Rayyan mengunyah roti yang baru sahaja dibeli tadi. Orang ramai yang lalu lalang dihadapannya dipandang kosong. Ramai jugak orang dekat hospital Paris ni. Hari ni hari sakit sedunia ke?
Tiba-tiba iphone Rayyan berbunyi notifikasi mesej masuk.
- Balik rumah nanti tolong ambikkan baju Lucia dalam bilik dia.- Ray
Rayyan mengerutkan dahinya.
- Baju jadahnya , dia bukan pakai baju hospital ke? Takkan dah nak keluar ?- Rayyan
- Baju dalam dia lah tolol.- Ray
Membulat mata Rayyan baca mesej tu. Gila ke. Takkan nak suruh aku sentuh bra dia . Pergi lah suruh Xavier.
- Malas- Rayyan
- Kalau kau taknak aku suruh Keith yang ambik-Rayyan
Nafas dikeluh berat. Perempuan ni menyusahkan lah.
- Yelah yelah aku ambik.-Rayyan
Terus sahaja Rayyan melangkah pergi kearah tempat parkir kereta. Gila nak suruh Keith ambikkan. Mana boleh Lucia tu dia punya je sorang.
Enjin kereta dihidupkan sebelum laju kereta Ferrari hitam itu membelah jalanraya.
Masuk sahaja kedalam rumah Rayyan terserempak dengan Kembar dan Faiq diruang tamu sedang menonton televisyen.
"Lucia okay?" Soal Zen mendatar.
"Tadi aku tengok dah boleh berlari, esok dah boleh terbang" balas Rayyan mendatar kaki melangkah kearah lift rumah.
Faiq pandang muka Zariq yang duduk di sebelahnya.
"Lah kata Lucia koma?"
"Faiq kau kalau nak bebal, bebal sikit sikit je. Jangan banyak banyak, bagi anak kau sikit kebebalan kau tu. Nanti anak kau terlebih genius" balas Zariq dengan mata yang masih tertumpu pada tv.
Faiq hanya diam. Tadi bukan diorang ke yang kata Lucia koma? Aneh.
Rayyan masuk kedalam bilik Lucia. Fuh bau perempuan. Kaki melangkah kearah bilik almari. Pintu dibuka. Agak -agak dekat mana dia simpan bra dia. Satu lagi pintu almari pakaian dibuka.
Laci ditarik luas. Wow warna warni, macam macam corak ada. Pelik kan, Corak dah cantik tapi pakai dekat dalam baju, kejadahnya. Dah cantik-cantik macam ni pakai lah dekat luar. Ye dak? Perempuan ni aneh aneh betul.
Beberapa helai bra dan juga panties dimasukkan ke dalam beg kertas. Rayyan melangkah semula ke arah pintu.
Keluar sahaja dari bilik Lucia, Rayyan terserempak dengan Avery yang baru sahaja keluar dari dalam bilik Khayra.
"Hah abang buat apa tu dalam bilik Lucia?" Tanya Avery dengan senyuman nakal.
"Ambik barang" jawab Rayyan takda mood.
"Barang apa hah!"
Rayyan tidak menjawab dia terus sahaja berjalan melintasi Avery. Tiba-tiba Avery menarik beg kertas yang dipegang Rayyan. Beg kertas itu terjatuh kebawah. Habis semua bra terkeluar dari dalam beg.
"Seriously? Pervert.." kata Avery dengan muka yang dijengkelkan.
"Kepala hotak kau! Ni Ray yang suruh bawak lah! Takda kerja aku nak curi bra perempuan! Bukan aku boleh pakai pun!" Marah Rayyan. Bra yang terkeluar tadi dimasukkan semula ke dalam beg kertas.
Perlahan- lahan Avery jalan secara mengundur sebelum pintu biliknya dibuka.
"Pervert..." kata Avery lagi sempat dia menghadiahkan senyuman sinis kepada Rayyan sebelum dia masuk kedalam biliknya.
Rayyan mengeluh panjang. Tak pasal pasal aku jadi pervert.
"Beb kau nak pergi hospital balik ke?" Tanya Zariq yang ternampak Rayyan keluar dari dalam lift.
"Aah kenapa?" Soal Rayyan mendatar.
"Kitaorang nak ikut ..." kata Zen disebelah Zariq.
"Naik kereta sendiri aku nak racing ..." balas Rayyan sebelum kaki terus melangkah keluar rumah. Yang sebenarnya Rayyan tidak mahu mereka yang lain nampak apa isi dalam beg kertas yang dipegang. Kang tak pasal pasal dituduh pervert lagi.
Rayyan masuk kedalam wad VVIP yang menempatkan Lucia . Beg kertas diletak atas meja depan katil gadis itu.
"Nah hadiah .." Kata Rayyan sebelum mengambil tempat di sebelah Ray yang duduk di atas sofa.
Lucia melihat isi dalam beg kertas tersebut sebelum mukanya mula berona merah.
"Kenapa you pulak yang ambikkan ni?" Tanya Lucia perlahan.
"Dah tu takkan nak suruh bra tu terbang sendiri..." mata meliar mencari kewujudan Keith dan Xavier.
"Mana anjing lagi dua ekor tu .." tanya Rayyan kepada Ray.
"Diaorang pergi syarikat kejap ada hal nak kena settel..." balas Ray mendatar mata tertumpu pada iphone ditangan.
"Hal apanya?"
"Tan sri Fruger mintak lakaran mall yang dia labur tu..." balas Ray mendatar.
"Aik hidup lagi orang tua tu..." kata Rayyan lagi sebelum badannya dibaringkan ke atas sofa.
Beberapa saat selepas itu pintu bilik terbuka sebelum Kembar dan Faiq melangkah masuk.
"Hi Lucia !" Kata Zariq. Bibir terukir senyuman manis. Zen pula hanya mengangkat tangannya.
"Eh kata Lucia koma..?" Tanya Faiq disebelah Zariq. Kaki melangkah kearah Lucia di atas katil.
"Hah? bila masa pulak i koma?" Tanya Lucia dengan dahi yang sudah berkerut.
"Kau cakap lagi pasal koma memang aku buang kau dari tingkap ni sekarang jugak!" Marah Rayyan di sofa.
Faiq terus menutup mulutnya. Takut wey. Ni dahlah tingkat 4. Kena campak kang saja je mati katak.
"Apahal dia tu?" Tanya Lucia jelas tidak mengerti apa-apa.
"Entahlah period lah kut .." balas Zariq selamba dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek.
Kerusi di sebelah Lucia ditarik sebelum diduduk.
"Alicia okay?" Soal Lucia perlahan.
"Dia okay, Khayra dengan Avery yang jaga dekat rumah. Tadi sebelum kitaorang keluar dia masih tidur lagi" jawab Zen.
"Oh bagus lah ..." kata Lucia perlahan mata memandang ke cadar katil.
"I nak minta maaf dekat korang sebab..." Lucia tidak sempat menghabiskan ayatnya.
"Takpa its okay, kita orang dah tahu dah perkara sebenar. Khayra bagi tahu" potong Zariq.
"Tapi kalau you nak tahu sebenarnya bukan Ayyan yang bunuh Lucas" sambung Zen pula. Faiq di sebelah menganggukkan kepala.
"Boleh tak you ceritakan balik? Kalau boleh i nak tahu apa yang terjadi 13 tahun lepas ..."
Semua mata memandang ke arah Rayyan termasuk lah Ray yang duduk disebelahnya. Hanya Rayyan sahaja yang mengetahui apa yang sebenarnya terjadi di antara Lucia, Lucas dan dirinya 13 tahun yang lalu. Kerana perkara itu tidak pernah diceritakan kepada sesiapa selepas dirinya hilang ingatan.
Rayyan menegakkan badannya semula. Wajah mereka dipandang satu persatu sebelum nafas dilepas panjang.
"Aku rasa dah sampai masa aku ceritakan pada korang yang terjadi 13 tahun lepas...."
Kaki yang terasa lenguh diabaikan, Rayyan dan Lucas tetap tidak berhenti berlari. Lorong gelap yang menyambung kearah satu lombong diredah. Peluh laju keluar dari celah liang roma.
"Apa yang jadi ni Lucas macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya Rayyan disisnya . Kaki masih lagi tidak berhenti berlari.
"Aku tak tahu wey , data bom dengan maklumat pasal dadah tu aku dah simpan elok elok tapi aku tak tahu siapa yang pergi bocorkan maklumat tu pada orang lain." kata Lucas mendatar. Nafas ditarik laju.
"Freeze!" Jerit satu suara dari arah belakang mereka berdua.
"Shit!" Rayyan dan Lucas berhenti berlari. Perlahan lahan kepala menoleh kebelakang dengan kedua tangan yang diangkat tinggi.
Seorang lelaki mengacukan pistol ke kepala Rayyan.
Terus Rayyan menyiku tangan lelaki yang memegang pistol itu sebelum kepalanya pula disepak dengan kuat. Lelaki itu terjatuh kuat kebelakang. Lucas pantas mengambil pistol lelaki tadi.
Seorang lagi datang dekat ke arah Rayyan. Rayyan memusingkan tangan lelaki itu kebelakang sebelum badan terpusing dan dihentak kelantai dengan kuat. Teknik aikido.
Lucas melepaskan tembakan kepada dua orang lelaki yang datang menghampiri. Dua -dua jatuh rebah.
Sedang mereka berdua berlawan tiba-tiba Rayyan dan Lucas terdengar bunyi tepukan dari arah hujung lorong.
"Hahahaha Lucas ...Lucas...Lucas" seorang lelaki berjambang hitam jalan kearah mereka. Empat orang lagi berada di belakangnya. Masing-masing memegang rifle ditangan.
"Kau nak lari mana?" Tanya lelaki yang berjambang itu dengan nada yang mengejek.
"Kau nak apa sialan!" Marah Lucas dingin. Pistol diacu kearah lelaki itu.
Salah seorang lelaki dibelakangnya membawa keluar telefon yang berada dalam poket baju sebelum ditunjukkan kepada Lucas dan Rayyan. Satu video dimainkan.
"Abang! Rayyan ! Tolong adik ,abang!" Jerit Lucia. Kedua tangannya digari kebelakang. Di sebelah Lucia pula terdapat dua orang lelaki yang berbadan tegap dan bersuit hitam. Masing-masing memegang pistol ditangan.
"Lucia!!"
Telefon itu disimpan semula.
"Kau tak guna! Cilaka ! Apa apa jadi dekat dia ! Sumpah memang mati kau !" Marah Rayyan. Wajah lelaki berjambang itu direnung tajam.
"Ikut aku kalau kau nak adik kau selamat" kata lelaki itu mendatar sebelum terus melangkah pergi.
Empat orang lelaki menangkap Rayyan dan juga Lucas. Lucas dan Rayyan tidak melawan. Keselamatan Lucia lebih utama saat ini.
Rayyan dan Lucas dicampakkan ke dalam satu bilik putih yang berpalang besi . Kemudian pintu itu dikunci dari luar.
"Mana adik aku sial!" Marah Lucas tangan memegang kuat palang besi bilik kurungan itu. Sebijik macam penjara hospital gila.
"Adik kau? Hmmm siapa adik kau eh ... Haahahhaha" gelak lelaki yang berjambang itu dengan kuat.
Mata Rayyan tajam merenung lelaki itu. Gigi diketap geram. Tangan menggengam penumbuk kuat.
"Siapa kata aku nak bagi kau jumpa dengan dia? Korang berdua ni aku akan jadikan sebagai tikus makmal yang berjaya hahahahahaha" lelaki berjambang itu melangkah pergi meninggalkan Rayyan dan Lucas.
"SUMPAH AKU BUNUH KAU!!!!" Jerit Lucas kuat. Bergema diseluruh ruangan bilik kurungan itu. Lucas jelas bengang kerana telah diperbodohkan oleh lelaki itu.
Rayyan menumbuk dinding dengan kuat. Kau tunggu lah nasib kau.
Rayyan duduk bersandar ke dinding . Rasanya sudah 3 hari dia dan Lucas dikurung dalam bilik ini. Entah dia sendiri sudah hilang pengiraan waktu. Hanya dinding putih sahaja yang ditatap setiap hari.
Abangnya dan yang lain entah tahu ke tidak dia dengan Lucas kena culik. Lucia pun tidak tahu lah masih hidup atau pun sudah meninggal. Tiada khabar langsung.
Tak banyak barang yang ada dalam bilik itu. Hanya ada dua katil bujang terletak di sebelah bahagian kiri. Tandas yang terbuka disebelah kanan. Dan kesemuanya berwarna putih termasuklah lantai, dinding dan juga bumbung.
Kedua tangan diikat kebelakang menggunakan tali, sepanjang tempoh kurungan itu Lucas dan Rayyan dipaksa makan dan minum menggunakan mulut seperti seekor binatang. Setiap hari mereka hanya akan diberikan air sebanyak 5 liter seorang dan sebuku roti kosong sahaja.
Tiba-tiba palang besi bilik itu diketuk kasar. Rayyan dan Lucas memandang kearah luar.
"Bangun lah tikus makmal!" Kata seorang pengawal yang menjaga bilik itu siang malam.
Pintu bilik dibuka sebelum lelaki berjambang dan juga empat orang lelaki yang menangkap mereka tiga hari lepas masuk kedalam .
"Apa khabar tikus tikus sekalian? Masih hidup?" Kata lelaki berjambang itu dengan mulut yang tersenyum mengejek.
Lucas hanya memandang lemah tidak seperti Rayyan yang masih lagi bertenaga. Memang dari kecil lagi Rayyan sudah dilatih dan dikurung hampir sebegini. Jadi dia masih lagi dapat bertahan berbanding dengan Lucas.
"Hey tikus 01" mata memandang ke wajah Rayyan yang masih merenung kearahnya.
"Hahahha aku dengar cerita abang kau tengah cari kau sekarang ni" gelak lelaki berjambang itu dengan kuat. Badan mencangkung dihadapan Rayyan. Rambut Rayyan ditarik kasar.
"Anak ketua mafia yang bakal menjadi adik kepada ketua mafia. Kena kurung macam tikus bodoh dekat dalam sini hahaha"
"Haha kelakar kan?" Rayyan tergelak sinis, sangat sinis. Mata tepat memandang anak mata lelaki itu.
"Kau dengar sini manusia bodoh! Aku akan ingat muka hodoh kau ni! Aku sumpah aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri!" Kata Rayyan cukup dingin dan mendatar.
"Oh yeah? Itu pun kalau kau dapat keluar dari sini hidup hidup lah..." ejek lelaki itu. Rambut Rayyan dilepas kasar.
Lucas hanya diam di sisi Rayyan .
"Bawak dia" arah Lelaki itu dingin kepada orang suruhannya dibelakang.
"Lepaskan aku lah sial!" Ronta Rayyan kuat.
"Rayyan!"
Mereka membawa Rayyan keluar dari bilik itu sebelum pintu ditutup dan dikunci semula. Lucas hanya memerhati sahaja Rayyan dibawa pergi oleh mereka.
Rayyan diletakkan atas sebuah meja . Sebijik macam meja operation yang ada dekat hospital luar sana. Bezanya meja yang ni penuh dengan tali disetiap penjuru . Kedua tangan dan juga kaki Rayyan diikat disetiap penjuru meja. Badan pula diikat menggunakan rantai besi.
"Kau nak buat apa dekat aku hah sialan!" Jerit Rayyan kuat.
"Shuuuhhhh ... Tikus makmal mana boleh bercakap ..." lelaki itu memasukkan cecair jernih kedalam satu picagari. Mata memandang wajah Rayyan dengan mulut yang tersenyum sinis.
"Apa benda tu sial!"
"Apa benda ni? Entah lah aku pun tak tahu , apa kata aku try dekat kau. Barulah kita berdua dapat tahu apa benda ni, betul tak? Hahaha" terus jarum itu disuntik kelengan Rayyan.
"Kau memang manusia sial...." kata Rayyan dengan gigi yang diketap kuat sebelum perlahan-lahan kedua matanya tertutup rapat.
"Selamat malam tikus makmal .. Semoga mimpi indah"
Share this novel