"Aduh tak selesa lah tempat duduk ni" adu Keith disebelah Rayyan. Mereka berdua menaiki kapal terbang kelas ekonomi kerana kehabisan tiket business class dan kapal terbang persendirian milik Rayyan semuanya sudah hancur meletup. Ranap jugak lah duit nak buat lapangan terbang dengan nak beli kapal terbang baru. 30 Billion habis macam tu je. Sumpah kau memang babi Kevin.
Subut pasal Kevin. Selepas sahaja Rayyan membawa Lucia ke hospital bersama yang lain, Keith dan Kembar menguruskan mayat anak buah Kevin. Semuanya dibakar dalam Gereja Ervy sehingga rentung . Kevin pula dikerat badannya menjadi serpihan serpihan kecil sebelum dicucuk ke batang besi, kemudian Keith dengan si kembar bakar daging Kevin seperti satay panggang sebelum diberi makan kepada anjing liar. Recycle katanya.
"Kau jangan nak banyak bunyi eh ... " kata Rayyan dingin. Pikir Keith sorang sahaja ke yang tidak selesa. Dia juga tidak selesa naik kelas ekonomi. Kakinya yang panjang terpaksa dibengkokkan selama 2 jam . Habis tu nak buat macam mana, dah tiket habis. Takkan dia nak tembak salah sorang penumpang yang ada dekat kelas bisnes pulak.
Rayyan memandang kearah lelaki yang berada disebelahnya, dari tadi lelaki itu tidur bersandarkan bahu Rayyan . Elak Rayyan keluarkan pistol je ni karang. Sumpah dia elergik dengan manusia!. Lagi lagi manusia yang bodoh, bebal, takda akal, cacat otak macam Faiq.
Mesti korang nak cakap apa kena mengena dengan Faiq kan. Sukahati otak aku lah nak pikir apa. Aku watak utama.
Rayyan membuang pandangan kearah luar tingkap. Aku bebual dengan siapa ni? Shit...
Keith membelek Iphone ditangan. Mana pulak driver yang bawak kereta diaorang ni? Dah hampir setengah jam tunggu tak sampai sampai. Tempah maut ke macam mana ni? Rayyan disebelahnya sudah buat muka bosan jelas tidak suka menunggu lama-lama.
"Weii....mana anak ayam kau ni ... lama lagi ke nak tunggu..." Jerit Rayyan sedikit kuat persis seperti kanak-kanak 5 tahun. Mulut dimuncungkan setajam yang boleh.
Baru sahaja Keith hendak membuka mulut satu kereta Chevrolet hitam parking betul betul dihadapan Rayyan. Seorang lelaki keluar dari dalam kereta sebelum melangkah kearah Rayyan dan Keith. Badannya ditunduk separuh. Jelas wajahnya nampak ketakutan.
Perlahan lahan Rayyan mendekati lelaki itu sebelum lehernya ditarik keatas dengan kasar. Mulut Rayyan didekatkan ke telinga lelaki itu.
"Nasib baik mood aku tengah okay, kalau tak, dah bersepai kepala kau dekat sini.." bisik Rayyan dingin sebelum kaki terus melangkah kearah seat pemandu.
Keith pula masuk diseat penumpang, sempat matanya memandang wajah anak buahnya yang jelas nampak ketakutkan. Cecair jernih laju mengalir didahi. Sah mamat ni mimpi ngeri malam nanti.
"So destinasi seterusnya?" Tanya Keith, tangan mencapai tali pinggang keselamatan.
"Kita pergi neraka.." balas Rayyan dengan mulut yang tersenyum senget.
Lucia melihat dirinya dihadapan cermin. Perut yang sudah berbalut kemas diusap perlahan. Sakit woi. Pikir tak sakit ke kena tembak . Rambut yang agak tidak terurus itu disikat rapi sebelum diikat toncang kebelakang.
Terdengar pintu bilik air diketuk perlahan.
"Adik okay?" Tanya Xavier diluar.
"Okay okay ..." balas Lucia sebelum tangan membuka pintu bilik air.
"Lamanya, ingatkan pengsan dekat dalam tadi"
Lucia hanya tersengih menayangkan gigi.
"Dah jom, Ray dah tunggu dalam kereta" kata Xavier mendatar.
Lucia sudah dibenarkan balik kerumah semula hari ini. Cukuplah seminggu dia bertapa dekat hospital ni. Tak sanggup wey nak duduk lama lama. Bau ubat ubatan yang menusuk ke rongga hidung terlampau kuat. Lucia paling benci bau ubat hospital. Kerana ingatannya akan terimbas kembali disaat dia dijadikan tikus makmal 13 tahun yang lalu.
Lucia mengambil tempat di tempat duduk penumpang belakang. Pintu kereta ditutup rapat.
Xavier pula duduk dibahagian penumpang hadapan.
"Dah?" Tanya Ray. Enjin kereta dihidupkan sebelum kereta laju meluncur meninggalkan kawasan hospital.
"Abang... Rayyan ada call atau mesej abang apa-apa tak?" Tanya Lucia perlahan. Mata memandang Iphone ditangan. Sudah 3 hari dia tidak mendengar langsung khabar berita dari lelaki itu. Lenyap macam tu sahaja.
Xavier memandang wajah Ray yang masih lagi tenang memandu.
"Takda lah pulak, agaknya takda line kut dekat sana.." bohong Ray mendatar. Mata masih lagi tertumpu kearah jalan raya.
Lucia mengeluh kasar. Nak menipu pun agak-agak lah pikir dia bodoh sangat ke ? Dekat Madrid takda line? Bebal sangat kalau yang percaya tu. Apa dia pikir aku ni Faiq ke? Pandangannya dibuang keluar tingkap.
Xavier melihat Lucia dari cermin kereta belakang.
"Kenapa? Rindu ke?" Tanya Ray semula dengan mulut yang sudah tersenyum menyakat.
"Takda maknanya nak rindu ..."
"Iya ke tak rindu? Dah tu asyik tengok phone je daripada haritu lagi abang nampak... Tunggu Ayyan mesej lah tu" kata Ray semula.
Rindu. Iya ke dia rindukan jejaka pelik itu? Memang betul hatinya sedikit sedih apabila Rayyan tidak memberi tahunya khabar langsung sejak dia dan Keith terbang ke Spain 3 hari lepas. Tetapi betul ke dia rindukan Rayyan.
Jantung yang berdetak perlahan itu dipegang lama. Selalunya perasaan yang sebegini diungkapkan sebagai apa?. Rindu? Sedih? Tersisih? Haih Entahlah. Lucia mengeluh lagi. Jari bermain ditingkap kaca kereta.
"Nanti nanti dia balik lah tu. Adik takpayah risau sangat..." kata Ray mendatar. Riak wajahnya tenang sahaja.
"Itupun kalau dia balik lah ..... " sambung Xavier pula tetapi dengan nada suara yang sangat perlahan. Hanya dia seorang sahaja yang mendengar. Pandangannya juga dibuang ke luar tingkap.
Pintu rumah dibuka. Lucia melangkah masuk dengan berhati hati. Takkan nak berlari pulak. Luka dekat perut tu tak sembuh lagi. Karang kalau terbukak balik jahitan, perit.
Khayra yang berada diruang tamu terus mendapatkan Lucia.
Lucia menyambut tangan Khayra sebelum disalam lembut.
"Terima kasih ye Lucia sebab dah selamatkan anak akak" kata Khayra lembut.
"Tak kak, salah Lucia jugak sebab dah buat keputusan yang bodoh..." mulut tersenyum manis.
Xavier dan Ray masuk ke dalam rumah .
"Ni mana Rachel dengan Alicia?" Tanya Lucia mata meliar kearah ruang tamu. Kut kut budak berdua tu tengah tengok tv.
"Ada dekat atas tengah main patung dalam bilik..."
Khayra dan Lucia duduk diatas sofa ruang tamu.
"Alicia okay?" Tanya Lucia prihatin. Takut jugak budak kecik tu trauma ke apa kan. Kecik kecik lagi dah kena culik.
"Tak lah, dia okay je tu... Haritu je dia ada demam sikit tapi tak teruk pun.." balas Khayra lembut. Mukanya manis sahaja dengan senyuman.
Kemudian keadaan menjadi janggal seketika. Masing-masing menyepi.
Lucia berdehem kecil mematikan suasana sunyi itu.
"Akak, Lucia nak tanya sikit boleh?" Kata Lucia mendatar.
"Tanya apa?"
"Akak ada dengar berita tak daripada Rayyan dengan Keith?" Tanya Lucia lagi. Mukanya penuh dengan harapan.
Air muka Khayra berubah kendur. Namun wanita itu cepat cepat mengawal reaksi wajahnya semula.
"Entah ... Ray tak kata apa-apa lah pulak dekat akak" kata Khayra perlahan. Mata dialih kearah lain.
Lucia mengeluh perlahan. Dia tahu Khayra berbohong kepadanya. Wanita itu tidak pandai berbohong.
Tangan Khayra dipegang lembut sebelum perlahan -lahan menjadi erat.
"Kak please... Lucia tahu akak bohong. Kenapa semua orang nak berahsia dengan Lucia ni?" Tanya Lucia sedikit kuat.
"Pleaselah kak tolong bagi tahu Lucia, mana Rayyan? Kenapa Lucia call dia tak angkat. Mesej tak balas. Abang Ray pun mengelak bila Lucia tanya pasal Rayyan. Please kak jawab soalan Lucia" Rayu Lucia. Matanya sedikit berair. Kenapa dirinya sahaja yang dipinggirkan dalam hal ini. Terasa tau.
Khayra jadi serba salah apabila Lucia merayu kepadanya. Mulut tersenyum pahit. Aduh....
"Sebenarnya...." Khayra tidak sempat menghabiskan kata katanya.
"Rayyan okay je, dia busy sikit dekat syarikat agaknya tu yang tak sempat nak tengok phone" celah Ray yang entah datang dari mana. Sofa disebelah Khayra diduduk.
Mata Lucia tajam mencerlung kewajah abang angkatnya itu.
Busy? Rayyan? jangan nak buat lawak bodoh! Dia tu lebih rela bakar syarikat tu daripada nak buat kerja dia 24 jam tahu tak. Aku PA dia aku tahulah.
"Abang jangan nak menipu!" Jerit Lucia sedikit kuat.
"Kenapa semua orang susah sangat nak bagi tahu Lucia ni!"
Lucia terus berdiri berura-ura ingin melangkah pergi dari situ.
"Jangan biadap Lucia ..." tegur Xavier yang baru sahaja masuk ke ruang tamu.
"ABANG PUN SAMA!! SUSAH SANGAT NAK BAGI TAHU RAYYAN DEKAT MANA TU DAH KENAPA? SUSAH SANGAT KE SOALAN ADIK ? HAH !!" Marah Lucia berang. Jelas tidak suka dirinya dipinggirkan dalam hal ini.
Bahu Lucia dipegang lembut.
"Boleh tak adik jangan nak complicatedkan hal ni..." kata Xavier mendatar.
Lucia tersenyum sinis sebelum tangan Xavier yang memegang bahunya ditepis kasar.
"Siapa complicated kan siapa sekarang ni Huh? Susah sangat ke nak jawab soalan adik?! Susah sangat?!" Nada suaranya sudah naik seoktaf.
"MEMANG SUSAH! SEBAB RAYYAN DENGAN KEITH HILANG SEKARANG NI TAHU TAK!" Jerit Xavier kuat . Nada suaranya naik dua oktaf. Pelipis mata diurut perlahan.
Lucia terus terdiam. Hah? dia salah dengar ke tadi?
Lucia menoleh kearah Ray dan Khayra dibelakangnya pula. Tetapi Ray tidak menafikan kata kata abangnya sebentar tadi. Khayra pula hanya mengalihkan pandangan kearah lain.
"It's a joke right?" Tanya Lucia mendatar. Nada suaranya sudah tidak tinggi seperti tadi.
Wajah Xavier dipandang semula.
"Abang bergurau je kan?" Tanya Lucia lagi.
Xavier tidak menjawab. Hanya wajah beku yang ditayang. Tiada senyuman mencorak dibibir. Maksudnya dia sedang serius dan tidak main-main dengan kata-katanya tadi.
"Abang!!" Jerit Lucia kuat.
"Abang! jawablah!" bahu Xavier dipegang kuat.
"Abang gurau je kan!"
"Xavier tak bergurau ..." kata Ray perlahan.
"Memang Rayyan dan Keith hilang sejak 2 hari lepas. Sekarang ni Avery, Kembar dengan Faiq, masing-masing tengah cuba cari dekat mana keberadaan diaorang. Dan....." Ray berhenti sejenak. Nafas ditarik dalam.
"Kitaorang tak tahu diaorang hidup lagi ke tak sekarang ni ..." sambungnya lagi.
Perlahan -lahan tangan Lucia terlepas kebawah sebelum kepala digeleng perlahan, tawa halusnya terlepas daripada mulut. Lawak apakah ini.
"Tak, abang bergurau je kan...." ulang Lucia lagi. Wajah Ray dipandang pula.
Tetapi Xavier, Ray dan juga Khayra masing masing hanya diam.
"Fuck!..... " Lucia terus laju melangkah kearah lift. Butang lift ditekan kuat berkali-kali. Matanya menjadi kabur. Air mata yang menggantikan pandangannya saat ini.
Pintu bilik ditolak kasar sebelum Lucia menghempas badannya keatas katil. Bantal diambil sebelum mukanya dibenamkan kedalam. Tangisannya terus pecah. Sakit yang terasa dibahagian abdomen diabaikan. Sakit lagi apa yang hatinya rasa sekarang.
Perlahan -lahan cadar katilnya yang berwarna pink cair itu dicemari dengan cecair berwarna merah.
Meja makan yang dulu duduk bertujuh kini hanya berlima. Lucia hanya pandang kosong makanan yang terhidang dihadapan mata. Steak yang dimasak oleh Chef terkenal itu langsung tidak menaikkan selera makannya.
Kalau Rayyan ada sekarang ni, mesti makanan dia yang paling banyak. Perlahan-lahan bibir Lucia mengorak senyuman.
"Kenapa tenung je makanan tu?" Tanya Ray yang duduk disebelah Khayra.
Xavier mengangkat wajahnya memandang kearah Lucia.
"Kalau Rayyan ada mesti makanan dia yang paling banyak kan..." kata Lucia perlahan. Senyuman masih tidak hilang dibibirnya. Pisau dan garfu ditangan menekan kuat ke daging dalam pinggan.
"Stop it Lucia! Enough!. Kita dah janji taknak sebut hal tu lagi kan" marah Xavier dingin. Nada suaranya naik seoktaf. Tetapi wajahnya masih lagi tenang.
Lucia tersenyum sinis kearah Xavier.
"Huh.. sebut pasal hal apa? Pasal Rayyan yang sampai sekarang masih belum jumpa? Ataupun cakap pasal kegagalan kita semua cari dua ketul manusia bodoh tu?" Tanya Lucia sinis. Sangat sinis.
Sempat Lucia menghadiahkan Xavier jelingan mata yang tajam. Sukahati aku lah nak cakap pasal Rayyan pun. Nak sibuk sibuk halang kenapa. Daging didalam pinggan dipotong geram sebelum mulut mengunyah kasar.
Ray dan Khayra hanya mendiamkan diri. Masing-masing mengunci suara.
Faiq yang berada disebelah Xavier tersentap mendengar ayat yang dituturkan oleh Lucia. Sudah hampir setengah tahun Rayyan dan Keith masih gagal dijumpai. Zen dan Zariq saat ini berada di Spain. Avery pula berada di Russia. Masing -masing masih lagi meneruskan misi mencari Rayyan dan juga Keith. Tetapi kini sudah hampir setengah tahun mereka masih juga lagi gagal.
Faiq pun pelik. Entah kemana Rayyan dan Keith pergi. Kalau nak kata mereka sudah meninggal. Mayat mereka tidak dijumpai dimana-mana. Rayyan dan Keith seolah olah lenyap daripada bumi secara tiba-tiba. Tiada langsung jejak kesan keberadaannya.
"Kenapa bergaduh dekat meja makan ni ?" Tegur Mrs Agnes dan Mr Darell yang baru sahaja melangkah masuk ke ruangan makan.
Kerusi disebelah Khayra dan Ray ditarik sebelum diduduk. Mrs Agnes duduk sebelah Khayra, Mr Darell pula duduk disebelah Ray.
"Takda apa mummy, salah faham je ni" balas Khayra lembut bagi pihak mereka semua.
"Jangan risau, mummy yakin satu hari nanti Rayyan pasti akan balik semula ke sini. Dia anak mummy, Mummy yakin dengan kebolehan dia" kata Mrs Agnes perlahan. Wajahnya manis sahaja menayangkan senyuman.
"Betul kata mummy tu, Rayyan yang daddy kenal bukan seorang yang cepat mengalah . Sampai masanya nanti dia balik lah semula pada kita semua" kata Mr Darell pula.
Yang lain hanya mendiamkan diri. Suasana meja makan sepi sahaja tanpa adanya gelak tawa dan lawak bodoh daripada Rayyan. Sudah 6 bulan meja itu dihiasi dengan suasana yang tegang seperti itu .
Lucia bangun daripada meja sebelum kaki terus melangkah kearah lift. Mereka yang lain hanya memerhati.
"Sorry mummy dia bad mood kut harini.." kata Xavier serba salah dengan tindakan Lucia yang agak biadap dihadapan Mrs Anges dan Mr Darell.
"Takpa , mummy faham...."
Lucia menghempas pintu biliknya dengan kuat sebelum badan dibuang kearah tilam. Siling biliknya yang berwarna putih itu ditatap lama. Perlahan -lahan mukanya yang masam itu berubah menjadi senyuman. Ada tawa halus terlepas dari mulutnya. Lama-lama tawa itu menjadi semakin kuat.
Lucia gelak terbahak-bahak diatas katilnya sendiri. Persis orang kurang siuman. Satu telefon yang disorok bawah bantal diambil. Nombor seseorang didail. Agak lama sebelum panggilan itu diangkat.
"I rindu you..." kata Lucia perlahan sebelum bibir terukir senyuman manis.
AN: Oleh kerana ramai tak suka Rayyan, mari kita bunuh sajalah si dia. hahahaha
Share this novel