"Beb lepas ni kau ada nak pergi tempat lain ke?" Soal Rayyan kepada Keith.
Mereka berdua baru sahaja keluar daripada bilik meeting di syarikat GNW. Lucia pula hanya mengekori daripada belakang.
"Setakat ni takdalah kut. Kes saham dah settel... Asal? Kau ada nak pergi tempat lain ke?" Balas Keith mendatar. Badannya direnggangkan sedikit. Lenguh duduk dua jam mengadap orang tua tadi. Banyak songeh pulak. Dah nak mampus pun masih lagi nak menyusahkan orang.
"Cun... Jom jalan-jalan bandar New York, dah lama tak pergi" ucap Rayyan teruja.
Keith tersenyum lebar. Tangan dipaut ke leher Rayyan.
"Jom!"
Lucia hanya diam memerhati dari belakang. Sumpah nampak macam gay couple.
Lantak.
Ray berdiri di hadapan pintu bilik Rayyan dengan muka yang bengang. Mata tajam merenung kerusi kosong yang sepatutnya diduduki oleh seekor anak setan di situ.
"Zen, Zariq, sini kejap!"
Kebetulan Zen dengan Zariq yang baru sahaja keluar daripada pintu lif terus melangkah ke arah Ray.
Zen mengangkat keningnya sambil kedua tangan dimasukkan kedalam kocek.
"Hah ada apa?" Soal Zen mendatar.
Zariq di sebelah sudah kecut perut. Sudah dapat agak apa yang akan keluar dari mulut ketua mereka itu.
"Aku nak tanya, mana si setan ni pergi?" Ucap Ray mendatar tetapi cukup tegas. Wajah Zen dengan Zariq dipandang bersilih ganti.
"Dia pergi US ikut Keith" balas Zen selamba.
Terus membulat besar mata jejaka itu.
"Siapa suruh dia pergi ikut sekali?" Soal Ray lagi, giginya diketap geram.
"Entah.. Mummy yang bagi dia ikut dengan Lucia"
"Budak ni, aku suruh buat kerja dia pergi lari... Pergi pulak dengan si malaun lagi sekor tu. Haish... Takpalah korang pergi sambung buat kerja" arah Ray mendatar.
Zen menundukkan sedikit badannya tanda hormat sebelum terus melangkah ke arah biliknya sendiri. Tangan laju mencapai tangan adiknya yang masih kaku berdiri .
"Tak payah nak cuak sangat muka tu" kata Zen mendatar.
Zariq menarik nafas lega setelah menjauhi ketua mereka. Sejak-sejak Ray sudah pulih dari penyakitnya, dia nampak lebih tegas dan menakutkan persis seperti Louis. Hilang sifat Ray yang dulunya seorang penyabar dan sentiasa tersenyum.
"Fuh nasib baik dia tak tanya siapa yang pujuk mummy supaya Ayyan ikut sekali, kalau tak mampuslah aku" kata Zariq berbisik perlahan sebelum tersengih. Tangan mengaru kepala.
"Padan muka kau, tahu pulak kau nak takut. Semalam kemain lagi. Kalau Ray tanya tadi, memang aku tinggal je kau dekat situ. Pandai - pandai lah kau nak menjawab. Berani buat beranilah tanggung" balas Zen mendatar. Pintu biliknya dibuka sebelum Zen masuk ke dalam.
Zariq hanya mencebik melihat abangnya yang sudah hilang dari pandangan itu. Ah peduli apa janji dia dapat jet peribadi baru. Kemudian mulutnya mengukir senyuman dan bersiul gembira. Kaki terus melangkah kearah biliknya yang bersebelahan dengan bilik Zen.
Lucia memandang iphonenya yang berbunyi notifikasi mesej baru diterima.
Tolong tengok-tengokkan Ayyan. Jangan bagi dia buat perangai. Apa apa hal terus je mesej abang. Thanks.
- Abang Ray -
Lucia memandang pula dua ekor monyet di hadapannya. Nak suruh tengok-tengokkan diorang ni? Rela jaga beruk daripada jaga diorang. Sumpah.
"Woo! Bestlah sial mesin urut ni!" Jerit Rayyan kuat.
"Diamlah lahanat! Ni mall! bukan rumah kau!" Jerit Keith juga dengan nada yang lebih kurang sama dengan nada suara Rayyan tadi.
"Ahh peduli apa! Kau tu hah bising!" Jerit Rayyan lagi.
"Ah! Kau lah bising!" Balas Keith juga lebih kuat.
"Aku boss kau so kau yang patut diam".
"Mengisah apa aku!" Balas Keith.
"Anjing ni! Dah lama hidup ke?" Rayyan menyepak kaki Keith yang berada di sebelahnya.
Lucia menggeleng kepala lemah. Macam manalah abang Ray boleh tahan dengan perangai diorang ni.
Kaki melangkah mendekati dua jejaka itu.
"Rayyan! Keith! Dahlah tu jomlah balik dah nak dekat 1 jam tau i tunggu dekat sini" ucap Lucia sedikit merayu.
Hampir 1 jam dia berdiri macam orang bodoh tunggu Keith dan Rayyan ni guna mesin urut. Lepas tu bersembang terjerit-jerit macam dalam rumah sendiri . Pikir mall ni bapak dia punya ke?
Orang ramai yang lalu lalang memberikan pandangan seolah-olah mereka bertiga ni makhluk asing yang baru masuk planet bumi.
"Siapa suruh kau tunggu! Kau pergilah jalan - jalan! Semak dekat sini buat apa " ucap Rayyan dengan nada suara yang kuat. Benci betul dia dengan wanita di hadapannya ini. Bukan dengan Lucia sahaja. Dia memang daripada dulu lagi sudah membenci makhluk yang berjantinakan perempuan.
Lucia dengan bengang terus berjalan ke arah suis utama kerusi mesin urut itu sebelum suis itu dicabut.
Kemudian telinga Rayyan dipicit kuat.
"Balik i kata!" Kata Lucia geram.
"Sakit! Sakit lah bodoh!" Jerit Rayyan kuat.
"Diam! Dari tadi kau memekak. Malu sikit orang pandang!" Balas Lucia semula.
Telinga dilepas kasar. Rayyan pantas mengusap telinganya yang mula memerah itu. Bapak ah ni tangan perempuan ke tangan jantan.
"Kau jerit boleh pulak!" Balas Rayyan tak puas hati.
"Hak alah kecoh lah minah ni!" Sambung Rayyan lagi. Kemudian dia melangkah meninggalkan Lucia.
"Rayyan! You nak pergi mana tu! Abang Ray suruh balik France sekarang!" Ucap Lucia geram.
"Jalan-jalan ah. Nak cari idea! Kau nak ikut, ikut! Taknak, kau tinggal!" Ujar Rayyan yang semakin jauh meninggalkan Lucia di belakang.
Lucia mengetap giginya geram. Tangannya dikepal penumbuk.
Macam budak-budak.
Keith bangun dari kerusi urut itu sebelum berdiri di sebelah Lucia.
"Sabar lah you. Dia memang macam tu, susah sikit nak dengar cakap orang, dia dengar cakap Ray je. Tu pun kadang- kadang" balas Keith mendatar. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Lucia pantas menjeling jejaka di sebelahnya itu.
"You tu pun sama jelah! Takpayah nak cakap orang! Eeee stress lah aku!" Balas Lucia semula. Mukanya sudah masam mencuka.
Lambat-lambat dia pun mengekori Rayyan yang semakin jauh ke hadapan.
"Aik aku pun kena sekali?" Soal Keith dengan muka yang dikerutkan.
"Siapa suruh kau duduk meja lain? Kau tu bibik aku so kau kena duduk semeja dengan aku!" Arah Rayyan tegas kepada Lucia.
Lucia mengetap giginya geram.
"Nice, now aku digelar bibik pulak. Lepas ni apa? Hamba? Pengemis? Orang gaji?" Bebel Lucia perlahan.
Dulang diletakkan di sebelah Keith. Kerusi ditarik sebelum Lucia duduk dengan mukanya yang masam mencuka. Suasana di kedai makan itu sungguh sesak, mungkin kerana sudah masuk waktu petang. Manusia berpusu- pusu untuk membeli makanan.
Keith hanya tersenyum hambar melihat mereka berdua. Nasib kaulah Lucia dapat boss yang mulut puaka macam dia ni.
Rayyan memulakan suapannya tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling.
Wajah Lucia berkerut melihat dulang Keith dan dulang Rayyan bersilih ganti.
"Tak payah pelik you, dia memang makan macam dah 4 hari tak makan" ujar Keith setelah melihat wajah bingung Lucia lama merenung mukanya.
Lucia buat muka selamba sebelum dia juga mula mengunyah makanan yang dipesan tadi. Lantak lah, perutnya sudah berkeroncong hebat, mana taknya daripada tadi dia ikut sahaja ke mana si monye- Si Rayyan ni pergi.
'Konon datang sini nak cari idea. Ni idea entah kemana dia kemana. Tunggu jelah. Balik ni memang aku ngadu puas puas dengan Ray'.
"Fuh sedaplah burger diorang!" Ujar Rayyan mendatar. Kemudian dia mengelap mulutnya menggunakan sehelai tisu.
Membulat mata Lucia melihat dulang makan Rayyan. What the! Dah habis! 4 burger max! Habis! Laju gila mony- uhuks, Si Rayyan ni makan. Padahal dia baru makan separuh.
Kepala digeleng.
'Abaikan je Lucia, abaikan je monyet ni' . Bisik gadis itu kepada dirinya. Makanan yang berada dalam mulut dikunyah semula.
"Apa yang sedap? Sama je aku rasa" soal Keith disisi Lucia.
"Sedap lah, diorang guna sos cili. Dekat France jarang dapat makan pedas. Semua manis je, ketchup sana sini. Jemu aku" ujar Rayyan mendatar. Iphone 11 dalam poket seluar diambil sebelum dibelek.
"Ouh yah, baru aku perasan" balas Keith.
Kemudian masing masing membuat hal sendiri.
Suasana di meja makan itu serta merta menjadi sunyi. Tidak seperti keadaan restoren yang riuh dengan suara manusia. Orang kata lebih baik diam daripada bersuara. Kalau bersuara lebih- lebih ada jugak terbalik meja ni nanti.
"Ayyan, kau perasan tak? Row ketiga hujung sekali, sebelah tingkap" ujar Keith tiba - tiba.
Lucia melihat Keith pelik.
"Aku tahu, dah lama aku perasan. Kejap lagi lah settel. Perut kenyang lagi" balas Rayyan pula selamba.
Lucia memandang kedua jejaka itu bersilih ganti. Mereka berbual tanpa memandang antara satu sama lain.
Pantas matanya mencari meja yang baru sahaja disebut oleh Keith sebentar tadi. Row 3 sebelah tingkap.
Matanya bertembung dengan mata lelaki berhoodie hitam yang duduk berseorangan dimeja itu.
Tapi itu kan...
"Jangan pandang dia, bibik ku syantik" ujar Rayyan selamba. Matanya masih lagi fokus kepada iphone yang berada di tangan.
Sekali lagi Lucia mengepalkan penumbuknya. Tak guna! Bibik dia panggil aku!
Lucia kembali menyambung suapannya seolah-olah tiada apa berlaku. Lantak kau lah monyet.
"Sejak bila dia ikut kau?" Soal Keith perlahan dan mendatar.
"Entah..." balas Rayyan selamba. Mata masih lagi tertumpu mata iphonenya.
"Entah kepala hotak kau! Kalau dia ada senjata macam mana..?" Marah Keith.
"Ewah kau! Nak salahkan aku pulak, dia ikut kita semua okay, bukan aku sorang. Daripada kita semua keluar syarikat kau lagi dia dah follow" balas Rayyan cukup tenang.
"Kau ada bermusuh dengan mana mana musuh baru ke?" Soal Keith kepada Rayyan.
"Hahaha manalah aku tahu, buat musuh baru tu umpama hobi aku. Kalau boleh semua tempat aku nak cari musuh baru, makin banyak musuh makin famous lah aku nanti. Satu dunia kenal aku. Hahaha" ujar Rayyan selamba sambil tergelak bangga.
"Kepala hotak kau!" Kata Keith dan Lucia serentak.
"Nampak dia pegang apa apa senjata tak?" Soal Rayyan kembali berwajah tegas.
"Macam mana aku nak nampak, dia jauh, gila!" Kata Keith.
"Guna lah mata!"
"Habis kau pikir aku tengok guna apa sekarang? Kaki!"
"Eh anjing ni! Dah lama hidup ke?" Rayyan menjeling Keith.
"26 tahun jugaklah" balas Keith semula.
Tiba-tiba rambut Keith direntap kasar .
"Eh! Babi rambut jangan buat main lah!" Marah Keith geram.
"Siapa babi? Kau ke aku babi?"
Makin kuat dia tarik rambut Keith ke depan.
"Yelah yelah! Aku babi! Puas hati!" Ucap Keith mengalah.
Rayyan melepaskan rambut Keith. Mulut tersenyum puas.
Lucia memusingkan bola matanya. 'Dua-dua babi sebenarnya'
"Tahu takut" ucap Rayyan.
Keith menjeling tajam. Kemudian kaki Rayyan di bawah meja disepak kuat.
"Hah! Melawan melawan! Nak aku potong gaji kau ke hah!" Ugut Rayyan.
Keith menjulingkan matanya keatas.
"Gaji aku bukan kau yang bayar, tapi Ray okay... " balas Keith mendatar.
"Dan Ray tu abang aku, bila-bila masa je aku boleh suruh dia potong gaji kau"
"Pikir dia nak layan kau ke?" Provok Keith semula.
Rayyan tergelak. Ada betul jugak.
"Ok fine" Rayyan mengaku kalah kemudian dia menyambung semula membelek iphonenya seolah-olah tiada apa berlaku.
Lucia memandang mereka tak berkelip. Seriously? Diorang buat tak kisah je?.
Tiba-tiba Rayyan bangun secara mengejut. Sebelum badan dan tangannya direngang ke semua arah.
"Ok aku dah kenyang. Tata! Aku nak main tembak-tembak kejap" kata Rayyan sambil melambai tangannya kepada Keith dan Lucia.
Kemudian Rayyan berjalan dan berhenti betul - betul di sebelah Lucia. Badannya dibongkok sedikit separas teliga gadis itu.
"Duduk dengan Keith, jangan pergi mana - mana" bisiknya perlahan dengan suara yang serak-serak basah .
Belum sempat Lucia membalas apa-apa Rayyan terus melangkah meninggalkan mereka berdua. Sesaat selepas itu, lelaki berhoodie hitam itu juga turut melangkah meninggalkan restoren.
Lucia melihat Keith disisi.
"Takpa ke?" Soal Lucia risau.
"Biar je, mampus lagi bagus" balas Keith selamba. Kentang goreng disumbat kedalam mulutnya penuh.
Lucia mengeluh perlahan. Makanan yang ditelan terasa kesat. Hilang selera. Hatinya sibuk memikirkan keselamatan Rayyan. Kemudian dia teringat pula akan mesej daripada Ray tadi.
"I hope nothing gonna happen" keluh Lucia perlahan.
Beberapa minit kemudian terdengar bunyi tembakan yang kuat dari arah luar bangunan. Orang ramai mula menjerit - jerit. Ada yang berlari keluar daripada restaurant itu untuk melihat apa yang berlaku. Ada yang menyorok untuk menyelamatkan diri.
Lucia dengan Keith sahaja yang bereaksi tenang seolah-olah sudah menjangkakan perkara itu berlaku.
Beberapa minit selepas itu, kerusi di hadapan Lucia ditarik sebelum Rayyan duduk selamba.
"Jom blah kejap lagi polis datang" katanya mendatar.
Beberapa minit selepas itu bunyi pengera keselamatan pula kedengaran kuat membingit telinga. Cepat cepat mereka melarikan diri daripada pusat membeli belah itu.
Laju kereta Chevrolet Camaro hitam milik Rayyan membelah jalan raya.
"Siapa tadi?" Soal Keith setelah lama mereka mendiamkan diri.
"Entah, mengisah pulak aku, aku main tembak je dia tadi" balas Rayyan cukup selamba. Matanya fokus ke arah jalan raya.
Keith menepuk dahinya.
"Sesuka hati kau je tembak-tembak orang! Kalau dia bukan orang jahat macam mana?"
"Kalau dia bukan orang jahat kenapa dia ikut aku? "
"Kau lupa ke? Kau tu kan model untuk brand abang kau! Mana tahu dia fans kau ke" balas Keith mendatar.
"Ouh ye? Tak tahu pulak aku fans zaman sekarang acu pistol dekat orang yang dia minat" ujar Rayyan dengan muka poker dia.
Pistol?
"Dia ada pistol?" Akhirnya Lucia bersuara setelah mendiamkan diri dari tadi.
"Lah kau ada rupanya, aku ingatkan tertinggal dekat mall tadi" ucap Rayyan selamba. Wajah cemberut Lucia di pandang melalui cermin belakang.
"Dia ada pistol ke?" Ulang Lucia sambil mengetap gigi geram.
"Of course lah ada, kalau tak takdalah tangan aku kena tembak ni" ujar Rayyan masih lagi bernada selamba.
Tangan?
Pantas Lucia melihat ke arah baju Rayyan yang sedikit berlubang. Besar matanya memandang bahu Rayyan yang sudah lencun dengan darah itu.
"You! Tangan you berdarah!" Jerit Lucia sedikit kalut. Terus Lucia mengambil kain yang sememangnya berada di dalam kereta itu sebelum bahu Rayyan ditekap kuat.
"Aah darah sikit. Tapi pelurunya tak masuk dalam, kena bahagian sipi je tadi" ucap Rayyan masih lagi tenang.
"Kenapa tak cakap awal-awal!" Marah Lucia. Jelas wajahnya mempamerkan riak risau.
Keith berkerut dahi melihat mereka berdua. Sumpah ah. Diorang ni ada apa apa ke?
Bang!
Satu peluru mengenai cermin belakang kereta.
Lucia dan Keith pantas menoleh ke arah belakang.
"Shit dia dapat kejar..." kata Rayyan perlahan sebelum minyak kereta ditekan lebih kuat.
"Woi dia tak mati ke tadi!" Kata Keith kepada Rayyan.
"Bila masa aku kata aku bunuh dia? Aku yang kena tembak adalah. Dia sempat lari tadi" kata Rayyan selamba.
Bang! Bang! Bang!
Cermin belakang mula retak sedikit akibat daripada tembakan itu. Kalau lah cermin itu bukan kalis peluru, confirm dah jadi mayat mereka semua ni.
"Sialah dia ni...calar kereta aku" kata Rayyan geram.
Keith mengambil pistol di bawah seat penumpang. Peluru diisi dengan cermat sebelum cermin tingkap diturunkan. Kepala dikeluarkan sedikit.
BANG! BANG! BANG!
"Cis babi, tak kena..." kata Keith.
"Tembak macam pondan mana nak kena!" Kata Rayyan mendatar.
Laju Rayyan mencelah antara kereta kereta di atas jalan raya itu.
Bang! Bang!
Cermin belakang mula retak akibat ditembak beberapa kali.
"Do something lah anak anjing" marah Rayyan kepada Keith. Kalau dia tak bawak kereta dah lama dia yang tembak si malaun yang kejar diorang ni.
"Kan dah buat tadi, tak kena. Aku pandai buat bom je, tembak tak pandai..." jawab Keith semula.
"Sial betul alasan..."
Pantas Lucia merampas pistol putih Rayyan yang berada di hadapan.
Cermin seat belakang diturunkan. Lucia mengeluarkan badannya separuh. Pistol putih itu tepat di hala ke arah tayar kereta hitam yang mengejar mereka.
Bang! Bang!
Strerrrrrrtttttt! Bum!!
Kereta yang mengejar mereka itu menghentam penghadang jalan kuat. Asap mula memenuhi ruang udara.
"Hah macam tu baru tembak macam jantan" ucap Rayyan kepada Keith.
Keith mencebik.
Terus keretanya diparkir di sebelah jalan raya.
"You, duduk diam-diam dalam kereta. Jangan ikut" kata Rayyan. Peluru pistol diisi penuh. Pintu dibuka.
Keith dan Rayyan keluar daripada kereta hitam itu sebelum menghampiri musuhnya secara perlahan.
Kedua jejaka itu mengibas sedikit asap yang terkena pada wajah mereka. Pistol dihala ke arah kereta yang sudah tersadai di tepi jalan.
Sampai sahaja di tempat pemandu.
Mereka berpandangan antara satu sama lain. Bingung. Kosong. Tempat pemandu itu kosong. Bila masa dia sempat lari? Pistol diturunkan semula.
"Sialan betul, dah calarkan kereta aku, sedap sedap je lari" kutuk Rayyan bengang.
"Dah ah. Jom blah nanti polis datang" kata Keith mendatar.
"Ah takda takda, berani dia calarkan kereta aku... "
Bang! Bang!
Kedua tayar belakang kereta itu ditembak.
"Woi dahlah!" Marah Keith.
Bang! Bang! Bang! Bang!
Cermin kereta pula ditembak.
Keith menggelengkan kepala. Degil betul.
Bang! Bang!
"This is Rayyan lah!" Katanya sedikit kuat.
"Bising bodoh!" Marah Keith. Suka sangat buat benda sia-sia.
"Eleh relax lah" Rayyan tersenyum.
Mereka berdua berpatah balik semula ke arah kereta Rayyan. Namun belum sempat mereka membuka pintu kereta.
"POLICE! DON'T MOVE! PUT DOWN YOUR WEAPON!"
Rayyan pandang Keith. Keith pandang Rayyan.
Rayyan sudah tersengih macam kerang busuk.
"Babi! Ini semula salah kau!" Ucap Keith geram. Giginya diketap.
"PUT DOWN YOUR WEAPON! AND TURN AROUND SLOWLY!" Jerit salah sorang polis di belakang mereka.
Rayyan tersenyum.
"Tapi kan Keith... Aku sebenarnya dah lama tak puas hati dengan kau" kata Rayyan selamba. Jelas tidak mengisah dengan sekumpulan polis yang masing masing sudah mengacukan pistol ke arah mereka berdua.
Keith sudah bingung ditempatnya.
"Ape benda bod..." belum sempat Keith menghabiskan ayatnya, Rayyan pantas merampas pistol di tangan Keith sebelum mencengkam kedua-dua bahu jejaka tersebut dan mencampak kuat ke arah sekumpulan polis dibelakangnya.
Tergolek - golek jejaka itu sebelum berhenti betul betul di kaki salah sorang polis yang merenung dia seperti ingin menelannya hidup-hidup.
Keith tersengih kekok. Nak buat apa ni? Cium kaki?
"BYE BYE ANAK PUNGUT!" Jerit Rayyan kuat dari dalam keretanya.
Kepala berpusing, tajam matanya melihat ke arah kereta hitam si pembelot yang sudah meluncur laju meninggalkan dirinya sendirian.
"Sumpah kau makhluk paling sial Rayyan..." guman Keith perlahan.
Share this novel