Lucia baru sahaja berura-ura hendak melangkah kearah pintu rumah namun langkahnya terhenti apabila Keith menarik tangannya dari belakang.
" You nak masuk dalam ke?" Tanya Keith kepada Lucia.
Lucia mengangguk . Wajahnya dingin sahaja. Tiada mood nak bersuka ria.
" Awak yakin ke? Anak buah Tyler ramai dekat dalam, lebih seribu orang..." giliran Hanz pula bersuara.
" Aah kak. Lagipun bahaya lah dekat dalam . Av dah setkan bom..." kata Avery pula.
Lucia menghela nafas panjang sebelum tangannya ditarik kasar dan dia terus sahaja berlalu kearah bahagian sisi rumah.
Yang lain hanya memerhatikan sahaja Lucia yang sudah melangkah pergi meninggalkan mereka.
" Period lah tu kut..." kata Faiq selamba .
" Hmm tak pun dalam proses menopouse.." kata Zariq pula.
Avery pantas menjeling kearah dua jejaka itu tajam.
" Hehehe tak tak .." kata Faiq dan Zariq serentak . Masing-masing menayang sengihan gigi.
Xavier melangkah ke arah Hanz sebelum berhenti betul-betul di hadapan jejaka itu. Sangat hampir . Mukanya ditayang dingin.
" Kau nak masuk grup kitaorang?" Soal Xavier mendatar. Sebenarnya mereka semua sudah mendengar apa yang Hanz ceritakan kepada Keith.
Hanz tidak menjawab . Angguk tidak geleng tidak hanya berdiri tegak. Sebenarnya dia tidaklah sampai bercita-cita hendak masuk kedalam grup mafia itu tetapi kalau betul harini adalah hari dimana grup Tyler akan hilang selama-lamanya kemana lagi dia hendak membawa diri di dunia yang fana ini.
Tiber.
" Kalau kau nak masuk grup aku, ada beberapa syarat yang kau kena patuh..." kata Ray pula. Mukanya serius sahaja berbicara. Yang lain hanya diam menantikan ayat seterusnya yang akan keluar dari mulut ketuanya itu.
" First kau kena kerja dalam syarikat aku, sebab aku bukan sepenuhnya mafia yang membunuh orang sana sini. Kitaorang handle company cari duit halal ... anak anak aku makan duit halal" kata Ray mendatar.
Hanz hanya memasang telinga mendengar .
" Yang kedua, kau kena ingat kau belot kitaorang sekali. Hancur semua keturunan kau, kawan kawan kau, ataupun sesiapa je yang kau kenal akan jadi musuh kitaorang...."
Hanz menelan air liur. Bahaya betul syarat yang kedua ni .
" Yang terakhir....." Ray pandang mereka yang lain.
" Minta persetujuan diaorang semua...." sambung Ray.
" Aku okay je..."
" Aku okay kalau kau okay ..."
" Aku ikut kau..."
" Av tak kisah ...."
" Aku setuju..."
Ray pandang Xavier yang masih lagi merenung mata Hanz tanpa berkelip.
" Kau Xavier?" Tanya Ray mendatar.
" Setakat ni aku okay....." balas Xavier dingin.
" Setakat ni?" Soal Ray semula.
" Ya, buat masa ni "
Hanz menarik nafas lega. Dia fikirkan kewujudannya akan ditentang hebat oleh ahli yang lain. Maklumlah dia merupakan musuh mereka baru sahaja beberapa minit yang lalu. Nasib baik kedatangannya diterima elok.
" Tapi...." celah Ray semula.
Hanz kembali memandang wajah ketua Mafia France itu.
" Kau kena tanya Rayyan dahulu... Kalau kau mampu dapatkan kepercayaan dia... then , Welcome to our group" kata Ray lagi. Mulutnya tersenyum lebar.
Hanz mula cuak. Berjayakah dia mendapatkan kepercayaan lelaki yang telah dia culik 13 tahun lepas? Walaupun pada masa itu dia dipaksa oleh Tyler tetapi dia tetap juga terlibat dalam kes itu. Akhirnya nafas dikeluh panjang. Berserah jelah kepada takdir.
Rayyan menatap rindu sekeliling ruang tamu rumahnya itu. Tiba-tiba terasa nak jilat lantai yang dia tengah pijak sekarang ni. Rindu beb.
Tidak banyak yang berubah dirumahnya itu, semuanya masih kekal sama.
Rayyan berjalan disekeliling dengan selamba rifflenya disandarkan keatas bahu. Buat apa nak takut. Rumah sendiri. Lagipun dia sudah memesan kepada Lucia agar meletakkan perangkap di tingkat atas sahaja.
" Jom kita pergi tingkap bawah.... Aku rasa dokumen tu dekat bawah. " kata Rayyan cuba memancing. Wajah Elena dipandang sebentar.
" Sayang, i nak you cari dekat bahagian taman tepi . Manalah tahu diaorang ada dekat sana. Nanti kalau dah jumpa panggil i cepat cepat" kata Rayyan mendatar dan lembut.
Elena tersenyum manja
" Okay ..." Lima orang anak buah Tyler mengikuti Elena dari belakang.
Manakala Rayyan, Tyler dan 15 orang anak buahnya masuk kedalam lift. Tingkat -4 ditekan dan lift itu pun mula turun kebawah. Dalam diam Rayyan sudah tersenyum sinis. Nasib Faiq sudah menukar sistem lift rumahnya itu. Kalau tidak tingkat tingkat di bawah memerlukan pengesahan cop jari untuk berfungsi .
" Mana mafia-mafia yang tinggal dalam rumah ni semua? Macam kosong je tempat ni" kata salah satu anak buah Tyler yang berada dalam lift itu.
" Entah ek ... Diaorang dekat bawah kut " balas Rayyan mendatar.
" Tapi yang lain naik tingkat atas tadi... cuma masing-masing masih tak turun lagi . Besar sangat rumah agam ni ..." kata anak buah Tyler yang lain pula.
" Terlampau besar atau......terlampau ..." Rayyan tidak menghabiskan ayatnya. Ayatnya dibiar tergantung.
Pintu Lift terbuka. Mereka semua keluar dari dalam lift , Rayyan keluar yang paling akhir sekali. Masing-masing mengacukan senjata kearah depan. Mata memerhatikan keadaan sekeliling yang agak gelap dan suram. Membulat mata mereka apabila melihat disekeliling tempat itu.
What the hell. Ini tingkat apa?
Tingkat itu bagaikan sebuah Maze yang sangat besar dan luas malah dinding yang berada disitu semuanya bercorakkan cecair merah. Macam darah betul sebab bau yang dihasilkan dari tingkat itu juga sangat hanyir.
Masing-masing memusing kearah Rayyan yang berada dibelakang mereka tetapi jejaka itu sudah tidak kelihatan.
Tiba-tiba lampu terbuka satu persatu diseluruh tingkat itu. Apabila cahaya sudah menerangi diseluruh ruang, barulah mata mereka dapat melihat dengan lebih jelas . Memang betul dinding -dinding yang besar seperti Maze itu penuh dengan corak darah malah ada dinding yang dicacakkan dengan serpihan kaca, dawai besi dan ada yang bahagian lantai yang lain pula dipenuhi dengan cebisan daging yang sudah kering.
Itu baru bahagian depan belum masuk lagi bahagian dalam Maze itu , entah apa lagi jenis seksaan yang ada dekat bahagian dalam.
" Wandarando e yokoso" ( Selamat datang ke Wonderland )kata satu suara yang kuat bergema diseluruh ruangan tingkat itu seperti menggunakan pembesar suara.
" Keiz!! Kau dekat mana? Jangan main-main lah" jerit Tyler sedikit marah. Mata meliar memerhatikan keadaan sekeliling.
" Keiz? HAHAHAHAHA Siapa Kiez?" Kata suara itu lagi kuat bergema apabila dia ketawa .
" Nama aku Rayyan, Rayyan Mikayla. Benda tu takkan berubah sampai bila bila hahahahaha. Dan hari ini korang semua akan bermain dalam taman permainan aku" kata Rayyan semula.
Beberapa anak buah Tyler cuba menekan butang lift tetapi pintu itu tidak terbuka.
" Eh No No No... korang semua nak pergi mana tu? Kegembiraan belum lagi bermula"
" Kau tak guna! Selama ni kau berpura-pura dipihak aku!" Marah Tyler kasar.
" Aku? Memanglah Kiez Lythe di pihak kau... Tetapi malangnya nama aku Rayyan Mikayla. Dan aku dipihak Hmmmm .... kau rasa aku dipihak siapa sekarang ni?" Balas Rayyan main main sebelum tergelak kuat.
" Aku akan pastikan kau mati ditangan aku Rayyan!!!!!!" Jerit Tyler kuat . Jelas mukanya nampak seperti ingin membunuh Rayyan .
" Aik, bukannya kau kata tadi aku dipihak kau ke? Sampai hati nak bunuh teammate sendiri...."
" DIAMLAH !!!!" Marah Tyler . Timbul urat urat dibahagian mukanya.
" Hehe marah ke? Relax , permainan baru sahaja hendak bermula ni. JOHNNY!!" panggil Rayyan kuat . Tidak lama selepas itu muncul satu serigala yang besar berwarna putih daripada laluan Maze yang paling hujung sekali. Serigala itu menjilat giginya melihat kearah mereka semua , perlahan-lahan kaki melangkah mendekati.
" Kenalkan ini Johnny binatang aku yang paling comel... jangan risau dia jinak..." kata Rayyan .
Mereka yang lain sudah menelan air liur melihat serigala yang hampir separas dada manusia itu. Kau gila ke bintang tu kau kata jinak ! Dengan gigi taring macam tu? Ya allah kegilaan apakah ini!
" Tapi dia jinak bila kenyang je.... Malangnya aku terlupa nak bagi dia makan .. Hahaha maklum lah , Kau jugak kan yang buat aku lupa tentang benda lain selain daripada menjadi Kiez Lythe betul tak Tyler ku sayang" nganjing Rayyan lagi.
" AAAAAAWWWWWUUUUUU !" Johnny mengaum kuat. Masing-masing sudah kecut perut .
" Eh Johnny lapar lah... Hmmm macam mana ni Johnny sayang. Papa lupa nak bawak makanan waktu datang ni" kata Rayyan lagi berpura pura terkejut.
" Eh aah lah! Papa bawak diaorang. Johnny makan jelah diaorang semua ni... Hahahahhahaha"
Mendengar tutur kata Rayyan yang kedengaran agak tidak waras itu , yang lain terus berlari kearah pintu lift dan mengetuk-ngetuk pintu itu dengan kuat .
" Taknak!!! Tolong lepaskan aku"
" Lepaskan kitaorang.."
" Kitaorang taknak jadi makanan serigala..TOLONG!!!!"
" TOLONGGGG !!!!!"
Jerit mereka semua kecuali Tyler yang masih lagi kekal berdiri ditempatnya.
" Hahaha Tolong!!! TOLONG SELAMATKAN DIAORANG!!!!" Jerit Rayyan membantu sekali sebelum akhirnya dia tergelak sinis.
" Jerit lah sampai kau terkeluar anak tekak pun. Korang dah lupa ke kita semua dekat tingkat paling bawah sekali ? Lagipun rumah aku ni dekat dalam hutan. Kau expect siapa yang nak datang selamatkan kau? Ranting pokok?" Nganjing Rayyan lagi.
" Apa kau nak?" Tanya Tyler dingin.
" Aku? Hmm maybe aku nak kan hiburan. Dah 6 bulan aku terkurung dalam markas bodoh kau tu. Jadi aku nakkan sedikit hiburan" balas Rayyan mendatar.
" Hiburan?"
" Aku nak korang semua masuk dalam maze ni . Kan ada banyak laluan. Pilihlah yang mana satu yang korang berkenan . Aku tak kisah . Tapi andaikata korang masih berdegil jugak taknak masuk. Hmmm Johnny tengah lapar tu..Aku tak kisah kalau korang lebih rela untuk jadi makanan serigala...." balas Rayyan semula.
" Apa ada dekat penghujung Maze tu?" Tanya Tyler kembali.
" Mungkin ... Dokumen TPB yang kau angan-angankan" bicara Rayyan lagi.
Tyler mendengus geram. Takguna! Dia fikirkan dia dapat merampas kumpulan Mafia France pada harini tetapi akhirnya diri dia pula dipermainkan oleh Rayyan.
Rayyan melihat telefon bimbitnya di tangan.
" Boleh start dah ni rasanya. Sebab Johnny pun dah lapar dah tu.. huhu takut..."
Masing-masing terus melangkah kedalam Maze itu mengikut laluan yang berbeza-beza. Bau hanyir semakin menyegat kuat dihidung apabila kaki melangkah semakin dalam.
" ARGHHHH!!!!"
" TOLONG!!!!!"
" ARGHHHH SAKIT!!!!"
Beberapa anak buah Tyler mula menjerit kuat. Ada yang meraung ada yang menangis . Mereka yang lain mendengar jeritan itu sudah kecut perut, entah apa yang dilalui oleh rakan mereka, yang pasti bukan perkara yang menyeronokkan. Dinding Maze yang setinggi 3 meter itu diredah oleh mereka dengan berani.
" 4 mati..." kata Rayyan meleret dan berlagu. Lagu Daisy yang dinyanyikan oleh ashnikko dimainkan dalam iphonenya kemudian didengarkan menggunakan pembesar suara.
?
" ARGHHHHH...."
" 5 mati...."
" Tolong!!!!"
" 6 mati....."
" MAKKKKK!"
" 7 mati...."
Muka Tyler berpeluh peluh apabila mendengar suara Rayyan mengira. Terasa gerun mencengkam tangkai jiwanya. Pulak tu lagu yang didengarkan dipembesar suara semakin rancak dan mendebarkan. Sumpah lelaki itu tidak waras. Terbit rasa menyesal kerana perbuatannya dahulu. Kaki masih lagi melangkah kehadapan.
~Fuck a princess i'm a king, bow down and kiss on my ring~
" 8 mati...." Kira Rayyan lagi. Sekali sekala diselang dengan gelak yang halus.
~It's gonna hurt, it'll sting, Spitting your blood in the sink~
" Kiez tolong aku ARGHH!!!!"
" 9 mati......"
Makin laju langkah Tyler mencari penghujung . Kain kain yang menghalang pandangannya diselak dengan kasar.
~I'm crazy but you like that ~
" AKU MINTA MAAF!! TOLONG LEPASKAN AKU!!!ARGHH!!!"
" 10 mati..."
~I bite back, daisies on your nightstand~
" KIEZ!!! AKU MINTA MAAF!!!"
" AUUUUUUUUU" ngauman Johnny kuat kedengaran.
"Ahh malangnya, nama aku bukan Kiez..." kata Rayyan meleret.
" 11 already dead..." sambung Rayyan semula.
~Never forget, I blossom in the moonlight
Screw eyes, glacial with the blue ice
I'm terrifying~
" 12 mati...."
" Ya allah selamatkan lah aku ya allah." kata salah sorang anak buah Tyler.
" Baru sekarang kau nak ingat tuhan! Masa kau tidur dengan perempuan perempuan jalang setiap malam tu takda pulak nak ingat...." bebel Rayyan .
"ARGHHHH"
" 13 mati....."
" Eh lagi 3 orang je tinggal. Hahahahha" gelak Rayyan kuat.
Makin laju langkah kaki Tyler apabila mendengar Rayyan tergelak kuat. Sumpah lelaki itu gila! Psychopath! Jelas dia menyesal datang ke tempat ini.
Sedang dia meredah tiba-tiba kakinya terpijak satu batang besi yang tajam tercacak dilantai.
"ARGHHH FUCKING DAMMIT!!" Jerit Tyler kuat.
"Huhuhu jerat mengena " kata Rayyan dengan nada yang teruja. Tangannya ditepuk beberapa kali. Matanya tidak lepas memandang paparan di skrin dinding memaparkan kamera cctv yang terpasang di setiap laluan Maze .
" Boss !! Boss okay ke?" Tanya anak buah Tyler yang masih hidup disebalik dinding yang lain.
" Kalau okay takdanya aku jerit lah bodoh!!" Marah Tyler kasar. Kakinya yang mula mengalir darah itu di ikat menggunakan jaket baju.
" Hahahaha pandai kau buat lawak Tyler " kata Rayyan sebelum tergelak halus.
Satu papan kaca tercacak ke muka.
" ARGHHH!!!!"
" 14 mati..."
Batang kayu yang tajam tiba tiba muncul dari hadapan sebelum tercucuk kedalam perut hingga tembus kebelakang.
" Bluwekk.."
" 15 mati..... Tyler.... tinggal kau seorang..." kata Rayyan meleret.
Tyler melangkah dengan laju . Akhirnya dia terjumpa satu pintu kayu dihujung Maze. Nafas ditarik dalam sebelum tangan berani memusingkan tombol pintu itu. Bukak sahaja pintu itu maka tamatlah lagu yang dinyanyikan oleh Ashnikko.
" KAU!!!! Mana dokumen TPB yang kau kata tu!!" Marah Tyler . Kakinya laju melangkah apabila melihat Rayyan berdiri dihujung ruang disebalik pintu kayu yang dibuka tadi.
Rayyan menepuk tangannya dengan mulut terukir sinis.
"Tahniah Tyler... kau dah jumpa dokumen TPB.." kata Rayyan mendatar.
"MANA !" Jerit Tyler geram. Kakinya yang sakit berdenyut denyut itu ditahan.
" Depan mata kau, kau tengah bercakap dengan dokumen tu.. Dalam erti kata lain..... Aku lah dokumen yang kau cari cari selama ni. HAHAHAHAH gembira tak sebab dah jumpa aku?"
" KAU!!" Terus sepucuk pistol dikeluarkan dari poket seluarnya. Dua yang dipegang tadi sudah jatuh semasa berada dalam Maze .
Pistol itu tepat diacukan kepada Rayyan.
" Woahhh relax lah. Kenapa nak marah marah ni..." tanya Rayyan selamba. Tangan kanannya elok dimasukkan ke dalam poket . Manakala tangan kiri pula elok menyandangkan rifflenya pada atas bahu.
" Kau memang tak guna!!" Jerit Tyler lagi. Bergema diseluruh ruangan itu.
" Siapa yang cakap aku berguna? Aku memang tak guna pun.. " balas Rayyan selamba.
Satu tembakan dilepaskan oleh Tyler. Tetapi Rayyan lagi pantas menghalang peluru itu menggunakan kunai yang terselit dalam poket bajunya. Peluru itu terpelanting ketepi.
" Hmmm marah betul kau ni..." nganjing Rayyan lagi.
" KAU DIAM!!!" Muka Tyler yang putih itu sudah kemerahan . Tidak tahu lah kerana dia bengang ataupun kerana dia sedang menahan marah.
" Kau fikir kau akan selamat ke hah?! Anak buah aku yang lain akan datang selamatkan aku" sambung Tyler .
" Anak buah kau? Yang mana satu? Yang dah mati dalam maze dekat belakang tu? Ataupun yang terperangkap disetiap tingkat dalam rumah ni?" soal Rayyan semula. Kepalanya digaru menggunakan hujung muncung rifflenya .
" TAK GUNA!!!" Jerit Tyler lagi giginya diketap kuat. Satu tembakan dilepaskan lagi.
Dan sekali lagi peluru itu dielak oleh Rayyan .
" Kau ni reti ke tak reti nak menembak? Anak sedara aku yang 4 tahun tu pun guna pistol lebih hebat daripada kau" ejek Rayyan lagi.
" Johnny!!!" Panggil Rayyan kuat . Tiba-tiba muncul satu binatang yang berbulu putih kini sudah bercorakkan darah manusia.
" Makan dia!" Arah Rayyan mendatar.
Johnny pantas mengigit tangan Tyler kuat. Pistol yang berada ditangan Tyler automatik tertepis ke tepi. Tyler cuba mengambil pistolnya yang lagi satu dibelakang kocek tetapi Rayyan pula pantas membaling kunainya tepat pada tangan Tyler. Pistol itu juga terlepas kelantai.
" ARGHHH!!!" Tangan Tyler hampir hancur akibat digigit oleh serigala putih itu.
" Cutenya Johnny " kata Rayyan sambil mata melihat binatang peliharaannya itu .
" Kau takkan selamat , A-aku masih ada Hanz dan Elena" kata Tyler yang seperti sudah nyawa -nyawa ikan itu. Nafasnya tercungap-cungap.
Rayyan melangkah mendekati Tyler.
Melihat tuannya datang mendekat, Johnny pantas melepaskan gigitannya.
" We will see about that.." riffle diacukan tepat kemuka Tyler.
" Good bye Tyler , Sweet dream " tembakan dilepaskan.
Hancur berkecai mukanya. Maka tamatlah riwayat seorang lelaki yang bernama Tyler Sebastian.
Rayyan mencangkung dihadapan Johnny sebelum bulu serigala itu diusap -usap lembut.
" Kenyang?" Tanya Rayyan kepada serigala putih itu.
"AWWWWUUUUU" balas Johnny kuat.
" Hahaha alahai comelnya. Jom kita naik atas" kata Rayyan dengan mulut yang sudah tersenyum lebar. Sempat lagi dia mencium pipi serigala kesayangannya itu sebelum kaki melangkah pergi.
~ I'm crazy but you like that , I'm bite back~
AN: Cukup gila tak Rayyan ni?
Share this novel