PANDANGAN mata Afiqah tertunak pada tubuh Sulaiman yang bertutup dengan kain. Allah lebih menyayangi lelaki itu apabila Zaki telah mengesahkan yang Sulaiman sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir baru seketika tadi. Berita yang sangat mengejutkan semua orang yang ada di situ. Sedang Zaki menemani Sulaiman sementara menunggu kedatangan ambulan Sulaiman pergi selamanya.
Ketika mereka di luar sibuk bercerita perihal dan keadaan Sulaiman dan Zawiyah tadi tanpa disangka dan diduga lelaki itu dijemput Ilahi. Apakah kerana kecederaan dialami Sulaiman atau itu hanya penyebab kematiannya. Semuanya sedang bertanda tanya dan mula membuat sangkaan masing-masing.
Mereka yang ada di bilik itu ada yang hanya diam dan ada yang juga yang sedang berbisik-bisik. Masing-masing masih lagi dalam keadaan yang terkejut. Sangat terkejut
Harris membawa Afiqah keluar dari bilik. Mahu menenangkan perasaan isterinya.
" Sa..yang..du..duk..di..si..ni..", arahnya membantu Afiqah duduk di sofa ruang tamu. Dia pula melabuhkan punggung di lengan sofa. Bahu Afiqah diusap perlahan bagai mengalirkan sumber kekuatan. Sempat dia mengucup sisi kepala isterinya yang nampak masih terkejut. Ya..Tentulah isterinya itu dalam keadaan yang terkejut. Ketika mereka sampai tadi Sulaiman masih lagi bernyawa tetapi sekejapan sahaja mereka menerima berita kematian lelaki itu. Ya. Semua orang tahu yang kematian tidak menunggu walaupun sesaat!
Langsung tidak menyangka panggilan Amira tadi rupanya mahu mengkhabarkan berita kematian Sulaiman. Fikirnya Amira hanya mengajak naik sahaja kerana dalam pengetahuannya juga Sulaiman hanya cedera ringan dan masih boleh dirawat. Tetapi..
Harris dan Zaki menguruskan semuanya. Dari berurusan dengan pihak kesihatan. Apakah ini dikira akan menjadi kes jenayah bunuh?
Salmiah pula cuma terdiam dari tadi. Langsung tidak menyangka akan pemergian Sulaiman tiba-tiba begitu. Dia juga dihurung rasa bersalah apabila merasakan seperti tidak mampu melakukan apa-apa demi menyelamatkan adik dua pupunya itu. Benar-benar membuat dia bingung seketika. Harris datang menenangkan ibunya sebelum ke hospital.
Tidak lama tersebar sudah satu kampung berita kematian Sulaiman dan kehilangan Zawiyah apabila melihat ambilan masuk. Orang kampung mula menuduh kematian Sulaiman mungkin berkaitan dengan kehilangan Zawiyah. Mungkin selepas membunuh Sulaiman Zawiyah melarikan diri. Sedangkan cerita sebenarnya selepas kehilangan Zawiyah, Sulaiman masih lagi hidup. Zaki, Amira dan Rabiatun menjadi saksi kematian Sulaiman tadi.
SELEPAS pihak hospital membuat bedah siasat kematian Sulaiman telah disahkan bukanlah disebabkan kecederaan yang dialaminya tetapi disebabkan oleh serangan jantung. Ya. Dari awal memang Sulaiman ada masalah jantung, tekanan darah tinggi dan penyakit kencing manis. Kecederaan yang dialami Sulaiman tidak meyebabkan kematiannya. Namun masih lagi menjadi kes polis kerana kecederaan lelaki itu adalah dikira sebagai kes jenayah serangan fizikal.
Zawiyah berjaya ditangkap pada hari itu juga dan kini masih lagi sedang ditahan reman untuk membantu siasatan pihak polis.
Sehari juga menunggu urusan dan keputusan bedah siasat sebelum pihak keluarga dibenarkan membawa jenazah pulang. Esoknya urusan pengebumian Sulaiman selesai petang itu juga walaupun agak lewat kerana hampir jam 6.30 petang.
Talib berdiri merenung tapak perkuburan ayahnya. Seorang demi seorang mula meninggalkan kawasan itu.
" Ta..lib..a..ku..ba..lik..dulu..", Harris menepuk perlahan bahu Talib. Talib hanya mengangguk. Harris tahu lelaki itu tentu sahaja mahu menyendiri. Menerima berita kematian orang terdekat dengan tiba-tiba bukan mudah untuk diterima. Masa dan ruang. Ya Talib perlukan masa dan ruang. Masa dan ruang supaya dia tidak diganggu untuk seketika.
Matanya terus merenung tanah merah itu. Kosong. Itulah yang dia rasa sekarang. Seketika satu persatu kenangannya bersama arwah Sulaiman terlayar. Tanpa sedar air matanya mula mengalir. Sedih. Mana mungkin dia tidak sedih. Buruk mana pun ayahnya. Buruk mana pun hubungannya bersama Sulaiman lelaki itu tetap ayahnya. Ayah yang membesarkannya. Terhinggut- hinggut bahunya mengawal suara tangisannya dari terlepas. Dia cuma seorang anak yang menunjukkan kesedihan kerana kehilangan ayah walaupun dia sudah dewasa!
Jika dulu mungkin masih berbaki marahnya pada lelaki ini. Tetapi..hukumannya di penjara buat dia fikir marah dan dendam itu tidak ke mana-mana. Hanya perasaan yang sia-sia. Hanya membuatkan dia hilang rasa bahagia.
Saya akui saya marah ayah. Saya benci ayah. Ayah tak layak pun bergelar ayah. Ayah..ayah tak guna! Ayah hanya tahu menyusahkan orang. Ayah hanya tahu buat dosa. Ayah hanya tahu menjadi zalim pada saya..Saya tak nak jadi anak ayah..
Talib menarik nafas dan melepas perlahan.
Tapi..saya dah maafkan semua salah ayah pada saya. Saya tak berdendam lagi pada ayah..Amanlah ayah di sana ayah..
Diam.
Semoga Allah ampunkan segala dosa- dosa ayah dan terima taubat ayah. Semoga syurga untuk ayah..
Lama juga dia sendiri di situ . Hampir jam 6.50 petang suasana mula hampir gelap dan sunyi. Burung- burung yang berterbangan dan berkicauan tadi juga mula balik ke sarang. Langkah kakinya di atur meninggalkan tapak perkuburan. Seakan terdengar bisikan halus Talib berpaling.
Amanlah ayah di sana. Bisiknya dan berlalu.
RUMAH yang lama ditinggalkan dihampiri. Masih ada saudara maranya yang tinggal walaupun urusan pengebumian telah selesai. Dia mendekati saudaranya. Bersalaman dan mengucapkan terima kasih atas segala pertolongan yang dihulurkan. Tidak terkecuali memberitahu jika arwah ayahnya ada berhutang dengan sesiapa boleh memberitahunya dan menuntut daripadanya. Dia akan cuba sedaya upaya menjelaskan hutang tersebut. Tidaklah segera namun dia akan membayarnya.
Keluar dari penjara selepas menerima hukuman dia tidak balik ke kampung. Sebaliknya ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru. Kata orang jika mahu berhijrah carilah tempat baru dan suasana baru.
Dan selepas semua urusan selesai nanti dia akan ke Kuala Lumpur semula. Bekerja sebagai pekerja pembersihan bukanlah kerja yang boleh dia impikan seperti pekerjaan profesional lain. Tapi pekerjaan itu membawa hidup dia jadi lebih baik. Dia jadi makin penyabar berbanding dulu. Itu sudah cukup membahagiakannya. Nekadnya mahu berubah menjadi manusia baik dan berguna!
TIGA hari dia di kampung. Kenduri tahlil dibuat di masjid sahaja. Tiada kenduri di rumahnya. Semua itu saranan Salmiah dan dia hanya menurut tanpa membantah. Lagipun semua kos dan perbelanjaan ditanggung Salmiah. Dia..Dia baru sahaja bekerja dan belum lagi menerima gaji. Janjinya kepada Salmiah akan dibayar wang dikeluarkan Salmiah namun Salmiah cepat menolak.
Syukur. Walaupun Sulaiman ayahnya bukan orang baik tetapi masih ada saudara yang sudi membantu. Masih sudi berbudi kepada keluarga mereka. Malam itu usai kenduri tahlil di masjid dia pulang ke rumah ayahnya.
Kosong. Sunyi. Sepi. Bilik tidur Sulaiman dijengah. Bersih dan kemas. Semuanya dikemaskan oleh Amira dan anak- anak. Dia mengulum senyum. Amira masih sudi membantu walaupun buruk layanannya kepada bekas isterinya itu. Dia akui Sulaiman sayangkan Amira dan cucunya. Tidak pernah memarahi Amira. Mungkin cemburu layanan baik Sulaiman kepada Amira, Haziq dan Hafiz membuatkan Zawiyah tidak berasa senang.
Tubuhnya dilabuhkan ke sofa. Televisyen sengaja tidak dibuka. Dia mahu terus berada dalam kesunyian malam begini. Tenang dan mendamaikan. Namun ketika fikirannya sedang hanyut dengan semya yang baru berlaku deringan telefon mengejutkannya.
Amira!
Seperti tahu aku sedang fikirkan dia! Senyum diukir dan panggilan dijawab. Hanya bertanya khabarnya. Tidak lebih dari itu. Namun hatinya tetap mengucap syukur wanita itu masih mahu memgambil berat perihal dirinya. Cukuplah. Itu sudah boleh buat dia rasa lega dan tenang.
SENYUM diukir manis saat matanya tertunak merenung wajah Hafiz dan Haziq. Dia mula mendekati kedua anak lelakinya. Mahu dipeluk namun cepat Hafiz dan Haziq menghindar dan menjauhkan diri menyembunyikan diri di belakang tubuh Amira.
" Haziq.. Hafiz..Salam ayah..", ujar Amira perlahan.
Walaupun dalam.keadaan takut - takut Hafiz dan Haziq menurut juga setelah diyakinkan ibunya yang kedatangan Talib berniat baik. Terharu. Tubuh anaknya itu cepat didakap erat. Awalnya kedua anaknya mahu melepaskan diri tetapi seketika sahaja keduanya mula membalas dakapan si ayah.
" Ayah rindu anak ayah..",cuba mengawal rasa bersalah yang bersarang di hati.
" Kenapa lama ayah tak balik?", soal Haziq apabila dakapan dilepaskan. Mereka mula duduk di kerusi beranda rumah.
" Hmm..ayah kerja jauh.. Kuala Lumpur. Sekejap lagi ayah nak balik KL ni. Jadi itu ayah jumpa Haziq dengan Hafiz dulu",
Amira hanya diam dan mendengar. Matanya memerhati Talib yang nampak berbeza. Lelaki itu nampak jauh lebih tenang. Seperti sedar diperhatikan mata Talib beralih ke wajah Amira. Tersenyum.
" Mira sihat?",
" Alhamdulillah..",
" Abang minta maaf. Atas apa yang telah abang buat pada Mira. Pada anak-anak kita. Pada kawan Mira. Iqa. Abang menyesal dengan apa yang dah abang lakukan dulu. Abang terlalu mengikut perasaan abang. Abang tak fikir fasal tanggungjawab abang pada Mira pada anak-anak kita..",
Amira diam dan mendengar kerana tidak tahu mahu membalas apa.
" Kenapa abang tak balik sini lepas jalani hukuman tu?", soalnya ingin tahu mengapa lelaki itu menjauhkan diri.
" Abang malu..Malu pada anak-anak terutamanya. Patut abang jadi contoh pada ank-anak kita. Tapi..tak..Abang..abang minta maaf pada Mira. Ayah minta maaf pada Haziq dan Hafiz ya?", matanya merenung wajah anak-anak di hadapannya.
Hafiz dan Haziq juga diam dan memandang wajah ayahnya. Melihat wajah keliru Haziq dan Hafiz Talib merangkul sekali lagi tubuh anak itu.
" Lepas ni ayah datang lagi. Boleh?", soal Talib kerana mahu tahu apakah kehadirannya akan dinanti anak-anaknya.
" Mestilah boleh..", laju Haziq menjawab.
" Abang minta maaf sekali lagi pada Mira. Terima kasih jagakan anak kita dengan baik. Mira jangan risau abang kerja dekat KL tu dengan IWK. Nanti bulan-bulan abang masukkan duit untuk Iqa dan anak-anak ya",
" Abang tak perlu masukkan duit untuk Iqa. Masukkan untuk anak-anak je. Simpanlah duit abang tu sama. Kat sana kos hidup tinggi. Nak guna makan, bayar rumah, bil macam-macam lagi nak guna duit", dia masih bekerja dan ada pendapatan.
Talib ketawa kecil. " Terima kasih masih ambil berat fasal abang. Terharu pulak rasanya",
Amira hanya membalas dengan senyuman kecil. Sayang kepada lelaki ini. Entahlah. Cuma dia rasa ambil berat sesama manusia sahaja tak lebih dari tu.
Lama juga mereka berbual sehinggalah Talib meminta diri untuk pulang.
" Kalau abang nak kembali pada Mira masih ada peluang untuk abang?", soal Talib perlahan hanya untuk pendengaran bekas isterinya itu.
Amira mengawal kaget tidak menyangka lelaki itu masih mengharapkannya. Dia akui dulu. Dulu Talib yang bersungguh mahukannya. Habis sahaja Tingkatan 5 Talib melamarnya. Dia bersetuju walaupun ditentang ibu dan ayahnya. Manakan tidak. Semua orang tahu siapa Talib. Anak Sulaiman yang terkenal dengan buruk perangainya. Namun kerana cinta. Ya. Kerana cinta mereka disatukan. Membayangkan hidup berbahagia hingga ke hari tua selamanya. Tapi itulah ujian hidup. Mereka berpisah kerana salah yang dilakukan Talib! Janji lelaki itu mahu menjaganya mudah sahaja dimungkiri.
" Kita masih boleh berkawan..", jujur sahaja jawapan Amira. Dia masih trauma dengan kehidupan berumah tangga bersama Talib.
" Apakah itu satu penolakan?",
" Ya..", langsung tidak menyembunyikan perasaan Amira mengiakan sahaja tanggapan Talib.
" Abang faham..", matanya masih merenung wajah yang masih cantik. Wajah cantik itulah yang dia mimpikan dulu. Bila dah dapat dia juga yang sia-siakan. Salah siapa? Salah diri sendiri!
Usai bersalaman dan mendakap erat tubuh anak-anaknya Talib berlalu. Kereta kancil yang dibelinya meninggalkan perkarangan rumah ibu Amira. Keluhan dilepaskan panjang. Tiada wanita bisa menggetarkan hatinya. Hanya Amira. Tetapi..tak mungkin Amira akan kembali padanya dengan sejarah hidup yang mereka tempuhi dulu.
Maafkan abang Mira. Sungguh. Abang sayang Mira..
Hidup mesti diteruskan Talib. Jangan kau sia-siakan umur yang Allah pinjamkan ini. Tekadnya!
SEBELUM pulang ke Kuala Lumpur sempat juga Talib singgah ke rumah Salmiah dan Harris. Mengucapkan terima kasih atas segala bantuan dan juga memohon maaf atas ketelanjurannya menampar Afiqah dulu. Dia mahu pulang dalam keadaan hati yang tenang. Boleh jadi ini mungkin kali terakhir dia pulang ke sini. Manalah dia tahu. Ayahnya pun mati tiba-tiba tak mungkin dia juga begitu fikir Talib.
Bersungguh Talib meminta maaf kepada Afiqah tadi. Bagi Afiqah. Talib sudah dihukum atas ketelanjuran perbuatannya dan dia juga sudah memaafkan lelaki itu. Padanya tak guna dia terus menyimpan dendam. Dia nampak perubahan lelaki itu. Jika ego masih menguasai diri masakan Talib merendahkan diri memohon maaf.
Tubuh Afiqah dipimpin masuk ke rumah apabila kereta Talib menghilang. Duduk bersebelahan tubuhnya dihala mendepani Afiqah.
" Sa..kit..", pipi Afiqah diusap perlahan.
Afiqah tidak dapat menahan ketawanya.
" Dah lama lah abang. Dah tak sakit dah pun. Over kan sekarang ni. Manjakan sangat Iqa. Nanti Iqa lagi manja tahu. Baru padan muka abang", peha Harris diusap perlahan.
Pipi Afiqah dikucup pula. Geram dengan jawapan isterinya Tangannya laju menaip mesej. Seperti selalu Afiqah memang sangat tidak sabar jika Harris mula menaip di telefonnya.
Manja dengan abang je. Bukan dengan lelaki lain. Abang je boleh manjakan Iqa. Abang je boleh sayang Iqa dan cintakan Iqa bukan lelaki lain. Iqa pun boleh sayang dan cintakan abang je. Faham!
Mata Afiqah mengerling manja saat mesej lelaki itu dibaca.
" Faham sangat!", tangannya menyeluk pula lengan Harris.
" Iqa pun tak nak lelaki lain. Iqa nak abang je", kepalanya disandarkan di bahu Harris. Tangannya perlahan mencapai jemari dan memaut erat selang jemari mereka berdua.
Perut Afiqah diusap perlahan dan membawa tubuh Afiqah lebih dekat dengan tubuhnya. " Miss..you..", nakal bisikan Harris. Dia tidak tahu apa sudah jampi Afiqah kepadanya sehingga dia merasa begitu terbuai dengan isterinya. Apakah kerana anak dalam kandungan Afiqah berjantina perempuan dia menjadi begini. Asyik mahu bermanja dengan isterinya. Atau apakah kerana dirinya sendiri yang seperti tidak mahu Afiqah jauh dengannya.
" Abang..", perlahan suara Afiqah.
" Hmm..", kepala Afiqah diusap dan dikucup.
" Iqa lapar bihun sup Pak Ali lah. Tapi Pak Ali dah tak ada. Dah meninggal. Macam mana ni..", manja suaranya teringat pula bihun sup yang sedap masakan Pak Ali semasa zaman persekolahannya dahulu.
" A..bang..ma..sak..kan..nak..",
" Nak..", laju sahaja Afiqah menggangguk bersetuju. Tegak terus tubuhnya memandang wajah Harris. " Jomlah. Masak sekarang", dia terus mahu bangun namun sempat ditahan Harris.
" Se..ka..rang?", tidak percaya dengan permintaan Afiqah.
" Yalah..Jomlah..", suara Afiqah seperti sudah mahu menangis pula apabila Harris seperti mempersoalkan keinginannya.
" Ya..lah..", Harris membantu Afiqah untuk bangun lalu berjalan beriringan menuju ke dapur.
Tubuh Afiqah didorong perlahan supaya duduk di kerusi meja kerja. Harris menunduk dan menciumi perut Afiqah. Sengaja menggeselkan perlahan hidungnya ke perut yang membulat itu dan mengucup lagi. Geram dengan perut bulat isterinya.
" Hmm..gelilah abang..", rengek Afiqah manja sambil menyentuh lembut kepala suaminya. Tidak lagi bergerak dari tempatnya Harris berdiri lalu memaut pula wajah Afiqah supaya mendongak memandangnya.
" I..Love..you..sa. yang", bibir Afiqah dikucup sekilas.
Afiqah ketawa dengan layanan manja suaminya. " Ni nak ajak masak ke. Nak ajak bercinta ni. Hmm..", kedua pipi Harris juga ditekap perlahan.
Terkekeh Harris ketawa lalu berbisik di telinga Afiqah. " Ber..cin..ta..",
" Ala..masakkanlah dulu bihun sup..", rengek Afiqah lagi apabila gurauan Harris tadi dianggap serius olehnya.
" Hmm..ya..", Harris menuju ke peti sejuk mengeluarkan barang yang perlu. Afiqah hanya memerhati kecekapan suaminya. Dia tersenyum bahagia. Tidak menyangka dia diberi peluang sekali lagi untuk melayari kebahagian bersama lelaki ini.
Lama juga berperang di dapur ditemani Afiqah yang seronok berbual akhirnya masak juga bihun sup yang diidamkan. Saat kuah sup masuk ke mulutnya mata Afiqah membulat.
" Ya Allah..Sedapnya abang..",
" A..bang..me..mang..se..dap..", nakal jawapan Harris dengan sengihan tersungging nakal.
" Hmm..tak padan dengan gagap nak menggatal kan!", bersahaja Afiqah membalas jawapan Harris tadi.
Harris ketawa besar. Langsung tidak terasa dengan gurauan isterinya.
" Meh. Iqa suap abang..", sudu berisi makanan disuakan kepada Harris.
" Sa..yang..ma..kan..lah..", cepat dia menolak pelawaan itu kerana tidak mahu menganggu selera isterinya.
" Bencilah macam ni..", rajuk Afiqah lalu melepaskan sudu ke dalam mangkuk dan menolak mangkuk ke tengah meja. Wajahnya yang manis tadi serta merta bertukar masam mencuka.
" Hmm..me.ra..juk..pu..la", lekas mangkuk dicapai dan dibawa ke hadapannya. " Bi..ar..a..bang..su..ap..kan..sa.yang..Pe..nat..ta..hu..a..bang..ma..sak..",
Wajah Afiqah yang memuncung tadi senyum semula cuma dalam sekelip mata! Mulut dibuka menanti suapan dari lelaki itu.
Memang fiil ibu mengandung sangat kan! Bisik Harris dalam hati. Namun bibirnya tetap mengulum senyum.
" Sa..ma tak de.ngan.bi..hun..sup..Pak Ali", dia juga mahu tahu kerana nampak Afiqah begitu berselera.
" Hmm..sama. Sedap sangat", sengaja bereaksi menjilatkan bibirnya. Penuh ghairah!
Ketawa besar Harris dengan tingkah bersahaja Afiqah.
" Ni..bi..hun.sup C.I.N.T.A Ha..rris na..ma..nya..",
" Hmm..lagi sedap dari bihun sup Pak Ali..", terus memuji suaminya. Bukan mahu bermanis mulut. Tapi itulah yang dia rasa.
Harris senyum. Yalah tu..Kalau dah memang fiil ibu mengandung tu begitulah. Hanya dalam hati. Tidak berani diluahkan kerana mungkin sahaja isterinya itu akan bangun meninggalkannya di situ.
" Nak ..lagi?", soalnya apabila habis semangkuk bihun sup tadi.
" Nak..",
Dengan senang hati Harris bangun menambah makanan tadi. Sambil duduk dia meletakkan mangkuk di atas meja.
" Sini.. Iqa pula suapkan abang",
" O..kay..", balas Harris. Kali ini tidak menolak seperti tadi. Bukan sahaja Harris yang disuapkan tetapi menyuapkan dirinya sendiri.
" Hmm...ada kicap tepi bibir abang", tegur Afiqah usai menghabiskan makanan sambil menahan tawa.
Bersungguh Harris mencapai tisu dan menyapu kawasan yang ditegur Afiqah.
" Ada lagi..Sini Iqa tolong", kali ini dia mendekat seakan mahu membantu. Harris hanya menunggu bantuan isterinya.
Membuntang mata Harris apabila lidah Afiqah sengaja menjilat hujung bibirnya. Kaku! Keras kejung di situ kerana lamgsung tidak menduga tindakan nakal isterinya.
" Iqa nak tolong je..", berlalu meninggalkan Harris yang masih termangu. Hanya seketika apabila tubuh yang sedang membersihkan pinggan itu didakap erat dari belakang.
" Help..me..", bisik Harris nakal mengundang tawa besar Afiqah.
" Apa yang lucu umi?", sergahan Atiya yang tiba-tiba muncul di dapur mengejutkan pasangan itu. Keduanya saling berpaling.
" Baru bangun tidur..", bersahaja Afiqah menegur.
" Bau sup",
" Ayah masak bihun sup. Umi dengan ayah dah makan. Tiya nak makan ke umi isikan",
" Hmm..nak..", terus duduk di kerusi.
Jawapan Atiya mengundang renungan tajam Harris. Suka kacau daun! Bentak Harris dalam hati. Tidak puas hati dia menarik Afiqah supaya keluar dari dapur.
" Am..bil..sen..di..ri..", ujarnya apabila berdiri di hadapan Atiya.
" Hmm..Ayah ni kan. Asyik nak berkepit je dengan umi", rungutnya namun tetap bangun mahu menuju ke dapur masakan.
" Good..girl..", kepala Atiya diusap.
" Pergilah dating dengan umi tu. Menyampah Tiya",
Tup! Dahinya dijentik Harris
" Ayah..sakitlah",
Tidak peduli dengan rengekan Atiya, cepat dia membawa Afiqah keluar dari ruang dapur dan bersantai di taman kecil di hadapan rumah. Berdua tanpa gangguan Atiya dan Akid.
Happy reading..
Share this novel
manja sakan haris ni xpadan xsuka dulu