Rayyan berjalan kearah balkoni hospital yang sememangnya tersedia di aras tingkat 4. Perlahan lahan mulutnya tersenyum lebar. Tangan mengurut ke pelipis mata .
"Hahahahahahaha...." gelak Rayyan kuat. Jelas kedengaran sinis sekali.
Nafas dilepas panjang.
Cartez...... Hmmm. Mulutnya tersenyum senget. Hati rasa tercuit apabila nama itu disebut.
"Beb..." tegur satu suara dari arah belakang.
Rayyan menoleh ke arah suara tersebut.
"Kau apasal gelak sorang sorang ni? Gila ke?" Tanya Keith yang baru sahaja melangkah mendekati Rayyan.
"Kau dari mana?" Tanya Rayyan mendatar.
"Syarikat, aku dengan Xavier ada uruskan hal pelan lakaran entah apa tah orang tua tu tadi nak..." balas Keith juga mendatar.
Rayyan menyandarkan badannya ke dinding sebelum diikuti dengan Keith di sebelahnya.
"Hahahahaha ..." gelak Rayyan lagi tapi kalini dengan gigi yang diketap. Jadi gelaknya kedengaran sungguh seram sekali. Matanya pula ditutup rapat.
Dahi Keith berkerut memandang Rayyan.
"Kau gelak apasal?" Tanya Keith dengan mata yang memandang wajah Rayyan disebelah.
"Cartez...." jawab Rayyan. Tangan dibawa ke mulut sebelum gelaknya terlepas lagi.
"Oh.. pasal dia... dah tu yang kau gelak kenapa?" Tanya Keith semula. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Mata memandang kearah siling hospital yang berwarna putih. Apa yang kelakarnya dengan lelaki bodoh tu.
"Tadi aku ceritakan dekat diorang semua pasal Cartez..." mata dibuka semula. Orang yang lalu lalang dikoridor aras 4 itu dipandang kosong.
"Siapa diorang?"
"Ray, kembar, Faiq dengan Lucia..."
Keith menoleh kearah Rayyan semula.
"Diaorang masih tak tahu ke selama ni?" tanya Keith lagi.
"Kau rasa..?" Tanya Rayyan pula dengan kening yang diangkat sebelah.
Nafas dilepas panjang.
"Better diaorang tak tahu..." kata Keith mendatar.
"Tahu takpa..." kata Rayyan sebelum mulut tersenyum sinis sangat sangat sinis. Udara disedut kedalam peparu sebelum dilepas kasar.
"Kau cerita semua?" Tanya Keith lagi.
Kepala menggeleng
"Tu rahsia antara kita berdua..." kata Rayyan dingin.
"Rahsia eh...." balas Keith perlahan sebelum tawa hambar terlepas dari mulut.
Ray menghulurkan sehelai tisu muka kepada Lucia. Lucia mengambil tisu itu sebelum mengelap matanya yang agak basah.
"Abang, adik betul-betul minta maaf..." kata Lucia perlahan. Jelas rasa serba salah dengan apa yang dia telah buat selama ni. Hidungnya sudah bertukar merah akibat daripada menangis yang tak henti-henti.
"It's okay... benda dah jadi. Lagipun abang pun tak tahu sangat pasal Lucas. Ayyan cerita ni lah baru abang tahu" jawab Ray mendatar sebelum dia mengambil tempat di sofa semula.
"Aah, kitaorang pun tak tahu apa -apa langsung. Yang kitaorang tahu cuma memang bukan Ayyan yang bunuh Lucas. Sebab masa kitaorang jumpa Ayyan dia pun dah macam tengah nazak dekat hospital" kata Zariq pula. Mata memandang kedalam anak mata kelabu milik Lucia.
Masing-masing menyepikan diri. Sumpah mereka tidak sangka itu kenyataan yang selama ini terkubur dalam memori Rayyan.
"Jadi sebab itu ke dia kuat makan?" Soal Faiq tiba-tiba .
"Sebab dadah tu...." celah Zen.
"Masih tak hilang lagi.....Seriuslah?" sambung Zariq mata terus memandang kearah Ray di sofa.
"Mana aku tahu gila! Yang korang pandang aku buat apa?"
Kemudian mereka semua menoleh kearah Lucia pula.
"Err i pun tak tahu apa -apa, tapi kalau kesan yang dapat pada diri i memang kekal sampai sekarang" jawab Lucia mendatar.
"Kesan apa?" Tanya Zen .
Lucia terdiam. Nak bagi tahu ke tak ni . Perlu ke dia memberitahu pada mereka semua? Tetapi perkara ini pun bukanlah rahsia yang besar sangat sampaikan perlu disorok daripada orang lain.
Nafas ditarik dalam-dalam. Lantak lah!
Baru sahaja Lucia membuka mulutnya pintu bilik dibuka kasar oleh seseorang sebelum Xavier melangkah masuk kedalam dengan wajah yang bersahaja.
"Aduh potong line lah kau ni .." kata Zariq .
Xavier mengambil tempat disebelah Ray. Keningnya diangkat sebelah.
"Kenapa?" tanya Xavier tenang .
"Kitaorang tengah cerita pasal kes 13 tahun lepas ... " jawab Ray mendatar.
Xavier menyandarkan badan kesofa.
"Ohh pasal tu ke?"
"Kau dah tahu?" Tanya Ray semula. Dahinya berkerut melihat wajah Xavier.
"Mestilah dah, dia adik aku ..."
"Pergh dah tahu pastu diam je..." kata Faiq pula.
"Dah korang tak tanya, takkan aku nak cakap tiba tiba" balas Xavier tenang.
Yang lain tayang muka menyampah.
Zariq memandang kearah Lucia semula. "Cepat lah cerita balik" kata Zariq perlahan.
Lucia menarik nafas dalam.
"I tak tahulah apa kesan atau dadah jenis apa yang diaorang suntik pada Rayyan tapi kesan yang ada pada i memang kekal sampai sekarang..."
Wajah mereka dipandang satu persatu.
"Manusia ada 5 deria yang utama kan?" tanya Lucia tenang.
"Deria pendengaran, deria penglihatan, deria bau , dera sentuhan dan...."
"Deria rasa" sambung Zariq.
"Yup betul, tapi sebenarnya kita semua ada lebih daripada tu .."
"Serius?" Soal Faiq.
"Ya, dalam kajian saintis sebenarnya manusia normal paling kurang ada 14 hingga 20 deria .."
"Deria apa?"
"Deria imbangan badan, deria haba, deria pergerakan dan macam macam lagi. Tapi yang utamanya 5 deria yang awal i sebut tadi" kata Lucia.
"Habis apa kena mengena dadah tu dengan deria deria yang you sebut ni?" Soal Zen semula. Masing-masing fokus ke arah Lucia.
"Manusia biasa ada 5 deria yang utama yang baru i sebutkan tadi tu, tapi i ada 8 deria utama ..." kata Lucia tenang.
Masing-masing terkejut mendengar ayat Lucia kecuali Xavier yang sememangnya awal -awal lagi sudah mengetahui hal itu. Riak wajahnya tenang sahaja.
"Lapan!?" Kata Faiq kuat.
"Seriuslah lapan?!" Kata Zariq pula.
Jelas wajah masing masing terkejut.
Lucia mengangguk perlahan.
"Apa lagi tiga?" Tanya Ray tenang .
"Pertama sekali i ada deria koordinat.."
"Koordinat?" Ulang Faiq.
"Yup koordinat. Korang tak rasa pelik ke? macam mana i boleh bagi tahu Faiq koordinat gereja Evry masa i kena culik dengan Alicia ?" Tanya Lucia mendatar.
Mata Faiq terus membulat.
"Sebab you boleh baca koordinat!"
"Exactly! Itahu semua koordinat dalam dunia ni. Jarak, kedudukan bumi, tempat, negara, bangunan, everything. Takda satu pun koordinat dalam bumi ni yang otak i tak boleh baca" sambung Lucia semula.
"Gila....." kata Zen sepatah .
"Gila hebat!" Sambung Zariq pula.
Xavier hanya memerhati dari sofa.
Ray memandang wajah Xavier disebelah.
"Adik kau boleh jadi superhero wey..." bisiknya perlahan.
Xavier menjeling kearah Ray. Bana dia lah superhero.
"Yang kedua deria apa?" Soal Faiq .
"Yang kedua, mata i"
"Kenapa dengan mata you ?" Soal Zariq semula.
Lucia memandang kearah Xavier yang duduk di sofa.
"Tunjuk je .... " kata Xavier mendatar.
Nafas dilepas panjang sebelum dua jari tangan kiri membuka mata kanannya luas luas. Jari tangan kanan pula mencabut selaput mata plastik yang selama ini dipakai.
"What the hell...." ucap Zariq perlahan.
"Ni warna mata i sejak daripada kes culik 13 tahun lepas" kata Lucia tenang mata memandang kearah mereka yang lain.
Mata kirinya berwarna kelabu manakala mata kanannya pula berwarna ungu bersinar. Sumpah seram. Macam manusia mutant.
"Apa mata ni boleh buat?" Tanya Zen serius.
"Special vision .."
"Like what?" Tanya Ray pula.
"Mata ni boleh nampak isi dalaman manusia ..." kata Lucia tenang.
"Organ?"
"Yes.. sekarang ni i nampak semua kedudukan organ you, tisu kulit, rangka, paru paru, hati, jantung everything..."
"Serious talk...?" Soal Ray semula.
"Deadly serious... kalau korang tak percaya i boleh buktikan ..." kata Lucia yakin.
Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka sebelum Rayyan dan Keith masuk kedalam .
"Hai babe, cantik mata.." kata Rayyan selamba sebelum mengambil tempat di sebelah Xavier.
Keith pula duduk di sebelah Rayyan.
"Itu mata asli dia wey bukan contact lens !" Kata Faiq kuat.
"Aku tahu lah bahalol!" Balas Rayyan semula.
Semua memandang kearah Rayyan termasuklah Lucia. Jelas masing-masing terkejut .
"You tahu?" Soal Lucia mendatar.
"Ye babe, of course lah aku tahu. Sebelum aku hilang ingatan aku sempat tengok mata kau. Cuma baru baru ni bila aku dah ingat balik semua memori aku tu, aku peliklah jugak sebab mata kau dua dua dah warna kelabu, so aku anggap jelah kau memang tutup guna contact lens ataupun kau dah buang mata tu" terang Rayyan mendatar. Kaki diangkat sebelum diletak atas meja kopi di hadapannya.
Lama Lucia memandang Rayyan dari atas hingga bawah sebelum perlahan-lahan matanya membulat besar.
Kedua tangan menutup mulut. Jelas tidak mempercayai apa yang sedang dilihat.
"Holy shit...." kata Lucia perlahan.
Rayyan yang melihat reaksi Lucia perlahan-lahan meletakkan jarinya kebibir.
"Shuuhhhh... aku tahu kau dah nampak, so diam je..." kata Rayyan dengan mulut tersenyum menggoda. Sempat lagi matanya dikenyit sebelah.
"Okay abang percaya..." kata Ray pula tiba-tiba. Sebab kalau betul apa yang Lucia cakap tentang kebolehan matanya dengan reaksi yang dia tunjuk semasa melihat Rayyan, tak salah lagi. Mata Lucia memang boleh melihat organ dalaman manusia.
Lucia cepat cepat mengalih pandangannya ke tempat lain. Air liur ditelan kesat. Shit...
"Kenapa ? Kenapa? Kenapa ni?" Soal Faiq ingin tahu.
Rayyan pantas membalingkan sekotak tisu yang berada atas meja kopi kemuka Faiq.
"Budak kecik toksah nak sibuk ambik tahu hal orang dewasa" kata Rayyan mendatar.
Faiq mencebikkan mulut. Hello 25 tahun tu kira dah besar okay. Beza setahun je lagipun.
Zen dan Zariq pula sudah kebingungan ditempatnya.
"Korang borak pasal apa ni?" Soal Keith yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
"Pasal kesan jadi tikus makmal ..." jawab Zariq selamba.
Serentak Rayyan dan Lucia menghadiahkan Zariq jari tengah mereka.
"Ouh .... jadi kenapa dengan mata ungu Lucia tu?" Tanya Keith lagi.
"Dia boleh nampak organ dalaman manusia" jawab Faiq bagi pihak Lucia.
Kemudian Keith memandang Rayyan yang duduk disebelahnya sebelum dahi perlahan -lahan berkerut. Mata dikecilkan. Jadi kenapa Lucia terkejut tengok Rayyan? Apa yang dia nampak?
Rayyan hanya tayang muka selamba.
Ray mendekatkan badannya kearah Xavier lagi.
"Adik kau boleh jadi doktor pakar bedah wey..."
Xavier mengeluh panjang. Tak habis habis dia ni tau.
Lucia cepat cepat pasang balik selaput plastik matanya.
"Kiranya kalau you tutup mata guna plastik tu you tak nampak lah organ dalaman manusia?" Tanya Zariq.
Lambat-lambat Lucia menganggukkan kepala.
"Apa yang ketiga?" Soal Ray semula.
"Yang ketiga..... "
"Yang ketiga dia ada kuasa elektrik macam iron man" celah Rayyan tiba-tiba.
"Anjing lu.... " kata Xavier mendatar.
"Yang ketiga deria bahaya... " sambung Lucia semula.
"Maksud you?"
"I boleh sense benda bahaya yang akan terjadi... " kata Lucia.
"Kiranya you boleh tahu apa benda bahaya yang akan terjadi tu?"
Lucia menggeleng.
"I boleh dapat rasa benda bahaya yang akan terjadi, tapi i tak tahu secara spesifiknya apa penyebab bahaya itu."
"Sebab tu ke you peluk Alicia haritu?" tanya Ray serius.
Kepala diangguk.
"Yup, i dapat rasa ada benda bahaya yang akan terjadi dalam bilik tu, sebab tu i cepat-cepat peluk Alicia. Nasib tak teruk sangat" jawab Lucia mendatar.
"Thanks... " kata Rayyan perlahan. Lucia membalas dengan senyuman.
"Sumpah wey, adik kau boleh jadi tukang tilik nasib" bisik Ray lagi di telinga Xavier.
"Eh kau ni aku pijak karang!" Kata Xavier yang sudah hilang sabar.
Ray tergelak kuat.
Zariq dan Faiq memandang Lucia tidak berkelip.
"Lucia you memang superb ah..." kata Zariq dengan kedua tangan membuat thumbs up.
Zen disebelahnya hanya menayangkan senyuman. Gila babi minah ni . Dah macam heroin dalam cerita Marvel .
"Kalau macam tu...." semua mata memandang kearah Rayyan disofa.
"Apa kesan ubat yang diaorang bagi dekat kau?" Tanya Faiq kepada Rayyan pula.
Wajah Rayyan bertukar serius. Badannya ditegakkan semula.
"Kesan pertama sekali yang aku dapat ialah aku boleh buat duit sekelip mata. Pap! petik jari berjuta dalam bank aku, yang kedua aku boleh tahu warna spender orang lain. Yang terakhir aku boleh detect kebodohan seseorang. Kalau macam kau Faiq, bodoh kau memang dah terlebih had maksimum dah" kata Rayyan dengan muka yang sangat serius.
"Kepala hotak dia lah..... " Kata Keith mata menjeling kearah lain. Kau percaya lah cakap dia ni. Tengok muka pun dah tahu kaki kencing.
"Serius lah wey kau boleh nampak warna spender orang?" tanya Faiq dengan muka yang jelas terkejut.
"See.... Kan aku dah kata aku boleh detect kebodohan orang... " balas Rayyan semula. Mulut tersenyum bangga.
Zariq memukul kepala Faiq yang duduk disebelahnya.
"Dia main main jelah bebal. Kau percaya buat apa!"
Faiq mengosok bahagian kepala yang dipukul. Sakit babi. Tanya pun salah.
Kemudian Rayyan memandang Lucia yang berada di katil sebelum mulut perlahan lahan tersenyum senget. Lucia cepat-cepat mengalihkan pandangannya apabila terperasan Rayyan sedang merenung kearahnya.
"Ray ,aku dengan Keith nak balik Spain. " kata Rayyan kepada Ray tiba-tiba.
"Spain? Nak buat apa?" Soal Ray semula. Wajah Rayyan dan Keith dipandang bergilir gilir.
"Ada hal sikit aku nak settel. Hal syarikat" bohong Rayyan tenang.
"Betul ke Keith?" Tanya Ray kepada Keith pula. Si Rayyan ni bukan boleh percaya sangat. Cakap je hal syarikat lepas tu melencong ke tempat lain.
"Aah betul, ada hal sikit nak kena urus" kata Keith juga berbohong. Muka masing - masing tenang je menipu.
Lama Ray memandang kearah mereka berdua sebelum nafas dilepas panjang .
"Hati - hati, kau pergi berdua aku nak balik mesti berdua jugak, pergi cukup sifat balik mesti cukup sifat" kata Ray semula.
Rayyan dan Keith mengangguk perlahan.
Yang lain hanya diam memerhati.
Tiba-tiba Lucia terasa sedih kerana Rayyan akan pergi meninggalkannya. Mata menunduk memandang cadar katil.
"You nak ikut ke babe?" Tanya Rayyan tiba-tiba sekaligus mematikan lamunan Lucia sebentar tadi. Wajah sayu gadis itu dipandang lembut.
"Hah? Boleh ke i ikut?" tanya Lucia semula. Wajahnya jelas bertukar ceria.
Keith cepat-cepat menoleh kearah Rayyan. Serius lah binatang ni nak ajak Lucia?
Rayyan tergelak halus. Nampak kacak wey.
"Tak payah lah. You sakit lagi. Lagipun aku pergi kejap je. Tiga empat hari aku balik lah sini semula "
Terus muka Lucia berubah murung. Harapan palsu betul lah dia ni. Lain kali kalau taknak bagi ikut jangan pelawa!
"Aku balik sini semula nanti aku terus nak kahwin dengan kau tau. So kau preparelah apa yang patut" sambung Rayyan lagi.
Automatik muka Lucia bertukar merah.
Rayyan tergelak kuat melihat reaksi gadis itu. Ni yang makin suka nak menyakat. Nampak cute.
AN: Please jangan jadi silents readers... sunyi betul ruangan komen buku ni hahaha
Share this novel
nice story until i cant wait for an update.