Pintu dibuka oleh Rayyan sebelum kaki melangkah masuk ke dalam bilik yang dipenuhi dengan bermacam jenis ubatan dan dadah. Macam bau hospital dah bilik ni. Bezanya dekat hospital ramai doktor dekat sini banyak babi.
" Yow... " sapa Rayyan selamba kepada Tyler.
Tyler yang dari tadi sedang ralit merenung tabung uji ditangannya terus memandang kearah Rayyan. Mulutnya terukir senyuman.
" Keiz, macam mana harini? Sakit lagi tak kepala?" Tanya Tyler lembut. Tabung uji pada tangannya dipandang semula.
" Hmm boleh lah pening pening sikit semalam aku lupa siapa nama aku.. haha" gelak Rayyan hambar. Badannya elok menyandar di sebelah meja Tyler. Sebelah tangan diletakkan ke dalam kocek seluar.
" Musuh kita kalini memang main kotor . Guna dadah. Nasib baik aku dengan Hanz sempat selamat kan kau. Kalau tak, aku tak tahu lah apa jenis lagi seksaan yang diaorang akan buat dekat kau. Tapi kau jangan risau selagi aku hidup, aku dan Hanz akan sentiasa selamatkan kau dari mafia-mafia tak guna tu " bicara Tyler mendatar.
Rayyan tersengih hingga menampakkan baris giginya yang putih. 'Anjing kau ler selamatkan , kau yang racun otak aku adalah' kata Rayyan dalam hati.
" Tulah nasib baik aku ada korang berdua..." kata Rayyan semula. Tangan kanannya bermain main dengan sebatang pen yang ada di atas meja.
" Ni kau dah ingat belum nama sendiri.." soal Tyler semula. Nadanya lembut sahaja. Bicaranya juga lebih sopan berbanding Hanz. Tapi sayang, sopan yang menjijikkan.
" Kiez Lythe..." kata Rayyan.
" Nasib baik ingat..." ucap Tyler sambil tersenyum.
'Nasib baik kepala bapak kau!' Rayyan tersengih lagi.
"Ni ada apa kau panggil aku ?" Tanya Rayyan semula.
" Aku nak bincang pasal serangan yang kau cadangkan haritu..." kata Tyler mendatar.
" Ouh pasal tu, kenapa?"
" Kau agak agak betul ke dokumen TPB tu tersimpan diruangan bawah tanah kediaman Mikayla?"
" Iya aku yakin , tapi nak masuk rumah tu bahaya . Anak buah diaorang ramai, itu tak termasuk dengan pembunuh pembunuh elit yang sememangnya tinggal dalam rumah tu. Lagi pun dekat ruangan bawah tanah ada 4 tingkat dan setiap tingkat luas . Susah kalau kita pergi sikit-sikit. Kita tak tahu dekat tingkat berapa dia simpan dokumen tu. Kalau kita nak serang tempat tu kita kena serang semua sekali serentak . Sekaligus kita boleh hapuskan terus ketua mafia France tak guna tu" kata Rayyan dengan wajah yang beria-ia .
Walaupun yang diberitahu semuanya hanyalah dusta semata. Dokumen itu sudah lama dihapuskan oleh Rayyan sendiri. Sepatutnya mereka tanyakan terus kepada Rayyan isi dokumen itu sendiri, bukannya mencari benda yang tak wujud.
Dasar goblok.
Rayyan memandang kearah hujung siling di dalam bilik itu .
Penembak automatik.
Setiap bilik yang ada di dalam markas ini dilengkapi dengan penembak automatik. Inilah salah satu punca kenapa Rayyan menyembunyikan dirinya dan juga Keith selama 6 bulan sewaktu mereka masuk ke tempat ini . Dia tidak mahu Ray dan yang lain menyerang markas ini , terlalu merbahaya. Sebab itu jugalah dia terpaksa mencadangkan menyerang rumahnya sendiri untuk mengurangkan kadar kematian.
Tyler mengangkat wajahnya memandang muka Rayyan . Tabung uji ditangannya diletakkan semula ke dalam bekas asal. Entah dadah apa lagi yang baru dia cipta.
"Macam mana kau boleh tahu semua tu Kiez....?" tanya Tyler sengaja menguji .
Tiba-tiba Rayyan terdiam , tangan memegang kepalanya yang berada dibahagian kiri.
"Aku tak tahu..." kata Rayyan sebelum menggeleng perlahan. Kakinya terjatuh ke atas lantai dalam keadaan melutut.
"Kenapa aku ada memori ni .." tanya Rayyan lagi sebelum baju dibahagian dadanya pula dipegang kuat .
"Kepala aku sakit...." rintih Rayyan perlahan. Fuh rasanya aku dah boleh menang piala oscar dah ni.
Tyler juga turut melutut di sebelah Rayyan sebelum tangannya diletakkan atas bahu Rayyan.
"Jangan pikirkan sangat , Ini mesti sebab diaorang pernah kurung kau dekat situ. Sebab tu agaknya kau tahu macam mana rumah diaorang"
"Hah.." Rayyan sudah memandang Tyler bingung.
"Kau dah lupa ke? Kau kena kurung hampir 2 tahun dengan mafia-mafia tak guna tu semua. Aku sendiri tak tahu apa benda yang diaorang dah buat dekat kau. Nasib baik aku dengan Hanz dapat selamatkan kau sebelum kau dibunuh...." kata Tyler mendatar.
' Yang tak guna tu kau, anjing!'
"Diaorang culik aku?" Tanya Rayyan perlahan masih lagi memainkan wataknya. Mata memandang kearah wajah Tyler yang melutut disebelah.
" Iya..."
" Diaorang seksa aku ?" Tanya Rayyan lagi .
" Iya... "
Rayyan memandang kearah lantai semula . Kedua tangannya ditekup kan ke muka.
" Kau rehat lah dulu . Nanti aku bagi ubat lagi supaya kau sihat sepenuhnya" kata Tyler sebelum dia bangun dan melangkah keluar dari bilik itu .
Rayyan yang masih lagi dalam keadaan melutut itu perlahan lahan tersenyum sinis.
'Kepala bapak kau. Dasar babi, kau yang seksa aku adalah . Anjing betul. Lancau. Tunggu kau bila aku dah keluar nanti !' marah Rayyan bertubi-tubi dalam hati.
Melihat Tyler yang sudah keluar dari bilik itu Rayyan terus sahaja berdiri semula. Tangan mengibas ngibas seluarnya yang sedikit kotor akibat melutut dilantai . Matanya teralih pula pada dadah di dalam tabung uji yang baru sahaja dibuat oleh Tyler sebentar tadi.
Mulutnya tersengih lebar.
Perlahan -lahan Rayyan menolak bekas itu sehingga jatuh kebawah. Tabung uji itu pecah . Habis isi isi didalamnya melimpah kelantai.
" Opss terpecah pulak . Maafkan saya abang Tyler. Ni semua sebab kepala saya pening dan tak boleh berfikiran waras..... Adios amigos " terus kakinya melangkah keluar dari bilik itu dengan senyuman nakal terhias di bibir.
"Now what ?" Tanya Avery serius kepada Lucia.
Mereka berdua kini sedang berada di dalam bilik Lucia. Baru sahaja sebentar tadi Avery sampai di France , Lucia sudah menariknya masuk kedalam bilik. Sebelum ini dia berada di Poland melaksanakan misinya.
Hanya Avery dan Lucia sahaja yang kini jelas dengan situasi Rayyan dan Keith.
Avery tahu pun disebabkan Lucia ingin meminta pertolongan daripada gadis itu. Kalau tidak memang sesiapapun tidak mengetahui tentang hal ini kecuali Lucia.
" Dalam masa 2 minggu ni. Akak nak Av pasang bom dalam rumah ni. Setiap sudut setiap ruang. Jangan sampai ada yang yang boleh terselamat bila letupan berlaku. Lepas tu kita akan berpindah ke rumah baharu sebelum Rayyan dan Keith serbu tempat ni" terang Lucia.
"Okay , kalau macam itu , Av pasang bom guna decoy lah " balas Avery semula.
"Akak tak kisah macam mana sekalipun . Tapi pastikan rancangan kita ni tak boleh gagal . Sebab peluang hanya sekali. Dan kalau kita tersilap langkah , nyawa kita semua jadi taruhan"
Avery mengangguk laju . Tangan Lucia dipegang erat.
"Av akan buat yang terbaik..." kata Avery yakin.
"Abang Ayyan sihat ?" Tanya Avery semula dengan nada perlahan.
Lucia tersenyum hambar.
"Entah lah Av , akak tak boleh nak jamin dia sihat ke tidak. Hampir setiap hari dia kena seksa dan di Brainwash oleh musuh . Kadang-kadang tu sampaikan dia tak ingat langsung dekat akak. Nama dia sendiri pun kadang-kadang dia boleh lupa . Akak tak tahulah sampai bila dia boleh bertahan dalam keadaan yang macam tu.." kata Lucia sedikit sayu.
"Av tak sangka abang Ayyan sanggup buat semua ni sorang sorang ..." balas Avery juga kedengaran sayu.
" Keith? Macam mana dengan Keith?" Soal Avery semula.
"Keith okay , dia cuma kena cipta dan buat bom sahaja, Keith tak kena brainwash. Akak risaukan si Ayyan tu je lah. Haih...."
Masing-masing melepaskan nafas panjang. Semuanya diserahkan kepada takdir untuk menentukan.
Meja makan itu sunyi sepi sahaja. Kadang kala kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga. Mrs Agnes dan Mr Darell awal subuh lagi sudah bertolak ke Malaysia menguruskan hal syarikat dekat sana.
" So macam mana dengan misi pencarian abang Ayyan dan Keith? " Tanya Avery dengan nada yang cukup sarkastik.
Ray, Faiq, Kembar dan Xavier masing-masing menunduk memandang pinggan.
"Tengok muka korang yang sendu tu pun Av dah tahu mesti misi tu gagal...." tambah Avery lagi.
"Kenapa Av nak jadi macam Lucia pulak ni pagi-pagi? " perli Ray mendatar.
Lucia menjeling kearah abang angkatnya itu. 'Eh eh aku pulak yang kena.'
Khayra pula hanya memasang telinga .
"Av bukan nak jadi macam akak Lucia, Tapi benda ni kenyataan yang kita kena terima. Kita semua terlalu lemah sampaikan tak mampu nak cari dua ketul manusia tu sahaja. Jadi apa guna duit kita yang melimpah ruah ni? Apa function korang semua dilatih daripada kecik kalau benda remeh macam ni pun tak boleh nak settel..." bebel Avery panjang.
"Av, abang...."
"Abang apa? Salah ke apa yang Av cakap?" celah Avery laju.
"Abang bukannya tak cari..."
"Kitaorang dah cari, Av. Sumpah. Setiap pelosok Spain tu kitaorang cari. Tapi still jugak tak jumpa..." celah Zariq mata masih lagi merenung kedalam pinggan.
Zen pula hanya mendiamkan diri. Tertekan juga dengan situasi yang macam ni.
" Macam mana kalau sebenarnya Ayyan dengan Keith dah..." Faiq tidak sempat habiskan kata-katanya.
" Kita kena cari jugak sampai jumpa!" Potong Ray laju. Sudu dan garfunya dilepas kedalam pinggan. Jari mengurut ke pelipis mata. Tertekan sungguh. Dekat mana lagi dia hendak mencari Rayyan dan Keith. Semua cara telah digunakan setiap negara telah diredah. Tetapi dia masih juga lagi gagal. Dia pun tidak pasti dimanakah silapnya selama ini.
Lucia dan Avery sudah memandang wajah masing-masing. Serba salah pulak jadinya. Hahaha.
"Ray kawal sikit emosi kau. Lepas ni aku nak kau makan ubat. Jangan terlampau tertekan. Kau kena ingat penyakit kau tu bila-bila masa sahaja boleh datang semula" Pesan Xavier mendatar. Mulut mengunyah perlahan.
Makin serba salah Lucia dan Avery apabila mendengar ayat Xavier. Aduh ... sudah melampau kah mereka?
Tanpa mereka sedar , perlahan lahan Khayra ketawa dalam diam.
"Av, Lucia..." panggil Khayra lembut.
"Ye kak?" Balas mereka berdua serentak. Masing-masing memandang wajah Khayra.
"Tak baik tau buat macam ni, tak kesian ke dekat abang Ray. Kalau dia sakit sebab terlampau tertekan macam mana?" kata Khyara lembut sahaja bicaranya.
Avery dan Lucia sudah tersengih sehingga menampakkan baris gigi. Kantoi sudah. Tajam betullah isteri ketua mafia ni. Nampak sahaja Khayra ni macam seorang gadis yang lemah dan tidak pandai berlawan . Tapi tengoklah sekarang. Dengan sekali pandang dia sudah tahu dua orang gadis dihadapannya ini sedang menipu.
Dulu dia jugalah yang mengugut Lucia dengan pistol dikepala sehingga gadis itu terpaksa mengaku. Kalau tak, memang sampai kesudah Lucia masih lagi salah faham dekat Rayyan.
Susah kalau dah suami isteri pyscho.
Well dalam keluarga ni ada ke yang berkelakuan normal? Kau habaq mai.
Yang lain hanya memandang dua orang gadis yang sudah tersengih-sengih macam kerang busuk itu.
"Hehehe. Yelah yela... Sorry abang Ray. Av memain je..." kata Avery mendatar.
"Main-main?" Soal Ray bingung. Keningnya bertaut.
"Sebenarnya kitaorang dah tahu dekat mana Rayyan dengan Keith sekarang ni" kata Avery mendatar.
"Aah adik pun selama ni memang in contact dengan Rayyan..." sambung Lucia pula.
Semua tayang muka terkejut kecuali Xavier dan Khayra.
"Aku dah agak dah..." kata Xavier tenang.
"Explain..." kata Ray kedengaran cukup tegas.
Share this novel