membiarkan kaki Akid menjamah air laut untuk pertama kali. Dia ternanti melihat reaksi Akid. Oh! Anak itu langsung tiada rasa takut malah terus melompat- lompat girang. Yalah. Waktu mandi adalah waktu yang dinanti anak itu. Kadang kala Akid menjerit menunjukkan yang dia masih belum puas bermain air. Melihat tingkah anaknya yang sukakan air Harris membeli kolam plastik yang agak besar dan selesa. Sesekali bila datang rajinnya dia akan melayan Akid dan Atiya mandi kolam di hadapan rumah.
" Nek..",
" Hmm..",
" Bulan depan Kak Lia dah mula rawatan kemoterapi. Dia minta Abang Rris temankan", Afiqah mula bercerita
" Kamu izinkan?",
" Abang Rris cakap Iqa kena ikut sekali",
" Sebaiknya macam tu. Takkan kamu nak biar Harris berdua je dengan Lia. Tak elok. Biarpun kakak ipar dengan adik ipar. Nak pula Harris tu bekas suami dia",
" Lepas rawatan tentu badan jadi lemah. Iqa cakap dengan Abang Rris bawa Kak Lia balik rumah nenek. Tapi Abang Rris cakap dia tak nak serumah dengan Kak Lia. Dia kata Kalau Kak Lia tinggal dengan nenek, dia nak bawa Iqa balik rumah dia",
" Eloklah tu",
" Tapi Iqa tak nak tinggal nenek", makanan terus disuap.
" Kakau dah ada Lia nenek ada teman. Nak bimbang apa lagi",
" Tapi tulah nek. Iqa je pandai- pandai nak bawa Ka Lia balik rumah nenek. Kak Lia tak cakap apa pun. Sakit pun dia tak cakap dengan kita", kecewa juga dia dengan sikap Zahlia. Mereka berdua sahaja yang ada. Kenapa Zahlia tidak mahu berkongsi sakitnya dengan dia.
" Dah tu dia pilih. Kita nak buat macam mana",
" Harap semuanya baik-baik sahaja. Dipermudahkan rawatan Kak Lia dan Kak Lia sihat semula. Kasihan Kak Lia nek",
" Setiap manusia itu diuji Allah. Ada orang diuji sakit, diuji miskin, diuji lapar. Sihat, kaya, kenyang pun ujian. Cuma jalan macam mana kita pilih untuk harungi ujian tu. Ada orang makin diuji makin beriman. Tapi ada juga orang makin diuji makin jauh imannya dari Allah. Janganlah kita jadi orang dari golongan yang kedua. Makin diuji makin buruk, makin busuk iman kita",
" Bila sebut macam tu. Iqa rasa macam Iqa ni termasuk dalam golongan kedua nek. Baru kena uji dengan kepulangan Kak Lia Iqa rasa macam hidup Iqa dah huru hara. Cemburu, takut hilang Abang Harris, macam-macamlah. Sampai Iqa rasa Iqa salah buat keputusan nikah dengan Abang Rris",
" Dah itu jodoh kamu. Kalau Allah tak izin tak kahwin kamu dengan Harris tu",
" Memanglah nek. Tapi kita sebagai manusia ni bukan sepanjang masa kita fikir positif. Ada masa kita pun akan fikir yang negatif juga. Macam malam semalam. Kak Lia call nak tanya fasal nak bawa Tiya ke Langkawi. Iqa tak boleh nak fikir yang baik. Iqa rasa Kak Lia sengaja je nak buat Iqa sakit hati call Abang Rris malam-malam. Susah juga kan nek",
" Apa..", Hasnah terus melayan bual cucunya.
" Yalah. Kahwin dengan bekas abang ipar yang berpisah hidup. Nak jaga hati sendiri, hati suami, hati kakak. Hati mertua. Semualah",
" Menyesal?",
Afiqah diam. Terus mengunyah makanan di mulutnya.
" Tak tahu nak cakap nek",
" Dalam hal ni nenek pun terkait",
" Iqa tak pernah salahkan nenek",
" Harapnya Lia tu sedar yang dia dan Harris bukan ada apa- apa lagi", Hasnah akui hatinya juga dihambat bimbang dengan tingkah Zahlia yang seakan mengambil kesempatan sengaja mengeruhkan hubungan Afiqah dan Harris.
" Nenek doakanlah Iqa dan Harris nek",
" Hari-hari nenek doa",
" Itupun mujur juga Abang Rris tak buang Iqa biarpun dia hilang ingatan nek",
Hasnah diam seketika. " Harris tu budak baik", dia memuji.
Bualan mereka mula berkisar tentang pelbagai isu. Kes jenayah dalam negara yang semakin meningkat. Bunuh sana. Bunuh sini. Kerat sana. Kerat sini. Sudah hilangkah sifat perikemanusiaan dan ihsan sesama manusia. Atau apakah sudah hilang atau lucut keberkatan untuk negara kita ini. Yang utama bila iman kepada Allah bukan lagi menjadi pegangan utama maka manusia mula jadi manusia jahil.
LAMBAIAN tangan Harris mengajak Afiqah turut serta bersamanya dibalas dengan mengangkat tangan. Tunggu sekejap.
" Pergilah",
" Nenek okay kat sini. Tak nak turun?",
" Bagi orang muda je lah berlibur",
Afiqah ketawa lucu dengan jawapan Hasnah. " Iqa turun kejap",
Dia berjalan menelusuri pasir sehingga ke pesisir pantai.
" Hmm..Tak pakai stokin?", soal Harris apabila melihat kaki Afiqah yang bogel tanpa sarung kaki.
" Nanti basah..",
" Selalu kan ada spare dalam kereta",
" Ada",
" Dah tu?",
"Ala.. tadi ajak sangat orang datang sini. Lepas tu nak komen macam-macam pula",
" Yalah. Aurat tu sayang. Pergi pakai stokin dulu. Lepas tu datang semula",
Yalah..", dalam protes dia menurut juga.
" Kenapa?", soal Hasnah apabila Afiqah datang semula.
" Abang Rris suruh pakai stokin",
" Yang kamu pergi tanggal tu kenapa?",
" Tak nak basah..",
" Hmm..Dia sayang bini dia. Tak nak orang lain tengok hak dia. Baguslah tu. Dari suami kamu biar je tak tegur",
Usai menyarung semula sarung kaki Afiqah tidak berganjak dari duduknya.
" Dah tu tak jadi turun?",
" Biar. Biar dia datang jemput Iqa kat sini",
Hasnah hanya menggeleng dengan tingkah Afiqah.
Lama menunggu Harris mula hilang sabar. " Umi ni kan memang suka uji kesabaran ayah. Nasiblah ayah sayang umi Akid tu", dia bangun dan berjalan mendekati tempat duduk mereka tadi.
Tangan kiri menampung tubuh Akid dan tangan kanan dihulur ke arah Afiqah.
" Jom..",
" Malas..",
" Nak abang dukung macam Akid ke?",
" Tak nak",
" Hmm..tak ada kerja buat perangai", Hasnah menegur dengan kelakuan cucunya itu.
" Jomlah sayang. Kita jalan tepi pantai. Pujuk umi Kid. Ayah pujuk tak jalan", pujuk Harris. Akid yang bagai faham mengangkat tangan bagai mengajak Afiqah turut sama bersama mereka berdua.
" Hmm.. Nasib ada Akid", akhirnya dia bangun juga menyambut huluran suaminya.
Sedang mereka berjalan beriringan menelusuri pinggir pantai ada bola terkena kepala Harris. Terhenti langkahnya sambil mencari-cari dari mana datangnya bola itu.
" Maaf uncle. Saya tak sengaja", wajah anak itu jelas terpamer rasa cuak dan bersalah.
" Thaqif?", Harris mengenali anak ini.
" Uncle Harris?",
" Datang dengan siapa ni?",
" Mama", Thaqif menunjukkan seorang wanita yang sedang berdiri dengan topi di kepala. " Jomlah jumpa mama", ajak Thaqif mesra.
Harris hanya menurut. Afiqah di sebelah sudah tertanya- tanya. " Siapa?",
" Bekas makwe abang?", Harris tersengih.
" Makwe abang bukan Kak Lia?",
" Abang pasang dua diam-diam",
Afiqah melongo. " Tak payah pergi!", tegas suara Afiqah.
" Jom..", dirangkul pinggang Afiqah supaya tetap mengikutnya.
Happy reading..
Share this novel