Bab 12

Action Series 39599

Sudah seminggu berlalu sejak daripada Rayyan dan yang lain pulang ke tanah air mereka. Hari- hari berlalu seperti biasa. Maksud biasa disini ialah, bising, serabut dan kelam kabut.

Ray meramas rambutnya sehingga serabai. Dari dalam bilik dia lagi dia dah dapat dengar suara Rayyan terjerit jerit dekat luar. 

Haih 

"Ahh dah aku cakap nanti tu nanti jelah. Kalau kau nak sangat draf tu sekarang kau pergi buat sendiri. Jangan minta aku" kedengaran suara Rayyan kuat menjerit dari arah luar bilik pejabatnya.

Selepas beberapa saat itu kedengaran pintu bilik dihempas kuat dan juga beberapa tembakan dilepaskan. Tak lain tak bukan dia tengah bergaduh dengan Xavier lah tu. Hanya Xavier sahaja yang bercakap menggunakan pistol.

Ray mengeluh kasar. Jahanam betul, kan dah nak kena order perabot lagi. 

Butang interkom ditekan. " Faiq, macam biasa, nanti order kan pintu yang baru dan entah apa apa perabot yang berlubang kat luar tu" arah Ray dingin.

"Hahaha Okay" balas Faiq.

Ray menghadap ke arah luar tingkap pejabatnya. Pemandangan di aras tingkat 45 itu sedikit pun tidak menyejukkan hatinya. Ingatannya terimbas kembali disaat dia bersama dengan Lucia tempoh hari.

"Adik cakap dengan siapa?" Soal Ray mendatar. Lengan bajunya dilipat hingga ke siku.

Muka Lucia agak gelabah apabila Ray muncul dibelakangnya secara tiba -tiba. Namun pantas sahaja riak wajahnya itu dikawal setenang yang boleh.

"Tadi angkat call kejap. Hal kerja. Abang dah balik masjid ke?" Gadis itu menukar topik.

"Taklah abang tertinggal beg duit. Sebab tu abang naik balik nak ambik ni" balas Ray.

"Yang lain mana?"

"Ada, tengah tunggu dalam kereta" balas Ray kepada soalan Lucia tadi.

"Err.. Jom masuk" ajak Ray sebelum mereka berdua masuk semula ke dalam bilik VVIP itu.

Selepas itu, gadis itu hanya diam mengunci mulutnya.

Hakikatnya Ray mendengar perbualan Lucia di telefon tetapi sengaja dia berpura-pura tak dengar. Cuma dia tak tahu siapa yang Lucia telefon masa tu?

Pelbagai soalan berputar di kepala otaknya. Hinggakan buntu otaknya berfikir.

Knock! Knock!

Muncul wajah kacak yang paling dibenci ramai itu di muka pintu.

"Hah nak apa?" Soal Ray ringkas.

Rayyan jalan mendekati meja Ray sebelum mengambil tempat duduk dihadapannya.

"Kau tahu, babi betul anak buah kau tu.... Aku..."

"Dah memang kerja kau kan. Salah kau lah sebab tak buat" potong Ray laju.

Rayyan buat muka menyampah. Semua nak menang kan mamat beku tu. Habis aku siapa nak menangkan?

"Bila majlis anak sedara aku?" Soal Rayyan tukar topik.

Ray buat muka pelik. Majlis apa pulak ni?

"Kau jangan nak buat muka taik kau tu depan aku. Birthday diorang minggu depan kan? Takkan kau lupa?" Soal Rayyan selamba. Tangannya sibuk bermain main dengan papan tanda nama di atas meja.

Ray menepuk dahinya. "Haah lah wey. Minggu depan! Macam mana aku boleh lupa?" soal Ray.

"Dah agak dah kau memang bapak yang tak bertauliah. Buat anak je pandai pastu biar orang lain jaga" ucap Rayyan selamba sambil mengangkat kedua bahunya tinggi.

Tajam mata Ray menjeling. Rayyan hanya buat muka tak bersalah.

"Apa? Aku cakap benda betul. So tujuan aku datang kat tempat busuk ni sebab aku cadang nak suruh kau buat majlis diorang dekat rumah daddy" kata Rayyan kepada Ray.

"Kenapa pulak nak buat dekat rumah daddy. Aku ada rumah sendiri" balas Ray tak puas hati.

"Kau lupa tahun lepas? Alicia hampir kena culik gara gara bapak tak bertamadun macam kau? Konon nak unguard huh. Kalau aku jadi anak kau memang dah lama aku cari bapak baru" selamba Rayyan. Senjaga dia nak bakar si Ray ni.

Ray ketap gigi geram. Nak marah pun tak guna, memang salah dia. Kejadian tahun lepas memang punca daripadanya. Salah sorang anak kembarnya, Alicia hampir diculik kerana dia memberikan cuti kepada anak anak buahnya yang sepatutnya menjaga rumah. Dan Rayyan hampir hilang akal apabila dia melihat anak sedaranya terluka di bahagian tangan. Nasib baik Keith dan Xavier dapat halang Rayyan daripada menyerbu markas musuh berseorangan. Kalau tak tak tahulah apa jadi.

"Daddy dengan mummy tahu ke?" Soal Ray semula.

"Semua orang dah tahu kecuali 'bapak' budak budak tu sendiri. Maklumlah, anak sendiri pun dilupakan" sengaja Rayyan menekan perkataan bapak tu. Alang alang nak terbakar, apa kata curah je terus minyak. Tak gitu?

"Kau nak mati?"

"Try ah?" Cabar Rayyan berani.

Rayyan senyum senget. Tangan dah standby pegang pisau rembonya yang dibawa sentiasa dekat kaki.

Lama jugak mereka merenung antara satu sama lain. Akhirnya, Ray mengalah.

"Dah lah. Tak guna aku nak bergaduh dengan kau" tangan Ray yang memegang pistol di dalam laci ditarik keluar.

Rayyan buat muka hampa. Dalam fikirannya sudah membayangkan pergaduhan yang dinanti nantikan. Mungkin lain kali.

"Okay kalau takda apa apa lagi aku cau dulu ah. Banyak lagi benda aku nak buat daripada duduk dalam bilik busuk ni" kata Rayyan selamba.

Kan dah cakap. Rayyan dan syaitan berpisah tiada.

Rayyan bangun dari tempat duduknya dan terus melangkah ke arah pintu. Baru sahaja dia memegang tombol pintu nama nya dipanggil.

"Adik...." panggil Ray cukup perlahan. Namun masih dapat didengar oleh Rayyan.

Rayyan tidak menoleh memandang Ray, hanya kaku didepan pintu bilik itu. Dia tahu Ray takkan panggil dia dengan panggilan 'adik' kecuali hal yang mustahak atau abangnya perlukan pertolongan.

"Apa?" Jawab Rayyan mendatar. Namun kepala masih tidak menoleh.

"Betul ke kau nak kahwin dengan Lucia?" Soal Ray serius.

"Kenapa kau tanya?" Soal Rayyan kembali.

"Aku nak jawapan jujur dari kau" badan adiknya itu direnung walaupun Rayyan tidak memandang ke arahnya.

"Kalau aku kata ya? Kau nak halang aku?"

"Aku takut kau buat pilihan yang salah"

"Motif kau cakap macam tu?"

"Aku takut Lucia cuba nak cederakan kau?"

Rayyan senyum sinis. Nak tergelak pun ada.

"Pandai kau curiga dengan adik 'kesayangan' kau tu sekarang?"

"Rayyan aku tak main main......"

"Dah tu ada nampak aku tengah main dam haji ke sekarang?" Balas Rayyan semula.

Ray menghembuskan nafasnya panjang. Dahinya dipicit. Macam mana dia nak bagi tahu Rayyan tentang apa yang dia dengar tempoh hari.

"Rayyan ....aku...." Ray hilang kata kata.

Rayyan menoleh ke arah belakang. Wajah abangnya itu dipandang lama. Sebelum bibirnya mengukir senyuman.

"Jangan risau. Aku pandai jaga diri. Bini kau pun tak terjaga sibuk nak jaga bakal bini aku" lelaki itu ketawa. Nampak sungguh kacak.

Terus automatik hilang wajah belas kasihan di muka Ray. Adiknya itu dipandang tak puas hati. Budak ni karang ada jugak yang makan kaki kejap lagi.

Rayyan tersenyum bagaikan tahu apa maksud di sebalik wajah abangnya itu. Sebelum dia keluar sempat lagi dia menghadiahkan jari tengah ke arah Ray.

"Takpayah nak sibuk hal aku lah" ucap Rayyan dari luar bilik.

" ....lagi pun aku tahu apa nak buat dengan pembelot" sambung Rayyan dengan nada yang cukup rendah. Senyum sinisnya mati. Pintu bilik tertutup rapat.

Ray pandang pintu yang sudah tertutup itu. Dasar adik derhaka.

Ray menekan butang interkom yang menyambungkan ke arah bilik Xavier.

"Datang bilik aku kejap" arah Ray tegas.

Tak lama lepas tu kedengaran pintu biliknya diketuk.

"Masuk!" Arah Ray.

Xavier datang mendekati sebelum mengambil tempat di hadapan Ray dengan mukanya yang beku.

"Asal?" Soal Xavier sepatah.

"Birthday anak anak aku minggu depan ...."

"Tahu" pintas Xavier laju.

Ray terdiam. The heck? Aku sorang je ke yang lupa birthday anak sendiri.

"So aku ingat nak buat kat rumah sendiri tapi...."

"Aku tak setuju ....." pintas Xavier lagi.

Ray mula rasa menyampah apabila Xavier sering memintas kata katanya.

"Ya aku tahu...Ayyan pun tak setuju jadi aku ingatkan nak buat majlis tu dekat rumah daddy" balas Ray semula cuba mengawal riak wajahnya supaya tak nampak sangat muka menyampah dia tu.

"Siapa Ayyan. Aku tak kenal makhluk bernama Ayyan" laju Xavier menjawab tanpa nada intonasi. Wajahnya masih dikekalkan beku.

Ray menggelengkan kepalanya. Sah lah yang bergaduh dekat luar tadi diorang berdua. Ya, korang nampak je luaran sorang umur 26 sorang lagi umur 28 tapi kalau bergaduh macam anak kembarnya yang 3 tahun tu. Masing-masing taknak mengalah.

"Look here. Lantak lah korang nak gaduh ke nak berbunuhan ke, aku tak peduli. Yang aku tahu aku nak kau settelkan majlis tu. Boleh? Aku nak kena siapkan kerja yang bertimbun ni" kata Ray sambil menunjuk kertas kertas yang menggunung di sebelahnya.

Xavier hanya menganggukkan kepala sebelum dia bangun dan berjalan ke arah pintu. "By the way aku tak kenal mana mana alien nama Ayyan"

Damn.

Jam ditangan dilihat. 9 malam . Siapa kata jadi bos boleh balik office hour? Dalam mimpi lah. Cepat cepat Rayyan mengemas kertas kertas yang agak bersepah di atas mejanya. Ini semua sampah. Dah kaya pun kena sengsara. Apa guna duit berjuta juta dalam bank tapi masih kena buat kerja ni semua.

Meja kerja Lucia dipandang. Gadis itu masih lagi tekun menaip.

"Dah jom balik. Kau kerja lebih lebih bukan aku naikkan gaji kau pun." Kata Rayyan mendatar.

Lucia buat muka selamba. Sejak daripada dia setuju dengan lamaran Rayyan tempoh hari. Mereka kurang bergaduh mulut. Kerana Lucia banyak mengalah dengan Rayyan. Takut jadi isteri derhaka lah tu. Huhu.

Barang barang di atas meja kerjanya dikemas sedikit sebelum dia keluar dari bilik itu bersama dengan Rayyan.

Masuk sahaja ke dalam kereta, Rayyan hanya kaku ditempat pemandu tanpa menghidupkan enjin. Lucia yang berada disebelahnya sudah memandang Rayyan pelik.

"Kenapa? Ada tertinggal barang ke?" Tanya Lucia.

Rayyan tidak menjawab malah jarinya menggetuk perlahan stereng kereta. Dia kemudian memandang pula wajah Lucia di sebelah.

"Jom balik rumah Ray nak tak...?" Cadang Rayyan tiba-tiba.

Jelas Lucia terkejut. Dah kenapa pulak mamat ni ajak balik sana tiba-tiba.

"Kau tak pernah pergi rumah kakak ipar aku kan? Khayra" tanya Rayyan semula.

Lucia menggeleng perlahan.

"Okay jom kita pergi sana" Rayyan terus menghidupkan enjin kereta.

"Tak kacau diorang ke? Dah malam malam ni?"

"Mana ada kacau. Mesti diorang suka aku datang" jawab Rayyan yakin sebelum kereta dipandu keluar dari tempat parking.

"Keluar!" Arah Ray dingin dengan wajah yang masam mencuka.

"Alaaa long kitaorang datang nak lawat anak sedara aku" rayu Rayyan diluar sambil kedua tangan memegang erat pintu pagar rumah Ray.

Lucia di dalam kereta sudah menutup wajahnya dengan tapak tangan. Suka kepala hotak dia lah. Tak pasal pasal kena halau. Kenapalah dia pergi setuju dengan cadangan bodoh ni tadi.

"Kau tahu tak sekarang pukul berapa?! Anak anak aku dah tido. Berambus!" Balas Ray dingin. Kedua tangannya disilang kedada. Nampak sangat kehadiran Rayyan kerumahnya itu tidak dialu-alukan.

"Alaaaa......pleaseeeeeee....pretty pleaseeeee" Rayyan buat muka comel sambil mengerdipkan kedua dua matanya.

Ray makin bengang. Silap haribulan ada jugak yang mati dekat sini.

"Siapa tu bang?" Soal Khayra dari arah dalam rumah.

"Takda apa. Ada pengemis je ni " balas Ray laju.

Rayyan menjeling geram. Kurang hajar dia panggil aku pengemis.

"YOU! I DATANG NI NAK LAWAT YOU BOLEH TAK?" Jerit Rayyan kuat sambil menjengah kepala ke dalam rumah.

Ray sudah membulatkan matanya sebesar - besar yang boleh. Mulut membuat isyarat ' Diam lah anjing'.

Tapi si anjing tu buat buat tak nampak dengan muka Ray yang sudah merah akibat tahan marah daripada tadi.

"I BAWAK BAKAL BINI NI ? BOLEH TAK YOU?" pancing Rayyan lagi.

Lucia yang berada dalam kereta macam nak sorok muka dalam bonet belakang. Malu bodoh.

Terus sahaja Khayra keluar dari dalam rumah apabila mendengar suara Rayyan. Mukanya manis sahaja berbanding dengan muka Ray.

"Lah kenapa tak inform awal -awal nak datang. Jom lah masuk" pelawa Khayra lembut.

"Sayang...." kata Ray meleret.

"Tak baik halau tetamu" balas Khayra semula.

Rayyan memandang Lucia yang berada dalam kereta sebelum buat isyarat tangan supaya keluar.

Dengan rasa sungguh keterpaksaan, Ray menekan butang sekuriti pagar rumahnya.

Langkah sahaja Rayyan di hadapan Ray pantas lelaki itu menarik lengan baju Rayyan.

"1 jam paling lama. Kau tak blah 1 jam aku tanam kau hidup-hidup dekat belakang rumah aku, Faham?" Ugut Ray geram.

Rayyan tergelak sambil menepis tangan abangnya itu. 'We will see '.

"Ini ke bakal isteri Ayyan? Cantiknya bila tengok depan-depan ni" ucap Khayra sopan. Wanita itu manis sahaja menayangkan senyuman.

Nampak tak propa perempuan macam mana? Padahal kadang-kadang ada je berselisih dekat pejabat. Yelah diorang berdua PA sama PA. Tapi cara cakap macam tak pernah jumpa. Dasar propa!

Lucia menyalam bakal akak iparnya itu.

Masuk sahaja ke ruang tamu. Rayyan terus sahaja melangkah ke arah dapur sebelum membuka pintu peti sejuk. Dua tin coca cola diambil sebelum memandang ke arah Lucia yang berada diruang tamu.

"Hah buat macam rumah sendiri " kata Rayyan selamba.

Khayra hanya tersenyum manakala suaminya itu hmmmm macam bila bila masa je tangan tu nak capai pistol dekat almari.

Lucia senyum terpaksa. Malu wey, terjah rumah orang tiba-tiba.

"Apa kau nak, datang kacau rumah aku malam malam buta ni?" Kasar Ray bertanya.

"Abang tak baik lah kata macam tu depan tetamu" lembut sahaja Khayra menegur.

"Entah, tak baik tau. Aku kan tetamu kau" sambung Rayyan lagi. Satu tin coca cola itu di hulurkan kepada Lucia sebelum dia mengambil tempat di sebelah gadis tu.

Ray buat muka menyampah. Tetamu lah sangat.

"Aku ingatkan nak tidur sini malam ni " ucap Rayyan selamba.

"Boleh"

"TAK BOLEH!"

"Hah!"

Jawab Khayra Ray, dan Lucia serentak.

"Kau dah kenapa gila ke? Tak pasal pasal nak tidur sini. Rumah kau ada kan" marah Ray tak puas hati.

"Alah takpelah bang, bukan tak biasa Ayyan tidur sini "

"Entah macam tak biasa" balas Rayyan sambil membuat muka annoying.

"Takda takda. Kau balik malam ni jugak. Lucia nak tidur mana kalau kau tidur sini dengan baju apa semua tak bawak" balas Ray sambil menyilang tangannya.

"Bilik tetamu ada. Lagipun baju Khayra kan ada diorang sama saiz, aku tahu. Aku dah check guna mata" balas Rayyan selamba.

Terus membahang muka Lucia. Cepat cepat dia memandang ke arah tingkap luar.Tak guna punya jantan. Tiba-tiba terasa dirinya dicabul walaupun hanya dengan mata.

"I tak kisah mana-mana. Kalau Lucia okay I okay" kata Khayra semula. Wajahnya manis sahaja dengan senyuman.

"Ah takda takda, aku nak tidur aman malam ni" tegas Ray membantah.

"Aman ke? Ke kau nak ehem-ehem dengan akak ipar aku malam ni?" Rayyan masih lagi dengan muka selamba dia tu.

Terus Khayra mengalihkan pandangan nya ke arah luar tingkap juga. Entah apa ada kat luar tu.

"Eh suka hati akulah, aku nak ehem-ehem dengan dia ke tak. Dia bini aku. At least aku ada bini. Kau ada?" Perli Ray sinis.

"Eleh nanti aku dah kahwin aku pun boleh lah nak ehem-ehem dengan orang sebelah aku ni" balas Rayyan laju.

"CUKUP!"

Serentak Khayra dan Lucia menjerit kuat. Dah kenapa bukak topik ni? Lelaki memang tak da rasa malu ke?

Rayyan senyum kemenangan.

"Errr.... Lucia jom. Akak tunjuk kan bilik tetamu. Kalau layan diorang ni sampai kesubuh lusa pun tak habis" ajak Khayra kekok.

"Tahu takpa" balas Rayyan semula.

Lucia mengalah. Terus sahaja dia bangun dan mengikuti bakal kakak iparnya itu.

Sebaik sahaja mereka berdua hilang dari pandangan. Terus wajah dua orang jejaka itu berubah 360 darjah. Serius.

"Aku ada benda nak bincang dengan kau ..." ucap Rayyan memulakan bicara.

"Pasal Lucia?" Teka Ray.

Rayyan mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience