Bab 11

Action Series 39599

"Sapa nak kahwin dengan kau!?" Tanpa menoleh ke belakang, Lucia terus lari keluar daripada bilik itu. Kaki laju melangkah ke arah kantin hospital .

"Gila! Eee siapa nak kahwin dengan dia! Dasar mamat tak cukup wayar" bebel Lucia sorang -sorang.

"Adik tunggu!" Jerit Xavier mengejar dari belakang.

"Eee nak apa lagi!" Marah Lucia bengang. Badan dipusing ke belakang.

"Aik dengan abang pun kau nak marah dah kenapa" kata Xavier sedikit bergurau. Sejak bila tah mamat beku ni pandai bergurau. Selalunya 28 jam serious.

"Haish..yelah yelah, abang nak apa?" Soal Lucia semula dengan nada yang sedikit rendah daripada tadi.

"Kenapa adik lari?" Soal Xavier mendatar.

"Kenapa adik lari? Abang tanya beruk tu hah sana. Tiba-tiba merepek tak tentu pasal, dahlah cakap depan semua orang. Eee malu adik tahu tak" marah Lucia dengan membahasakan Rayyan 'beruk'.

Lucia duduk di salah satu bangku yang disediakan di cafeteria hospital itu.

"Aik sejak bila adik reti malu ni? Abang bukan apa, macam tak elok adik jerit dekat dia macam tu. Kesian Ayyan tau, dia kan baru je sedar... " ucap Xavier mendatar sebelum mengambil tempat bersebelahan dengan Lucia.

"Kesian? Sejak bila abang reti kesian dekat dia?" Balas Lucia semula sarkastik.

"Entah, sejak abang tahu dia bakal jadi adik ipar abang kut" balas Xavier selamba sambil kedua mata memandang kearah lain.

Pak!

Bahu Xavier ditepuk kuat. Mak aih ini tangan ke besi. 

"Aduh! Sakitlah dik...." adu Xavier sambil mengusap bahunya. Dahinya dikerutkan.

"Padan muka, cakap merepek lagi. Adik bagi kaki pulak lepas ni ..." ucap Lucia dingin.

Beberapa saat selepas itu Lucia tergelak melihat muka Xavier, manakala Xavier hanya menayangkan senyuman emasnya.

Suasana di tempat makan itu agak bising, kerana sudah masuk waktu makan tengahhari. Ramai pelawat pelawat yang datang untuk membeli makanan.

"Abang rasa kan, Hurmm..... apa kata adik terima je lamaran Ayyan. Pastu bila dah kahwin, adik bolot lah semua harta dia. Dia kan kaya. Tujuh keturunan kita nanti takkan habis duit tu" cadang Xavier tiba-tiba.

"Kita kan kaya jugak. Abang ni tamak sangat dah kenapa. Daripada bolot harta dia baik adik bolot harta abang Ray. Lagi kaya"

Kemudian mereka sama-sama tergelak.

"Berapa abang Ray bayar gaji abang? Takkan tak cukup" soal Lucia kepada Xavier sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Adik tak payah lah tahu, nanti habis duit abang kena kikis" balas Xavier mendatar.

"Eleh sikit lah tu gaji dia berbanding gaji adikkan?" Teka Lucia sebarangan.

Xavier tidak menjawab pertanyaan Lucia. Kalau lah adiknya tahu berapa gaji dia peroleh sebulan. Boleh pengsan dia dekat sini nanti.

"Pasal hal kahiwn tu, tak payah nak pikir sangat. Just follow your heart. Whatever choice you make, you're still my only one cute little sister?" Ucap Xavier sebelum rambut perang Lucia di gosok lembut.

"Hmm .... entahlah. Adik sebenarnya malas nak fikir hal macam ni. Ada benda lain yang lagi penting untuk adik selesaikan dulu" balas Lucia mendatar. Tetapi ayat terakhir itu dicakap perlahan sedikit.

"Dah masuk waktu makan ni, adik taknak belikan diorang makanan?" Soal Xavier kepada Lucia sebelum matanya melihat ke arah gerombolan manusia yang beratur hendak membayar makanan.

"Aah jom lah kita makan terus nanti adik bekalkan untuk abang Ray dengan yang lain" balas Lucia sebelum kakinya melangkah ke arah kaunter makanan. Xavier mengikutinya dari belakang.

"Abang Ray dengan yang lain je? Bakal suami taknak bungkuskan?" Seloroh Xavier mula menyakat Lucia.

Serta merta Lucia menghadiahkan jelingan maut tepat ke arah Xavier.

"Haha okay okay tak" balas Xavier. Tahu takut. Perempuan kalau marah jangan dibuat main. Ada jugak terbalik semua kerusi meja dekat sini nanti. Boleh tercetusnya perang dunia 3 wey.

"Kau biar betul nak kahwin dengan dia?" Jerit Keith dengan nada yang agak tinggi sambil kedua dua bahu Rayyan digoncang kuat.

"Aduh, aduh sakit bodoh luka aku....." ucap Rayyan berkerut menahan sakit di bahunya.

Cepat-cepat Keith melepaskan pegangannya sambil membuat muka terkejut.

"Eh...hahah sorry, lupa pulak bahu kau bocor" ucap Keith serba salah.

Ray tiba-tiba meletakkan tangannya ke dahi Rayyan. Pelik. Tak panas pulak.

Rayyan menepis kuat. " Kau pehal! Aku tak demam lah"

"Kau serious ke? Ke kau main- main ni? Bukan ke kau benci ke dekat dia? Kenapa tiba-tiba je nak kahwin terus" soal Ray.

"Ye aku seriouslah. Aku serious nak halalkan dia ni. Aik kau ni long, bukan kau ke yang beria sangat nak aku kahwin dengan dia. Ni aku dah setuju kau tanya pulak macam macam" balas Rayyan malas. Matanya dijelingkan.

"Aku bukan apa. Kau sedar-sedar terus cakap nak kahwin, manalah tahu racun tu rosakkan otak kau sekali. Lagi satu, Aku taknak Lucia merana bila kahwin dengan kau. Aku nak kau terima dia secara rela bukan sebab terpaksa atau sebab main-main je. Kalau dia kahwin dengan kau hanya untuk sengsara, memang aku cincang kau hidup hidup" kata Ray dengan nada yang agak tegas.

"Hah inilah manusia zaman sekarang, sanggup bunuh adik sendiri demi adik orang lain ...." ucap Rayyan nada sedih sambil memandang ke arah lain. Pura -pura terasa.

"Menda kau bingai ! Aku sepak kau karang" kata Ray geram.

Rayyan? Nak terasa? Mati hidup semula pun belum tentu.

"Aah Wey, betul ke kau nak kahwin dengan dia...kau lupa ke siapa sumbat kau dalam penjara haritu? Takkan kau dah lupa" Soal Zen dan Zariq pula sengaja nak jadi batu api.

"Eh, aah lah macam mana aku boleh lepas?" Rayyan menggabaikan soalan dua beradik kembar itu.

"Abang kau bayar polis 2 juta untuk tutup kes kau dengan Keith. Jangan risau. Haritu aku dah check nama kau dengan Keith. Konfirm clean. Lagipun takdalah berat mana kes kau. Salah guna senjata haram je" celah Faiq yang dari tadi berdiri di sebelah Keith sambil membuat gaya chef kiss.

"Boek lah member, nasib baik function" balas Rayyan sambil mengenyit kan sebelah matanya.

"Woi aku tanya ni!" Celah Zen.

"Apa menda bodoh " jawab Rayyan selamba.

"Kau pehal bodohkan abang aku?" Sampuk Zariq pula.

"Tak bukan abang kau je, aku cakap tu untuk korang berdua. Apa bodoh?" Ulang Rayyan selamba.

"Memang anjing" balas Zen dan Zariq serentak.

"Gong!Gong!Gong!Gong! "

"Dengan perangai kau macam ni, memang tak lah aku nak bagi kau kahwin. Sumpah buat hancur rumah tangga je" balas Ray mendatar.

"Kalau kau tak bagi aku kahwin, aku akan pastikan bini kau kena culik pastu anak-anak kau aku buang dalam loji taik " ucap Rayyan selamba.

"Kau ni kan..... " Ray mengetap gigi geram.

"Mana kau kutip adik kau ni Ray? Macam terkutip dari neraka je " soal Keith sambil jari menunjuk Rayyan.

"At least dia nak kutip aku. Daripada kau, Faiq. Tong sampah pun taknak kau " balas Rayyan.

"Apa babi! Aku yang diam pun kena " jawab Faiq tak puas hati.

"Ah takda takda semua yang ada dekat sini mesti kena dengan aku, aku peduli apa" jawab Rayyan.

"DIAMLAH !!" Jerit mereka semua serentak.

Tok! Tok!

"Ermm hi... Hmm ganggu apa apa perbincangan ke ni?" Soal Lucia yang baru tiba bersama Xavier di belakang. Kedua tangannya penuh menjinjing plastik makanan.

"Tak da bincang apa pun, masuklah" pelawa Ray sopan.

"Adik ada belikan makanan ni, makanlah korang" ucap Lucia sebelum meletakkan semua makanan yang dibeli di atas meja yang disediakan dalam bilik vvip itu. Kemonlah adik jutawan takkan duduk bilik biasa. Lagipun si setan ni tak boleh dekat dengan orang sangat. Alergik katanya.

"Ouh yeke. Takpa adik letak je dulu atas meja tu. Nanti kitaorang balik, kita makan sama-sama" balas Ray .

"Balik? Abang nak pergi mana?" Soal Lucia semula.

"Harini hari apa?" Soal Ray lagi. Mereka yang lain sudah keluar dari bilik itu kecuali Keith dan Rayyan.

"Jumaat "

"Dah tu. Solat jumaat lah sayang, tu pun bangang tak tahu" balas Rayyan selamba mencelah.

Lucia menjeling Rayyan. Macam ni nak aku kahwin dengan kau? Berangan lah kau sampai mampus.

"Abang pergi dulu okay" ucap Ray lembut.

Lucia mengangguk lambat sebelum wajah Rayyan pula dipandang tak puas hati.

"Hah yang you tu kenapa tak pergi ikut diorang" soal Lucia geram. Wajah Keith dan Rayyan dipandang.

"Aku bukan islam" jawab Keith sambil mengangkat kedua belah tangannya. Kemudian Keith dan Lucia pandang muka Rayyan pula.

"Dengan berjarum macam ni? Mana otak you pergi sayang? Tertinggal dekat mall yang you perangkap i tu ke? Hmmm? Nanti i solat lah " lembut sahaja Rayyan bersuara. Sengaja nak menyakat Lucia.

"Eleh tak mati pun kan...." balas Lucia perlahan. Serba salah mula menyerbu jiwanya. Kalaulah dia tak sumbat Rayyan dalam penjara minggu lepas. Pasti luka peluru itu dapat dirawat dengan lebih cepat.

Keith diam melihat pergaduhan dua manusia di hadapannya. Nasib dia takda girlfriend. Dah kalau namanya perempuan, memang susah lah nak tahu apa diorang nak. Kejap cakap A, tapi nak cakap B namun begitu dalam hati berkata C. The heck?

Sambil sambil menunggu kepulangan abangnya dengan yang lain, Lucia membelek-belek iphone barunya itu.

"Wuish lawa iphone, mana dapat " perli Rayyan selamba. Sebelah kening diangkat -angkat. Nganjing teruk.

"Ada orang bagi ..." jawab Lucia malas.

"Mesti best kan ada orang belanja iphone, kali terakhir aku belanja orang tu iPhone, terus kena sumbat dalam penjara beb " perli Rayyan lagi.

"Padan lah muka kau...memang sesuai pun masuk penjara tu. Muka pun dah macam muka banduan" jawab Lucia mendatar. Sedikit pun tidak kisah dengan perlian Rayyan.

Rayyan buat muka tak puas hati. Keith sudah terbahak bahak menggelakkan Rayyan sampai terkeluar air mata. Perutnya ditekan -tekan. Macam lawak sangat lah tu.

"Ouh ya Keith, thanks tau untuk iphone ni" kata Lucia sambil memandang muka jejaka itu.

"No big deal .... patutnya you kena berterima kasih dengan Ayyan jugak" jawab Keith sambil mengesat air mata yang keluar akibat daripada ketawanya tadi.

"Kenapa?" Soal Lucia bingung.

"Itu memang lah i punya mall. Tapi mall tu under nama brand Mikayla's, iaitu brand yang didirikan oleh Ayyan dan abang dia Ray cuma Ray guna Brand Mikayla's R. Rayyan guna Mikayla brand M. So technically kalau you pusing macam mana sekalipun tu semua dua beradik tu punya. Kalau Ayyan nak rompak Mall tu pun, i tak boleh nak buat apa" terang Keith panjang lebar.

Lucia terdiam. Terkelu. Ter.... Semua ter lah senang cerita.

"Kaya nak mampus. Patutlah abang suruh kikis duit dia..hahaha" kata Lucia perlahan.

"Ehem...tu sikit je tu dia terang. Belum masuk lagi pasal saham i, company yang i dirikan sendiri dan macam macam lagi. Tapi kalau you nak semua harta tu senang je. Jom kahwin dengan i, bukan setakat harta, anak pun i boleh bagi" jawab Rayyan selamba.

"Siapa nak kahwin dengan kau! Hak alah perasan nak mampus" jawab Lucia geram.

"Eh? I cakap apa tadi?" Soal Rayyan semula sambil buat muka binggung.

"Jom kahwin dengan i? " Ulang Lucia polos.

"Ok jom" jawab Rayyan ceria.

Buk!

Tepat bantal itu mengena di muka Rayyan. Siapa lagi kalau bukan Lucia yang baling.

"Dalam mimpi kau lah!?" Balas Lucia geram.

Tiba-tiba telefon Lucia berbunyi. Lucia melihat skrin iphonenya itu lama.

"Kenapa tak angkat?" Soal Keith.

"Tak penting" balas Lucia ringkas.

Selepas beberapa saat telefonnya berbunyi lagi sekali.

"Kalau tak penting takkan dia call banyak kali?" Soal Keith lagi.

Eishhh banyak bunyi lah Keith ni.

Lucia bangun daripada tempat duduknya itu.

"Kejap eh, angkat call kejap" terus dia keluar daripada bilik VVIP. Setelah pasti dia sudah jauh daripada Keith dan Rayyan. Panggilan itu diangkat.

"Kenapa kau call sekarang? Kau tahu tak aku tengah dengan dia sekarang?" Ucap Lucia bengang.

"Kau lupa perjanjian kita?" Ucap suara dihujung talian.

"Aku tahu lah, kau tunggu dan lihat. Tak lama lagi mesti dia akan kahwin dengan aku. Lepas tu lagi senang aku nak jalankan misi kita. Thanks god orang yang tembak dia tu guna peluru racun. Memudahkan lagi kerja aku" balas Lucia. Wajahnya bertukar sinis.

"Good, pastikan plan kita berjalan lancar . Kalau kau gagal. Aku takkan teragak agak nak bunuh abang kau. Ingat tu!" Tegas suara si pemanggil.

"Aku tahulah!" Terus panggilan itu dimatikan.

"Adik?" panggil satu suara dari belakang.

Lucia pantas menoleh melihat ke belakang sebelum matanya membulat besar.

Oh shit!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience