Bab 33

Action Series 39599

Elena dan juga 5 orang anak buah Tyler melangkah ke arah taman yang bersebelahan dengan kolam renang . Matanya tajam meliar memerhati disekeliling taman . Tiba-tiba telinganya menangkap satu bunyi tembakan dilepaskan.

Bang!

Salah seorang anak buah Tyler yang mengikutnya tadi jatuh rebah ketanah dengan kepala yang sudah bocor ditembusi peluru. 

Bang!

Seorang lagi rebah .

Elena jelas kelihatan cuak. Pistolnya digenggam erat.

" Mana kau! Kalau berani tunjuklah muka kau dasar pengecut !" Jerit Elena berani. Nada suaranya naik seoktaf.

Bang !

Seorang lagi rebah ketanah.

" Hahaha aku pengecut?" Kata satu suara dari sebalik pokok -pokok yang ada di taman itu. Tetapi gerangannya masih belum terlihat.

Bang!

Seorang lagi tumbang . Makin cuak Elena apabila tinggal dia dan seorang sahaja anak buah Tyler .

" Aku tak pernah takut dengan musuh aku ...." kata suara itu dingin dan mendatar.

Bang!

Sekelip mata mati semua anak buah Tyler yang mengikutnya tadi. Masing-masing ditembak tepat di bahagian dahi.

Elena melihat kearah pokok dimana tembakan terakhir tadi dilepaskan . Tiada sesiapa . Tiba-tiba rambutnya ditarik kuat oleh seseorang dari belakangnya.

"Hi betina sundal...." kata Lucia betul betul di sebelah telinga Elena . Matanya tajam menikam wajah Elena yang kini jelas mengigil ditempatnya.

" S-siapa kau hah" kata Elena sedikit tergagap. Pistol yang dipegang juga mengeletar akibat tangannya yang mengigil.

Lucia tersenyum sinis, rambut Elena ditarik dengan lebih kuat.

"Awww sakit lah..." kata Elena seperti mahu menangis.

" Kau tanya siapa aku?" Soal Lucia kembali. Mulutnya didekatkan pada telinga Elena. " Bakal isteri Kiez ..." bisik Lucia perlahan.

" Kiez tu aku yang punyalah!!" Marah Elena semula.

Lucia menarik rambut Elena makin kuat.

" Aww aww sakit..."

" Sakit? Kau sakit? Sakit lagi hati aku!" Kata Lucia sebelum kepala Elena dicampakkan kebawah. Elena menangis teresak esak . Rambutnya sudah serabai .

Lucia mencangkung di hadapan Elena.

"Do you remember me?" soal Lucia dingin. Matanya yang kelabu itu tajam menikam kedalam anak mata milik Elena yang kini sudah berair.

" Siapa kau ! Aku tak kenal kau !Kiez tu aku punya tahu tak!" bentak Elena lagi.

" Betul kau tak ingat siapa aku?" Tanya Lucia kembali.

Kening Elena bertaut. Lama dia memandang wajah gadis bermata kelabu dihadapannya itu.

" Tolong.. tolong lepaskan aku.." rayu Lucia dengan mimik wajahnya dibuat-buat sedih.

" Aku tak akan tolong kau, jangan merayu pada aku. Terima sajalah nasib kau disini" sambung Lucia kembali dengan wajah yang didinginkan.

Mata Elena membulat besar.

"Kau!! Kau perempuan 13 tahun lepas yang aku jumpa dekat makmal Tyler!" kata Elena sedikit kuat. Jarinya menunjuk tepat kemuka Lucia dihadapannya.

"Bingo!"

"Kau hidup lagi... T-tapi ... T-tyler kata kau..kau dah m-mati" kata Elena tergagap-gagap.

" Suprise motherfucker... I'm still alive" balas Lucia dengan mulut yang tersenyum sinis.

" T-tak mungkin.... kau sepatutnya dah mati!" Jerit Elena seoktaf.

Pang!

Kuat wajah Elena ditampar oleh Lucia. Sampaikan terteleng kepala gadis itu ketepi.

Elena memegang wajahnya yang baru sahaja kena tampar. Telinganya berdesing. Pipinya mula terasa mencucuk-cucuk . Jelas tamparan Lucia tadi sangat kuat.

" A-apa salah aku..." kata Elena sambil menangis. Tangan masih lagi memegang pipinya yang mula kemerahan.

" Kesalahan pertama, Kau bukan sahaja tak tolong aku 13 tahun lepas , malah kau sanggup ketawakan aku ..." rahang Elena dicengkam kasar.

" Kesalahan kedua, Kau dan Tyler punca abang aku mati..." kata Lucia dingin.

Pang!

Sekali lagi pipi Elena ditampar. Kepala Elena terteleng pula kekiri. Kemudian Lucia mencengkam kembali rahang gadis itu.

" Kesalahan ketiga , Kau berani- beraninya menggoda bakal suami aku selepas apa yang kau dah buat pada dia..."

Pang!

Kepala itu terteleng pula kekanan. Elena sudah menangis teresak -esak. Kedua pipinya sudah kelihatan agak membengkak. Jelas tamparan Lucia amat memeritkan.

" Kesalahan keempat, Aku memang benci dekat kau daripada dulu lagi." 

Pang!

Elena menjeling kearah Lucia.

" Berani kau jeling aku? Nak aku korek biji mata kau ?" tanya Lucia dengan nada suara yang seram. Cepat-cepat Elena mengalihkan pandangannya kebawah.

Lucia bangun daripada mencangkung , rambut Elena ditarik kuat keatas memaksa gadis itu turut bangun bersama.

" Aku tak habis lagi dengan kau" terus Elena diheret oleh Lucia kearah kolam renang.

Rayyan keluar daripada pintu utama dengan seekor serigala putih elok berada disisinya. Kaki terus melangkah semula dimana terletaknya kereta Tyler berada.

Sampai sahaja di tempat kereta mata Rayyan terbuntang, jelas dia terkejut apabila melihat abangnya dan mereka yang lain bersama-sama dengan Hanz . 

"Apa kau dah buat dekat keluarga aku?" tanya Rayyan dingin dengan riffle yang diacukan ke arah Hanz.

Hanz serta merta mengangkat kedua tangannya separas dada.

" Woah woah relax beb , letakkan dulu senjata tu" kata Keith cuba menenangkan keadaan .

" CAKAPLAH SIAL !" Tengking Rayyan lagi. Jelas mukanya nampak marah.

Mereka yang lain hanya diam memerhati.

" Ayyan..." panggil Ray mendatar.

" CAKAP SEBELUM AKU TEMBAK KAU !" jerit Rayyan nada suaranya juga sudah naik dua oktaf.

" RAYYAN MIKAYLA !"

" APA!" Marah Rayyan semula. Wajah Ray dijeling tajam.

" Sabar boleh tak?" kata Ray semula .

" Kau nak aku sabar? Manusia ni sama je dengan anjing yang kat dalam tu lah sial! Dia dah bunuh Lucas! Now what? Korang nak bela dia pulak?!PERGI MATILAH !" tengking Rayyan semula.

Hanz tersentak. Kini barulah dia tahu dengan maksud yang dikatakan oleh Ray sebentar tadi. Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan lelaki dihadapannya ini. Mentalnya mungkin sudah rosak akibat trauma yang dilalui sepanjang hidupnya.

" Sebenarnya Lucas.."

"KAU JANGAN SEBUT NAMA DIA LAH SIAL!" marah Rayyan lagi. Urat-urat dimukanya jelas kelihatan.

" Okay okay aku tak sebut nama dia" kata Hanz mendatar cuba untuk menenangkan lelaki itu.

" Sebenarnya pasal kawan kau tu, aku cuba selamatkan dia daripada Tyler.."

" Kau jangan nak tipu aku..." dingin Rayyan memberi amaran.

" Tak, sumpah! Aku cuba selamatkan dia daripada Tyler. Tapi aku tak berjaya" kata Hanz lagi.

Rayyan menurunkan rifflenya, tangan kanannya menutup kemuka sebelum dia tergelak kuat.

"Tak berjaya.... tak berjaya kau kata...." ulang Rayyan berkali-kali. 

Mereka yang lain gerun melihat keadaan Rayyan yang seperti sudah hilang kewarasan itu. 

Rayyan berhenti daripada gelak. Matanya tajam mencerlung kearah muka Hanz.

"Kalau aku kata aku tak berjaya selamatkan kau sekarang ni macam mana?" tanya Rayyan kembali dengan mulut yang tersenyum senget .

" Rayyan sabarlah. Dengar dulu apa dia nak cakap..." pujuk Ray lembut. 

" Dengar apa dia nak cakap? Habis tu aku? Ada sesiapa ke yang dengar sakit aku selama ni hah!" balas Rayyan semula.

Ray tersentak. Sejak bila Rayyan pandai tengking tengking ni.

" Aku..." Hanz sudah mati kata. Dia tahu dia juga bersalah dalam hal ini.

"Ayyan, bagi aku explain..." Xavier pula cuba memujuk. Dia faham lelaki di hadapannya ini sudah hampir sahaja ditahap untuk meletuskan kemarahan yang disimpan selama 13 tahun.

"Kau diam ! " marah Rayyan.

" Abang..." kata Avery perlahan. 

" DIAM AKU KATA DIAM !" jerit Rayyan kuat sambil kedua tangannya menutup dua belah telinga . Kepalanya tiba-tiba terasa sakit mencucuk-cucuk.

Masing-masing sudah terdiam , tidak tahu ingin membuat apa.

" Bunuh lah aku kalau itu sahaja dapat melepaskan rasa sakit kau yang terseksa selama ni ..." kata Hanz mendatar.

Masing-masing terkejut mendengar bicara Hanz. Rayyan tersengih sebelum rifflenya diacukan semula pada Hanz.

"Kau yakin?" tanya Rayyan kembali.

Perlahan -lahan Hanz menganggukkan kepalanya . Dia pasrah andai kata itu takdir yang perlu dia terima atas apa yang telah dia lakukan selama ini.

Baru sahaja Rayyan ingin menekan pemicu rifflenya, Keith pantas melangkah kearah Rayyan sebelum riffle ditangan lelaki itu dicampakkan jauh ketepi.

"Jangan buat keputusan terburu-buru, Ayyan. Aku tahu kau tengah marah sekarang ni. Aku tahu kau tengah sedih. Aku tahu kau nak balas semula atas apa yang dah jadi pada Lucas. Tapi aku nak kau dengar dulu penjelasan daripada dia.  Aku nak kau buat keputusan dalam keadaan yang waras , bukan dalam keadaan yang macam ni . Aku taknak kau sendiri menyesal di kemudian hari nanti " pujuk Keith mendatar. Hampir-hampir jugak dia ingin menampar pipi Rayyan tadi. Namun niatnya ditahan.

Bahu Rayyan ditepuk lembut berkali-kali. 

Rayyan menarik nafasnya dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Setelah yakin dirinya sudah tenang ,wajah Hanz dipandang semula.

" Apa ayat terakhir Lucas ..." tanya Rayyan mendatar. Mukanya sudah kembali tenang berbanding dengan tadi.

" Jangan biarkan Rayyan mati macam aku. Cakap dekat adik aku yang aku sayangkan dia" jawab Hanz mendatar.

"Hahaha...."

Rayyan memandang kearah langit yang ditutupi oleh pelbagai corak awan. Lama jugak mereka semua menyepikan diri ,masing-masing tidak berani membuka suara. 

Perlahan-lahan mulut Rayyan tersenyum lebar.

 " Av... letupkan rumah tu" arah Rayyan senada.

Avery tidak berkata banyak, dia terus menekan satu butang kotak kecil yang memang tersimpan dalam kocek jaket bajunya.

BOOOMMMMMMMMMM!

Maka dengan itu runtuhlah rumah agam setinggi 4 tingkat itu. Anak anak buah Tyler yang masih hidup terperangkap ditingkat atas semuanya mati dalam letupan .

Rayyan tersenyum lagi namun kepalanya masih tidak menoleh kearah rumah.

" Oii " panggil satu suara.

Rayyan laju menoleh kearah suara tersebut.

" Ni tertinggal lagi satu anjing..." kata Lucia selamba sebelum tangan yang mencengkam rambut Elena dicampak kuat kehadapan. Elena yang sudah basah kuyup itu tergolek-golek sebelum berhenti betul betul dibawah kaki Rayyan.

Mereka yang lain melihat muka Elena sudah tersenyum-senyum. Konfirm gadis itu dibelasah teruk oleh Lucia.

" Keiz... i sakit..." rengek Elena dengan rambutnya yang sudah basah dan berserabai . Pipinya juga sudah mula kebiruan. Mascara yang dipakai habis comot diseluruh bahagian mata. 

Rayyan tidak pandang langsung kearah Elena yang berada dikakinya, matanya sibuk memandang Lucia di hadapan. 

Bidadari jatuh dari langit yang selama ini dicari-cari.

" Lucia..." panggil Rayyan lembut.

" Hi, Miss me already?" Balas Lucia semula. Mukanya manis sahaja dihias dengan senyuman yang melebar.

" Kiez... Sampai hati you abaikan i. Perempuan tu buat i macam ni Kiez...." rengek Elena lagi.

Rayyan menjeling kearah Elena dikakinya.

"Diam lah sial! Aku terajang kau karang" marah Rayyan. Mukanya jelas tidak menyukai Elena yang merengek dikakinya. 

Elena terkedu apabila dimarah oleh Rayyan, mukanya dicemberutkan . Lelaki itu tidak pernah menengking kepadanya sebelum ini.

Yang lain terus sahaja tergelak. Zariq dan Faiq sudah terguling guling ditanah . Avery pula menepuk nepuk bahu abangnya sambil tergelak dengan kuat. Ray pula berpura-pura menutup mulutnya menahan gelak. Hanya Xavier sahaja yang masih lagi beriak selamba. Maklumlah dia tu mana ada perasaan sangat pun.

Rayyan memijak tangan Elena dengan selamba sebelum melangkah kearah Lucia.

"Tu sebab kau gatal gatal sentuh aku daripada haritu lagi..." kata Rayyan mendatar kepada Elena.

Makin kuat Elena menangis . 

Lucia tersenyum mengejek . Padan muka kau !

Rayyan berdiri dihadapan Lucia, wajah gadis bermata kelabu itu ditatap lama

" Sihat?" tanya Rayyan mendatar. 

Lucia mengangguk .

"You?" soal Lucia semula.

" Lepas tengok kau terus sihat.." balas Rayyan menggedik.

"Woi nak bercinta pun nanti-nantilah" celah Zariq kuat dari belakang.

"Entah nya..." balas Faiq pula. 

Rayyan hanya memutarkan bola matanya mendengar komen mereka semua. Jealous cakaplah jealous hak alah.

" Dah jomlah blah...buat apa nak duduk sini lama lama" kata Rayyan mendatar. Kedua tangannya elok diletakkan ke dalam kocek baju sebelum dia melangkah semula mendekati mereka yang lain.

" Habis dia ni?" Tanya Faiq tangan menunjuk kearah Elena yang sudah teresak-esak diatas tanah seperti alien.

" Biar jelah dekat sini... Pandai pandai ah nanti dia nak hidup " balas Rayyan selamba.

" Habis yang tu?" Tanya Zariq pula tangan menunjuk kearah Hanz yang kebingungan disebelah Keith.

" Eh yang tu siapa?" Tanya Rayyan dengan dahi yang bertaut. 

Automatik mereka semua terus memandang kearah Rayyan .

" Kau ni jangan main-main Ayyan" kata Ray sedikit cuak.

" Hah? Bila masa pulak aku main-main. Tu siapa? Korang ke yang bawak dia?" tanya Rayyan semula . Jelas wajahnya serius dengan kata-katanya sebentar tadi.

Mereka yang lain jelas terkejut mendengar ayat Rayyan . Takkanlah .

Pantas Lucia menarik tangan Rayyan agar menghadap kearahnya.

" Nama i? Siapa nama i? You ingat tak siapa nama i? " tanya Lucia laju. Kedua matanya merenung dalam mata coklat milik Rayyan.

Rayyan tergelak halus.

" Lah takkan lah aku tak kenal kau. Nama kau kan...." Rayyan terdiam. Mereka semua ternanti-nanti ayat seterusnya yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Nama kau..."

"Kejap..." kata Rayyan. Kepalanya terasa kepeningan apabila cuba mengingat nama gadis di hadapannya itu.

" Rayyan jangan main-main please. You baru je sebut nama i tadi ...." rayu Lucia perlahan. Wajahnya seperti hendak menangis. Tangan yang memegang lengan Rayyan tadi semakin kuat mencengkam.

" Kejap kejap..." kata Rayyan lagi. Kepala dibahagian kirinya dipegang.

" Rayyan...." kata Lucia lagi . Kali ni mukanya betul-betul seperti hendak menangis. Airmatanya sudah mula bertakung ditubir mata.

Rayyan mengangkat mukanya kembali sebelum wajah mereka dipandang satu persatu.

" Kejap.. korang semua ni siapa?" Sebaik sahaja Rayyan menuturkan ayat itu dia terus sahaja jatuh rebah ketanah .

" Rayyan!!"

" Ayyan!!" 

" Abang"

Kata mereka semua serentak . Ray pantas meribakan kepala adiknya itu. Wajah Rayyan ditepuk tepuk perlahan.

"Ayyan, Rayyan! " panggil Ray berkali-kali. 

" Kita bawak dia balik rumah sekarang , aku kena cek dalaman badan dia . Takut ni kesan dadah yang dia terpaksa ambik selama 6 bulan duduk dengan diaorang " kata Xavier mendatar. 

Ray mengangguk laju. Badan Rayyan dicempung namun baru sahaja dia ingin melangkah pergi. Satu tembakan jelas kedengaran dicuping telinga masing-masing.

Tanpa mereka sedar, Elena telah mencapai kembali pistolnya yang berada diatas tanah.

"Kalau aku tak dapat Kiez orang lain pun tak boleh dapat dia!" Jerit Elena kuat.

Lucia pantas melepaskan 5 tembakan kepada gadis itu. Semuanya tepat di muka. Elena jatuh rebah keatas tanah. Kemudian Lucia kembali menoleh kehadapan semula, laju matanya melihat kearah Rayyan yang sedang dicempung oleh Ray. Tiada luka tembakan? Jadi siapakah yang terkena tembakan Elena.

Tiba -tiba Hanz rebah ketanah.

" Hanz !!!" Jerit Keith. Perut Hanz mengalir darah dengan laju. Lelaki itu yang telah menghalang tembakan Elena tadi.

Keith dan Zen pantas mengangkat Hanz.

" Jom kita kena selamatkan diaorang berdua" kata Ray mendatar sebelum masuk kedalam kereta yang dipakir dibahagian tepi rumah.

Avery pula membawa Johnny yang dari tadi setia disisi Rayyan.

Laju 4 buah kereta hitam meninggalkan kawasan rumah mereka yang kini sudah menjadi sejarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience