KEDIAMAN Aisy, banglo dua tingkat. Aisy meletakkan makanan ringan dan minuman jus di atas meja di ruang tamu utama. Memandang dia tinggal berasingan dengan keluarganya , dia dapat luangkan masa bersama rakannya seharian.
"Lah makanan ringan jeh kau bagi kitorang makan? Aku ingat kau nak masak tadi." Mengeluh Aqil, sambil menjeling Aisy meletakkan makanan yang di bawanya tadi ke meja berhampiran mereka. Dia tahu Aisy memang pakar memasak memandangkan keluarganya mempunyai kafe di beberapa tempat di Kuala Lumpul dan negeri lain yang cukup terkenal
"Kau tak payah nak merungut sangat. Hari ni, aku malas nak masak." Geram Aisy lalu labuhkan punggungnya duduk di atas sofa.
"Hoi invited aku juga." Sapa Aisy kepada Affendi yang sedang asik dengan permainan dalam telefon bimbitnya.
Aqil dengan perasaan hampa mengambil makanan ringan yang diletakkan oleh Aisy. Ezhar pula sedang baring diatas sofa, sejak masuk dalam rumah Aisy dia sudah tidak ada mood untuk bergabung dengan mereka. Sekali sekala Aisy kerling kearah Ezhar yang masih melelapkan mata. Dah kenapa budak tu?
"Hoi aku ada benda nak bagi tahu ni.." Aisy meletakkan telefonnya ke tepi, selepas beberapa kali mereka kalah dalam permainan online itu. Mereka berdua memandangnya sekilas, sebelum kembali fokus pada permainan yang masih rancak mengatur strategi menumpaskan pihak lawan.
"Aku dah jumpa Khawla Syifa." Senyum sinis Aisy
Mereka berdua gagal fokus apabila Aisy menyebut nama gadis tersebut. Ezhar yang tidur-tidur ayam mengerut dahi mendengar sebaris nama yang cukup familiar itu.
"Ahh." Mereka berdua mengeluh akan geram apabila kalah dalam permainan tersebut. Lalu kembali fokus kearah Aisy, sudah malas untuk meneruskan permainan itu. Dasar beban, geram Aqil kepada Affendi.
"Jadi dia kat mana sekarang?" Tanya Affendi lalu mengambil minuman jus nya
"Sekolah Sri Bestari, boleh tahan jauh juga dia pergi. Nasib aku baik hari ni, boleh terserempak dengan dia time naik bus, ngam juga kereta aku rosak, boleh aku jumpa dia selalu." Gelak kecil Aisy. Terbayang-bayang rauk wajah Syifa, lagi-lagi part dia marah. I love it!
"Macam mana kau tahu sekolah dia?"Tanya Aqil sambil kerut dahi. Ezhar bangun dari posisi duduk selepas mendengar nama sekolah tersebut. Kau kenapa tidur? berapa banyak video po*n* kau dah jelaja. Ditumbuk tangan Aqil kerana menuduhnya meluruh
"Adalah budak aku kat sana. Nak cari orang ni small matter jeh lah." jawab Aisy bangga. Aqil dan Affendi bersorak tanda setuju. Hanya Ezhar yang tidak berminat untuk mengiyakannya
"Apa kau nak buat lepas ni?" Tanya Affendi ingin tahu. Fikirannya melayan entah kemana, sudah kenal sangat perangai Aisy. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu sehingga menjadi miliknya.
"Lepas ni kita tak boring lah. Dia boleh layan kita semua." Senyum sinis Aisy. Aqil dan Affendi menepuk-nepuk bahunya
"Gila lah engkau. Macam mana boleh dapat dia, kau ugut dia keh apa?" Tanya Aqil dengan teruja
"Best ni. Jarang dapat yang mahal punya." Gelak Affendi dengan mimik mukanya dengan membayangkan hal-hal yang kotor
Mereka rancak bercerita. Ezhar naik muak lalu bangun untuk ke dapur, rasa kering tekak ni. Dia menekan butang air sejuk pada mesin Coway, lalu meneguk rakus. Terbayang nama gadis yang di sebut oleh Aisy.
"Khawla Syifa? Sekolah Sri Bestari?" Dia kerut dahi sambil memikirkan hal tersebut
Ezhar berjalan ke ruang tamu utama kembali, mereka bertiga masih rancak bualkan hal sama. Ezhar labuhkan punggungnya lalu kembali meneguk air putih di dalam gelas kaca yang dibawa tadi.
"Kau kenapa dari tadi lain macam, ada problem keh?" Tanya Aisy dengan kerutan di dahinya
Ezhar jongketkan bibirnya naik keatas sambil geleng kepala. Lalu menyuruh mereka bertiga sambung cerita kembali, malas nak ambil tahu.
"Esok kau ajak dia datang sini tak?" Tanya Affendi dengan teruja. Tak sabar-sabar, Aqil memukul lengannya dengan gelakan kecil
"Malam ni aku chat dia. Kalau dia tak datang, bau lah nama dia" Gelak Aisy sambil meneguk jus yang ada ditangannya
"Gila lah engkau. Kau betul keh nak post video tu kat media sosial, kalau dia tak ikut cakap kau?" Tanya Aqil sambil menutup mulutnya. Memang Aisy kali ni buat benda gila!
Aisy angguk sambil menyukir senyuman sinis. Affendi dan Aqil berikan sorakan atas keberanian ketua kumpula mereka itu. Ezhar buat muka serius. Kebelakangan ni, ada perkara yang menyerabutkan kepalanya. Apakah ini semua karma disebabkan dia terikut-ikut dengan mereka bertiga ini. Ezhar menghembus nafas dalam, terasa setiap nafasnya tersekat apabila memikirkan banyak hal yang berlaku di dalam benaknya.
"Eh kau bagi lah tunjuk video and gambar dia kat kitorang? Aku pun nak tengok benda mahal ni." Senyum sinis Affendi dengan nada merayu, Aqil turun mengangguk
"Pergi bilik aku lah. Aku simpan kat laptop. Cari jeh fail nama dia." Arah Aisy selambah. Mereka berdua bergegas menaiki anak tangga. Tak sabar-sabar. Dasar miang
"Kau tak join dorang keh?" Tanya Aisy kepada Ezhar yang mengelamun memandang keluar pintu kaca gelongsor, angin yang meniup pokok kecil di luar beranda itu membuatkan fikirannya kosong seketika
Ezhar tersentap apabila bahunya ditepuk pelahan lalu mengeleng kepala. Dia mengambil beg laptopnya lalu berganjak untuk pergi.
"Kau nak pergi mana? Tak kan awal sangat nak balik?" Tanya Aisy hairan. Kenapa budak ni, lain macam mood dia?
"Aku serabut lah. Balik dulu."Ezhar meneruskan langkahnya. Aisy kerut dahi. Period kot?
"Kau apa hal bro? Selalu kau tak macam ni, ada masalah keh?" Tanya Aisy sambil mengikut jejak Ezhar dari belakang untuk menghantar kelibatnya sampai depan pintu utama
"Stop lah buat benda mengarut ni. Perempuan tu pun ada mak bapak. Rasa sakit dan malu seorang perempuan, tak sebanding lelaki." Ujar Ezhar tanpa nada sambil mengarungkan kasutnya
"Kau apa hal? Kesah pula kau tentang masalah orang sekeliling?" Aisy bertanya dengan sindiran sambil menyilang kedua tangannya
"Kau pun tahu kan, minah tu dah jatuhkan air muka aku. Nak setahun aku hadap orang sindir aku. Kau ingat aku boleh diam jeh, kat kolej tu pun ada juga pelajar sekolah lama kita, ' budak pishang' tak lekang dari bibir mereka, nak-nak senior yang tahu cerita lama aku!" Aisy mendengus kasar sambil mengetap gigi menahan amarahnya
"Masalah tu datang dari kau. Kalau korang nak buat hal apa-apa, jangan libatkan aku." Balas Eshar dengab nada sedikit tinggi
"Oh.. kau nak cakap adik engkau dah terima karma atas kejahatan abang dia yang dulu ni lah?"Aisy pantas bersuara dengan senyuman sinisnya, apabila teringat bahwa adik Ezhar juga sama sekolah dengan Syifa.
Tajam tenungan Ezhar kearah Aisy yang berdiri dihadapannya itu, kedua tangannya dikepal kuat, Aisy hanya membalas dengan pandangan angkuhnya
"Kau kena ingat tanpa kami, kau hanya budak miskin yang menjadi sasaran pembuli disekolah."Ujar Aisy buat muka bangga sebelum menolak bahu Ezhar kebelakang.
Ezhar kerutkan keningnya apabila dilontarkan kata-kata sindiran itu kearahnya, sebelum palingkan wajah ke tempat lain.
" Lebih baik menjadi singa yang kesepian daripada menjadi biri-biri yang popular." Tutur Ezhar sebelum mengatur langkah pergi. Aisy tidak sempat membalas, Ezhar sudah laju melangkah masuk ke dalam perut kereta grab yang terpaking di luar pagar banglo rumahnya
"S*al kau Ezhar. Mengajar aku pula." Geram Aisy dengan mimik mukanya
SEORANG wanita dalam lingkungan pertengahan 20an yang baru masuk tadi menyapa pekerja shif malam itu. Dia hairan mengapa bukan Shifa yang berkerja pada waktu itu.
"Mana Syifa?" Tanya supervisor itu dengan kerutan di dahi. Dia datang untuk memastikan stok yang masuk pada hari itu.
"Dia tak masuk. Sakit perut katanya." Ujar pekerja lelaki itu
"Kenapa tak info kat saya? Chat pun tak masuk kat saya?"Geramnya sambil jeling naik keatas, sebelum menghembus nafas dalam
"Tak tahulah." Geleng lelaki itu, sebelum menyambung kembali menyusun kotak rokok ke dalam rak kaca.
"Esok suruh dia full." Tegas wanita itu, pekerja itu hanya mengiyakan saja arahan dari ketuanya itu. Lalu wanita itu masuk ke dalam bilik stor.
KEDIAMAN Syifa. Banglo dua tingkat. Syifa keluar dari kamar mandi, dia menggosok rambutnya yang basah dengan tuala. Lalu berdiri ditepi katil, dia merenung lama telefonnya berdering berkali-kali. Itu mesti panggilan dari lelaki tak guna itu. Syifa mengambil telefonnya di atas katilnya, notification dari supervisor nya mengarahkan dia shif full esok hari. Esok aku sekolah lah, Syifa mengeluh berat.
Syifa menekan notification apps chat dari Aisy. 21 chat yang belum dibaca. Jihyo mengerut dahi. Dia nak apa lagi. Terbuntang mata Syifa melihat gambar dan videonya itu, terasa getaran pada kedua tangannya, dengan mukanya merah menahan amarah yang membuak-buak.
"Kat mana si tak guna dapat semua ni?!" Soal Syifa sendiri. Terasa melegak amarahnya. Beberapa gambar dirinya yang melakukan aktiviti harian di sekolah dan dua video. Video pertama dia sedang membuka tudung di bilik persalinan perempuan tetapi tidak dirakam penuh mungkin disebabkan suara pelajar perempuan yang tidak kejauhan kedengaran ingin mendekati bilik persalinan juga dan video kedua yang petang tadi Aisy hantar kepadanya. Syifa menggenggam kuat telefon bimbitnya. Lalu rebahkan badannya di atas katil, dia menghela nafas dalam dengan matanya mula berkaca. Ya Rob.. bantu hambamu..
Satu pesanan lagi masuk yang di hantar oleh Aisy. Syifa memandang dengan pandangan jijik
"Dah tengok, takkan tak balas sayang~"
Aisy tersenyum kemenangan apabila Syifa sedang typing..
"Kau dipelihara dengan keluarga anjing keh? Perangai serupa binatang!"
"Ouch~ Kasarnya sayang. Awak jangan nakal sangat, bila saya hilang kawalan. Awak juga yang susah."
"Binatang macam kau takkan pernah puas dan aku tak pernah takut berada tempat paling bawah penghinaan. Silap pilih orang kau!"
"Kita try pilih satu video lah. Video awak yang tengah salin pakaian ni memang buat saya always nak tengok. Mesti viral punya kan."
"Go on!"
"Wait for the surprise
Share this novel