Cermin yang berada diatas singki itu direnung. Mukanya yang agak tidak terurus itu lama diperhati. Sebahagian rambutnya di bahagian hadapan sudah mencecah hingga ke hidung. Entah bila kali terakhir dia memotong rambut itu.
Tetapi wajahnya masih lagi kekal kacak walaupun agak sedikit tidak terurus.
Mukanya diraup beberapa kali. Gigi diketap kuat, sangat kuat sampaikan menggigil rahang lelaki itu. Kedua tangan memegang singki putih dihadapannya. Otaknya cuba mengingat sesuatu. Ya sesuatu yang dia telah lupa . Tapi apa? Apa benda yang sepatutnya dia perlu ingat?
Makan sudah. Mandi sudah. Pakai baju pun sudah. Jadi apa yang dia lupa?
Nama....
Tiba tiba pintu biliknya diketuk oleh seseorang sekaligus mematikan lamunannya sebentar tadi.
Mata terus menoleh ke arah gerangan yang berdiri di balik pintu yang kini sudah terbuka separuh.
"Kiez, esok boss nak jumpa kau awal pagi" kata lelaki yang berada di pintu bilik.
Lelaki yang dipanggil dengan nama Kiez itu hanya tersenyum ke arah gerangan tersebut.
"Dekat mana dia nak jumpa aku?" Soal Keiz sopan. Senyuman masih lagi tidak hilang dibibirnya yang cantik terbentuk.
"Dekat makmal"
Sebaik sahaja lelaki itu ingin beredar Kiez memanggilnya kembali.
"Ada apa?" Tanya lelaki itu malas. Mukanya jelas menyampah untuk bercakap dengan Kiez lama lama.
"Siapa nama aku?" Tanya Kiez mendatar.
"Nama sendiri pun boleh lupa ke? Nama kau Kiez Lythe lah siapa lagi " bohong lelaki itu mendatar kemudian dia terus sahaja melangkah pergi. Sebelum dia menutup pintu bilik sempat lagi mulut berkata " Gila..." kearah Kiez .
Senyuman dibibirnya perlahan-lahan menghilang .
Kiez mencuci mukanya beberapa kali sebelum kaki melangkah ke arah katil yang sememangnya tersedia dalam bilik itu. Tidak banyak yang ada di dalam bilik itu. Hanya ada sebuah katil, ada satu singki dibahagian sudut kanannya, cermin petak yang tergantung di dinding atas singki, almari baju dan meja di sebelah dinding berdekatan dengan pintu bilik.
Dan kesemuanya berwarna putih. Cadar katil, bantal, dinding, siling, almari, meja, kesemuanya sekali.
Kalau nak kata macam wad hospital mental pun ia jugak.
Badan dihempas ke atas katil. Nafas ditarik dalam sebelum dilepas secara perlahan .
Kiez menarik selimut hingga ke paras dada.
"Kiez.... Kiez... Kiez... Nama aku Kiez...... Kiez..... Kiez Lythe... " berkali kali lelaki itu mengulang ayat yang sama agar tidak lupa.
Matanya dipejam rapat. Tangan kanan diletakkan ke atas dahi.
Macam mana dia boleh lupa dengan nama sendiri? Pelik. Berkali-kali dia cuba mengingat, tetapi semuanya hanyalah samar-samar .
"Nama kau bukan Kiez!"
Terus lelaki itu bangun secara mengejut apabila terdengar ada satu suara yang menengkingnya. Matanya terbuka luas. Kepala di bahagian kirinya dipegang. Nafas yang ditarik kini sudah tidak teratur.
Memori itu lagi.
Suara itu lagi.
"Nama kau bukan Kiez Lythe !" Suara itu menentang sekali lagi. Kasar.
"Kalau itu bukan nama aku. Habis siapa nama aku?" Soal Keiz sendiri.
Tiada sesiapapun yang berada dalam bilik itu selain daripada dia.
" Kau dah lupa?" Soal suara bisikan itu lagi.
" Lupa? Apa yang aku lupa?" Kiez memandang disekeliling bilik. Tiada sesiapa. Sah suara itu hanya dia sahaja yang boleh mendengar.
" Telefon perempuan itu..." arah suara itu lagi.
" Perempuan? Siapa? "
Suara itu tidak membalas.
" Siapa perempuan yang kau maksudkan ni?" Tanya Kiez kasar.
" Kau tahu siapa yang aku maksud kan..... Telefon dia sekarang..."
Kiez mencapai telefon yang disimpan dalam poket seluar.
Perempuan yang dimaksudkan oleh suara itu dicari dalam buku kenalan.
Tetapi tiada. Semua kenalannya adalah lelaki .
Tiada langsung nama perempuan yang disimpan dalam telefon Kiez.
" Perempuan mana kau maksudkan ni" tanya Kiez lagi.
Suara itu sudah tidak kedengaran lagi.
Kiez melihat semula telefon ditangannya. Mata tajam mencari 'perempuan' yang dimaksudkan oleh suara dikepalanya. Selang beberapa saat , matanya tertancap pada satu nama.
My angel
Selimut yang menutup hampir separuh badannya ditarik semula ketepi. Badannya ditegakkan kembali. Kiez duduk bersandarkan dinding tepi katil. Nombor itu pantas ditekan. Selepas beberapa saat panggilan itu diangkat.
" Hello..."
" Hi... you sihat?" Tanya satu suara lunak dihujung talian.
" Siapa nama aku? Kau kenal ke aku siapa?" Tanya Kiez pantas. Soalan berbalas soalan.
Perempuan itu terdiam sebentar. Mungkin sebab terkejut dengan soalan yang dilontarkan oleh Kiez.
" Awak... Awak ingat tak siapa saya? " Ada sedikit gentaran di suara gadis itu.
Lama Kiez cuba mengingat nama wanita yang berbual dengannya ini. Tetapi hampa. Sudahlah dalam kenalan pun ditulis My Angel. Tak mungkin itu nama dia kan?
" Sorry, aku lupa...." jawab Kiez perlahan.
" Nama saya Lucia. Lucia Natalie...." jawab gadis itu. Suaranya bertukar serak. Mungkin dia sedang menahan dirinya agar tidak menangis.
" Dan nama awak Rayyan. Rayyan Mikayla...." sambung gadis itu lagi.
Bagaikan terkena satu renjatan elektrik pada otak Kiez apabila gadis itu menyebut nama aslinya.
" Lucia... Lucia... A-aku minta maaf" kata Rayyan kesal. Tangan kirinya sudah meraup muka dengan kasar.
" Takpa... i faham... you sihat Rayyan?" Tanya Lucia lembut. Atau lebih kepada sayu.
Rayyan tergelak sakit.
" Aku, a-aku tak kuat....." balasnya sedikit tergagap. Matanya dipejam rapat. Tangan kiri sudah menarik kuat rambut sendiri.
" Awak kuat.."
" Aku tak..."
"Rayyan..."
"Aku tak boleh... aku tak boleh ..." ulang Rayyan berkali kali.
"Rayyan i tahu you boleh buat..."
"Aku tak boleh Lucia, aku tak kuat..."
" Tak! Rayyan yang i kenal dia kuat. Dia bijak. Dia pandai. Dan dia mampu , Rayyan Mikayla yang i kenal dia bukan seorang yang cepat mengalah . Saya tahu awak mampu " Kata Lucia sedikit marah.
"Harini sahaja aku dah terlupa pasal kau. Dah 4 hari aku lupa nama sendiri! Habis tu macam mana dengan esok? Lusa? Hari hari seterusnya? Lama - lama aku dah tak kenal langsung korang semua. Aku boleh jadi gila dekat sini tahu tak!" balas Rayyan semula. Bibir bawahnya digigit kuat sehingga mengalir cecair merah dari bekas gigitan.
"Rayyan.... i tahu you kuat. Tak lama. Sekejap sahaja lagi. You bertahan sekejap sahaja lagi. I akan tolong you . I sentiasa ada dengan you setiap masa. You cuma perlu call i setiap hari. Dan i boleh bantu you untuk ingat semua yang you lupa" kata Lucia sedikit merayu.
"Aku tak boleh... aku tak boleh.." Rayyan menggelengkan kepalanya beberapa kali . Kepalanya terasa sakit secara tiba-tiba. Lututnya ditarik rapat kedada sebelum mukanya dibenamkan antara dua lutut .
" Rayyan..." panggil Lucia perlahan .
Rayyan hanya diam .
" Rayyan..." panggil Lucia sekali lagi.
Masih tidak disahut.
" Rayyan you menangis ke?" Tanya Lucia .
Lama menyepi tiba-tiba Rayyan tergelak sendiri dengan kuat , sangat kuat. Mukanya diangkat kembali. Senyuman sinis terukir dibibirnya.
" Fuck! Apa benda sial yang rasuk aku tadi. Hahahaha. Anjing punya Tyler. Entah dadah apa entah yang dia sumbat dalam otak aku" kata Rayyan. Sekelip mata wataknya sudah kembali pada Rayyan yang asal.
Sial dan menjengkelkan.
Lucia juga sama-sama ikut tergelak .
" See... Rayyan yang macam ni lah yang i kenal. Entah dengan siapa i berbual tadi. Lemah semacam je. Sampai nak nangis pulak tu " perli Lucia .
Rayyan gelak lagi .
" Kau jangan suka sangat Lucia. Kau tak tahu betapa terseksanya aku dekat sini. Sikit haribulan memang gila betul aku"
Mereka sama-sama tergelak.
" Kau dah cakap belum dekat Faiq yang aku suruh buat haritu?" Tanya Rayyan mendatar. Tangannya bermain-main dengan selimut yang menutup di kaki.
"Dah , Diaorang mesti ingat i gila tahu tak! Tiba-tiba je nak suruh buat rumah baru" adu Lucia tidak puas hati.
"Hahahaha padan lah muka kau ... Biar kita sama-sama gila. Kau gila aku pun gila... "
" Eyyy Tak nak i ikut you jadi gila sekali. Keith macam mana ? Dia okay?" Tanya Lucia semula.
" HAHAHAHA kau jangan borak pasal dia . Lagi kesian anak ayam tu kena buat bom tah pape setiap hari . Aku atleast dapat bebas . Nasib dia lah ..."
" Bapak ah kejamnya you...." kata Lucia mendatar.
Rayyan gelak lagi.
" Nasib baik my angel aku ni sentiasa ada dalam hati . Kalau tak aku pun sama sama boleh jadi gila macam orang orang dekat sini"
Lucia terdiam. Kalau Rayyan didepan matanya kini . Konfirm dia kena gelak, sebab pipi Lucia blushing sangat sangat semasa Rayyan sebut gelarannya sebagai My Angel.
Rayyan memandang telefonnya sejenak.
"Aik aku baru sebut my angel dah layu?" Kata Rayyan sambil mulut tersenyum manis.
" Eyy diam lah kau ...." balas Lucia geram.
" Hahaha alalala cute lah kau ni. Mesti kau rindu dekat aku kan?"
" Mana ada . Jangan nak perasan! Siapa yang rindu dia!" Bohong Lucia. Padahal pagi petang siang malam otak asyik teringat sahaja dekat jejaka itu.
" Iya ke tak rindu? Tapi aku rindu kau.." kata Rayyan perlahan dan lembut.
Lucia terdiam lagi sekali.
" Hahaha. Aku cakap betul betul ni. Aku rindu gila dekat kau. Balik nanti aku nak kahwin dengan kau tau" sambung Rayyan semula.
" You ni dah dah lah tu ..." Lucia gigit bantal peluknya.
" Mesti kau dah blushing gila kan sekarang ni. Kau kena bersyukur tau , kau perempuan pertama yang dengar ayat-ayat romatis aku ni . Perempuan lain tak pernah dengar lagi. Kalau mayat perempuan selalulah dengar" kata Rayyan mendatar.
" Romantik ke ayat you? Macam tak je..." balas Lucia semula. Tangan sibuk menumbuk-numbuk perlahan bantal dipelukannya.
" Tak romantik ke? Aduh habis kau nak romantik macam mana lagi . Hurmmm.." tangan dibawa ke dagu berfikir.
" Memang tak roman..."
" I love you !" Celah Rayyan laju . Tidak sempat Lucia menghabiskan kata-katanya sebentar tadi.
" Apa ulang balik" Lucia sudah tersenyum lebar . Lebar dia tu sampai nak terkoyak mulut. Punyalah bahagianya dia sekarang ni.
" I love you Lucia... Cuma kau seorang yang aku sayang dan cinta.... Sampai bila- bila ... Tiada yang lain , tiada yang boleh ganti . Cuma kau seorang Lucia Natalie ... I love you , My angel " kata Rayyan lembut.
" Arghhh !!! RAYYAN I LOVE YOU TOO!!" jerit Lucia tiba-tiba. Bantal yang tadi berada ditangannya terus dicampak entah kemana.
" Hahaha Relax relax. Takut pulak aku nak balik rumah . Takut kena terkam dengan kau"
" Eyyyy ... Balik cepat -cepat!! You tak balik siap you "
" Eyyy makin gedik kau sekarang ni kan ..." kata Rayyan semula.
" Gedik dekat you sorang je boleh kan?"
" Berani kau nak gedik dekat orang lain? Memang tempah maut lah orang tu jawabnya"
Lucia tergelak bahagia.
" Hati- hati tau dekat sana..." kata Lucia lagi, nadanya suaranya automatik bertukar sayu apabila teringat yang Rayyan kini sedang berada dalam misi yang bahaya. Bila-bila masa sahaja nyawanya boleh menjadi taruhan.
" Ya , kau pun hati-hati.... Musuh bukan dekat sini sahaja. Dekat mana mana musuh tengah cari kita semua" pesan Rayyan lembut.
" Okay....."
" Okay lah , aku tak boleh borak lama sangat. Nanti diaorang syak apa -apa karang susah aku"
Muka Lucia bertukar murung semula. Ah... bahagia yang sementara.
"Jangan sedih sedih sayang... balik nanti aku belanja coki-coki" pujuk Rayyan setelah Lucia berdiam agak lama.
"Hmm... janji tau.."
"Iya aku janji .... Jangan lupa tau lepas ni kau berlakon macam kau tak pernah call aku. Biar diaorang merana sikit nak cari aku. Hahaha kalau boleh kau bagi diaorang tekanan banyak banyak. Mana boleh aku sorang sahaja yang sengsara dekat sini" kata Rayyan sebelum tergelak puas.
Datang dah perangai sial dia tu.
Lucia tergelak. Bukan setakat berlakon . Dirinya memang merana pun apabila setiap hari pikirkan Rayyan yang dalam misi berbahaya.
" Bye sayang, nanti aku call kau balik okay. I love you" kata Rayyan lagi.
"I love you too" balas Lucia sedikit sayu.
Kemudian talian dimatikan. Selepas memadam sejarah panggilannya, Rayyan menyimpan semula telefon itu kedalam poket seluar.
Perlahan -lahan wajahnya bertukar marah apabila teringat kembali perbuatan Tyler. Empat hari lepas Tyler ada menggandakan dos ubat yang sering diberikan kepada Rayyan. Tujuan utama ubat itu sememangnya untuk melupakan identiti seseorang.
Sudah 6 bulan dia berada disini . Setiap hari Rayyan akan disuntik dengan ubat tersebut. Nasib baik Lucia sentiasa ada untuk mengingatkan Rayyan kembali tentang dirinya. Kalau tidak memang selama- lamanya lah dia menjadi Keiz Lythe yang bodoh.
Rayyan berbaring semula atas katil. Mulut tersenyum sinis. Tunggu lah bila aku dah keluar dari sini. Memang mampus kau orang semua aku kerjakan.
Share this novel