Bab 7

Action Series 39599

Lucia tergamam dengan apa yang di sajikan oleh matanya kini. Oleh kerana semalam dia datang dah senja, jadi penglihatannya agak terbatas sedikit.

Kakinya terpaku betul- betul di hadapan pintu masuk lapangan terbang persendirian milik Rayyan.

Kepalanya menoleh ke arah kanan pula. Dan disitulah terletaknya bangunan shopping komplex peribadi khas untuk pembantu, butler, driver, tukang masak, tukang kebun dan semua lah yang bekerja di bawah keluarga ini untuk membeli belah. Secara percuma.

Diulang sekali lagi PERCUMA.

Semasa mereka balik ke Malaysia untuk selesaikan rusuhan yang berlaku di syarikat sana, kapal terbang yang mereka naik juga adalah kapal terbang persendirian milik Rayyan. Tetapi kapal itu masih lagi berlepas dan mendarat di Charles de Gaulle International Airport, France, antara lapangan terbang yang paling besar di negara itu.

Yang di hadapan matanya ini pula adalah lapangan terbang persendirian milik Rayyan under nama Mikayla dan yang paling gila sekali, BELAKANG RUMAH DIA JE WEY!

"Aku syak 12 keturunan dia pun tak habis lagi harta dia ni, patutlah dia malas nak kerja. Duit dah berlambak sangat" guman Lucia perlahan.

Keith yang baru sahaja keluar daripada keretanya itu tersenyum kecil sebelum kaki melangkah mendekati Lucia.

"Reaksi you, sama sebijik dengan reaksi Khayra. Masa first time kitaorang semua bawak dia masuk kediaman Mikayla ni tahu tak" kata Keith mendatar.

Lucia hanya statik di tempat dirinya.

Beberapa pembantu mula membawa beg-beg mereka masuk ke dalam pesawat.

"Gila kau tak terkejut. Dengan semua ni. I pun kaya, tapi takdalah sampai buat macam ni sekali untuk menunjukkan kekayaan i tu" ucap Lucia mendatar.

"Kawan you tu, waras ke tak waras?" Lucia berbisik perlahan, kepalanya didekatkan sedikit ke arah Keith.

Terus pecah tawa Keith.

"Takdalah, dia nak mudahkan kitaorang pergi balik syarikat. Sebab tu dia buat landasan kapal terbang belakang rumah ni, sebab kitaorang punya syarikat semua jauh jauh. Ada yang dekat US macam i punya, dekat Jerman abang you punya, dekat Sweden Adik Ray punya, Avery. Dekat Spain Ayyan punya. Meratalah senang cerita. Dan macam sekarang, bila bila masa je nak kena pergi untuk uruskan hal syarikat yang dekat luar negara. Jadi dia buat semua ni sebab nak mudahkan pengangkutan pergi balik kitaorang semua" terang Keith panjang lebar.

"Kembar dengan Faiq punya syarikat dekat mana?" Soal Lucia kembali.

Keith menyentuh dagu sendiri, membuat gaya seperti orang sedang berfikir.

"Tak silap kembar dekat Canada dengan Rusia kut, Faiq takda syarikat" kata Keith lagi.

Lucia mengangkat keningnya pelik.

"Faiq takda? Kenapa dia sorang takda?" soal Lucia.

Keith mengangguk kepalanya perlahan.

"Aah dia takda. Sebab dia kerja under Ray, Ray sentiasa perlukan khidmat hacker dia tu, so dia kenalah ikut kemana-mana Ray pergi. Dah macam saka Ray dah i tengok. Hahaha..." kata Keith sambil tergelak kecil.

Namun Lucia hanya memberikan pandangan kosong. Apa yang lawaknya tak tahulah.

Keith berdehem kecil, bangunan shopping complex disebelah kanannya pula dipandang.

"Yang tu pulak, oleh kerana rumah ni terletak atas bukit dan sedikit jauh ke dalam hutan. Jadi Ayyan nak mudahkan pekerja-pekerja dalam rumah ni beli barang apa apa yang patut. Jadi tak perlulah diorang asyik nak keluar masuk hutan untuk beli barang dapur or barang keperluan diorang. Lagipun kediaman Mikayla perlu disorok daripada pengetahuan umum. Kalau musuh kitaorang tahu susah. So untuk menggelakkan pekerja rumah ni dibunuh secara kejam atau kena culik tak tentu pasal, Ayyan buatlah mall sebelah rumah tu. Even dekat dalam map dunia pun you takkan jumpa tempat ni, sebab Faiq dah padamkan".

"Macam besar sangat rahsianya tu. So, pernah ke?" Soal Lucia lagi.

Keith tayang muka pelik.

"Pernah apa?" Soal Keith semula.

"Pernah ke pembantu rumah ni kena bunuh atau kena culik dengan musuh korang?" Soal Lucia mendatar.

Keith tersenyum kelat. Memang pernah, kalau tak takkanlah Rayyan buat semua tu. Dia tu dahlah yang paling kedekut sekali nak keluarkan duit dia.

"Eh jom lah masuk Ayyan dari tadi dah tunggu dekat dalam. Nanti memekak pulak dia tu" jawab Keith tenang.

Keith terus jalan meninggalkan Lucia di belakang dengan soalan yang tidak berbalas.

Lucia mengeluh perlahan, bagaikan tahu jawapan daripada soalannya itu.

Kemudian dia juga turut melangkah membuntuti Keith.

Masuk sahaja ke dalam kapal terbang itu , Lucia ternampak Rayyan sedang berbaring di salah satu katil yang berada dalam pesawat itu.

Lengan baju Keith ditarik, namun baru sahaja dia ingin membuka mulut, Keith pantas mencelah.

"Mesti you nak tanya kenapa ada katil dalam pesawat ni kan?" Soal Keith.

Lucia mengangguk laju. Keith tergelak lagi. Kemudian jarinya ditunjuk ke arah Rayyan.

"Tanya dia lah, ni kan kapal terbang dia. Cuba lah you tengok-tengok sekeliling dekat dalam ni, kut-kut you terjumpa berlian tak pun machine gun" habis berkata sedemikian, Keith terus duduk di salah satu kerusi yang berada disitu.

Macam tak layak nak dipanggil kerusi sebenarnya, layak dipanggil sofa. Dengan kain baldunya lagi. Fuh.

"Harap tak jumpa bom je, tak pasal pasal mati katak kita semua..." bisik Lucia sendiri.

Lucia mengambil tempat di sebelah tempat duduk Keith. Selang beberapa saat, dia menoleh ke arah belakang, melihat Rayyan.

Jejaka itu menutupi sebahagian daripada mukanya menggunakan lengan.

Tengah tidur nampak tenang je raut wajah jejaka itu. Macam kucing comel. Tapi bila dah terjaga serupa macam babi. Babi pun lebih comel.

Lucia menggelengkan kepalanya.

"Ayyan sakit ke?" Bisik Lucia perlahan ke arah Keith.

Keith tersenyum .

"Care jugak eh you dekat dia" sakat Keith smabil mulut tersenyum senget.

"Mana ada care, saja je tanya. Dia kan boss i. Kalau dia bukan boss i, dia mati pun i tak kisahlah!" Lucia cuba menutup malunya sendiri, terus dia memandang ke arah luar tingkap. Eee bencilah macam ni!

"Hahaha i gurau jelah" balas Keith sebelum tergelak halus.

"Dia okay je, adalah tu benda yang dia tengah pikir. Biarkan je dia" sambung Keith lagi.

Kemudian Keith membuka laptopnya dan diletakkan di atas meja kecil yang berada di setiap tempat duduk.

Lucia hanya diam, di fikirannya terbayang saat-saat ketika Rayyan bersama dengan abangnya suatu ketika dahulu.

'Agak agak kalau abang Lucas ada dekat sini, dia buat apa?' Lucia bermonolog, Kemudian dia tersenyum sendiri. 'Sah sah diorang akan bertekak je setiap masa' .

Sekali lagi dia menoleh ke belakang melihat jejaka itu.

13 tahun yang lepas / Spain

"Jom lepak rumah aku lepas habis kelas" satu tangan elok melingkar atas bahu Rayyan.

Rayyan memandang wajah Lucas yang putih bersih itu dengan muka poker dia.

Tangan jejaka itu ditepis dari bahunya.

"Nak buat apa?" Soal Rayyan malas .

"Alah jom lah, sekali sekala lepak rumah aku, selalunya lepak rumah kau je. Lagipun aku nak tunjuk satu benda dekat kau ni, hasil ciptaan aku" balas Lucas lagi.

"Hmm tengok lah macam mana, aku bagi tahu abang aku dulu" jawab Rayyan.

Telefon dalam poket diambil , pantas dia mendail nombor telefon Ray. Butang loudspeaker ditekan.

"Hello ... Ray, Lucas ajak aku datang rumah dia lepas habis class. Boleh tak?" belum sempat Ray berkata apa-apa, Lucas terlebih dahulu merampas telefon itu dari genggaman Rayyan.

"Boleh lah Ray ...tau tau aku pinjam adik kau sekejap je...boleh kan? Nanti aku pulang lah balik... Please..." rayu Lucas bersama muka yang dibuat buat comel. Bajet nampak je si Ray tu.

Rayyan sudah tayang muka menyampah tengok Lucas merayu-rayu macam tu. Kalau dia merayu dekat aku macam tu, dah lama kena sepak. Nafas dilepas panjang.

Beberapa saat selepas itu terdengar gelakkan dari hujung talian.

"Kau nak ambik dia terus pun boleh Lucas, jangan pulang kan dia balik. Okaylah aku tengah ada class ni. Bye" talian dimatikan.

Lucas tersenyum suka . Yes. Green light. Manakala Rayyan pula sudah mengeluh berat.

Rayyan memerhatikan rumah berkonsepkan jepun di hadapannya ini. Hmm takdalah besar mana. Rumah dia dekat France tu lagi berganda ganda besar.

"Sila-sila , tak payah nak malu malu" pelawa Lucas penuh sopan .

Rayyan menanggalkan kasut adidasnya yang harga mencecah ribuan ringgit itu.

"Memang tak malu pun , aku nak air matcha Frappe okay" order Rayyan dengan muka selamba.

Kasutnya disusun elok di dalam rak.

Lucas tergelak kecil.

"Kau pikir rumah aku ni starbuck ke bodoh!" Jawab Lucas bersama gelakan halus.

Selepas mendapat air yang dipesan tadi, Lucas membawa Rayyan memasuki satu bilik yang berada jauh terletak di belakang rumahnya itu. Bilik itu sedikit tersorok dan terpencil.

"Hah. Apahal kau bawak aku kesini? Sunyi je tempat ni. Kau nak rogol aku eh?" tanya Rayyan selamba.

Lucas mengetuk kepala jejaka itu.

"Eh si babi ni, mulut longkang betul! Takda kerja aku nak rogol kau. Banyak lagi perempuan atas muka bumi ni. Eee tak selera aku tengok muka jambu kau tu. Daripada aku rogol kau baik aku rogol monyet!" Balas Lucas sedikit bengang.

Rayyan hanya beriak selamba.

"Aku cakap je" kata Rayyan mendatar.

Suis lampu ditekan.

"Inilah yang aku nak tunjuk dekat kau".

Lucas melangkah ke arah sebuah meja besi yang berada di tengah-tengah bilik itu sebelum diikuti oleh Rayyan.

"Wow apa ni" ucap Rayyan teruja.

Terus dia membelek objek yang berada di atas meja itu tanpa segan silu.

"Ini lah yang aku tengah buat sekarang ni. Ini model untuk...woi jangan tekan tekan sebarangan"

Model itu terus dirampas daripada tangan Rayyan. Ini jangan dibuat main. Ada jugak yang meletup semua bangunan dekat sini nanti.

Rayyan mencebik tak puas hati.

"Asal?"

"Benda ni tak stabil lagi , kalau meletup macam mana?" Jawab Lucas mendatar, objek itu dibelek dengan berhati-hati.

"Siapa buat benda ni?" Soal Rayyan sambil menghirup air yang dibawa bersamanya tadi masuk ke dalam bililk itu. Punggungnya dilabuhkan di salah satu sofa yang berada dalam bilik.

"Adik perempuan aku dengan aku" balas Lucas mendatar.

"Kau ada adik? Perempuan?" Soal Rayyan pelik. Sudah tiga tahun berkawan. Inilah first time dia tahu Lucas ada adik perempuan, sebelum - sebelum ni dia tak ambik menahu pun pasal hidup orang lain.

"Ada. Nama dia Lucia, sebaya kita" balas Lucas lagi.

"Ouh kau ada kembar perempuan, Cantik tak?" Soal Rayyan sambil membuat muka gatal.

Terus kepala Rayyan diliku oleh Lucas.

"Kau jangan nak menggatal eh! Aku tak nak kau jadi adik ipar aku, hancur hidup adik aku nanti" marah Lucas.

Rayyan tergelak besar .

"Takdanya, aku pun tak hingin nak adik kau. Mesti muka dia pun ala ala muka kau je, copy paste macam Zen dengan Zariq . Fuh seram" Rayyan berpeluk tubuh . Dalam kepalanya sudah terbayang muka Lucas versi perempuan. Berjalan penuh lengguk badan sambil berkata ' hi abang kacak'.

"Kepala otak kau! Adik aku lawa okay" ujar Lucas bengang.

Rayyan tergelak halus.

"Haha, yelah tu, kau suruh aku datang sini sebab nak tunjuk natang ni je ke?" Soal Rayyan semula.

"Takda lah setakat nak tunjuk, kau tak boleh tolong aku ke? Benda ni tak stabil lagi lah"

"Ni natang apa sebenarnya?"

"Ni bom yang boleh dikawal dari jarak jauh"

"Maksudnya?"

"Bom selalunya kena set masa dia dulu kan? So, kau active kan dia ikut masa yang ditetapkan even kau jarak jauh sekalipun, tekan button and.... BOM!. Tapi bom aku ni. Aku boleh set kan masa bom tu walaupun dari jarak jauh" terang Lucas.

"Contohnya?" Soal Rayyan lagi.

Lucas mengeluh perlahan. Payah nak cakap dengan budak bengap.

"Contoh aku letak bom ni dekat satu bangunan syarikat abang kau yang dekat France tu, aku letak tapi tak set masa. Aku dekat sini boleh set kan masa bila dia nak letup dan aktifkan bom tu".

"Wah, macam best je! Jom try letupkan syarikat abang aku tu betul-betul nak tak?" Teruja Rayyan.

"Kepala kau! Mengamuk abang kau nanti! Aku cakap contoh je bebal!" Marah Lucas.

Rayyan tayang muka hampa.

"So, aku nak tolong apa nya, aku bukan reti pun bab bab ni. Adik aku retilah, Si Avery tu. Dia pandai kalau bab- bab bom ni. Sebab masa kecik-kecik dulu pengawal Ked dah ajar dia buat benda-benda macam ni...jap aku try call dia" telefon dalam kocek diambil. Nombor Avery pantas didail. Butang loudspeaker ditekan.

Sesaat kemudian panggilan itu diangkat.

"Hello, adik pungut yang paling ku kasihi. Busy tak?" Tanya Rayyan selamba .

Lucas menepuk dahinya sendiri, kalau dia jadi adik Rayyan dah lama dia makikan Si Rayyan ni.

"Busy lah jugak, tengah gali kubur abang ni. Biar senang sikit nak tanam. Nak apa?" Balas Avery dengan ayat yang cukup 'manja' .

Rayyan tergelak, adik aku ni ada bakat nak jadi pelawak lah. Comel sungguh!

"Ni hah kawan aku, Lucas. Dia nak minta tolong sikit, kau kan terrer cipta-cipta benda haram ni so kawan aku nak minta tolong tengokkan kejap bom yang dia buat".

"Jadah kau haram!" Marah Avery.

Rayyan sudah membuat muka pelik. Buat bom halal ke? Bingung gue.

"Kejap, aku send gambar..." Rayyan terus  mengambil gambar bom yang berada di tangan Lucas sebelum dihantarkan kepada nombor adiknya itu.

"Hah dapat tak?" Soal Rayyan lagi.

"Wah hensemnya kawan kau, ngah. Nanti bagi nombor aku dekat dia tau".

Rayyan menjulingkan matanya .

"Woi,woi... Kau takyah nak menggatal ye dik! Orang suruh tengok bom tu, bukan tukang buat bom" ugut Rayyan bernada tegas.

Avery berdecit."Dah tengok lah, dah tu apa masalahnya?" Soal gadis itu semula.

Rayyan berkerut memandang Lucas.

"Entah kau, apa masalahnya?" Rayyan menyoal Lucas pula.

Lucas menggaru kepalanya, mulut mengukir senyuman hambar."Macam mana nak bagi dia kecik? Pastu macam mana nak setting sikit komponen dalam dia supaya boleh tahan lebih bertahun even belum di aktifkan"

"Hah dengar tak tu dik? Dia tanya macam mana nak bagi bom tu kecik. Entah dia nak sumbat dalam mulut siapa tah bom tu" balas Rayyan mendatar.

"Ouh , kena tengok dululah komponen bom tu macam mana. Hurm minggu depan adik ada pertandingan memanah dekat sana, nanti adik singgah lah kejap. Abang mesej je alamat rumah Abang Lucas tu".

"Okay, bye anak pungut" terus Rayyan memutuskan talian itu selamba.

Wajah Lucas dipandang "Adik aku kata minggu depan dia ada turun Spain sebab pertandingan apatah, nanti dia singgah sini" ucap Rayyan kepada Lucas.

"Ouh okaylah macam tu. Minggu depan dia datang dik, nanti adik tanyalah dia apa-apa" jawab Lucas sambil memandang ke arah Rayyan.

Rayyan sudah membuat muka pelik. Apahal dia ni?

"Sejak bila mak aku ada scandel dengan bapak kau?" Soal Rayyan selamba. Air yang berada di tangannya dihirup perlahan.

"Hah?" Lucas buat muka pelik.

"Kau panggil aku adik tadi!" Giliran Rayyan pula buat muka pelik.

"Kepala otak kau! Aku cakap dengan adik aku lah gila!" Balas Lucas semula.

"Hah? Adik kau? Mananya?" Soal Rayyan keliru.

Rayyan sudah bingung, daripada tadi hanya mereka berdua sahaja yang masuk ke dalam bilik suram tu. Takkan lah bilik ni berhantu kut. Rayyan mengusap bulu romanya yang sedikit meremang.

"Haha apa kau merepek ni Rayyan. Dari tadi dia ada dekat belakang kau tu" jari telunjuknya ditunjuk ke arah Rayyan atau lebih tepat ke arah belakang Rayyan.

Rayyan menelan air liurnya kesat.

Lambat -lambat Rayyan memusingkan badannya sebelum.

"ARGHHHH!".

Lucia tergelak perlahan, kelakar pula kalau teringat semula kisah dulu abangnya dengan Rayyan. Sehari tak bertekak memang tak sah.

Kemudian dia menoleh ke hadapan semula, namun dia terpandang muka Keith yang sedang tepat merenung ke arahnya.

Errrrr.

Kantoi ke yang dia usha Rayyan daripada tadi?

"Yang you senyum sorang-sorang tu dah kenapa?" Soal Keith mendatat. Gila ke minah ni?

Kemudian Keith menoleh pula ke arah belakang , untuk melihat yang yang Lucia senyumkan daripada tadi. Tetapi yang dia nampak cuma seekor setan yang tengah tidur. Jadi apa yang kelakarnya?

Muka Lucia mula terasa membahang. Eee sibuk lah Keith ni! Dia berdehem kecil.

"Takda apa, i teringat benda kelakar"

Beberapa saat selepas itu terdengar pengumuman daripada kapten kapal terbang untuk berlepas. Lucia memandang wajah Keith di sisinya. "Ouh ya, yang dekat US ni syarikat you punya ke Keith?".

"Aah" balas Keith sepatah. Mata masih fokus ke arah laptop di hadapannya.

"GNW tu singkatan bagi apa?" Soal Lucia lagi.

"GNW tu maksudnya Gun and Weapon " jawab Keith Lagi.

"Seriously? lah i ingatkan semua syarikat korang buat brand sama macam dekat sini punya".

Keith menggeleng . "Takdalah, semua lain lain. I punya kebanyakkannya pasal buat-buat senjata, bom, missile. Avery punya i tak ingat. Abang you punya, Si Xavier tu syarikat dia menghasilkan barang macam drug, chemical atau machine baru dalam bidang perubatan. Si kembar tu pulak entah lah selalu tukar- tukar, i pun dah lupa diorang buat apa sekarang, kereta kut. Rayyan punya syarikat pula ialah aerospace manufacturer".

Lucia sudah terganga. "Serious lah!" Balas Lucia tak percaya.

"Yup, company dia buat kapal terbang, jet pejuang, lagi apatah dah lupa banyak sangat. Tapi selalunya dia takda pun dekat syarikat dia tu. Dia melekat dekat sini tolong Ray punya syarikat. Hmm takdalah tolong mana pun. Macam yang you tengoklah. Kerja dia tidur. Main main. Pastu tak masuk meeting"

"Woi elok sikit eh! Aku tolong okay!" jerit Rayyan dari tempatnya.

Lucia dan Keith pantas menoleh ke arah belakang. "Lah dah terjaga dah..." ucap Keith mendatar.

Rayyan bangun, kemudian duduk di bahagian kiri Keith.

"Mana tak terjaga, kalau ada orang tenung aku macam nak rogol. Seram tahu tak! Macam kena cabul guna mata" balas Rayyan selamba.

Keith tergelak, muka Lucia sudah membahang merah. Gila! Ingatkan dia tidur daripada tadi.

"Jangan nak perasanlah! Orang tak pandang dia pun" kata Lucia geram.

Rayyan pandang Lucia sebelum bibirnya tersenyum senget.

"Ada aku sebut nama kau ke? Ke memang kau yang tenung aku macam nak 'rogol' tu?" Soal Rayyan semula dengan mulut yang tersenyum mengejek.

Lucia mengetap giginya geram. Sumpah dia rasa macam nak tolak je Si Rayyan ni keluar tingkap sekarang. Boss tak boss belakang kira.

Terus dia menutup matanya rapat. Tidur lagi eloklah dari melayan monyet ni! Buat sakit hati je.

Keith hanya tersenyum memerhatikan gelagat mereka berdua. Macam budak-budak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience