Perlahan-lahan Rayyan membuka mata. Cahaya yang menyerbu masuk menyebabkan kelopak mata tertutup kembali. Kemudian perlahan-lahan matanya cuba dibuka semula. Objek pertama yang terlayar ialah wajah Lucia yang sedang memandang sayu kearahnya. Kemudian kepalanya menoleh pula kearah depan. Ahli keluarganya semua berada di dalam bilik itu.
Satu persatu wajah mereka dilihat.
"Heh kenapa semua ....muka sendu je ni..." kata Rayyan lemah. Mulutnya cuba mengukir senyuman. Walaupun senyuman itu nampak penuh dalam kesakitan.
Lucia pantas memeluk badan Rayyan erat.
"Sampai hati awak kan.. Kenapa awak tidur lama sangat..." tanya Lucia sayu. Suaranya bergetar. Tubir mata mula bergenang kembali.
Rayyan mengusap lembut rambut Lucia beberapa kali.
"Jangan nangis sayang... aku tak mati lagi lah ..." jawab Rayyan perlahan.
Lucia melepaskan pelukannya. Kemudian satu persatu suara tangisan mula memenuhi ruang bilik itu.
"Yang korang pun menangis ... kenapa? " tanya Rayyan lemah.
"Kau memang suka buat hal kau kan! Sampai sakit macam ni pun kau tak bagi tahu aku! Aku abang kau tahu tak! Susah senang kau patutnya aku tahu!" Kata Ray sedikit geram. Matanya yang sudah berair itu dipandang ke arah lain.
Baru sahaja Rayyan ingin membalas, ada satu susuk tubuh lain yang memeluknya pula.
"Kalau kau mati aku nak ikut!" Kata Keith kuat. Jelas tangannya menggigil.
Rayyan tersengih nipis.
"Dah kenapa pulak nak ikut... aku mati... Aku belum mati lagi" balas Rayyan semula. Suaranya perlahan sahaja menutur. Nafas yang ditarik juga kedengaran agak sukar.
"Kalau kau mati aku nak ikut! Aku tak kira! Aku peduli apa!" Balas Keith semula.
Baju di dada Rayyan terasa basah. Pasti lelaki ini sedang menangis. Alahai comelnya.
Rayyan tersenyum lagi.
"Aku tak mati pun kan...dah.. tak payah nangis"
Makin kuat pula mereka menangis apabila mendengar bicara Rayyan. Lagi lagi Lucia dan Faiq. Suara diaorang je yang dengar macam melalak lalak. Yang lain hanya menangis dalam diam. Mata masing - masing sudah kemerahan.
"Haih... Tak macho lah mafia menangis... dah... lah tu..." pujuk Rayyan lagi. Dia yang sakit dia pulak yang kena pujuk.
"Sebab ni lah ...aku taknak korang tahu keadaan aku..." kata Rayyan perlahan.
"Korang ni cengeng sangat...macam pondan ..." tambah Rayyan lagi. Kemudian dia tergelak sikit sebelum terbatuk-batuk kecil.
Masing-masing masih tidak memandang ke arah Rayyan. Air mata sahaja yang masih tidak berhenti mengalir.
"Dah lah... Korang nak nangis nangis ni... Aku mati jelah kalau macam ni... " ugut Rayyan.
"Woi!"
"Yelah! Yelah aku tak menangis dah!"
"Mana ada aku nangis! Mata aku masuk habuk tadi!"
"Mata aku berpeluh jelah! Mana ada aku nangis!"
Laju masing-masing menjawab. Air mata dikesat sehingga kering.
Rayyan tergelak lagi sebelum perlahan-lahan senyumannya mati.
"Boleh tinggalkan aku dengan Lucia sekejap tak?" Pinta Rayyan.
Dengan hati yang berat lambat-lambat mereka mengangguk sebelum melangkah keluar bilik. Pintu bilik ditutup rapat.
Kini hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam bilik itu. Lama Lucia memandang wajah cengkung suaminya.
"Kenapa awak?" Tanya Lucia perlahan. Mulutnya memaksa untuk mengukir senyuman.
"Sebenarnya... aku tak kenal diaorang tadi tu siapa.." kata Rayyan perlahan. Matanya menunduk memandang selimut . Tangannya yang dimasukkan tiub air itu dibelek.
Serentak itu satu persatu air mata Lucia menitik kembali apabila mendengar tutur kata suaminya itu. Entah ini sudah masuk kali yang keberapa dia menangis kerana Rayyan. Silap hari bulan boleh buta mata Lucia sebab asyik menangis.
"Aku tahu diaorang keluarga aku.....Cuma aku tak ingat nama diaorang..." sambung Rayyan semula.
"Nama saya... nama saya awak ingat tak?" Tanya Lucia pilu.
"Lucia Natalie kan ...." jawab Rayyan.
Lucia melepaskan nafas lega.
"Awak, diaorang semua faham. Awak tak perlu sorokkan lagi. Saya pasti diaorang akan faham. Sebab diaorang kan keluarga awak. Kita semua boleh sama-sama bantu awak setiap kali awak lupa" kata Lucia lembut. Tangan Rayyan dicium lama. Rindu.
Bibir Rayyan mengukir senyum.
"Terima kasih sebab jadi isteri aku, sayang..." kata Rayyan lagi.
Lucia hanya mengangguk kepalanya.
"Dah berapa lama aku tidur?" Tanya Rayyan semula. Wajah Lucia yang kelihatan sedikit cengkung itu dipandang lembut.
"Dua bulan"
Serentak itu senyuman Rayyan memudar kembali.
Laju Lucia menyuapkan bubur kepada Rayyan. Hati isteri mana yang tak gembira kalau tengok suami sendiri semakin pulih. Walaupun sekadar pulih di mata kasar. Sejak daripada Rayyan sedar Lucia memang tidak pakai selaput matanya ketika bersama Rayyan. Sebagai langkah berjaga jaga supaya dia dapat tahu jika jantung Rayyan berhenti secara mendadak seperti beberapa hari yang lepas.
" Sedap lah, siapa masak?" Tanya Rayyan sambil menelan bubur yang disuap.
"Dia ni nak menipu pun agak-agak lah. Bubur mana ada sedap. Tawar adalah" balas Lucia semula. Sekali sekala tangannya akan mengelap mulut Rayyan yang sedikit comot.
"Hahaha, alah dia ni orang main-main pun tak boleh"
Lucia hanya tersenyum. Gembira kerana Rayyan sudah boleh bergurau bersama. Walaupun Lucia tahu dia sedang menyorokkan kesakitan yang sedang ditanggung.
Bubur itu disuapkan lagi.
"Sayang, kau pandai masak tak?" Tanya Rayyan tiba-tiba.
"You suka makan apa? Nanti i masakkan untuk you, kalau you dah sihat " balas Lucia.
"Aku makan semua benda. Janji sedap"
"Apa-apa je?"
"Apa-apa je" ulang Rayyan.
"Okay nanti i masak banyak banyak penuh satu meja"
Rayyan sudah tersenyum lebar. Yeah!
"Tapi you kena lah sihat dulu, barulah i boleh masak banyak banyak" sambung Lucia semula.
"Kalau aku tak sihat selama-lamanya macam mana?" soal Rayyan mendatar.
Perlahan lahan sudu yang ingin menyuap ke mulut lelaki itu dijatuhkan semula kedalam mangkuk.
"Rayyan please.... jangan cakap macam tu. Saya tak sukalah dengar... " rayu Lucia sayu. Mukanya yang gembira tadi sudah bertukar muram kembali.
"Yelah yelah. Aku gurau je. Janganlah sedih" pujuk Rayyan. Menyesal pula rasa. Niatnya hanya untuk bergurau sahaja. Tak sangka pulak makan dalam gurauannya itu.
"Taknak. Saya tak suka awak gurau macam tu ....." balas Lucia semula. Mulutnya dimucungkan.
"Hah suka sangat muncungkan mulut tu. Cium karang" usik Rayyan. Kemudian dia tergelak.
"Ish you ni sakit sakit pun nak gatal..." balas Lucia malu-malu. Pipinya sudah berona merah. Kemudian mereka sama-sama tergelak.
"Ehem... aku ganggu sweet moment korang ke?" Kata Faiq mendatar.
Rayyan dan Lucia pantas menoleh ke arah pintu bilik mereka. Faiq dan Keith sedang elok bersandar di tepi pintu. Masing-masing tangan disilang kedada.
"Faris?" Soal Rayyan .
"Faiq" celah Lucia membetulkan nama yang disebut oleh Rayyan.
Faiq dan Keith melangkah kearah Rayyan. Kedua tangannya elok diletakkan kedalam kocek seluar.
"Hah nak apa?" Soal Rayyan . Sebelah keningnya dinaikkan.
"Bro, boleh kau bagi tahu tak pasal Tyler. Kitaorang tengah cuba cari dia ni " kata Faiq mendatar.
"Tyler? Ouh Tyler. Entahlah, aku pun tak ingat sangat. Yang aku tahu tangan dia ada tatu bentuk naga sama macam tatu dekat tangan Cartez. Lepas tu mata dia warna coklat cair. Warna kulit dia pulak macam warna kulit aku... Hmmm itu jelah kut" balas Rayyan semula. Mata tepat merenung kearah Faiq dan juga hmm. Siapa ya lagi sorang tu?
" Itu je ke yang kau ingat ?" soal Keith mendatar.
" Setakat ni itu jelah. Kalau aku ingat lagi benda lain nanti aku bagi tahu kau .." balas Rayyan.
" Okay lah bro , aku bagi tahu yang lain kejap" kata Faiq mendatar. Kakinya sudah melangkah kearah pintu bilik .
Rayyan dan Lucia hanya memerhati dari ekor mata sehingga Faiq hilang dari pandangan.
" Yang kau?" Tanya Rayyan apabila Keith masih tidak beranjak dari tempatnya.
" Aku dah siap kerja. Ni kau sihat ke tak? Ada sakit sakit?" Tanya Keith prihatin.
"Sihat lah, belum mati lagi ni rasanya ..." balas Rayyan selamba.
Lucia yang berada di sebelahnya pantas menjeling. Rayyan tersengih.
"Yok lah kau sihat, hah nama aku siapa?" Tanya Keith semula.
"Errr haha... hmm Kadir?" Balas Rayyan sambil tersengih.
"Kadir atuk kau lah!" Marah Keith. Lucia disebelah sudah ketawa terbahak-bahak.
"Aik ? Atuk aku bukan dah mati ke?" kata Rayyan semula. Keningnya bertaut .
"Ouh atuk kau dah mati kau ingat pulak, nama aku kau lupa!" Balas Keith geram.
"Alaa janganlah marah, aku kan tak sihat" kata Rayyan sambil mencebikkan mulutnya. Kemudian matanya dibulatkan besar memandang Keith.
"Kau ni nasib sakit, kalau sihat tadi dah lama kena terajang dengan aku" kata Keith sebelum dia terus melangkah kearah pintu. Malas hendak duduk lama lama. Sakit sakit jugak. Tapi sial tu tetap tak hilang.
"Eh Kadir kau nak kemana? Kata kerja dah siap " laung Rayyan sedikit kuat dari arah katilnya.
"Nama aku Keith lah !" Marah Keith sebelum dia terus hilang dari pandangan.
Rayyan dan Lucia sama-sama tergelak kuat. Aduh kelakar pula rasa.
"Sayang kau tak buat kerja syarikat ke? 24 jam kau jaga aku. Louis tak marah pulak?" Tanya Rayyan kepada Lucia. Mata sudah menoleh kearah isterinya.
"Ray lah. Bukan Louis" kata Lucia semula.
"Kita kan ada pekerja baru. I suruh dia je siapkan semua kerja kita berdua. Hohohoho padan muka dia " kata Lucia sebelum tergelak kuat.
"Siapa?" Tanya Rayyan . Dahinya berkerut.
Perlahan lahan bibir Lucia mengukir senyuman senget.
"Hanz"
Share this novel
sambumg