BAB 38

Romance Series 107602

SENYUM terus terukir di bibir Afiqah saat melihat Harris yang mula sedar. Harris sudah membuka matanya, namun apabila Afiqah cuba memanggil nama suaminya Harris langsung tidak memberi respon. Sorotan pandangan mata Harris kosong bagai tiada perasaan dan sedang berada di dalam dunianya sendiri. Seperti kata doktor tadi. Harris sudah sedar tetapi tidak memberi sebarang respon apabila dipanggil. Kesan kecederaan di kepala boleh memberi kesan begitu. Beri masa. Itulah kata doktor tadi kerana Harris sudah dalam keadaan yang stabil.

" Iqa..", panggil Rabiatun perlahan.

" Ya..", dia berpaling.

" Aku dengan Mira balik hotel dulu. Tak mahu ganggu Harris berehat. Lagipun dah nak habis waktu melawat dah ni", Rabiatun meminta diri kerana lama juga mereka berada di sini. Sejak tengah hari tadi lagi. Selepas Harris sedar mereka diminta keluar untuk Harris diperiksa doktor. Mereka turun ke bawah dan pada waktu melawat sesi petang mereka naik sekali lagi. Bukan mahu melawat Harris sangat namun mahu memberi sokongan kepada Afiqah.

" Hmm..Terima kasih Atun. Mira sebab datang melawat. Alhamdulillah. Harris sedar juga. Lepas ni boleh sambung gaduh dengan kau.", Afiqah cuba berlucu.

" Tunggu Harris betul-betul sihat. Baru aku ajak sambung gaduh", Rabiatun menyambut sendaan Afiqah.

Langsung tidak menyangka Harris akan sedar hari ini. Bagai satu keajaiban. Ah! Bukan keajaiban tapi inilah takdir Allah. Memang sudah ditakdirkan Allah Harris akan sedar hari ini. Kebetulan sahaja kehadiran Rabiatun dan Amira hari ini.

Afiqah menghantar Rabiatun dan Amira ke pintu bilik. Seketika dia masuk semula ke bilik berjalan menghampiri katil. Senyum diukir lagi.

" Abang rehatlah ya. Abang cepat sihat okay supaya kita boleh balik rumah kita. Mesti abang rindu nak berdua dengan Iqa kan. Bukan abang je rindu nak berdua dengan Iqa. Iqa pun rindu nak berdua dengan abang. Dating berdua. Kat bilik kat dapur kat ruang tamu", ketawa kecil sengaja mahu mengajar Harris menerbitkan perasaan sendiri.

Namun Harris hanya diam. Memandang syiling tanpa perasaan. Namun Afiqah tetap tersenyum. Sebelum ini hati Afiqah sebenarnya sudah diamuk resah saat melihat keadaan suaminya. Dia takut jika perkara lalu berulang kembali. Hilang ingatan! Dia takut jika Harris kembali hilang ingatan apabila dia tahu kecederaan di kepala Harris. Itu tidak mustahil berlaku walaupun mengikut kata doktor kecederaan di kepala Harris mungkin akan mengakibatkan masalah pertuturan. Bila disoal apakah jangkaan doktor Harris akan pulih? Harapan itu ada. Itu sudah melegakan gundahnya.

AHLI keluarga Harris terus ke Kuala Lumpur hari itu juga setelah Afiqah memberitahu berita gembira akan status terkini Harris. Esoknya waktu melawat sesi tengah hari mereka sampai ke wad. Salmiah yang baru sahaja sampai terus memeluk tubuh anak itu. Wajah kosong Harris dielus lembut.

" Alhamdulillah. Anak mak sedar juga", getar suara Salmiah mengawal sebak yang menghambat apabila melihat anaknya yang masih dengan pandangan kosong. Telah dimaklumkan oleh Afiqah keadaan satu-satunya anak lelakinya itu sebelum dia masuk tadi. Jadi dia tidaklah begitu terkejut dengan reaksi kosong anaknya itu.

" Cepat sihat. Kita balik rumah ya", kepala Harris diusap lembut.

Melihat wajah tanpa perasaan anaknya buat Salmiah bertambah sebak. Cepat dia menjauh tidak mahu Harris melihat kesedihannya.

Hanna, Hanim dan Haliasarah juga datang bersama. Melihat keadaan abangnya. Masing-masing mengucapkan syukur dan mendoakan Harris cepat sihat.

Melihat wajah keliru Harris, Afiqah mendekat. " Semua adik beradik abang datang melawat abang ni. Semua doakan abang cepat sembuh",

" Duduk mak", Afiqah mempelawa Salmiah. Terus Salmiah melabuhkan punggung tanpa banyak soal. Wajah Harris terus direnung penuh kasih.

" Harris akan hilang ingatan lagi ke?", itu juga yang difikirkan Salmiah. Dia tidak lari dari memikirkan soal itu berdasarkan pengalaman lalu.

" Abang Rris belum bagi respon lagi mak bila dipanggil. Jadi doktor cakap nak buat MRI lagi sekali",

" Hmm..harap tak jadi lagi macam dulu. Makan macam mana. Masih nak pakai tiub ni ke?",

" Buat masa ni masih macam ni mak. Nanti keadaan dah okay. Dah boleh makan sendiri baru doktor cabut tiub tu",

" Jahatnya orang yang buat anak mak ni",

" Akan dibicarakan mak. Sebab cubaan membunuh.", Afiqah telah dihubungi pihak polis pada hari pertama kejadian lagi. Dan dia hanya menyerah sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka. Doanya lelaki itu akan dihukum sewajarnya apatahlagi bila mendapat tahu kejadian pecah masuk rumah malam itu tahun lalu juga berpunca daripada lelaki itu. Ah! Manusia. Tidak pernah lari dalam hidup berdendam!

" Syukur Alhamdulillah. Harris selamat",

" Iqa akan terima apa pun keadaan Abang Rris. Iqa akan jaga Abang Rris mak. Iqa takkan tinggalkan Abang Rris. InsyaAllah", Afiqah tidak tahu bagaimana keadaan Harris apabila dia benar-benar sedar nanti. Dia akan terima apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku. Jika Harris hilang ingatan. Jika Harris lumpuh sekalipun. Dia akan terima dengan ikhlas dan redha.

" Jangan tinggalkan anak mak. Dia sayang Iqa", sayu suara Salmiah penuh mengharap.

" Hmm..Ya mak. Iqa tak tinggal Abang Rris..", mata Afiqah merenung wajah Harris yang mula memejamkan mata itu. Mungkin penat atau malas peduli dengan apa yang sedang dibualkan oleh dua orang perempuan di hadapannya ini.

SETIAP hari Afiqah menemani Harris dan dapat melihat perubahan Harris hari demi hari. Setelah lebih sebulan sedar keadaan Harris semakin baik dan mula memberi respon. Sesekali juga dia bersuara pendek. Walaupun masih lagi belum boleh bercakap dengan sempurna lelaki itu sudah mula tersenyum. Senyuman yang sangat Afiqah rindu. Perubahan itu pun sudah menggembirakan hatinya. Kata doktor kecederaan di kepala Harris akan menyebabkan pertuturan Harris terganggu. Cuma akan perlukan masa untuk kembali pulih seperti sedia kala. Bagi Afiqah itu sudah membuatkan hatinya bahagia. Sekurang-kurangnya Harris tidak hilang ingatan seperti sebelum ini. Sudah boleh makan secara normal dan bergerak ke tandas walaupun perlu dibantu itu perubahan yang sangat positif.

Hasnah, Atiya dan Zahlia datang melawat hari ini kerana kebetulan juga Zahlia ada sesi rawatan pada hari ini.

" Ayah..", manja suara Atiya menegur Harris. Senyum diukir.

" A.ti..ya..", tubuh bersandar di kepala katil. Bersusah payah Harris cuba untuk menyebut nama anaknya.

" Ya ayah..", balas Atiya dengan redup pandangan menatap wajah ayahnya.

" Rris..", Zahlia juga tidak mahu ketinggalan. Dia juga mahu memberitahu kehadirannya walaupun badan dia masih lemah selepas rawatan diterimanya. Dia kuatkan diri untuk berada di sini sekarang.

Harris hanya diam saat memandang Zahlia. Sesaat. Kemudian pandangannya terus dialihkan ke wajah Atiya. Tangannya mengusap wajah Atiya dengan senyum terukir di bibirnya.

" Tiya rindu ayah. Ayah cepat sihat. Kita balik rumah ya. Tiya akan jadi anak yang baik untuk ayah", manja suara Atiya.

Harris senyum mahu ketawa.

" Betullah. Apa selama ni Tiya bukan anak yang baik ke?", memuncung wajah Atiya apabila Harris memperkecilkan dirinya.

Harris mengangguk.

" Ayah...", rengek Atiya. " Bencilah. Suka nak gaduh dengan Tiya", terus memeluk tubuh ayahnya. Sungguh dia rindukan ayahnya. Harris yang selalu bersama dengannya selama ini.

Harris mengusap lembut belakang tubuh Atiya sambil matanya terus mencari Afiqah yang berdiri di sisi katil. Senyum menguntum saat mata mereka bersatu.

Zahlia menjadi pemerhati. Memerhati perkara yang sedang berlaku. Dia sedar Harris langsung tidak mahu memandangnya. Terasa. Sudah tentu. Dia punya perasaan. Dia bukan robot buatan manusia yang tiada perasaan. Cemburu? Ya. Tapi lebih kepada rasa kecewa. Itu yang dia rasa sekarang!

" Ibu nak balik bilik", ujarnya pada Atiya. Dia mahu keluar dari situasi ini. Keadaan dirinya yang masih lemah buat emosinya sukar dikendali. Berkecamuk demgan pelbagai rasa.

" Kejap ayah ya. Tiya hantar ibu. Kejap lagi Tiya datang semula", Atiya mengucup pipi Harris lalu bangun dari birai katil dan membawa Zahlia keluar dari bilik.

Sepi. Hanyut dengan perasaan masing-masing. Seketika Zahlia bersuara. " Macam mana layanan ayah pada umi dulu?", tanpa sedar Zahlia menyoal Atiya saat mereka menuju ke lif.

" Ayah? Mula-mula dulu memang ayah tak suka umi. Sebab nenek dengan Oyang yang suruh ayah kahwin dengan umi. Tapi lama-lama ayah sayang umi",

" Tiya sayang umi?",

" Mestilah. Tiya sayang umi macam Tiya sayang ibu", jujur kata-kata Atiya lahir dari hati.

Zahlia melepas keluhan. " Ibu harap ayah cepat sihat", kendur suaranya saat kepalanya terlayar keadaan Harris. Rasa bersalah masih ada. Nantilah. Dia akan berbual dengan Harris nanti.

KELETIHAN buat Hasnah tertidur di kerusi kerana dia sudah tidak kuat lagi jika berjalan jauh. Kerusi yang boleh bersandar dengan selesa dibawa oleh Hanna untuk kegunaan Afiqah sejak Harris dipindahkan ke sini. Sekurang-kurangnya Afiqah dapat tidur dengan selesa sepanjang menemani Harris.

Harris menggamit tangan lalu menepuk katil disisi kiri sebagai isyarat supaya Afiqah mendekat. Afiqah terus melabuhkan punggung di birai katil. Namun Harris menggeleng

" Ba..ring..", lambat-lambat Harris bersuara.

Fahamlah Harris mahu Afiqah berbaring di sebelahnya.

" Malu. Ada nenek..", sedikit berbisik suara Afiqah kerana kedudukan Hasnah hanya di sebelah katil Harris sahaja.

Harris mengerdipkan mata dan memalingkan kepala ke kiri dan menepuk sekali lagi katil di sisi kiri seperti tadi. Afiqah menurut lalu berbaring mengiring mengadap wajah Harris. Terasa pelukan erat Harris buat Afiqah turut membalas pelukan lelaki itu.

" Iqa rindu abang..", ulangnya setiap kali dekat dengan Harris. Getar suaranya cuba menahan tangis. Namun terlepas juga tangisannya

" Syhhh..", dahi Afiqah dikucup. Banyak mahu diperkatakan tetapi tidak mampu diluahkan. Dia juga mahu menjerit menyatakan rasa rindunya" A..a..bang..",

Afiqah mengangguk. " Iqa tahu abang juga rindukan Iqa", sekilas bibir Harris dikucup lembut dengan senyum di bibir yang bergetar menahan tangis. Pelukan tadi dieratkan kembali.

Hening. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

Maafkan abang sayang. Abang buat Iqa bimbangkan abang.

Dagu Afiqah dipaut lembut membawa mata mereka saling berpandangan. Pipi isterinya dielus. Bibir Afiqah diusap lembut. Seketika bibir itu menjadi sasarannya.

I love you. Gerak bibir Harris tanpa suara disambut dengan senyuman dari Afiqah.

I love you too. Juga dibalas dengan gerakan bibir tanpa suara. Mereka sama-sama tertawa.

Pelukan dieratkan. Seketika tubuh Afiqah bergerak memandang syiling. Diam. Tangan Harris bergerak perlahan menyentuh perut isterinya. Mengusap lembut perut itu sambil bibirnya mencari pipi Afiqah. Terus Afiqah menekap kedua tangannya di atas tangan Harris. " Iqa mengandung lagi", mendongak mencari wajah Harris. Kali kedua dia memberitahu sejak Harris sedar. Dekat dengan Harris begini buat dia mahu bermanja.

Harris tertawa kecil. " La..gi", jemari Afiqah diramas lembut. Biarpun sudah tahu dilayankan juga bicara isterinya.

" Hmm..Abanglah suntik Iqa cukup-cukup", bisik Afiqah kerana tidak mahu Hasnah yang ketiduran mungkin akan terdengar. Langsung tidak malu ujaran Afiqah kali ini. Harris tertawa lagi dan menarik Afiqah dalam pelukannya.

" A..bang..",

" Abang sayang Iqa", Afiqah menolong menghabiskan ayat lelaki itu. " Tak sabar nak menunggu abang habiskan ayat. Lambat sangat",

Membulat mata Harris dengan bicara isterinya.

" Auch!", dahinya dijentik Harris. " Iqa sayang abang juga. Sayang sangat- sangat", pelukan dieratkan. Lupa terus Hasnah yang ada di situ. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia menahan rasa rindu selama ini.

KENALAN Harris ramai yang datang melawat sejak Harris dibenarkan pulang ke rumah. Macam kenduri pula. Belum sempat kenduri doa selamat tetapi macam dah kenduri pula. Mujur juga Atiya ada membantu Afiqah menyediakan minuman kepada tetamu yang datang. Makanan ringkas disediakan Afiqah. Kuih muih pula hanya dibeli dari kedai sahaja dengan servis COD.

" Penat..", Atiya melunjurkan kakinya sambil menumbuk belakang pinggang. Penat sangat gayanya.

" Pergilah rehat. Biar umi basuhkan pinggan cawan tu nanti",

" Hmm..nanti ayah marah kalau tak tolong umi",

" Pergilah rehat. Tadi kata ada kerja sekolah tak siap lagi kan",

" Jom Kid. Lepak dengan Kak Tiya", Akid yang sedang bermain didukung. Tentu sahaja anak kecil itu seronok bila meluangkan masa bersama Atiya.

" Kata nak siapkan kerja sekolah", tegur Afiqah.

" Hehe..Nak ajak Akid layan movie Upin Ipin",

" Hmm.. Yalah..", Afiqah berjalan masuk ke dapur. Biarlah anaknya itu berehat kerana sejak menerima tetamu tadi Atiya tidak berhenti bekerja. Sinki dituju untuk membasuh pinggan yang berbaki.

Pelukan di pinggang mengejutkan Afiqah. Saat pipinya dikucup Afiqah berpaling.

" Iqa siapkan basuh pinggan ni semua dulu. Kejap lagi Iqa teman abang. Okay?", tutur katanya persis intonasi kepada anak-anak.

Harris menggeleng.

" Lapar?", soal Afiqah apabila ingin tahu apa kehendak Harris.

" Tak..",

" Dahaga?", soalnya lagi.

" Tak..",

" Jadi nak apa..",

Bibir Afiqah dikucup lembut. " Iqa.. pe..nat. Re..hat..lah..", satu-satu perkataan cuba dituturkan Harris.

" Tak..Iqa okay. Abang jangan bimbang",

" A..bang..to..long",

" Abang nak tolong?", manja suara Afiqah.

Harris mengangguk.

" Okay. Iqa sabun. Abang bilaskan. Boleh",

" Hmm..",

" Malam ni abang nak makan apa. Iqa masakkan", cawan disabun lalu dihulur kepada Harris untuk dibilas.

" Iqa..", jawab Harris dengan senyum nakal. Mesra nadanya.

" Hah?", seketika barulah Afiqah faham maksud jawapan Harris. Terus meletus ketawa Afiqah. " Iqa abang tak boleh makan. Iqa abang boleh peluk, belai, cium je", nakal juga jawapan Afiqah.

" Mee..sup..", jawab Harris. Sebenarnya dia mahu menjawab gurauan isterinya namun tentu lambat bicaranya nanti.

" Okay. Abang nak mee sup. Iqa masakkan mee sup malam ni ya",

" Okay..",

" I love you abang", sengaja berbisik di telinga suaminya. Tidak segera membalas namun dia berencana. Harris terus membersihkan tangan lalu mencempung tubuh isterinya keluar dari dapur.

Terjerit Afiqah dengan tindakan tidak diduga suaminya. " Abang..Tangan Iqa ada sabun..", rengeknya manja.

Harris berpatah balik ke sinki dan membantu Afiqah membersihkan sabun di tangan dan terus dicempung sekali lagi tubuh isterinya. Pinggan dan cawan yang masih belum siap dibersihkan ditinggalkan. Fikir Afiqah Harris akan membawanya ke bilik. Salah akal fikirnya apabila Harris membawa ke sofa ruang tamu dan menghidupkan televisyen. Tubuh Afiqah ditarik rapat ke tubuh lalu meminta Afiqah berbaring di pehanya.

" Re..hat..",

Afiqah ketawa lucu. Jauh benar dengan akal nakalnya tadi. " Okay..Iqa rehat..", dia mengiring ke arah tubuh Harris lalu memeluk tubuh itu. Seketika dia mendongak apabila merasakan mata Harris yang memerhatikannya.

" Apa pandang-pandang orang? Ada hutang?" soalnya dengan wajah riak serius. Sengaja.

" Ada..", balas Harris memicit hidung kecil Afiqah.

Tidak sempat menepis apabila Harris melarikan tangannya. " Abang yang banyak hutang dengan Iqa tahu tak. Sebulan tidur je kerjanya", omelnya.

Harris ketawa besar." A..bang..nak..ba..yar..hu..tang..se..ka..rang..", puas juga mahu menghabiskan ayat itu.

" Tahu pun nak bayar. Ingat nak buat-buat lupa hutang dia tu. Buat lupa lah Iqa tuntut kat akhirat nanti",

Lagi-lagi buat Harris ketawa dengan jawapan isterinya. Menolak perlahan kepala Afiqah supaya isterinya itu bangun. Tubuh Afiqah dibawa masuk ke bilik. Berbaring berdua sambil berpelukan. Harris mencapai telefonnya dan menghulurkan juga telefon Afiqah kepada isterinya.

" Kenapa?", keliru dengan tindakan Harris. Namun tiada jawapan.

Tangan Harris menaip sesuatu.

Susahlah abang nak cakap laju-laju. Nak abang bayar hutang mana dulu ni. Zahir ke batin?

Hantar.

Meletus kuat tawa Afiqah apabila membaca mesej suaminya. Namun dibalas juga walaupun Harris hanya di sebelahnya.

Zahir

Hantar.

Berkerut dahi Harris merenung wajah isteri saat menerima balasan itu. Tiada kata daripadanya. Afiqah pula cuma tersenyum mengejek.

Tapi abang nak langsaikan batin dulu.

Hantar.

Afiqah ketawa lagi sambil tangannya cepat menampar dada Harris. Telefon dilepaskan lalu naik berbaring di atas tubuh Harris. Telinganya diletakkan di dada Harris mahu mendengar degup jantung lelaki itu. Tangan Harris memeluk tubuh kecil isterinya sambil kepala Afiqah dielus lembut.

" Terima kasih sebab hidup lagi. Iqa takut kalau abang pergi tinggalkan Iqa. Iqa tak sedia kehilangan abang. Tapi bila abang tak bangun- bangun Iqa hampir putus asa dengan abang. Iqa redha kalau Allah ambil abang dari Iqa sebab Iqa tahu pasangan kita hanya pinjaman dari Allah Taala", terus membiarkan Harris mengelus rambutnya. Dia suka dilayan begitu.

" Ma..af..kan..a..bang..",

" Abang tak salah. Manusia memang takut hilang orang yang dia sayangkan? Lagi-lagi seorang isteri akan takut kehilangan suaminya. Sedangkan dia tahu bila-bila je Allah boleh ambil suami dia. Iqa isteri yang baik tak untuk abang?", membetulkan kedudukan mengiring mengadap wajah Harris.

" Ya..", tidak ragu-ragu Harris membalas.

" Abang pun suami yang baik untuk Iqa. Terima kasih terima Iqa dan memberi rasa kasih, sayang, cinta abang pada Iqa", jujur itulah yang dia rasa. Syukur. Itu rezeki yang Allah takdirkan untuknya. Kehilangan ibu dan ayah pada usia muda Allah gantikan dengan kasih dan sayang dari seorang suami.

Tidak semua perempuan dalam dunia ini bertuah memiliki rasa dikasihi, disayangi dan dicintai seorang suami. Namun, bukan bererti tiada dan hilang kasih, sayang dan cinta suami kehidupan itu sia-sia dan berakhir. Tidak! Semua itu rezeki yang ditetapkan Yang Maha Esa untuk kita jalaninya.

Tiada kata dibalas cuma lelaki itu terus menarik Afiqah dalam pelukannya. Dahi Afiqah dikucup. Lama.

Sedang melayan perasaan berdua telefon Afiqah berdering.

" Kau tengah buat benda dengan Harris?", terpaan Rabiatun membuatkan Afiqah ketawa. Memang gilaah Atun ni! Gerutunya dalam hati.

" Kau pasang cctv kat rumah aku eh?", balasnya memandang Harris.

Terangkat kening Harris dengan bicara isterinya. " Siapa?" soalnya tanpa suara walaupun dapat mengagak suara wanita itu.

" Atun", juga dibalas tanpa suara lalu sengaja membuka pembesar suara.

" Kau ambil tempahan menyulam tak sekarang?",

" Tak lagilah Atun. Aku nak rehat sekejap", ketika menunggu Harris di hospital dulu ada juga dia menerima tempahan sambil menghilangkan rasa bosan menunggu.

" Kenapa? Kerja kau nak belek Harris je ke sekarang? ",

Meletus kuat ketawa Harris mendengar bicara Rabiatun. Cepat Afiqah menekup mulut suaminya.

" Ha..eloklah. Beleklah si Harris tu. Pesan dekat dia dah buat anak jangan buat tak sedar", bersahaja seperti selalu apabila sedar Harris ada di situ.

" Atun!",

" Okay. Bye", bersahaja juga wanita itu mematikan talian.

Senyap. Saling memandang.

" Mulut dia kan. Makin menjadi-jadi", gerutu Afiqah mencampakkan telefon. " Abanglah. Kerja buat anak je. Mana tak si Atun tu mainkan Iqa",

Ketawa lepas dan laju sahaja Harris mendakap tubuh isterinya. Namun hanya seketika apabila Atiya mengetuk pintu mahu menyerahkan Akid.

" Ka..cau..",

" Kacau daun", celah Afiqah dan berlalu ke pintu bilik dengan tawa apabila Harris membaling bantal ke arahnya.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience