"So kita berlima sahaja ke yang pergi?" Soal Faiq yang baru sahaja memasuki pesawat persendirian milik Rayyan. Hoodie yang tersarung di badan ditanggalkan sebelum disangkut pada tempat duduk kegemarannya iaitu di sebelah tingkap.
"Taklah berenam" jawab Rayyan penuh dengan nada kecewa. Mukanya dicebikkan memandang ke arah lain.
"Hah? Berenam? Siapa lagi sorang? Bukan ke Xavier, Khyara dengan Ray tak ikut ke?" Soal Zariq kembarnya Si Zen. Mereka berdua juga mula mengambil tempat duduk di sebelah Rayyan. Manakala Keith duduk bersebelahan Faiq.
"Me" sahut satu suara perempuan yang duduk di seat bahagian depan sekali.
Kemudian dia bangun dan menghadap ke arah mereka.
Jelas terkejut kesemua jejaka kacak yang berada di situ itu, kecuali Rayyan yang sememangnya sudah tahu mengenai kehadiran wanita itu di dalam pesawat ini.
"LUCIA!?"
"LUCIA?"
"LUCIA!"
"Faiq!?"
Mereka yang lain terus menjeling ke arah Faiq .
Faiq tersengih.
"Ok... Ok... Teruskan..." Faiq baring di atas kerusi, melintang menghadap ke arah tingkap luar.
"Hi guys!" Sapa Lucia ramah.
Rayyan sudah membuat muka pelik.
"Macam mana korang semua kenal dia hah? Kenapa aku sorang je yang tak kenal?" Soal Rayyan kepada mereka yang lain kecuali Faiq. Budak tu langsung tak ambik peduli.
"Tulah kau, orang kata. Biar tak hensem tapi jangan bodoh. Ni kau sudahlah tak hensem, bodoh pulak tu. Haish patutlah tak kahwin sampai sekarang" kata Keith sebelum mukanya dibuat-buat sedih.
"Anjing ni cerita macam dah ada anak sepuluh dekat rumah ..." kata Rayyan mendatar tak puas hati.
"Aah, betul" si kembar mengiyakan kata-kata Rayyan. Padahal mereka semua masih belum berpasangan lagi.
"Tapi kau betul ke tak kenal dia Ayyan?" Soal Keith semula.
"Kenapa aku nak kena 'kenal' dia? Dia mak aku ke?" Soal Rayyan mendatar.
Keith menepuk dahinya sendiri.
"Kau tak ingat ke? 4 tahun lepas? Perempuan yang kau humban dalam laut China Selatan tu? Guna kontena kayu? Masa kau cari pasal dengan kumpulan BlackRose. Tak ingat? Lupa?" Tanya Keith bertubi -tubi.
"Lah dia ni ke? Dah tu apahal pulak korang yang lain boleh kenal dengan minah ni?" Ucap Rayyan tanpa rasa serba salah langsung.
"Dia adik Xavier" ucap si kembar serentak.
"What!"
"Aah, lebih tepat adik susuan" sambung Keith pula.
"Kenapa pulak dia minum susu Xavier?" Soal Rayyan bangang. Dengan muka yang macam ba-, haish korang bayangkanlah sendiri.
"Sah kau ni memang bodoh semulajadi wey. Bukan tiruan, tak dibuat-buat. Asli original, lahir-lahir terus bodoh" kata Zariq.
Zen tergelak mendengar ayat kembarnya.
"Diorang lain mak, lain bapak tapi tak boleh kahwin sebab adik susuan. Kira dah macam adik betul lah. Sebab pegang pun tak haram" kata Zen pula.
"Pergh... Habistu si batu tu tahu ke dulu aku pernah humban perempuan ni dalam laut?" Soal Rayyan semula.
"Kau ingat tak seminggu lepas tu, kita semua kena denda dengan Ray? Yang berenang dalam kolam ada jerung tu, kau tak ingat? Sebab kes ni lah, kan Ray mengamuk gila time tu, takkan kau lupa?"
"Lah aku ingatkan dia marah sebab aku pergi letupkan company dia yang dekat Morocco tu... Hahaha"
Keith mengeluh perlahan. Tak sangka dia bekerja di bawah orang yang bodoh macam ni.
"Tapi kenapa you ikut kitaorang ni Lucia? Kitaorang ni nak pergi berperang tau bukan pergi shopping" soal Keith kepada Lucia.
Lucia duduk semula di atas kerusinya namun kepala masih memandang ke arah mereka. Rambut perangnya diselak sedikit ke belakang.
"I tahu" jawab Lucia selamba.
"Dah tu tak takut mampus? Kau tu PA aku je tau, bukan isteri. Aku taknak jaga kau kalau apa apa jadi, pandai - pandai kau ler nanti" balas Rayyan sebelum matanya dijeling ke arah perempuan itu.
"Ish kau ni, Tak baik lah. Kalau Xavier tahu, silap hari bulan, dekat sungai buaya pulak kita kena humban"
"Entah, betul tu" jawab Zen dan Zariq mengiyakan kata-kata Faiq.
"Kisah pulak aku"
Lucia tersenyum sinis.
"You guys tak perlu risau, i pandai jaga diri sendiri" ucap Lucia lembut sebelum menghadiahkan senyuman manis ke arah mereka. Kemudian dia memandang kembali ke hadapan.
Rayyan membuat muka menyampah. Eleh pandai lah konon, kau kena tembak jangan cari aku. Dasar, semua perempuan menyusahkan. Badannya disandarkan ke kerusi. Tidur lagi bagus.
Selang beberapa jam Rayyan sudah rimas di tempat duduknya.
"Haish aku bosanlah! Faiq jom terjun dari kapal ni sekarang" jerit Rayyan tiba-tiba. Faiq yang sedang bermain saidina bersama dengan si kembar, menoleh ke arah jejaka gila itu.
"Relax lah brader, baru 6 jam. Lagi 8 jam lagi tahu tak kita dekat atas ni" ucap Keith mendatar. Kemudian dia menyambung semula membuat tugasan kerja syarikat yang sempat dibawa bersamanya tadi.
"Ish aku rimaslah. Aku tak boleh duduk macam orang bodoh ni"
"Kau buat lah apa apa pun kau tetap nampak macam orang bodoh" balas Zen selamba.
"Nice potong gaji kau bulan ni Zariq" ucap Rayyan senada.
"THE FUCK?! Yang cakap tadi abang aku, apahal pulak gaji aku yang kena potong?" Latah Zariq tak puas hati.
"Brotherhood doh" ucap Rayyan dengan sisa gelaknya.
"Nice, fuck you" Zariq menyambung semula Saidina itu. Malas nak layan si sewel tu. Dia kalau dah bosan inilah jadinya.
"Wey tapi aku pelik tau, diorang kata. Yang serang kita ni, kumpulan mafia baru, pergh siapa je yang berani lawan kita lepas kita ranapkan group Hunter dua tahun lepas kan?" Soal Rayyan tiba-tiba.
Lucia mula mencuri-curi dengar perbualan mereka. Sebenarnya daripada tadi dia sudah terjaga dek kerana suara Rayyan yang terlampau bising. Mentang mentanglah ini kapal dia. Sesukahati je nak jerit kuat-kuat.
"Aah ek, eh entah - entah Kevin? Aku dengar cerita dia buat group baru lepas curi duit syarikat kita" ucap Faiq pula.
"Lah kau tak tahu ke? Aku dah letupkan dia masa diorang pergi club kelmarin" balas Rayyan semula.
"Kau letupkan guna apa?" Soal Zariq .
"0.1 white BX yang Keith bagi aku dulu"
Rayyan ketawa dengan kuat.
"Ok confirm mati" ucap Keith pula sebelum dia pun turut tergelak bersama dengan Rayyan.
"Hah? Pehal pulak?" Soal yang lain keliru.
"Kau tahu benda apa yang aku cipta tu?" Soal Keith semula.
Mereka yang lain menggelengkan kepala.
"0.1 white BX tu aku belajar dari Avery, dia ajar aku macam mana dengan hanya satu kotak kecil boleh meletupkan sehingga dua bangunan yang dekat dengan ledakan letupan" Keith tersengih.
"Avery!? Seriously? Gila lah budak kecik tu"
"Yup sungguh gila" ucap Faiq kagum.
"Tengok lah adik siapa" kata Rayyan sambil tangan dijulung ke udara.
Mereka yang lain terus menyambung semula kerja masing-masing mengabaikan Rayyan.
Sial punya anak buah.
Rayyan menoleh ke arah tempat duduk Lucia yang berada didepan.
"Hah yang kau, curi - curi dengar dari tadi apasal? Kau perisik eh?" Soal Rayyan tiba-tiba.
Lucia agak terkejut apabila namanya disebut oleh adik ketua mafia yang paling digeruni di France itu. Macam mana dia boleh tahu sedangkan dia duduk di barisan paling hadapan sekali.
Mereka yang lain turut memandang ke arah Lucia.
"Mana ada curi-curi dengar, dah korang cakap bising sangat, i terjaga lah" Lucia cuba membela dirinya sendiri, tapi sebenarnya memang dia curi-curi dengar pun.
"Eleh perempuan kan kaki kencing" Rayyan menjeling dan memandang keluar tingkap.
Lucia mendengus geram. 'Apa bendalah yang mamat ni tak puas hati sangat dengan aku . Dah lah dulu dia humban aku dalam laut.
Matanya dipaksa untuk pejam serapat-rapat yang boleh. Tidur lagi bagus daripada melayan monyet bodoh ni.
Tiba-tiba bahunya terasa dipegang oleh seseorang. Matanya dibuka semula.
"Sorry Lucia, dia memang macam tu, you jangan ambil hati pulak" kata Faiq yang tiba-tiba sahaja berada di sebelah tempat duduknya.
Lucia menoleh ke arah lelaki itu. Faiq, lelaki kacak yang paling muda dalam kumpulan ni. Pakar menghack segala sistem. Bijak dan yang paling sopan diantara mereka semua.
Senyuman diukir manis.
"Taklah i tak ambik hati pun, kalau i ni jenis cepat berdendam dah lama i humban dia semula dalam laut China Selatan" ucap Lucia semula.
Faiq tergelak.
"Yeah sorry about that matter too".
"It's okay, old story nice to refresh sometimes".
Mereka sama-sama tergelak.
"So boleh you bagi tahu? Kenapa you ikut kitaorang ni, you tahu kan kitaorang nak pergi mana?" Soal Faiq serius.
"Haih, i tahu. Tapi sekarang ni i dah jadi PA Rayyan so i kenalah ikut dia pergi mana-mana" balas Lucia sambil mengeluh.
"Hah? You PA Rayyan? Siapa yang suruh? Xavier ke?" Soal Faiq jelas mukanya nampak terkejut. Rayyan tu patut ke ada PA? Kerja pun buat tak buat je.
"Aah, dengan abang Ray. Diorang kata nak suruh i ubah perangai monyet tu" kata Lucia selamba.
"Aku mendengar eh!" Jerit Rayyan tiba-tiba.
"Baguslah kalau dengar, mengaku diri tu monyet" balas Lucia semula.
Rayyan mendengus geram.
Faiq tergelak. Sumpah inilah perempuan pertama yang berani melawan Rayyan. Sebelum-sebelum ni semua perempuan sanggup melutut menjilat tapak kaki Rayyan hanya kerana ingin mengambil hati jejaka beku itu. Tetapi gadis di hadapannya ini sungguh berbeza.
"Anyway, gudluck okay. Jaga diri tau. Apa-apa hal cari je kitaorang" ucap Faiq kemudian bahu Lucia ditepuk beberapa kali.
"Thanks Faiq".
Faiq duduk semula di tempat duduknya.
"Hello to all the ugly bitches, i come back home!" Jerit Rayyan kuat yang baru sahaja melangkah turun daripada kapal terbang persendiriannya itu.
"Jangan jerit jeritlah, nanti tuhan marah" kata Faiq mendatar.
Keith menepuk kepala Rayyan.
"Kau bodoh eh? Kau tengok tu orang ramai tengok kau"
"Alah diorang tengok sebab jeles aku ni hensem sangat, kalah suami diorang" kata Rayyan selamba.
"Tak, diorang tengok sebab kau macam monyet tak jumpa hutan setahun" kata Keith mendatar.
"Eleh kau jeleslah tu sebab aku ni monyet yang kacak"
"Sikit pun tak"
"Ye?"
"Ye"
"Ye?"
"Ye!"
Lucia menjelingkan mata ke atas, apa bendalah yang dua mangkuk ni merepek.
Kemudian sebuah Kereta Honda Starex hitam berhenti betul-betul di hadapan mereka.
"Ok jom kita gerak" ajak Zariq.
"Pehal naik kereta cabuk doh" ucap Rayyan tak puas hati.
"Dah tu kau nak naik lori?" Sindir Zen pula.
"Asal tak naik BMW ke Chevrolet ke?"
"Aah memang muat nak sumbat semua naik kereta tu" ucap Keith yang berada di sebelah. Faiq dan yang lain mula menaiki kereta hitam itu.
"Muat lah, minah ni duduk lah atas aku. Aku tolong pangkukan. Right? Sweetheart" kata Rayyan dengan senyuman miangnya, sempat lagi dia mengenyitkan mata kearah Lucia.
Lucia membuat muka jijik apabila mendengar ayat yang diungkapkan oleh Rayyan.
"Kesian, hensem tapi terencat" kepala digeleng beberapa kali sebelum dia juga turut memasuki kereta itu.
Nak taknak Rayyan naik juga kereta Honda Starex itu dengan muka yang masam mencuka.
Kereta membelah laju di atas jalanraya. Menuju ke destinasi yang dituju.
Mikayla holding.
Share this novel