Xavier melangkah masuk ke dalam bilik yang berada paling hujung. Bilik itu penuh dengan bermacam macam jenis tabung uji. Satu persatu tabung uji itu dimasukkan ke dalam beg yang sememangnya dibawa semasa datang ke tempat ini. Setelah selesai, dia terus sahaja melangkah keluar.
Kaki menghala pula ke arah bilik yang berada di tingkat atas. Pintu dibuka. Mukanya jelas terkejut melihat keadaan di dalam bilik itu. Darah penuh merata-rata di atas lantai.
Di tengah tengah bilik itu pula Tyler sedang kuat meraung dengan mata yang hanya tinggal sebelah. Lucia berada di sebelah lelaki itu dengan wajah yang sudah basah dengan darah dan air mata. Bukan itu sahaja muka gadis itu juga kelihatan agak bengkak dan lebam.
Kepala menoleh pula ke arah kanan. Keith, Zariq dan Zen masing-masing terduduk di atas lantai dengan wajah yang jelas ketakutan.
Xavier pantas menghampiri mereka bertiga.
"Apasal ni? Apa yang dah jadi?" Soal Xavier tenang.
Zariq tidak menjawab, hanya tangan sahaja yang menunjuk ke arah Ray yang berada di hadapan mereka.
"Kenapa dengan dia? Dia tengah telefon siapa?" Soal Xavier lagi. Jelas mukanya seperti dalam kekeliruan. Mata menoleh pula ke arah Ray. Lelaki itu sedang menelefon seseorang.
"Hello... Rayyan ni aku Louis..." kata Ray dingin.
Membulat besar mata Xavier. Louis! Apa yang terjadi ni? Kenapa Louis boleh keluar semula!
"Louis?...Bukan ke nama kau Ray?" tanya Rayyan yang berada di hujung panggilan.
"Aku takda masa nak terang. Sekarang ni aku nak korang semua keluar dari dalam rumah tu"
"Ke...kenapa?" Soal Rayyan semula. Nada suara kedengaran lemah .
"Kau pehal ni?" Tanya Louis kembali. Dahinya berkerut mendengar suara adiknya itu. Kenapa macam lemah semacam je si sial ni?
"Aku okay... kenapa kena keluar?" Ulang Rayyan.
"Rumah tu Tyler dah pasang bom TPB dekat tingkat 1 bawah tanah" kata Louis mendatar.
Yang lain hanya memasang telinga.
"Bom? Aku..." tiba-tiba telefon itu seperti dirampas oleh seseorang.
"Hello ni aku Faiq. Rayyan, kondisi dia semakin teruk ni. Ulang balik apa yang kau cakap tadi" kata Faiq yang berada di hujung talian.
"Korang semua keluar dari rumah tu sekarang! Rumah tu ada bom yang akan meletup tak lama lagi!" Kata Louis sedikit kuat.
"Hah! Bom? Bom tu dekat mana?" Soal Faiq semula.
"Tingkat satu bawah tanah"
"Okay okay" panggilan itu segera dimatikan.
Louis menoleh semula ke arah mereka yang lain. Mata yang dulu merah kehijauan kini sudah berubah sepenuhnya menjadi merah gelap.
"Ray?" Panggil Xavier mendatar.
"It's me Louis" balas Louis dingin sebelum kaki terus melangkah mendekati Tyler yang sudah terbaring di atas lantai. Kakinya mencangkung. Rambut Tyler dicengkam kuat.
"Kau akan terima akibatnya kerana memanggil aku keluar semula" kata Louis dingin. Mata merah itu tajam merenung mata Tyler yang hanya tinggal satu.
Mereka yang lain terus menelan air liur yang terasa kesat. Mampus. Setan ni dah mengamuk.
Louis bangun daripada mencangkung dengan tangan yang masih lagi mencengkam rambut Tyler. Kemudian dia terus sahaja mengheret Tyler keluar. Sesaat selepas itu Lucia pula bangun sebelum dia juga mengikut Louis keluar dari bilik itu.
"Macam mana ni? Dia nak bawak pergi mana Tyler tu?" Tanya Keith kepada kembar dan juga Xavier yang berada di sebelahnya. Mukanya jelas tampak ketakutan.
"Aku rasa dia nak bawak Tyler pergi neraka" kata Xavier tenang. Wajah beku ditayang.
"Kita nak ikut dia ke?" Tanya Zen pula.
"Wey aku takut wey dengan Louis. Silap hari bulan dengan kita kita sekali mati!" Kata Zariq sedikit kuat. Masih terbayang lagi peristiwa ketika Louis hampir membunuh dia dan abang kembarnya beberapa tahun yang lalu.
Xavier tidak berkata apa-apa dia terus sahaja bangun daripada duduknya. Keith yang masih lagi berada di atas lantai pantas menarik tangan Xavier dari belakang.
"Wey kau nak pergi mana! Aku takut nak jumpa Louis!" Kata Keith sedikit kuat.
"Habis takkan kita nak biar je diaorang bertiga tu?" Balas Xavier tenang. Kepala sudah menoleh ke arah mereka bertiga.
"Biar jelah, paling kurang pun bukan kita yang mati!" Celah Zariq pula. Keith dan Zen menganggukkan kepala mereka laju.
"Ish lepaslah! Aku nak check jugak keadaan dia..." pegangan dilepaskan. Mereka bertiga hanya memerhati dari ekor mata Xavier yang sudah melangkah pergi.
"Wey macam mana ni, kita nak buat apa. Aduh! Macam mana Louis boleh keluar pulak ni?" kata Keith dengan muka yang nampak serabut.
"Aku tak nak keluar dari bilik ni titik!" Kata Zariq sambil menyilangkan tangannya ke dada dengan kaki yang sudah duduk bersila atas lantai.
"Aku tak nak mati" kata Zen mendatar.
"Aku rela mati kena tembak daripada mati dekat tangan Louis" celah Keith pula.
Akhirnya mereka bertiga kekal sahaja di dalam bilik itu. Masing-masing tidak berani untuk melangkah keluar.
Sementara itu di France, mereka yang lain sudahpun diarahkan keluar daripada rumah agam 4 tingkat itu. Semua pembantu dan butler sudah pergi ke tempat selamat.
Faiq dan Avery memapah Rayyan masuk ke dalam lift. Tingkat bawah ditekan. Keadaan lelaki itu sudah semakin teruk. Mukanya juga jelas tampak pucat.
Sampai sahaja di hadapan pintu. Avery cuba membuka pintu rumah tetapi pintu itu tidak terbuka.
Bum Bum Bum!
"Ada orang tak dekat luar. Kak Khayra tolong bukakkan pintu dari luar , pintu ni tak boleh bukak dari dalam!" Jerit Avery kuat.
"Kejap! Akak cuba bukakan"
Selang beberapa saat kedengaran seperti sistem pengesan jari pintu berbunyi dari luar.
"Av, pintu ni tak boleh terbukak jugak dari luar. Tempat scan jari ni macam kena hack" balas Khayra yang berada di luar rumah.
"Fuck... aku takde masa lah" pintu itu pantas ditendang beberapa kali. Tetapi ia masih juga tidak terbuka.
"Pintu tu...kalau...kau tembak pun...takkan berlubang" kata Rayyan perlahan. Nafasnya tersekat- sekat. Faiq yang sedang memapah lelaki itu pantas merasa dahi Rayyan.
"Wey badan kau panas gila ni bro, kau okay tak ni?" Tanya Faiq risau. Rayyan mengangguk lemah. Matanya kuyu sahaja.
"Aduh macam mana ni? Macam mana kita nak keluar ni?" Tanya Avery yang sudah mundar mandir di depan pintu. Sudahlah rumah mereka itu hanya ada tingkap di tingkat atas. Tak kan mereka nak terjun dari atas pula. Keadaan Rayyan sudah semakin teruk.
"Faiq... bawak aku pergi... tingkat bawah. Aku boleh...deactivekan bom tu" kata Rayyan perlahan.
"Wey, kau biar betul nak kebawah. Kita mana tahu bila bom tu nak meletup!" Balas Faiq mula cuak.
"Kalau kita tak buat apa apa sekarang bom tu tetap akan meletup. Kita semua tetap akan mati. Aku tak kira, aku taknak mati dengan tak buat apa macam ni" celah Avery laju sebelum dia terus sahaja memapah Rayyan berpatah balik ke lift semula.
Faiq sudah meramas rambutnya kasar. Aduh macam mana ni? Takkan dia nak selamatkan diri sorang sorang. Biar je Avery dengan Rayyan settelkan bom tu sendiri? Mana boleh!
Argh lantaklah! Nak mati mati jelah! Pantas dia juga terus mengikuti Rayyan dan Avery yang sudah berada berhampiran dengan lift.
"Apasal ikut?" Tanya Avery semula.
"Sebab aku pengikut setia..."
Tingkat bawah tanah di tekan.
Share this novel