BAB 13

Romance Series 107602

RIAK sugul yang terpamer di wajah Amira direnung Afiqah. Jelas ada beberapa kesan lebam pada wajah Amira. Dia fikir krisis rumah tangganya dengan Harris sudah jadi satu masalah besar. Rupanya masalah rumah tangga Amira lebih besar.

Tangannya mencapai jemari Amira dan mengusap lembut tangan temannya itu sebagai memberi semangat. " Mira. Aku sentiasa ada dengan kau untuk hadapi semua ni. InsyaAllah", tidak tahu mahu memujuk bagaimana itu sahaja yang mampu dibicarakan Afiqah. Mahu bercakap banyak bukan masanya.

" Sampai hati Talib buat aku macam ni Iqa. Kenapalah Talib tak macam Harris. Jadi lelaki yang bertanggungjawab pada isteri pada anak pada keluarga. Dia naik tangan pada aku Iqa", bergetar suara Amira menahan sebak.

" Mira. Jangan cakap macam tu. Setiap orang tak sama. Aku yakin Talib akan bawa balik anak-anak kau semula",

" Dia dah bawa semua barang kemas aku. Aku tahu dia akan gadai nak sara hidup dia nanti. Aku tak kisahlah dia nak lari. Pergi. Pergilah mana dia suka. Tapi kenapa dia nak bawa anak- anak. Dia tahu aku tak boleh tak ada Hafiz dan Haziq sebab tu dia sengaja bawa dua orang tu" adu Amira. Baru tadi dia berhenti menangis tetapi tatkala menyebut nama dan mengingati wajah kedua anaknya buat hatinya dihanyut rasa sedih semula.

Bahu Amira, Afiqah gosok berkali-kali cuba meredakan kesedihan hati sahabatnya itu. Mahu menuturkan kata sabar. Ah. Perkataan sabar itu kan sangat sensitif ketika orang sedang kesedihan dan masih belum tenang. Bukan semua orang boleh menerima nasihat untuk sabar saat hati sedang luka dan kecewa.

Kali ini Rabiatun juga lebih banyak mendiamkan diri kerana mahu menjaga perasaan sahabatnya yang sedang dilanda kesusahan. Jika ikut mulut Rabiatun tentu sahaja dihamburkan makian bagai peluru. Tunggulah ketika dia berdua dengan Rabiatun nanti.

LANGKAH Afiqah diatur ke arah Harris yang sudah menunggu di dalam kereta.

" Awak. Saya balik dengan Atun boleh?"

" Kenapa pula nak balik dengan Atun kita datang sama kan", jelas Harris tidak suka dengan permintaan isterinya itu. Sajalah tu nak mengelak berdua dengannya. Dia bukan tidak faham Afiqah. Bak kata orang pandai main tarik tali.

" Dah lewat ni awak nak ambik Tiya dari sekolah. Nanti kasihan Tiya tunggu lama. Saya minta tolong Atun hantarkan saya ke rumah terus ya",

Kalau ikutkan boleh sahaja Afiqah ikut dia mengambil Atiya di sekolah kemudian dia akan menghantar isterinya itu pulang ke rumah Hasnah. Melihat riak wajah penuh mengharap isterinya Harris keluar dari kereta dan memaut jemari Afiqah lalu berjalan ke arah kereta Rabiatun. Afiqah hanya menurut sahaja apabila ada beberapa mata sedang melihat tingkah mereka. Mahu melawan tak fasal dituduh tak reti menghormati suami pula.

" Atun..Hantar isteri aku balik rumah terus. Jangan nak bawa Iqa merayap pula. Dah petang ni", ujar Harris saat membuka pintu penumpang hadapan.

" Jangan harap. Aku dah rancang nak jual Iqa ni ke Thailand. Muka lawa lagi. Laku lagi ni seribu dua walaupun mengandung", selamba dia bergurau kasar. Memang begitulah Rabiatun dengan Harris. Keduanya langsung tidak mahu kalah. Entah ada dendam apa antara mereka berdua Afiqah dia tidak tahu. Mahu bertanya rasa tidak perlu kerana seperti hal remeh pun ada melainkan mereka berdua tu bertumbuk.

" Tak boleh harap. Kalau macam tu jom balik dengan abang. Berani dia nak jual isteri abang ke Thailand sana", langsung tidak jadi dia mahu mengizinkan Afiqah menumpang Rabiatun.

" Eh..Awak ni. Tak ada maknanya Atun nak buat macam tu. Saya balik dengan Atun ya. Lagipun ada benda saya nak borak dengan Atun ni", Afiqah menunjukkan muka dengan riak simpati.

" Aku balik rumah Nek Hasnah nanti Iqa dah ada di rumah ya. Kalau Iqa tak ada tahulah apa aku akan buat", ujar Harris memandang Rabiatun di tempat pemandu duduk

" Ada aku kisah. Langsung tak gentar", balas Rabiatun memandang ke hadapan. Langsung tidak ada hati mahu memandang lelaki itu.

" Dahlah. Awak pergi ambil Atiya. Nanti merajuk lagi Atiya dengan awak", Afiqah terus masuk ke dalam kereta Toyota Vios yang baru dibeli Rabiatun.

BARU sahaja kereta Rabiatun keluar dari halaman rumah Amira, gadis itu menghentak kuat stereng kereta Benar-benar membuatkan Afiqah di sebelah terkejut dengan tindakan tiba-tiba gadis itu.

" Kau ni kenapa?",

" Memang dasar jantan tak guna lah Talib tu. Memang keturunan dia kan suka buat hal dengan perempuan. Dia ingat perempuan ni apa. Anak patung. Robot. Replika. Tak ada nyawa tak hati tak ada perasaan.!",

Berkerut dahi Afiqah. " Keturunan mana pula ni?"

" Keturunan suami kau la. Talib tu kan dua pupu dia",

Afiqah terhenyak. Haih budak Atun ni main keturunan pula dia ya.

" Bukan kira keturunan Atun. Perangai tu isu peribadi", balas Afiqah tidak bersetuju. " Yang penting macam mana kita nak tolong Mira ni. Teruk juga lebam kena pukul dengan si Talib tu",

" Hmm..Nak buat apa lagi. Tunggu je lah polis buat kerja. Nak pergi cari si Talib tu? Bukan kudrat kita Iqa. Dia bukan ada duit sangat nak lari jauh-jauh. Hish Talib ni memang buat hal lah!",

" Mira kata dia bawa lari barang kemas Mira. Mira kerja kilang pun beli barang kemas tu minat dia. Aku rasa puluh ribu juga barang kemas dia tu kalau jual sekarang",

" Eee..sakit pula hati jantung pankreas usus aku dengan si dajal Talib ni",

" Banyak lagi kau tak sebut tu. Buah pinggang, paru-paru apa lagi eh dalam badan kita?", lurus sahaja Afiqah menyoal langsung tidak berniat mahu bergurau.

Rabiatun berpaling sekilas. " Kau ingat aku main-main ke Iqa?",

" Hah?", Afiqah terpinga kemudian ketawa dengan perangai lurusnya tadi. " Tak. Mana ada gurau. Perkara macam ni tak boleh bawa gurau",

" Aku harap Mira bertabahlah dengan ujian ni. Talib tu langsung tak hargai kebaikan Mira. Kenapalah lelaki sekarang tak pandai menghargai perempuan. Sedih aku Iqa", kali ini kendur sudah suara Rabiatun.

" Tak semua lelaki macam tu. Ada je lelaki yang baik dalam dunia ni",

" Nak bagi contoh suami kau lah",

" Bila pula aku bagi contoh suami aku. Aku akui Harris pun bukan lelaki yang baik bukan lelaki yang sempurna. Kesilapan yang pernah dia buat dulu memang buat aku rasa kecewa dan terluka. Tapi bila dia cuba tebus balik cuba perbaiki silap dia aku patut bagi dia peluang kedua. Aku kena akui dia juga sedang belajar jadi baik untuk keharmonian hubungan kami. Tak salah aku bagi dia peluang kedua kan?",

Rabiatun diam kerana dia bukan suka sangat Afiqah berbaik semula dengan Harris setelah apa yang lelaki itu lakukan. Senang-senang je lepaskan isteri macam tu je. Tetapi apabila tuan badan sendiri mahu memberi peluang apalah upayanya untuk menghalang. Keputusan bukan di tangannya.

" Kalau Harris buat kau kecewa dan terluka lagi. Aku bakar ladang sawit ladang getah lori-lori dia tu Iqa", peringatan dari mulut Rabiatun buat Afiqah ketawa lucu.

" Handal sangat kau kan", Afiqah menggeleng kepala dengan perangai Rabiatun.

" Baca bismillah. Cucuh api terbakar lah ladang tu",

" Oh. Nak buat jahat pun. Dengan lafaz bismillah",

" Biar berkat",

" Bengonglah kau ni Atun", kutuk Afiqah masih ketawa.

" Hish apa ni umi. Cakap kasar macam tu depan baby", tegur Rabiatun.

" Maaf. Maaf. Umi tak sengaja. Mummy tu buat umi hilang kawalan", Afiqah mengusap lembut perutnya. Gelaran mummy digunakan untuk Rabiatun kerana temannya itu gedik sangat mahu menggelarkan dirinya begitu.

" Tak sabar nak tunggu baby keluar. Mesti cun macam mummy kan",

" Eh..Anak aku kenapa rupa kau pula. Rupa umi dia dengan ayah dia lah",

" Kau lupa 5 bulan aku teman kau ke hospital. Aku layan mengidam kau. Mesti akan ada kenan aku punyalah. Mentang-mentanglah ayah dia dah balik ke pangkuan oh..lupa jasa aku ya",

Afiqah ketawa lagi. " Mana mungkin aku lupa jasa kau pada aku Atun. You are my bestie darling", jemari Rabiatun dicapai, diusap dan dicium Afiqah perlahan. Sengaja mengusik temannya yang langsung tak boleh diusik begitu.

" Euuu..Dah sangap ke Harris sangat ke ni?", tepis Rabiatun geli diperlakukan begitu. Langsung tiada tapisan bahasanya.

" Ya", bersahaja jawapan Afiqah buat Rabiatun ternganga.

" Omg. I have no idea. Sorry bab tu aku tak mahu komen lebih",

" Kotor fikiran kau kan Atun", Afiqah ketawa lagi. Dengan Rabiatun dia memang mudah ketawa kerana temannya ini agak lucu dan bersahaja orangnya. Ah. Kalaulah Rabiatun tahu dia sudah tewas pada pujuk rayu Harris tengah hari tadi malunya. Bukan main keras hatinya lima bulan ini dengan pujuk rayu lelaki itu sudahnya kalah juga.

USAI makan malam sedang Afiqah melayan drama di TV bersama Hasnah dia menerima panggilan daripada suaminya. Kalau ikutkan dia malas mahu menjawab tetapi apabila melihat kerlingan Hasnah yang memandang tajam buat Afiqah bangun dan berlalu ke bilik.

" Sayang dah tidur?", soal Harris usai membalas salam Afiqah.

" Belum. Tengah tengok TV dengan nenek", punggungnya dihenyak dan menyandar di kepala katil.

Harris diam.

Afiqah juga diam.

" Sayang..", panggilan dan nada suara Harris buat Afiqah rasa sesuatu. Berdebar.

" Hmm..",

" Abang tak boleh tidur. Kalaulah abang boleh peluk Iqa sekarang..",

" Masalah saya ke kalau awak tak boleh tidur?",

Harris ketawa. Ah. Iqa masih nak jual mahal dengan abang kan.

" Abang call nak dengar suara Iqa supaya abang boleh tidur lena malam ni",

Ah. Makin gatal kau kan Harris.

" So. Dah dengar suara sekarang kan. Pergilah tidur",

" Kejap lagi. Kita berbual dulu", Harris masih tidak mahu menamatkan panggilannya.

Afiqah diam. Harris juga diam. Seketika suara nyanyian lelaki itu beralun indah di telinga Afiqah. Agak terkejut dengan cara lelaki itu menzahirkan perasaanya. Namun dia hanya diam dan mendengar.

Oceans apart, day after day
And I slowly go insane
I hear your voice on the line
But it doesn't stop the pain
If I see you next to never
Then how can we say forever?
Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

" I love you sayang", bisik Harris romantis.

Afiqah diam lagi.

" Sayang..", panggil Harris apabila Afiqah hanya diam.

" Hmm..",

" Abang akan tunggu isteri abang ni buka pintu hati dia untuk abang. Always",

" Dengar suara dah. Nyanyi pun dah. Bolehlah pergi tidur kan",

Harris ketawa senang dengan sindiran manja isterinya.

" Tapi tak dapat peluk..", manja suaranya.

" Tidurlah Harris",

" No more Harris. Panggil abang. Abang sayang",

" Lebih baik awak pergi tidur dan berehat",

" Hmm..Abang sayang Iqa. Love you sayang. Selamat malam", ucap Harris berat hati.

" Selamat malam", balas Afiqah.

" Love you abang tak ada?", soalnya.

" Tak ada",

" Hmm..", kecewa nadanya " Esok pagi lepas hantar Tiya abang singgah. Take care sayang. Apa-apa call abang okay",

" Okay", balas Afiqah lalu menamatkan panggilan. Jika tidak ditamatkan tentu panjang lagi bualan suaminya. Afiqah mengeluh perlahan. Seketika dia tersenyum. Pandai benar Harris cuba memikat hatinya sekarang. Namun hatinya terus bertanda tanya. Betul ke Harris menyintainya. Ah Iqa. Masa orang tu tak cinta kau kecewa. Bila orang tu cinta kau nafikan pula. Tubuhnya yang bersandar di katil tadi mula berbaring mengiring.

" Baby rindu ayah tak?", diusap perutnya perlahan- lahan. Seketika teringat lagu dinyanyikan lelaki itu tadi. Lunak dan romantis suara Harris. Tidak pula dia tahu Harris boleh menyanyi dengan baik. Mahu menghindarkan fikirannya dari terus memikirkan lelaki itu matanya dipejamkan. Bacaan doa sebelum tidur, ayatul kursi, surah 3 kul, al fatihah serta zikir meniti di bibirnya sehinggalah dia terlena.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience