Bab 37

Action Series 39599

Sebulan kemudian......

Mata Rayyan tidak lepas daripada melihat baju gown biru yang dipakai oleh Lucia dari atas ke bawah. Mukanya pula telah dimakeupkan oleh tukang makeup terkenal. Rambutnya yang sudah didadan cantik elok terletak di atas bahu kiri. Nampak sempurna.

"Cuba kau jujur dengan aku." kata Rayyan tiba - tiba.

Lucia yang baru sahaja melangkah ke arah Rayyan itu hanya mengerutkan dahinya.

"Jujur apa?"

"Kau ni sebenarnya bidadari kan? Mana ada manusia cantik macam kau" sambung Rayyan selamba.

"Ish, jangan main main lah... I nervous ni tahu tak... " kata Lucia sebelum lengan Rayyan dipeluk manja.

Rayyan tergelak halus. Tangan Lucia dipaut lembut sebelum mereka berdua berdiri betul betul di hadapan pintu dewan Mikayla Royal Hotel.

"This is my best day ever" bisik Rayyan perlahan sebelum mereka sama sama berjalan masuk ke dalam dewan yang kini sudah dipenuhi dengan beribu anak buah Rayyan dan anak buah BlackRose.

Lagu 'Here come the bride' dimainkan.

Rayyan dan Lucia kemudian duduk diatas pelamin yang berwarna biru keemasan.

Di hadapannya penuh dengan lautan manusia yang berbaju hitam. Kalau sekali pandang sumpah macam majlis berkabung. Habis nak buat macam mana. Yang berkhawin itu dua ketua kumpulan mafia. Pulak tu dua dua otak lebih kurang sewel.

Semalam Lucia dan Rayyan telah pun selamat diijabkabulkan di salah satu masjid yang berada di France. Dan harini merupakan hari persandingan mereka yang dilakukan besar besaran sehingga mereka menjemput kesemua sekali anak buahnya.

"Pergh apahal tetamu undangan kau semua anak-anak buah je ni? Kau tak ada member ke?" Soal Keith yang baru sahaja melangkah ke arah pelamin Rayyan. Kemudian ternampak pula Faiq yang mengikuti Keith dari belakang. Yang si kembar sudah entah kemana membawa lari Alicia dengan Rachel.

"Aku mana ada member, kau ada member ke?" Soal Rayyan kepada Lucia yang duduk di sebelahnya.

" Tu member" kata Lucia mendatar sebelum jarinya menunjuk kearah sekumpulan anak buah BlackRose yang sedang menjamu makanan di meja makan.

" Itu bukan member wey..." kata Faiq yang berada di sebelah Keith.

" Tah kau, tu anak buah. Maksud aku kawan. Takkan korang takda kawan langsung? Korang ni biar betul? Alang aku sendiri ada kenalan satu dua" sambung Keith kembali.

" Ah biar lah kitaorang takda member pun. Apadehal" Rayyan kemudian bangun daripada duduknya.

"Woi korang semua! Harini aku bagi korang pura-pura jadi member aku. Hah jemput, silalah menjamu selera. Takpayah malu malu anjing. Kita kan member" jerit Rayyan kuat kearah semua yang berada di dalam dewan itu.

Mereka semua bersorak. Serta merta dewan itu menjadi riuh.

Keith dan Faiq sudah menepuk dahi masing-masing. Rayyan duduk semula diatas sofa pelaminnya.

" See? Member aku lebih ramai daripada korang punya " kata Rayyan mendatar. Lucia di sebelah sudah tergelak. Ada ada saja si Rayyan ni tau.

Seketika kemudian Ray dan Khayra pula datang ke arah mereka.

"Cantiknya Lucia, macam bidadari jatuh dari langit" kata Khayra sebelum pipi Lucia dicium dan dipeluk.

"See? I told you " celah Rayyan di sebelahnya.

" Thanks akak " Lucia membalas pelukan akak iparnya itu. Kemudian Rayyan dan Ray pula bersalam cara orang lelaki.

" Mana si beku tu?" tanya Rayyan mendatar. Matanya tercari cari kewujudan Xavier.

" Dia dengan Hanz dekat luar tadi tengah berjaga" balas Ray semula. Tangannya elok dimasukkan kedalam kocek seluar.

" Eh relax lah. Hari majlis sanding aku pun nak jadi bodyguard ke?"

"Relax kau kata ? Kau tahu tak 'harini' je kau tu dah 8 ekor mampus depan pintu tu" kata Ray sambil menekankan perkataan harini. Mana taknya, berderet-deret musuh yang nakkan kepala si Rayyan ni. Tadi sahaja sudah 8 orang dikerjakan oleh Xavier dengan Hanz.

Rayyan tergelak halus.

"Susah betul jadi orang famous ni..."

Yang lain mendengar terus sahaja buat muka meluat. Perasan nak mampus.

Tiba-tiba lagu Masquerade ball dimainkan didalam dewan . Serentak itu semua yang berada di dalam dewan itu mengosongkan ruang di bahagian tengah secara bentuk bulatan.

Rayyan berdiri sebelum tangannya menghulur kepada Lucia. Badannya ditundukkan sedikit.

" May i have a dance with you, my angel" tanya Rayyan lembut dan penuh menggoda. Senyuman manis sudah mengukir di bibirnya.

Lucia menyambut huluran Rayyan sebelum mereka sama sama melangkah ke tengah dewan.

Tangan Rayyan merangkul lembut di pinggang ramping Lucia . Manakala sebelah lagi memegang elok di tangan kiri. Lucia pula meletakkan tangan kanannya di atas bahu kanan Rayyan sebelum mereka berdua menari mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Mereka yang lain hanya memerhatikan sahaja daripada tepi dua pasangan yang sudah tenggelam dalam dunianya.

" Kalau aku kahwin aku nak letak lagu rock. Boleh aku joget tengah tengah dewan" bisik Faiq kepada Keith yang berada disebelahnya. Mata masih tidak lepas memandang pasangan yang sedang menari di tengah dewan itu.

" Itu pun kalau kau kahwin lah...." perli Keith semula.

Rayyan melihat wajah Lucia . Mata mereka bertentangan, sangat lama . Masing-masing bagaikan terbuai mengikut alunan lagu. Lucia pula begitu asyik menilik setiap inci muka suaminya yang kacak.

"Malu lah semua orang pandang" bisik Lucia tiba-tiba. Mana taknya semua mata yang ada disitu kini teralih kepada mereka berdua yang sedang menari di tengah dewan.

" Nak aku korek biji mata diaorang semua?" Bisik Rayyan di telinga Lucia sebelum mulutnya mengukir senyuman manis. Sempat lagi dia menghadiahkan kucupan di sebelah leher Lucia sebelum pinggang ramping itu diangkat dan dipusingkan lembut mengikut rentak.

"Ish... You ni ke situ pulak"

Rayyan tergelak halus.

"Thank you for marrying me" kata Rayyan lembut sahaja kedengaran di telinga Lucia.

"Thank you for accepting me" balas Lucia semula dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya. Jelas wajahnya nampak bahagia.

Serentak itu lagu yang dimainkan juga habis. Seminit mereka merenung antara satu sama lain.

Tiba-tiba dua orang lelaki yang tak dikenali datang masuk ke dalam bulatan itu sebelum sebilah pisau dikeluarkan dari dalam poket. Seorang meluru ke arah Rayyan, seorang lagi laju menerpa kearah Lucia.

Mereka yang lain terkejut dengan situasi yang tiba-tiba itu.

Rayyan dan Lucia tersenyum sesama sendiri.

" And i will always protect you forever" kata Rayyan dan juga Lucia serentak.

Habis sahaja mereka berkata, Lucia pantas mengeluarkan selaras pistol yang terselit di kaki sebelum lelaki yang ingin menyerang Rayyan ditembak 2 tembakan tepat dibahagian muka. Manakala Rayyan pula, tangannya laju mencapai kunai yang terselit dalam kot biru yang dipakai sebelum dibaling tepat di kepala lelaki yang berada di belakang Lucia.

Dua dua terus rebah ke lantai tidak bernyawa.

Mereka yang lain terpaku ditempat masing masing melihat kejadian itu . Semua menjadi tiang.

" Now, that the most dangerous couple that i ever met" bisik Avery sendiri . Senyuman sinis terukir. Tangannya yang memegang cawan berisi air oren diteguk sehingga habis.

" FOR OUR KING AND QUEEN!" Jerit salah sorang anak buah Rayyan. Serentak itu yang lain turut bersorak kuat.

Kaki masing-masing sudah melangkah kearah lift.

" Enjoy your moment..." kata Ray kepada Rayyan yang sudah melangkah masuk kedalam lift bersama Lucia , untuk ke tingkat paling atas .

" Cepat-cepat sikit buat generations baru..." kata Keith pula yang berada disisi Ray.

Lucia dan Rayyan hanya tersenyum sambil tangan masing-masing yang sudah memeluk ke pinggang.

Mereka yang lain bermalam juga di hotel yang sama . Tetapi di tingkat lain. Tingkat paling atas itu semua bilik telah ditempah hanya untuk pasangan itu sahaja .

" Okay gua cau dulu..." kata Rayyan sebelum pintu lift tertutup.

Ray kemudian melangkah masuk semula ke dalam dewan tadi bersama dengan Khayra dan Keith di sisinya.

" Tak sangka abang, akhirnya diaorang kahwin juga..."

" Diaorang nampak padan bersama kan, bang" balas Khayra sebelum dada suaminya dipeluk.

Keith di sebelah hanya melepaskan nafas panjang. Tiba-tiba terasa single forever.

Masuk sahaja mereka berdua ke dalam bilik, Rayyan terus berlari ke arah bilik air .

"Bluweekk..." habis semua makanan yang dimakan tadi di keluarkan semula. Lucia di sebelahnya sudah mengurut lembut belakang badan Rayyan.

"You did a great job" kata Lucia perlahan.

Rayyan tersandar di tepi dinding bilik air .

"Did i?" Soal Rayyan dengan matanya yang sudah terpejam. Mulutnya terukir senyuman sakit.

"Yeah" Lucia turut bersandar di sebelah Rayyan. Kepala suaminya itu diurut perlahan.

" Janganlah duduk sini, habis basah gown kau" kata Rayyan dengan mata yang masih terpejam.

Lucia mengabaikan kata kata Rayyan. Dia terus sahaja melentokkan kepalanya di bahu Rayyan perlahan.

Lama jugak mereka berdua di dalam bilik air. Masing-masing melayan perasaan .

"Lucia tolong angkat aku ke katil" pinta Rayyan.

Lucia terus sahaja memapah Rayyan sebelum perlahan -lahan dibaringkan ke atas tilam. Bibir Rayyan yang kini sudah tiada warna itu dipandang sayu. Kemudian Lucia berbaring di sebelah Rayyan dengan masing-masing masih lagi berbaju sanding.

"Sorry sebab malam pertama kita macam ni " kata Rayyan perlahan. Semua tenaganya sudah hilang.

Lucia terus memeluk dada bidang Rayyan sebelum perlahan lahan kepalanya digeleng.

"It's okay, It's fine. Your health is more important" kata Lucia perlahan.

Perlahan-lahan tangan Rayyan memeluk badan Lucia sebelum kepala gadis itu dicium lembut.

"Thanks my angel. Who am i again?" soal Rayyan perlahan.

Lucia agak tersentak mendengar pertanyaan Rayyan namun cepat cepat emosinya dikawal semula.

"Your name is Rayyan, Rayyan Mikayla. And i'm your wife, Lucia Natalie" balas Lucia sayu. Tanpa sedar satu persatu air matanya jatuh menitis ke cadar katil mereka.

Share this novel

Tasya Evelyn
2021-07-11 21:14:04 

In syaa allah akan dibuat

Monalissa Lissa
2021-07-11 20:20:54 

Boleh buat crita Avery dan Keith tak...nak sambung....tak puas pula baca crta keluarga mikayla ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience