Happy reading guys.
Warning! Buku ni penuh dengan makian dan carutan yang melampau. Sesiapa yang rasa tak boleh tahan carutan jangan baca buku ni.
______________________________________
Hi nama aku Rayyan, tapi kebanyakkannya orang panggil aku Ayyan. Dalam dunia ni hanya beberapa sahaja yang panggil aku Rayyan antaranya, Louis. Tapi dia dah takda... Hmmm dah mampus. Padan muka, aku tak nak cerita pasal si bodoh tu dekat sini. Sebab ini buku aku.
So berbalik kepada tadi, aku tak kisah korang nak panggil aku apa. Si kacak boleh, si hensem boleh, your man pun boleh. Eh! Tiber.
Dan seperti yang korang tahu, aku still single dan available. Bukan apa. Aku masih menunggu bidadari aku jatuh dari langit. Macam mana nak buat dia jatuh? Bila - bila masa nanti aku tembak lah sayap dia biar jatuh tergolek - golek masuk loji. Pastu aku boleh join berenang dalam loji tu dengan dia.
Pfttt Hahahahaha!
Siapa kata aku nak kahwin? Aku happy hidup single. Perempuan ni cuma tahu menyemak dan menyusahkan hidup aku je. Itu tak kena ini tak kena. Cukup lah aku dah ada adik aku dengan akak ipar aku yang sentiasa melekat dengan aku .
Itu pun dah tak terlayan. Lagipun aku memang benci perempuan. Kenapa? Kalau kau tak tahu maksudnya kau tak baca lagi buku pertama. Jadi kau tak payah nak banyak bunyi pulak dekat buku aku.
Ouh tapi kalau kau tanya apa taste aku! Aku nak perempuan macam akak ipar aku. Tak kuat membebel. Cantik dan pandai memasak. Ouh ya tambah lagi satu kalau boleh aku nak dia bisu. Senang sikit hidup aku. Tak adalah tiap hari aku nak kena hadap bebelan-bebelan yang tak mengenal erti penghujung.
Sudah 2 tahun berlalu sejak akak ipar aku melahirnya dua anak babun yang comel, kini umur aku dah beranjak ke 26 tahun. Aku benci jadi tua. Orang tua ni kuat membebel. Kau tengok jelah macam mana abang aku membebel. Macam bontot ayam. Lagi lagi pasal hal kahwin aku. Gelabah macam dia pulak yang tak laku. Kalau aku culik bini dia tu karang, baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.
Damn! Apa benda aku merepek sorang sorang ni? Dah lah bye.
Pintu bilik dibuka dari dalam, Rayyan melangkah keluar dari biliknya dengan memakai jaket kulit hitam berserta seluar sendat hitam. Baju nipis di dalam jaket juga berwarna hitam. Black guy in your area!
Kunci keretanya dipusing-pusingkan di jari tangan sambil mulut bersiul perlahan. Rumah ni semakin lama semakin sunyi sejak-sejak abang dan akak iparnya berpindah keluar ke rumah sendiri. Bosan. Tiada siapa yang hendak dinyakat. Nanti-nanti nak singgahlah rumah diorang. Boleh main tembak-tembak dengan Alicia dan Rachel.
Lintas sahaja di ruang tamu, Rayyan terserempak dengan Keith yang sedang menonton television.
"Nak kemana pulak kau malam-malam macam ni?" Soal Keith apabila melihat Rayyan yang sudah melangkah ke arah pintu utama.
"Jalan jalan kejap. Makan angin. Bosan lah duduk rumah" balas Rayyan mendatar. Security lock pintu dibuka menggunakan cap jari dan scan matanya.
"Nak aku temankan tak?" Laung Keith kuat apabila Rayyan sudah semakin menjauh.
"Tak payah, kau pikir aku ni pondan ke nak teman-teman!" Pintu rumah tertutup rapat.
Keith mengelengkan kepala. Ada-ada saja tau Si Rayyan ni. Dia nak keluar tu adalah tu dia nak cari pasal. Budak tu mana reti duduk diam. Sehari tak buat hal memang tak sahlah senang cerita. Lagi- lagi bila abangnya sudah tidak duduk bersama mereka. Perangai semakin menjadi-jadi.
Enjin kereta Buggati Chiron hitam miliknya dihidupkan. Cermin mata dipakai sambil melihat ke arah cermin sisi kereta. Fuh hensem. Cukup pakej untuk buat semua wanita jatuh sujud melutut melihat dirinya. Setelah puas membelek - belek mukanya sendiri, kereta itu dipandu keluar dari perkarangan rumah.
Puas Rayyan meneroka pusat bandar itu. Dibelok ke sana ke mari seperti tiada arah tujuan. Memang dia tiada arah tujuan pun. Niat di hati sengaja hendak bersiar-siar makan angin. Asyik terperap je dalam rumah tu. Kau pikir aku ni ikan masin ke nak perap perap?
Setelah beberapa minit memandu, mata Rayyan tertancap pada satu bangunan gah yang penuh dengan lampu-lampu yang menyilaukan mata di hadapannya. Wow club malam. Yes. Boleh singgah.
Setelah kereta dipakir, enjin dimatikan.
Rayyan membuka pintu keretanya sebelum kaki terus melangkah laju ke arah bangunan tadi dengan kedua tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Baru sahaja dia ingin masuk bangunan itu, seorang pengawal bersuit hitam menghalang laluannya dengan tangan yang memegang selaras shotgun. 'Pftt bangang. Pikir aku takut dengan shotgun kau? Entah tahu guna ke tak tu.'
"Why sir?" Soal Rayyan pura-pura bertanya ke arah pengawal itu. Mukanya dibekukan.
"You cannot enter this club tonight Sir. Already full booking" jawab pengawal itu tegas. Mukanya hitam legam. Ini dah boleh ganti pelakon cerita Man so black. Eh Man in black ni.
"Yeah! I one of the customer!" Tipu Rayyan tenang. Suaranya dikuatkan. Supaya dapat didengari oleh pengawal itu.
Jarang club malam sunyi sepi macam dekat tanah kubur. Betul tak?
Tangan sudah memegang pintu masuk. Namun lelaki tadi masih berkeras menghalang laluan Rayyan.
"May i know your name sir?" Soal pengawal itu lagi.
Rayyan sudah membuat muka menyampah. Banyak bunyi pulak si bodoh ni. Acah-acah lah.
"My name? It's madefaker!" Lantas mata pengawal itu dicucuk kuat sebelum kaki diangkat tinggi dan dipusingkan 360 darjah, diakhiri pula dengan tapak kaki yang menghingap ke muka pengawal itu.
"Remember that name, well" tangan dikibas beberapa kali.
Tubuh pengawal yang sudah tidak sedarkan diri itu dipandang sekilas. 'Mak ai. Ni baru kena sepak sekali dah pengsan. Baik takpayah jadi pengawal macam ni. Memalukan je'
"Ey uww bodohnya anjing ni buat kerja. Siapalah yang terima pekerja macam kau ni" bebel Rayyan sorang-sorang.
Pintu kelab malam itu ditarik sebelum kaki terus melangkah masuk ke dalam. Lagu yang terbuka di dalam kelab itu sangat kuat macam boleh pecah gegendang telinga. Kuat nak mampus.
Aik kosong je club ni, mana setan-setan semua? Jadi malaikat dah ke?
Kaki melangkah ke bahagian bar air di sudut sebelah kanan.
"Hey man! Wassup!" Tegur Rayyan selamba ke arah seorang bartender lelaki yang bekerja disitu. Tangan diangkat tinggi.
Bartender itu memandang Rayyan pelik. Keningnya bertaut. Siapa pulak yang menegur dia ni.
"I thought this club already book for tonight" ucap lelaki itu.
"Ouh yeah, booking for what?" Selamba Rayyan mengorek rahsia.
Bartender itu mendekatkan jarak antara dirinya dengan Rayyan untuk berbisik. Melawan bunyi lagu kuat yang membingitkan telinga.
"Tonight the new mafia in this area will come to this club"
Rayyan tersenyum gembira. New Mafia. Bagus. Peluang keemasan ni. Bukan selalu dapat peluang macam ni.
"Interesting! What their leader's name?" Soal Rayyan lagi .
"Lord Kevin"
Senyuman Rayyan serta merta mati sebelum terukir pula senyuman sinis apabila mendengar nama itu disebut. Ouh dekat sini rupanya kau Kevin. Dua tahun dia dan anak buahnya mencari. Rupa-rupanya duit syarikat yang kau curi tu untuk buat kumpulan mafia baru. Dasar babi lupakan kulit betul.
"Orait, thanks man!" Ucap Rayyan kuat. Kemudian dia terus melangkah ke arah tandas.
"Pergh! Apa bangkai bangunan mewah mewah tandas busuk haprak macam ni! Bingai betul! Tak reti nak bersihkan ke?"
Tangan menyeluk kocek seluar sebelum satu kotak kecil bewarna putih dikeluarkan. Yeay. Nasib baik bawak. Ni hadiah yang dia dapat daripada Keith semasa hari jadinya dua bulan lepas. Time-time macam ni lah boleh guna.
Boleh agak kan? Kalau dari Keith, kau rasa apa benda yang dia bagi dekat Rayyan?
Siling tandas itu ditolak sedikit sebelum diselitkan kotak putih itu di bahagian dalam. Setelah selesai Rayyan melangkah keluar dari situ dengan mulut yang bersiul perlahan. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Tempat bar minuman tadi dituju semula.
"Hey man! If you wanna live. Just get out from here tonight. Or else you will see your god hurmm i think a few minute from now" kaki terus melangkah meninggalkan lelaki bartender yang masih terpinga pinga dikaunter minuman itu. Sekali sekala jadi baik apa salahnya.
Lantak kaulah. Dia dah bagi warning. Kalau sayang nyawa blah, kalau sayang tuhan stay. At least dapat jumpa lebih awal. Kurang sikit buat dosa kat club malam tu. Itupun kalau kau bertuhanlah. Orang zaman now ramai yang tak ingat tuhan. Yedak?
Rayyan masuk semula ke dalam perut keretanya. Bangunan kelab malam itu di tenung lama, mata tajam memerhatikan manusia-manusia berpakaian suit gelap yang mula memasuki pintu utama kelab tersebut. Bibir mula mengukir senyuman senget.
Jam tangan ditilik sekilas.
9:39pm.
Hah cantik dah nombor ni untuk jadikan waktu kematian korang semua. Poket seluar diseluk sebelum diambil satu button kecil bewarna putih sama seperti kotak yang diselitkan diatas syiling tandas tadi.
"Bye anak-anak anjing semua, harap kau orang semua sempat mengucap" kata Rayyan dengan mulut yang tersenyum senget.
Tit....
BOOMMM !
"Yeay! Firework!" Ucap Rayyan, teruja melihat bangunan di hadapannya itu yang sudah meletup dan dijilat api marak. Confirm mayat bersepah-sepah dalam tu. Hmmm apa lah nasib mamat gay tadi. Lantaklah. Pikir dia kisah?
Semoga kau mampus sekali dalam tu Kevin. Menyusahkan orang betul. Dahlah curi duit syarikat. Anjai.
Enjin kereta dihidupkan sebelum kereta melunjur laju membelah jalan raya.
Sedang dia memandu, entah dari mana, tiba tiba ada sebuah lori datang dari bertentangan arah. Pantas Rayyan memutarkan stereng keretanya, mengelak daripada lori tersebut. Kepala Rayyan terhantuk kuat pada stereng kereta akibat daripada elakan yang dibuat tadi.
Damn.
Ada cecair hangat mengalir di kepala. Mesti darah.
Rayyan cuba menghidupkan enjin kereta beberapa kali namun gagal.
"Hish!? Time - time ni lah kau nak buat hal, dasar kereta cabuk" bentak Rayyan geram. Stereng kereta dihentak kuat.
Seriously ? Buggati kereta cabuk?
Telefonnya yang berada dalam kocek seluar dikeluarkan sebelum nombor seseorang didail.
"Hello? Keith ambik aku wey. Kereta aku rosak ni hah, dekat jalan yang sebelah bangunan restoren Korea kita makan haritu" kata Rayyan sambil mata memerhatikan bangunan di sekelilingnya.
"Jalan kaki lah. Kaki ada apa guna?" Balas Keith selamba.
"Cepat lah babi, dah malam ni" kata Rayyan semula.
"Hah tunggu esok pagi aku sampai" balas Keith sambil tergelak dihujung ayat.
Rayyan mematikan panggilan itu. Member macam ni layak dihumban ke loji je sebenarnya. Orang minta tolong boleh pulak dia main-main.
Kepalanya diletak pada stereng kereta. Nafas dikeluh panjang. Dahi putih yang sudah dicemari cecair merah itu diabaikan.
"Tunggu kau, aku potong gaji kau bulan ni"
Tok! Tok! Tok!
Tiba-tiba cermin keretanya diketuk oleh seseorang.
Rayyan menoleh sebelah untuk melihat figura yang mengetuk cermin kereta mahalnya.
Haih. Nak apa lagi.
Seorang perempuan berambut perang panjang sedang berdiri betul betul di sebelah pintu kereta Rayyan. Matanya berwarna kelabu cair. Fuh cun habis perempuan ni.
Cermin kereta diturunkan.
"Hah nak apa?" Soal Rayyan dingin. Langsung tidak berminat untuk berbual dengan wanita yang telah menggangunya itu.
"Hello encik, boleh tak encik parking tu elok sikit. Tahulah kereta mahal. Tapi tak payahlah sampai makan dua parking. Pikir ini jalan bapak encik ke" bebel wanita itu.
Rayyan sudah membuat muka. Harap je cantik. Tapi bebel macam mak nenek.
"Blah" kata Rayyan dingin.
Mata perempuan itu membulat. Ewah ewah ini sudah melebih ni suka-suka je nak halau orang.
"Blah lah!" Kata Rayyan lagi. Tapi kalini lebih kasar.
Namun wanita itu tetap membatukan diri ditempatnya. Kedua tangan disilang dengan muka yang sudah dimasamkan.
Rayyan mengeluh kasar. Menyusahkanlah betina ni.
"Kau taknak blah lantak kau" pantas Rayyan membuka pintu keretanya. Wanita itu tertolak ketepi akibat daripada pintu yang dibuka oleh Rayyan.
"Ish sakitlah!" Marah gadis itu. Tangan mengusap pinggangnya yang terkena pada pemegang pintu.
"Dah kau yang taknak blah! Aku dah suruh kan tadi. Kau yang sibuk jadi kayu sebelah pintu aku pehal!" Balas Rayyan kembali. Malas dia hendak melayan perempuan di hadapannya. Cantik tapi bebal nak buat apa.
Gadis itu mula mengaru kepalanya yang tidak gatal. Ingatkan dia menghalaunya untuk pergi dari situ. Rupanya dia nak buka pintu. Kalau cakap awal-awalkan senang. Aduh.
Mulutnya mula tersengih seperti kera bodoh sebelum matanya memandang kepala Rayyan yang berdarah.
"Eh! Encik! Encik tak apa-apa ke? Kenapa kepala encik berdarah ni?" Soal gadis itu risau.
Rayyan mengesat sedikit cecair yang berada didahinya. Hmm patutlah rasa pening tadi. Kuat sangat ke kepalanya terhantuk dekat stereng kereta sampai boleh berdarah macam ni?
Tanpa berkata apa apa pantas Rayyan melangkah pergi meninggalkan gadis itu.
"Encik! Encik nak pergi mana? Ni kereta encik ni takkan nak biar je macam ni?" jerit gadis itu kuat di belakang. Mata memandang pula kereta Buggati Chiron hitam milik Rayyan. Seriuslah dia tinggal je kereta dia macam ni dengan pintu terbukak, kunci pun tak ambik.
"Diam lah! Memekak je tahu. Nak kereta tu ambik jelah! Tak payah nak banyak bunyi!" Balas Rayyan kuat. Kaki sudah melangkah semakin menjauh.
Gadis itu hanya memandang bayang Rayyan yang semakin hilang dari pandangan.
"Ish kepala hotak dia! Kereta mahal ni dia tinggal macam ni je! Dia ni biar betul! " bebel gadis itu sambil melihat semula ke arah kereta yang sudah ditinggalkan oleh Rayyan.
Nombor telefon seseorang didail.
"Abang! Adik terjumpa Rayyan ni. Tapi dia baru je lepas tinggal kereta dia sebelah jalanraya. Lepas tu adik tengok kepala dia berdarah tadi. Macam baru lepas excident" kata gadis itu.
"Dia dah pergi dah, dia pergi menghala ke bangunan pejabat dia. Okay lah kalau camtu. Okay bye. Jumpa nanti" talian dimatikan.
Haih.
Share this novel
sambung