"Kalau kau tak bawak balik Lucia dengan selamat siap kau aku tibai balik nanti" talian terus dimatikan.
"Hah, apa Ray cakap?" Soal Keith sebaik sahaja Rayyan meletakkan telefonnya.
"Dia kata' kau bukan adik aku, aku tak kisah kalau kau mati, tapi kalau Lucia mati siap kau aku tibai'" kata Rayyan sambil membuat memek muka.
"Hahaha bodoh, padan muka kau" balas Zen yang duduk di bahagian penumpang belakang.
"Yelah wey aku rasa kau bukan adik kandung abang kau, kau ni sebenarnya anak kutip" sambung Zariq pula sengaja menambah api.
"Well at least diorang nak kutip aku, daripada kau... Mak bapak kau terpaksa jaga kau" balas Rayyan selamba.
"Damn trueee...." Faiq sudah ketawa terbahak-bahak di tempat duduk belakang. Siapa je yang boleh menang lawan si setan ni?
Minyak ditekan dengan lebih kuat, laju kereta hitam itu membelah jalan raya. Matanya fokus sahaja ke arah jalan raya. Teringkat kata kata abangnya sebentar tadi. Haih serabut lah kepala. Perempuan memang tak habis habis nak menyusahkankan hidup dia. Dulu akak iparnya, tak habis habis nak kena culik. Sekarang minah ni pulak. Cubalah jadi macam Avery sikit, pandai jaga diri sendiri.
"I have a bad news for you, bro" ucap Ray. Wajah Xavier yang duduk di hadapan mejanya dipandang serba salah.
Xavier yang sedang membuat kerjanya itu terus mengangkat wajah memandang jejaka kacak yang duduk bertentangan dengannya.
"Hah? Apa dia?" Soal Xavier mendatar.
"Adik kau kena culik" jawab Ray senada.
"Lucia?" Wajah Xavier masih lagi kekal bersahaja.
Ray mengangguk. Ada adik lain ke selain Lucia?
"Okay wow, aku terasa kesian dekat penculik tu, nasib malang betul" balas Xavier. Tangannya laju menaip semula kerja kerja syarikatnya yang bertimbun. Mana tak bertimbun, kerja dia je belum siap, campur kerja Rayyan, campur dengan kerja mereka yang lain lagi. Semua ditolak pada dia. Dasar kawan paling cilaka.
"Kau tak risau?"
"Itu Lucia lah, aku lebih risau keadaan penculik dia tu nanti" balas Xavier lagi.
"Tulah, haih" Ray menepuk dahinya sendiri. Kepalanya digeleng beberapa kali. Simpati pada nasib penculik tu. Moga bersemadi dengan aman.
"Budak-budak ni tengah cari dia ke?" Soal Xavier lagi. Tangannya berhenti daripada menaip. Matanya tertumpu sepenuhnya pada Ray.
"Aah, hahaha aku saja bagi diorang takut tadi. Biar padan muka si anjing tu, biar dia tahu siapa lebih anjing dari dia. Hahaha" kata Ray sambil tergelak kuat. Puas hati. Siapa suruh jadi adik aku.
"Jangan jadi anjing sangat Ray" balas Xavier lagi.
"Relaxlah, bila lagi kita nak kenakan diorang. Selalu sangat mengelak buat kerja syarikatkan. Hah padan muka" Ray masih lagi dengan sisa gelak tawanya.
"Amboi bang? Suka sangat, tadi kemain muka cemberut je masam, ada apa apa story ke?" Soal Khayra yang baru sahaja memasuki bilik pejabat suaminya. Pintu bilik ditutup perlahan sebelum kaki melangkah mendekati meja Ray. Di tangannya membawa segelas cawan yang berisikan teh ais seperti yang di minta oleh Ray sebentar tadi.
"Takda sayang, ni hah Ayyan baru je call"
Cawan bertukar tangan.
"Ayyan? Dia call nak apa?"
"Dia kata Lucia kena kidnap" teh ais itu dihirup sedikit. Fuh sedap betul. Kalah kedai mamak dekat Malaysia ni.
"Aik? Betul ke? Siapa je berani kidnap Lucia, ganas dia setaraf dengan adik perempuan abang tu tau tak" balas Khayra sambil menayang muka pelik sebelum dia mula mengambil tempat di sebelah Xavier.
Xavier mengemaskan sedikit kertas kertas yang sedikit bersepah di atas meja kerja itu.
"Itulah yang abang gelakkan. Si Ayyan gelabah, bila abang ugut suruh selamatkan Lucia. Hahaha diorang mana kenal siapa Lucia, sayang pun kenal dia sebab kita berdua pernah terjumpa dia dekat Spain tahun lepas kan" balas Ray pula.
"Tulah, haih masih terngiang-ngiang tau masa kita nak beli cenderahati tu tiba-tiba je kena kepung dengan kumpulan perompak. Lucia selamba badak je boleh tembak perompak-perompak tu semua. Dahlah headshot, depan mata sayang pulak tu. Eee ganas betulah adik Xavier" sambung Khayra. Sambil menutup kedua belah matanya. Ngeri kalau ingat semula kejadian tu. Apa lah dalam fikiran diorang ni. Tembak manusia macam tembak ayam.
"Tulah, tak sempat abang nak jadi hero time tu"
"Well tengok lah adik siapa" balas Xavier pula dengan nada yang riak.
Khayra dan Ray membuat muka menyampah.
Tunggu masa je dia ni nak kena pecat.
"Wey, lama lagi ke nak sampai. Dari tadi asyik menghadap jem tak habis habis. Bosan lah... " kata Zariq di tempat duduk belakang. Pandangannya dibuang keluar tingkap, tiada yang seronok. Pokok pokok hijau di sepanjang jalan itu dipandang malas.
"Kau tak tahu sabar eh? Iman kau mana, iman?"
"Sejak bila dia ada iman? Kau pernah nampak iman dia?"
"Entah, tak pernah nampak pun iman dia selama ni"
"Pembunuh ada iman ke?".
"Aku syak dia memang tak pernah ada iman"
Jawab mereka yang lain bertubi-tubi.
"Aku tanya je kan! Babi lah korang ni" balas Zariq tak puas hati. Sempat lagi tangannya mengetuk kepala Faiq yang duduk bersebelahan dengannya. Badan disandarkan semula ke kerusi belakang. Sakit hati layan jejaka jejaka sewel ni semua.
Mereka serentak mengelakkan Zariq.
"Tapikan, kau rasa betul ke dia kena culik?" Soal Keith tiba-tiba.
"Aah eh, mana tahu dia saja nak jalan jalan cari makan?"
"Betul tu" jawab si kembar Zen dan Zariq mengiyakan kata kata Faiq.
"Jangan jadi ayam sangat, kalau dia setakat nak jalan - jalan cari pasal, takkan dia pergi tak bagi tahu kita" balas Rayyan.
"Cari makan, Ayyan, bukan cari pasal"
"Sukahati aku lah nak sebut apa" betah Rayyan semula, Faiq menjulingkan matanya keatas. Dasar bebal.
"Hmmm betul jugak" sambung Zen.
"Tapi kan, korang perasan tak?" Kata kata Rayyan membuatkan mereka yang lain menumpukan perhatian kepadanya.
"Lucia Natalie, kenapa aku macam pernah dengar nama tu? Korang perasan tak? Ke aku sorang je yang perasan?" Dahi Rayyan berkerut cuba mengingat sesuatu yang tak pasti.
Mereka yang lain terdiam. Masing masing memandang antara satu sama lain. Zen meletakkan jarinya ke mulut. Isyarat agar mereka yang lain tidak pecah rahsia.
"Nama scandel kau?" Celah Faiq selamba.
"Kepala hotak kau, dia kan Gay mana ada scandel perempuan" jawab Keith pula.
Rayyan mengetap giginya kuat. Ada jugak aku lempar sekor sekor anjing ni keluar tingkap.
"Yes, sebenarnya kitaorang pun perasan jugak" ucap Zariq mendatar.
"Tapi takdalah nak syak apa apa sebab yelah dia kan adik Xavier" balas kembarnya pula sebelum kepala diangguk angguk setuju. Masing masing berpura-pura.
Rayyan mengeluh perlahan. Lucia Natalie, nama itu seolah olah pernah dia dengar sebelum ni. Ke bukan? Kepalanya digeleng-gelengkan beberapa kali. Ah lantak lah, nama makcik cleaner dekat syarikat kut.
"So, apa yang korang nak daripada aku?" Soal Lucia tenang. Gadis itu berjalan dengan penuh elegant sebelum duduk di atas sebuah kerusi kayu yang berada di tengah tengah bilik. Macam bilik penyiasatan dah nampak gayanya.
Seorang lelaki bertubuh tegap dan berpakaian hoodie hitam duduk betul betul di hadapannya. Lelaki itu menatap wajah Lucia.
Lucia hanya beriak selamba membalas semula renungan jejaka bermata hazel itu. Tidak terlintas sedikitpun gentaran di dalam jiwa gadis ini.
"Aku nak buat deal dengan kau" lelaki itu memulakan bicara.
"Well, if that deal give some benefit for me as well, why not, Deal apa?" Soal Lucia semula. Jarinya sekali sekala mengetuk-getuk meja itu menggunakan hujung kuku mengikut irama detakan jantung.
"Aku nak kau bunuh Rayyan Mikayla" jejaka bermata hazel itu mula tersenyum sinis.
"And what i got in return?" Balas Lucia semula. Wajahnya masih lagi kekal tenang.
"Bukan ke kau memang benci dia?" Soal jejaka hazel itu. Mula bermain kata kata. Kedua tangan ditongkat ke dagu. Mata tajam merenung gadis bermata kelabu cair di hadapannya.
"Why tho? Kenapa pulak aku kena benci dia? Dia adik boss aku" soal Lucia semula. Bibirnya juga mengukir senyuman sinis.
"He, Rayyan Mikayla is the one who kill your biological brother, am i right?"
Wajah Lucia terus berubah, kalau tadi hanya riak tenang yang dipamerkan kini wajahnya bertukar tegang dan dingin. Senyuman yang menghiasi bibir merah itu juga serta merta mati. Jarinya berhenti daripada terus mengetuk meja.
"Let me guess, hmmm ouh yah his name Lucas, Lucas Natalie. The heir of the BlackRose but, die in that guy hand. Rayyan Mikayla, Am i right? Miss Lucia Natalie hahahaha" jejaka bermata hazel itu kuat mertertawakan gadis itu.
Lucia mengetap giginya geram. Tak guna! sepatutnya hanya orang yang terlibat dengan keluarga dia sahaja yang mengetahui rahsia ini. Jangan jangan.
"Another?" Soalan Lucia mematikan gelak tawa jejaka itu.
"What another?"
" Just for that? Untuk kepuasan hati? Bosannya deal kau ni, tak memberikan aku apa apa keuntungan langsung " balas Lucia semula. Sengaja bibir merahnya tersenyum mengejek ke arah lelaki itu.
Senyuman dan gelak tawa jejaka hazel itu terus lenyap.
"So apa yang kau nak?"
Lucia tersenyum lagi, tetapi kali ni tampak sungguh sinis.
"Wey betul ke dia dekat sini? Macam bukan tempat untuk culik orang je? Mewah je tempat ni, selalunya kalau scene culik-culik orangkan, dalam gudang, rumah terbiar tak pun kilang lama" soal Keith. Mata meliar memandang sekeliling bangunan 4 tingkat itu. Ada satu pancuran kolam air disudut kanan. Belakangnya pula ada kawasan yang lapang. Beberapa ekor anjing bulldog sedang tidur dengan nyenyak di dalam rumah kecil yang dibuat daripada kayu .
Keith menelan air liurnya sendiri, pergh itu kalau kena gigit dengan anjing tu. Boleh hilang separuh punggung.
"Entah, betul ke Faiq ni tempatnya?" Zariq memandang pula wajah jejaka yang paling muda di antara mereka semua itu.
"Kalau ikut data yang aku dapat ni. Betullah ini tempat dia" ipad itu diangkat sebelum ditayangkan pula pada mereka yang lain.
"Well tunggu apa lagi, jom serang. Aku dah lama tak gaduh gaduh ni" ujar Rayyan terlebih teruja. Keith menjeling ke arah Rayyan, motif dia ni bukan nak selamatkan Lucia sangat pun. Lebih kepada dia nak bergaduh je.
"Hold on, hold on, macam mana kalau kita salah tempat?" Halang Zariq. Wajah mereka di pandang satu persatu.
Zen yang masih lagi duduk di dalam kereta sibuk mengisi peluru di dalam senjata kesayangannya satu persatu mengabaikan mereka yang berada di luar.
"Aah takkan kita nak redah je masuk dalam dengan bawak senjata macam ni. Ni senapang kau ni apa semua. Aduh sorok lah sikit bodoh" Keith menunjukkan M4 bewarna putih yang dipegang oleh Rayyan.
Rayyan memandang muka Keith malas.
"Kau tengok muka aku, nampak macam muka aku ni kisah ke? Jom masuk je" Rayyan terus sahaja melangkah ke arah pintu masuk.
Keith sudah menepuk dahinya sendiri.
Faiq dan yang lain terus mengikut Rayyan dari belakang. Apa apahal biar dia mati dulu. Huhuhu.
Namun baru sahaja kaki mereka ingin melangkah masuk, pintu automatik itu terlebih dahulu terbuka sebelum seorang wanita berjalan keluar dari dalam bangunan itu.
"Hye guys, buat apa dekat sini? Cari i ke?" Soal Lucia beriak selamba.
Mereka yang lain sudah ternganga melihat gadis itu.
"Lucia! You tak apa apa ke? Kenapa tiba-tiba you ada dekat sini? Kitaorang ingatkan you kena culik" Faiq terlebih dahulu membuka mulutnya. Badan Lucia dilihat pula dari atas hingga ke bawah. Takda langsung kesan luka atau kesan kena tembak. Jadi dekat tandas tu darah siapa?
"Hah? Siapa kata i kena culik? I lawat kawan i lah" bohong Lucia mendatar.
Rayyan memandang gadis itu tak puas hati.
"Kawan kau? Duduk bangunan buruk ni? Low class betul" perli Rayyan mendatar. Baru sahaja badannya berpusing belakang. Wajah gadis itu dipandang semula.
"Perempuan memang lahir untuk menyusahkan kaum lelaki ke?" Soal Rayyan selamba.
Lucia berdecit sedikit sebelum iphone di dalam seluarnya di bawa keluar.
"Zaman sekarang dah canggih, apa guna telefon kalau buat sendal pintu"
Mereka yang lain sudah menepuk dahi sendiri. Kenapalah mereka tidak terfikir langsung untuk menelefon gadis itu.
"Dah jomlah blah, abang aku dah memekak dekat syarikat tu" Rayyan mengabaikan kata kata Lucia. Dia terus sahaja melangkah semula ke dalam kereta hitam sebelum diikuti pula oleh mereka yang lain.
"I'm glad you're fine" ucap Faiq bersama senyuman ikhlas.
"Thanks"
Sebelum melangkah pergi sempat gadis itu menoleh semula k earah bangunan yang berada dibelakangnya. Matanya terarah pada tingkap yang berada di tingkat 4. Senyuman sinis diukir untuk lelaki bermata hazel yang berdiri di balik langsir hitam sebelum kakinya terus melangkah meninggalkan tempat itu.
Tak lama selepas itu langsir itu tertutup kembali.
Share this novel