Rayyan memeluk erat belakang badan isterinya yang sedang menonton television di ruang tamu. Kedua tangannya elok menutup mata Lucia lembut.
"Cuba teka siapa saya?" Tanya Rayyan dengan suara yang dimanjakan.
"Manusia" balas Lucia senada sebelum dia tergelak halus.
"Eii dia ni jawab jelah tak tahu" Rayyan mengambil tempat di sofa sebelah Lucia.
"Lah habis tu awak bukan manusia ke?" Tanya Lucia dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya.
"Manusia yang awak paling suka, kan?" Satu kucupan singgah di pipi Lucia.
Ray, Keith, Faiq, Zariq, Hanz dan Zen yang turut menonton aksi mereka berdua itu sudah tayang muka meluat.
"Kau nak manja-manja dekat tempat lain lah" kata Keith mendatar.
"Entah, nak gedik gedik pulak depan orang single" celah Zariq pula.
"Apahal? Tak puas hati? Nak, cari bini sendiri lah" balas Rayyan sambil menayang muka berlagak.
Mereka semua serentak menjulingkan mata ke atas. Kemain lagi dia ni sekarang, dulu entah siapa yang benci sangat dekat perempuan tu.
Lucia hanya menayang senyuman.
"So bila kita semua nak start pergi syarikat balik ni?" Tanya Faiq kepada Ray yang sedang tekun melihat cerita di television.
"Tulah, aku rasa dah lama sangat kita tak jenguk office tu, entah entah habuk dah sepuluh inci" Zen pula menyampuk.
Hanz hanya mendiamkan diri. Dia memang jarang untuk memulakan bicara bersama mereka yang lain. Jika disoal sahaju barulah dia akan berbual. Kalau tidak memang jadi patunglah jawabnya. Sebijik macam Xavier.
"Kau dah sihat belum?" Tanya Ray kepada Rayyan yang sibuk memintal rambut Lucia di sebelah.
"Bila masanya aku sakit" balas Rayyan acuh tak acuh.
"Baru je semalam kau muntah muntah sampai pengsan, tu kau kata dah sihat?"
"Tu sebab salah makan" bohong Rayyan tenang.
Lucia yang mendengar bicara suaminya itu hanya mendiamkan diri. Dia tahu Rayyan menipu. Kalau ikut apa yang dilihat oleh mata kanannya, Rayyan masih belum baik sepenuhnya lagi. Antidote yang Xavier beri kepada Rayyan hanya dapat mengurangkan kesan dadah itu sahaja. Bukan menghilangkan.
"Iya lah tu..." celah Keith ragu-ragu.
Rayyan mencium rambut Lucia yang telah siap dijalin.
"Thanks" kata Lucia sebelum membalas ciuman itu di pipi Rayyan.
Rayyan mula tersenyum nakal. Kemudian dia membalas pula dengan mencium di seluruh muka Lucia berkali-kali.
"Pergh bernanah mata aku" sindir Zariq.
"Entah dia ni, gedik gedik pulak dekat sini. Sini dahlah ada budak budak" celah Faiq sebelum memandang ke arah Hanz yang berwajah polos.
"Eh sukahati aku lah aku nak buat apa. Aku nak cium ke, nak raba ke. Tak jadi masalah pun" balas Rayyan selamba.
"Memang takde masalah. Yang jadi masalahnya nak buat dekat bilik lah, hak alah" bidas Zen.
"Nak aku 'main' dekat sini tak?" Balas Rayyan selamba. Senyuman nakal sudah menghias bibir pucatnya.
"WOI!" Marah yang lain serentak.
Lucia di sebelah sudah berona merah pipi. Nasiblah dapat suami takda akal macam Rayyan ni.
Rayyan melepaskan tawanya kuat.
"Untuk soalan kau tadi, Aku taknak naik pejabat. Aku nak pergi bercuti dengan isteri aku" kata Rayyan kepada Ray mendatar.
"Bercuti?"
"Bukan korang dah honeymoon ke masa lepas sanding?" Soal Keith semula.
"Mana ada, kan Rayyan tak sedarkan diri masa tu. Sebulan i jaga dia dekat hotel tu sorang-sorang" jawab Lucia bagi pihak Rayyan .
"Bercuti? Nak ikut!" Celah Faiq laju.
"Nak ikut jugak!" Kata Zariq pula. Masing-masing tayang muka teruja
"Orang nak pergi honeymoon sibuk je nak kacau" Rayyan sudah menayang muka malas.
"Alah kau orang berdua pergilah honeymoon, kitaorang pergi bercuti. Tapi dekat tempat yang sama, alaaa boleh lah" Faiq mengerdipkan matanya berkali-kali.
"Entah betul tu, boleh lah nak ikut jugak" Zariq memandang wajah Rayyan.
"Bagi jelah diaorang ikut, kalau jadi apa apa nanti senang" pujuk Lucia pula. Sebenarnya dia agak risau kalau dia tidak mampu melindungi Rayyan jika ada apa-apa terjadi. Kalau mereka yang lain ikut sekali sekurang-kurangnya keselamatan Rayyan sedikit terjamin.
Rayyan pasrah apabila Lucia turut ikut merayu. Nasib sayang!
"Tanyalah boss korang tu, dia bagi ke tak ikut" ujar Rayyan sambil menjuihkan mulutkan ke arah Ray.
"Aku? Aku kena tanya Khayra dulu..."
"Hah! Apa ni, apa ni! Nak bercuti ke? Dekat mana! Nak ikut!" Sampuk Avery tiba-tiba yang baru sahaja melangkah ke arah ruang tamu bersama Rachel dalam dukungan.
Keith tersenyum lebar di tempat duduknya manakala Rayyan pula terus hilang senyuman. Ah mampus kalau Avery ikut sekali bukan honeymoon jadinya nanti.
Beberapa saat selepas itu Khayra pula datang bersama dengan Alicia. Gadis kecil itu bila nampak sahaja uncle tiga suku dia tu apa lagi. Melompat terus atas peha Rayyan.
"Eii, wanginya dia. Dah mandi ke?" Soal Rayyan sambil menghidu pipi Alicia kemudian badannya pula digeletek manja. Mengekek-ngekek bukak tu.
"Betul ke long kita nak pergi bercuti?" Soal Avery semula selepas duduk di atas sofa sebelah Keith. Khayra duduk di sebelah Ray.
"Aah Ayyan nak pergi honeymoon dengan Lucia, yang diaorang ni pulak sibuk nak ikut sama..."
"Iya ke? Bestnya! Nak ikut! Jomlah kita semua ikut sekali. Kita tak pernah pergi bercuti sama-sama kan" cadang Avery dengan mata yang sudah memandang mereka satu persatu.
"Aku on..."
"Aku okay je..."
"Nak ikut..."
"Nak ikut jugak..."
Balas Keith, Zen, Faiq dan Zariq serentak.
Rayyan sudah menghembus nafas panjang. Baik tak payah panggil honeymoon macam ni. Panggil percutian bersama pembunuh elit.
"Kau? Taknak join" soal Rayyan kepada Hanz yang masih kekal senyap daripada tadi.
"Boleh ke? Tak kacau korang ke? Aku dahlah menumpang je dekat sini..." balas Hanz perlahan.
"Hak alah dia ni nak emo kenapa" celah Rayyan laju.
"Entah, kau dah duduk dalam rumah ni, dah kira kau join family kitaorang" balas Ray mendatar.
"Ehmm okay aku join..." lambat- lambat Hanz menjawab.
"Cun..."
"YEAY PERGI BERCUTI!" Jerit Faiq dan Zariq serentak. Teruja nak mampus. Padahal bukannya diaorang takda duit nak pergi bercuti tapi selalunya mereka semua sibuk dengan hal syarikat sampaikan takda masa langsung untuk berehat. Ini lah dia definisi orang kaya sengsara.
"Kita nak pergi bila ni?" Soal Keith yang sudah memandang ke arah Rayyan dan Lucia.
"Entah, aku cadang nak pergi lusa..."
"Nak bercuti dekat mana?" Soal Ray pula.
"Aku ingatkan nak pergi Royal Resort Mikayla je, takdalah sesak sangat nanti..." balas Rayyan mendatar.
"Resort yang mana satu?" Soal kembar serentak kerana Resort Royal Mikayla semuanya under syarikat mereka berdua.
"Maldives...?" Cadang Rayyan.
"Tak boleh, sultan Dubai ada dekat sana sekarang ni...dia book satu pulau ... "
"Dalmatia...?" Soal Rayyan semula.
"Pun full..."
"Hawai...?"
"Full..."
"New Zealand...?"
"Full..."
"Yang dekat prancis, bora-bora tu?" Sampuk Keith.
"Pun full..."
"Pergh lusa hari cuti sedunia ke apa ni?" Kata Faiq tak puas hati. Semua membuat muka hampa.
"Habis tu mana je yang tak full?" Soal Rayyan semula.
"Tinggal pulau persendirian dekat Malaysia satu, Sabah satu, dengan Filipina satu..." jelas Zariq.
"Jom pergi Malaysia!" Kata Avery, Khayra, Keith, Ray, dan Zen serentak. Masing-masing menayang wajah teruja.
"Alaa aku taknak pergi Malaysia, banyak sangat undang-undang..." rengek Rayyan.
"Aku tak kisah mana-mana, tapi kena book sekarang lah takut nanti yang itu pun full" kata Zariq semula.
"Awak nak pergi yang mana?" Soal Rayyan yang sudah memandang ke arah Lucia.
"Saya tak kisah, saya ikut awak"
"Alaa Malaysia lah you," celah Keith pula. Wajah Lucia dipandang berharap.
Rayyan sudah melepaskan nafas panjang.
"Yelah, yelah kita pergi Malaysia..." jawab Rayyan pasrah.
"Yeah!" Sorak mereka yang lain.
Rayyan tayang muka menyampah. Ini honeymoon dia ke honeymoon diaorang ni? Apasal diaorang yang teruja lebih lebih pulak ni.
"Sorang pergi inform Xavier" arah Ray mendatar.
"Dia dekat mana?"
"Bilik medic..."
"Okay aku pergi inform dia kejap..." Rayyan terus mengangkat Alicia yang berada atas pehanya sebelum diletakkan ke atas sofa. Kaki terus melangkah ke arah lift rumah. Lucia pula cepat-cepat mengikut suaminya itu dari belakang.
Pintu automatik bilik medic terbuka sebelum Rayyan dan Lucia melangkah masuk.
"Kitaorang semua nak pergi bercuti dekat Malaysia lusa, kau ikut tak?" Soal Rayyan kepada Xavier yang sedang duduk di meja kerja.
"Lusa?... Berapa lama?"
"Seminggu dua kut..."
"Aku macam tak join je..." balas Xavier mendatar.
"Asal pulak tak?" Soal Rayyan semula.
Xavier tidak berkata apa-apa dia terus sahaja melangkah ke arah Rayyan sebelum tangan dilekap ke dahi.
"Kau okay tak ni?" Soal Xavier. Soalan berbalas soalan.
Rayyan menepis lembut tangan Xavier.
"Aku okay..." bohong Rayyan tenang.
Xavier menghela nafas panjang.
"Nanti jangan lupa bawak antidote penyakit kau. Aku ada buat banyak tu, kalau rasa tak okay cepat cepat ambik" pesan Xavier, kaki sudah melangkah semula ke arah meja kerjanya.
Lucia hanya diam mendengar.
"Asal kau taknak ikut?" Soal Rayyan semula.
"Aku tengah cari antidote yang boleh hapuskan terus dadah tu dari dalam badan kau..."
"Ah takda takda kau kena ikut jugak... penawar tu bila bila boleh buat, cuti bukan selalu" bidas Rayyan laju.
"Tapi nanti kau sakit..."
"Ya, yang sakit tu aku. Kau tak payah nak kisah sangat, lagipun kan ada antidote sementara tu. Aku tak kira, kau kena ikut jugak" balas Rayyan lagi. Ayat terakhir ditekan sedikit.
"Haih yelah, nanti aku fikirkan..."
"Kau fikir aku ada masa nak tunggu kau fikir? Kau ikut. Titik" tegas Rayyan.
"Yelah yelah..." Xavier mengalah.
Rayyan tersenyum kemenangan.
"Okay gua cau dulu nak bagi tahu yang lain" kata Rayyan sambil kaki melangkah ke arah pintu.
Lucia dan Xavier hanya memerhatikan sahaja Rayyan yang sudah hilang dari pandangan. Nafas di hela panjang.
"Abang masih tak jumpa ke antidote yang sebenar?" Soal Lucia sebaik sahaja Rayyan sudah pergi.
"Tak, dadah tu terlalu complicated" pelipis matanya diurut perlahan.
Lucia diam. Mukanya berubah kendur.
"Tapi antidote sementara tu boleh kurangkan sakit Rayyan, kan?" Soal Lucia semula.
"Adik tengok muka dia pucat tak?"
Lambat lambat Lucia mengangguk.
"Jujur abang kata, dadah tu akan menyebabkan dia rasa macam kulit dia kena siat siat setiap masa. Punca Rayyan jadi pelupa tu pulak sebab otak dia dah terlalu fokus dekat rasa sakit seluruh badan dia... " jelas Xavier bersama keluhan panjang.
Lucia tersentak. Jelas terkejut mengetahui kenyataan itu.
"Tapi antidote tu?"
"Antidote tu hanya dapat menghalang dia daripada masuk ke stage koma. Dia masih lagi rasa sakit tu setiap masa... "
Lucia tergamam sekali lagi. Tetapi Rayyan tidak pernah menunjukkan seperti dia tengah dalam kesakitan. Dia sentiasa tersenyum dan bergurau seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Sebab tu abang kalau boleh taknak buang masa, abang nak cepat cepat cari penawar yang boleh neturalkan dadah tu balik. Abang kesian dekat dia... " jelas Xavier lagi.
Lucia menggigit bibir bawahnya kuat. Matanya sedikit berair. Kenapa Rayyan perlu terseksa sampai macam ni sekali.
Share this novel