Bab 30

Action Series 39599

Rayyan yang sedang sibuk berpura pura sibuk itu terkejut apabila seorang perempuan yang berpakaian agak seksi menerjah masuk ke dalam ruangan latihan yang dia sedang guna. Gadis itu melangkah mendekati Rayyan dengan mulut yang tersenyum menggoda.

"Hi Kiez , you buat apa?" Soal Elena dengan suaranya yang dibuat-buat manja. Tangannya bermain-main dengan lengan baju milik Rayyan.

Hanya mereka berdua sahaja berada di ruangan latihan ketika ini.

"Tengah masak ayam ni tak nampak ke?" Balas Rayyan cukup sarkastik. Ingin sahaja dia menepis tangan gadis itu sampai terputus jari yang gatal gatal memegangnya. Mana boleh pegang anjing. Kan haram.

"Hahaha you ni kelakar lah Kiez..." gelak Elena lembut.

'Kelakar kepala bapak kau '

Rayyan mengabaikan gadis itu, tangannya terus sahaja mencapai sepucuk pistol yang berada di dalam meja kaca sebelum dihala ke hadapan. 

Papan penembak direnung tajam . 

Bang! Bang! Bang!

Tiga das tembakan dilepaskan. Tiga -tiga tepat dibahagian jantung papan yang berbentuk manusia itu.

"Wah ... Hebatnya you Kiez. Tergoda i" kata Elena lagi cuba menarik perhatian Rayyan .

Mukanya yang dimakeup setebal gunung Everest itu dipandang bosan oleh Rayyan. Muka Lucia yang tak makeup itu pun lagi cantik dari kau.

'Bila perempuan ni nak blah , ada jugak yang mati kejap lagi karang'

Elena berdiri disisi Rayyan .

"Kiez apa kata you ajarkan i menembak boleh?" Tanya Elena manja. Kedua tangannya merangkul erat dileher Rayyan. Matanya ralit memerhatikan wajah kacak lelaki itu.

Rayyan menarik nafas dalam, sedalam dalam yang boleh sebelum mulutnya disenyum paksa .

'Sabar Rayyan, sabar . Jangan jadi bodoh dekat sini ' Ulang Rayyan berkali-kali.

Tangan Elena dilepaskan selembut yang boleh. 

"Jangan macam ni. Aku lemas .." kata Rayyan mendatar. Mulutnya mengukir senyuman. Pistol yang tadi sudah diletakkan semula ke dalam meja kaca. Risau pulak kalau tiba-tiba peluru tu terbang ke kepala seseorang.

Rayyan berjalan kearah satu sofa yang sememangnya tersedia diruangan latihan itu. Niat dihati untuk menjauhi gadis itu , tetapi Elena pula sibuk sibuk mengikuti Rayyan. Rayyan duduk dia pun duduk. Tetapi peha Rayyan menjadi sebagai tempat duduknya.

"Alaaa.. you lemas dalam lautan cinta kita ke..?" Kata Elena lagi cuba untuk menggoda Rayyan. Dada bidang Rayyan disentuh sentuh manja.

Rayyan yang seperti mahu meletup itu cepat cepat menarik nafas panjang sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Setelah dia yakin aura membunuhnya sudah hilang, wajah Elena dipandang semula.

"Elena ... You ingat tak apa jadi dekat Bell minggu lepas?" tanya Rayyan dengan suara yang cukup menggoda.

"Ingat..." Balas Elena lembut. Jarinya bermain-main dengan wajah Rayyan.

Rayyan menggengam jari Elena perlahan -lahan erat. 

"Dia mati kena bunuh dengan i sebab i hilang kawalan... " Mulut Rayyan mengukir senyuman manis.

"So......" Rambut panjang Elena diselak perlahan-lahan kebelakang. Tersembul lehernya yang putih. Rayyan mendekatkan mulutnya ke telinga Elena.

"I taknaklah nanti you jadi mangsa seterusnya....." bisik Rayyan lembut dan perlahan sebelum mulut tersenyum sinis. 

Wajah Elena dilihat semula.

"Faham i please...." 

Elena mencebikkan mulutnya sebelum dia terus bangun daripada peha Rayyan dan mengambil tempat disebelah. Tetapi masih lagi dekat dengan Rayyan.

"You ni kan... selalu macam ni tau ... Ada sahaja alasan yang you bagi " rajuk Elena . Tangannya disilang kedada. 

Rayyan bermain main dengan rambut perang Elena . Matanya tajam melihat leher Elena yang agak begitu menggoda pada pandangannya. Menggoda untuk dikelar.

" You ni kan .... " . Bisik Rayyan lembut dan mendatar.

"Cantik..."

'Macam badut sarkas'

" Putih...."

Rambut Elena dicium lama.

" Wangi ....".

'Wangi macam bangkai'.

"Takkan lah i tak suka you ...".

' Sebab orang bodoh je suka kau ...'.

Elena sudah tersengih -sengih apabila Rayyan memujinya sebegitu. Setelah sekian lama, Akhirnya lelaki itu jatuh juga kepadanya. Setakat ini memang tiada langsung lelaki yang berani menolak godaannya. Hanya Kiez sahaja yang menjual mahal.

Wajah Rayyan dipandang semula.

" Yeke you suka i , kalau you suka i . I nak you buktikan .." Kata Elena dengan mata yang dibulat bulatkan.

" You nak i buktikan macam mana?" Tanya Rayyan lembut. Tangannya masih lagi bermain dengan rambut Elena. 

Sebenarnya dalam fikiran Rayyan ingin sahaja dia menarik rambut itu sehingga botak dan terkoyak dari kulit kepala, tetapi yang Elena pikirkan Rayyan ingin bermanja-manja dengannya.

" I nak you kiss i sekarang..."

'Fuck'

Terbuntang luas mata Rayyan, jelas terkejut dengan permintaan Elena. Mana tidaknya , dia tidak pernah mencium mana-mana perempuan sebelum ini. 

" Kalau abang you tahu macam mana? Habis lah i nanti..." dalih Rayyan cuba untuk mengelak.

" Abang Hanz tak kisah pun ... dia lagi suka kalau i dengan you..." balas Elena semula.

Rayyan termenung seketika.

Perlukah dia membunuh gadis dihadapannya ini hanya kerana ingin menjaga first kiss nya yang disimpan untuk Lucia?

Ataupun dia merelakan sahaja untuk mencium Elena demi lakonannya?

Agak lama jugak Rayyan termenung sampaikan Elena mula naik bosan.

" Ishh you ni pikir apa...?"

" I pikir samada i perlu bunuh ayam ataupun i perlu makan ayam tu..." balas Rayyan selamba.

Elena tergelak mendengar ayat Rayyan yang disangkakan gurauan. Padahal Elena lah ayam yang dimaksudkan oleh Rayyan.

" Elena, apa kata kalau kita kahwin. " cadang Rayyan tiba-tiba .

Elena terkejut mendengar ayat Rayyan. Semestinya dia mahukan lelaki itu . Sudahlah kacak, Pandai berlawan . Badan ber six pack pulak tu . Okay ni dah melebih entah bila masa dia tengok abs Rayyan.

Kepalanya mengangguk laju.

"Serius ke ni Kiez!" Tanya Elena teruja.

" I serius lah ni ... Nanti you tanya abang you" kata Rayyan lagi.

Elena terus sahaja berdiri daripada duduknya.

"Sekarang jugak i nak pergi tanya" kakinya terus melangkah kearah pintu bilik.

Rayyan hanya tersenyum sebelum menghantar pemergian Elena dari ekor matanya.

Pintu bilik ditutup dengan kuat.

Rayyan menyandarkan badannya semula ke sofa. ' Bunuh ayam lagi better kut ' perlahan-lahan mulutnya tersenyum sinis.

Badan dihempaskan ketilam, separuh sahaja manakala kakinya dijuntaikan kebawah . Lengan yang baru sahaja terima suntikan daripada Tyler tadi digaru-garu kasar sehinga kemerahan. Dah macam orang kena kencing manis pulak nak kena ambik insulin setiap hari . Orang kencing manis pun tak ambik hari hari dia pulak kena suntik hari-hari. Tetapi dia bukan suntik insulin. 

Dia ambik Heroin. 

Eh tiber.

Telefonnya dikeluarkan dari dalam kocek seluar sebelum terus nama My angel ditekan. 

Selang beberapa saat berdering panggilan itu disambut.

" Lucia , ingatkan balik dekat aku benda yang aku perlu ingat " kata Rayyan mendatar. Matanya dipejam rapat . Tangan kanannya diletakkan keatas dahi menutupi sebahagian mukanya.

"Hello adik kesayangan...." sahut satu suara garau dihujung talian.

Terus membulat mata Rayyan yang tadinya terpejam rapat. Badannya segera menegak semula. 

Sejak bila Lucia tukar gender pulak ni?

" Ray...  Kau buat apa hah dengan Lucia . Kau culik dia eh. Bagi balik phone ni pada dia!"

" Kau memang anjing kan... Sengaja hilangkan diri tiba-tiba . Puas aku mencari kau merata-rata tempat tahu tak!" Marah Ray sedikit kesal.

Rayyan membaringkan semula keatas tilamnya. Nafasnya dikeluh.

" Tak sengajalah..." balas Rayyan selamba.

" Tak sengaja atuk kau!" Jerit Ray tegas.

" Atuk aku dah mati. Kau nak apa ni? Kalau setakat nak membebel macam orang tua tak cukup zat, bagi balik phone ni dekat bakal bini aku lah. Sibuk je kacau orang nak dating" balas Rayyan malas. Kepalanya yang mula terasa kepeningan dipicit-picit perlahan.

"Kau dekat mana ni Rayyan. Jangan buat aku risau boleh tak? " Kata Ray semula.

"Kalau kau masih lagi nak tengok aku nanti sebagai Rayyan Mikayla better kau bagi phone ni pada Lucia sekarang. Karang tak pasal pasal aku jadi Kiez Lythe kejap lagi ..." balas Rayyan mendatar.

Ray mengeluh sebelum telefon itu diberikan kepada Lucia yang berada di sebelahnya.

Lucia menyambut huluran itu sebelum telefon dilekapkan ke telinga.

" Hello Rayyan... ni i Lucia" tutur Lucia lembut .

Ray dan yang lain yang berada dalam bilik Lucia itu hanya memerhati.

"Aku tahu. Aku kenal lah suara bakal bini aku macam mana...." kata Rayyan semula.

Lucia tersengih. 

"You okay harini? " tanya Lucia lagi.

"Haih...okay, hampir hampir gila jugaklah tadi ..." adu Rayyan.

"Hmmm ... Nama you siapa?" Soal Lucia .

"Rayyan Mikayla..."

"Ada berapa adik beradik?"

"Tiga orang...."

"Nama adik beradik you?"

"Zoe Avery Mikayla dengan Ray Mikayla"

"Nama i?" Tanya Lucia lagi.

"My angel from heaven.." kata Rayyan selamba.

Automatik mulut Lucia tersenyum lebar . Kalau boleh sampai nak terkoyak.

Mereka yang lain macam nak termuntah anak tekak dengar. Lagi-lagi Zariq siap buat muka jijik dia lagi.

"Main main lah you ni ... cepat cakap nama i nanti you lupa..." kata Lucia semula.

" Tak main-main lah. Betulah tu. My angel from heaven Lucia Natalie..." Lucia tersengih lagi. Aduh boleh kena diabetes wey kalau hari hari macam ni.

Yang ni bakal je bilik dia ada Faiq , kembar , Xavier , Avery ,Khayra dan yang lain . Kalau tak memang dah gigit gigit dah bantal , tilam , lampu, pasu bunga dekat sebelah katil tu.

" Nama Mummy dengan Daddy?" Tanya Lucia semula.

" Mrs Agnes , Mr Darell..."

" Nama parents kandung you?"

" Mohd Adrien Mikayla , Tiana Violet...."

" Nama kawan kawan you?"

" Xavier Macaire, Zen Karlens, Zariq Karlens , Muhammad Faiq Faqrul, Keith Albert..." jawab Rayyan panjang.

" Pergh dia anggap kita kawan dia lah . Aku ingatkan dia anggap kita macam orang suruhan je selama ni " celah Zariq tiba-tiba.

" Kau diam Zariq sebelum aku tibai kau balik nanti !!" Balas Rayyan kedengaran dihujung talian.

Zariq jelas terkejut. Dia ni telinga gajah ke macam mana? Lucia tak bukak pembesar suara pun dia boleh dengar.

" Umur you berapa?" Sambung Lucia semula.

" 26 tahun ....." 

" Umur i?"

" 1200 tahun.."

" Eyy dia ni main-main lagi..." kata Lucia sedikit menekan tetapi dalam hati sebenarnya suka.

" Lah bukan ke bidadari selalunya hidup lama?" Tanya Rayyan semula.

Masing-masing yang ada didalam bilik itu sudah membuat rolling eyes. Gedik bodoh jantan ni!

" ....."

" Yelah yelah... 26 tahun.." 

" Nama abang i ?" 

" Abang yang mana? Yang hisap susu you tu ke atau abang kandung you?" Tanya Rayyan selamba.

" Eh kau ni aku cepuk jugak karang!" Marah Lucia yang lebih kepada malu .

Rayyan tergelak kuat .

" Yelah...yelah...Lucas Natalie..." balas Rayyan dengan sisa gelaknya.

" Okay done...." kata Lucia setelah menyoalkan semua soalan soalan yang hampir setiap malam akan ditanyakan semula kepada Rayyan.

" Dah, you bagi balik telefon ni pada si anjing tadi. Ada benda i nak cakap sikit.
" kata Rayyan selamba.

Lucia menghulurkan semula telefon kepada Ray yang sudah membuat muka tidak puas hati disebelahnya.

" Memang benda ini sahaja ke yang korang borak tiap hari..?" Tanya Ray sebaik sahaja telefon diletakkan ketelinga.

" Takdalah, selalunya kitaorang bincang pasal malam pertama. Berapa anak nak buat tiap malam, cara cara nak buat anak kembar... ni sebab kau menyebuk tu yang kitaorang bincang topik lain. Tak best lah kalau ada lalat dengar. Menyemak" balas Rayyan cukup selamba.

Rayyan kalau dah sial tu tetap sial jugak . Benda tu tak akan boleh berubah.

Ray mengeluh panjang.

" Keith dekat mana? Dia okay tak?" Tanya Ray mendatar.

" Seminggu lagi masuk kubur lah tu... " balas Rayyan semula.

" Aku tak main-main Rayyan..." kata Ray mendatar dan tegas. Mukanya masih lagi tenang. 

" Hidup lah... insya Allah sampai ke anak cucu lah kalau dia tak buat hal. Hahaha " balas Rayyan  sebelum tergelak kecil.

"Aku risau tau tak... kenapa kau buat macam ni..." Kata Ray mendatar nada suaranya juga sudah bertukar lembut berbanding dengan tadi.

" Sengaja nak buat kau risau. Dulu mummy kata , risau tu tandanya sayang"

" Memang lah aku sayang kau bingai ! Kalau tak takda maknanya aku nak cari kau 6 bulan ni merata-rata tempat. Aku tak ambik kisah pun kalau kau nak mati ke apa ke !!" Jerit Ray sedikit kuat.

" Hehehe terasa dihargailah..." balas Rayyan main-main.

" Aku tak kira . Aku nak, kau orang berdua keluar dari tempat tu selamat cukup sifat ..." 

" Relax dulu. Klimaks belum sampai lagi ni..." celah Rayyan.

" Kau tahu bahaya tak!!! Bahaya !! Kau jangan main-main Rayyan , aku datang sana sekarang jugak karang!!" Marah Ray sedikit keras. 

" Lagi bahaya kalau kau datang sini. Jangan pentingkan diri sendiri Ray. Aku tahu ramai yang akan terkoban kalau kau serang tempat ni" balas Rayyan mendatar nada suaranya juga cukup tenang.

Manakala Ray pula bagaikan ingin menelan sahaja telefon itu saat ini .  

" Cuba lah banyakkan bersabar sikit. Kau nak marah marah nak kemana. Contohi sifat Xavier tu. Relax cool chill je . " nasihat Rayyan tiba-tiba.

Ray menarik nafas dalam sebelum dilepaskan perlahan lahan.

" Macam mana aku nak relax kalau kau setiap hari kena suntik macam macam jenis dadah ! Dia pikir kau tu apa? Tikus makmal?!" Marah Ray lagi. Jelas dia tidak menyukai dengan keadaan Rayyan disana. Mana boleh orang lain sentuh Rayyan. Hanya dia seorang sahaja yang boleh membuli adiknya itu . Orang lain sila meninggal lah.

Rayyan tergelak sedikit. Suka pulak tengok abangnya itu marah-marah macam ni.

" Jangan risau, kau orang semua ikut je rancangan aku . Konfirm berjaya 100% . Tapi hidup 50% 50% lah ..." kata Rayyan sebelum menyambung gelaknya.

Ray mengetap gigi mendengar ayat Rayyan.

"Rayyan kau ni sumpah..."

"Mana anak sedara aku? Dia sihat? Dah lama aku tak dengar suara comel dia. Bagi lah aku dengar sikit . Rindulah..." celah Rayyan laju.

Ray menghela nafas panjang. Pelipis matanya diurut sedikit. Rayyan memang takkan pernah berubah.

" Dia sihat , haritu je demam sikit . Rindu kau kut.. kau kan selalu rajin main dengan dia..."

" Yeke ? Alaaa kesiannya anak sedara aku tu meh lah bagi aku cakap dengan dia sekejap.." pinta Rayyan.

Ray terus sahaja menghulurkan telefon itu kepada Alicia yang sememangnya turut ada didalam bilik itu bersama dengan Khayra dan Rachel.

" Hello uncle Rayyan..." sambut Alicia dengan suaranya yang comel.

" Alic!!! Uncle rindu dekat adik..." balas Rayyan jelas teruja.

Yang lain hanya diam memerhati.

" Alic pun rindu dekat uncle jugak... uncle bila nak balik sini? Alicia bosan lah takda siapa nak main tembak tembak lagi dengan Alicia"

" Lagi 2 minggu uncle balik. Uncle Rayyan ada kerja sikit dekat sini. Uncle balik nanti uncle bagi coki -coki dekat adik eh.." kata Rayyan dengan nada yang agak teruja.

"Pinky promise?.." 

"Pinky promise... adik bagi balik telefon ni pada daddy boleh" kata Rayyan lembut.

Ray mengambil telefon itu daripada tangan anaknya.

" So seperti yang aku rancang . Nanti kau ikut je apa yang Lucia suruh buat okay. Dah tu je aku nak pesan . Bagi balik telefon ni pada bakal bini aku, aku tak boleh cakap lama lama sangat ni.." Arah Rayyan kasar tidak seperti suara yang digunakan ketika berbual dengan Alicia.

Ray hanya mampu mengeluh sebelum telefon itu dipasskan pula pada Lucia.

" Lucia nanti kau rancang dengan diaorang semua elok elok tau. Pastikan rancangan kita berjaya okay" kata Rayyan lembut.

" Okay , you dah nak matikan ke ni?" tanya Lucia sedikit sayu.

" Iya aku tak boleh lama lama sangat nanti diaorang syak pulak dekat aku. Sorry babe . Nak marah . Marah pada Ray sebab ambik masa kita untuk dating tadi..." kata Rayyan sebelum tergelak halus.

" Hmmm yelah.. you take care tau dekat sana. " kata Lucia semula.

" Iya , kau pun take care. Love you Babe" kata Rayyan lembut.

" I love you too. Bye" 

" Bye "

Talian dimatikan. 

Haih, bahagia yang sementara.

Selang beberapa saat termenung, Lucia mengangkat wajahnya.

 Alamak!

Lucia terlupa yang mereka semua berada dalam bilik ini bersama dengannya.

Perlahan-lahan mulut Lucia tersengih .

" Dah pandai eh sekarang nak i love you i love you segala....." kata Zariq dan juga Faiq mula menyakat.

Xavier dan Ray hanya menggelengkan kepala mereka. Khayra pula sudah mengukir senyuman.

" Sejak bila pulak lah mamat tu reti nak ber i love you bagai ni?" Tanya Zen yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

" Sejak dipanah dengan panahan cinta asmara dana Lucia Natalie selama 6 bulan lah kut" balas Avery disebelah Zen dengan cukup selamba.

Lucia?

Merah teruk dah muka tu. Tinggal nak sorok dalam bilik air je ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience