BAB 11

Crime Series 5101

SYIFA membuka matanya pelahan apabila beberapa minit ditinggal oleh pembantu wanita tadi. Ketika itu dia merasakan degupannya laju berdenyut, sebelum dia menegakkan tubuhnya dari posisi duduknya. Dia mendongak memandang sekeliling, tatkala itu telintas dalam benaknya rauk wajahnya semasa kecil berdiri dengan tatapan kosong dengan tangan berlumuran darah.

Hembusan nafas bercungap-cungap secara tiba-tiba, matanya meliar beg sandangnya, tangannya rapat ke dada, tatkala itu rasa tercekik yang menekan di dada. Setiap kali tarikan nafas yang diambil makin kuat rasa sakit didadanya seakan tercucuk dengan sesuatu yang tajam, tatkala itu nafasnya berdengus-dengus.

Laju saja derapan nafasnya dihembus, kedua bebola matanya keatas. Cecair merah mula mengalir keluar dari hidungnya sebelum dia rebah terbaring dengan kedua tangan rapat ke dadanya. Ketika itu, dia sudah tidak berdaya mengawal situasinya. Matanya mula kabur, rauk wajah wanita 30an mula menerjah dalam benaknya tatkala itu. Wanita itu melutut sambil memegang erat kedua lengan kecilnya dipenuhi noda merah, wanita itu menangis teresak-esak dengan kepada tertunduk kebawah.

"Hah..hah.." Nafas kasar dihembus keluar dari mulutnya, darah yang terus mengalir dihidungnya mula tumpah pada cadar putih.

Gambaran riak wajah wanita 30an itu masih terpampar dalam bayangannya. Dia pantas bangkit ke posisi duduk sebelum memukul kuat kepalanya yang makin kuat perit dan sakit mencengkam dirinya.

"Hah.. keluar!!" Jeritnya kuat sambil menampar kuat kepalanya untuk mengurangkan rasa sakit yang menekan dirinya tatkala itu.

Tubuhnya menggigil dan degupan jantungnya masih laju berdengut, rasa sakit dikepalanya kian menghilang. Darah yang masih mengalir diseka kasar dengan comforter putih itu.

"Apa benda.. tadi tu?" Ujarnya pelahan pada dirinya apabila gambaran budak yang tangan berlumuran darah berdiri dengan tatapan kosong menerjah dalam benaknya tadi.

Dia kembali duduk menegak bagi mengawal pernafasannya ketika itu, sebelum mengambil nafas panjang. Dia bersandar untuk mengekalkan ketenangan bagi mencegah pengetatan otot dada dan menjadikan pernafasannya lebih mudah.

Ketika itu mata kembali mengerling gari yang ada pada kaki kanannya sebelum dia mengesot untuk mengamati jenis gari menahan kakinya ketika itu. Dia membelek-belek gari itu, tidak ada tanda lubang kunci. Ini bermakna, gari itu diperbuat Khas. Darah dari hidungnya menitik di besi gari itu, sebelum di mendongak menahan agar darah itu berhenti keluar.

Lampu kecil merah berkelip-kelip pada gari tersebut, membuat matanya tajam menatap lampu kecil itu.

"Darah?" Tuturnya pelahan sebelum pandangannya dibuang kearah pintu bilik itu
"Kau nak darah tuan kau keh?" Ujarnya lagi pelahan tanpa nada. Dengupannya masih laju berdenyut, mungkin ketika itu dia sedikit gementara. Hal itu menyebabkan dia tak mampu mengawal dirinya ketika nafasnya menjadi semput.
"Apa yang jadi semalam? Kenapa aku tak boleh ingat apapun?" Ujar Syifa sebelum kembali bersandar pada bantal.

Dia kembali melelapkan matanya, sebelum tersenyum sinis terukir dihujung bibirnya.

"Haha.." Gelak yang dibuat-buatnya seraya membuka matanya mendongok memandang siling dinding.
"Kali ni aku tak boleh diam lagi. Natang apa puak tu? Apa maksud dia dengan nombor 116? Apa yang aku makan sampai sebilangan memori hilang dalam kepala aku?" Syifa menghela nafas dalam seraya membenamkan belakangnya baring ke bantal dibelakangnya.
"Mikael..hah!" Dia mencebik dengan senyum sinis yang makin lebar dihujung bibirnya, sebelum membawa tangannya ke dahi lalu diusap pelahan-lahan.
"Penyamaran yeh? Aku pun perlu mengambil topeng yang bagus untuk dipakai, kan?"

Hospital. Aisy terjaga di dalam bilik putih steril, bau antiseptic tajam di lubang hidungnya. Seluruh tubuhnya merasakan nyeri saat dia mengerakan tubuhnya. Perkara terakhir yang dia ingat ialah pergerakan yang kabur, sakit yang membakar dan kemudian.. tiada apa-apa. Dia menghela nafas berat diperbaringan, kejadian pada malam itu sangat pantas sehingga sebilangan memorinya berkaitan situasi itu hilang dalam benaknya, sebelum mendapatkan apa yang diinginkan. Yang jelas, dia akan membalas perbuatan gadis itu.

Bebola matanya bergerak mencari kelibat rakannya yang lain, bilik rawatan persendirian itu hanya menempatkan dia seorang. Mata dikerling setiap sudut bilik persendirian pesakit itu, entah apa yang terjadi pada mereka? Aisy mengeluh dalam. Kali ni aku tak akan berlembut lagi dengan kau Syifa. Aku akan hancurkan hidup kau, sehingga kau merayu dan melutut depan aku!

Aisy senyum sinis sambil mengeluh.
"Aku tak rasa kau lagi, tapi badan aku separuh nak mati. Entah kalau aku dah dapat kau, mungkin aku betul-betul mati." Aisy mencebik. Tak guna! Rahangnya diketap, otot berkerut di pipinya.

"Oi, sleeping beauty finally decided to join the land of the living, huh?" Affendi terkocoh-kocoh masuk ke dalam bilik, dengan pakaian baju pesakitnya senget, senyuman memusingkan wajahnya sebelum berjalan mendekati Aisy yang masih terbaring.

"Affendi.. oi apa yang berlaku semalam?" Pelahan suara Aisy, tegang.

Kepalanya berusaha dipusingkan memandang kearah Affendi yang sudah duduk di birai katil dengan sebelah tangan kanannya terbalut dengan kain. Aqil yang tiba-tiba saja memunculkan diri masuk dengan tongkat di kedua tangannya, muka selambah Aqil itu dikerling lama oleh Aisy.

" What you mean 'apa yang berlaku' ? Selain tidak mendapatkan anak kancil, I still can't feel my left pinky toe, i swear." Affendi memberi isyarat liar dengan lengannya yang berbalut seraya mengenyitkan matanya.

Aisy menjeling Affendi, kesabarannya menipis. Dia tidak tahan apabila dia tidak terkawal.

"Takkan korang tak ingat apa-apa?  Aku macam berhadapan dengan lelaki berbadan sara semalam, kau tahu!" Suaranya pelahan, bercampur dengan perasaan tidak senang.

"Aku dah ingatkan cari jeh perempuan lain, nak juga yang dikejar, tak pasal kita bertiga jalan macam orang tua.." Keluh Aqil yang sudah duduk disofa sambil menjama buah anggur di dalam bakul atas meja itu.

"Kalau aku tahu macam ni, baik pilih perempuan kat luar tu. Tak pasal, muka kacak aku ni cacat. Macam mana nak cari awek ni?" Ditambah pula oleh Affendi sambil menapak tangannya kemuka seraya mengusap beberapa tampalan diwajahnya.

Kesunyian yang tegang menyelubungi bilik itu apabila mereka berdua menunggu jawapan dari Aisy yang hanya berdiam diri, hanya dipecahkan oleh bunyi bip berirama peralatan perubatan.

Aisy menghembus nafas dalam. Bengit telinganya dengar keluhan mereka berdua sebelum Affendi menyertai Aqil untuk menghabiskan buah tangan di atas meja.

" Selama ni, yang bagi hidup korang, aku! Jadi kalau aku sakit, korang pun sakit. Kalau aku mati, sama-sama lah. Jangan hipokrit sangat." Ujar Aisy dengan amarahnya. Kalau tangan aku boleh gerak, dah sebiji sorang satu aku bagi!

Mendengar sindiran Aisy, tersedak Aqil dibuatnya membuatkan Affendi mengekek menahan gelak sebelum memberikan botol air padanya.

"Ezhar macam mana?" Soal Affendi mendatar sebelum membuang pandangan kearah Aisy yang masih terbaring. Manja sangat, bukan ada patah mana-mana pun badan dia tu!

"Hah, aku lupa pasal dia. Asal dia tak dengan kita, dia dah mati awal keh ape?" Tutur Aqil dengan muka polosnya seraya menyambung makan.

"Bodoh! Kalau aku keluar dari sini, memang mati lah budak tu aku kerjakan." Bentak Aisy lalu kembali mengerang disebabkan luka dibibinya tertarik.

"Dah lah aku nak makan, lapar." Keluh Affendi selambah, malas nak fikir hal lain.

"Join." Aqil sudah berdiri mengikut langkah Affendi dari belakang.
"Aisy kau tak ikut keh?" Sengih Aqil sambil melirik tubuh Aisy yang masih tak boleh gerakkan tubuhnya itu.

"S*al!" Geram Aisy dengan tatapan mencerlung tajam kearah mereka yang sudah mengekek ketawa keluar meninggalkan dia sendiri.

Aisy hanya mampu menghela nafas dalam apabila kelibat rakannya sudah berlalu pergi. Dinding putih steril ruang hospital kelihatan tertutup, udara menebal dengan ketegangan yang tidak terucap. Affendi memulas tombol pintu tangga kecemasan, untuk membuat panggilan kepada seseorang.

"Oi, kau kat mana?" Soalnya apabila panggilanya disambut oleh Muaz.

"Dalam perjalanan pulang. Orang yang berlakon cacat pun kena banyak rehat."

Muaz keluar dari bangunan tempat kejadian itu berlaku semalam, matahari petang menyinari rambut hitamnya sebelum sudah berdiri dihadapan motosikal CFMoto 675SR-R.

"Kau pergi mana s*al! Aku suruh kau jaga dia kan?" Geram Affendi dengan kerutan didahinya

"Aku tak nak lah dia buat onar dalam rumah aku, dia kena ambil ubat."

Dia menyarungkan jaket kulit hitam dan menghayunkan ke motosikalnya, enjin meraung hidup.

"Ubat apa?" Soalnya lagi sebelum meraup rambutnya kebelakang

"Entah, aku belum selidik lagi ubat yang dia telan ni.  Aku info kau later."

Muaz menamatkan panggilan sebelum menyarungkan bolt helmet ke kepala . Bunyi enjin yang dikenali biasanya menenangkannya, tetapi hari ini, kegelisahan itu berlarutan. Dia memecut melalui jalan-jalan bandar, fikirannya berlumba-lumba kembali memikirkan gadis itu.

"Fendi! Kat sini kau, jom lah makan." Aqil yang memunculkan diri di daun pintu sudah berkerusi roda ditatap mendatar oleh Affendi.

"Kecohlah kau. Nanti nurse tu hantar makanan kat bilik kau, ni bukan kantin sekolah."Keluhnya sebelum mendekati Aqil lalu menolak kerusi roda Aqil untuk dibawa kembali ke bilik pesakit.

Syifa diam dengan tatapan mendatar, Mirul sedikit kesal apabila Syifa hanya mendiamkan diri. Mirul ingin tahu hubungan apa yang terjalin diantara mereka sehingga dia berada  diatas katil abangnya. Tanpa berfikir panjang, pipi Syifa dicekup kuat agar menatapnya, Syifa membalas tatapan Mirul. Mata lelaki itu seakan berkaca-kaca menahan amarahnya.

"Dari pintu terkunci dan berbualan yang sunyi. Jadi mengapa tidak memberitahu saya siapa awak yang sebenarnya?" Ujarnya lembut seraya pandangan Mirul meliar ke bibir Syifa, senyumannya semakin melebar.

Syifa diam seketika namun dia sedar satu lagi tangan Mirul sudah mula menjalar diluar pakaiannya, sebelum sempat tangan gatalnya menyelinap masuk, Syifa pantas merentap tangan lelaki itu agar berhenti bertindak demikian.

"I'm someone you really don't want to mess with. Saya tak tahu, saya tahanan siapa sekarang?" Kemarahan terpancar di matanya.

"Tidak sampai saya mendapat beberapa jawapan, sayang. Siapa dia? Apa sebenarnya yang berlaku dalam bilik ini tanpa pengetahuan saya?" Mirul tergelak kecil, ejekan terbit di bibirnya.

Ketegangan di dalam bilik semakin menebal apabila Mirul membawa tangan lainnya untuk menyentuh bagian leher Syifa, sehingga lebih dekat dengan bagian bawah tenggorokannya, Ia kembali memperhatikan gadis itu dengan tatapan jahat.

"You won't even try to fight back? You are so quiet, unlike that day. It makes you look really cute."

Mirul memerhati Syifa dengan riak wajah nakal semasa dia hanya berdiam diri tanpa menepis tangan miangnya. Dia membawa tangan yang sebelah lagi untuk memegang dagu Syifa, membuatkan gadis itu tidak dapat mengalihkan pandangan daripadanya.

" Jangan lah diam. Saya suka kau meronta saat aku melakukan sesuatu yang jahat.."

Syifa diam, matanya tertancap pada Mirul tetapi dia tidak bercakap, tidak ada tindak balas untuk menepis tangan lelaki itu.

Kekecewaan Mirul bertambah dengan sikap Syifa yang terus berdiam diri, rasa ingin tahunya bercampur marah. Dia seolah-olah sedang menunggu sesuatu untuk berlaku, dan dia tidak membalas kemarahan atau rayuannya. Diamnya seolah-olah hanya menimbulkan kemaharan Mirul.

"Kenapa awak bersikap dingin dengan saya, tapi boleh tidur dengan Muaz? Aku pun nak tidur dengan kau.." Ujarnya lembut seraya mengelus telunjuk jari ke pipi Syifa.

Syifa terus merenung Mirul, matanya dipenuhi rasa hina dan benci. Dia tidak bercakap, tetapi bahasa badannya menyampaikan perasaan dengan sempurna. Diam Syifa nampaknya membuatkan Mirul semakin berang sebelum kedua tangannya mengeratkan cengkamannya menggoncangnya dengan lebih kuat.

Syifa akhirnya bersuara, suaranya dingin dan tidak berperasaan.
"I don't care what you think or what you want to say. I don't care about you or your feelings. You're nothing to me." Ujarnya dengan nada sarkastik. Suaranya menjadi lebih kuat dengan setiap perkataan.

Kemarahan Mirul membuak-buak mendengar kata-kata Syifa. Dia mengeratkan cengkaman pada bahunya, menggoncang tubuhnya lebih ganas daripada sebelumnya.

"You're nothing but a worthless little brat! " Dia menjerit, suaranya penuh dengan kemarahan.
"You're just a spoiled, selfish brat who doesn't care about anyone but herself! "

Syifa membelalakkan matanya dan suaranya menjadi sindiran.
"Oh, I'm so sorry, is the big, strong man upset? Do you need a tissue? "Katanya sambil mengejek kemarahan Mirul.
"Jangan risau, saya tidak keberatan jika kau perlu menangis." Ujar Syifa dengan suaranya meleleh dengan sindiran.

Syifa terus mengejek Mirul, sindirannya semakin mencuit.  Dia nampak tidak peduli bahawa lelaki itu marah, dan terus memancing kemarahan lelaki dihadapannya itu. Mungkin dulu, aku hanya melihat kau lelaki polos dengan senyuman menawan saat tersenyum, namun siapa sangkah kau lelaki yang terlalu sibuk bermain-main dengan wanita disekelilingmu.

"Shup up!! "Kemarahan Mirul sampai ke tahap didih, dan dia menjerit kepada Syifa, suaranya penuh dengan kemarahan
"Kau fikir kau pandai sangat kan? You think you can just mock me and get away with it. Well, i'm not going to let you." Ujarnya, suaranya pecah kerana emosi.
"Kenapa awak tak boleh jadi perempuan yang baik dan terima saya dulu? Saya boleh buang semuanya hanya mendapatkan kepercayaan awak." Dia menghela nafas lagi sebelum akhirnya dia meraih dagu Syifa dengan lembut, membuat gadis itu menatapnya.

Syifa terdiam, matanya dipenuhi dengan rasa benci dan hina. Dia tidak membalas ugutan Mirul, dan dia tidak cuba melepaskan diri daripada cengkaman Mirul. Dia hanya merenungnya, matanya dipenuhi dengan campuran kemarahan dan emosi.

"Saya cuma nak tahu macam mana rasa sentuh awak bila awak tak sedarkan diri. Saya nak tahu macam mana rasa pegang awak bila awak tak boleh melawan."

Tanpa berfikir panjang, Mirul menolak tubuh Syifa kasar agar terbaring diatas katil. Dia naik ke katil sambil melutut menindih tubuh gadis itu. Jiwa lelakinya mula bergetar hebat, dia meletakkan satu tangan di sisi gadis itu, menghalangnya daripada bergerak. Tangan yang sebelah lagi turun ke lehernya, membuatkan Syifa sukar untuk menoleh.

Aduh! bukan macam ni. Lelaki ini mungkin tak tahu apa-apa, dia asik bercakap tentang masa lalu yang tidak berkaitan dengan puak dan sebagainya. Sekejap lagi, aku kena pancing kemarahannya.

"It seems you want me to punish you.." Nafasnya sendiri sudah mula naik apabila dia merasakan betapa dekatnya tubuh gadis itu dengannya.

Ekor mata tertangkap beberapa tompok merah pada comforter putih di atas kepala gadis itu, dia menelan liur yang terasa tawar, matanya mencerlung tajam menatap gadis itu dibawahnya. Terbit kemarahan dan riak wajah amarah yang membuak-buak tatkala itu.

"Hah, Kau dah tak dara? Tadi aku fikir kau hanya menumpang dalam bilik ini, namun tanggapan aku meleset. Mesti senorok, bermain dengan kau.." Bergetar nadanya menahan amarah, nafasnya turun naik mengawal emosi yang bercampur, ketika itu mata Mirul berkaca-kaca. Tak ada tanda Syifa ingin menjelaskan apa-apa situasinya ketika itu.
"Your so irritating! "

Dengan amarah membuak-buak, Mirul membenamkan kepalanya kearah leher jinjang milik gadis itu sebelum mata terbuntang luas. Secara tiba-tiba tubuhnya kaku, menahan rasa sakit yang menusuk masuk ke dalam tengkuk leher belakangnya. Syifa merenung Mirul diatasnya, nafasnya tercungap-cungap dan meringkuk menjadi bola di atas katil, lelaki itu seakan terkaku dengan nafas tidak stabil. Syifa bangun dari posisi duduk, lelaki itu sudah pengsan disebabkan suntikan bisu yang dibunyikan tadi di bantalnya, matanya mengerling beberapa botol serum ubat bisu yang diletak diatas kabinet sebelah katilnya.

"Kita cuba darah kau kalau boleh buka gari aku." Syifa mengambil scalpel yang diambil di minor set didalam bekas alatan bedah.

Telunjuk jari Mirul dihiris sebelum darah yang mengalir itu dititikkan pada gari tersebut. Lampu kecil berwarna hijau berketip-ketip sebelum gari itu terbuka. Syifa berkerut dahi, kalau dia buat tuan yang dimaksudkan pembantu tadi, kenapa gari ini terbuka?

"Hah? Dunia saya penuh dengan kekacauan dan misteri. Saya bukannya detective conan yang mudah merungkai masalah." Ujarnya dengan keluhan berat sebelum turun dari katil.

Syifa berjalan menuju ke almari, mencari pakaian yang sesuai untuk keluar dari tempat ini. Selepas menyarungkan hoodie dan seluar hitam ke tubuh, langkah mula diatur ke balkoni.

"Kalau lompat pun tak mati ni.." Ujarnya sendiri sambil melihat sekitar halaman bawah vila.

"Oi.."

Suara seseorang melantun masuk dari muka pintu itu mengejutkan Syifa yang sudah satu kakinya menjulur keluar ke tembok penghadang balkoni. Dia berpaling ke arah lelaki yang masuk tadi, yang tegak berdiri di muka pintu sambil menatap tajam kearahnya.

"Oh kau. Muaz, kan?" Sengih Syifa mengenali lelaki itu, sebelum duduk diatas penghadang balkoni membalas tatapan dingin lelaki itu.
"Memang senang tangkap aku, tapi nak buat aku duduk diam dalam tahanan itu bukan mudah, tuan." Ujar Syifa lagi sebelum menarik kuat tali topi hoodie menutup kepalanya.

Lelaki itu diam sebelum melangkah mendekati balkoni, Syifa pantas membuat isyarat tangan agar lelaki itu berhenti mendekatinya. Muaz berhenti sambil mengilang tangan ke dada.

"Kau puak mana?" Soal Syifa mendatar

"Apa maksud kau? Aku cuma selamatkan kau dari nasib yang malang semalam." Balas Muaz dengan senyuman tipis mula mengukir bibirnya.
"Gunalah pintu depan, tak payah melarikan diri seperti itu, selepas seseorang merawat dan memberi kau pakaian percuma." Ujarnya lagi dengan nada lembut.

Muaz menoleh kearah Mirul yang terbaring diatas katilnya dengan tatapan kosong sebelum membuang tatapan kearah Syifa dengan senyuman tipisnya lagi.

"Teruskan seperti itu, sepertinya aku tak boleh merungkai pada hari ini. Jumpa disekolah? See ya! " Ujarnya dengan sengihan sebelum membenakkan tubuhnya jatuh ke belakang.

Terbuntang luas mata Muaz sebelum berlari sekuat hati menggapai tangan gadis itu, namun gadis itu sudah mendarat ke lantai bawah dengan selamat seraya senyuman sinis mendongak memandang kearahnya di atas balkoni.

Syifa meletakkan jari telunjuk dan hantunya ke dahi memberi isyarat jumpa lagi, sebelum dia berjalan meninggalkan tempat itu dengan langkah selambah keluar dari perkarangan vila tersebut.

"Perempuan licik." Muaz mencebik dengan derapan nafas kesal.

Rumah agam kediaman Tuan Ichiro. Syifa memasuki pintu gerbang kediaman tersebut, sebelum disapa beberapa pekebun yang masih bekerja untuk membersihkan kawasan halaman, walaupun sudah bertahun rumah itu ditinggalkan keluarganya, ada beberapa pekerja datuknya yang masih bekerja dikawasan kediaman tersebut. Syifa berhenti dibawah tangga yang menyambungkan pintu utama, sebelum pintu itu dikuak dari dalam.

"Long time no see."

Syifa diam saja saat lelaki itu menyapanya dengan senyuma tipis sambil kepadanya mendongak memandang lelaki berkaca mata yang mengenakan kot maklam putih.

"Why did you come here? You miss me." Tutur lelaki itu yang sudah mengukir senyuman lebar.

"Maybe." Ujar Syifa tanpa nada.

Lelaki itu gelak kecil saat Syifa membalas soalanya selambah, namun terbit diwajahnya senang menyambut kehadiran gadis itu secara tiba-tiba.

"Come."

Syifa duduk disofa dalam bilik bacaan, lelaki tadi sudah entah kemana. Matanya melilau disetiap ruang bilik itu, tidak ada yang berubah walaupun sudah bertahun dia tidak bertandang datang. Syifa menoleh sekilas apabila lelaki itu masuk kembali ke dalam bilik bacaan dengan membawa pakaian yang di pegang erat ke dada.

"Awak lari dari rumah keh?" Senyum lelaki itu yang tidak lekang dari bibirnya.

Syifa membalas tatapan lelaki itu sekilas sebelum mengambil pakaian yang diberikan itu. Oh, semua pakaian aku masih ada lagi dalam rumah ini. Aku lupa untuk kemaskan, selepas kami tergesa-gesa keluar dari kediaman ini.

"Kena culik."

Syifa menuturkan bersahaja membuatkan lelaki itu berkerut dahi dengan gelengan kepalanya sebelum kelibat gadis itu sudah masuk ke suatu ruang kecil didalam bilik tersebut, lelaki itu melabuhkan punggung duduk seraya menyilangkan kaki menunggu Syifa keluar.

"Patutlah saya terhidu bau busuk kat pakaian yang awak pakai." Ujarnya mendatar sebelum membenarkan pembantu rumah menghidangkan manisan dan minuman di atas meja.

Suaranya melantun masuk ke ruang tempat Syifa salinkan pakaian, namun gadis itu hanya diam menyarungkan pakaian ke badan dan tudung ke kepalanya.

Syifa keluar dari bilik tadi sambil membimbit jaket kulit hitam ditangannya lalu berjalan menuju ke sofa sebelum dilabuhkan punggungnya untuk duduk.

"Aku alergik jaket kulit kau ni." Ujar Syifa mendatar sebelum melempar jaket itu ke arahnya.

Lelaki itu menyambut jaket dengan tangan kirinya seraya mengukir senyuman sinis apabila jaket itu sudah mendatar diatas ribanya.

"Boleh pula awak pakai baju lelaki lain, tapi menolak pemberian dari saya." Ujar lelaki itu lagi dengan sengihan yang tidak lekang di bibir.

"Aku tak ada masa nak layan perangai pelik kau, Adrik. Aku nak ambil ubat aku." Balas Syifa dengan nada serius.

"Ubat? Saya dah pass kat Mikail minggu lepas, stok sampai 3 bulan." Sebaris kata daripada Adrik membuatkan Syifa menatapnya tajam, membuat dia tidak senang duduk.

"Mikail?"

"Ya, wait. Sekarang dia tinggal dengan awak kan? Walaupun hubungan adik -beradik korang tak akrap, dia masih kepercayaan Tuan Ichiro." Ujarnya sebelum mengambil pingan manisan lalu memasuk manisan ke dalam mulutnya.

"Siapa cakap. Kau?" Tegas Syifa dengan kerutan didahinya

"Cik Syifa, beritahu saya apa berlaku? Jangan buat saya teka sendiri riak wajah awak." Ujar Adrik tenang seraya menatap dalam kearah Syifa.

"Berapa banyak kau nambah dos dalam ubat aku?" Soal Syifa lagi. Dia tidak ingin membahaskan hal lain selain berkaitan ubatnya.

"What you mean? Saya tak akan ubah kadar ubat awak yang sebelum ni, itu membawa kepada simptom lain." Jelas Adrik dingin sebelum memasukkan lagi manisan ke mulutnya.

"Aku tak rasa akhir-akhir ni aku telan ubat yang betul. Kau ada sampel ubat aku?" Ujar Syifa dengan keluhan dalam.

"Ada." Jawab Adrik selambah sebelum kembali merenung kearah Syifa yang sering berubah-ubah riak wajahnya ketika itu.

"Aku perlukannya, aku kena buat pensampelan." Ujar Syifa lagi seraya menekankan ayat terakhirnya.

"Awak tahu saya tak bagi awak dengan percuma."

Dia menjuihkan lidahnya apabila dia mengatakan itu sebelum membawa sudu bersama manisan itu ke mulut Syifa, namun gadis itu sempat membuang muka ke tepi untuk menolak tindakan lelaki kurang sopan itu.

"Kau nak apa?" Ujar Syifa dingin dengan tatapan mencerlung tajam kearah Adrik yang masih berdiri dihadapannya dengan senyuman nakal.

" I miss u. " Ujarnya dengan nada mengoda sebelum membongkok lalu meletakkan tangan sebelahnya ke penghadang belakang sofa, membalas tatapan Syifa dengan tatapan dalamnya.

Syifa menyilang tangan sebelum menghalakan telunjuk jarinya ke perut lelaki itu, membuatkan lelaki itu berundur setapak kebelakang sebelum mengaduh kesakitan.

"Aku budak bawah umur lah psiko! Kalau ojichan (datuk) aku hidup lagi, mati kau dikerjakan." Ujar Syifa dengan nada sarkastik. Dia tahu luka diperut lelaki itu belum sembuh sepenuhnya, dia perasaan saat lelaki itu duduk sambil memegang perutnya.

"Apa ni, bawa-bawa nama tuan Ichiro." Adrik mencebik sebelum kembali duduk ke tempatnya.

"Aku tak ada masa layan kau. Satu lagi, laporkan orang yang datang ke rumah agam ni pada aku."

"Banyaknya awak minta. Saya bekalkan ubat jeh, bukan nak kerja dengan awak, budak." Keluh Adrik sebelum mengusap-gusap perutnya yang sakit ditekan Syifa tadi.

"Aku tahu, tapi kau masih kerja dibawah arahan obachan (nenek) aku. Kalau terlalu banyak campur tangan, silap hari bulan kau akan lupa penerima ubat yang sebenar." Senyuman Syifa mula melorek dihujung bibirnya membuatkan lelaki itu menjeling riak wajah yang ditunjukkan olehnya.

Beberapa minit kemudian, Adrik kembali seraya memberikan sampel ubat yang dimintanya. Dia merenung riak wajah Syifa yang tak mampu dibaca olehnya itu, sebelum dia menghela nafas mempercayai tindakan yang akan dilakukan oleh gadis itu.

"I hope you win the battles you don't talk about." Ujar Adrik yang berdiri disisi Syifa yang masih duduk di sofa.

" I don't need your validation, i know exactly who i am." Balas Syifa mendatar sebelum memasukkan sampel itu ke dalam kocek seluarnya.

"Kadang-kadang saya perlu menyimpan perasaan saya sendiri, kerana saya tidak dapat mencari bahasa untuk menggambarkannya. You can't be strong all the time. sometimes you just need to be alone and let you tears out." Ujar Adrik dengan nada lembut sebelum duduk dengan satu kaki ke hadapan memandang Syifa disebalahnya.

"Lambat. Orang lain dah siap hidang, kau baru cari bahan untuk masak." Ujar Syifa selambah, mengabaikan tatapan lelaki itu sebelum meneguk air di atas meja.

Masa terus berlalu bukan untuk ditangisi lagi. Kuat atau tidak berdaya, aku kena bertindak lebih dulu sebelum mereka. Saya cuba berlagak biasa sambil melawan beratus-ratus peperangan yang berbeza di kepala saya sekaligus. Mungkin mereka sudah dihadapan dengan pelbagai senario tersendiri, jadi aku perlu membaca mereka dengan saksama.

Adrik angguk kepala pelahan, tanda setuju dengan keazaman gadis itu.
"Can someone be proud of you, like f*ck you trying."

"Belajar cara bercakap dengan orang lebih muda,
aku tak nak berjangkit cara memuji kasar engkau tu." Keluh Syifa sebelum berdiri.

" Oh my bad. I'll be more careful from now on." Dia mencebik seraya menahan gelak kecilnya sebelum berdiri tidak jauh dari gadis itu yang sudah mengambil langkah untuk keluar.

"Keluarlah. Hirup udara segar diluar, otak engaku tu dah kena racun dengan ubat ini semua." Sengih Syifa sebelum dikuak pintu bilik bacaan tersebut.

"Makin dibiar, makin lancang mulut engkau yeh." Keluh Adrik dengan riak wajah menahan geram.

Syifa diam saja sebelum berjalan menuruni tangga, sempat matanya mengerling bingkai gambar keluarga yang berukuran besar disisinya, dia mengamati setiap riak wajah keluarga, datuk dan neneknya yang berkumpul dalam satu gambar. Saya tak sangkah, akan memiliki keluarga sebesarnya ini, walaupun tidak lagi utuh. Terlalu retak untuk disatukan, terlalu hancur untuk diperbaiki. Tetapi saya mampu berdiri semula di atas kaki saya sendiri.

"Thanks for the sample. Lepas ni kau boleh stop ambil stok ubat aku. I can handle pre-traumatic stress disorder." Ujar Syifa yang sudah berdiri diluar pintu utama.

"Wait Syifa. Itu bukan sesuatu yang mudah setelah bertahun awak memenjarakan sebahagian memori kisah silam. You will lose control." Ujar Adrik dingin, menegaskan kata-katanya tatkala itu.

"Dalam masa terdesak seperti ini, aku akan kumpulkan semua orang yang menginginkan bentuk asal dari ciptakan mereka sendiri. Lihatah dunia yang ingin mereka cipta dari sentuhan tangan-tangan kotor mereka." Ujar Syifa tenang dan angkuh, tetapi dengan sengaja bersahaja.

Selepas mendengar Syifa berkata bergitu, riak wajah Adrik berubah mendatar, dan matanya tidak tahu hendak memandang ke mana.

"Saya harap kau tahu kendalikan perasaan dan ego kau disaat tidak ada sesiapa yang perlakukan diri kau dengan tetap, sebab masih ada orang tidak bersalah akan terkait dalam kehancuran itu nanti." Tegas Adrik dengan nada yang ditahan.

"Lebih baik mengorbankan seorang tak bernilai untuk selamatkan orang ramai. Jadi ini perkara yang akan membinasakan saya pada akhirnya, rasanya aku hidup untuk itu saja." Sengih Syifa dengan gelengan kepala sebelum membawa tangan lain mengusap dahinya.

"In the end, when it's over, all that matters is what you' ve done." Adrik menuturkan pelahan namun masih didengari oleh gadis itu.

"Oh, itu qoutes terbaik dari kau. Take care, Adrik. I don't want to meet again." Sengih Syifa lagi sebelum melangkah berlalu pergi.

Adrik hanya diam saat Syifa mula meninggalkan tempat itu sebelum dia mengejar langkah Syifa dengan derapan langkah pelahan lalu menyarungkan jaket kulitnya pada bahu Syifa, gadis itu tidak menepisnya sebelum Syifa menyarung sendiri pada kedua tangannya, Adrik mengukir senyuman tipis saat gadis itu akur akan pemberiannya.

"Don't push yourself too hard." Ujar Adrik dengan nada memujuk seraya mendekati Syifa, pandangannya terkunci pada gadis itu, sengihan bermain di bibirnya, namun gadis itu hanya membalas dengan tatapan kosong sebelum kembali mengatur langkah pergi.

Dia melihat Syifa pergi dengan ekspresi ingin tahu dan sedikit hairan. Dia memerhati setiap langkah semasa Syifa berjalan, matanya tidak pernah meninggalkan gadis itu. Sosok tubuh dari pandangan belakang gadis itu seakan bertempur sendiri dengan tangan kosang menghadapi pasukan tentera dengan senjara yang canggil.

" Close the window that hurts you, no matter how beautiful the view is... Yah, she is the most beautiful girl i've even seen." Gumamnya sendiri seraya melambaikan tangan tanpa disedari Syifa yang terus melangkah keluar tanpa menoleh kebelakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience