Bab 42

Action Series 39599

Wajah masing-masing muram sahaja. Suasana di meja makan itu sunyi sepi. Semua mendiamkan diri. Kadangkala sahaja kedengaran bunyi sudu garfu berlaga dengan pinggan.

       "Ray, lepas ni aku nak kau makan ubat" arah Xavier mendatar. Sekaligus memecahkan kesunyian di meja makan. Wajah ketuanya itu dipandang sekilas.

Risau juga kalau penyakitnya dulu kembali semula. Sudahlah situasi mereka sekarang tengah tak beberapa nak baik.

       "Hmm...nanti aku makan" balas Ray mendatar. Mukanya suram sahaja.

Kemudian meja itu kembali sepi. Masing-masing tidak bersuara. Selang beberapa minit Avery menoleh ke arah Faiq yang duduk di sebelah Xavier.

       "So, what happen to Kelly?" Tanya Avery mendatar. Kelly itu nama palsu yang digunakan oleh Tyler sepanjang dia berlakon menjadi pengawal peribadi Mr Darell dan Mrs Agnes.

        "Terus hilang jejak, bila aku check balik data, memang dia yang jadi bodyguard parents you semasa diaorang fly ke South Korea" balas Faiq perlahan.

Semua menghembuskan nafas berat. Satu satunya petunjuk yang mereka ada sudah musnah. Musuh mereka sekarang sedang bebas. Entah apa benda lagi yang akan dirancang oleh Tyler selepas ini.

       "Guys, i sebenarnya ada cadangan untuk kita tangkap Tyler... " kata Lucia tiba-tiba. 

Semua mata terus terarah pada gadis itu.

      "Cadangan apa?" Soal Keith mendatar.

      "Tapi sebelum tu i nak kena bincang dulu dengan Rayyan secara personal" balas Lucia tenang.

Rayyan di sebelah sudah berkerut dahi memandang wajah isterinya.

Mereka yang lain semua berada di luar bilik tidur Lucia dan Rayyan. Masing-masing sibuk memasang telinga. Sejak habis makan tadi Rayyan dan Lucia terus masuk ke dalam bilik.

          "AKU TAK SETUJU, LUCIA!" kedengaran suara Rayyan menjerit kuat dari dalam.

Masing-masing sudah melekatkan telinga di pintu secara berbaris. Hanya Xavier sahaja yang bersandar di tepi dinding melihat mereka yang lain seperti Mak Jemah. Sibuk je nak curi dengar perbincangan suami isteri.

         "Apahal diaorang tu?" Bisik Keith perlahan.

         "Gaduh ke?" Kata Faiq pula.

         "Gaduh lah kut, takkan cium jerit jerit pulak" celah Zariq yang berada dibawah kepala abang kembarnya.

         "Eh ada je orang cium sambil bergaduh" balas Zen pula.

         "Kau lah tu orangnya" kata Keith kembali.

         "Shuhh , diamlah bingai nanti diaorang dengar" marah Avery. Mukanya masam mencuka. Sudahlah mereka sedang mencuri curi dengar lepastu masing-masing sibuk nak memekak. 

         "Awak please dengar dulu apa yang saya nak kata".

         "Kau tak nampak ke apa yang dah jadi pada aku? Kau nak terima benda yang sama ke hah!" Kuat suara Rayyan menengking.

        "Tak ... insya Allah saya pandai jaga diri saya nanti" pujuk Lucia lagi.

        "Banyak lagi cara yang lainlah Lucia! kenapa cara ni juga yang kau nak guna!" suara Rayyan sudah naik seoktaf.

        "APA! CARA APA LAGI YANG KITA ADA! AWAK NAK SAYA TUNGGU SAMPAI BILA? NAK SAYA TUNGGU SAMPAI AWAK MENINGGAL DULU KE BARU SAYA BOLEH AMBIK TINDAKAN!" balas Lucia semula. Suaranya sudah naik dua oktaf. Lebih tinggi daripada suara Rayyan sebentar tadi.

        "Woah Woah , tu dah kira derhaka dah tu tengking suami" kata Faiq yang berada di bawah kepala Keith.

        "Diamlah bahalol, dia dengar karang habis kita semua" marah Zariq sebelum kepala Faiq dipukul perlahan.

        "AKU TETAP TAK SETUJU!" jerkah Rayyan kuat.

        "Awak please..."

        "Aku tak kira, kau cakaplah apa apa pun. Aku tetap takkan benarkan kau ikut rancangan gila kau tu!" marah Rayyan lagi.

        "Tapi..." 

PRANG!

Kuat bunyi kaca pecah kedengaran dari dalam bilik.

       "JANGAN MELAWAN CAKAP AKU LUCIA!" 

       "Woi ni dah lebih ni" kata Ray sebelum tangannya laju sahaja membuka pintu bilik Rayyan. Kaki terus melangkah masuk. Mereka yang lain pula hanya mengekor dari belakang.

Mata masing-masing terarah pada satu pasu bunga yang sudah pecah ditengah-tengah lantai bilik. Muka Rayyan juga jelas seperti sedang menahan marah. Mata Lucia pula sudah berair lebat.

        "Bro relax bro, jangan macam ni" pujuk Ray tenang. Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah Rayyan.

        "Kau nak aku relax! Kau tanya dia ! Apa rancangan gila dia tu!" Marah Rayyan semula. Jelas urat urat timbul di muka Rayyan yang nampak kemerahan menahan geram. Kemudian tangannya mengurut ke pelipis mata secara kasar. 

Mereka semua tersentak. Ini sudah kali kedua mereka melihat Rayyan marah seperti ini. Hanz yang berada di belakang mereka juga agak ketakutan melihat jejaka itu. Sama seperti ketika dirinya di herdik 3 bulan yang lalu.

        "Wey kau jangan macam ni, kau belum baik lagi" pujuk Keith pula. Mukanya jelas nampak risau. 

Rayyan mengangkat semula wajahnya.

        "Aku..." baru sahaja Rayyan ingin membuka mulut, dia terus sahaja berlari masuk kedalam bilik air. Habis segala makanan yang baru sahaja dimakan sebentar tadi dikeluarkan semula ke dalam mangkuk tandas. 

Ray cepat-cepat masuk ke dalam bilik air sebelum diikuti pula dengan Lucia. Belakang badan Rayyan pantas  digosok perlahan.

        "Awak..." panggil Lucia sayu. Matanya sudah bergenang. Terbit rasa menyesal kerana bergaduh dengan suaminya itu sebentar tadi.

Rayyan muntah lagi, kali ini sangat banyak. Sampaikan wajahnya bertukar pucat. Palang besi di tepi tandas dipegang kuat. 

        "Awak saya minta maaf..." kata Lucia lagi. Suaranya kedengaran menggigil.

Perlahan-lahan Rayyan cuba bangun. Wajah Lucia langsung tidak dipandang. Pili air dibuka. Mulutnya dikumur beberapa kali. Namun baru sahaja dia ingin melangkah keluar kepalanya terasa kepeningan. Pandangannya juga semakin berbalam.

Tangannya naik memegang kepalanya yang sakit.  Terasa seperti disiat siat. Wajah Rayyan berkerut menahan perit yang menyerang otaknya.

            "Kau okay tak ni" tanya Ray risau. Bahu Rayyan dipegang lembut. 

            "Aku oka..." tidak sempat Rayyan menghabiskan kata katanya, badannya sudah rebah ke lantai bilik air. Nasib baik Ray sempat menarik tangan Rayyan. Kalau tidak pasti kepalanya dahulu akan terhantuk pada lantai. Wajah Rayyan jelas kelihatan pucat lesi.

           "Rayyan!" panggil Ray sedikit kuat. Pipi Rayyan ditepuk perlahan. Matanya terpejam rapat.

           "Awak..." Lucia terduduk ke lantai. "Awak saya minta maaf" rintihnya perlahan.

           "Xavier come here quick!" panggil Ray kepada Xavier yang berada di luar bilik air.

Xavier pantas masuk ke dalam bilik air apabila namanya dipanggil.

          "Apahal ni?" Wajah pucat Rayyan dipandang sekilas.

"Tolong aku angkat dia"

Tubuh Rayyan pantas dicempung sebelum dibawa keluar dari bilik air.

          "Kenapa ni?".

          "Apa yang terjadi?".

          "Macam mana boleh jadi macam ni?".

Tanya mereka yang lain. Masing-masing terkejut melihat keadaan Rayyan yang sudah pengsan di atas katil.

         "Lucia explain right now . What happen? Kenapa Rayyan boleh jadi macam ni?" Tanya Ray mendatar. Suaranya tegas kedengaran. Tapi wajah masih lagi kekal tenang.

         "I'm so sorry, this is my fault" kata Lucia tersedu-sedu. Badan Rayyan dipeluk .

        "I'm sorry Rayyan " kata Lucia dalam tangisannya.

        "Explain right now" tegas Xavier menutur. Wajahnya dingin sahaja.

Mereka yang lain semua mengelilingi Lucia di luar bilik. Avery dan Khayra berada di dalam menjaga Rayyan .

            "What happen? Kenapa Rayyan marah marah tadi?" Tanya Ray mendatar. Wajah Lucia dipandang.

            "I bagi tahu rancangan i untuk jejak Tyler. Tapi Rayyan tak setuju. I dah tak ada cara lain lagi. Itu sahajalah satu satunya cara yang ada. I taknak Rayyan terus sakit macam ni" balas Lucia perlahan. Matanya menunduk kebawah.

            "Apa rancangan you tu?" celah Zen tenang.

            "Cuba bagi tahu kitaorang" sambung Zariq pula.

            "Deria koordinat, i nak jadikan diri i sebagai umpan supaya Tyler tangkap i. Nanti korang semua boleh tahu kedudukan Tyler" balas Lucia semula.

Hanz hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak berani ingin masuk campur hal keluarga mafia itu.

            "Memang patutlah Rayyan marah" jawab Xavier tenang. Kedua tangannya disilang kedada.

            "Entah, you tak nampak ke apa yang si bodoh tu dah buat pada Rayyan?" Kata Keith pula.

            "Sebab itulah kalau boleh i nak cepat cepat kita hapuskan Tyler. I taknak dia apa apa kan kita semua pulak lepas ni. I taknak di antara kita akan jadi korban yang seterusnya" balas Lucia semula. Tangannya digengam erat.

Ray hanya diam. Otaknya ligat berfikir. Rancangan Lucia macam boleh masuk akal juga. Lagipun Lucia bukannya seorang gadis yang lemah. Memang sekarang dia nampak macam lemah. Tetapi dia merupakan ketua kumpulan BlackRose. Lucia hanya lemah di hadapan Rayyan sahaja.

            "Abang akan cuba pujuk Rayyan bila dia sedar nanti" kata Ray mendatar.

Masing-masing terkejut mendengar jawapan ketuanya itu. Serta merta bibir Lucia menguntum senyuman lebar.

Masih ada peluang.

Share this novel

Monalissa Lissa
2021-07-13 20:30:49 

sambung

Ain Yatim
2021-07-13 15:16:33 

most welcome.. n one more thing.. u r talented

Tasya Evelyn
2021-07-13 14:53:29 

Thank you


NovelPlus Premium

The best ads free experience