Special Bab

Action Series 39599

Rayyan mendukung anaknya yang kini sudah berusia satu tahun setengah. Kaki melangkah pada ruang tamu sebelum dia mengambil tempat di atas sofa. Anaknya yang memakai gaun merah itu hanya diam sahaja. Mulut sibuk menyumbat botol susu.

"Wey, aku rasa kan anak kau bila dah besar nanti jadi pondan duh. Kecik kecik kau dah pakaikan dia baju perempuan. Dah besar konfirm dia keliru yang dia ni perempuan ke lelaki" kata Keith yang sememangnya berada di sofa daripada tadi. Setiap kali hujung minggu memang itu jelah rutin dia. Tengok tv, kadang kadang main game dengan Si Ayyan tu.

"Ah lantak. Kisah pulak aku. Yang aku tahu anak aku comel pakai baju apa apa pun" kata Rayyan selamba. Anaknya dibaringkan atas sofa.

Siapa sangka budak yang memakai baju gaun merah itu berjantinakan lelaki. Sekali pandang mirip seperti muka Lucia. Lagi lagi apabila dipakaikan gaun oleh ayah dia yang tak cukup akal tu. Makin lah nampak macam perempuan.

Emiel Roy Mikayla. Nama yang dipilih oleh Lucia dan Rayyan. Rayyan kata anak dia mesti kena ada huruf R sebagai legasi nama lelaki dalam keluarga Mikayla. Emiel itu pula Lucia yang pilih.

Ray dengan Khayra sudah berpindah ke rumahnya semula. Mereka pula dapat anak perempuan yang diberi nama Athanasia Lancy Mikayla oleh Louis. Louis seboleh boleh nak namakan budak tu. Katanya sebab itu anak dia. Tak tahulah betul ke tidak. Bila ditanya pada Khayra dia hanya diam malu malu kucing. Betul lah tu kut.

Anak kembar mereka pula sudah beranjak ke 6 tahun. Masing-masing sudah bersekolah. Dan semestinya ayah mereka menghantar mereka berdua di private school yang dijaga ketat oleh pengawal 24 jam.

"Masya allah! Awak dah kenapa pakaikan Emil baju perempuan!" marah Lucia yang baru sahaja melangkah dari dalam lift rumah.

Rayyan tayang muka tak bersalah.

"Buat jelah anak baru you. Suami you ni nak sangat anak perempuan hahaha. Habis dia pakaikan si Emil baju gaun" celah Keith.

Lucia mengambil anaknya sebelum punggungnya dilabuhkan di sofa sebelah Rayyan.

"Aish, ada ada je tau dia ni" ngomel Lucia sambil mengesat air liur anaknya yang sudah menjejeh jejeh di mulut. Lucia pasrah melihat anaknya yang sudah kelihatan cantik itu.

"Mana yang lain? Dah lambat ni, karang Ray memekak tak pasal pasal" soal Rayyan kepada Lucia.

"Dekat atas lagi. Kejap lagi turunlah tu" kata Lucia mendatar. Tangan pantas membuka baju gaun anaknya sebelum disalin dengan baju lelaki.

Selang beberapa saat kembar, Xavier, Faiq dan Hanz keluar dari dalam lift sebelum melangkah ke arah mereka semua.

"Dah jom gerak"

Laju kereta kereta mewah keluar dari dalam garage rumah mereka. Ada yang memakai Ferarri. Ada yang memakai Mustang.

Rumah ketua mafia France dituju.

"Assalamualaikum.." kata mereka semua kecuali Keith yang bukan agama islam.

"Waalaikummussalam... Masuklah" sahut Khayra daripada pintu rumah. "Abang! Diorang semua dah sampai ni!" jerit Khayra sebelum kakinya melangkah semula ke dapur.

Mereka semua masuk ke dalam.

Sengaja Ray dan Khayra menjemput mereka semua datang ke rumahnya. Buat makan makan sikit. Lagipun mereka dah jarang berjumpa dengan isteri ketuanya itu sejak dia berhenti menjadi PA Ray.

"Uncle Ayyan!!" jerit Alicia kuat apabila melihat pakcik tiga suku kesukaannya itu. Kaki Rayyan dipeluk manja.

Rayyan terus sahaja mengangkat gadis kecil itu dengan mulut yang tersenyum lebar. Anak sendiri di belakang sudah diabaikan 100 peratus.

"Eiii berat nya dia! Mesti banyak makan ni kan"

"Mana ada! Alic makan sikit je. Daddy tu hah yang asyik rasuah Alic dengan jajan" ngadu Alicia dengan muka yang cemberut.

"Eleh...iyalah tu. Mana adik Rachel dengan Athy?" soal Rayyan semula. Punggungnya dilabuh pada sofa rumah. Alicia diribakan pada pehanya.

Mereka yang lain juga sudah mengambil tempat di atas sofa.

"Ada dekat atas dengan daddy" jawab Alicia manja. Rambutnya yang sedikit keperangan itu ditoncangkan satu. Tak tahu lah ikut genetik siapa. Padahal Ray dengan Khayra takda pulak rambut perang. Mungkin genetik dari atuk nenek kut.

"Eii rindulah dekat uncle. Kenapa uncle jarang tengok Alic" kata Alicia sambil memeluk leher Rayyan.

"Uncle busy lah sayang, daddy awak tu lah yang busy kan uncle. Sian uncle tau. Kena paksa buat kerja banyak banyak" adu Rayyan sambil membuat muka sedih.

"Jahatnya daddy, takpa nanti Alic marah daddy sebab bagi uncle kerja banyak banyak"

"Kan. Marah betul betul tau. Kalau boleh tampar je terus muka daddy awak yang tak hensem tu"

Alic tergelak kecil. Mereka yang lain hanya memerhati sahaja daripada tepi melihat Rayyan yang sudah menjadi setan menghasut kanak kanak kecil itu. Lucia yang sedang mendukung Emiel juga hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja melihat perangai Rayyan yang tidak matang.

"Kau jangan nak hasut anak aku boleh tak?" kata Ray yang baru melangkah turun daripada tangga rumah. Athanasia didukung dalam tangan manakala Rachel pula berada disebelahnya.

"Ei daddy ni! Jangan lah marah uncle Ayyan akak! Daddy ni jahat lah!" kata Alicia mempertahankan Rayyan. Tangan masih lagi tidak lepas memaut pada leher pakciknya.

Rayyan sudah tersenyum lebar melihat wajah cemberut Ray apabila anaknya sendiri mempertahankan dirinya.

"Hah menangkan lah pakcik awak tu" balas Ray pasrah.

"Memang pun! Bluwekk" kata Alicia dengan lidah yang dijelir keluar.

Yang lain sudah tergelak melihat drama keluarga itu.

Rachel yang tadinya berada di sebelah Ray terus sahaja pergi ke arah Hanz. Pelik kan macam mana budak tu boleh rapat dengan Hanz sedangkan Hanz baru sahaja memasuki keluarga itu 2 tahun yang lalu.

Khayra melangkah keluar dari dapur dengan tangan yang penuh memegang jug air sebelum diletakkan di atas meja. Meja itu sudah penuh dengan pelbagai makanan.

"Jemput lah makan semua. Jangan malu malu" pelawa Khayra.

"Eh i memang tak malu pun, muka i memang muka tembok" balas Rayyan selamba sebelum dia dulu sudah melangkah pada meja makanan.

Lucia masih lagi duduk di atas sofa dengan Emiel. Susah wey nak masukkan perangai malu dalam otak laki dia tu. Lagi lagi bila dia dah sihat ni. Makin menjadi jadi pulak perangai. Aduh susahlah nak cakap. Nak hempuk takut jadi isteri derhaka pulak nanti.

Kemudian mereka yang lain juga mula mengambil makanan.

"Av dekat mana eh sekarang?" soal Faiq memulakan bicara. Mulut penuh mengunyah spaghetti oglio olio.

"Entahlah, katanya minggu lepas dekat Sweden tapi dengar cerita syarikat dia tu nak bukak lagi satu cawangan dekat Japan" jawab Ray mendatar. Anaknya, Athanasia dibiarkan bersama dengan Khayra.

"Lama jugak dah tak nampak muka dia. Bila dia nak balik sini?" celah Keith pula. Mereka yang lain terus memandang jejaka itu dengan mata yang dikecilkan. Mulut masing masing juga sudah tersenyum senget.

"Amboi. Lain macam je ayat. Rindu ke bang?" soal Rayyan memerli.

"Jangan jadi anjing lah syaitan. Aku tanya je kan!" balas Keith.

"Eleeehhhhh..." kata mereka serentak. Keith memalingkan wajahnya ke arah lain. Babinya lahai perangai masing masing.

"Video call jelah apa susah" kata Lucia yang sudah membawa keluar Iphonenya dari dalam poket.

Nombor Avery didail.

"Hi kak Lucia. Ada apa call Av ni?" soal Avery yang berada di hujung talian. Mukanya yang putih bersih itu jelas nampak ceria dapat panggilan dari akak iparnya.

"Takda, akak saje je call. Kitaorng semua rindu... " Lucia menjarakkan telefonnya sebelum diarah kepada yang lain.

"Lah semua pun ada sekali ... Ada makan makan ke tu?" soal Avery lagi.

"Aah, ada makan makan sikit ni...saja saja je buat, dah lama tak berkumpul sama sama" balas Khayra lembut.

"Ni hah boyfriend kau rindu kau! " celah Rayyan kuat dengan selamba.

"Diam babi!" Keith pantas membaling remote tv tepat pada muka Rayyan.

Avery hanya tergelak.

"Ada ada je korang ni tau.."

"Av, bila balik sini?" soal Ray mendatar. Keith dengan Rayyan sudah bergaduh berguling guling dilatar belakang.

"Rasanya dua minggu lagi baru Av balik France..."

"Lama ke balik sini? Ke sekejap je?" soal Lucia pula.

Yang lain hanya jadi pemerhati.

"Hehe cuba teka!" balas Avery dengan mulut yang tersenyum lebar.

Mereka sudah memandang wajah antara satu sama lain.

"Av. Akan. Bukak. Cawangan. Dekat. France! Yeah!" jelas Avery teruja.

Keith yang mendengar ayat gadis itu serta merta berhenti bergaduh bersama Rayyan. Rambutnya yang sudah serabai dibetulkan semula.

"Serius ke!" soal mereka semua serentak. Masing masing tayang senyuman kecuali Ray, Rayyan dan Xavier.

Xavier tu kau tahu tahu jelah perangai beku dia. Yang Si Ray tu pulak risaukan Rayyan dan Avery bergaduh setiap masa kalau dah duduk dekat dekat nanti.

Avery mengangguk laju.

"Alhamdulillah, senang bila dah duduk dekat ni. Takda lah nanti rindu selalu" kata Lucia semula. Perkataan rindu itu ditekankan sedikit sebelum mata sempat menjeling pada muka Keith. Tawa halus terlepas.

Keith pula cepat cepat melarikan matanya ketempat lain.

"Jaga diri elok elok dekat sana..." kata Khayra lembut.

"Okay kak, tak sabar nak jumpa korang, nak jumpa dengan Athy dengan Emil. Eiii comel lah budak berdua tu... Rasa nak cubit cubit je pipi"

Lucia dan Khayra tergelak halus.

"Okaylah bye bye korang Av nak kena gerak ni... Jumpa nanti"

"Jumpa nanti" kata mereka serentak.

"Jumpa nanti ya sayang" celah Rayyan dengan membuat suara seperti suara Keith.

"Kau ni dah kenapa setan!" terus mereka berdua sambung bergaduh semula.

Talian dimatikan.

"Dah dah lah tu awak, haish tak cukup gaduh dekat rumah. Dekat rumah orang pun nak buat perangai ke" tegur Lucia kepada suaminya yang sudah berguling di atas karpet.

"Eish dia ni hah yang pukul saya dulu".

"Kau yang cari pasal dulukan!".

"Kau!".

"Kaulah!".

"Kau beruk!".

"Kau monyet!".

"Iya? Kalau aku monyet kiranya kau patuh arahan monyet lah selama ni" Rayyan tersenyum senget.

"Mampus lah kau monyet hodoh!" satu bantal sofa ditekup pada muka Rayyan.

Mereka yang lain pasrah melihat dua ekor monyet yang tidak berhenti henti bergaduh itu.

Ding dong!

Bunyi loceng rumah itu menyebabkan mereka semua terdiam. Rayyan dan Keith juga sudah berhenti berguling.

" Kau ada jemput sesiapa ke selain kita?" soal Zariq kepada Ray.

"Takda lah pulak"

Hanz dan Zen pantas mengeluarkan pistol dari poket masing masing sebagai langkah berjaga jaga. Langsir rumah diselak sedikit.

Ray pantas menarik Alicia dan Rachel ke belakang badannya. Athanasia dipeluk Khayra. Lucia pula melindungi anaknya, Emiel.

"Takda orang" kata Hanz mendatar.

Mereka menarik nafas lega.

Zen melangkah keluar dengan berhati hati.

Ada satu kad berwarna hitam berada betul betul depan pagar rumah itu. Kad itu diambil sebelum dia masuk semula ke dalam rumah. Sempat juga matanya meliar sekeliling melihat siapa yang menghantar kad hitam itu. Namun tiada kelibat langsung mencuri pandangan helangnya.

"Apa tu? Kad jemputan ke?" Soal Faiq.

Tulisan berwarna emas pada kad itu dibaca.

Your precious sister is mine now. Nothing can separate us.

-God of chaotic war-

Mereka sudah memandang antara satu sama lain.

"Kita ada musuh baru" kata Xavier tenang.

"Dan kalini nampaknya Av jadi sasaran musuh" kata Lucia.

"Siapa dia ni?" soal Hanz mendatar.

"Eres... God of chaotic war. Aku yakin nama dia Eres" balas Rayyan pula. Wajahnya ditayang serius.

"Berani betul dia nak kacau keluarga kita" kata Khayra yang berada disisi suaminya.

"Tak. Yang aku pelik, berani betul dia nak kacau Av. Av? Zoe Avery Mikayla. She is the most dangerous girl that I've ever seen" kata Keith senada.

Kad hitam itu dibakar oleh Ray yang kini sudah menjadi Louis.

"Nak kacau adik aku? Huh. Langkah mayat aku dulu..." kata Louis dingin.

The end

Share this novel

Zailena Marshid
2021-07-29 07:41:40 

Awesome.....tq author

Zailena Marshid
2021-07-29 07:41:25 

saya suka baca novel2 mafia ni...ni novel ke 3 awak yg saya dah baca...nak smbung baca buku yg ke 4 pulak....


NovelPlus Premium

The best ads free experience