Rayyan duduk di hadapan tv bersama dengan Lucia. Mata tekun melihat siaran yang di siarkan di tv3.
Kampung people?
Kening Rayyan bertaut melihat cerita itu. Yang Si Lucia pulak tak habis habis tergelak di sebelahnya. Apa yang kelakarnya tak tahulah.
Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk.
Rayyan terus sahaja bangun sebelum melangkah ke arah pintu.
"Nak apa?" Tanya Rayyan apabila melihat wajah beku Xavier di hadapan pintu biliknya.
"Aku nak ambik darah kau kejap" kata Xavier mendatar. Kakinya terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik.
Rayyan hanya mengeluh panjang sebelum dia juga turut melangkah ke dalam semula. Dia kemudian mengambil tempat di atas kerusi yang ada dalam bilik.
Xavier membuka beg kecil yang diletakkan di atas meja. Satu jarum picagari di ambil sebelum dibelek dengan penuh berhati hati. Baju Rayyan ditarik hingga ke paras siku. Tornikat diikat ketat sebelum jarum itu disuntik ke lengan.
"Kenapa ni? Tiba-tiba je kau nak darah aku. Nak santau eh?" Soal Rayyan dengan mata yang melihat Xavier memasukkan darahnya dalam beberapa tabung uji.
"Aku ada siapkan 45 jenis antidote yang baru. Aku nak test guna darah kau ni. Boleh hilangkan ke tidak sisa sisa dadah dalam badan kau" balas Xavier mendatar. Mukanya serius sahaja. Dia pernah ke tak serius?
"Kau bawak pergi sini semua peralatan peralatan medic kau?" Soal Rayyan semula. Kapas putih ditekan pada lengan yang disuntik tadi.
"Aah" balas Xavier sepatah.
"Kenapa kau obses sangat ni bro? Aku ajak kau datang sini untuk bercuti, rehatkan minda kau yang 24 jam kena pakai tu. Bukan suruh bawak kerja kerja kau lepas tu siapkan dekat resort ni. Kalau macam tu baik tak payah bercuti terperap je dalam bilik medic kau tu" bebel Rayyan.
"Aku taknak bazir masa" kata Xavier. Tangannya sibuk mengemas semula peralatan peralatan yang digunakan sebentar tadi.
Rayyan mengeluh panjang.
"Boleh tak kau enjoy life kau? Jangan nak bosan sangat hidup tu"
Xavier menoleh ke arah Rayyan yang masih lagi merenung mukanya. Dia tidak berkata apa apa. Tangannya terus sahaja memegang leher Rayyan sebelum dipicit sedikit.
"Wey, sakit lah. Apa kau buat ni!" Latah Rayyan sebelum menepis tangan Xavier lembut.
"Aku cuma tolak sikit je kulit kau, kau dah rasa sakit? Tadi masa bangsat tu picit pipi kau apasal kau tak melawan?" Soal Xavier dingin.
Rayyan hanya diam. Lucia yang berada di ruang tamu sudah memandang ke arah mereka berdua.
"Tadi tak rasa..."
"Kau jangan nak tipu aku Ayyan, orang lain boleh lah kau tipu hidup-hidup. Tapi kau lupa ke aku ni siapa? Aku ni doktor. Aku tahu apa yang kau rasa. Even sekarang ni kulit kau berlanggar dengan baju kau sendiri pun kau dah rasa sakit kan? Apatah lagi ada sentuhan dari kulit ke kulit" marah Xavier.
Rayyan masih lagi diam. Dia tidak boleh menafikan kata kata Xavier. Memang semua yang diperkatakan oleh lelaki itu benar belaka. Setiap detik kulitnya, dirinya, emosinya sengsara.
"Kenapa diam? Sebab apa yang aku cakap semua ni betul kan? Lepastu apa kau cakap tadi? Kau nak suruh aku enjoy life aku? Kau nak suruh aku bercuti huha huha sana sini mandi pantai pergi shopping macam diorang semua sedangkan kau merana dan sengsara setiap saat? Macam tu? Don't be stupid lah Rayyan" sambung Xavier lagi. Kakinya sudah melangkah ke arah pintu.
"Aku tahu Xavier. Aku tahu aku berlakon macam semuanya okay setiap masa. Walaupun sebenarnya aku tak okay. Aku cuma taknak korang simpati dengan keadaan aku. Korang ada life masing-masing. Aku taknak susahkan sesiapa.... " kata Rayyan perlahan. Langkah Xavier terhenti betul betul di hadapan pintu bilik.
"Fungsi aku dalam keluarga kau adalah untuk merawat. Kau sakit dan perlukan rawatan. Kalau aku tak boleh nak rawat kau itu maknanya aku gagal dalam tugas aku. Aku cuma buat apa yang sepatutnya aku buat, kau tak perlu risaukan aku. I just do my job" habis sahaja berkata Xavier terus melangkah pergi. Pintu bilik ditutup rapat.
Rayyan menghela nafas panjang. Matanya masih lagi terarah pada pintu yang kini sudah tertutup rapat.
"Salah ke apa yang selama ni aku buat?" Soal Rayyan mendatar.
Lucia datang dekat Rayyan sebelum badan lelaki itu dipeluk lembut. Ubun ubun Rayyan dicium lama.
"Fuh first time aku kena marah dengan Xavier..." kata Rayyan sebelum tergelak kecil. Nafas dilepas panjang.
"Abang tak marah lah, dia tu memang workholic. Daripada dulu lagi. Lagipun dia risau dengan keadaan awak. Sebab tu lah dia macam tu" balas Lucia lembut.
Rayyan menoleh ke arah Lucia. Muka gadis itu direnung lama sebelum satu senyuman manis terukir.
"I love you, sayang " bisik Rayyan lembut.
"I love you too" balas Lucia dengan senyuman yang semakin melebar.
"So macam mana? Kau masih nak teruskan rancangan tu ke?" Soal Faris kepada Mika dan Diaz. Mereka berlima berada dalam bilik Faris.
Mika dan Diaz tergelak jahat.
"Jangan risau, kita buat je. Lagipun kita anak tengku. Diorang boleh buat apa je? Nak lapor polis? Huh daddy aku boleh rasuah polis tu nanti" balas Diaz yakin. Mulutnya tersenyum jahat.
"Entah diorang boleh buat apa je dengan kita? Kalau jadi kes pun kita boleh upah peguam yang lebih mahal. Kita kan banyak duit" celah Mika pula.
Haikal hanya diam. Entah kenapa hati dia rasa gusar memikirkan ayat lelaki yang bersalaman dengan Faris tempoh hari. Jangan ganggu keluarga tu.
Hmmm.
"Kita rancang baik baik punya... Masa kita rogol dia nanti kita rakam guna kamera. Lepas je dia sedar kita terus tunjuk dekat dia video tu. Hahaha. Aku tak sabar nak tengok reaksi perempuan tu nanti. Berlagak sangat kan" kata Matin dengan mulut yang tersenyum senget.
Xavier mengurut pelipis matanya beberapa kali. Badan disandar ke kerusi. Sudah lebih 30 jenis antidote dia cuba. Semuanya berakhir dengan kegagalan.
Kepalanya menoleh pula ke arah peti sejuk mini di atas meja. 15 bekas sahaja lagi yang tinggal.
"Apa aku nak buat ni babi!" gumam Xavier perlahan. Mukanya diraup kasar. Jelas dia kusut dengan keadaannya sekarang.
"Kau tengah buat apa tu bro? Daripada haritu lagi aku tengok kau buat benda ni" tegur Hanz yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik air. Ada sehelai tuala yabg disangkut pada batang leher.
"Aku buat antidote Rayyan. Dia sakit... Tapi dah macam macam cara aku cuba semuanya gagal... " kata Xavier mendatar. Kepala mendongak ke atas. Matanya masih lagi terpejam.
Sakit? Sebab dadah Tyler ke?
"Bagi aku tengok kejap..." kata Hanz yang sudah melangkah ke arah meja kerja Xavier. Sebelum sebelum ni Hanz tidak pernah mendekati meja itu. Masa awal awal sampai lagi Xavier sudah melarang Hanz menyentuh apa apa peralatan dan ubatan yang diletakkan atas meja kerjanya.
Lama Hanz melihat beberapa sampel darah Rayyan yang sudah bertukar menjadi hitam kerana kesan antidote yang tidak sempurna.
"Sakit daripada kesan dadah Tyler bagi ke?" soal Hanz semula.
Xavier hanya mengangguk.
Hanz melihat microscope di atas meja itu dengan lebih dekat.
"Aku tengok kejap boleh?" Pinta Hanz.
"Tengoklah..."
"Hmmm... Aku rasa ada satu point penting yang kau tertinggal ni..." kata Hanz mendatar. Darah yang berada di cermin microscope itu dilihat dengan lebih teliti.
Xavier terus membuka matanya laju. Wajah Hanz dipandang pelik.
"Apa maksud kau?" Soal Xavier semula.
"Jenis darah, Rayyan darah Ab- kan? Darah Rayyan memang sensitif sikit jadi cara kau hasilkan antidote ni kena ikut jenis darah dia... "
Perlahan-lahan mata Xavier membulat besar.
"Macam mana aku boleh terlepas pandang!" Kata Xavier sedikit kuat. Microscope itu pantas dibelek semula.
Hanz hanya tersenyum. Kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Bahu Xavier ditepuk perlahan.
"Thanks wey! Kalau kau tak tegur, aku rasa memang lagi lama lah aku nak dapatkan antidote yang betul" kata Xavier semula.
"Takda apalah. Aku cuma bantu apa yang aku boleh bantu..." balas Hanz. Kemudian dia melangkah ke arah katilnya yang berada di bahagian kanan bilik.
'Sebagai balasan untuk kesilapan lama aku' bicara Hanz dalam hati. Badan di baringkan atas katil. Perlahan-lahan mulutnya tersenyum lebar.
Kehidupannya sekarang tidaklah teruk mana. Sekurang-kurangnya dia dianggap sebagai keluarga.
Avery yang baru sahaja selesai mandi terus melangkah ke arah meja solek. Rambut yang panjang separas dada itu disikat.
Tok! Tok! Tok!
Pintu biliknya diketuk.
"Room service ..."
Avery melihat jam yang tergantung di dinding. Kejadahnya room service pukul 10 malam. Lambat lambat dia bangun sebelum melangkah ke arah pintu.
Pintu bilik dibuka.
"Saya takda order apa apa air..." kata Avery dengan mata yang tajam merenung pekerja di hadapannya. Ada satu gelas air yang berwarna merah berada di tangan pekerja itu.
"Eh tapi saya ada dapat order ni miss. Daripada Mr Ayyan, dah bayar dah pun air ni" kata pekerja resort itu keliru.
Avery tidak bercakap banyak. Air jus tembikai itu terus diambil sebelum pintu ditutup semula. Kaki melangkah semula ke dalam bilik.
"Dah kenapa tiba-tiba orderkan Av air tembikai?" Avery melihat air itu dengan kening yang berkerut. Cawan itu dibelek dan dipusing beberapa kali. Hmm lantak lah. Tekaknya juga terasa haus sekarang ni.
Terus Avery minum air tembikai itu sehingga habis. Cawan diletakkan semula atas meja. Tetapi baru sahaja dia ingin melangkah ke arah katil , kepalanya mula terasa pening. Pandangannya sudah berbalam.
Tak lama selepas itu, Avery rebah ke lantai.
"Coklat tu ambik esok pagi tak boleh ke?" Soal Rayyan yang sedang duduk di atas sofa depan tv.
"Alah sekejap je, saya ambik coklat lepastu saya balik lah ke sini semula..." balas Lucia yang sudah berada di hadapan pintu bilik. Pintu dibuka. Selipar disarung pada kaki.
"Sekejap je eh. I give you 5 minutes. Kau takda dalam bilik ni dalam masa lima minit, aku datang sana aku heret mu balik semula" kata Rayyan mendatar. Lucia tergelak kecil mendengar arahan suaminya itu.
"Iya iya lima minit je" terus kaki melangkah pergi. Pintu bilik ditutup.
Lucia berjalan ke arah bilik Avery yang berada selang 8 bilik suite dengan biliknya. Baru sahaja tangan ingin mengetuk, Lucia terpandang akan pintu bilik Avery yang tidak ditutup dengan rapat.
"Eh kenapa terbukak?" pintu itu ditolak kedalam. Kaki melangkah masuk selangkah.
"Av..." panggil Lucia perlahan.
Baru sahaja beberapa langkah masuk pintu bilik itu tertutup semula dengan kuat. Perlahan - lahan mata Lucia membulat besar melihat 5 orang lelaki yang menyapa mereka semua ketika di dining hall tadi kini berada dalam bilik Avery.
Mata terarah pula ke arah katil bilik.
"AV!" panggil Lucia kuat. Gadis itu sudah separa bogel atas katil. Mika dan Matin pula berada di sebelah Avery.
"Well well... Nampaknya kita makan besar kalini..." kata Farid dengan mulut yang tersenyum senget. Kaki melangkah semakin dekat dengan Lucia sebelum rambut Lucia dipegang.
Lucia tidak berkata banyak dia pantas membuat pusingan 360 darjah sebelum muka Farid disepak dengan kuat. Terdengar bunyi tulang bergesel sewaktu kaki itu hinggap di muka Farid.
Melihat kawannya disepak, Haikal terus sahaja memegang kedua tangan Lucia dari belakang. Namun Lucia lebih pantas memusingkan tangan Haikal semula sebelum badan belakangnya dipijak dengan sekuat hati.
"Kalau kau tak berhenti melawan, aku rogol perempuan ni sekarang..." ugut Mika yang sudah meraba badan Avery.
"Kau berani sentuh dia lagi sekali. Memang mati kau" dingin Lucia menekankan ayatnya satu. Tangan Lucia menggigil kuat menahan amarah dalam hati. Bibir bawah diketap sehingga berdarah.
Tangan yang memegang Haikal ditepis kasar. Kaki sudah melangkah mendekati Mika yang berada di katil.
Namun pantas Diaz, Haikal dan Farid mengunci badan Lucia dari belakang. Lucia meronta kuat sebelum satu hentakan yang kuat terasa di bahagian belakang kepalanya. Perlahan lahan badan Lucia rebah ke lantai.
"Kepala hotak dia. Kuat sial betina ni" kata Farid yang sudah memegang rahang mulutnya yang kian membengkak. Badan Lucia ditendang beberapa kali.
"Dah jom ikat dia atas katil sebelum dia bangun semula..." kata Diaz sebelum badan Lucia diangkat.
"Haish mana bini aku ni..." kata Rayyan yang sudah tidak senang duduk. Jam tangan dilihat. Sudah 10 minit berlalu. Tadi kata nak pergi 5 minit je. Ni dah lebih 5 minit. Ke dia lupa jalan balik bilik?
Ini tak boleh jadi ni.
Rayyan terus bangun daripada katil. Kaki laju melangkah ke arah pintu. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar, muka Keith terpampang betul betul di hadapan pintunya.
"Eh mak kau! Kau dah kenapa gila! Tercegat depan pintu aku" marah Rayyan. Dadanya diurut beberapa kali. Babi! Buat terkejut orang je.
"Wey aku call Av daripada tadi tak dapat... Padahal tadi dia yang suruh aku call. Aku rasa tak sedap hati lah. Kau pergi check bilik dia kejap" kata Keith mendatar. Wajahnya jelas nampak kerisauan.
"Iya aku pun nak pergi bilik dia lah ni, nak heret bini aku balik. Dah lupa jalan balik bilik agaknya..." Rayyan terus menutup pintu biliknya sebelum kaki terus melangkah keluar. Keith pula hanya mengekor dari belakang.
"So siapa nak buat dulu, siapa yang nak rakam?" Soal Diaz selamba. Lucia yang berada atas katil dipandang sekilas. Tangan dan kaki gadis itu sudah diikat pada setiap penjuru katil.
"Kita lawan burung batu air..." cadang Mika. Air liurnya ditelan. Avery yang sudah di bogelkan separuh atas katil itu direnung. Fuh cantik gila badan perempuan tu.
"Korang takkan selamat..." celah satu suara dingin.
Mereka semua menoleh ke arah Lucia yang sudah sedar.
"Apa dia? Ulang balik?" Soal Diaz mengejek.
"Aku jamin korang takkan selamat. Baik korang semua mengucap awal awal. Takut nanti dah tak sempat" kata Lucia tenang dan mendatar. Mata tajam merenung kelima-lima lelaki di hadapan. Di dahi Lucia ada mengalir satu cecair berwarna merah.
Avery yang berada di sebelah katilnya pula dipandang sekilas. Gigi diketap kuat. Gadis itu hanya berseluar sahaja. Pakaian yang lain sudah berada atas lantai bilik. Pasti mereka yang menanggalkan pakaian Avery.
"Apa kau kata? Takkan selamat? Hahahha" Diaz melangkah ke arah Lucia sebelum rambut gadis itu ditarik kuat.
"Yang takkan selamat tu kau!"
Pang!
Satu tamparan kuat mengena pada muka Lucia. Kepala Lucia terteleng ke kanan. Mereka yang lain sudah tergelak macam setan.
Lucia meludah keluar darah yang berada dalam mulutnya. Pasti pipi di bahagian dalamnya sudah terkoyak.
"Kau jangan risau... Lepas aku rogol perempuan sombong tu. Kau pulak aku jamah" bisik Diaz ditelinga Lucia.
Farid sudah merakam aksi itu menggunakan satu kamera.
BAM!
Tiba-tiba pintu kayu yang tadinya elok molek dan masih kekal di tempatnya kini sudah terpatah dua.
"Benda bangsat apa yang aku tengah tengok sekarang ni?" Tanya satu suara garau yang kini sudah melangkah masuk ke dalam bilik Avery. Kedua tangannya elok terletak dalam kocek seluar.
Share this novel