Bab 23

Action Series 39599

Dua orang lelaki masuk ke dalam bilik kurungan dengan tangan yang membawa satu kotak besar. Kotak itu diletakkan di hadapan Lucas. Selang beberapa saat satu lagi kotak pula dibawa masuk.

Tali yang mengikat tangan Lucas dilepaskan.

"Dalam kotak ni ada bahan bahan yang kau perlukan untuk cipta bom TPB. Aku nak kau siapkan dalam masa 3 hari. Kalau kau gagal siapkan. Aku akan bunuh adik kau" kata seorang lelaki yang badan penuh dengan tatu sebelum mereka semua melangkah pergi.

Lucas melihat kedalam kotak yang pertama. Kotak itu penuh dengan roti kosong. Satu persatu plastik roti itu dikira. Semua sekali ada 25 buku roti. Nak buat apa dengan roti banyak banyak ni?

Kotak kedua pula dibuka. Kotak itu penuh dengan peralatan peralatan untuk membuat bom. Satu persatu bahan itu dibelek oleh Lucas.

Nafas dilepas panjang. Perlu ke dia hasilkan bom TPB itu lagi. Bom itu terlalu merbahaya untuk digunakan oleh orang lain.

Selang beberapa minit dua orang lelaki mengheret Rayyan kearah bilik itu. Rayyan yang masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri dicampak masuk ke dalam.

Terus Lucas mendapatkan Rayyan, kepala Rayyan dipangku.

"Jaga kawan kau ni" kata lelaki berjambang hitam sebelum kaki melangkah keluar daripada bilik kurungan.

Pintu dikunci semula.

Lucas menampar pipi Rayyan dengan lembut.

"Rayyan.. bangun Rayyan..." panggil Lucas perlahan namun Rayyan masih tidak sedarkan diri.

Dengan sisa kudrat yang ada, Lucas menarik tangan Rayyan ke arah katil . Perlahan lahan kepala Rayyan diletakkan keatas bantal.

"Apa aku nak buat ni .... " bisik Lucas. Wajah Rayyan yang berpeluh peluh dilap menggunakan lengan baju yang dipakai. Nafas dikeluh berat. 

Apa yang mereka lakukan kepada Rayyan? Apa nasib adik kembarnya? Sudah beberapa hari dia masih lagi tidak tahu apakah Lucia masih lagi hidup atau pun sebaliknya.

Selang beberapa jam Rayyan membuka mata dengan luas sebelum badannya terduduk secara mengejut. Lucas yang berada disisinya terkejut melihat Rayyan yang bangun secara tiba-tiba itu.

"Kau okay tak ni Rayyan?" Tanya Lucas. Mukanya jelas risau dengan keadaan Rayyan.

Rayyan melihat bekas suntikan ditangannya sebelum mata memandang wajah Lucas di sebelahnya.

"Kita dekat mana ni?" Soal Rayyan mendatar.

Dahi Lucas berkerut. 

"Takkan kau dah lupa? Kita kan kena tangkap 3 hari lepas"

Rayyan diam membisu. Pandangannya kosong sahaja.

"Aku lapar ..." kata Rayyan sebelum dia terus melangkah ke arah kotak yang berada disudut kanan.

Satu persatu plastik roti itu dibuka sebelum dikunyah kasar. Lucas yang berada dibelakangnya menjadi takut melihat Rayyan makan seperti orang yang kebuluran selama 10 hari.

Selang beberapa minit habis 15 buku roti dimakan oleh Rayyan.

"Kau kenapa ni Rayyan" tanya Lucas yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Aku lapar.." hanya itu sahaja jawapan yang diberikan oleh Rayyan. Masuk plastik roti yang ke 20 Rayyan berhenti mengunyah.

Tiba-tiba dia memuntahkan roti yang berada di dalam mulutnya .

"Kepala hotak dia! Aku ke yang makan semua ni?" Tanya Rayyan kepada Lucas. Plastik plastik roti kosong itu dipegang. Mukanya jelas nampak kebingungan.

"Serius lah Rayyan kau tak ingat?" Tanya Lucas semula. Dahinya sudah berkerut.

Rayyan pandang muka Lucas sebelum kepalanya menggeleng perlahan.

"Sumpah aku tak ingat apa apa..." 

"Tadi diorang buat apa dekat kau?" 

Terus mata Rayyan membulat besar bagaikan tersedar sesuatu. Lengannya yang disuntik tadi dibelek.

"Tak guna! Ni mesti sebab cecair yang dia suntik dekat aku tadi!" Marah Rayyan sebelum mencampak plastik roti ditangan dengan kasar.

Lucas mengeluh panjang.

"Kau rasa kita dapat tak keluar dari sini hidup-hidup..." palang besi bilik itu dipegang.

"Entahlah, tapi kalau aku dapat keluar dari sini. Lelaki yang berjambang tu memang aku bunuh habis habisan. Sumpah aku kata!"

Lucas mengeluh lagi. Itu pun kalau mereka berdua dapat keluar.

Rayyan duduk di sisi Lucas sambil kedua mata merenung wayar wayar yang berselirat diatas lantai.

"Seriuslah kau nak buat bom tu?" Tanya Rayyan disisi.

"Habis apa pililhan yang aku ada? Kalau tak diorang ugut nak bunuh Lucia" balas Lucas mendatar.

"Entah hidup lagi ke tak adik kau tu ..." kata Rayyan semula mulut sibuk mengunyah roti kosong.

"Tapi aku tetap berharap dia masih hidup ...." 

Keadaan menjadi sepi seketika.

"Rayyan kau minat warna apa?" Soal Lucas tiba -tiba.

"Hijau.."

Lucas tersenyum.

"Kita minat warna yang sama ..."

"Dah tu kau nak kata yang kita ni gay couple?"

"Jangan jadi anjing ... ni tengok ni " satu kotak yang penuh dengan wayar ditunjuk kepada Rayyan.

"Bom ni boleh deactivekan dengan satu cara ni je.." Wayar hijau diangkat sedikit.

"Andai kata bom ni disalah gunakan satu hari nanti, cara nak deactive kan dia kau kena potong wayar warna hijau ni . Wayar ni duduk dekat bahagian bawah timer" terang Lucas.

"Apa akan jadi kalau aku terpotong salah warna?" Tanya Rayyan . Kening diangkat sebelah.

"BOOOMMMMM!!!" Jerit Lucas kuat sebelum dia ketawa terbahak -bahak.

"Janganlah sampai salah potong bebal. Ni aku dah tunjuk ni tengok..."

"Hmmm yelah...." balas Rayyan acuh tak acuh.

"Rayyan sebenarnya aku ada rancangan ..." belum sempat Lucas menghabiskan kata-katanya.

Tiba-tiba dua orang pengawal datang menghampiri bilik kurungan itu bersama dengan seorang lelaki dihadapan. 

"Selamat petang tikus tikus sekalian...." ucap seorang lelaki bermata coklat. Tangan disebelah kanannya penuh dengan tatu berbentuk naga.

"Siapa kau ni hah! Apa kau nak dari kitaorang! Mana Lucia!" Kata Lucas kasar.

"Siapa aku? Oh ya aku lupa nak kenalkan diri aku. Nama aku Cartez. Aku nak apa? hahaha takda apa aku cuma nakkan kebijaksaan kau dan juga kekuatan mental kau" kata Cartez jari dihala kearah Lucas dan Rayyan.

"Mana Lucia.." kata Rayyan dengan gigi yang diketap kuat.

"Dia ada, masih lagi hidup .... setakat ni lah hahaha" 

Rayyan menumbuk palang besi pintu dengan kuat .

"Auch, mesti sakit ..." kata Cartez dengan mulut yang tersenyum mengejek.

"Ambik tikus yang ni bawak masuk makmal. Aku nak try ubat yang baru aku cipta tadi . Hahaha" arah Cartez kepada dua orang pengawal dibelakangnya.

Rayyan hanya menurut. Nak lawan pun takda guna. Terus mereka melangkah pergi dari bilik itu.

Lucas hanya memerhatikan Rayyan dibawa pergi sekali lagi. Dalam diam mulutnya tersenyum nipis.

Rayyan dibawa masuk kedalam bilik yang awal-awal tadi dia diberikan suntikan. Badannya diikat disetiap penjuru meja seperti tadi.

"Apa kau nak buat? Bagi aku ubat kebulur lagi?" Tanya Rayyan dengan senyuman mengejek.

Cartez tergelak kuat. 

"Mungkin ya mungkin tidak ..." 

Cartez berjalan kearah meja disebelah katil sebelum satu picagari diambil dan disikan pula dengan cecair berwarna putih .

"Oh yah sebelum tu ..." mata Cartez memandang kearah pintu. Rayyan juga turut memandang ke arah pintu yang sama. 

Dua orang lelaki membawa masuk Lucia yang dalam keadaan tidak sedarkan diri kedalam makmal sebelum diletakkan betul betul disebelah katil Rayyan.

"Lucia!"

"Kau buat apa hah dekat dia!!" Marah Rayyan.

"Aku tak buat apa, dia pengsan je tu ... kut entah entah dah mati. Hahahahaha"

Rayyan menarik tali yang mengikat ditangannya cuba untuk melepaskan diri.

"Nuh uh .. " Cartez cepat -cepat memberikan suntikan tadi kepada Rayyan .

"Sakit sial..."

Beberapa saat selepas itu kepala Rayyan terasa sangat berat bagikan dihempap dengan sebuah batu yang besar.

Cartez melepaskan tali yang mengikat di seluruh badan Rayyan.

Rayyan cuba bangun daripada katil itu perlahan lahan sebelum badannya terjatuh kelantai.

"Alah alah dia ni karang .." kata Cartez. Badan Rayyan diangkat sebelum diletakkan semula keatas katil.

"Meh kita cuba dadah tu menjadi ke tidak ..." satu pisau diletakkan atas badan Rayyan.

"Aku nak kau ambik pisau tu pastu kau kelar kaki kau sendiri" arah Cartez mendatar.

Rayyan hanya menurut seperti orang bodoh. Pisau yang berada atas badannya diambil sebelum dikelar ke kakinya perlahan lahan.

"HAHAHAHAHHAHA AKU BERJAYA!!!" Kata Cartez dengan kuat . Mulut tersenyum lebar .

"Aku..sumpah ...aku akan ...bunuh kau..." kata Rayyan tersekat-sekat.

"Hah ? Apa dia ? Kau? Nak bunuh aku? hahaha dalam mimpi kau lah" kata Cartez dengan senyuman mengejek. Kemudian dia melihat kearah Lucia yang berada di katil sebelah. Perlahan lahan mulutnya tersenyum sinis.

"Aku nak kau rogol perepuan tu depan mata aku sekarang. Lepas kau rogol dia aku nak kau bunuh dia guna pistol ni" arah Cartez dengan jari yang menunjuk kearah Lucia . Satu pistol putih diselitkan dikocek belakang seluar Rayyan.

Rayyan menggelengkan kepalanya beberapa kali, dia taknak lakukan perkara itu. Tetapi badannya mula bergerak dengan sendiri. Katil Lucia didekati.

Cartez sudah tergelak kuat melihat Rayyan yang menurut arahannya macam orang bodoh.

Satu persatu pakaian Lucia ditanggalkan oleh Rayyan. Namun sebaik sahaja tangan menyentuh bahu gadis itu ada satu lagi tangan yang menahannya dari belakang.

"KAU BUAT APA NI SETAN!?" Marah Lucas .

"Tolong aku Lucas" rayu Rayyan. Air mata sudah basah dimuka jejaka itu. Badan dan mindanya sudah tidak dapat dikawal dengan betul.

"Apa kau buat ni Rayyan, APA YANG KAU DAH BUAT DEKAT ADIK AKU HAH!! JAWABLAH!" Wajah Rayyan ditumbuk kuat. Kepalanya terteleng ke kiri.

"Lucas... Tolong aku....." tangan Rayyan perlahan lahan mencapai pistol putih dibelakang kocek seluarnya dan terus dihalakan tepat ke kepala Lucas.

"KILL ME NOW!! NOW LUCAS! I CAN'T CONTROL MY BODY" jari dipemicu menggigil teruk menahan arahan dikepalanya.

Dalam masa yang sama, seorang lelaki dari luar bilik makmal itu gelak terbahak bahak. Siapa sangka adik ketua Mafia yang dibangga banggakan dengan kehebatannya itu akan jatuh macam ni.

"No!" Jerit Lucas.

Lucas terus mengetuk belakang kepala Rayyan dengan kuat. Rayyan jatuh tidak sedarkan diri.

Pistol ditangan Rayyan diambil sebelum diacukan ke arah kepala Cartez dibelakangnya.

"Lepaskan kitaorang !" Arah Lucas dingin.

Cartez senyum mengejek.

"Tembak lah kalau kau berani" cabar Cartez .

Lucas senyum sinis.

"Bom.." kata Lucas sepatah.

Terus membulat mata Cartez. Baru dia sedar apa kesilapan yang telah dia buat.

"Aku tak kisah kalau kita semua mati dekat sini sekarang jugak!" Kata Lucas dengan nada yang cukup sinis.

Cartez menjeling Lucas tajam.

Perlahan lahan mata Rayyan dibuka. Lucas yang berada disebelahnya disentuh.

"Kita dekat mana ni?" 

"Kita dekat salah satu rumah aku dekat Russia" jawab Lucas mendatar.

"Russia?" Kepalanya yang sakit dipegang. Cepat cepat Rayyan terbangun dari baringnya.

"Lucia! Mana Lucia!" Tanya Rayyan cemas.

Lucas hanya memandang sayu ke arah katil sebelah Rayyan.

Lucia masih lagi tidak sedarkan diri. Sama seperti Rayyan dia juga telah dijadikan sebagai tikus makmal.

"Lucia dia..." 

Lucas memegang kedua bahu Rayyan dengan kuat.

"Kenapa kau buat macam ni hah? Ini adik aku, maruah dia .... kenapa Rayyan!? Jawablah!?" Jerit Lucas sedikit kuat . Jelas wajahnya nampak sungguh tertekan dengan semua ni.

"I'm sorry, I'm so sorry....it's my fault.. " ulang Rayyan berkali kali. Jelas rasa serba salah.

"Tapi Lucas, sebenarnya aku belum sen..." belum sempat Rayyan menghabiskan kata katanya Lucas mencelah.

"No! It's not your fault. Aku akan pastikan lelaki yang buat adik aku macam ni mati ditangan aku sendiri!" Kata Lucas sebelum tangan menumbuk kuat ke arah dinding di sebelahnya.

Terus kaki melangkah meninggalkan bilik rumah agam itu.

Namun Rayyan hanya membiarkan Lucas pergi tanpa menghalang, bagaikan seluruh badannya digamkan ke muka bumi.

Sakit hati, kecewa, marah, kesal, semua bercampur aduk di hatinya kala ini. Tanpa disedari, satu persatu air matanya mengalir keluar membasahi mukanya yang putih itu.

"Kalau lah aku cukup kuat masa tu, semua ni takkan jadi....." kata Rayyan perlahan. Tapi apakan daya. Apa sajalah budak yang berumur 13 tahun mampu buat.

Tiba-tiba dirinya bagaikan tersedar sesuatu.

"Lucas!!"

Mata semua tertumpu kepada Rayyan . Semua memberikan perhatian yang penuh terhadap cerita yang diceritakan oleh Rayyan.

"Lepas dari tu aku suruh anak buah aku yang lain cari Lucas. Tapi yang diorang bawak balik cuma mayat Lucas" kata Rayyan sayu mukanya menunduk memandang lantai.

"Aku cuba cari siapa yang bunuh Lucas tapi diorang dapat larikan diri dan aku hilang ingatan. Sebab tu aku tak ingat siapa Lucia"

Ray memegang bahu Rayyan lembut sebelum ditepuk perlahan. Faiq dan kembar hanya diam. Tidak tahu hendak komen apa. Tak sangka pula semua itu dilalui oleh Rayyan selama 5 hari dia diculik.

Mata Lucia sudah basah dengan air mata yang sedari tadi tidak berhenti mengalir.

"I'm really sorry Rayyan.." kata Lucia perlahan. 

"Tak payah minta maaf dengan aku, tu bukan salah kau. Sejak dari hari tu aku memang berazam yang aku akan bunuh diorang semua dengan tangan aku sendiri" kata Rayyan sebelum tangan digenggam kuat.

Rayyan bangun daripada sofa.

"Aku nak ambik angin kejap" kata Rayyan sebelum kaki melangkah keluar dari dalam bilik wad.

Faiq menoleh ke arah Ray di sofa.

"Biarkan dia tenang dulu..." kata Ray perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience