BAB 7

Romance Series 107602

MEMBUNTANG mata Afiqah saat matanya dicelik wajah suaminya betul-betul di hadapan mukanya. Kelam kabut dia bangun dan berdiri di tepi katil.

" Dia ni kan", gerutu Afiqah tidak puas hati. Ketika dia mahu mengejutkan lelaki itu suara Hasnah yang memanggilnya membantutkan tindakannya. Cepat dia keluar dari bilik.

" Kereta Harris ada kat luar tu. Mana dia?", soal Hasnah.

" Ada. Dalam bilik. Tidur. Suka hati je tidur kat sini", bebel Afiqah tidak puas hati. Mencuka sahaja wajahnya.

" Dah isteri dia ada dekat sini. Ajak balik tak nak balik", Hasnah seakan memenangkan cucu menantunya itu.

"Nenek ni suka sangat menangkan cucu nenek tu", makin masam wajah Afiqah. Dia membelek plastik dibawa Hasnah. " Wah pulut kuning. Lamanya nenek dekat rumah Kak Diha",

" Hmm..Kebetulan pula Mak Wan yang duduk sebelah rumah Diha tu datang. Lamalah bersembang. Harris tu dah Asar ke", soal Hasnah.

Afiqah mengerling jam di dinding. Dah jam 6.30! Takkanlah tak Asar lagi. Tadi dia datang dah jam 5 kot. Lagipun Harris bukan jenis culas solat. Cuma lelaki itu bukanlah kaki masjid yang akan menunaikan solat fardu di masjid. Rugi. Langsung tidak mahu ambil manfaat dan keberkatan solat fardu berjemaah.

" Dah kot",

" Pergilah kejut. Dah nak Maghrib tidur apanya lagi",

Afiqah menurut juga. Dia masuk semula ke bilik. Langkahnya diatur ke tepi katil. Bahu Harris dicuit perlahan. " Awak. Bangun", panggil Afiqah perlahan. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Langsung Harris tidak terjaga.

" Tidur mati ke apa ni. Harris. Bangunlah", keras sikit suaranya. Harris yang sebenarnya sudah terjaga tadi tetapi berpura- pura masih tidur terus mencelikkan matanya dan bangun bersandar di kepala katil.

" Jangan panggil abang macam tu lagi lepas ni", tegur Harris memandang tepat wajah Afiqah.

Afiqah mencebik. Langsung dia terus mahu keluar dari bilik. Baru selangkah kakinya bergerak pergelangan tangannya dicapai.

" Lepaslah", perlahan suara Afiqah namun menekan nadanya.

" Malam ni Atiya dengan Lia. Abang tidur sini ya?", soal Harris mula melepaskan pegangan tangannya.

Mencerlung tajam pandangan mata Afiqah.

" Iqa cuma cakap syaratnya. Iqa nak tinggal di sini dengan nenek. Iqa tak pernah cakap pun abang tak boleh stay dekat sini kan", sengaja Harris memberi alasan yang tidak boleh ditolak Afiqah.

Afiqah tersenyum sinis. Pandai pula Harris mencari alasan dan peluang.

" Dah tiga bulan kita rujuk semula. Kita hidup asing-asing. Abang dekat sana. Iqa dekat sini. Lama abang bagi masa Iqa sendiri. Dah sampai masanya Iqa hidup dengan abang", matanya terus memandang tubuh di hadapannya.

Afiqah terdiam. Baru beberapa minggu lepas dia ditazkirah oleh Hasnah tentang hubungannya bersama Harris. Petang ini Harris juga mula mengungkit.

" Awak juga yang setuju dengan syarat saya tinggal nenek",

" Ya betul. Abang setuju syarat Iqa dan abang tak pernah paksa Iqa balik rumah kita. Tapi tak bermakna kita akan macam ni sampai bila-bila",

Afiqah malas mahu membalas kata dia segera mahu keluar. Harris bingkas bangun dan terus menarik tubuh Afiqah dalam pelukannya. Keras tubuh Afiqah saat tubuhnya dalam dakapan lelaki itu " Abang sayang Iqa", ujar Harris perlahan.

Afiqah berpaling. Matanya memandang tepat wajah Harris. " Sebab anak ini kan. Kalau bukan sebab anak ni. Awak tak sayang saya pun",

" Abang sayang Iqa sebab Iqa isteri abang",

" Tak mudah hati saya nak terima awak semula. Keputusan yang saya buat ini pun semuanya sebab anak ni Harris", bukan dia tidak boleh hidup sendiri tanpa lelaki tetapi dia juga memikirkan anak yang bakal lahir. Dia tidak mahu pentingkan diri sendiri apatahlagi Harris juga sangat bersungguh dengan keputusan yang dibuatnya.

" Jangan panggil abang macam tu", tegur Harris sekali lagi. " Abang tahu tak mudah bagi Iqa. Abang akan beri masa pada Iqa. Tapi abang tak nak jauh dari Iqa lagi",

" Dahlah saya tak nak bincang hal ni buat masa ni. Awak dah solat Asar belum?",

" Dah..",

" Mandi. Nak Maghrib dah ni", bersahaja arahannya seperti mengarah Atiya pula.

Harris tersengih. Maksudnya Afiqah setuju dia bermalam di sini malam ni.

JAM sudah menunjukkan jam 10.30 malam tetapi Afiqah masih leka berbual dengan Hasnah di bilik neneknya itu. Harris sudah tidak senang duduk.

Janganlah Iqa buat hal tidur dengan nenek. Bebel Harris sendiri. Dia tahu isterinya itu memang panjang akal jika mencari helah.

Lama menunggu sehingga dia tertidur. Terjaga dari lena tiada lagi suara Hasnah dan Afiqah sedang berbual. Harris bangkit dari katil dan keluar dari bilik. Matanya terus tertunak pada Afiqah yang sedang berbaring di sofa menonton televisyen. Langkahnya menghampiri tubuh si isteri.

" Hmm..tv tengok dia", punggungnya dilabuhkan di birai sofa. Matanya merenung wajah lena Afiqah. Bohong jika dia tidak merasa apa- apa melihat isterinya begini. Nak pula dengan suasana malam yang sepi. Dia hanya seorang lelaki yang punya fitrah manusia normal. Tangannya terus mengusap lembut pipi mulus itu. Ibu jarinya mula mengelus bibir mungil isterinya. Senyum terus terukir di bibirnya. Kepalanya ditundukkan dan bibirnya mula mencari bibir si isteri. Afiqah langsung tidak berkutik. Melihat Afiqah yang hanya diam buatkan Harris mahu lebih dari itu. Batang leher Afiqah mula dikucup lembut.

Afiqah yang rasa terganggu terus menolak kuat tubuh yang mula menindihnya. Namun tenaganya yang ada bagai langsung tidak membantu.

" Please sayang. Abang rindu Iqa", Harris mula merayu.

" Saya tak sedia Harris", tubuh Harris ditolak dan dia segera melangkah berlalu ke bilik. Harris yang melihat hanya mengeluh kasar. Langsung tidak berniat mahu mengejar langkah isterinya. Sudahnya televisyen dipadamkan dan dia terus berbaring di sofa. Namun seketika dia tertawa sendiri. Padan muka kau Harris!

RENUNGAN mata Hasnah membuatkan Afiqah bertanda tanya. Walaupun tangan Hasnah lincah mengupas pisang untuk digoreng matanya tidak lepas dari memandang wajah cucunya itu. Mahu membuat pisang goreng kegemaran Harris katanya.

" Harris tidur luar malam tadi?", soal Hasnah mengerling wajah Afiqah seketika.

" Taklah",

" Belum Subuh tadi nenek tengok dia tidur depan tv tu tak tidur luar apanya", keras sikit suara Hasnah.

" Manalah Iqa tahu dia nak tidur dekat luar",

" Tak elok kamu buat Harris macam tu Iqa. Dia suami kamu. Kamu setuju berbaik. Buat cara nak berbaik",

" Hmm. Yalah..", Afiqah bersetuju sahaja. Jika dia membantah ataupun membangkang lagi panjang bebelan neneknya. Nanti segala macam mak nenek yang keluar dari bibir neneknya itu.

" Lama Atiya tak datang sini", ujar Hasnah juga sedar akan perkara itu.

" Ibu dia ambil bila hari cuti sekolah. Hari sekolah sibuk nek. Budak sekolah sekarang kan macam-macam aktiviti. Tapi ada je Tiya call Iqa nek", sebenarnya dua minggu ini hanya sekali sahaja Atiya menghubunginya. Jika Hasnah pun rasa sesuatu apatahlagi dia. Atau Zahlia yang menghalang anak itu berjumpa dengannya?

" Nek. Ada tak kemungkinan Kak Lia tak bagi Tiya jumpa Iqa?",

" Kenapa pula?",

" Tiya kan anak Kak Lia nek",

" Selama dia tak ada kat sini pun kamu yang jaga anak dia. Takkanlah dia tak bagi jumpa",

" Manalah tahu..", bicara Afiqah terhenti saat melihat susuk tubuh Harris masuk ke ruang dapur. Pandangan mereka bersatu seketika sebelum Afiqah cepat melarikan pandangannya.

" Mari sarapan Rris. Nasi goreng ada. Pisang atas dapur lagi tengah goreng", pelawa Hasnah.

Harris menarik kerusi dan duduk di sebelah Afiqah.

" Lepas sarapan abang nak ke KL. Dua hari. Ada urusan sikit ", jag dicapai dan dituang kopi ke dalam cawan. Matanya memandang wajah isterinya di sebelah.

" Atiya?",

" Atiya stay dengan Lia",

" Hmm..", balas Afiqah sedikit kecewa. Ya. Bohong jika dia tidak kecewa kerana semenjak dua menjak ini Atiya seperti menjauhkan diri darinya dan lebih banyak menghabiskan masa dengan Zahlia. Tapi tentunya Zahlia lebih berhak. Dia. Dia bukan sesiapa. Hubungannya dengan Atiya cuma seorang ibu saudara dan ibu tiri sahaja. Manakan sama dengan ibu kandung.

" Nanti balik dari KL abang bawa Tiya datang sini",

" Hmm..",

Harris yang mencedok nasi goreng ke pinggan berpaling mendengar gumam isterinya. Apakah Afiqah sudah menyedari sesuatu apabila Atiya tidak berkunjung ke sini seperti sebelum ini. Bagaimana kalau Afiqah tahu yang Atiya mahu dia berbaik dengan Zahlia? Ah. Kenapalah Atiya tiba-tiba berubah pula.

" Rindukan Tiya? Abang cemburu tahu sayang rindu orang lain", usik Harris berbisik ke telinga Afiqah. Cepat sahaja Afiqah menjauh dan menghantar jelingan tajam kepada lelaki itu. Aksi itu buat Harris tersenyum senang.

USAI bersarapan Harris balik ke rumah dan berkemas keperluan untuk 2 hari. Kemudian dia singgah semula ke rumah Hasnah mahu berjumpa Afiqah sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.

" Bekal. Nenek bekalkan. Boleh makan dalam kereta", Afiqah menghulurkan bekas tupperware yang berisi pisang goreng.

" Bukan Iqa yang bekalkan?", manja suara Harris.

" Bukan..", bersahaja Afiqah membalas.
Harris menyambut huluran Afiqah dengan senyuman. Bekal beralih ke tangan kirinya. Tangan kanannya dihulur namun lambat- lambat Afiqah menyambut. Erat genggaman tangan itu apabila Afiqah cuba menarik semula tangannya.

" Tak nak cium tangan abang?", lembut suara Harris bagai mengoda.

Afiqah hanya menurut. Saat keduanya melepaskan tangan laju Harris menarik tubuh Afiqah dalam dakapannya. Seperti selalu tentulah Afiqah akan meronta membantah kelakuan suaminya.

" Please sayang. Sekejap je", lembut suara Harris namun berkeras dengan tindakannya hingga buat Afiqah terus berdiam. Satu. Dua. Tiga. Baru tiga saat Afiqah menolak jauh tubuh Harris dan kali ini Harris juga melepaskan pelukannya. Seketika dagu Afiqah dipaut lalu dahi Afiqah dikucup perlahan. Afiqah terkaku dengan tindakan bersahaja Harris. Pertama kali selepas rujuk semula mereka mesra begini.

" Abang tentu akan rindu sayang", Harris berdiri di hadapan Afiqah. " Baby jangan nakal tahu. Jaga umi. Ayah tak ada dengan umi ni dua hari", perut Afiqah pula diusap dan dikucup perlahan.

" Dahlah. Lama Azizan tunggu nanti", tegur Afiqah mula rimas dengan aksi romantis lelaki ini.

Harris tertawa senang. Ada perkembangan baik. Boleh disentuh. Boleh dicium. Kalau tidak sentuh sikit pun Afiqah sudah menunjukkan amuk dan amarahnya.

" Yalah. Nanti sampai abang call. Assalamualaikum sayang", langkah Harris diatur ke keretanya.

Hilang sahaja kereta Harris dari halaman rumah nafas Afiqah dihela berat. Tangannya naik mengusap perutnya yang masih kecil. Afiqah nampak kesungguhan Harris memujuk dan memenangi hatinya sejak mereka setuju berbaik semula. Dia nampak kegembiraan Hasnah. Dia juga nampak kegembiraan Salmiah, ibu mertuanya. Tapi..Atiya.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience