BAB 3

Mystery Series 5364

Dua tahun sebelum

SHIFA memanjat pagar belakang sekolah, selepas selamat mendarat, Shifa menepuk habuk pada seluarnya. Skirt yang pakainya diturunkan. Disebabkan kes memukul beberapa pelajar, Shifa digantung sekolah 2 bulan. Hal itu membuatkan dia sering datang lambat untuk mengelak beberapa pengawas yang sering membuatnya jengkel dan guru yang sengaja menghukumnya.

Shifa berjalan dengan keluhannya, memandangkan keluarganya di luar negara, menambah kesedihan pada rauk wajahnya. Semalam bukan main lagi adik bongsunya up status gambar mereka dengan meraikan ulang tahunnya. Tanpa berfikir akan keadaan di Malaysia.

"Nasib jeh mental aku kuat, kalau tak.." Keluh Shifa sambil fikirannya melayang fikirkan perkara buruk "Takkan aku nak buat macam tu pula, murahnya.." Keluhnya lagi dengan hembusan nafas dalam.

Shifa terus berjalan menuju bangunan sekolah, sedang dia melayang perasaan, seseorang melanggar bahunya. Shifa mengaduh kesakitan dengan mimik muka marahnya. Lelaki itu menarik pergelangan Shifa untuk mengikut dia berlari sama.

Selepas dapat melarikan diri dari pengawas yang mengejar pelajar lelaki tersebut, lelaki itu melepaskan pergelangan Shifa, sambil tersenyum manis.

"Kau apa hal tarik aku?!" Bentak Shifa sambil memegang pergelangannya yang terasa kebas. Main tarik jeh, ingat aku anak lembu keh apa?!

"Aik cakaplah terima kasih, aku dah selamatkan kau."Lelaki itu hinjutkan kening kirinya.

"Pandailah aku nak buat macam mana. Tak pasal-pasal pengawas tu ingat aku geng dengan kau." Bebel Shifa dengan nada dinginnya sebelum menaikan bebola mata naik keatas

"Eleh, kau memang selalu lambat kan? Ikutpun jalan belakang sekolah, sama jeh dengan aku." Balas lelaki itu bersahaja. Dia meraup rambutnya berkali-kali ke belakang. Panas

Tanpa sengaja, dikerlingnya wajah lelaki yang agak menarik pandangannya, dua anting sebelah kiri dan tiga anting ditindik sebelah kanan. Leher dan bawa pipinya kemerahan mungkin disebabkan suhu badanya menaik dan peluh mengalir terus kelehernya. Shifa meneguk air liurnya, apa yang aku perhatikan ni?

"Kenapa tenung aku macam tu? Terliur?" Tutur lelaki itu serius, tajam matanya memandang kearah Shifa yang berdiri dihadapan paras dadanya.

"Kalau terliur pun kenapa? bukan liur kau jugakan aku telan.." Jawab Shifa selambah lalu mulakan langkahnya untuk pergi

Lelaki itu terkesima, gila perempuan ni. Selambah jeh dia cakap macam tu. Berdengut laju jantungnya. Lelaki itu tersenyum sinis sambil memandang kearah Shifa berlalu pergi. I need her.

BEBERAPA hari kemudian, Shifa kerap berjumpa lelaki tersebut. Pelajar lelaki itu senior, beza dua tahun dari Shifa. Agak terkenal juga senior tu, ialah terkenal sebab budak yang bermasalah. Tapi semua itu tak dihiraukan, mata pelajar perempuan buta disebabkan kekacakan dan daya tarikan yang mempersonakan dari dia. Apalagi bola keranjang ialah sukan terkenal di sekolahnya, bertambah histeria pelajar perempuan meminati dia.

Waktu rehat, Shifa duduk berseorangan di kantin. Walaupun sudah tiga tahun bersekolah disitu, dia masih tidak dapat menyusuaikan diri apalagi untuk berkawan dengan sesiapa, memandangkan sifatnya yang dingin dan selalu didatangkan masalah, tidak ada pelajar yang sudi berteman dengannya.

"Hai, sorang jeh?" Sapa seseorang dengan nada garau. Shifa mengangkat kepalanya, tangannya yang sedang suap makanan kemulut terhenti didepan bibir sebelum menoleh gerangan sapaan itu

Mata Shifa dikecilkan sambil memandang kehadiran lelaki itu, entah apa yang ada pada dirinya sehingga lelaki ini selalu mendekatinya. Menyampah!

"Kau ada nampak orang lain keh?" Jawab Shifa bersahaja lalu kembali menyuap makanan ke mulut.

Tanpa diperlawa lelaki itu duduk bertentangan Shifa. Beberapa pelajar yang mengikut dibelakangnya tadi sudah bersurai apabila lelaki itu memilih untuk duduk semeja bersama Shifa. Di meja lain pula, pelajar perempuan yang sedang memperhatikan lelaki itu mula cembura dan tidak berpuas hati akan tindakan lelaki pujaan mereka mendekati perempuan yang bermasalah seperti Shifa

"Jangan lah sombong sangat, nanti tak ada siapa nak kawan awak. Muka pun ketat jeh macam tu. Rawwr~"Ujar lelaki itu dengan nada mengoda pada akhir katanya sambil kenitkan mata kanan.

"Elok lah tu. Untuk mengelak orang spesies liar macam kau ni."Balas Shifa serius tanpa ada rauk diwajah. Buah epal dicucuk lalu dimasukkan ke mulutnya. Lelaki itu tenung seketika kearah Shifa, lidahnya diletakkan pada gigi atas sebelum senyum sinis akan ucapan Shifa tadi

"Stalker saya nampak." Senyum lelaki itu lalu menyedut straw susu kotak ke mulutnya.

"Orang macan kau ni tak payah stalker pun, mana-mana pun boleh dengan cerita pasal kau. Time aku buang air besar pun orang sedut nama kau. Boleh tahan bau juga nama kau." Ujar Shifa dengan muka selambahnya masih dipasangnya, memang jenis cakap main lepas.

Lelaki itu gelak kecil, terhibur akan ayat spontan Shifa.

"Boleh tahan popular juga aku ni, tak bertuah dapat cakap dengan aku?" Senyumnya

"Bertuah apa? Kau ingat bila kau bercakap tu boleh bagi nasib baik kat hidup aku keh?" Tanya Shifa dengan meme muka blur. Gila mamat ni

"Boleh tahan dungu juga awak ni kan. Hihi comel." Gelak kecilnya dengan senyuman manisnya terukir

Shifa kerut dahi. Entah ape jeh perangai pelik lelaki ni. Dia berdiri untuk beredar dari situ. Lelaki itu tidak senang akan kepergian Shifa, tanpa sedar dia merentap pergelangan gadis itu.  Shifa yang tersentap akan tarikan lelaki itu jatuh terduduk diatas ribanya.

Pelajar perempuan dan pelajar lelaki yang sedar akan situasi itu mula membuat bising. Naik merah muka Shifa membahang, boleh pula landing atas riba dia. Bodoh!

"Ambil kesempatan nampak?" Lelaki itu gelak kecil sebelum tangannya mula melingkari pinggang Shifa

Dengan kekuatan untuk mengatasi perasaan malunya, Shifa cuba untuk berdiri. Tetapi pelukan erat bahagian pinggang Shifa menyukarkannya untuk berdiri. Kenapa mamat gila ni, nak aku bunuh keh?!

"Tak panas lagi punggung awak, duduk lah lama sikit." Katanya dengan nada menggoda

"YAh!" Bentak Shifa kuat. Benci akan tindakan lelaki gatal itu.
"Kau ingat aku ni apa?!" Jerit Shifa kuat dengan tatapan tajamnya lalu cuba untuk kembali berdiri apabila lelaki itu renggangkan pelukannya.
"Kau boleh pandang rendah pada perempuan, tapi bukan aku." Sambung Shifa serius sebelum mengatur langkah berlalu pergi

Lelaki itu tersenyum sinis, tertarik akan sifat menarik Shifa.
"I love her." detiknya dalam hati. Tak pernah lagi perempuan menolaknya

"Hoi Aisy, takkan perempuan macam tu pun nak ambil beberapa hari nak tackel?" Sapa Affendi dari belakang diikuti dua lagi kawannya Ezhar dan Aqil gelak kecil akan situasi yang mereka tonton sejak dari tadi.

"Barang mahal memang susah sikit." Senyum sinis Aisy. Dia meraup rambutnya berkali-kali ke belakang

"Ohh sebelum ni yang murah lah."Perli Aqil dengan gelak yang belum lekang pada bibirnya

"Bukan murah, free." Balas Aisy selambah disambut gelak rakannya.

BEBERAPA hari kemudian, sejak peristiwa yang terjadi di kantin, Shifa mendapat surat ancaman dalam loker dan laci mejanya. Mejanya juga diconteng dengan kata-kata kesat.

'Perempuan murahan, b*tch, pelacur berjaya, go hell b*tch!' Dan beberapa kata-kata kesat lagi. Shifa memang tidak kesah pasal hal tersebut, tapi kalau dia tahu siapa yang buat, memang mati lah aku kerjakan. Walapun bergitu tidak ada siapa yang berani datang untuk bercakap tentang hal itu kepadanya.

Shifa menarik mejanya keluar kelas untuk membersihkan beberapa tulisan yang boleh dibersihkan. Beberapa pelajar yang berada diluar korido memerhati tindakannya sambil memandang dengan pandangan dendam dan tidak berpuas hati akan tindakan selambahnya itu.

Kedebuk!!!

Meja Shifa ditendang, seorang pelajar perempuan berambut panjang sambil mengilang kedua tangannya. Dua lagi kawannya memandang dengan pandangan angkuh kearah Shifa. Dia mengeluh akan bala yang berhadapan dengannya itu, kejap lagi nak kena lumai ni. Boleh sakit-sakit tangan aku lepas ni.

"Oh kau lah perempuan b*tch yang mengoda suami aku tu?" Bentak pelajar perempuan berambut panjang angkuh dengan tag nama Qhaisara

Shifa buat mimik muka. Suami dia?Ohh ni mesti perempuan yang syok sendiri ni. Kesian.
"Oh engkau ni isteri tua dia lah?" Ujar Shifa selambah dengan senyuman sinisnya. Boleh pula dia provok gadis itu.

"Isteri tua?" Qhaisara kerut dahi dengan mimik muka tidak berpuas hati

"Ialah, kiranya aku ni madu engkau." Jawab Shifa ringkas sambil hinjutkan bahu kirinya

"S*al!" Bentak kuat Qhaisara sebelum menerjah Shifa. Sebelum sempat tangannya mencapai tudung Shifa. Aisy memegang kuat pergelangan Qhaisara untuk menghentikan tindakannya .

Qhaisara terkejut akan kehadiran Aisy secara tiba-tiba disitu. Shifa kerut dahi. Satu lagi bala datang!

"Kau ni, kalau sehari tak buat aku annoying tak boleh keh?" Ujar Aisy nada jengkel dengan rauk wajah serius memandang tajam kearah Qhaisara

"Sayangg~" Panggil Qhaisara manja untuk mendapat perhatian dari Aisy

" Pergi lah. Aku muak dengan perangai gedik engkau tu." Tutur Aisy serius, membuat Qhaisara tersentak seketika dia benar-benar tidak menyangkah Aisy akan membentaknya seperti itu
"Pergilah!" Bentak Aisy mencerlung marah. Membuatkan roh Qhaisara tersedar untuk kembali masuk kedalam badan. Beberapa pelajar yang yang sedang memerhati mereka juga turun beredar dari situ. Siapa tak takut dengan amarah gengster sekolah kot.

Shifa berjalan untuk mendapatkan mejanya, tetapi rentapan dipergelangannya menghentikan tindakan Shifa. Dia kerut dahi memandang kearah Aisy dengan pandangan menyinga. Nak mati mamat ni!

"Awak mengaku jadi madu saya?" Soal Aisy serius dengan nada dinginnya. Shifa menelan air liur yang terasa tawar. Lah aku gurau jeh tadi tu, takkan dia dengar kot?

"Aku gurau jeh, saja nak bagi sakit hati perempuan tu." Jawab Shifa tenang tetapi dah mula gelabah macam mana nak lepaskan diri disebabkan perangkapnya sendiri.Itulah kau Shifa, boleh pula claim madu dia.

"Kau dah fitnah aku. Macam mana kalau yang kau cakap ni orang percaya?" Katanya sambil hinjutkan kening kanannya

"Bodoh lah orang nak percaya." Geram Shifa. Logik sikitlah nak cakap tu mamat gila oi?!

"Aku memang tak suka cara kau bercakap.." Senyum sinis Aisy sebelum datang mendekat kearah gadis dihadapanya itu. Shifa menelan liur apabila kedua-dua tangan Aisy seolah-olah mengunci pergerakannya. Tiada lansung ruang untuk melarikn diri
"Meh aku ajar kau cara cakap dengan aku elok sikit lepas ni.." Ujar Aisy dengan nada pelahan. Tangan Aisy kuat mencengkam dagu gadis itu supaya wajah mereka bertentangan. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Aisy mula merapatkan bibirnya ke wajah Shifa sebelum dengan pantas Shifa menghentak dahinya ke batang hidung Aisy agar menghentikan tindakan terkutuk lelaki itu.

"Wah!! Mak bapak engkau ajar kau buat maksiat keh datang sekolah!!" Senafas Shifa menuturkan dengan nada sedikit keras.

Aisy mengerang kesakitan sambil menahan darah yang mengalir di hidungnya sebelum pandangan tajamnya dilempar kearah Shifa yang tenang saja berhadapan dengannya. Shifa melangkah menuju ke arah lelaki itu sebelum menendang bahunya, hal itu menyebabkan dia terduduk diatas lantai.

"Kau memang berani buat gangguan seksual kat perempuan. Tapi aku dah ingatkan kau, aku bukan perempuan yang macam tu." Ujar Shifa bengis. Dadanya masih berombak kencang, turun naik nafasnya ketika itu
"Perkenalkan Khawla Shifa. Karate peringkat antarabangsa, menang tanpa kalah berturut-turut . Biar aku ajar engkau, cara hormat perempuan!" Sengih Shifa sebelum menghayunkan kakinya ke muka Aisy. Tidak berhenti disitu, muka kacak lelaki itu pula di tumbuk bertubi-tubi agar dibuat tidak sedarkan diri

"Khawla Shifa!! Stop you are overdoing it!" Tengking Cikgu itu yang tidak jauh dari jarak mereka itu.

Shifa menghentikan tumbukannya itu, direnung muka lelaki yang sudah terbaring tidak sedarkan diri dengan muka berlumuran darah. Shifa mengukir senyuman sinis, sebelum menoleh kearah cikgu yang menegurnya itu.

"Baru datang cikgu? Korang buat kerja selalu lambat, dan yang paling lawak, datang bila segalanya selesai. Jadi kiranya aku yang salah lah ni?" Sengih Shifa dengab gelak kecilnya

"Kamu masih tak nak mengaku lepas separuh mati pelajar tu kamu kerjakan?" Bentak Cikgu itu dengan amarahnya sebelum mendekati pelajar lelaki yang terbaring diatas lantai.

Beberapa pelajar sudah berkerumun untuk melihat kejadian tersebut, sambil memandang kearah Shifa yang masih berdiri dengan tenang tanpa sebarang reaksi diwajah akan tindakannya itu.

Cikgu itu mengarahkan beberapa pelajar lelaki untuk membawa Aisy ke bilik rawatan untuk memeriksa keadaannya sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

"Kamu ikut saya ke bilik disiplin. Saya pastikan kalinya orang tua kamu betul-betul hadir untuk mengajar kamu secukupnya." Tegas cikgu itu dengan tatapan tajam menusuk anak mata Shifa

"I am very pleased." Sengih Shifa sebelum melangkah mengikuti cikgu itu dari belakang. Pelajar yang memandangnya kearahnya dilambai dengan angkuh untuk memberi penghormatan terakhir akan perpisahan mereka pada hari itu.

SEMUA peristiwa itu bermain-main dalam ingatan Shifa, kelakuan tak guna lelaki itu membuat kemarahannya membuak. Tapi kenapa takdir membuatkan pertemuan yang tidak diinginkan ini lagi. Kenapa aku menjalani kehidupan yang sangat teruk, apakah aku kena benar-benar hancur agar semua ini akan berakhir.

"Kenapa awak diam? Mesti banyak benda awak nak tanya kan?" Soal Aisy lagi setelah Shifa hanya mendiamkan diri

Shifa mengeluh kecil, melepaskan tekanan yang melegak dalam dirinya. Matanya berkaca-kaca sebabkan mengingatkan peristiwa kehadiran dengan lelaki tak guna disebelahnya itu.

"Better shut your mouth." Balas Shifa dingin tanpa memandang kearah Aisy yang memakin mendekatkan diri padanya.

Aisy mengukirkan senyuman sinis, dia semakin tertarik mengusik Shifa apabila dalam keadaan marah, reaksi rauk wajah Shifa itu sangat menawan dalam keadaan bergitu.

"Saya rindu awak lah.." Aisy bisik pada telingan gadis itu, tersentak Shifa dengan tatapan tajam. Sebelum tangan kiri Aish merampas telefon milik Shifa untuk masukkan nombor telefonnya
"Lepas ni kita akan kerap berjumpa." Aisy tunjukkan nombor telefon Shifa terpapar pada skrin telefonnya

Shifa cuba merampas telefon Aisy, tetapi tangan Aisy pantas untuk mengelak. Shifa berusaha lagi tetapi tanganya sudah ditangkap oleh Aisy, beberapa penumpang yang sedar akan kelakuan mereka hanya memandang dengan pandangan hairan cuba tidak menghiraukan masalah budak zaman sekarang.

Wajah Aisy semakin dekat pada Shifa, tangan kiri Shifa menahan dada Aisy sebelum menghayunkan sikunya ke muka Aisy tetapi pantas di tahan oleh lelaki itu dengan senyuman kemenangannya

"Lepas kau belasah aku separuh mati, satu minggu aku kat wad. Gelaran 'budak nakal' kena tukar 'budak pisyang'. Kau ubah total hidup aku, tapi boleh pula kau main blah, lepas buat tai kat muka aku!" Ujar Aisy dengan nada jengkel sambil menahan amarahnya

"Itu baru seminggu. Aku boleh buat kau setahun dalam tu!" Balas Shifa dengan sengihnya sebelum menolak dagu Aisy agar lelaki itu melepaskan pergelangannya.

"Tapi kau lupa satu hal, aku bukan jenis senang lupa memori indah itu. Aku dah buat plan, engkau jeh leka." Aisy mengukir senyuman sinis, Shifa menelan air liurnya yang terasa tawar.
"Be a good girl, okay." Senyuman Aisy dengan kedua matanya ditutup.

Shifa menjauhkan diri darinya, cuba memproses disebalik kata-kata yang diajukan kepadanya sambil mengepal jari-jemarinya menahan sabar. Lelaki itu tidak berkalih memandang wajah si gadis dihadapannya, raut wajah gadis itu membuat dia menarik minat sebelum melorek senyuman sinis di hujung bibirnya.

"Nampak banyak perubahan, cantik." Tuturnya sambil melirik atas bawah tubuh Shifa
"Awak buat saya gila bayang. You know, saya seperti orang yang hilang arah." Senyum kecil Aisy sambil menatap dalam kearah anak mata Shifa.
"Saya dah cuba, tapi semua perempuan tak sama. Awak seperti bintang, mata awak bersinar bila awak cuba menahan air mata." Ujar Aisy lembut lalu membawa tangan Shifa ke pipinya. Membulat mata Shifa akan tindakan lelaki itu
"Saya nak buat awak menangis sambil merayu pada saya."

SHIFA duduk diluar bilik guru. Menanti bala yang akan ditanggungnya. Perkara ini bergitu pantas, hingga dia hilang akal warasnya untuk telan semuanya dengan pelahan-lahan. Matilah aku.

Seorang dalam lingkungan pertengahan 40an keluar dari bilik guru dengan bersut hitam. Direntap turun sut yang pakai kerana lama duduk di dalam bilik guru tadi. Dia memandang tajam kearah Shifa yang duduk. Shifa berpaling lalu berdiri menunduk hormat. Takut Shifa untuk mengankat kepalanya. Dia juga terkejut kehadiran ayahnya, mungkin tuan Adrian sudah berada di Malaysia atas sebab urusan kerja, kerana itu gambar ulang tahun adiknya, ayahnya tiada dalam gambar.

"Kemas barang kau." Tegas nada yang keluar dari mulut tuan Adrian dengan tenungan serius.

"Maksud pa?" Shifa kerut dahi tidak memahami apa yang dikatakan ayahnya.

"Dengan perkara yang telah kau lakukan, masih buat muka tak malu untuk berada disini?" Mendatar nada suara tuan Adrian itu

"Tapi saya tak..."

"Diam. Tak perlu tegakkan benang yang basah. Saya tak minta kamu jadi pelajar membanggakan, dapat pingat atau cemerlang setiap pelajar. Just jaga nama baik keluarga,  nampaknya itu pun sukar." Tegas dengan amarah tuan Adrian, Shifa hanya mampu tundukkan kepalanya tidak berpeluang untuk membela dirinya.

Penjaga peribadi tuan Adrian datang mendekat sambil membisikkan sesuatu agar tuan Adrian bergegas untuk beredar. Memandangkan kehadirannya disitu juga agak terburu-buru.

"You didn't ask me what i want. Semua nak salahkan saya, tapi tak pernah nak faham.."

"Kau buat aku malu!" Pekik tuan Adrian lantang
"Kau tahu tak budak yang kau belasah tu, client penyumbang terbesar dalam syarikat aku. Kau memang anak tak tahu diri, kalau tak boleh jadi apa-apa yang berguna, baik mati jeh!" Bentaknya lagi sebelum ayat terakhirnya tiba-tiba menengking kuat
"Hidup pun menyusahkan. Kenapa aku anak spesies macam kau lahir dalam keluarga aku. Memalukan!!" Tajam matanya merenung anak mata anaknya itu. Yang hanya menundukkan kepala akur akan kesalahannya, sebelum Shifa mengangkat kepalanya dengan tenugan kosong membalas renungan tuan Adrian

"Kau yang patut malu jadi seorang papa. Kau seorang yang gagal dan tak layak dipanggil pa.."

Belum sempat Syifa menghabiskan ayatnya tamparan kuat menghentikan ucapannya, terpempan Shifa seketika menahan sakit yang terasa membahang di pipi kirinya.

"Aku yang bagi kau tempat tingal, makan minum dan pakaian kau. Berani kau hina aku! Apapun perkara buruk yang aku lakukan, tak mengangkat martabat kau sehingga boleh berkelakuan biadap seperti itu."Jerit tuan Adrian sedikit kuat. Dia menarik nafas panjang, berombak dadanya menahan marah.

Syifa hanya mendiamkan diri dengan kepalanya tertunduk ke lantai kembali. Kedua tangannya dikepal erat, air mata cuba ditahan walaupun sebak membuatkan dia sesak untuk bernafas dengan baik.

"You don't care about me anymore, I'm tired of explaining myself. Hujan tidak berguna, bagi pokok yang sudah mati." Balas Shifa dengan nada serak, ditahan air matanya agar tidak tumpah walaupun takungannya sudah penuh

"You right. People don't change, they act different when they need to. Sometimes you have to leave people to let them realise, how valuable you are." Jawab tuan Adrian dengan nada sindiran

"When some things end, just understand it's because better things are going to came or happen soon." Ujar Shifa. Air mata yang ditahannya tadi akhir tumpah jua sambil merenung ke arah ayahnya itu

"Jangan buat aku ketawa dengan terbahak-bahak. Apapun perkara baik yang datang pada kau, sikit pun aku tak rasa kepunan."Balas tuan Adrian dengan nada sarkastik

"Noted sir." Ujar Shifa dengan tatapan dingin tanpa memasang sebarang reaksi, air matanya diseka kasar

"Cepat berkemas, kamu akan berpindah sekolah." Tegas tuan Adrian
"Pak Jais, siapkan kereta." Tuturnya pada pengawal yang hanya mendiamkan diri saja di hadapan mereka lalu berganjak pergi mengikut pembantu peribadinya itu.

Shifa sudah mengepal jari-jemarinya menahan sabar, tidak akan ada pembelaan buat dirinya. Keputusan itu tidak membebankannya, tetapi pandangan terdapat dirinya itu akan menghancurkannya.

"Aku tidak kehilangan seorang ayah, tetapi aku kehilangan peranannya. Apakah aku orang yang bertuah, masih boleh melihat susuk tubuh seorang ayah? Malangnya, aku tidak merindukan apa-apa daripada dia." Monolog shifa dalam hati sebelum mengatur langkah mengikut langkah ayahnya dari belakang

"LAMA juga awak biarkan saya genggam tangan awak. Kenapa, dah mula selesa." Tegur Aisy membuatkan Shifa tersentap akan lamunannya tentang peristiwa yang menimpah keatas dirinya itu.

Sejak dua tahun lebih dia cuba melupakan semua itu, tidak menyangka hari ini peristiwa itu akan berulang lagi. Shifa merentap kasar tangannya agar dilepaskan. Disebabkan tarikan terlalu kuat, ibu jari Shifa terluka disebabkan cincin yang dipakai pada ibu jari Aisy.

"Lah, bedarah dah. Nak saya jilat?" perlawa Aisy tanpa ada rauk diwajahnya.

"Get lost! Bangsat!" Tegas Shifa dengan jelingannya lalu palingkan wajahnya ke tempat lain.

"Hihi, okay sorry." Gelak kecil Aisy sambil menaikkan kedua tangan tanda mengalah.

Bus berhenti diperhentian bus, Aisy berdiri untuk turun dari bus. Sambil melambai ke arah gadis pujaannya itu, Shifa mengabaikan saja dengan jelingan ke tempat lain, Aisy senyum terhibur dengan reaksi Shifa.

Apabila selamat mendarat turun dari bus, Aisy berdiri dihadapan cermin tempat Shifa duduk, sambil mengarahkan Shifa melihat telefon bimbitnya. Telefon Shifa berdering tanda pemberitahuan masuk. Shifa menekan apps chat, terdapat satu video. Membulat besar mata Shifa, apabila video dirinya sedang menyalin pakaian sukan dirakam sehingga tubuh belakang yang hanya mengenakan singlet kelihatan. Binatang!

Shifa bergegas turun dari bus yang masih menunggu semua penumpang yang berbaris tadi masuk. Shifa berlari kearah Aisy yang sudah jauh berjalan ke hadapan. Tanda berfikir panjang Shifa menendang kuat belakang lelaki itu, Aisy sedar akan tindakan itu tetapi tidak sempat mengelak lalu terduduk di atas lantai. Shifa mendekati Aisy yang masih terduduk, lalu menarik koler bahagian lehernya dengan kuat sehingga badan Aisy sedikit terangkat.

"Bangsat, kau memang tak sabar nak mampus!! Kau nak apa sebenarnya dari aku?!" Jerit Syifa sedikit kuat lalu mengetap bibir geram

"Puaskan aku. Satu persatu gambar and video kau, aku akan delete." Senyum sinis Aisy sebelum mengenyitkan mataya sebelah kirinya. Tercengang Shifa akan ayat spontan keluar dari mulut lelaki itu

"Berapa banyak kau simpan binatang?!" Bentak kasar Shifa dengan matanya mula berkaca-kaca, dia tak mampu menahan amarahnya. Kenapa dia kembali pada titik hina ini lagi.

"Too many~"Balas Aisy pelahan sambil menjilat bibir atasnya.
"Aku dah cakap.. aku akan buat kau merayu kat aku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience