Hari jadi Alicia dan Rachel disambut dengan meriah di taman sebelah kolam renang kediaman Mikayla. Hanya ahli keluarga dan pembantu rumah itu sahaja yang dibenarkan hadir untuk meraikan majlis hari jadi kembar itu. Macam macam makanan yang tersedia Chicken grill, Chicken chop, Lamb chop, Lobster, Daging panggang, Spagetti dan air yang pelbagai rasa. Semuanya disediakan oleh tukang masak yang terkenal yang diupah oleh Ray.
Rayyan nampak sangat kacak dengan sut berwarna biru gelap berserta tie berwarna merah darah mengikut tema majlis ulang tahun iaitu biru dan merah gelap.
Belon berwarna merah hati itu ditiup sehingga besar sebelum diikat ketat. Kemudian belon itu diserahkan kepada Alicia.
"Thanks, uncle" Alicia menyambut dengan tangannya yang comel diikatkan dengan ribbon berwarna merah.
"Main elok-elok. Jangan sampai pecah " kata Rayyan lembut.
Alicia berlari-lari riang bersama belon merah ditangan. Rachel pula hanya duduk bersama dengan ibunya, mulut sudah penuh dengan kek yang disuap oleh Khayra.
"Beb, mana Lucia dari tadi aku tak nampak dia ...." tegur Keith . Dia mengambil tempat di sebelah sofa Rayyan.
"Ah peduli apa aku. Aku bukan nenek dia nak jaga kehulu hilir... " kata Rayyan sambil mata masih tidak lepas memandang anak sedaranya yang bermain main di sebelah kolam air.
Keith menjeling Rayyan disebelahnya sebelum nafas dilepas panjang.
Xavier sedang bersandar pada satu pokok memerhati sambil berjaga-jaga. Khayra dan Ray pula daripada tadi sibuk melayan karenah anak -anaknya.
"Mana yang lain ni?" Tanya Rayyan setelah perasan Kembar dan Faiq tidak berada di taman itu.
"Entah, dekat dalam lagi lah kut ..." balas Keith mendatar tangan sibuk membelek telefon bimbit.
Rayyan memandang ke arah pintu rumah. Faiq, Zariq dan Zen melangkah keluar dengan tangan masing -masing memegang kotak hadiah yang besar.
"Yeah! Acara bagi hadiah!" Kata Khayra kuat.
Kemudian mereka semua berkumpul mendekati kanak-kanak kembar itu.
"Nah ni hadiah dari uncle Faiq" kata Faiq sambil menghulurkan dua kotak besar kepada Alicia dan Rachel.
"Yeahh! Open ! Open!" kata Alicia teruja melihat kotaknya yang bersampulkan ros merah berkilat.
"Later... Later we will open it together okay ..." pujuk Ray di sebelah. Kalau hendak membuka semuanya disini jenuh sampai bila nak habis. Kerana pembantu pembantu rumah juga ada yang memberikan mereka hadiah.
Alicia mengangguk dengan wajah yang memuncung. Hadiah itu diletakkan ketepi.
"Nah ..." Xavier menghulurkan dua botol vitamin kepada Alicia dan Rachel.
"Ni dari Uncle.." kata Xavier dengan wajahnya yang beku.
"Yeah .. Candy!!" Jerit Rachel dan Alicia serentak. Mereka mengambil botol itu dari tangan Xavier.
"Err Xavier you bagi apa dekat anak anak i ?" Soal Khayra, mata tidak lepas memandang kearah dua botol ubat yang diberikan kepada anak-anaknya.
"Vitamin yang i baru cipta.." Kata Xavier tenang. Cepat-cepat botol itu diambil oleh Khayra semula.
Masing -masing sudah menepuk dahi sendiri.
"Kepala hotak kau bagi budak-budak ni vitamin hadiah hari jadi!" Kata Rayyan sebelum kepala Xavier ditarik ke arah kolam renang.
"Dah tu je yang aku pandai buat!" Balas Xavier semula kuat. Rayyan menolak kepala Xavier ke arah permukaan air.
"Woi... Woi....! Basahlah aku nanti!" jerit Xavier apabila mukanya sudah dekat dengan air kolam. Rayyan tidak menghiraukan jeritan Xavier.
"Mati kau, mati..." kepala Xavier dicelupkan ke dalam air beberapa kali.
"Rayyan!!" kata Ray cukup tegas .
"Ya saya?" Kata Rayyan laju. Tangannya pantas melepaskan kepala Xavier yang sudah berada di dalam kolam.
"Behave!" tegur Ray tegas.
Xavier terus bangun sebelum mengeringkan semula rambutnya dengan tuala yang disediakan oleh pembantu rumah.
"Nah ni daripada kami berdua" kata Zariq dan Zen sebelum meletakkan 2 kotak disisi Alicia dan 2 kotak disisi Rachel.
"Thanks .. uncle " kata Alicia dan Rachel serentak.
Khayra dan Ray menarik nafas lega melihat hadiah itu. Nasib hadiah daripada dua kembar itu kelihatan normal.
"Nah, ni pulak daripada uncle ..." kata Keith sebelum memberikan pistol mainan kepada Aicia dan Rachel.
Alicia dan Rachel teruja melihat pistol mainan itu. Terus pistol itu diambil dan dibelek.
"Keith kau jangan kata....." belum sempat Ray menghabiskan kata-katanya. Satu bunyi tembakan kedengaran.
Bangg!!
Peluru pistol itu lalu betul betul disebelah Rayyan sebelum terkena pada salah satu pokok dibelakangnya apabila Rachel menarik pemincu pistol mainan yang diberikan oleh Keith.
"Anjing kau! Kau bagi anak-anak aku pistol betul?!!" Marah Ray kepada Keith . Terus dia merampas kedua pistol yang berada ditangan anak-anaknya.
Apa lagi, melalak lah si kembar itu apabila mainannya diambil. Khayra terus mendukung Rachel, manakala Alicia pula didukung oleh Faiq.
"Dah itu je yang aku pandai buat ..." jawab Keith selamba.
"Kau ni memang anjing! Berani kau bagi anak sedara aku senjata! Kalau dia tertembak aku tadi macam mana!" Kata Rayyan sebelum dia merampas satu pistol ditangan Ray dan laju kaki melangkah ke arah Keith.
"Bro relax bro... aku gurau je" kata Keith takut. Dia tahu lelaki itu tidak pernah gentar untuk membunuh sesiapa sahaja.
"Gurau anjing lu, meh sini aku gurau dengan kau pulak.." Rayyan terus menyumbatkan pistol mainan itu ke dalam mulut Keith.
Ray dan Khayra sudah menepuk dahi masing-masing. Bala wey.
"AHH tolong !!" Jerit Keith.
"Kau nak buat lagi ke taknak?" Tanya Rayyan.
"Taknak .. Taknak .." kata Keith dengan air liur yang sudah menjejeh jejeh dimulut.
"Dah, jangan nak membunuh pulak dekat sini..." Kata Ray mendatar.
Khayra terus melihat ke arah kotak hadiah yang diberikan oleh Faiq dan si Kembar sebentar tadi. Takut pula dia hendak membuka kotak itu kalau dah macam ni gayanya.
"Hi ... sorry lambat " celah satu suara dari arah pintu rumah.
Mereka semua memandang kearah suara itu kecuali Rayyan yang masih lagi sibuk menyumbatkan stokin ke dalam mulut Keith.
"Dah dah lah tu!" Marah Ray kepada Rayyan.
Mendengar abangnya yang seperti sudah mahu mengamuk, Rayyan dan Keith terus berdiri tegak seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Rayyan memandang Lucia yang memakai dress merah hanya paras betis. Rambutnya yang panjang beralun terletak elok di bahu kanan menampakkan lagi lehernya yang putih jinjang.
"Fuh cun lah minah tu ..." Kata Keith di sebelah Rayyan.
Rayyan hanya diam memerhati. Entahlah nak kata tak cantik, cun jugak perempuan tu. Tapi tulah. Aduh....
Lucia jalan mendekati Khayra sebelum tangan wanita itu disalam. Sempat lagi pipi Rachel yang berada dalam dukungan Khayra dicubit geram.
"Nah ni hadiah dari akak... Happy birthday" kata Lucia sambil tangan menghulurkan robot mainan kepada Rachel. Kemudian pipi Rachel pula dicium lembut.
"Thank you " ucap Rachel perlahan.
Kemudian Lucia melangkah pula ke arah Faiq yang mendukung Alicia.
"Nah, ni pulak untuk Alicia ... Happy birthday sayang" tangan menghulurkan satu kotak anak patung Barbie kepada Alicia.
"Thanks kakak!" Kata Alicia sedikit teruja melihat anak patung itu.
Ray dan Khayra menghembuskan nafas lega. Setakat ni itulah hadiah yang nampak paling normal diberikan kepada anak anak mereka. Yang lain macam, haih.
"Ayyan kau tak bagi apa-apa ke dekat Alicia?" Soal Faiq yang sudah berdiri di sebelah Rayyan. Tangan masih lagi mendukung Alicia.
"Aku bagi...." belum sempat Rayyan menghabiskan kata -katanya. Tiba-tiba telinga mereka menangkap bunyi letupan besar dari arah belakang rumah.
BOOMM! BOOMM! BOOMM!
Letupan itu bersambung -sambung. Angin hasil daripada letupan itu bertiup kuat keseluruh arah. Keadaan automatik menjadi huru hara.
Mata masing-masing memandang ke arah belakang rumah. Kesemua kapal terbang milik Rayyan meletup. Nasib baik lapangan terbang itu agak jauh dari rumah mereka, takdalah mereka terkena tempias ledakan itu sekali.
Angin panas mula bertiup kencang.
Anak -anak buah Rayyan yang berjaga diluar terus menyerbu masuk ke dalam taman. Ray dan Khayra cepat-cepat melindung anak-anak mereka daripada terkena angin panas. Xavier dan Faiq masing-masing sudah siap sedia dengan pistol. Mata meliar mencari musuh. Zariq dan Zen terus sahaja mencapai Riffle putih yang berada di dalam kotak bawah pokok .
"Kepala hotak kau letak Riffle dekat situ, kalau anak anak aku main tadi macam mana!!" Marah Ray kepada Zariq.
"Tak main pun kan..." jawab Zen selamba.
Rayyan pantas mengeluarkan selaras pistol silver yang berukir RY dari belakang kocek seluarnya berjaga-jaga.
"Rayyan!!!" Jerit satu suara.
Rayyan menoleh ke arah suara tersebut.
"Woi kau ke yang letupkan kapal terbang aku? Agak agak lah kalau nak bergurau dengan aku pun" tanya Rayyan kepada Avery yang sedang berlari ke arahnya dengan berpakaian jaket kulit hitam seperti perisik mafia. Wajah gadis itu juga kelihatan sedikit calar dan luka.
"Kepala hotak kau, aku takda masa nak main - mainlah. Alicia! Alicia mana !!! " Tanya Avery kelam kabut. Rambutnya sedikit tidak teratur akibat angin bertiup kencang.
"Tu hah dia dekat belakang dengan Kha....." Rayyan menoleh ke belakang.
Tetapi yang dilihat hanyalah Khayra yang sudah rebah ke lantai dan Alicia sudah tiada disitu.
"Ray!! Anak kau mana!!" Tanya Rayyan kuat ke arah Ray yang masih lagi melindung Rachel dalam pelukan dari angin yang kuat.
Ray pantas memandang ke arah Khayra disebelahnya.
"Sayang!!" jerit Ray kuat. Tidak pasti sama ada isterinya pengsan ataupun mati. Matanya tertutup rapat. Kepalanya ada sedikit mengalir cecair merah.
Mendengar jeritan Ray yang lain terus cepat -cepat datang ke arah Khayra. Ray terus sahaja memangku kepada isterinya itu.
"Fuck ..!" kata Rayyan sebelum dia terus berlari mencari Alicia meninggalkan yang lain. Keith dan Avery pula hanya mengekor Rayyan dibelakang.
"ALICIA!!!!!" Jerit Rayyan kuat.
"ALICIA !!!!" Laung Keith pula. Tangan menutup ke arah muka. Udara menjadi panas akibat daripada haba yang dihasilkan oleh letupan tadi.
Habis halaman rumahnya yang besar itu diredah mereka bertiga. Namun kanak kanak kecil itu masih tidak dijumpai.
"Rayyan! Kak Lucia mana?? Adik Xavier mana?" Tanya Avery tiba-tiba.
"Bangkai betul perempuan ni...." kata Rayyan dengan mata yang sudah membulat besar. Mereka terus berlari semula ke arah taman tadi untuk mencari Lucia. Namun gadis itu juga tidak dijumpai.
Laju Rayyan menerpa ke arah Xavier.
"Woi.. anjing cilaka mana adik kau!" Tanya Rayyan dingin kepada Xavier. Kolar baju lelaki itu ditarik kasar. Pistol silvernya diacukan tepat ke arah kepala Xavier.
"Mana aku tahu.." kata Xavier mendatar sambil mata melihat sekelilingnya mencari keberadaan Lucia.
"Fuck ! Kau dengar sini eh! Kalau ni semua kerja adik kau! Memang nahas kau aku bunuh!" Kata Rayyan kasar.
"Bro relax bro...jangan macam ni...." kata Keith cuba meleraikan pergaduhan itu.
Zen dan Zariq hanya jadi pemerhati.
"Woi sabar lah.... " kata Avery yang sedang cuba untuk meleraikan tangan Rayyan daripada terus mencekik kolar baju lelaki beku itu.
"Dah dah lah tu ! Kita masuk dalam dulu! Kau nak bergaduh dekat luar ni sampai mati pun, benda dah jadi dah !" Kata Ray menenangkan keadaan .
Khayra pantas digendong oleh Ray. Manakala Rachel dibawa masuk oleh Faiq sebelum diikuti dengan kembar.
Rayyan melepaskan koler baju Xavier dengan kasar sebelum dia juga melangkah masuk mengikuti mereka lain.
Xavier membetulkan semula bajunya yang sedikit renyuk. Nafas dilepas panjang.
"Mana kau ni dik....." kata Xavier perlahan. Sebelum dia juga turut melangkah masuk ke dalam rumah.
Rayyan sudah hilang punca ingin mencari anak sedaranya itu dimana lagi. Tiada langsung jejak atau kesan yang ditinggalkan oleh penculik dan juga gadis bernama Lucia.
Ray masih lagi bersama dengan Khayra dan Rachel di dalam bilik tidur mereka.
Rayyan meraup mukanya kasar sebelum dia mengambil tempat disebelah Keith.
"Faiq! Cari Lucia! aku nak kau jejak perempuan tu sampai dapat!" Suara Rayyan naik seoktaf.
Tanpa berkata banyak Faiq melangkah kearah bilik untuk mengambil laptopnya.
"Relax lah... kita tak tahu lagi betul ke Lucia yang culik Alicia. Jangan nak tuduh sebarangan" kata Zariq cuba untuk menenangkan Rayyan.
Zen dan Xavier hanya diam memerhati. Xavier sudah buntu otaknya memikir, betul ke adiknya itu yang menculik Alicia.
"Sebelum dia muncul dalam keluarga ni , Takda siapa pun berani ceroboh tempat ni lah! dia datang sini terus macam-macam jadi ! Kena culik lah kena tu lah kena ni lah!" Kata Rayyan dingin.
"Rayyan tengok ni ..." kata Avery. Ipadnya menunjuk satu video cctv yang menghadap ke arah taman mereka berada tadi.
Mata masing-masing terus tertumpu pada ipad yang memapar tayangan video cctv itu.
Sedang keadaan kelam kabut tadi, seorang pengawal yang masuk ke taman itu memukul kepala Khayra menggunakan belakang pistol. Alicia yang berada dalam pelukan Khayra dipengsankan oleh lelaki bersuit hitam itu. Semuanya berlaku dengan pantas, hanya Lucia sahaja yang ternampak kejadian itu. Gerak gerinya seperti ingin menolong Alicia, namun baru sahaja dia mendekati lelaki itu, Lucia diugut pula dengan pistol yang diacukan ke kepala Alicia yang berada dalam pelukan. Video itu berakhir dengan Lucia mengikuti lelaki itu membawa Alicia pergi.
"Fuck !!!" Kata Rayyan selepas kamera itu tidak menunjukkan kemanakah mereka berdua dibawa pergi.
"Kan aku dah kata, jangan nak tuduh sebarangan.." kata Zariq mendatar.
Faiq datang semula dengan membawa dua laptop ditangan.
"Nak cari macam mana ni?" Kata Faiq.
"Cctv rumah.." balas Rayyan dingin.
"Cctv rumah dekat bahagian luar satu je yang terselamat akibat dari letupan tadi. Video yang kita tengok tulah" celah Avery semula.
Rayyan meramas rambutnya kasar.
"Anjing... Aku dapat tahu siapa yang buat ni memang aku bunuh dia!" kata Rayyan dingin sambil duduk menunduk kebawah.
"Macam mana? Dapat tak jejak anak aku?" Soal Ray yang baru sahaja melangkah kearah ruang tamu.
Masing-masing menggeleng lemah.
"Akak Khayra macam mana?" Tanya Avery. Wajah sungul Ray dipandang.
"Dia okay, dia pengsan je tu. Kejap lagi sedarlah... " jawab Ray tenang sebelum bahu Rayyan ditepuk kuat.
"Relax lah setan.... Aku yakin penculik tu takkan apa-apa kan Alicia sebelum dia minta sesuatu dari kita. Kalau betul dia nak bunuh anak aku tu, dari tadi lagi dia dah bunuh. Takpayah susah susah nak bawak lari" kata Ray tenang.
Rayyan hanya mendiamkan diri. Dah macam anak dia pulak nak risau lebih-lebih.
Xavier hanya memerhati dari tepi. Nak bagi tahu ke tak ni? Aduh....
Share this novel