Bab 54

Action Series 39599

"Aduh... Aduh! sayang sakit sayang!" Jerit Louis dengan muka yang berkerut menahan perit. Telinga yang sedang dipiat oleh Khayra ditepuk tepuk.

"Awak janji apa haritu? Hah! Awak janji apa haritu dengan saya!" Kata Khayra. Tangan makin kuat memicit telinga suaminya.

"Aduh! Abistu takkan saya nak biar je diorang semua! Diorang dah kacau adik adik saya" bidas Louis laju.

Telinga Louis dilepaskan. Khayra menyilangkan kedua tangannya ke dada.

"Kenapa mesti awak? Biarlah yang lain buat, awak dah janji dengan sayakan haritu?" kata Khayra mendatar. Mata tajam merenung mata merah Louis.

"Yang lain lambat sampai, apa pilihan yang saya ada" balas Louis semula. Telinganya digosok. Pergh pedih siot. Macam nak putus.

"Now what? Macam mana kalau benda ni jadi kes besar" tanya Khayra semula. Wajah mereka semua yang ada dalam biliknya itu dipandang satu persatu. Rayyan dan Avery berada di atas katil masih lagi tidak sedarkan diri. Lucia pula setia di sisi Rayyan.

Xavier dengan Hanz sahaja yang tiada di dalam bilik itu. Mereka sedang menyiapkan antidote untuk Rayyan.

"Pandai pandai lah nanti Faiq dengan yang lain uruskan" balas Louis lagi.

"Apa awak kata! Awak dah sedap sedap bunuh pastu nak suruh orang lain yang pulak uruskan!" marah Khayra. Matanya dijengilkan.

"Ray tolong aku Ray, bini kau mengamuk ni" kata Louis.

"Awak jangan mengada nak lari! Ray takda kena mengena langsung dengan hal ni!"

Yang lain hanya diam menikus. Bini ketua dah mengamuk. Apa boleh buat.

Louis memandang ke lantai. "Alah sorry lah, saya janji tak buat lagi" kata Louis perlahan. Kedua jari telunjuk dilagakan beberapa kali. Mulutnya dikembungkan meminta simpati.

"Janji janji lepas tu tak buat..." balas Khayra. Mata menjeling tajam.

"Iya kalini janji betul... Betul betul punya. Tak tipu. Tau sayang tau... Sorry lah" pujuk Louis lagi.

"Hmm yelah..." balas Khayra malas.

Louis tersengih sebelum melangkah ke arah Khayra. Badan isterinya itu dipeluk manja. "Jangan marah marah lagi tau, tatut lah tite tenok awak mayah mayah tite macam ni" pujuk Louis dengan mulut yang tersengih sengih. Kemudian pipi Khayra dicium bertubi- tubi.

Mereka yang lain masing-masing sudah tercengang. Seriuslah ni Louis ? Kena sampuk setan ke apa dia ni?

Khayra melepaskan nafas panjang. Wajah Faiq, Keith dan si kembar pula dipandang.

"Uruskan hal ni. Jangan sampai keluarga kita kena saman or kena tangkap. I taknak dengar ada apa apa aduan sekalipun tentang kematian anak anak tengku tu" arah Khayra mendatar.

"Orait" balas Keith, Faiq dan kembar serentak.

Selang beberapa jam Xavier masuk ke dalam bilik Khayra dan Ray. Avery sudah pun sedar 2 jam yang lalu. Alicia dan Rachel pula dijaga oleh Zariq dan Zen. Manakala Faiq dan Keith sibuk menguruskan mayat mayat anak tengkujuh yang berada dalam bilik Avery.

Xavier melangkah ke arah katil sebelum baju lengan Rayyan diselak hingga ke siku. Perlahan-lahan jarum disuntik masuk ke dalam kulit.

Selang beberapa saat Rayyan membuka matanya luas. Dia terjaga secara mengejut. Nafas ditarik. Terasa macam kena campak roh masuk dalam badan.

"Fuck! Sakit sial badan aku" kata Rayyan kuat. Badannya terasa seperti dibakar atas api. Jantungnya berdetak laju.

"Awak! Nasib baik awak dah sedar. Awak okay?" soal Lucia prihatin. Tangan Rayyan digenggam.

"Okay,..." balas Rayyan sebelum wajah Xavier dipandang.

"Kau bagi aku antidote apa ni bro? Macam makin sakit je badan aku" tanya Rayyan mendatar.

"Memang, dua tiga hari ni kau memang akan rasa macam tu, sebab kesan ubat tu untuk cuci dadah dalam badan kau" jelas Xavier mendatar.

"Kau yakin ke kalini berjaya?"

"Kali ni aku yakin seratus peratus"

Rayyan memandang wajah Lucia. Mata mereka bertentangan lama sebelum Rayyan memeluk erat badan isterinya itu.

"Thank god you're safe, awak tahu tak betapa marahnya aku bila nampak keadaan kau dekat atas katil dengan keadaan berikat. Dikelilingi oleh lima ekor binatang yang tak hensem, miskin pulak tu" kata Rayyan dalam pelukan. Muka dibenamkan ke bahu Lucia.

Lucia tergelak kecil mendengar bebelan Rayyan.

"Saya minta maaf sebab tak pandai jaga diri..."

"Nope...thanks sebab cuba untuk selamatkan adik aku, tapi lepas ni jangan buat macam tu lagi. Apa apa hal panggil aku dulu" pelukan dilepaskan. Dahi Lucia yang sudah dijahit dengan 4 jahitan dibelek lembut.

"Sakit?" soal Rayyan perlahan.

Lucia mengangguk. Mukanya dicebikkan.

"Alaaa siannya dia, meh sini aku hilangkan sakit tu" dahi Lucia dicium lama sebelum mereka sama sama tergelak.

"Ehem... Lama lagi ke nak sweet sweet depan kitaorang ni?" soal Ray yang sedang melihat aksi kebahagiaan suami isteri dihadapannya.

"Lama lagi rasanya ni. Sebab lepasni nak start buat benda lain pulak" balas Rayyan selamba. Muka Ray dipandang dengan wajah yang bersahaja.

Khayra dan Lucia sudah membulat mata mendengar bicara Rayyan. Dia ni memang tak reti nak tapis mulut betul.

"Sorry lah sebab terpaksa ganggu sweet moment korang. Lepas ni aku nak korang semua pack pack barang. Petang ni juga kita balik lepas Keith dengan Faiq uruskan mayat mayat dekat sebelah tu" arah Ray mendatar.

"Alaaaa takkan dah nak balik. Aku tak sempat buat apa apa lagi dekat bini aku" balas Rayyan dengan muka yang cemberut.

Lucia pantas menepuk lengan Rayyan. "Mulut tu jaga eh, nak tidur luar ke?" ugut Lucia. Rayyan tersengih macam kerang busuk.

"Bukan balik France. Kita pergi Filipina. Tak boleh stay sini sebab nanti karang jadi kes pulak pasal anak tengku yang kau bunuh tu. So better kita pindah tempat"

"Ewah cakap macam aku sorang je yang bunuh diorang. Kau pun terlibat okay" bantah Rayyan laju.

"Louis yang bunuh, bukan aku" kata Ray selamba.

"Tapi cap jari tetap kau punya. Bluwekk" ejek Rayyan.

Ray terdiam. Ada betul jugak kata Rayyan.

"Kita akan pergi Filipina ke bang?" tanya Khayra di sebelah Ray.

"Iya, Xavier nanti kau kemas barang barang kau bawak pergi airport dulu. Bagi tahu dekat Hanz sekali. Budak budak yang lain aku dah inform" kata Ray yang sudah memandang ke arah jejaka beku yang masih kekal berdiri di sebelah katil.

Xavier mengangguk sedikit sebelum dia terus sahaja melangkah ke arah pintu.

Rayyan dan Lucia hanya memerhati sahaja dari ekor mata pintu yang sudah tertutup rapat.

Kemudian wajah Lucia dipandang semula.

"Jom buat baby made in Filipina" kata Rayyan selamba. Mulut terukir senyuman nakal.

"Rayyan!" kata Khayra dan Lucia serentak. Rayyan sudah ketawa terbahak-bahak.

Ray hanya menggelengkan kepala.

Mereka semua tiba di Fillipina tepat jam 9 malam. Beg masing-masing disorong masuk ke dalam pintu masuk Hotel Royal Grand Mikayla.

"Dengar sini eh. Aku taknak apa apa pun yang jadi dekat sini. Sekali lagi aku dengar berlaku pembunuhan sana sini memang terus kita semua balik France time tu jugak. Aku tak kira" tegur Ray tegas kepada mereka semua. Alicia dan Rachel berada dalam dukungan.

Rayyan mengulingkan mata. Hak alah relax lah. Haritu tak sengaja.

Selesai sahaja meletakkan beg pakaian ke dalam bilik masing-masing mereka semua disuruh berkumpul semula di lobi untuk pergi ke night market.

Rayyan dan Lucia yang duduk di sofa lobi hanya memerhatikan Keith dan Avery yang baru keluar dari dalam perut lift.

"Yow, mana yang lain?" tanya Keith yang sudah melangkah mendekati Rayyan. Kedua tangan elok terletak dalam kocek.

"Biasalah berjanji dengan anjing memang macam ni" balas Rayyan selamba. Badannya disandarkan pada sofa. Nafas dikeluh panjang.

Keith mula mengambil tempat di sebelah Rayyan.

Avery pula mengambil tempat di sebelah sofa Lucia.

"Terima kasih tau kak sebab cuba selamatkan Av semalam" kata Avery mendatar. Mata teralih pada dahi Lucia yang sudah berjahit.

"It's okay, tak sakit pun" balas Lucia sambil mulut tersenyum manis.

"Yok lah tu tak sakit, Xavier kata awak nangis masa kena jahit dekat dahi tu" celah Rayyan yang elok sedang merenung isterinya di sebelah.

Lucia menayang muka beku.

"Saya nak pergi beli air kejap" kata Lucia sebelum dia bangun dan terus melangkah ke arah lounge bar yang berada di bahagian kanan lobi.

Rayyan hanya memerhati isterinya itu dari ekor mata.

"Hi guys, boleh tak kalau kitaorang duduk sekali dekat sini" tegur satu suara lunak di hadapan mereka.

Rayyan, Keith dan Avery pantas menoleh ke hadapan. Dua orang perempuan yang berpakaian agak seksi sudah mengambil tempat betul betul di hadapan sofa mereka bertiga.

"Fuck, jangan nak buat drama lagi boleh tak? Bila masanya aku nak main dengan bini aku kalau dah mana mana tempat ada anjing kacau macam ni" bisik Rayyan sendiri. Mukanya diraup kasar.

Avery sudah merenung tajam gadis di hadapan mereka. Keith pula hanya beriak selamba.

Dua gadis itu sudah tergelak gelak manja apabila terperasan Rayyan dan Keith memandang mereka.

"You guys pelancong ke? Ni nak pergi ke mana malam malam ni?" tanya seorang gadis yang berambut pendek.

"Kita orang teman boleh?" celah gadis di sebelahnya pula.

"Kitaorang ni nak pergi neraka, nak ikut ke?" sindir Avery pedas. Mata tajam merenung dua perempuan itu. Menggeletis macam tak pernah nampak jantan.

Gadis itu tergelak gedik.

"Oi! " panggil Lucia yang sudah melangkah ke arah sofa. Pistol diacu pada dua orang gadis di hadapan Rayyan. Sebelah tangan lagi memegang secawan air kopi ais.

"That killer is mine. Touch him, you die" kata Lucia kasar.

Rayyan tersenyum lebar. That my girl babe.

Cepat cepat dua gadis itu melangkah pergi apabila melihat Lucia mengacu pistol ke arahnya. Masing masing tayang muka cuak.

Lucia dengan selamba duduk di sebelah Rayyan.

"I taknak ada apa apa lagi drama yang jadi dekat sini" bicara Lucia mendatar. Air kopi disedut seperti tiada apa apa yang berlaku.

Keith dan Avery hanya tersenyum. Nak tergelak pun ada tengok muka cuak dua perempuan tadi.

"You ni sexy lah" bisik Rayyan perlahan.

"Isteri you kan, of course kena seksi" balas Lucia semula. Kemudian mereka sama sama tergelak.

Tak lama selepas itu mereka yang lain tiba di lobi.

"Sorry lah lambat, anak anak aku meragam tadi" kata Ray membuat alasan. Khayra berada di sebelah mendukung Alicia. Rachel berada dalam dukungan Hanz.

Xavier dan kembar datang bersama Faiq.

"Dah jom gerak, makin lambat makin banyak pulak bala yang datang nanti" kata Rayyan sebelum kaki terus melangkah pergi. Tangan Lucia dipegang erat. Sangat erat sebelum tangan itu dikucup penuh kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience