"Ya allah! You kenapa datang sini dengan kepala berdarah ni! Apa yang dah jadi?" Kata Khayra kuat. Terkejut dia buka pintu rumah tadi, adik iparnya sudah tercegat di hadapan dengan kepala yang berdarah.
Rayyan membuat muka malas. Perempuan memang suka sangat nak over. Relaxlah kepala darah je pun bukannya hilang separuh ke kopak tengah ke. Ye dak?
Rayyan masuk ke dalam rumah tanpa dipelawa sebelum punggung dilabuhkan atas sofa ruang tamu.
"Mana Ray?" Soal Rayyan mendatar.
Khayra duduk di sebelahnya sambil memegang kotak first aid. Luka di kepala Rayyan dicuci dengan penuh berhati-hati.
"Ada dekat atas tengah tidurkan anak-anak" jawab Khayra sambil merawat kepala Rayyan.
Rayyan hanya membiarkan sahaja akak iparnya mencuci luka di kepalanya. Fuh dapat isteri macam ni best jugak. Sakit sikit ada orang tolong rawatkan. Setiap hari ada orang nak caring, masak pun sedap.
"Hah! Nak apa datang rumah aku malam- malam macam ni?" Soal Ray yang sedang menuruni tangga.
Khayra menoleh ke arah suaminya.
"Abang! Ayyan ni hah, datang tiba - tiba dengan kepala berdarah apa semua. Risau sayang" jelas Khayra tanpa disoal.
"Normal lah tu kepala berdarah, tak mati pun kan" balas Ray selamba.
Rayyan pantas menayangkan jari tengah ke arah abangnya. Dasar abang tak guna. Culik anak kau tu karang baru kau tahu langit ni tinggi ke rendah.
"Apa jadi?" Soal Ray mendatar sebelum mengambil tempat di sebelah isterinya.
"Excident" jawab Rayyan malas.
"Aik macam mana boleh excident? Dah tu kau datang sini naik apa? Tak nampak pun kereta dekat luar tu" tanya Ray dengan dahi yang sudah berkerut. Sempat lagi dia menjengah kepalanya keluar melihat ke arah laman. Rumah kaca. Senang sikit nak tengok luar.
"Entah anjing mana tah bawak lori tadi, sipi-sipi je aku dah nak kena langgar. Aku datang sini naik grab" jawab Rayyan malas.
Dekat France ade ke grab? Ah lantak!
Khayra menyimpan semula ubat-ubatan sebelum kotak first aid itu diletakkan di atas almari kaca.
"Cakap orang. Kau pun apa kurangnya, bawak kereta pun dah macam orang takda akal jugak kadang-kadang" perli Ray sinis.
Rayyan menjeling menyampah. Malas betul nak cari gaduh malam-malam buta ni.
"Malam ni aku tidur sini lah. Malas nak balik rumah" balas Rayyan mendatar. Kepala yang sudah berbalut kemas itu dibaringkan ke sofa.
"Habis esok kau pergi kerja nak pakai baju apa?"
"Baju kau kan ada, alah muat sangat kalau nak bagi aku pakai"
"Kau bawak ke boxer kau?" Soal Ray selamba.
Rayyan mula tersenyum senget.
"Aku pakai kau punya jelah. Kita kan memang selalu share - share barang. Kalau boleh semua benda kita nak kongsi bersama. Bini pun kita kongsi kan? Sharing is caring maa..." balas Rayyan sambil tergelak.
"Kepala hotak kau lah! Bila masa pulak aku kongsi bini aku dengan kau!" Marah Ray.
Rayyan gelak makin kuat. Khayra hanya tersenyum memandang dua beradik itu. Sudah terbiasa dengan perangai mereka yang macam ni.
"Kau nak tidur kat sini, tidurlah. Tapi jangan bising. Jangan sampai anak aku terjaga. Terjaga diaorang siap kau!" Ucap Ray berbaur amaran keras. Bukan senang nak tidurkan anak kembarnya itu. Setengah jam mendodoi pun belum tentu diorang nak tidur. Seorang dah tidur seorang lagi menjerit, dah dua dua terbangun.
"Ye aku tahulah" kata Rayyan malas sambil menutup mata rapat.
Pagi - pagi buta lagi Rayyan sudah melangkah keluar dari rumah abangnya itu. Malas hendak berlama-lama, nanti ada saja benda yang akan disuruh oleh abangnya.
"Pergh, kau pergi mana semalam dengan kepala berbalut macam ni?" Soal Keith yang berada dalam kereta.
Rayyan yang duduk di seat penumpang terus membuka balutan di kepalanya.
"Main doktor doktor dengan akak ipar aku" balas Rayyan selamba.
Mata merenung keluar tingkap
"Ey uww... sejak bila kau jadi pondan ni" kata Keith sambil membuat muka jijik.
"Semalam aku excident, gila! Kau dah lah perangai macam taik, aku suruh ambik bukan nak layan" balas Rayyan geram.
"Lah tak cakap yang kau excident, kalau cakap tadi aku terus tak datang pagi ni, biar kau kena jaga pula Si Alicia dengan Rachel" balas Keith sambil ketawa.
"Sejak bila kau berubah jadi semakin sial ni Keith?" Soal Rayyan sakit hati.
Keith masih lagi dengan sisa tawanya. Kereta dihidupkan sebelum dipandu meninggalkan perkarangan rumah Ray.
Rayyan mengeluh kasar, tiba - tiba ingatannya teringat kembali akan keretanya yang tersadai di tepi jalan raya. Apa agak-agaknya yang jadi dekat kereta cabuk tu?
"Wey nanti singgah kejap kereta aku, ada benda aku nak cari" arah Rayyan mendatar sebelum mulutnya tersenyum nipis.
"Hmmm yelah" balas Keith malas.
Rayyan memandang keretanya yang sudah tersadai di tepi jalan itu . Yup masih kekal seperti semalam. Makan dua parking. Aku peduli apa. Jalan inikan nenek aku punya.
Matanya tertancap pada satu kertas yang diselitkan di wiper depan.
' Kunci kereta encik pada saya, saya tolong pegangkan. Kalau encik nak ambik mesej saya. Ini nombor saya 019-7****** . - LUCIA NATALIE '
Rayyan membuat muka menyampah. Siapa kata aku nak kutip sampah ni. Aku banyak lagi kereta lainlah. Wajah gadis semalam kembali terlayar di ingatannya. Fuh cun lah minah tu. Mata kelabu. Rambut perang. Kalah Angelina Coli.
Rayyan pantas menyalin nombor telefon itu ke dalam iphonenya. Simpan jelah. Nanti-nanti boleh call. Boleh ajak main tembak-tembak sama-sama ke. Ye dak?
Bibir terukir senyuman senget.
"Kau cari apa dekat sini? Kereta kau rosak ke?" Tegur Keith di sebelah Rayyan.
"Ah biar jelah kereta cabuk ni dekat sini. Malas aku nak bawak balik betulkan" kata Rayyan sebelum kaki melangkah masuk ke dalam kereta semula.
"Hello brother! Buat apa tu?" Soal Rayyan kuat sebelum kaki melangkah masuk ke dalam bilik abangnya.
Ray memandangnya sekilas sebelum kembali membuat kerjanya semula. Datang pun anjing ni. Ingatkan dah mampus dekat tengah jalan tadi.
"Buat anak, tak nampak ke?" Sindir Ray pedas.
"Fuhyo, buat anak tak ajak" balas Rayyan kembali.
Ray mengeluh perlahan. Seksa dapat adik babi macam ni.
"Buat kerjalah, bukan macam orang tu. Datang pejabat main-main, datang pun ikut suka hati dia je pukul berapa" perli Ray lagi.
Rayyan duduk di atas sofa kulit di bilik itu sambil buat muka tak bersalah.
"Eleh! Tapi aku buat jugak kan kerja aku" bidas Rayyan semula. Tak mahu mengalah.
"Aah, buat. Tapi lambat. Orang nak minggu lepas minggu depannya lagi satu baru kau siapkan" kata Ray lagi.
"Hah alah dia ni. Relax lah. Tak kemanalah kerja tu semua. Kita kan dah kaya, kalau duit tu boleh beli syurga takpa lah jugak" kata Rayyan membuat alasan.
"Habis, kau pikir membunuh dapat masuk syurga ke?" Sindir Ray pedas.
Rayyan membuang pandangan keluar tingkap. Cantiknya burung-burung berterbangan tinggi diawan.
Ray menjeling tajam. Babi sungguh perangai.
"You pun buat kerja ke?" soal Rayyan kepada Khayra menukar topik.
"Aah. Projek baru yang Ray buat tu masih tak siap lagi. Tan Sri Fruger tu tak habis habis desak abang Ray suruh siapkan cepat - cepat, kesian i tengok dia" balas Khayra lembut.
"Iyeke? Si tua bodoh tu?"
"Ye..." balas Khayra meleret.
"Tak payah kerjalah you. Duduk rumah jaga anak-anak. Duit dah berlambak dah. Kalau you tak kerja pun. Cukup sangat laki you nak tanggung. Setakat you nak sebulan 7 juta apadehal. Sekelip mata dia boleh bagi" bebel Rayyan panjang.
Khayra hanya tersenyum manis. Memang dalam perancangannya juga untuk berhenti kerja. Teringin dia hendak menjaga anak kembarnya sendiri.
Kesian pula dekat Vista, anak buah Ray kerana menjadi pengasuh kepada kedua anaknya itu. Tapi itulah, kerja suaminya sudah bertimbun jika dia berhenti sekarang siapa lagi yang ingin menolong suaminya itu.
"Kalau dia berhenti ada orang tolong aku takpa. Ini tak. Kau dahlah tak selalu guna otak. Habis tergendala projek aku nanti" kata Ray kepada Rayyan.
"Yeke? Nak aku bunuh tak orang tua bodoh tu? Senang sikit, takdalah dia desak-desak kau nanti" balas Rayyan selamba.
Ray mengeluh kasar. Orang cakap lain, lain pulak dia menjawab.
"Tak payah. Sekarang ni, kau pergi masuk bilik kau dan siapkan kerja kau, tu je aku minta" kata Ray mendatar. Jarinya pantas menekan - nekan di papan kekunci.
"Aip aip captain!" Kata Rayyan sedikit kuat, tangan diangkat ke kepala. Menabik ke arah abangnya serupa askar.
Kemudian kakinya melangkah keluar daripada bilik itu dan menuju ke arah biliknya yang berada di sebelah.
Mata sibuk memandang Iphone 11 yang berada di tangan. Tanpa dia sedar seorang perempuan berambut panjang dan bermata kelabu melintasinya dan masuk ke dalam bilik Ray.
Baru sahaja tangan memegang palang besi pintu biliknya, telefon yang dipegang berdering kuat.
Skrin dilerekkan kekanan.
"Hah ada apa?" Soal Rayyan malas.
"Boss, company kita kena serang boss, ada satu kumpulan mafia datang tiba-tiba dekat lobi buat kacau" ucap si pemanggil.
Dahi Rayyan berkerut.
"Hah? Kumpulan mafia? Kumpulan siapa yang berani sangat cabar aku ni?" Soal Rayyan kembali. Tidak jadi dia nak masuk ke dalam biliknya, kaki berpatah semula ke bilik Ray.
"Tolong kitaorang boss, budak-budak kita ramai yang dah tumbang"
"Woi kau tahu tak aku dekat mana sekarang ni? France tahu tak. France. Bukan sebelah rumah makcik Kiah yang boleh sampai sana setengah jam naik beca. Kau cuba settel kan dulu aku try fly sana sepantas yang boleh, panggil TR untuk backup korang" talian dimatikan.
Tombol pintu ditolak dan seperti biasa Rayyan terus sahaja masuk ke dalam bilik abangnya itu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
"Ray! Kita ada problem" kata Rayyan sedikit kuat.
Namun matanya terus membulat apabila melihat perempuan yang berdiri di hadapan meja Ray.
"Kau! Apa kau nak datang sini?" Soal Rayyan sedikit kuat, lebih kepada terkejut. Bagaimana perempuan ini boleh mencari dia hingga ke pejabat. Setahu Rayyan, dia tiada pulak bagi tahu semalam dekat mana tempat dia berkerja.
Ray yang melihat respon adiknya itu sudah keliru.
Wajah Lucia dan Rayyan dipandang bersilih ganti.
"Kau kenal ke dengan Lucia?" Soal Ray dengan dahi yang sudah berkerut. Bagaimana adiknya itu boleh mengenali Lucia sedangkan wanita ini baru sahaja sampai France semalam.
"Eh pehal pulak kau boleh tahu nama dia?" Tanya Rayyan semula.
Lucia hanya kaku ditempatnya.
"Hello gais, saya kenalkan diri saya sendiri. My name is Lucia Natalie. Pekerja baru disini. PA kepada Mr Rayyan Mikayla atas arahan Mr Ray Mikayla. Harap maklum. Terima kasih" katanya mendatar. Sempat lagi dia menyelakkan rambut perangnya itu ke belakang ala ala model iklan shampoo.
"Hah? Apa? Si kuat bebel ni PA aku!" jerit Rayyan kuat.
Ray dan Khyara sudah menepuk dahi sendiri. Mereka sudah dapat membayangkan suasana pejabat yang akan menjadi riuh selepas kehadiran wanita ini dalam hidup Rayyan nanti.
Share this novel