Bab 9

Action Series 39599

          "Mana kau sorokkan dokumen TPB, bagi aku dokumen tu kalau kau taknak aku rampas secara kasar" soal lelaki berhoodie hitam dihadapan Rayyan.

"Dokumen?" Soal Rayyan dengan wajah keliru. Tangan digaru ke kepala. Cuba menyelongkar memorinya sendiri. Namun hampa satu habuk pun dia tak ingat.

Kerana geram melihat reaksi Rayyan yang seperti mempermainkannya, Lelaki berhoodie hitam itu terus mengacukan pistol tepat kearah kepala Rayyan.

"Mana dokumen tu aku kata!"

"Woah woah! Relax lah brader. Tak boleh nak relax betul. Main main pistol pulak. Dokumen apa yang kau nak pun, aku tak tahu sekarang ni tahu tak" ucap Rayyan selamba. Kedua-dua tangannya diangkat keudara. Namun didalam otak masih lagi keliru. Dokumen apa pulak yang dia curi. Dokumen TPB? Natang apa tu. Mahal ke dokumen tu?

"Kau jangan pura-pura bodohlah depan aku. Mana dokumen tu!" Jerit lelaki itu masih lagi tidak berputus asa.

"Tak sekarang ni aku tak pura - pura tahu tak. Betul - betul tengah bodoh ni. Aku cakap tak tahu, tak tahulah! Dokumen apa?" Soal Rayyan kembali. Muka berkerut cuba mengingati kalau kalau dapat mengingat sesuatu yang penting namun hampa. Kosong.

"Tak guna! Kalau kau nak tipu perempuan tu boleh lah. Tapi silap besar lah kalau kau nak tipu aku. Aku tak semudah tu nak percayakan pembunuh macam kau"

"Ah sudah, perempuan mana pulak ni?" Ucap Rayyan yang sudah berganda-ganda bingung. Tadi dokumen. Ni perempuan pulak.

"Perempuan mana lagi! Kau pura - pura baik depan perempuan tu lepas apa yang kau dah buat dekat abang dia! Dasar pembunuh!" Jerit lelaki itu bersuara lantang.

Rayyan mengetap giginya geram. Sakit hati bila kena tuduh bukan bukan.

Dengan pantas pistol putih yang berada di belakang poket seluar Rayyan dikeluarkan.

Pistol hitam bertentang pistol putih.

"Stop your bullshit lah man. Apa kau nak sebenarnya ni, straight to the point. Jangan sembang macam bangla jual karpet. Kejap 10 ringgit kejap 20 ringgit. Aku sepak kau karang" ujar Rayyan yang sudah mula hilang sabar.

"I WANT THAT DOCUMENT NOW?!" Jerit lelaki itu.

Rayyan buat muka malas. Malas nak melayan lelaki di hadapannya ini. Dahlah jerit-jerit macam pondan pastu tuduh dia bukan-bukan pulak tu.

"Kau sendiri tahu aku cekap guna senjatakan. Kau nak lawan aku? Kau yakin? Atau kita boleh tengok, peluru siapa dulu tembus dekat jantung siapa?" Rayyan tersengih senget. Tiada gentaran langsung pada ayatnya.

"Lucia!" Panggil lelaki itu sambil memandang ke arah belakang Rayyan. Seolah-olah gadis itu berada disana.

Rayyan pantas menoleh ke belakang. Kosong. Tiada sesiapa di belakangnya. 

Shit aku tertipu!

Namun baru sahaja dia ingin menoleh semula ke hadapan, lelaki itu sudah melepaskan tembakannya terlebih dahulu.

Peluru itu laju meluncur namun hanya terkena pada sipi bahu Rayyan. Sempat Rayyan mengelak ke tepi apabila mendengar tembakan dilepaskan.

Bahu yang mula mengalir cecair merah itu di tekan sedikit.

"Sumpah kau memang sial.... Kalau aku dapat kau memang aku cincang mata kau" kata Rayyan geram.

Lelaki berhoodie hitam itu sudah jauh melarikan diri.

"You!..."

Perempuan? Tapi siapa?

"You!...."

Takkan Khayra? Apa kena mengena watak sampingan tu dalam novel aku?

Pap!

"Sakit bodoh!" Latah Rayyan. Kepalanya diusap. Tak guna perempuan ni. Main kepala pulak.

"Habis tu i panggil you buat pekak je! Sekarang ni, mana Keith! Kenapa you tinggal Keith!" Ucap Lucia sedikit kuat.

"Cakap slow slow lah! Perempuan kalau cakap memang macam tertelan mic eh? Sakit telinga aku, kau pikir aku pekak ke? . Aku sebelah kau je pun" marah Rayyan mendatar. Tetapi wajahnya masih lagi beriak tenang.

"Habis tu daripada tadi i bebel sorang-sorang. Ingatkan you memang dah pekak. Keith mana?" Soal Lucia lagi.

"Ada, dia tidur rumah baru harini. Kalau you nak join dia pun boleh jugak, free je i hantar" kata Rayyan selamba. Mata masih kekal fokus ke arah jalan raya.

"Jangan nak tipu i! Keith kena tangkap dengan polis kan?" Kata Lucia kembali.

"Aish. Pompuan ni. Mana ada aku tipu. Dia okay jelah. Tak mati pun" balas Rayyan selamba.

Lucia geram. Iphone yang berada di kocek seluarnya terus dikeluarkan.

"I bagi tahu abang Ray!" Adu Lucia.

Belum sempat dia mendail nombor Ray, iphone itu dirampas sebelum dibuang terus keluar tingkap.

"RAYYAN!" Lucia melihat iphonenya yang sudah terbaring di jalan raya sebelum hancur dilanggar oleh beberapa buah kereta di belakang.

"Jangan suka sangat nak ngadu-ngadu. Aku tak suka" ucap Rayyan mendatar. Padahal dia takut jika abangnya tahu mengenai perkara ini.

"MASALAHNYA IPHONE I ! TU TELEFON I!" Kata Lucia geram.

"Iphone tu memang dah ketinggalan zaman. Zaman batu je pakai iphone macam tu. Beli baru" kata Rayyan selamba.

Lucia merenung geram muka Rayyan.

"Tak payah buat muka sangat, nanti aku belanja iphone baru" kata Rayyan mendatar. Sedikit pun tidak heran dengan renungan singa di sebelahnya itu.

"Hey bro... Wassup!" Ucap seorang lelaki daripada sel sebelah.

Keith mengabaikan lelaki itu. Matanya hanya merenung kosong ke arah dinding di hadapannya itu. Kedua tangan memeluk lutut sambil badan disandarkan ke dinding.

"I think i know you. You are the CEO of GNW am i right buddy? What the heck you doing here?" Tanya salah sorang lelaki badan penuh bertatu masih tak berputus asa ingin mengajak berbual.

"How do you know me?" Soal Keith.

"Im one of your customer man...".

"Ouh okay thanks for support me" ucap Keith mendatar tiada nada. Sumpah malas nak layan. Customer tak customer. Hati dia masih lagi sakit teringatkan apa si setan tu dah buat pada dia sekarang ni.

"How come?" Soal lelaki bertatu itu lagi.

"My friends put me here..." balas Keith mendatar. Perlahan lahan kakinya dilunjur di atas lantai sejuk itu.

"Your friend huh? Backstabber...?"

"Yah something like that.....but i think he will come here for sure" mulut Keith tersenyum senget melihat ke arah luar sel. Dua orang polis sedang berjaga diluar.

"Why?" Soal lelaki itu bingung.

"Cause the devil will burn his ass for sure" makin lebar sengihan Keith.

Lelaki bertatu itu makin bingung dengan apa yang diucapkan oleh Keith.

"Just wait and see..." sambung Keith lagi.

"What we gonna do right now? Huh?" Kedua tangan mulus itu disilang separas dada. Muka masih lagi masam mencuka. Mungkin kerana kesal dengan lelaki di hadapannya ini yang baru sahaja membuang iphonenya sebentar tadi.

"Relax lah, kita makan dulu, aku lapar ni" balas Rayyan selamba.

"Makan! Tak sampai 2 jam tau kita baru je lepas makan Rayyan..." meja hadapannya diketuk sedikit.

"Aku takda benda lain nak buat aku makan lah. Hak alah kau ni. Banyak bunyi lah!"

Mata kelabu itu tajam tepat merenung mata coklat di hadapannya. Namun mata coklat itu selamba sahaja menghiraukan renungan itu.

Akhirnya dia mengalah.

Selepas sahaja Keith ditinggalkan, mereka berdua terus sahaja berhenti di salah satu kedai minuman berdekatan.

Rayyan mengacau-ngacau straw minumannya. Sesekali dia menyedut air itu bagi menghilangkan haus di tekak.

Muffin coklat yang kelima disumbat terus ke dalam mulutnya sebelum dikunyah laju.

"Lepas tu, kita nak buat apa sekarang ni?" Soal Lucia setelah masing-masing mendiamkan diri.

Lemas berdua sahaja dengan Si Rayyan. Makin lama tengok muka dia makin membuak-buak rasa nak terajang kepala lelaki ini.

"Hmmm, lepas ni kita pergi kedai iPhone beli phone baru kau, pastu kita cari idea kejap, then kita balik" ucap Rayyan mendatar.

"What! Balik?"

"Yelah... Balik. Apahal? Kau taknak balik? Nak tinggal sini? "

"Habis Keith macam mana? Takkan kita nak tinggalkan je dia dekat penjara sini?" Soal Lucia.

"Keith? Pandai pandai lah dia balik sendiri, bukannya dia takda duit" jawab Rayyan selamba.

"Hello? Mister Rayyan, CEO of being stupid... You baru je sumbat dia dalam penjara tahu tak? Macam mana dia nak balik, hah? Bom penjara tu?" Soal Lucia dengan nada yang sarcastic.

"Ouh yah betul jugak kata kau. Hahaha pandai-pandai dia lah. Siapa suruh bodoh. Anak buah aku semua kena pandai. Time ni lah dia nak pandaikan diri dia" jawab Rayyan semula.

"Aduh.....berapa lama lagi nak sampai ni?" Soal Ray cemas.

"Relax lah wey baru 1 jam flight berlepas, paling kurang 8 jam nak sampai US tahu tak. Kalau US tu sebelah rumah takpa lah jugak" balas Xavier yang berada di sebelah Ray.

"Aku risau lah, tiba-tiba iPhone Lucia tak dapat nak track. Aku call Keith telefon dia mati, aku call setan tu banyak kali dia declined. Tak guna betul. Aku rasa ada benda buruk jadi dekat diaorang" ucap Ray lagi. Kedua tangannya digenggam erat. Mata melihat keluar tingkap. Awan putih penuh menutupi sebahagian langit.

"Relax lah, aku yakin adik aku pandai jaga diri... " balas Xavier dengan muka beku sebeku-beku ais di kutub utara.

"Tu aku tahu... tapi tulah. Aku risau" sayu Ray menjawab.

Lepas sahaja Faiq memberitahu Ray bahawa telefon Lucia berkemungkinan hancur ataupun telah dimatikan secara paksa, terus sahaja dia menyuruh Xavier menempah flight peribadinya untuk fly ke sana secepat mungkin.

"Tapi kau call Ayyan dia declined kan?" Soal Xavier kembali.

Ray memandang wajah Xavier.

"Aah..."

"Dia hidup lagi lah tu... Tak payah lah risau" balas Xavier.

"Tapi kalau bukan dia yang declined kan macam mana?" Balas Ray semula.

"Kau percaya ke dia kena tangkap? Adik kau? Setan tu? Siapa je berani tangkap setan... Macam tempah neraka awal-awal je...."

"Hahaha, ye tak ye jugak" Ray tersengih, kepala yang tak gatal digaru.

"Kan bagus kalau kau selalu senyum macam ni, jangan lah garang sangat dengan budak budak ni. Dulu kau kan ketua yang penyayang... lagi - lagi dengan Faiq, dia paling muda antara kita semua. Kau tahu kan, dia daripada kecik harapkan kasih sayang daripada kita je. Siapa lagi kalau bukan kita nak bagi dia rasa erti keluarga. Keith pun sama.... Kembar tu at least parents diorang masih lagi hidup" kata Xavier mendatar namun cukup mendalam kata-katanya.

Ray terdiam. Garang ke dia? Betul juga kata Xavier, mungkin sejak akhir-akhir ini dia terlalu tegas dengan mereka yang lain. Sampai kan tidak perasan dengan perubahan dirinya sendiri.

Lambat-lambat mulutnya terukir senyuman.

"Aku teringin nak pergi bercuti, kita sekeluarga... " ucap Ray dalam senyuman sayu.

"Yah, jangan risau. Kita akan pergi" balas jejaka beku itu semula.

Sementara itu di lokap, Keith telah dipindahkan ke dalam lokap singgahan bersama banduan yang lain sementara menunggu berbicaraannya di makhamah.

"Get your a** in there fu**ker" pegawai polis yang lengkap berpakaian seragamnya itu menolak kuat bahu Keith masuk ke dalam bilik kurungan.

Gari di tangan dibuka secara kasar. Pintu besi itu ditutup kuat. Bunyi hempasan besi itu kuat membingitkan telinga.

"Sialan betul orang tua ni dia pikir dia siapa nak tolak-tolak aku" bebel Keith sendiri. Pergelangan tangannya yang merah akibat gari itu digosok perlahan.

Keith menghembuskan nafas panjang. Jaring besi dipegang.

"Apa lah nasib aku... " ucap Keith mendatar.

Badan disandar ke dinding bilik kurungan. Namun baru beberapa saat Keith menyandar, badannya terpelanting jauh akibat ditendang oleh satu kaki yang agak sasa.

"Who the f*ck are you?" Tengking salah sorang lelaki yang berbadan agak besar. Mungkin dia ketua di bilik kurungan ini, yang lain hanya berani duduk di bahagian hujung. Tidak berani bertentang mata apatah lagi menolong Keith.

"Haih. Bala apa lagi ni... " rungut Keith mendatar. Perlahan-lahan dia bangun daripada tempat dia terpelanting tadi. Baju biru cairnya itu di kibas, menghilangkan habuk yang melekat.

Keith menjeling tajam lelaki yang menendangnya tadi. Walaupun dia terpelanting, tetapi tendangan itu takdalah kuat mana, tak rasa sakit pun. Pernah rasa kena tendang dengan Ray? Seminggu kau nak duduk atas kerusi pun masih bisa. Bengkak jangan cerita. Silap haribulan terus kena buasir. 

Tiber.

"I'm the F*uxKing boss here!? Wanna fight huh?! Come on! Why? Got no balls?" Provok lelaki berbadan gempal tadi.

Keith merenggangkan lehernya sebelum buku limanya digenggam sebelum acah-acah ditiup. Kemudian mulutnya tersenyum sinis.

"Hahaha... What a luck" kata Keith.

"Hah pilih lah mana - mana yang kau nak cepat" ucap Rayyan kepada Lucia.

Lucia melihat pelbagai jenis iphone yang tersusun di hadapannya. Setelah mereka selesai makan, Rayyan terus membawanya ke kedai telefon ini.

"You nak belanja ke?" Soal Lucia mendatar. Wajah Rayyan di sebelahnya dipandang.

"Orang suruh pilih tu pilih jelah..." kata Rayyan semula.

Lucia menunjuk ke arah satu iphone yang berada di hujung sekali.

"Yang ni?" Soal Rayyan sambil menunjuk ke arah iPhone 11 max berwarna rose gold di hadapannya itu.

Lucia mengangguk.

"Wrap it" arah Rayyan kepada salah satu pembantu kedai di situ.

Takut takut pembantu kedai itu membungkuskan iphone 11 max yang dipilih Lucia, tampak jelas peluh yang mengalir di dahinya.

"Pikir aku ni makan orang ke..." bisik Rayyan perlahan. Masam mencuka mukanya. Takda nafsu langsung untuk menyedekahkan sedikit senyuman kepada pembantu kedai itu.

Beg plastik yang dihulur, direntap dengan kasar sebelum Rayyan terus berlalu pergi dari kedai itu.

"T-thankks..s-sir...come again..have a n-nice day" ucap pembantu kedai itu tergagap.

Lucia yang memerhati dari tadi pelik. Dia blah gitu je? The hell? Dengan tak bayar? Kedai dia ke ni?

Bayang Rayyan dikejar rapat.

"Tadi tu kedai you ke?" Soal Lucia setelah berada di sebelah Rayyan.

Beg plastik yang berisikan iphone itu dihulurkan kepada Lucia.

"Nah, ambik. Bukan kedai aku. Tapi kedai Keith hahaha, so automatically bukan aku belanja kau. Tapi Keith" balas Rayyan dengan gelak tawanya.

Lucia mengambil beg plastik itu kasar.

"Eee you memang tak malu eh? Dah lah you humban dia dalam penjara pastu you rompak pulak kedai dia" kata Lucia geram.

"Mana ada aku rompak, aku rampas secara paksa je..." balas Rayyan masih lagi dengan sisa tawanya.

"Rampas secara paksa otak kau"

Lucia mengetap giginya geram. 

Sedang mereka berjalan, Lucia ternampak dua orang anggota polis sedang makan di salah sebuah restoren berhampiran dengannya.

"Rampas secara paksa eh..."

Senyuman nakalnya terukir. Timbul idea jahat di kepala Lucia. Kalau Rayyan boleh humban Keith masuk penjara. Dia pun boleh buat macam tu juga.

Nafas ditarik dalam dalam.

"HELP!? THIS MAN HAS A WEAPON! HELP ME! Please! " Jerit Lucia kuat.

Rayyan panik apabila gadis itu menjerit secara tiba-tiba. Tindakan reflexnya yang pantas, terus dia merentap tangan gadis itu dan menariknya ke belakang badan untuk melindungi Lucia. Sebelah tangan lagi elok memegang pistol yang berada dalam kocek.

"Mana? Mana orang jahat?" Tanya Rayyan risau. Matanya tajam mencari orang yang di sebut Lucia tadi.

Lucia mendekatkan mulutnya ke telinga Rayyan.

"You're the bad guy..." bisik Lucia perlahan.

Membulat besar mata Rayyan.

Belum sempat dia menoleh ke belakang dua orang anggota polis tadi sudah berdiri betul-betul di hadapan mereka berdua.

"Freeze!? Don't move!? Release that woman!? Or we will shot!" Jerit dua orang anggota polis itu yang salah faham akan keadaan mereka. Masing masing sudah mengacukan senjata ke arah Rayyan.

Sialan.

Rayyan memandang Lucia tak percaya. Tangan Lucia dilepaskan.

"Kau..." Rayyan hilang kata. Tak sangka dia sudah terkena dengan tipu helah gadis itu.

Bibir Lucia tersenyum senget.

"Bye-bye" Lucia melambai Rayyan sambil menghadiahkan senyuman kecil.

"Ini kau balas dekat aku, lepas aku dah belanja kau iphone?" Soal Rayyan masih tak percaya. Matanya tajam memandang Lucia.

Salah seorang polis tadi merampas pistol putih ditangan Rayyan sebelum tangannya digari.

"Nuh- uh.. Correction mister Rayyan. You... tak belanja i pun. You cuma 'rampas secara paksa'. So i nak suruh you jumpa owner dia dan minta maaf. Salah ke?" Kata Lucia cukup selamba.

Rayyan mengetap giginya geram. Kedua polis itu terus membawanya keluar dari pusat membeli belah itu.

Lucia menghidupkan iphone baharunya itu. Nasib baik dia sudah menghafal nombor nombor mereka yang lain. Pantas dia menghantar mesej kepada Ray dan memberitahu lokasi serta situasinya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience