Bab 15

Action Series 39599

        Faiq tekun menatap laptop berjenama buah buahan di hadapannya. Dia sedang mencuba hack sistem sekuriti yang baru sahaja dihasilkan sebentar tadi untuk menguji tahap mana keberhasillan sistem yang dibuat olehnya. Tiba-tiba pintu biliknya terbuka luas.

"Assalamualaikum anak ayam, buat apa tu?" Soal Rayyan mendatar. Kaki melangkah mendekati meja Faiq sebelum dia mengambil tempat di hadapan meja.

"Tengah goreng karipap, kenapa?" Balas Faiq serius. Matanya masih lagi tertumpu pada skrin laptop.

"Sedap tak? Nak satu?" Kata Rayyan lagi. Kemudian dia tergelak.

"Jangan nak jadi babun sangat. Kau nak apa ni, semak dalam bilik aku?" Soal Faiq malas.

"Beb tolong jejak lokasi Av sekarang boleh tak?" pinta Rayyan mendatar.

"Av? Kenapa dengan dia?" Soal Faiq pelik. Wajah Rayyan dipandang.

"Orang suruh tu buat jelah. Cuba jangan banyak bunyi" balas Rayyan semula.

Faiq memusingkan bola matanya.

"Yelah..."

Setelah dua minit menekan papan kekunci laptopnya, Faiq menunjukkan data yang dia peroleh itu kepada Rayyan.

"Kenapa Av dekat Spain? Bukan dia dekat Sweden ke sekarang ni?" Soal Faiq pelik. Dahinya berkerut.

"Hah! Tulah yang aku pelik, tadi dia ada call aku. Lepas tu aku dengar macam dia tengah sembunyi dari sesuatu, dia cakap pun bisik-bisik." Terang Rayyan . Tangannya dibawa kedagu. Berfikir.

"Kau agak-agak dia dalam bahaya ke?" Soal Rayyan mendatar.

"Kalau Avery yang kau sebut ni ialah Avery yang aku kenal. Aku rasa tak mungkin dia dalam bahaya" kata Faiq tenang.

"Aah ya, ada betul jugak apa yang kau cakap ni" kata Rayyan mendatar

"Lepas tu dia ada kata apa apa lagi tak?" soal Faiq semula.

"Hah! Ada! Dia kata suruh kita semua jaga-jaga untuk dua tiga minggu ni, sebab ada musuh tengah cari aku. Lepas tu dia suruh pesan dekat kau supaya ketatkan kawalan" kata Rayyan lagi.

"Musuh? Musuh mana satu?" Soal Faiq heran. Si Rayyan ni banyak musuh yang nak kepala dia. Jadi musuh yang mana satu kali ni.

"Hah itulah yang aku pikir dari tadi. Siapa yang berani sangat cari aku ni. Musuh aku terlampau banyak, sampai aku dah tak ingat dah dengan siapa aku tengah bermusuh sekarang" terang Rayyan sebelum tergelak.

"Tulah kau. Kumpul musuh macam kumpul pokemon. Sistem kawalan sekuriti memang dah diketatkan cuma aku ada buat yang baru. Av ni macam tahu tahu je aku baru siap buat sistem kawalan ni" kata Faiq sebelum dia kembali menaip laptop.

"Mana! Nak tengok!" Kata Rayyan teruja.

Kemudian Faiq menunjukkan skrin laptopnya kepada Rayyan.

"Dah siap belum ni?" Tanya Rayyan.

"Dah"

"Meh sini aku test" terus dia mengambil ipad Faiq yang sememangnya berada di atas meja itu.

Selang setengah jam. Ipad itu dihulurkan semula kepada Faiq.

"Buat sistem baru" kata Rayyan tenang sebelum dia menepuk bahu Faiq kuat dan terus melangkah keluar dari bilik itu.

Faiq memandang ipad yang berada di tangannya itu tidak berkelip. What the... Dia hack macam tu je. Gila laju. Dia sendiri daripada tadi tidak dapat nak masuk dalam sistem ni. 

Faiq menghela nafas panjang. Kalau Rayyan pun boleh masuk sistem keselamatan dia senang-senang je macam ni tentu musuh lain pun boleh.

Baru sahaja Rayyan berura-ura ingin masuk kedalam bilik abangnya itu, matanya terpandang kelibat Ray yang baru keluar dari dalam perut lift.

"Kau dari mana?" Soal Ray mendatar. Khayra berada disisinya. Kehulu kehilir ada je dua makhluk ni nak melekat.

"Dari bilik Faiq. Aku ada benda sikit nak bincang dengan kau ni. Jom masuk" kata Rayyan serius. Terus dia masuk ke dalam bilik Ray.

Ray pandang Khayra begitu juga dengan Khayra memandang Ray. Tak pernah pernah lelaki ni nak serius. Tiba-tiba je serius semacam.

Ray masuk sahaja ke dalam biliknya itu. Matanya terus membulat besar.

"What the he.... "

"Ops ops, sebelum kau nak marah aku. Ini semua anak kau yang bersepahkan. Bukan aku. So kalau kau nak marah, marah kat diaorang. Jangan dekat aku" pintas Rayyan cepat-cepat. Rayyan terpandang ke arah Lucia yang sedang duduk diatas sofa bersama dua orang kanak kanak yang sedang nyenyak tidur.

"Masalahnya aku suruh kau jaga, JAGA. bukan suruh kau join sekali dia orang buat sepah, ni dengan dinding berconteng. Kertas kertas ni semua" marah Ray kesal. Tangannya memicit kepala yang mula terasa pening. Macam tongkang pecah wey. Kertas berterabur merata atas lantai, semua pen juga berada dilantai. Dinding pula penuh dengan kesan contengan dan lakaran makhluk asing dari planet saturn.

Khayra hanya tergelak kecil sebelum dia menekan butang interkom yang menyambungkan ke arah cleaner di syarikat itu.

"Datang bilik boss sekarang, bawak alat pencuci dinding sekali, terima kasih" arah Khayra mendatar.

Rayyan memandang Lucia yang sedang meribakan kepala Rachel diatas pehanya.

"Kenapa kau tak kemas?" Soal Rayyan mendatar. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Lucia menunjuk jarinya ke arah Alicia yang tidur bersandarkan badannya dan Rachel yang sedang tidur diatas pehanya.

"Macam ni nak kemas?" Soal Lucia dengan nada sarkastik.

"Tolak jelah diorang tu ketepi" balas Rayyan mendatar.

Ray pantas menjeling ke arah Rayyan. Rayyan membalas jelingan itu. Mata mereka bersabung.

"Apa! Bukan anak aku pun" balas Rayyan selamba.

"Anak aku!" kata Ray dingin.

"Ya allah! Anak kau rupanya, ingatkan anak pungut manalah yang aku main dengan dia daripada tadi" kata Rayyan pura-pura terkejut.

Ray menghela nafas panjang. Ada jugak yang kena terajang kejap lagi ni karang.

"Hah apa benda yang kau nak bincang sangat tadi?" Soal Ray mendatar.

Sempat Rayyan memandang Lucia sekilas sebelum dia memaut leher Ray.

"Bukan dekat sini, jom kita bincang dekat bilik aku" bisik Rayyan perlahan.

Ray mengangguk sebelum mereka terus melangkah pergi.

Lucia dan Khayra pula hanya memerhatikan sahaja mereka berdua keluar daripada bilik itu.

       "Hah, apa benda yang penting sangat tu?" Soal Ray setelah mereka bedua masuk ke dalam bilik Rayyan.

Rayyan duduk di atas kerusi rodanya. Manakala Ray duduk di hadapan meja Rayyan.

"Tadi Avery ada call kau. Aku angkat. Dia kata ada musuh tengah buru kita" kata Rayyan mendatar.

"Buru kita ke buru kau sorang ni?" Soal Ray tak percaya dengan kata-kata Rayyan. Tangannya bermain main dengan sebatang pen.

"Buru kita semua lah bingai! Tapi tu musuh aku" kata Rayyan semula.

"Lepas tu? Av dekat mana sekarang ni? Dia okay tak?" Soal Ray lagi.

"Itulah aku nak cerita ni. Masa dia tengah call aku tadi, dia macam tengah lari dari sesuatu. Lepas tu dia suruh kita semua berjaga-jaga. Dia siap suruh pesan lagi dekat Faiq supaya ketatkan sistem kawalan" terang Rayyan serius.

"Lari dari sesuatu?" Soal Ray semula.

"Iya, kau rasa dia dalam bahaya ke tak? Aku dah suruh Faiq locate location dia, Faiq kata dia dekat Spain sekarang ni" balas Rayyan mendatar.

"Kalau nak kata dia dalam bahaya tu. Hmm aku pun kurang pasti. Sebab dia pandai jaga diri. Tapi apa kes pulak dia sampai pergi ke Spain?" Soal Ray lagi.

"Itulah dia yang aku tak tahu. Aku nak tanya siapa musuh yang tengah buru kita, tapi panggilan terputus. Bila aku call balik, masuk dalam peti simpanan suara. Aku rasa dia dah off phone dia" kata Rayyan lagi.

"Lagi dia kata apa lagi?" Soal Ray.

"Dia kata itu jelah. Minggu depan dia datang sini. Aku rasa masa birthday budak-budak ni lah kut" jawab Rayyan tenang.

"Tapi..."

"Tapi apa?" Soal Ray kembali.

"Kau tak rasa curiga ke?" Soal Rayyan kepada Ray. Matanya merenung anak mata berwarna merah bercampur hijau gelap itu.

"Curiga?"

"Aku syak semua ni ada kaitan dengan Lucia. Sejak dia datang, semua benda ni jadi betul tak? Sebenarnya kau panggil dia ke sini untuk apa?" Soal Rayyan serius.

"Eh mana ada aku panggil dia. Dia yang datang sendiri ke sini. Katanya nak duduk dekat dengan Xavier, alang - alang aku offer jelah dia jadi PA kau. Mana lah tahu tiba-tiba terjadi isteri" ucap Ray tanpa rasa serba salah.

"Ouh jadi semua ni rancangan kau rupanya. Tak guna!" Rayyan terus bangun sebelum kepala Ray ditarik dan ditekan kuat ke arah meja. Mukanya hanya berjarakkan beberapa inci sahaja lagi dengan permukaan meja.

"Habis tu kau sibuk je asyik kacau bini aku, aku carikan lah calon bini untuk kau!" kata Ray mempertahankan diri. Tangan Rayyan ditolak kuat.

"Aah kau. Ni semua punca dari kau!" Rayyan melepaskan kepala Ray dengan kasar. Mukanya masam mencuka.

"Ayam kau! Aku pulak yang kena, kalau aku tak buat apa-apa pun sama je. Dia datang sini juga!" Balas Ray sambil membetulkan semula kot bajunya yang sudah sedikit senget.

Rayyan duduk semula di atas kerusi. Menyampah lah aku dengan orang tua ni.

"Habis jadi ke majlis ulang tahun anak kau ni? Aku rasa tak sedap hati lah. Kalau jadi apa-apa dekat aku, aku tak kisah. Tapi aku risau keselamatan budak budak ni" kata Rayyan. Jelas wajahnya tampak kerisauan.

"Insya allah takda apa jadi. Kau ada, Xavier ada, kembar ada, Faiq ada, Keith ada, aku ada. Lagipun kau kan knight Alicia. Mestilah kau akan lindungi dia betul tak?" Kata Ray sedikit bergurau. Senyuman nipis tercalit dibibirnya.

"Ah kau! Anak kau nak suruh aku pulak yang jaga. Kau lah jaga sendiri. Dah pandai buat pastu sesuka je suruh orang lain yang jaga" marah Rayyan bengang.

Ray ketawa mendengar ayat Rayyan. Anak aku, tapi kau lebih sayang dia kan.

Namun kata-katanya itu hanya tersimpan dalam hati.

Dalam mereka tak sedar. Ada sepasang telinga yang mendengar semua perbualan mereka tadi. Senyap senyap gadis itu berlalu pergi dari pintu bilik Rayyan.

Writer note: Korang nak ke Rayyan dengan Lucia? Hahahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience