Sudah seminggu berlalu, tiada siapa pun yang tahu apa yang telah terjadi kepada Rayyan. Hanya Lucia sahaja yang masih setia di sisi suaminya itu. Bila yang lain tanya , Lucia sentiasa akan memberikan jawapan yang sama. Rayyan masih ingin honeymoon bersamanya lagi. Padahal sudah seminggu lelaki itu tidak sedarkan diri .
Muka Rayyan dilap menggunakan kain basah. Nasib baik semua keperluan mereka cukup dalam bilik hotel ini. Tidaklah Lucia terpaksa keluar untuk membeli makanan atau keperluan lain.
Tangan Rayyan digenggam erat sebelum dilekapkan kedahi.
" Please wake up . Please open your eye. Please remember me . Please, i'm begging you...." ulang Lucia berkali-kali. Itulah rutin hariannya sejak suaminya itu tidak sedarkan diri. Lucia hanya akan duduk di sisi Rayyan dan menggengam tangan lelaki itu . Tak pun dia akan menangis sehingga matanya bengkak.
Masih dia ingat lagi di mana hari Rayyan memberitahu kepadanya rahsia yang selama ini tersimpan kemas .
" Lucia apa perasaan kau kalau satu hari nanti aku koma berbulan-bulan ?" tanya Rayyan tiba-tiba.
Saat itu mereka berdua berada di dalam bilik movie di rumah agam.
" Kenapa tiba-tiba you cakap macam tu? " soal Lucia semula. Wajah Rayyan dilihat dengan pandangan tertanya-tanya.
" I'm sick ..... Very sick. Dan aku tak tahu sakit aku ni boleh sembuh ataupun tidak... " kata Rayyan mendatar sahaja wajahnya juga cukup tenang mengungkapkan ayat itu.
" What do you mean by that?" tanya Lucia lagi. Ada sedikit getaran kedengaran di hujung suaranya.
"Cuba kau pandang aku dengan mata kau yang asli..." arah Rayyan lembut.
Lucia terus sahaja mencabut selaput matanya yang selama ini dipakai. Seminit, dia memandang lelaki yang berada di hadapannya itu sebelum air matanya laju mengalir dari tubir matanya.
" WHY RAYYAN....WHY!! KENAPA BARU SEKARANG YOU BAGI TAHU !" jerit Lucia sambil menangis. Dada bidang Rayyan dipukul perlahan.
" Shuuuhh jangan jerit nanti orang lain dengar" pujuk Rayyan lembut. Tangan Lucia yang memukul dadanya digengam .
" Kita masih lagi ada masa. Kita bagi tahu yang lain. Diaorang boleh bantu you ! I yakin abang i boleh bantu you ! " kata Lucia laju dengan suaranya yang meninggi dari ayat ke satu ayat.
Melihat gelengan daripada jejaka di hadapannya ini makin lebat air mata yang menuruni di pipi Lucia.
" Aku dah cuba, 6 bulan dekat sana , aku cuba cari penawar untuk diri aku sendiri . Tapi aku tak berjaya . Benda ni memang takkan pernah ada jawapan. Xavier pun dah cuba sehabis baik dia untuk hilangkan kesan dadah dalam badan aku . Tapi najis tu still ada lagi . Sedikit demi sedikit , perlahan lahan dia rosakkan dalaman aku."
Lucia menggeleng bersama air mata. Tangisannya juga semakin berlagu.
" Shuuhhh , sorry . Aku tak berniat nak tipu kau. Tapi aku memang betul-betul cintakan kau . Dan aku nak kau menjadi orang yang bersama aku masa aku sakit " pujuk Rayyan. Air mata Lucia dikesat menggunakan kedua ibu jari sehingga kering.
"Pleasee Rayyan. I can't lose you..." rayu Lucia sayu.
"Aku pun, aku tak sanggup untuk hilang kau Lucia. Dan ada satu lagi perkara yang aku perlu bagi tahu kau" sambung Rayyan .
" Tyler, dia masih hidup... "
Serentak itu hati Lucia bagaikan terhempap dengan batu yang besar mendengar bicara Rayyan.
" What? But that day..."
" Itu bukan Tyler... Dia salah satu hasil eksperimen yang Tyler cipta. Tyler brainwash dia sampaikan diri dia rasa dialah Tyler yang sebenar."
" What! Macam mana you tahu ?"
" Tangan Tyler ada tatu , Tapi Tyler yang aku bunuh haritu tu takda. Badan dia bersih. "
Ingatan Lucia terlayar kembali sewaktu 13 tahun yang lalu. Memang betul kata Rayyan . Tyler mempunyai tatu berbentuk naga di bahagian tangannya.
" Habis tu mana Tyler yang sebenarnya...?"
" I don't know..."
" And about your body ?" tanya Lucia sayu. Airmata mula bergenang kembali.
" Jangan risau. Benda ni tak bawa maut. Cuma mungkin aku akan koma ataupun hilang ingatan"
Airmata yang sudah kering, kini kembali basah . Lucia menangis lagi.
Rayyan terus memeluk bahu gadis itu. Niatnya untuk menenangkan Lucia malah makin kuat pula gadis itu menangis apabila dipeluk oleh Rayyan . Akhirnya nafasnya dilepas panjang .
" Kau orang perasan tak?" soal Keith tiba-tiba. Wajah mereka yang berada di ruang makan itu dipandang satu-persatu.
" Apa dia?" tanya Faiq .
" Sejak majlis sanding haritu aku dah tak pernah nampak muka Rayyan, kalau kita call pun mesti Lucia yang angkat call tu betul tak?" jelas Keith lagi.
Yang lain hanya diam.
" Betul lah tu . Tapi Lucia kata Rayyan yang nak sambung honeymoon kan?" tanya Zariq kepada abang kembarnya.
" Tak payah kacau diaorang lah ... Biarlah dia nak bercuti lama mana pun. Honeymoon bukan selalu . Nanti dah naik dah nak kena buat kerja syarikat pulak" celah Zen mendatar.
" Itu lah, entah entah nanti diaorang balik sini dah ada isi dalam perut Lucia" kata Faiq pula. Yang lain tergelak mendengar bicara Faiq.
" Tapi aku risau.." kata Keith semula. Entah kenapa hati dia tidak tenteram jika memikirkan soal Rayyan. Ada apa apa jadi ke dekat Rayyan?
" Kenapa, you syak apa apa ke?" Soal Avery yang berada di sebelah Keith. Mulutnya yang penuh dengan roti itu dikunyah perlahan.
" Takdalah, aku cuma tak sedap hati je..." balas Keith semula. Matanya memandang kearah pinggan.
" Nanti aku try call Rayyan .." pelawa Xavier yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
" Tanyakan pada Ray sekali ..." kata Keith mendatar.
" Iya lah ..."
Hanz yang dari tadi mendengar bicara mereka hanya termenung memandang makanan di hadapannya .
Takkanlah...
Namun cepat-cepat dia mengusir semua prasangka buruk yang menerjah di kepala. Kalau ada apa apa terjadi pada Rayyan mesti Lucia akan memberitahu yang lain. Yup . Lelaki itu mungkin hanya ingin bercuti dengan lebih lama.
Lucia menukarkan tiub air yang tergantung di sebelah katil Rayyan. Masuk harini sudah hampir 3 minggu suaminya itu tidak sedarkan diri. Selama 3 minggu itu jugalah dia setia menemani Rayyan . Tidak jemu langsung. Kadang kala Lucia akan bercerita seorang diri. Seolah -olah Rayyan boleh mendengar bicaranya. Dan hampir setiap malam air mata yang menemani mereka berdua.
Lucia tidak pernah keluar langsung daripada bilik hotel . Jika stok makanan dan minumannya sudah habis , dia akan menyuruh anak buahnya yang mengisi semula stok makanan di dalam bilik.
Bukan itu sahaja , Lucia juga gigih siang malam cuba menjejaki keberadaan Tyler . Namun dia masih juga gagal. Ramai juga anak buahnya yang di kerah mencari sama. Tetapi tetap juga bertemu kegagalan. Sampaikan dia buntu ingin mencari di mana lagi lelaki itu.
" Rayyan, harini dah genap 3 minggu awak tidur. Kenapa awak tak bangun lagi ni. Awak dah tak sayang saya ke?" soal Lucia sayu. Tangannya erat mengengam tangan suaminya itu.
" Awak, sampai bila saya nak kena menipu? Lambat laun diaorang akan tahu jugak" kata Lucia lagi. Rambut Rayyan yang terjuntai di mata diselak sebelum tangan itu jatuh mengusap pipi Rayyan pula .
" Sorry kalau saya banyak cakap... Tapi saya rindu nak borak dengan awak." tangan Rayyan dicium perlahan.
" Saya taknak keluar dari bilik ni selagi awak tak bukak mata" kata Lucia sebelum tangannya memeluk badan Rayyan dalam keadaan duduk . Kepalanya diletakkan keatas dada suaminya itu.
" Awak rehat lah puas-puas. Tapi janji dengan saya yang awak akan bangun. Tau... " airmata Lucia mengalir lagi.
" Janji tau...." rayu Lucia sayu.
" Balas lah soalan saya... " tak lama selepas itu hanya bunyi tangisan kedengaran berselang selikan dengan airmata.
Share this novel