Angin pantai yang kuat meniup menyebabkan rambut Lucia sedikit tidak terurus. Melihat isterinya yang seperti bertarung dengan rambut sendiri Rayyan cepat-cepat mengikat rambut Lucia mengunakan getah yang sememangnya dibawa dari dalam bilik.
"Thanks..." ucap Lucia dengan senyuman manis terukir di bibir.
"Welcome my darling..." balas Rayyan lembut.
Mereka berdua hanya berkaki ayam di atas pasir pantai, selipar awal-awal lagi sudah dicabut. Rugilah siapa yang jalan tepi pantai pakai kasut. Betul tak?.
"Wey kau tengok tu, itukan yang perempuan mata kelabu semalam?" tanya Diaz kepada Matin. Mata terarah pada satu pasangan yang sedang elok duduk diatas batu menghadap pantai.
"Aah lah wey, jom kita pergi tegur" cadang Matin sebelum kaki terus melangkah ke arah Rayyan dan Lucia.
"Assalammualaikum, hi" tegur Diaz dengan senyuman. Matin berdiri di sebelah.
"Waalaikummussalam" jawab Rayyan dan Lucia serentak.
"Korang berdua je ke , mana keluarga yang lain semalam?" soal Matin. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah Lucia.
"Diaorang pergi Langkawi harini, jalan jalan" balas Rayyan mendatar sebelum nafas dilepas panjang. Macam bunyi mengeluh pun ya.
"Awak tolong pergi belikan minuman kejap, boleh? " arah Rayyan apabila melihat muka Lucia yang tidak selesa dengan dua orang lelaki yang sudah duduk rapat disebelahnya.
Lucia tidak bercakap banyak, dia terus sahaja bangun dan melangkah meninggalkan mereka bertiga.
"Bro aku nak tanya sikit boleh tak?" soal Matin memulakan perbualan. Nada suaranya berubah serius apabila Lucia sudah meninggalkan mereka.
Rayyan memandang dua jejaka itu sekilas sebelum senyuman terukir dimulut. Padahal dalam hati, dia nak tembak kepala dua dua lelaki ni. Bukannya Rayyan tak nampak yang tadi diorang sengaja duduk rapat dengan Lucia.
"Tanya apa tu?" soal Rayyan masih lagi cuba berlembut. Amarahnya dikawal.
"Perempuan tadi tu lawa lah, kau ni boyfriend dia ke bro?" soal Diaz berani. Lucia yang berada di bar terletak berhampiran dengan resort dipandang sekilas.
"Eh tak lah aku ahli keluarga dia" balas Rayyan tenang.
Matin dan Diaz sudah tersenyum lebar. Ada peluang ni.
"Ouh abang dia. Dia dah kahwin ke? siapa nama dia?" soal Matin pula.
"Nama dia Lucia, dia dah kahwin dah. Tapi sekarang suami dia tengah sakit... " balas Rayyan.
"Sakit, teruk ke?"
"Boleh dikatakan teruk jugak lah..."
"Wey, kau boleh masuk line doh kalau laki dia mati..." sampuk Matin kepada Diaz. Bahu Diaz ditepuk teruja.
Diaz tersenyum lebar.
"Tapi aku dengar cerita suami dia tu adik ketua mafia tau, Berani ke kau nak kacau dia?" soal Rayyan kepada mereka berdua. Kening sebelah diangkat tinggi.
"Alah setakat adik ketua je, confirm tak hebat mana pun. Entah entah lembik, lain lah kalau aku. Aku ni anak tengku, kerabat di raja tau..." balas Diaz yakin dan bangga. Mulutnya tersenyum sinis memandang Rayyan.
Rayyan tergelak halus. Bana kau lah.
"Korang semua stay sini berapa lama?" soal Diaz semula.
"Tak tahu lagilah, kalau takda apa apa yang jadi, rasanya seminggu dua gitu lah..." jawab Rayyan acuh tak acuh. Tangan sibuk mengengam pasir pantai. Sangat kuat. Sampaikan menggigil. Kemudian perlahan lahan dilepaskan ke tanah semula. Seolah olah dia telah berjaya membunuh pasir tak bernyawa itu.
"Kiranya aku ada peluang lah ni nak ngurat dia..."
"Ye wey, dia dengar kau anak tengku nanti mesti dia cair punya..." sampuk Matin pula.
"Anak tengku? Anak tengku ni kaya ke?" soal Rayyan.
"Mestilah kaya. Duit aku cecah 2 juta tau. Entah entah kau pun tak banyak duit macam aku... " kata Diaz riak.
Rayyan tergelak lagi tetapi kalini kedengaran sinis. Perlahan-lahan pisau rembo dikakinya dipegang. Agak-agak kalau dia kelar leher diaorang berdua ni sekarang apa jadi? . Anak tengku eh?. Hmmm. Nak kelar ke taknak? Nak ke taknak. Mata Rayyan menjeling ke arah bar yang tidak jauh dari tempat duduknya. Lucia masih lagi berada di situ. Lama sangat tu, beli air ke buat air?.
Kemudian wajah Diaz dan Matin dipandang semula. Macam mana ni? Nak bunuh ke taknak?. Pisau sudah ditarik separuh keluar dari sarung.
"By the way siapa nama kau bro?" soal Matin. Sekaligus mengembalikan Rayyan ke alam realiti.
"Nama aku Ayyan..." pisau rembo disimpan semula.
"Mak aih macam nama perempuan kau ni. Tak kena dengan muka lah..." ejek Diaz kemudian bahu Rayyan dipaut kasar. Kalau tengok dari jauh serupa macam Rayyan kena buli. Sudahlah muka dia pucat semacam.
"Haha bukan nama je macam perempuan, Aku jealous pun macam perempuan jugak kadang-kadang... " balas Rayyan penuh makna. Matanya melirik pada tangan Diaz yang elok memegang bahunya. Sial, main pegang pegang pulak kau. Tangan sudah memegang kembali pisau di kaki. Nak bunuh ke tak ek? Aduh pening lah nak pikir.
Matin dan Diaz tergelak agak kuat mendengar ayat Rayyan yang disangka gurauan.
"Bro aku nak nombor awek tadi tu, kau abang dia. Kau mesti ada kan..."
Rayyan tidak menjawab. Dua wajah lelaki di hadapannya itu dipandang dengan dahi yang berkerut.
Pak!
Belakang kepala Rayyan ditampar oleh Matin dengan kuat.
"Kau termenung apa! Bak lah nombor dia..." kata Diaz sedikit keras apabila Rayyan hanya diam.
Rayyan tersenyum nipis sebelum iphonenya dibawak keluar dari dalam poket seluar.
"019-711*****..."
"Okaylah bro gua cau dulu..." kata Matin dan Diaz setelah mendapatkan nombor Lucia. Sempat dia mengosok rambut Rayyan sehingga serabai sebelum kaki melangkah pergi.
"Semoga berjaya..." kata Rayyan sedikit kuat. Tangan dilambai.
Matin dan Diaz menoleh sebelum tergelak kuat. Macam menganjing pun ya.
"... untuk hidup..." sambung Rayyan perlahan. Automatik senyuman dimulutnya mati. Belakang kepala digosok sedikit. Sakit babi. Anjing betul. Kau tunggu lah kau.
"Diaorang buli awak ke?" soal Lucia yang sudah mengambil tempat di sebelah Rayyan. Satu cawan air oren juice dihulur. Rambut Rayyan yang nampak tidak terurus dibetulkan sedikit.
"Buli?..." Rayyan minum air oren itu laju.
"Hmm hahaha iyalah kut. Fuh first time aku kena buli. Macam ni rupanya perasaan kena buli" kata Rayyan sebelum dia gelak terbahak-bahak.
Tiba-tiba Lucia bangun secara mengejut.
"Eh awak nak pergi mana..." kata Rayyan. Tangan Lucia ditarik.
"Biar saya bunuh diaorang kejap. Sekejap je tak lama. Awak tunggu dalam 5 minit dekat sini. Kejap lagi saya datang balik" balas Lucia mendatar. Mukanya dingin. Mata masih tidak lepas memandang jejak kaki yang ditinggalkan oleh dua orang jejaka sebentar tadi.
Tangan Lucia ditarik kuat sedikit . Automatik dia terduduk semula.
"Tak payahlah..." kata Rayyan meleret.
"Dia pikir dia siapa nak buli suami saya?" soal Lucia tak puas hati. Mata tajam menjeling.
"Kan... Haih. Dia pikir dia siapa?. Dahlah kata aku takda duit. Lepastu dia siap ejek nama aku tau tadi. Dia kata macam nama perempuan" adu Rayyan. Mukanya dicebikkan.
Lucia pantas bangun semula. "Biar saya ajar diaorang sikit. Babi betul..."
Pantas Rayyan tarik tangan Lucia semula . Tapi kalini ditarik kearah dia. Akibatnya? Terduduklah Lucia atas peha Rayyan.
Tangan Rayyan elok melingkar di pinggang Lucia. Kepalanya diletak atas bahu gadis itu.
"Tak payah... Esok esok je..." bisik Rayyan perlahan. "Sebab kalau harini dah mati nanti kita semua kena balik France semula..." sambung Rayyan lagi. Rambut Lucia dicium lama.
"Kenapa pulak? Kalau diaorang buat hal macam mana?" balas Lucia tak puas hati.
"Buat hal? Maksud sayang?"
"Kalau dia ganggu awak lagi macam mana?" ulang Lucia.
Rayyan tergelak. Sangat kuat. Sampai keluar air mata. Apahal lembik sangat ni sampaikan bini nak kena jaga. Aduh jatuh air muka tahu tak.
Lucia pantas mencubit lembut peha Rayyan apabila lelaki itu tidak berhenti daripada gelak.
"Apa yang kelakarnya?" soal Lucia dengan muka yang masam mencuka.
Rayyan mengelap sisa air mata yang mengalir.
"Jangan risau, pandai lah yang lain uruskan kalau diorang buat hal" kata Rayyan dengan mulut yang tersenyum sinis.
Mereka yang lain sampai semula ke resort waktu malam. Sampai sampai je terus mereka melangkah ke arah dining hall kerana Rayyan dan Lucia sudah menunggu di situ.
"Ayyan okay? Pagi tadi tak nampak pun" tegur Khayra yang baru sahaja mengambil tempat di meja bulat. Ray duduk di sebelah. Anak anaknya diletakkan di dalam bilik. Masing masing sudah tidur. Kepenatan agaknya seharian berjalan jalan di Langkawi.
"Orait je, terlajak tidur. Sedar sedar je dah pukul 10" balas Rayyan dengan mulut yang tersengih. Lucia di sebelah hanya diam.
Kemudian mereka yang lain turut mengambil tempat di meja bulat itu.
"Kau dengan Hanz buat apa satu hari ni?" soal Keith mendatar. Mata terarah pada muka beku Xavier yang berada di sebelah Lucia.
"Tidur" tipu Xavier. Muka dia tenang je.
"Aku pergi gym" celah Hanz pula.
"Aku ingatkan korang beromen dalam bilik, orang datang sini bercuti dia pergi tidur, tidur dekat rumah pun boleh" sampuk Rayyan selamba sebelum dia tergelak kuat.
"Kau sakit buat cara sakit eh" kata Zariq.
"Yang sakit badan, mulut masih function" bidas Rayyan semula.
Mereka yang lain hanya mengabaikan. Malas nak bertekak karang jadi benda lain. Selang beberapa minit meja itu dipenuhi dengan makanan makanan yang di pesan oleh Rayyan dan Lucia. Dan semestinya makanan itu sekali ganda lebih banyak berbanding pagi tadi. Nasi putih, siakap, sotong goreng tepung, udang buttermilk, Lobster masak lemak macam macam lah lagi.
"Yang tambah cuma sorang, tapi aku rasa macam untuk sekampung" kata Faiq.
"Jangan nak banyak bunyi eh, makan jelah hak alah" kata Rayyan yang sudah menyumbat mulutnya penuh dengan nasi.
"Akak nanti habis makan datang bilik Av tau, Av ada belikan akak dengan Abang Rayyan coklat tadi. Banyak! Macam macam jenis ada. Keychain pun ada tau" kata Avery teruja. Nasi putih disuap kedalam mulut.
"Iyake? Susah susah je..." Lucia tersenyum manis.
"Takdanya susah, yang susah i ni hah kehulur hilir jadi bakul, tak cukup dengan tu bukannya dia belikan aku pape pun. Untuk korang je dia beli. Aku yang jadi bakul ni tak dapat apa" celah Keith mendatar. Kemudian mereka semua tergelak tengok muka cemberut Keith.
"Hah ngeluh ngeluh! Taknak bawak shopping sama sama lagi karang" balas Avery laju. Matanya tajam menjeling Keith.
Keith hanya menghela nafas panjang. Haih nasib sayang. Erk sayang ke?.
"Hi korang? Baru makan ke?" tegur satu suara.
Serta merta meja itu menjadi sunyi sepi. Sesunyi tanah kubur. Semua mata pantas menjeling pada suara yang menegur tadi. Jelingan yang paling tajam sudah semestinya mata Avery dan Lucia.
"Aku tak tahu lah apa function dua biji mata dekat muka kau yang tak beberapa nak siap tu, sama ada untuk hiasan atau sesaja gantung? . Tak nampak ke kitaorang semua tengah family time? Kau jangan nak semak boleh? Thanks" dingin Avery berbicara.
"Lah relax lah kitaorang tegur je beramah mesra..." sampuk Matin yang berada di belakang Mika. Farid berdiri di sebelah Haikal.
"Aku ternampak member aku dekat sini tu yang aku tegur..." kata Diaz yang berada di belakang Rayyan. Kemudian tangannya elok diletak atas kepala lelaki itu.
"Kan Ayyan..."
Mereka yang lain sudah menelan air liur. Fuck! Apehal dia ni.
Rayyan menarik nafas panjang sebelum mulutnya tersenyum nipis. Sudu dan garfu elok diletakkan semula ke pinggan sebelum matanya menoleh ke arah mereka berlima.
"Korang pun baru nak turun makan ke?" Soal Rayyan ramah. Sebelah tangannya kuat menghalang tangan isterinya yang sudah mencapai pistol di kaki.
"Aah. Eh apahal korang semua senyap je ni? Sambung lah makan" kata Haikal ke arah mereka yang lain. Mereka semua sudah berhenti mengunyah. Tangan masing-masing juga tiada di meja. Semua sudah turun ke bawah. Kecuali Khayra dan Ray.
"Aku rasa kau menganggu keluarga aku kut..." kata Rayyan yang masih lagi dengan senyuman di mulutnya.
"Hak alah nak ganggu apa, tak lama lagi kita akan jadi keluarga jugak. Kan..." kata Diaz selamba. Sempat matanya mengenyit ke arah Lucia.
Rayyan tergelak halus. Memang tempah maut agaknya dia ni.
"Okaylah kitaorang gerak dulu... Perut dah lapar" kata Mika mendatar. Kemudian dia melangkah pergi sebelum diikuti pula dengan yang lain. Sempat lagi Diaz mencubit pipi Rayyan sebelum dia turut melangkah sama.
"Just say one word Rayyan, and i will shoot that damn fucking head" keras Avery menutur. Mata tajam merenung kelima lima lelaki tadi.
Rayyan menguak rambutnya ke belakang beberapa kali. "Enough, don't ruin our family time" balas Rayyan tenang.
Kemudian matanya memandang ke arah mereka yang lain.
"Put down your weapon guys" arah Rayyan mendatar. Tangan Lucia dilepaskan perlahan. Kemudian dia terus menyuapkan makanan ke dalam mulut seperti tiada apa apa yang berlaku.
Mereka yang lain juga kembali makan seperti biasa. Cuma satu sahaja perbezaan. Yang tertayang di wajah masing-masing kini hanya riak muka yang bengis.
Share this novel